MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV … · 2.13 Definisi Modul Alat Bantu Mengajar 2.14...

21

Transcript of MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV … · 2.13 Definisi Modul Alat Bantu Mengajar 2.14...

ii

iii

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK GESERAN BAGI MATAPELAJARAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL TINGKATAN EMPAT

MUHAMMAD AZAM BIN NGAH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iv

v

DEDIKASI

Kepada Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,

Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati,

Doamu memberikanku kekuatan dan kesejahteraan

Dalam menempuh ranjau sepanjang jalan ini….

Untuk isteriku yang disayangi,

Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang hingga akhir hayat

Semangatmu tetap bersamaku

Semoga perhubungan kita dirahmati oleh Allah s.w.t

Buat anakku Nur Syahirah Najibah & Nur Afiqah Najibah ,

Jadikanlah ayah sebagai sumber inspirasi

Sesungguhnya kejayaan ini adalah anugerah Ilahi

Untuk kita syukuri bersama dan sebagai pendorong kepadamu

Untuk berusaha ke arah itu

Dan menikmatinya di masa yang mendatang.

Ya Allah

Syukurku tak terhingga……….atas segala limpah kurniaMu.

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, penulis telah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

pembimbing projek, Tuan Haji Muslim Bin Jonid di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,

nasihat serta kesabaran dan penumpuan beliau dengan penuh kerelaan tanpa rasa jemu di

sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu dan memberi komen-komen yang membina. Terima kasih di atas

segala kerjasama yang diberikan dalam usaha penulis membangunkan modul perisian

ABM bagi Projek Sarjana Muda.

Tidak ketinggalan penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut

membantu dalam menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga

ALLAH jua memberkati hidup kalian.

Wassalam.

vii

ABSTRAK

Perkembangan teknologi multi media yang kian pesat dalam sektor pendidikan

adalah amat menggalakkan sejak kebelakangan ini. Sejajar dengan itu, sebuah projek

modul perisian multi media telah direka bentuk bagi menambahkan lagi perisian yang

berbentuk pendidikan di negara kita. Projek ini merangkumi pembangunan perisian

modul ABM yang bertajuk ‘Geseran’ bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal Tingkatan 4. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft

Power Point 2003, Adobe Protoshop 7.0, Sony Vegas 5.0, Ulead Gift Animator 5, Sound

Forge 7.0, Herosoft 2001, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production dan Adobe

Premier 6.5. Dalam membangunkan modul ini, elemen-elemen penting multi media iaitu

teks, grafik, animasi, video dan audio disepadukan supaya pengajaran menjadi lebih

efektif. Diharapkan dengan pembangunan modul ini, ia akan memberi banyak kebaikan

kepada para guru yang menggunakannya.

viii

ABSTRACT

Now a day the advance of multimedia technology development in education

sector is very encouragement. Regarding to this, one module of multimedia educational

software is designed to enhance more educational software to be widely used in our

country. This module of teaching aid is based on the topic of friction for Mechanical

Engineering Studies for form 4 students. This educational software is developed by using

Microsoft Power Point 2003, Adobe Protoshop 7.0, Sony Vegas 5.0, Ulead Gift Animator

5, Sound Forge 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production and Adobe Premier

6.5. Elements of educational software like text, graphic, audio, video and animation are

incorporated into effective teaching. Hopefully, this software will give more benefit to

the teachers who use it.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Status Tesis i

Pengakuan Penyelia ii

Tajuk Kajian iii

Halaman Pengakuan iv

Halaman Dedikasi v

Halaman Penghargaan vi

Abstrak vii

Abstract viii

Kandungan ix

Senarai Jadual xv

Senarai Rajah xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Objektif Projek 4 1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 4 1.6 Kepentingan Projek 5 1.7 Skop Projek 5 1.8 Definisi dan Istilah 7 1.8.1 Alat Bantu Mengajar (ABM) 7 1.8.2 Pembelajaran berbantukan

Komputer 1.8.3 Multimedia

1.8.4 Modul

1.8.5 Interaktif

8 8 8 9

1.8.6 Pengajaran 9 1.8.7 Sekolah Bestari 9 1.8.8 Animasi 10 1.8.9 Perisian 10 1.8.10 Pembelajaran 10

xi

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan

2.2 Definisi Modul Alat Bantu Mengajar 2.3 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.4 Perbezaan ABM dengan PBK 2.5 Kelebihan ABM berbanding dengan PBK 2.6 e-book 2.7 Ciri-Ciri ABM yang baik 2.8 Ciri-Ciri ABM yang kurang baik 2.9 Kebaikan perisian modul ABM 2.10 Kelemahan perisian modul ABM 2.11 Strategi pengajaran dalam modul ABM

11

11

12

13

13

15

15

17

18

19

20 2.12 Pengenalan

2.13 Definisi Modul Alat Bantu Mengajar 2.14 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.15 Perbezaan ABM dengan PBK 2.16 Kelebihan ABM berbanding dengan PBK 2.17 e-book 2.18 Ciri-Ciri ABM yang baik 2.19 Ciri-Ciri ABM yang kurang baik 2.20 Kebaikan perisian modul ABM 2.21 Kelemahan perisian modul ABM

11

11

12

13

13

15

15

17

18

19

xii

2.22 Strategi pengajaran dalam modul ABM

20

2.11.1 Latih tubi

2.11.2 Tutorial

20

20 2.23 Pendekatan pengajaran dalam modul

ABM 21

2.12.1 Pendekatan Induktif 21 2.12.2 Pendekatan deduktif 21 2.13 Teori Pembelajaran 21 2.13.1 Teori Pembelajaran

Konstruktivisme 22

2.13.2 Teori Pembelajaran

Kognitivisme 23

2.13.2 Teori Pembelajaran

Behaviorivisme 24

2.14 Elemen-elemen multimedia 25 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan

3.2 Penentuan skop, tajuk dan objektif

28

29

3.2.1 Skop dan tajuk 3.2.2 Objektif pengajaran

29

29 3.3 Mengenalpasti kumpulan sasaran

3.4 Pembinaan pendekatan perisian 3.5 Pemilihan perisian pembangunan 3.6 Pemilihan perisian multimedia 3.7 Pemilihan perkakasan

30

30

31

32

33

xiii

3.8 Spesifikasi perkakasan minimum

pengguna 3.9 Pemilihan model rekabentuk instruksi

bersistem

34

35

3.9.1 Analisis

3.9.2 Rekabentuk 3.9.3 Pembangunan

36

37

37 3.9.4 Perlaksanaan 37 3.9.5 Penilaian 38 3.10 Pembangunan perisian

3.11 Carta alir umum bagi modul perisian

38

38 BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

4.2 Persediaan Bahan

48

48 4.2.1 Persediaan dan pengeditan teks

4.2.2 Pengeditan grafik dan audio 4.2.3 Menghasilkan animasi dan pengeditan video dalam perisian

49

49

50

4.3 Rangka asas perisian 50 4.3.1 Paparan persembahan tajuk

4.3.2 Paparan menu utama

4.3.3 Paparan menu pengajaran

4.3.4 Paparan tutorial

4.3.5 Paparan bantuan

4.3.6 Paparan glosari

51

51

52

53

53

54

xiv

4.3.7 Paparan rehat 4.3.8 Paparan keluar

54

55 4.4 Mempakej perisian

4.5 Kaedah menggunakan perisian

56

57 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

59

59 5.2.1 Kekuatan modul perisian ABM 60 5.2.2 Kelemahan modul perisian ABM 61 5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa

pembangunan perisian 62

5.3.1 Kekurangan kepakaran 62 5.3.2 Kekangan masa 63 5.3.3 Kos yang tinggi 63 5.4 Cadangan 64 5.5 Kesimpulan 65 RUJUKAN 66

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.4 Jadual Perbezaan ABM dengan PBK 13

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.9 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 36

Rajah 3.11 Carta Alir Umum Modul Perisian 39

Rajah 3.12 Carta Alir Pengajaran Modul Perisian 40

Rajah 3.13 Carta Alir Pengenalan 41

Rajah 3.14 Carta Alir Prinsip 42

Rajah 3.15 Carta Alir Hukum-Hukum 43

Rajah 3.16 Carta Alir Pekali 44

Rajah 3.17 Carta Alir Penggunaan 45

Rajah 3.18 Carta Alir Tutorial 46

Rajah 3.19 Carta Alir Rehat 47

Rajah 4.1 Paparan Persembahan Tajuk 51

Rajah 4.2 Paparan Menu Utama 51

Rajah 4.3 Paparan Menu Pengajaran 52

Rajah 4.4 Paparan Bantuan 53

Rajah 4.5 Paparan Glosari 54

Rajah 4.6 Paparan Rehat 54

Rajah 4.7 Paparan Keluar 55

Rajah 4.8 Memilih Package For CD dalam 56 Microsoft Power Point 2003

Rajah 4.9 Opsyen Package For CD 57

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana

tempat di seluruh dunia. Sejajar dengan itu, komputer semakin meluas digunakan

pada masa ini dan ia bukanlah dianggap lagi sebagai sesuatu yang luar biasa.

Komputer dianggap sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) yang berkesan kerana

ianya mempunyai ciri-ciri interaktif yang berkesan selain daripada kemampuannya

untuk menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu

persembahan maklumat yang lebih menarik dan berkesan. Salah satu elemen penting

yang sangat berkait rapat dengan proses pengajaran selaras dengan perkembangan

teknologi maklumat ialah multi media.

Sekolah Bestari lebih menitikberatkan penggunaan multi media dalam

pengajaran dan pembelajaran di mana komputer yang berasaskan multi media akan

menggantikan buku-buku tradisional sebagai bahan pengajaran. Tumpuan utama

dalam usaha menubuhkan Sekolah Bestari Malaysia ialah untuk membangunkan

prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan

format penilaian, penglibatan pihak swasta, ibu bapa dan komuniti bagi

meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.

2

Selaras dengan itu, Malaysia berhasrat untuk menjadikan semua sekolah

sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010 dengan “Pendidikan Bertaraf Dunia”

sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara. Proses pendidikan adalah sebagai

satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah

yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Ini akan menjadikan komputer

sebagai ABM yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Sehubungan dengan hasrat ini, konsep sekolah bestari telah

diperkenalkan dan para guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah

mengimplementasikannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan, selain daripada

pengurusan yang cemerlang, kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

perlulah bersesuaian dan menarik minat pelajar supaya bermotivasi untuk terus

belajar. Ini adalah kerana tanpa proses atau kaedah yang sesuai matlamat pengajaran

agak sukar untuk di capai.

Menurut Baharuddin et. al (2001), kadar pengekalan informasi dalam pelajar

menggunakan multi media berasaskan komputer yang interaktif boleh mencapai 30

persen daripada kadar pengekalan informasi oleh pelajar yang menggunakan ABM

kaedah tradisional. Gabungan teks, grafik, animasi, audio dan video adalah menarik

dan menyeronokkan. Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan kaedah dan teknik

mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,

menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik

dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 1993).

3

Merujuk kepada pengalaman sedia ada pembangun perisian semasa mengajar

mata pelajaran Mekanik Kejuruteraan selama 6 tahun, didapati pelajar sukar untuk

memahami apa itu geseran. Pembangun sendiri sebagai seorang guru juga sukar

untuk menerangkan apa itu geseran tanpa bantuan keadaan sebenar situasi geseran itu

berlaku. Daripada pengalaman ini dan melalui temu bual secara tidak formal dengan

rakan-rakan yang juga mengajar mata pelajaran yang melibatkan geseran,

pembangun mengambil inisiatif untuk membangunkan modul perisian ABM yang

bertajuk ‘Geseran’.

Oleh itu, perisian modul ABM yang dibina adalah satu alat bantu mengajar

yang berbentuk multi media yang boleh digunakan oleh guru dalam mata pelajaran

berkaitan geseran dalam proses pengajarannya. Dengan adanya perisian modul ABM

ini, ianya akan dapat menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang

sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga

perisian modul ABM dapat membantu guru tersebut menyampaikan isi

pengajarannya dengan lebih berkesan lagi

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti yang kita tahu, kekurangan ABM yang digunakan di dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran terutamanya ABM yang berbentuk perisian multi

media akan membataskan usaha pelajar untuk memperdalamkan pengetahuan mereka

di dalam bidang yang mereka pelajari. Menurut Rozinah (2000), sasaran utama

pendidikan multi media adalah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

aktif, ini dapat mengelakkan pelajar dari melencong dari proses pembelajaran

tersebut. Pembelajaran berasaskan buku teks yang linear dan pasif telah berubah

kepada pembelajaran berasaskan penyiasatan, penjelajahan dan memahami konsep.

4

Guru yang mengajar mata pelajaran berkaitan juga menghadapi masalah

untuk menyampaikan topik geseran dengan lebih berkesan jika tanpa di bantu oleh

apa-apa ABM yang dapat menunjukkan situasi sebenar. Dengan itu, satu perisian

modul ABM berciri multi media akan dibina untuk membantu guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Diharap dengan terhasilnya perisian ini, ia mampu

meningkatkan tahap pemahaman yang maksima kepada pelajar di dalam proses

pembelajaran Perisian modul ABM yang akan dihasilkan adalah mengikut sukatan

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat, bagi tajuk Mekanik

iaitu Geseran.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembinaan modul perisian ABM ini adalah bertujuan untuk:

(i) Membangunkan satu perisian modul ABM yang interaktif di mana

menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, audio dan video

bertajuk ‘Geseran’ dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal Tingkatan Empat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di

Sekolah Menengah Teknik di Malaysia.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal khususnya dalam sub

topik mekanik iaitu ‘daya geseran’ meliputi asas-asas pemahaman yang penting

kepada pergerakan sesuatu objek yang mengalami daya geseran akibat daripada

5

pergerakan yang disebabkan oleh daya ke atas objek tersebut. Guru yang mengajar

mata pelajaran ini terutamanya dalam sub topik geseran, mengalami satu keadaan di

mana pelajar amat sukar untuk memahami apa yang digambarkan oleh guru secara

abstrak. Guru memerlukan satu perisian modul ABM yang boleh membantu

menunjukkan satu situasi sebenar di mana wujudnya geseran dan sebagainya

berkaitan dengan topik tersebut. Dengan membangunkan perisian modul ABM ini,

ia akan membantu para guru memberi satu gambaran yang jelas kepada para pelajar

mengenai kewujudan daya geseran tersebut.

1.6 Kepentingan Projek

Perisian modul ABM ini dibina untuk mengatasi masalah guru yang mengajar

mata pelajaran yang berkaitan dengan sub topik geseran semasa menyampaikan

pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Penggunaan elemen-elemen multi media

seperti teks, grafik, audio, video dan animasi di dalam perisian modul ABM ini dapat

memudahkan pelajar untuk memahami daya geseran dengan lebih berkesan.

1.7 Skop Projek

Perisian modul ABM ini direka untuk tajuk Geseran yang terdapat dalam

sukatan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat. Modul

ABM ini merangkumi (Kaharrudin et. al ,2003):