MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/SOLAN LISAN 15...
Transcript of MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/SOLAN LISAN 15...
-
1 ID707/03
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)26
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
26. Apakah status kewangan negeri termasuklah hutang bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini? (a) Apakah perancangan khusus jangka masa pendek dan sederhana dalam mengurangkan bebanan hutang negeri?
YB. DATO' IR. HAJI AHMAD ZAKIYUDDIN BIN ABD RAHMAN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
26. Meskipun berdepan dengan krisis pandemik Covid-19 dan
berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
mana sebahagian program di bawah penganjuran Kerajaan
Negeri dibatalkan, seperti Pesta Pulau Pinang Tahun 2020,
Kerajaan Negeri tetap berkeupayaan untuk membuat
pembayaran balik untuk pinjaman. Kesemua pembayaran
tersebut dibuat mengikut jadual bayar balik yang telah
ditetapkan dan baki pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan
-
2 ID707/03
Persekutuan dengan berakhirnya tahun 2020 kelak adalah
RM49,628,591.44. Selaras dengan fokus Bajet Negeri yang
telah dirangka untuk tahun 2020 untuk meminimumkan jumlah
hutang Kerajaan Negeri dan mengambil kira kedudukan semasa
kewangan negeri, sehingga kini tiada pinjaman baharu yang
dibuat dengan Kerajaan Persekutuan.
(a) Antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan
bebanan hutang negeri dan mempertingkatkan hasil
pendapatan negeri adalah seperti berikut :-
Jangka masa pendek :
Mengkaji semula projek yang berkos tinggi bagi
memastikan kemampuan dan kecekapan perbelanjaan
termasuk mendapatkan pinjaman yang lebih rendah.
Jangka masa sederhana :
(i) Mengkaji peluang untuk mempelbagaikan
pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang
-
3 ID707/03
stabil melalui instrumen yang baru dalam pasaran
kewangan, di samping meningkatkan pelaburan
melalui Simpanan Tetap dan pasaran ekuiti dengan
lebihan kewangan Kerajaan Negeri yang ada.
(ii) Mempelbagaikan sumber hasil negeri dan
mengurangkan tunggakan hasil melalui tindakan
penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan.
-
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)27
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA YB. ONG KHAN LEE
27. Nyatakan secara spesifik tarikh bila Kerajaan Negeri akan memulakan kerja-kerja Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang pada tahun 2021..
YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B KETUA MENTERI
27. Jadual pelaksanaan bagi projek-projek di bawah Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) adalah seperti berikut:
i. Penang South Reclamation (PSR)
Projek PSR telah dibentangkan kepada Majlis Perancangan
Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019. MPFN telah
memberi 18 nasihat bagi pelaksanaan projek ini. Selain itu,
projek ini juga telah mendapat kelulusan Environmental
Impact Assessment (EIA) pada 25 Jun 2019 dengan 72
syarat. PSR juga telah memperoleh surat kelulusan Laporan
-
Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada PLAN Malaysia pada
27 Ogos 2019.
Secara keseluruhannya, Projek PSR telah mendapat
kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada Kerajaan
Persekutuan. Lanjutan daripada kelulusan EIA, salah satu
syarat adalah untuk menyediakan Laporan Pelan
Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi kelulusan jabatan
Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang. Laporan EMP ini
akan mensyaratkan kontraktor yang dilantik dalam mematuhi
syarat-syarat kelulusan EIA semasa kerja-kerja
penambakan dilaksanakan. Langkah-langkah kawalan alam
sekitar dan program pengawasan alam sekitar di dalam
Laporan EMP ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor
yang akan dilantik.
Pada masa ini, laporan EMP (Pindaan 1) telah dikemukakan
kepada pihak JAS Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2020
dan masih menunggu kelulusan.
-
Kerajaan Negeri bersama dengan rakan pelaksana Project
Delivery Partner (PDP) juga sedang memperhalusi langkah-
langkah mitigasi bagi meminimakan impak sosial dan alam
sekitar sebelum projek bermula secara fizikal. Kerajaan
Negeri kini dalam fasa menyediakan reka bentuk dan
penyediaan dokumen-dokumen tender.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif
menganjurkan Master Design Competition (MDC) di mana
syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat
dalam penyediaan reka bentuk dapat mengambil bahagian
dalam MDC. Lima (5) syarikat telah dipilih ke pusingan akhir
bagi pertandingan tersebut dan pemenang yang berjaya iaitu
Bjarke Ingels Group (BIG) telah diumumkan pada 19 Ogos
2020 yang lalu. Pihak BIG akan menyediakan reka bentuk
terperinci ini dalam masa yang terdekat.
ii. Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT)
Fasa 1 LRT Laluan Bayan Lepas telah mendapat kelulusan
Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) pada 21
-
Februari 2020 dengan 63 syarat. Laporan Kajian Penilaian
Impak Warisan (HIA) telah diluluskan oleh Jabatan Warisan
Negara (JWN) 28 Ogos 2020. Manakala, Laporan Kajian
Impak Sosial (SIA) telah diluluskan pada 19 Jun 2020. Selain
itu, Kerajaan Negeri sedang menyusuli kelulusan akhir untuk
memuktamadkan skim rel yang telah mendapat kelulusan
bersyarat pada 18 Julai 2019 untuk menjalankan
pemeriksaan awam (Public Inspection) daripada pihak
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan
Kementerian Pengangkutan yang dijangka akan
dimuktamadkan sebelum akhir Disember 2020.
iii. Pan Island Link (PIL 1)
Projek PIL 1 telah mendapat kelulusan Laporan
Environmental Impact Assessment (EIA) pada 10 April 2019
dengan 56 syarat dan Laporan Traffic Impact Assessment
(TIA) yang diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)
bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 24
Ogos 2018.
-
Sehingga kelulusan-kelulusan ini diperolehi, pihak Rakan
Pelaksana Projek (PDP) iaitu SRS Consortium Sdn. Bhd. kini
dalam proses penambahbaikan struktur model kewangan
bagi pembiayaan pelaksanaan projek PIPPP melalui hasil
penjualan tanah tambakan projek PSR. Jadual pelaksanaan
bagi projek-projek PIPPP ini akan ditetapkan sejurus struktur
model kewangan (financial architecture) dimuktamadkan
oleh pihak PDP bersama Kerajaan Negeri.
Kerja pembinaan bagi projek di bawah PDP juga dijangka
boleh bermula setelah Works Package Contracts (WPC)
pertama dianugerahkan kepada kontraktor bagi setiap
komponen Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang
(PIPPP) selepas struktur model kewangan (financial
architecture) dimuktamadkan.
iv. Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut
-
Bagi Projek Jalan-Jalan Utama, kelulusan wajib yang
diperlukan iaitu kelulusan Environmental Impact Assessment
(EIA) telah diperolehi pada 7 November 2017 dengan 59
syarat. Kerajaan Negeri telah pun menandatangani
perjanjian bagi fasa pembinaan untuk salah satu pakej projek
Jalan-Jalan Utama iaitu Pakej 2 (Jalan Pintasan Lebuhraya
Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam). Kerja-kerja awalan bagi
fasa pembinaan Pakej 2 telah dijalankan bermula pada 31
Oktober 2019. Kerajaan Negeri telah menetapkan fasa
pembinaan Pakej 2 dimulakan terlebih dahulu dan disusuli
oleh fasa pembinaan bagi pakej-pakej jalan yang lain. Bagi
projek Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk
Bahang (Pakej 1) dan Jalan Pintasan dari Persiaran Gurney
ke Tun Dr. Lim Chong Eu (Pakej 3), pihak kontraktor kini
sedang dalam tindakan memuktamadkan pindaan
rekabentuk terperinci. Manakala untuk Terowong Dasar Laut
(Pakej 4), pihak Kerajaan Negeri masih dalam tindakan
memuktamadkan kelulusan bagi draf laporan kajian
-
kebolehlaksanaan yang dikemukakan oleh pihak Consortium
Zenith Contruction (CZC).
Secara amnya, projek-projek di bawah PIPPP telah
mendapat hampir kesemua kelulusan wajib yang diperlukan
dari agensi-agensi kerajaan untuk memulakan proses fasa
pembinaan. Kerajaan Negeri bersama dengan rakan
pelaksana bagi projek BLLRT, PIL 1 serta PSR dan pihak
kontraktor bagi projek Pakej 2 (Jalan Pintasan Lebuhraya
Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam) di bawah Projek Jalan-
jalan Utama dan Terowong Dasar Laut sedang
memperhalusi langkah-langkah mitigasi bagi menangani
impak sosial dan alam sekitar yang perlu dilaksanakan
sebelum projek bermula secara fizikal.
-
1 ID5/06
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)28
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN YB. GOH CHOON AIK
28. Huraikan purata kapasiti efektif air setiap bulan bagi tahun 2020 di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam. (a) Jelaskan kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji
Rawatan Air Sungai Dua.
(b) Apakah status Empangan Mengkuang?
(c) Sila perincikan isi padu penggunaan air oleh perumahan, perniagaan, perindustrian dan sebagainya.
YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
28. Untuk kapasiti efektif bagi tahun 2020 untuk Empangan Teluk
Bahang dan Empangan Air Itam sila rujuk ke LAMPIRAN 1 dan
LAMPIRAN 2.
(a) Untuk memenuhi permintaan air, Perbadanan Bekalan Air
Pulau Pinang (PBAPP) telah mengoptimumkan pengeluaran
air terawat di loji rawatan air terbesar Pulau Pinang Loji
-
2 ID5/06
Rawatan Air Sungai Dua (LRA Sg Dua). Purata pengeluaran
air terawat LRA Sg Dua adalah 963.2 juta liter sehari (MLD)
sejak 01.01.2020. LAMPIRAN 3 disertakan.
(b) Melalui mesyuarat yang berlangsung di KASA pada 24
September 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah
bersetuju untuk menerima Empangan Mengkuang dan majlis
penyerahan akan diadakan pada 26 Oktober 2020 di
Empangan Mengkuang.
(c) Sila rujuk LAMPIRAN 4. Kesemua Lampiran yang
dinyatakan akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat
setelah tamat sesi soalan lisan.
-
Lampiran 2
-
Lam
pira
n 3
-
Lampiran 4
-
1 ID38/02
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)29
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG YB. ONG AH TEONG
29. Nyatakan fokus Pelancongan Bertanggungjawab dan inisiatif-inisiatif berkaitan.
YB. YEOH SOON HIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
29. Pulau Pinang merupakan sebuah destinasi pelancongan yang
popular dan telah mula kembali rancak khususnya pelancongan
domestik sejak perjalanan merentas negeri dibenarkan selepas
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam
mengawal penularan wabak Covid-19, langkah-langkah
kawalan perlu diambil khususnya dalam sektor pelancongan.
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan kempen Pelancongan
Bertanggungjawab (Responsible Tourism) untuk memastikan
semua orang sedar tentang tanggungjawab yang dipikul dan
harus dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Pelancongan
-
2 ID38/02
Bertanggungjawab memberi fokus kepada perkara-perkara
seperti berikut:
(i) Lima (5) tanggungjawab pelancong – penjarakan
sosial, kerapkan pembasuhan tangan, memakai pelitup
muka, pembuangan pelitup muka secara betul dan
mendapatkan rawatan segera sekiranya kurang sihat;
dan
(ii) Lima (5) tanggungjawab penggiat pelancong –
sediakan aplikasi MySejahtera/PGCare, periksa suhu
badan, sediakan pembersih tangan dan sabun,
pastikan penjarakan sosial dan menyediakan tong
sampah yang mencukupi.
Bagi memberi keyakinan kepada pelancong untuk berkunjung
ke Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Sistem
Akreditasi bagi Kesiapsiagaan COVID-19 di Pulau Pinang
(COVID-19 Safety Accreditation Programme). Akreditasi ini
-
3 ID38/02
memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri
pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis
panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kebersihan dan
keselamatan yang ditetapkan. Pasukan akreditasi dan penilaian
adalah terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
(JKNPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis
Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat EXCO
Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) dan Penang
Global Tourism (PGT). Proses penilaian yang menyeluruh akan
dijalankan untuk memastikan semua garis panduan dan
prosedur operasi standard dipatuhi sebelum kelulusan
permohonan akreditasi tersebut. Pihak yang telah memenuhi
SOP akreditasi ini akan diberi logo rasmi untuk dipamerkan di
premis serta untuk kegunaan promosi dan pemasaran. Logo
akreditasi yang dipamerkan di premis hotel dan tempat tarikan
pelancong akan memberi keyakinan dan keamanan yang tinggi
kepada pelancong semasa lawatan mereka di Pulau Pinang.
-
1 ID133/13
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)30
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK YB. LEE KHAI LOON
30. Senaraikan bilangan kilang kitar semula plastik mengikut daerah, berlesen dan tidak berlesen. (a) Nyatakan jumlah bilangan penguatkuasaan yang telah
dijalankan ke atas kilang-kilang yang beroperasi secara haram serta membakar secara terbuka.
(b) Terangkan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) ke atas kilang haram tersebut.
YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
30. Kerajaan Negeri telah mengenalpasti sebanyak 102 buah kilang
kitar semula plastik beroperasi di Negeri Pulau Pinang.
Kesemua kilang tersebut terletak di kawasan Seberang Perai.
Sebanyak 91 buah kilang kita semula plastik adalah berlesen
manakala 11 buah kilang lagi tidak berlesen. Senarai bilangan
-
2 ID133/13
kilang kitar semula plastik mengikut daerah, berlesen dan tidak
berlesen adalah seperti berikut:
(a) Sebanyak 34 operasi penguatkuasaan telah dijalankan
sehingga September 2020. Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) telah mengeluarkan sebanyak 16 notis dan 11
tawaran kompaun bagi ketidakpatuhan yang ditemui.
(b) Kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa atau agensi
dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas
kilang haram adalah seperti berikut:
Daerah Berlesen Tidak
Berlesen
Jumlah
Kilang
Seberang Perai
Utara 34 1 35
Seberang Perai
Tengah 36 7 43
Seberang Perai
Selatan 21 3 24
Jumlah 91 11 102
-
3 ID133/13
(i) kesukaran mendapatkan maklumat lengkap
berhubung syarikat yang menjalankan aktiviti operasi
kilang bagi tujuan dokumentasi untuk tindakan
undang-undang di mahkamah;
(ii) kesukaran mendapatkan pembuktian aktiviti atau
kesalahan yang sedang dijalankan;
(iii) proses tindakan mahkamah yang mengambil masa
yang panjang;
(iv) infrastruktur dan pembangunan kilang kitar semula
yang tidak mengikut/lulus kebenaran merancang juga
menjadi kekangan kepada Jabatan Alam Sekitar
dalam menjalankan penguatkuasaan; dan
(v) tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara
berasingan oleh semua jabatan atau agensi
penguatkuasaan berikutan senarai peruntukan
-
4 ID133/13
undang-undang yang berbeza dan tindakan
penguatkuasaan tidak menyeluruh.
-
1 ID85/06
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)31
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN JAWI YB. H'NG MOOI LYE
31. Berkenaan kitar sisa plastik dari negara asing. (a) Sila nyatakan jumlah diimport melalui Pengkalan Kontena
Butterworth Utara (NBCT) sejak 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020.
(b) Daripada jumlah tersebut berapakah adalah untuk kilang di Negeri Pulau Pinang?
YB. PHEE BOON POH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
31. Sebagai makluman Yang Berhormat, jabatan yang diberi
kuasa untuk mengeluarkan lesen import (AP) sisa pepejal
plastik H.S. Kod 39.15 ialah Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal Negara (JPSPN) di bawah kuasa Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi maksud
ini, JPSPN telah dilantik di bawah Seksyen 10, Akta Kastam
1967 (Akta 235), sebagai pegawai kastam yang hak bagi
tujuan menandatangani, meminda dan membatalkan lesen-
lesen import (AP) selaras dengan peruntukan butiran
-
2 ID85/06
berkenaan pada Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Import) 2017.
(a) Jumlah sisa plastik yang diimport melalui Pelabuhan
NBCT (P14) bermula tarikh 01 Ogos 2019 sehingga 31
Ogos 2020 adalah sebanyak 153,441.26 metrik tan
metrik melibatkan 22 kilang yang mempunyai permit
import sisa plastik H.S. Kod 39.15.
(b) Daripada jumlah tersebut, 13 kilang adalah dari Pulau
Pinang dan selebihnya iaitu 9 kilang adalah dari negeri
selain Pulau Pinang. Jumlah pengimportan sisa plastik
bagi kilang di Negeri Pulau Pinang sahaja adalah
95,136.93 metrik tan sepanjang tempoh 01 Ogos 2019
sehingga 31 Ogos 2020. Manakala selebihnya iaitu
58,304.33 metrik tan adalah untuk kilang dari luar
Pulau Pinang.
-
1 ID110/06
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)32
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG YB. LIM SIEW KHIM
32. Data Pecahan Jantina di peringkat pembuat keputusan termasuk pejawat awam dan pewakilan rakyat kini masih menunjukkan terdapat jurang gender yang ketara. (a) Apakah dasar yang telah dan akan diadakan oleh
Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan wanita di tahap pembuat keputusan?
(b) Apakah program-program yang telah dilaksanakan dalam merapatkan jurang tersebut?
YB. CHONG ENG MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
32. (a) Antara dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan
Negeri bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam
peringkat pembuat keputusan adalah seperti berikut:
(i) Kerajaan Negeri telah melancarkan Dasar
Keterangkuman Gender pada 7 Mac 2019 yang
bertujuan untuk menyediakan kerangka yang jelas
bagi memastikan golongan wanita dan lelaki
mempunyai akses yang sama melalui pengamalan
-
2 ID110/06
nisbah 40%:40%:20% iaitu 40% wanita, 40% lelaki
dan 20% terbuka untuk wanita dan lelaki.
Pelaksanaan pendekatan ini adalah untuk
mengurangkan dominasi satu golongan serta
meningkatkan penyertaan wanita di peringkat
pembuat keputusan;
(ii) Kerajaan Negeri telah menambah penglibatan
wanita di bawah pentadbirannya dengan kini
mempunyai dua (2) EXCO wanita yang memegang
portfolio penting di Pulau Pinang. Selain itu,
terdapat enam (6) Ahli Dewan Undangan Negeri
dan lapan (8) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
yang terdiri daripada golongan wanita;
(iii) Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran kepada
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
supaya sekurang-kurangnya 30% keanggotaan
terdiri daripada golongan wanita pada tahun 2021
iaitu lima (5) ahli wanita daripada jumlah 15 ahli
MPKK. Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan
-
3 ID110/06
secara berperingkat di mana MPKK mempunyai
sekurang-kurangnya satu (1) ahli wanita pada tahun
2017 dan telah bertambah kepada sekurang-
kurangnya tiga (3) ahli pada tahun 2019; dan
(iv) Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah meluluskan
pelaksanaan Jawatankuasa Pembangunan Wanita
dan Keluarga (JPWK) di setiap 40 KADUN di Pulau
Pinang. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh 15
wanita yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan program pembangunan wanita dan
keluarga. Jawatankuasa ini juga menjadi platform
kepada golongan wanita untuk tampil ke hadapan
bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan.
Kerajaan Negeri telah meluluskan pelanjutan
pelaksanaan JPWK di setiap KADUN selama dua
(2) tahun sehingga tahun 2021.
Sebagai perancangan masa hadapan, Kerajaan
Negeri berhasrat untuk meneliti cadangan
penggunaan perspektif keterangkuman gender
-
4 ID110/06
dalam pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa
Tempatan dan Ahli Lembaga Pengarah di bawah
anak syarikat Kerajaan Negeri.
(b) Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jurang perbezaan
jantina adalah seperti berikut:
(i) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan
Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah
menganjurkan bengkel pembangunan kapasiti
Dasar Keterangkuman Gender kepada pegawai
agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan. Semua Bahagian, Jabatan Negeri dan
Pihak Berkuasa Tempatan didedahkan dengan
pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender di
Negeri Pulau Pinang. Melalui pelaksanaan dasar
ini, Kerajaan Negeri menyasarkan 30 peratus
pengisian pegawai wanita dapat dicapai melalui
Pihak Berkuasa Melantik;
-
5 ID110/06
(ii) Pelaksanaan program Sidang Wanita yang
dilancarkan pada Julai 2020 yang bertujuan untuk
mencungkil bakat kepimpinan wanita di Pulau
Pinang serta memberikan pendedahan mengenai
peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Melalui pelaksanaan program ini, dilihat lebih ramai
wanita akan berkecimpung dalam bidang politik;
(iii) Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang
telah dilancarkan pada tahun 2020 yang bertujuan
untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita di
Pulau Pinang. Program ini adalah selaras dengan
visi Penang2030 yang menyasarkan 40%
usahawan wanita di Pulau Pinang menjelang tahun
2030; dan
(iv) Kerajaan Negeri melalui PWDC telah menganjurkan
empat (4) program pembangunan kapasiti kepada
ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga (JPWK) dan Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK) yang bertujuan meningkatkan
-
6 ID110/06
kemahiran kepimpinan di kalangan golongan
wanita.
-
1 ID150/10
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)33
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG YB. HAJI MOHD TUAH BIN ISMAIL
33. Projek pembangunan tanaman Fertigasi atau vertical agro pot bagi yang tiada mempunyai kawasan yang luas. (a) Apakah perancangan untuk membangunkan bidang ini?
Mohon diadakan peruntukan khas bagi menggalakkan bidang ini diceburi oleh orang-orang awam baik di bandar mahupun di luar bandar.
YB. DR. HAJAH NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
33. Pada masa kini terdapat pelbagai teknologi pertanian yang tidak
memerlukan ruang yang luas untuk aktiviti pertanian, antaranya
ialah teknik penanaman fertigasi, nutrient film technique (NFT),
menggunakan set nutripot, set hygrowpot link tech (HLT) dan
sebagainya.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa
menggalakkan orang awam mahu pun para petani untuk
menggunakan teknik tanaman sebegini bagi mengatasi masalah
-
2 ID150/10
ruang atau kawasan pertanian yang terhad. Walau
bagaimanapun, teknik penanaman seperti fertigasi memerlukan
kos permulaan yang agak tinggi berbanding konvensional.
Justeru itu, melalui projek pembangunan pertanian, pihak
Jabatan Pertanian Negeri turut memberi bantu kepada petani
yang berhasrat menjalankan projek fertigasi di kawasan masing-
masing, selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Agihan
peruntukan untuk projek fertigasi adalah seperti berikut:
Projek Fertigasi
Projek Pembangunan Negeri JUMLAH Projek Pembangunan Persekutuan JUMLAH
SPU SPT SPS BD/TL SPU SPT SPS BD/TL
Agihan Peruntukan
Tahun 2018
1,043.00 2,000.00 3,043.00 18,930.00 18,930.00
Tahun 2019
3,000.00 2,060.00 5,060.00 3,000.00 3,000.00
Tahun 2020
13,060.00 7,080.00 2,500.00 22,640.00 77,920.00 60,000.00 10,830.00 148,750.00
JUMLAH 17,103.00 0.00 9,140.00 4,500.00 30,743.00 96,850.00 60,000.00 10,830.00 3,000.00 170,680.00
Bilangan Peserta
Tahun 2018
1 1 2 4 4
Tahun 2019
1 2 3 1 1
Tahun 2020
3 2 1 6 5 3 1 9
JUMLAH 5 0 4 2 11 9 3 1 1 14
Selain fertigasi, terdapat juga teknik vertical farming lain yang
dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri melalui
program Pertanian Bandar. Program Pertanian Bandar atau
Perkebunan Komuniti di peringkat negeri telah dilaksanakan
dengan menggunakan sebahagian peruntukan di bawah Projek
-
3 ID150/10
Pembangunan Industri Sayur-sayuran. Namun demikian, agihan
peruntukan agak terhad dan justeru itu, pada tahun 2021, pihak
Jabatan Pertanian Negeri telah memohon sejumlah peruntukan
khas bagi tajuk projek ini.
Selain peruntukan pembangunan negeri, pihak Jabatan
Pertanian Negeri juga menerima peruntukan Kerajaan
Persekutuan di bawah Progam Pertanian Bandar. Untuk
makluman, Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan
berjumlah RM200,000.00 pada tahun 2020 bagi perlaksanaan
Program Pertanian Bandar. Skop Program adalah dalam bantuan
input pertanian dan peralatan yang berkaitan selain program
latihan dan kempen yang berkaitan pertanian bandar. Agihan
peruntukan mengikut kategori dan daerah adalah seperti berikut:
DAERAH KATEGORI TAHUN 2020
Bil. Projek Bil. Peserta Peruntukan
SEBERANG PERAI UTARA
Individu 1 12 1,750.00
Komuniti 6 115 17,025.00
Sekolah 3 150 9,925.00
Institusi 1 25 1,900.00
JUMLAH 11 302 30,600.00
SEBERANG PERAI TENGAH
Individu 1 10 1,750.00
Komuniti 3 60 12,100.00
Sekolah 3 150 10,150.00
Institusi 2 50 3,800.00
JUMLAH 9 270 27,800.00
SEBERANG PERAI SELATAN
Individu 2 20 2,700.00
Komuniti 4 80 13,050.00
Sekolah 3 150 8,250.00
Institusi 2 50 5,000.00
JUMLAH 11 300 29,000.00
-
4 ID150/10
BARAT DAYA / TIMUR LAUT
Individu 2 44 12,950.00
Komuniti 10 206 51,475.00
Sekolah 6 270 26,550.00
Institusi 3 90 11,375.00
JUMLAH 21 610 102,350.00
JUMLAH BESAR
Individu 6 86 19,150.00
Komuniti 23 461 93,650.00
Sekolah 15 720 54,875.00
Institusi 8 215 22,075.00
JUMLAH 52 1482 189,750.00
Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri juga menerima agihan
peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) berjumlah RM600,000.00 untuk Projek Pertanian
Bandar, yang disalurkan sebanyak dua (2) fasa bagi tempoh
perlaksanaan tahun 2020 dan 2021. Skop projek pertanian
bandar adalah dalam bentuk input pertanian, pembinaan dan
naik taraf infrastruktur serta latihan kepada peserta. Agihan
peruntukan adalah seperti berikut:
DAERAH KATEGORI TAHUN 2020
Bil. Projek Bil. Peserta Peruntukan
SEBERANG PERAI UTARA
Individu 185 185 38,850.00
Komuniti 9 91 45,007.00
JUMLAH 194 276 83,857.00
SEBERANG PERAI TENGAH
Individu 163 163 34,230.00
Komuniti 8 81 56,300.00
JUMLAH 171 244 90,530.00
SEBERANG PERAI SELATAN
Individu 125 125 26,250.00
Komuniti 6 68 30,000.00
JUMLAH 131 193 56,250.00
BARAT DAYA / TIMUR LAUT
Individu 70 70 14,700.00
Komuniti 10 129 50,000.00
JUMLAH 80 199 64,700.00
JUMLAH KESELURUHAN
Individu 543 543 114,030.00
Komuniti 33 369 181,307.00
Latihan (Negeri) - - 4,663.00
JUMLAH 576 912 300,000.00
-
5 ID150/10
Lawatan YB Exco Agrotech & Keselamatan Makanan Ke Gary
VictoryFARM @Rooftop Malaysia di Jelutong di Pusat Khidmat
YB Lim Swee Kim ADUN Sg Pinang pada 4 Ogos 2020 di mana
Jabatan Pertanian (Pertanian Bandar) mempunyai geran untuk
membantu komuniti pertanian bandar. Saya juga telah
mencadangkan Victory Farm dimasukkan sebagai pembekal dan
kontraktor untuk menguruskan penyediaan Urban Vertical Farm.
Victory Farm juga boleh memberikan latihan kepada pengusaha
baru yang ingin berkecimpung ke dalam industri pertanian bandar
termasuk individu yang tidak bekerja seperti suri rumah.
Gambar Rajah adalah seperti diLAMPIRAN dan Lampiran ini
akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai
sesi soalan lisan.
Pada tahun 2017, jumlah import makanan agro berjumlah
RM51.3 bilion dan pada tahun 2018, ia melebihi RM52 bilion.
(RM52,000,000,000)
https://www.malaysiakini.com/news/489650
-
6 ID150/10
Masalah yang sering dihadapi: -
(i) Tidak ada ruang untuk tumbuh, tidak ada jari hijau,
memerlukan penyiraman berterusan, bercucuk tanam yang
memerlukan tenaga.
(ii) Sayuran pasar yang penuh dengan racun perosak, hormon
pertumbuhan, bahan kimia toksik, tidak segar, semakin
mahal, dan lain-lain
Sayuran organik sangat mahal, tidak pasti ia adalah organik
sepenuhnya, pilihan yang sangat terhad, Vertical Farming adalah
penyelesaian alternatif untuk menyelesaikan masalah di atas:
(i) Jimat Ruang: hanya menggunakan ruang seluas 1 kaki
persegi, tetapi mengetuk ruang menegak, yang dapat
menumbuhkan 60 tanaman;
(ii) Jimat air: Air dikitar semula dan disiram secara automatik;
-
7 ID150/10
(iii) Jimat Masalah: Penyelenggaraan yang sangat rendah,
hanya tambah air dan tambah baja;
(iv) Jimat Wang: Tidak perlu membeli sayuran organik yang
mahal;
(v) Jimat Masa: Tidak perlu menghabiskan berjam-jam untuk
membajak tanah, cukup atur sistemnya dan bagus untuk
pergi;
(vi) PERCUMA: Bebas dari Racun Racun, Hormon
Pertumbuhan, Pewarna dan Pewarna, Lilin, Pengawet,
toksin lain yang tidak diingini;
(vii) PERCUMA: Bebas dari Tenaga Kerja Tanpa tanah, tanpa
kerja keras, tanpa penggalian rumput. Hanya persediaan
yang mudah dan boleh mula berkembang;
(viii) PERCUMA: Bebas dari perubahan Iklim, banjir & kemarau;
-
8 ID150/10
(ix) PERTUMBUHAN SENDIRI: Segar, Selamat, QC terjamin,
terus dari ladang ke meja; dan
(x) MENINGKATKAN: Meningkatkan hasil, meningkatkan
pertumbuhan, meningkatkan pengeluaran
Dengan Vertical Farming, anda tidak memerlukan banyak ruang.
Boleh menjana pendapatan. FAMA boleh membeli dan menjual
sayur-sayuran anda melalui negeri dan menambah pendapatan
kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dan banyak lagi Vertical Farm dengan menggunakan ruang kecil,
anda boleh menanam sayur-sayuran 60x Victory Rooftop Vertical
Farm hanya apartmen 1200 kaki persegi tetapi mampu
menghasilkan kira-kira 1-3 tan sayur setara dengan 1 ekar tanah
yang menghasilkan 1-4 tan. Jika menggunakan Vertical Farm 1
ekar, kira-kira pengeluaran mempunyai purata 350,000 tanaman,
rata-rata 35tan per kitaran, dengan 1 ekar sahaja
-
9 ID150/10
Vertical Farm boleh mengawal di bawah 1 keluasan tanah, tidak
perlu meletakkan racun. Oleh itu tanpa menggunakan racun,
makanannya lebih sihat
Ruj: https://edition.cnn.com/2020/07/21/health/chemical-
endocrine-disruptor-doubled-wellness/index.html
Racun Perosak yang dijumpai di dalam air
Ruj: https://www.malaymail.com/ berita / malaysia / 2015/03/07 /
larangan-racun perosak-dijumpai-di-cameron-dataran tinggi-air /
854143
Pertanian bandar mempromosikan kelestarianya sendiri, mereka
dapat bertukar sayur dengan komuniti lain. Tanaman kumpulan di
kampung berjaya contohnya Persatuan Peladang, sehingga kita
dapat memperkenalkan konsep ini ke bandar. Dengan Pemberian
RM500 untuk individu, mereka dapat membeli menara Vertical
VGROW dari VictoryFARM yang dapat menumbuhkan 60
tanaman dengan hanya 1 kaki persegi. Sistem Plug & Grow,
bebas dari masalah. Oleh itu, setiap keluarga mula tumbuh, maka
-
10 ID150/10
lebihan sayur-sayuran mereka dapat berkongsi sayur-sayuran
mereka kepada jiran mereka atau menukar sayur-sayuran antara
keluarga Dengan pemberian RM50k, VictoryFARM dapat
membina Ladang Vertikal berukuran 500 kaki persegi, yang dapat
menghasilkan kira-kira 5000 tanaman sayur-sayuran untuk
mengekalkan pertanian masyarakat.
Antara Vertical farm yang terbaik adalah Kairos Agriculture yang
berpusat di Pulau Pinang Permatang Pauh Agropark Penanti
yang memulakan Pertanian Vanilla Pertama di Malaysia yang
dikuasakan oleh teknologi Smart Agriculture 4.0 dan menjadi
pelopor Latihan Agropreneur untuk Belia di Permatang Pauh,
Pulau Pinang. Kairos Agriculture (“KAIROS”), sebuah syarikat
sosial yang dikendalikan oleh Jubli Rebak Baru Sdn Bhd (975900-
K), akan melancarkan ladang VANILLA pintar pertama di
Malaysia yang menggunakan teknologi Agriculture 4.0 termasuk
Internet of things (IOT), Big Data, AI dan Pembelajaran Mesin dan
Drone. Vanilla digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam
makanan dan minuman, kosmetik, wangian, minyak wangi, ubat-
ubatan dan industri tembakau, VANILLA adalah tanaman bernilai
tinggi; Eksport Dunia 2018: USD 1.47B; 66% dari Madagascar
-
11 ID150/10
dan 10% dari Indonesia. Di Malaysia, VANILLA berjaya ditanam
secara manual di Sarawak dengan kualiti tempatan yang diiktiraf
sebagai antara nilai tertinggi oleh pihak berkuasa pengujian
makanan di Jepun. Taman Agro Permatang Pauh dan Eko-
Ladang Bersepadu (PPAP) kini berada di atas tanah seluas 2 ekar
yang disewa oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Pulau Pinang
di sempadan Penanti Pulau Pinang dan Lunas Kedah, akan
memiliki VANILLA sebagai miliknya tanaman sauh dan dilengkapi
dengan tanaman tunai premium lain, ramuan dan rempah.
Pada 15 Ogos 2020, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan
Chow Kon Yeow, Pengerusi CMI Pulau Pinang, secara rasmi
akan melancarkan projek Agro-Park dan Eko-Farm Bersepadu
Permatang Pauh yang berkait rapat dan selaras dengan
Wawasan 2030 Pulau Pinang yang akan dibuat Pulau Pinang
sebagai "Keluarga Berfokus Keluarga, Hijau dan Cerdas yang
Mengilhami Bangsa
Taman bersepadu, dengan perluasan lebih banyak tanah dalam
waktu dekat, akan menempatkan Pusat Latihan Usahawan Sosial
yang memfokuskan pada pengembangan Agro-perusahaan
-
12 ID150/10
dengan tujuan untuk menjana peluang pekerjaan bagi para belia
Pulau Pinang, terutama mereka dari keluarga B40 yang tinggal di
sekitar Penanti kawasan.
Saya memberi sokongan kepada inisiatif strategik ini yang dapat
berfungsi sebagai model untuk mendorong lebih banyak belia
untuk terlibat dalam pertanian dan pertanian industri berasaskan.
Kairos Agriculture, yang dikendalikan oleh orang Pulau Pinang
Encik Ezra Tan yang telah bertahun-tahun di Sarawak mengasah
kemahiran pertaniannya dalam menanam vanila, cendawan dan
pisang, akan disokong oleh pasukan petani pakar, pengamal
teknologi IR 4.0 dan pengusaha berpengalaman dengan
gabungan beberapa dekad pengalaman dalam bidang masing-
masing.
Visi mereka adalah menjadi ladang bersepadu bebas kimia
terkemuka di Asia dan misi kami adalah menjadi teladan bagi
golongan muda untuk mengambil bahagian dalam pertanian
melalui pertanian pintar.
-
We Construct Vertical Aeroponic Farms
-
VFARM VGROW Tower – AeroOrganic Home Vertical Farming System
1 st Generation
VGROW Tower 2.0
-
We Construct Greenhouses for Vertical Pocket Farms
-
VGROW Customers
-
The head officer of Jabatan Pertanian
came also to visit.
-
Our LOCATION
-
www.victoryfarmatrooftop.com
-
1 ID277/10
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020
PERKARA : 4(A)34
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN YB. KUMARESAN A/L ARAMUGAM
34. Nyatakan strategik jangka panjang dan pendek Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).
(a) Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan
Negeri dan adakah FAP juga menerima tajaan dari pihak swasta?
(b) Apakah perancangan FAP untuk pembangunan program akar umbi?
(c) Berapakah kos pengurusan FAP untuk sebulan
bersertakan gaji dan elaun?
YB. SOON LIP CHEE MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
34. Strategi jangka pendek Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang
(FAP) adalah untuk mempergiatkan latihan dan perlawanan
persahabatan serta menyiapkan pemain dari segi kecergasan
dan taktik pemain bagi mempersiapkan pasukan Liga Premier
untuk beraksi di Liga Super dan seterusnya menjadi juara pada
Liga Super 2021. FAP ingin mendapatkan kembali keyakinan
rakyat terhadap pasukan bola sepak Pulau Pinang dan
-
2 ID277/10
seterusnya menjadikan sukan bola sepak sebagai pilihan utama
rakyat Pulau Pinang.
Strategi jangka panjang (FAP) adalah untuk memantapkan
barisan pemain bagi pasukan Liga Premier, Piala Presiden dan
Piala Belia. FAP akan bekerjasama dengan akademi-akademi
bola sepak di Pulau Pinang bagi mencungkil dan melahirkan
bakat-bakat baru yang berkualiti untuk beraksi bersama FAP
pada masa hadapan.
(a) Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah
RM8 juta bagi tahun 2020 kepada FAP dan FAP juga telah
menerima tajaan daripada pihak swasta berjumlah
RM500,000.00.
(b) Perancangan FAP untuk pembangunan program akar
umbi adalah seperti berikut:
(i) Mempergiatkan penganjuran liga domestik;
-
3 ID277/10
(ii) Berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang bagi mewujudkan pasukan bola sepak
di setiap sekolah dengan FAP menyediakan
kepakaran khidmat jurulatih, kursus kejurulatihan,
peralatan bola sepak dan peluang permainan
kepada murid; dan
(iii) Bekerjasama dengan Jawatankuasa MMK Belia
dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
(MSNPP) bagi mempergiatkan Program Klinik Bola
Sepak.
(c) Secara puratanya kos pengurusan FAP untuk sebulan
bersertakan gaji dan elaun adalah berjumlah
RM719,500.00.
id 5 lampiran 1id 5 lampiran 2