MEREJAM LEMBING

download MEREJAM LEMBING

of 31

Transcript of MEREJAM LEMBING

Rejam lembing adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan.

acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912.

Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran

KAWASAN LARIAN Panjang 36.5 m , lebar 4 m KAWASAN REJAMAN Dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut.

Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya dan mesti direjam melalui atas bahu. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat.

KASUT Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike.

GAYA MEMEGANG LEMBING Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleH digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya rejaman dari atas bahu

Gaya rejaman dari bawah bahu

FASA PERSEDIAAN

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

FASA LARI LANDAS

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

FASA REJAMAN

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

FASA REJAMAN

Rejaman dikira batal sekiranya mata lembing tidak menyentuh tanah terlebih dahulu Rejaman dikira batal sekiranya perserta menyentuh garis lengkungan bulatan atau kawasan di hadapannya Peserta hanya boleh meninggalkan landas lari setelah lembing itu mendarat

CARA MENGUKUR JARAK REJAMAN

Tali pita pengukur mestilah berada dalam keadaan lurus Ia hendaklah diukur dari kesan yang ditandakan oleh lembing hingga ke pusat lengkungan