Mentor Mentee 2015
-
Upload
romzi-pendek -
Category
Documents
-
view
162 -
download
10
description
Transcript of Mentor Mentee 2015
Mentor Mentee 2015
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan 2
2. Program Mentor Mentee 2
3. Rasional 2
4. Sasaran 2
5. Tenaga Mentor 3
6. Matlamat 3
7. Objektif 3
8. Pelaksanaan 3
i. Formal
ii. Tidak Formal
9. Penutup 7
Lampiran A : Tarikh Pertemuan Mentor Dengan Mentee Secara 8 Formal & Tarikh Penghantaran Buku Laporan Program Mentor Mentee
Lampiran B : Senarai Nama Mentor Mentee 9-13
Lampiran C : Agenda Pertemuan Mentor Dengan Mentee Secara 14-15 Formal
Lampiran D: Modul aktiviti Mentor Mentee 16-26
Lampiran E : Laporan Pertemuan Mentor Mentee 27
Lampiran F : Rekod Kehadiran Mentee 28
UBKSKKCB 1
Mentor Mentee 2015
PROGRAM MENTOR MENTEE SK KAMPUNG CHERAS BAHARU 2015
Pengenalan Program Mentor Mentee adalah satu program yang boleh membantu pelajar
sekolah ke arah pembangunan insan melalui aktiviti terancang dalam kaedah
‘Expriental’ (mengalami) dan ‘Caring’ (kasih sayang) dalam proses membina ilmu.
Melalui kaedah ini pembentukan kumpulan Mentor Mentee akan didedahkan
kepada ilmu dan budi ke arah pembentukan insan.
Program Mentor MenteeMerupakan satu program yang memerlukan semua tenaga pengajar sekolah
sebagai penasihat kepada semua pelajar yang bertanggungjawab sepenuhnya
kepada pembentukan pelajar.
Rasional
Pelajar-pelajar sebenarnya mempunyai kebolehan yang unik dan berpotensi
memperkembangkan kemahiran bagi meningkatkan pencapaian akademik melalui
persekolahan sekirannya dibimbing dan diberi pertolongan . Sistem ini diwujudkan
di sekolah adalah untuk memenuhi keperluan pelajar dari segi mengukuhkan
keyakinan, berinteraksi secara positif , menghayati nilai-nilai murni, rasa disayangi
dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik.
SasaranSemua pelajar PraSekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah terlibat sebagai mentee. Pelajar dari setiap kelas akan diagihkan kepada 2 orang mentor.(Rujuk Lampiran B: Senarai Nama Mentor Mentee)
UBKSKKCB 2
Mentor Mentee 2015
Tenaga MentorProgram ini akan melibatkan seramai 49 orang guru sebagai mentor. Setiap guru
kelas akan menjadi mentor kepada murid kelasnya sendiri dan akan dibantu oleh
seorang lagi guru yang tidak memegang kelas.
MatlamatMelalui Program Mentor Mentee ini akan memiliki pelajar yang akan dapat
mencapai hasrat yang di tanam melalui pembinaan insan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) ke arah kegemilangan akademik.
Objektif Berdasarkan tanggapan dan falsafah program Mentor Mentee ini, objektif program
pembangunan potensi insan adalah untuk:
Mengembangkan potensi individu ke aras semaksimum mungkin melalui
aktiviti terancang mengikut keperluan dan situasi.
Mengenalpasti daerah – daerah potensi dan bakat individu.
Membimbing individu menjadi manusia anjal, sabar dan berupaya
mencari ilmu dan peluang secara bersendirian.
Menanam kecintaan terhadap ilmu dan proses penguasaannya.
Merapatkan hubungan Mentee dengan Mentor demi menggalakkan
mereka lebih aktif.
Mendorong ke arah peningkatan kualiti pencapaian akademik dan mutu
disiplin diri.
PelaksanaanPelaksanaan Program Mentor Mentee tahun ini akan dibahagikan kepada 2
bahagian iaitu:
Formal
Tidak Formal
.
UBKSKKCB 3
Mentor Mentee 2015
PERTEMUAN SECARA FORMALIa dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
1. PERTEMUAN MENTOR DENGAN MENTEE Dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu;-
Sebelum pertemuan Mentor dengan Mentee
Semasa pertemuan Mentor dengan Mentee
Selepas pertemuan Mentor dengan Mentee
Sebelum pertemuan Mentor dengan Mentee1. Agenda pertemuan Mentor dengan Mentee serta modul perlu disemak dan diteliti
oleh Mentor (Lampiran C : Agenda pertemuan Mentor Mentee secara formal dan Lampiran D : Modul Aktiviti) sebelum mengadakan pertemuan.
2. Kehadiran semua Mentor dan Mentee adalah wajib. Kehadiran perlu dicatatkan
oleh semua Mentor dalam borang kehadiran Mentee. Mentor yang tidak hadir tanpa
alasan yang munasabah, nama Mentor akan dicatatkan untuk tindakan pengetua.
Program Mentor Mentee merupakan aspek penting bagi menjayakan program guru
penyayang. Kehadiran Mentor amat penting bagi menjayakan program ini.
3. Sekiranya Mentor tidak dapat hadir semasa pertemuan dengan Mentee
(menghadiri kursus/mesyuarat/seminar), hendaklah memaklumkan lebih awal
kepada Penyelaras Mentor Mentee supaya boleh mengagihkan Mentee buat
sementara kepada penjaga yang lain. Mentee tetap akan dapat mengadakan
pertemuan dengan Penyelaras Mentor Mentee atau Mentor – Mentor daripada
rumah sukan yang sama pada masa tersebut.
Semasa pertemuan Mentor dengan Mentee
UBKSKKCB 4
Mentor Mentee 2015
1. Pertemuan diadakan sebulan sekali (Rujuk Lampiran A : Jadual Tarikh Pertemuan Mentor Dengan Mentee Secara Formal & Tarikh Penghantaran Buku Laporan Program Mentor Mentee)
2. Masa pertemuan ialah dari jam 0740 hingga 0820 (Hari Isnin)
3. Tempat pertemuan adalah di bilik darjah. Semua Mentor mesti berada di bilik
darjah yang telah ditetapkan. Mentor harus merujuk kepada jadual perjumpaan
kerana dalam jadual tersebut telah ditetapkan tempat dan tarikh perjumpaan.
4. Pada pukul 0740, semua Mentor dan Mentee mesti berada ditempat yang telah
ditetapkan. Mentor mesti mengira jumlah Mentee dalam setiap kumpulan dan
setelah cukup Mentor baru boleh memulakan sesi perjumpaan. Sekiranya terdapat
Mentee tidak hadir, Mentor hendaklah mencatat ketidakhadiran Mentee dalam buku
kehadiran Mentee. Selepas itu Mentor boleh memulakan perjumpaan. Mentee yang
tidak hadir hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras program bagi tindakan
susulan.
5. Tanggungjawab dan peranan Mentor secara menyeluruh:-
a. Bersikap prihatin serta berusaha bersungguh – sungguh membantu
menangani apa jua permasalahan yang dihadapi oleh Mentee tanpa
menyerahkannya dahulu kepada pihak lain dari segi kurikulum, kokurikulum,
kebajikan, disiplin dan sahsiah kendiri.
b. Melengkapkan, menyimpan dan mengemaskini Buku Laporan Program
Mentor Mentee.
(Maklumat peribadi termasuk markah ujian bulanan/peperiksaan hendaklah dirujuk
dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan prestasi akademik
mereka)
UBKSKKCB 5
Mentor Mentee 2015
c. Merujuk anak jagaan jika perlu kepada pihak – pihak tertentu seperti Guru
Besar, GPK 1, GPK HEM, guru kaunseling, guru agama, guru mata pelajaran dan
lain – lain guru berkaitan.
Selepas pertemuan Mentor dengan Mentee1. Semua Mentor melengkapkan laporan pertemuan ke dalam Buku Laporan
Program Mentor Mentee masing – masing dan menyerahkannya kepada Kaunselor
pada keesokan hari untuk disemak dan diserahkan kepada Pengetua oleh
Kaunselor bagi tujuan disahkan.
(Rujuk Lampiran A : Jadual Tarikh Pertemuan Mentor Dengan Mentee Secara Formal & Tarikh Penghantaran Buku Laporan Program Mentor Mentee)
2. Penyerahan Buku Laporan membuktikan penglibatan dan kehadiran Mentor
mengadakan pertemuan dengan Mentee. Pihak sekolah akan menyemak senarai
nama guru yang tidak menghantar Buku Laporan dan amaran/teguran akan
diberikan kepada mereka. Buku Laporan ini penting sebagai pemantauan
kekerapan pertemuan Mentor dengan Mentee.
3. Mentor yang tidak dapat hadir semasa pertemuan Mentor dengan Mentee juga
dikehendaki menghantar Buku Laporan dengan mencatatkan tidak hadir semasa
pertemuan kerana sebab – sebab tertentu.
(Rujuk Lampiran E : Contoh Format Penulisan Laporan Pertemuan Mentor dengan Mentee).
UBKSKKCB 6
Mentor Mentee 2015
PERTEMUAN SECARA TIDAK FORMAL
1. Perjumpaan secara tidak formal boleh dilakukan mengikut keperluan dan
persetujuan antara mentor-mentee tanpa mengganggu waktu PdP.
Penutup
Semoga pada kali ini Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan lebih
baik lagi. Sekiranya terdapat kekurangan pada tahun – tahun yang lepas, jadikan
dia sebagai pengajaran dan kita seharusnya dapat bergerak dengan lebih jauh ke
depan demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum dan juga sahsiah.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
............................................... ……................................. ..................................(ROSLAINI BT ABD RAZAK) MOHD YUSOF B DAUD) (NORDIN B KOHER)Setiausaha HEM Penolong Kanan 1 Guru BesarSK Kg Cheras Baharu SK Kg Cheras Baharu SK Kg Cheras Baharu
UBKSKKCB 7
Mentor Mentee 2015
LAMPIRAN A
TARIKH PERTEMUAN MENTOR DENGAN MENTEE SECARA FORMAL & PENGHANTARAN BUKU LAPORAN PROGRAM
MENTOR MENTEE 2015
TARIKH PERTEMUAN &
PENGHANTARAN BUKU LAPORAN
Pertemuan Mentor Mentee
Penghantaran Buku Laporan
09.02.2015 10.02.201523.02.2015 24.02.2015
23.03.2015 24.03.2015
20.04.2015 21.04.2015
18.05.2015 3.05.2015
29.06.2015 30.06.2015
20.07.2015 21.07.2015
10.08.2015 11.08.2015
14.09.2015 15.09.2015
12.10.2015 13.10.2015
Nota : Pihak sekolah akan memaklumkan kepada semua Mentor sekiranya terdapat
sebarang pindaan tarikh.
UBKSKKCB 8
Mentor Mentee 2015
LAMPIRAN BSENARAI NAMA MENTOR MENTEE
SK KAMPUNG CHERAS BAHARU 2015
CIK. RUSMA BT MAT NOR PRASEKOLAHPN. NORAZILAH BT RAMLY PRASEKOLAHPN. NURUL AFZAN BT GHAZALI 1 AZAMEN. MOHD SAUFI BIN RUSLANPN. NORAZIRA BT SAHARI 1 BERDIKARIPN. NOOR FARAWAHIDA BT DINPN. NUR FAZLEEZAHIRA BT HARUN 1 CEKALPN. SALZURA BT MOHD NOORPN. NOOR HASHIDAH BT MAT 2 AZAMPN. FADILLAH BT SAMSUDINPN. ROHANI BT ABDUL RAHIM 2 BERDIKARIEN. MOHD SHAFUAN BIN NGAH MOHAMEDPN. SHANTINI A/P SUBRAMANIAM 2 CEKALPN. FATIMAH ZAHARAH BT NUWAWICIK. NORFARHAH BT FAUZI 2 DEDIKASIEN. ADIB BAHARUDDIN BIN A. BAKARPN. LELASARIFATHULAIEZAM BT ABU 3 AZAMEN. MOHD KHAIRI BIN BUDINCIK. SITI HAFIZAH BT HAKIMI 3 BERDIKARIEN. FAKHRUDDIN BIN DRAMANEN. MD SHAZILI BIN NASIR 3 CEKALEN. NORAZMAN CHONG BIN ABDULLAHPN. NORDEANA BT DEWA 4 AZAMPN. NOR AINI BT AB AZIZ PN. ROSLAINI BT ABD RAZAK 4 BERDIKARIPN. MARLINAH BT SALLEHPN. SITI NORAZNA BT ISHAK 4 CEKALPN. NUR HANAN BT ABDULLAHPN. SHARI ARFAH BT MAT JOHARI 5 AZAM NIK HISHAMUDDIN BIN NIK HASSAN PN. ROSWATI BT MOHAMED ADDNAN 5 BERDIKARIPN. SITI MASLINA BT MOHD RAMLIEN. MOHD HAFIZ BIN MOHD ZAINUL 5 CEKALPN. AZE FAUZIAH BT SUIBEN. MOHD KHAIRUL BIN MD NOOR 5 DEDIKASIEN. FAISIR ANUAR B IN ISAPN. HALMIMAZILA BT ABD RAZAK 6 AZAMEN. ZAILANI BIN MANSORPN. SITI HASNIZA BT MARLAN 6 BERDIKARIGURU SAINS CIK NORIAH BT ISMAIL@MUSA 6 CEKALEN. MOHAMAD FIKRI HAKIM B MOHD HASHIMEN. MUHAMMAD SHAH BIN RAHMAN 6 DEDIKASIEN. ELAS BIN SHAFIE
UBKSKKCB 9
Mentor Mentee 2015
LAMPIRAN CAGENDA PERTEMUAN MENTOR DENGAN MENTEE SECARA FORMAL BAGI
TAHUN 2015
TARIKH MASA JAM AKTIVITI09.02.2015
40 MINIT
0740 – 0820
MAJLIS PENYERAHAN MENTEE1. Menteeku sayang
(sila rujuk mudul 1: Majlis penyerahan mentee)
23.02.2015
40 MINIT
0740 – 0820
TAARUF1. Salam perjumpaan
(sila rujuk modul 2: Taaruf)
23.03.2015
40 MINIT
0740-0820
KEKEMASAN DIRI1. Penampilan Diri
(sila rujuk modul 3: Kekemasan Diri)
20.04.201540
MINIT
0740 – 0820
PENGURUSAN MASA1. Menghargai masa (sila rujuk modul 4:Pengurusan Masa )
18.05.2015
40MINIT
0740 – 0820
SAMBUTAN HARI JADI1. Selamat Hari Lahir (sila rujuk modul 5: Sambutan Hari Jadi)
29.06.2015
40 MINIT
0740 – 0820
PENYELESAIAN MASALAH1. Menangani Masalah Dengan Bijak
(sila rujuk modul 6: Penyelesaian Masalah)
UBKSKKCB 10
Mentor Mentee 2015
TARIKH MASA JAM AKTIVITI20.07.2015
40 MINIT 0740 – 0820
PENGURUSAN EMOSI1. Mengawal Emosi(sila rujuk modul 7: Pengurusan Emosi)
10.08.2015
40 MINIT
0740 – 0820
PENGUCAPAN AWAM1. Ucapan Spontan(sila rujuk modul 8: Pengucapan Awam)
14.09.201540
MINIT 0740 – 0820
NILAI POSITIF DIRI1. Kad Kredit
(sila rujuk modul 9: Nilai Positif Diri)
12.10.2015
40 MINIT
0740 – 0820
PENGHARGAAN1. Mentor Dihargai, Mentee Disayangi
(sila rujuk modul 17: Penghargaan)
UBKSKKCB 11
Mentor Mentee 2015
LAMPIRAN D: MODUL AKTIVITI MENTOR MENTEE
Modul 1: MAJLIS PENYERAHAN MENTEETajuk: Menteeku SayangObjektif :
1. Mentor dapat menerima mentee seadanya
2. Mentee dapat mengetahui mentor masing-masing.
Jangkamasa :40 MINIT
Tempat :Tapak Perhimpunan
Peralatan : Fail Program Mentor Mentee
Langkah:1. Penyelaras Program mengumumkan nama mentor dan kumpulan
mentee.
2. Menyampaikan fail program mentor mentee kepada mentor.
3. Menyemak kehadiran mentee.
4. Meminta mentee menyediakan buku catatan dalam setiap perjumpaan.
Falsafah: Mentor dapat mengetahui nama pelajar yang menjadi mentee masing-masing dan
mantee dapat mengetahui nama mentor dan rakan-rakan mentee dalam kumpulan
masing-masing.
Modul 2: TAARUF
UBKSKKCB 12
Mentor Mentee 2015
Tajuk: Tak Kenal Maka Tak Cinta
Objektif :1. Supaya mentee dan mentor dapat mengenali dengan lebih dekat antara
satu sama lain.
2. Supaya mentor dapat mengumpul semua maklumat pelajar
3. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli dalam kumpulan
Jangkamasa :40 MINIT
Tempat :Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan : Lampiran 1: Borang maklumat pelajar, kertas A4Langkah:
1. Edarkan borang maklumat
2. Minta mentee mengisi borang dengan lengkap
3. Kumpulkan semua borang yang telah lengkap diisi
4. Mentor menyampaikan biodata diri dan menetapkan panggilan mentee
terhadapnya.
5. Mentee diminta duduk dalam kumpulan dan diberi tugasan yang berbeza.
Kump. 1: mencipta nama kumpulan Kump. 2: mencipta logo dan Kump. 3:
Mencipta motto kumpulan.
6.Pembentangan dan rumusan
Falsafah: 1. Mentor dan ahli kumpulan dapat mengenali setiap ahli kumpulan dapat
mengenali setiap ahli kumpulannya
2. Kerjasama kumpulan dapat menjalin ukhwah antara satu sama lain
Lampiran Modul 2: Borang maklumat pelajar
UBKSKKCB 13
Mentor Mentee 2015
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
1. NAMA :……………………………………..
2. TAHUN :……………………………………..
3. NO. K / P :……………………………………..
4. T. LAHIR :……………………………………..
5. TEMPAT LAHIR :……………………………..
6. NO. TELEFON :……………………………..
7. NAMA BAPA :……………………………..
8. PEKERJAAN BAPA:……………………………..
9. PENDAPATAN :……………………………..( sebulan )
10. NAMA PENJAGA :……………………………..( jika lain dari bapa )
11. NAMA IBU :……………………………..
12. PEKERJAAN IBU :……………………………..
13. PENDAPATAN :……………………………..( sebulan )
14. BIL. ADIK BERADIK :……………………..
15. ANAK KE BERAPA ? :……………………..
16. DUA MATA PELAJARAN YANG DIMINATIa…………………………………………….b…………………………………………….
17. DUA MATA PELAJARAN YANG TIDAK DIMINATIa…………………………………………….b…………………………………………….
18. CITA – CITA :……………………………………..
19. HARAPAN KEPADA SEKOLAH :……………………………
Modul 3: KEKEMASAN DIRI
UBKSKKCB 14
Mentor Mentee 2015
Tajuk : Penampilan Diri
Objektif:1. Mentee dapat menyedari bahawa kekemasan diri amat penting bagi
setiap individu
2. Mentee dapat mempraktikkan amalan menjaga kekemasan diri pada setiap masa.
Jangkamasa : 40 minit
Tempat : Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan : Cermin, sikat, minyak rambut, bedak talkum, pengepit kuku
Langkah:
1. Mentor memberi definisi tentang kekemasan diri
2. Mentee diminta memberi pandangan akan kepentingan menjaga kekemasan diri
3. Mentor membuat pemeriksaan kuku dan pakaian mentee
4. Simulasi 2 mentee sebagai perbandingan seorang pelajar kemas dan seorang mentee lagi diselekehkanContohnya: rambut dikusutkan dan baju dikeluarkan
5. Mentee diminta membuat pilihan dan menyatakan pandangan terhadap pilihan yang dibuat.
6. Mentor menerangkan teknik-teknik menjaga kekemasan dan kebersihan diri yang terbaik menggunakan model yang terbaik
7. Mewujudkan sudut kekemasan diri di dalam kelas dengan meletakkan cermin, sikat, bedak dan pengepit kuku
8. Kesimpulan: Mentor menerangkan kepentingan kekemasan diri
Falsafah: Kekemasan diri mencerminkan peribadi sesorang individu. Cantik luar, cantik dalam.
Modul 4: PENGURUSAN MASA
UBKSKKCB 15
Mentor Mentee 2015
Tajuk: Masa Itu Emas
Objektif :1. Menanam sikap menghormati masa dalam kalangan mentee
2. Mentee dapat menguruskan masa mereka dengan lebih berksan
Jangkamasa :40 MINIT
Tempat :Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan : Kertas A4/ buku catatan pelajar
Langkah:1. Mentee diminta menyatakan kata-kata hikmat tentang kepentingan
masa.
2. Mentor meminta mentee menceritakan pengurusan masa mereka
dalam sehari.
3. Mentor meminta mentee menyenaraikan dalam buku catatan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang perlu diutamakan dalam
pengurusan masa seharian.
4. Mentor meminta mentee menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang perlu
dikorbankan dalam pengurusan masa seharian mentee.
5. Mentor meminta mentee membaca senarai yang telah dibuat
6. Mentor meminta mentee menyediakan satu contoh jadual
pengurusan masa dalam sehari mentee bermula dari bangun pagi
hingga masuk tidur.
7. Mentor meminta beberapa orang mentee membuat pembentangan.
8. Rumusan.
Falsafah: 1. Masa yang berlalu tidak akan kembali.
Modul 5: SAMBUTAN HARI JADI
UBKSKKCB 16
Mentor Mentee 2015
Tajuk : Selamat Hari Lahir
Objektif :
1. Membina hubungan yang mesra antara mentor dan mentee2. Mentee dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain
di sekelilingnya.
Jangkamasa : 40 MINIT
Tempat : Mengikut kesesuaian
Peralatan:Kertas A4Kad ucapan hari jadi
Langkah:1. Mentor mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada mentee yang lahir dari
bulan Januari sehingga bulan Mei2. Mentor menyampaikan kad ucapan hari jadi kepada mentee terlibat3. Mentee diminta mereka kad ucapan untuk diberi kepada rakan-rakan
mereka.4. Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’.
(Boleh juga diadakan jamuan ringkas, terpulang kepada mentor)
Falsafah:1.Tidak semua pelajar hari jadinya diraikan oleh keluarga mereka
2.Mentee akan merasakan ada orang yang mengambil berat dan menyayangi diri mereka.
Modul 6: PENYELESAIAN MASALAH
UBKSKKCB 17
Mentor Mentee 2015
Tajuk : Menangani Masalah Dengan Bijak
Objektif :
1. Mentee dapat berkongsi masalah mereka
2. Mentee dapat mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah
Jangkamasa : 40 MINIT
Tempat : Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan:1. Kertas A4
Langkah:1. Mentor mengedarkan kertas A4 kepada mentee
2 Mentee diminta menulis nama dan kelas.
3 Mentee diminta menyenaraikan masalah yang dihadapi: i. dengan ahli keluargaii. dengan rakaniii. dengan guru
4 Mentor membimbing mentee tindakan yang perlu diambil jika ada masalah.i. Keluarkan masalah yang terbuku difikiran dengan menulisnya di atas
sekeping kertas.ii. Susun masalah mengikut keutamaaniii. Kenalpasti punca masalahiv. Menyenaraikan alternatif penyelesaian masalah yang boleh dilakukan.v. Menilai kebaikan dan keburukan setiap alternatif dan pilih yang paling
baik dan sesuai dengan masalah yang dihadapi.vi. Membuat tindakan dengan penuh yakin.
Falsafah:1. Manusia yang hidup tidak dapat lari dari pelbagai masalah.2. Masalah dapat mematangkan seseorang insan.
Modul 7: PENGURUSAN EMOSITajuk : Mengawal Emosi
UBKSKKCB 18
Mentor Mentee 2015
Objektif :
1. Mentee dapat menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu.2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan
situasi yang menganggu emosinya.
Jangkamasa : 40 MINIT
Tempat : Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan:Kertas A4
Langkah:1. Mentor memperkenalkan maksud emosi2. Mentor meminta mentee membuat mimik muka yang melambangkan
sesuatu emosi3. Mentor meminta mentee melukiskan mimik muka yang melambangkan
emosi masing-masing pada hari ini.4. Mentee diminta secara bergilir-gilir menceritakan tentang emosi yang
dialaminya.5. Mentor menerangkan punca-punca emosi terganggu: masalah
komunikasi, keinginan tidak tercapai, nilai yang bertentangan, bebanan kerja, kurang sokongan sosial dsb.
6. Mentor menerangkan kaedah mengawal emosi: berfikiran positif, sentiasa menenangkan fikiran, selalu senyum, membaca kata-kata motivasi, sentiasa memaafkan orang lain, elakkan tekanan, selalu bersenam, rehat yang cukup, tarik nafas perlahan dalam kiraan 10 dan lepaskan.
7. Rumusan.
Falsafah:
1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya
menanganinya secara positi
Modul 8: Pengucapan awam
Tajuk : Ucapan Spontan
UBKSKKCB 19
Mentor Mentee 2015
Objektif :
1. Membina keyakinan diri pelajar
2. Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar
Jangkamasa: 40 MINIT
Peralatan : Cadangan tajuk
Tempat : Kelas
Langkah :
1. Penerangan mentor tentang aktiviti berucap secara spontan.
2. Mencabut tajuk ucapan.
3. Mentee menyampaikan ucapan spontan berdasarkan tajuk (masa
diberi selama 2 minit sahaja).
4. Rakan-rakan mentee diminta memberi komen.
5. Mentor membuat penilaian dan memberi penghargaan.
6. Rumusan.
Falsafah :
Keyakinan diri membantu pelajar membentuk potensi diri yang lebih cemerlang
UBKSKKCB 20
Mentor Mentee 2015
Modul 9: Nilai Positif Diri
Tajuk : Kad Kredit
Objektif:1. Pelajar dapat menyedari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya
Jangkamasa : 40 minit
Tempat : Kelas
Peralatan : Kertas A4
Langkah:
1. Mentor memberikan contoh nilai-nilai positif dalam diri seseorang seperti baik hati, peramah, pemurah, dan sebagainya
2. Mentor membahagikan mentee kepada 3-4 orang dalam satu kumpulan
3. Setiap mentee diberi sehelai kertas A4 dan diminta memotong kertas mengikut jumlah rakan dalam kumpulannya.
4. Setiap keping potongan kertas tadi ditulis nama ahli kumpulan dan
tuliskan satu nilai positif yang dimiliki oleh rakan tersebut
5. Setelah selesai serahkan catatan tersebut kepada rakan mengikut nama yang telah ditulis
6. Mentor meminta beberapa orang mentee membaca nilai positif yang diberi oleh rakan mereka
7. Rumusan mentor
Falsafah : Setiap individu mempunyai kelebihan diri masing-masing yang membentuk dirinya menjadi insan cemerlang
Modul 10: PENGHARGAAN
UBKSKKCB 21
Mentor Mentee 2015
Tajuk : Mentor Dihargai, Mentee Disayangi.
Objektif : Memupuk perasaan menghargai jasa guru dalam kalangan pelajar.
Jangkamasa : 40 minit
Peralatan : Langkah-langkah :
1. Mengada majlis perpisahan yang ringkas- Ucapan wakil pelajar- Ucapan guru- Menyambut hari lahir ahli kumpulan mentor-mentee dari bualn Jun
hingga Disember.- Saling bertukar-tukar cenderamata. (terpulang kepada mentor dan
mentee masing-masing)
Falsafah :1. Pelajar berpeluang memberi penghargaan kepada guru yang telah
banyak berjasa kepada mereka.2. Mentor penyayang melahirkan mentee cemerlang
LAMPIRAN ELaporan Pertemuan Mentor dengan Mentee
UBKSKKCB 22
Mentor Mentee 2015
Nama Mentor :________________________________________________
Tarikh Perjumpaan :__________________ Masa :_____________________
Tempat Perjumpaan : __________________ Kumpulan : _________________
Nama Mentee yang tidak hadir : 1. _______________________________________2. _______________________________________3. _______________________________________4. _______________________________________5. _______________________________________
Aktiviti yang dijalankan:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Penilaian mentor terhadap penglibatan mentee:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Cadangan dari Mentor:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Tandatangan Mentor : Disahkan oleh:
LAMPIRAN F
REKOD KEHADIRAN MENTEE
UBKSKKCB 23
Mentor Mentee 2015
Bil
Tarikh
Nama
UBKSKKCB 24
Mentor Mentee 2015
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
Jumlah kehadiran
UBKSKKCB 25