Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah...
Transcript of Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Landskap.pdf · Rekabentuk landskap adalah...
Menteri
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.
Muka surat
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN LANDSKAP 1
PROFIL PERNIAGAAN LANDSKAP 1
PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN LANDSKAP 2
PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN 4
PENGURUSAN TENAGA KERJA 5
PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 6
PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 8
PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR LANDSKAP 12
PENGURUSAN RISIKO 13
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 14
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
1
1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN LANDSKAP
Perniagaan Landskap adalah perniagaan yang menggabungkan perkhidmatan merancang,
merekabentuk, membina dan menyelenggara landskap yang hendak dihasilkan.
Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, sebelum proses
pembinaan dilaksanakan. Seterusnya penyelenggaraan terhadap landskap yang dihasilkan
perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keindahan landskap tersebut.
Usahawan dan bakal-bakal usahawan harus menimbang untuk menceburi bidang
perniagaan landskap berasaskan kepada sebab-sebab berikut:
• Tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi. Perniagaan ini boleh dimulakan
dengan anggaran modal RM10,000.
• Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dan tatacara yang rumit.
• Mempunyai potensi yang baik untuk menceburi bidang sampingan yang berkaitan
dengan perniagaan landskap seperti tapak semaian, jualan bahan-bahan serta
peralatan landskap dan sebagainya.
• Kadar keuntungan yang tinggi.
2 PROFIL PERNIAGAAN LANDSKAP
Perkhidmatan asas perniagaan landskap meliputi membina landskap kejur atau landskap
lembut atau gabungan kedua-duanya. Landskap lembut merujuk kepada unsur-unsur asli
atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok utama, renek, memanjat, herba atau penutup
bumi. Landskap kejur pula merujuk kepada unsur-unsur binaan seperti siar kaki, tempat
duduk, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca dan elemen semula jadi yang lain.
Pemilihan terhadap penghasilan landskap tersebut meliputi perancangan dan reka bentuk
landskap, penanaman tumbuhan, pembinaan struktur-struktur dan penyelenggaraan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
2
Seorang pengusaha perniagaan landskap perlu memahami prinsip-prinsip asas reka
bentuk, membaca pelan dan spesifikasi, keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan
dan juga pengurusan perniagaan. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, pengusaha perlu
benar-benar memahami kehendak, masalah dan kemampuan pelanggan. Ini boleh
dilakukan melalui perbincangan dengan pelanggan.
Perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan antaranya sebagai pereka bentuk
pelan landskap, pembekal dan pemborong keperluan landskap serta sebagai perunding
hiasan dalaman. Selain daripada tawaran perkhidmatan yang sedia ada pengusaha boleh
melaksanakan perniagaan sampingan lain yang boleh mendatangkan keuntungan seperti
menghasilkan pokok-pokok hiasan ditapak semaian, melaksanakan pusat jualan bunga
serta melaksanakan perniagaan kedai bunga dan cenderahati sebagai perniagaan
sampingan lain yang berkaitan.
3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN LANDSKAP
PENUBUHAN PERNIAGAAN
Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha perlu menubuhkan perniagaan.
Beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh seseorang bakal pengusaha sebelum
menubuhkan sesebuah perniagaan adalah:
• Pemilihan Nama Syarikat
Pemilihan nama syarikat yang baik akan membantu kejayaan sesebuah syarikat.
Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pengguna untuk
mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat.
• Jenis Perniagaan
Jenis perniagaan yang bolek dilaksanakan oleh pengusaha ialah secara persendirian,
perkongsian dan sendirian berhad.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
3
PEMILIHAN LOKASI PERNIAGAAN
Pemilihan tempat yang strategik mampu membantu perniagaan meningkat maju.
Pengusaha baru perlu melihat potensi pelanggan mereka di tempat atau premis perniagaan
yang di pilih. Ia merupakan faktor penting dalam kejayaan sesuatu perniagaan. Perkara
yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi yang strategik meliputi ciri-ciri seperti
sosioekonomi , demografi, kemudahan perhubungan dan infrastruktur
MENDAPATKAN LESEN
Pengusaha perlu memastikan apakah perniagaannya memerlukan Lesen atau Permit atau
Surat Kuasa daripada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti penguasa tempatan,
Kementerian atau Jabatan atau Agensi Kerajaan dan sebagainya. Keperluan ini adalah
berdasarkan kepada jenis perniagaan yang hendak dijalankan. Antaranya ialah seperti
berikut:
• Lesen Perniagaan
• Lesen Cukai Jualan
• Surat Kuasa Bomba
• Lesen atau Permit Pengangkutan
PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Pengusaha digalakkan menyediakan satu rancangan perniagaan (RP) iaitu satu dokumen
bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang
hendak dijalankan. Ia merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian
yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk
membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi
perniagaan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
4
4 PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN
Pengetahuan prinsip asas landskap yang terperinci sebelum memulakan perniagaan adalah
perlu. Selain itu, reka bentuk tanaman landskap iaitu satu proses atau aktiviti yang
menyatukan elemen-elemen dalam landskap tidak boleh dipisahkan. Pada asasnya
terdapat enam prinsip landskap iaitu:
• Ukuran
• Ringkas
• Kepelbagaian
• Keseimbangan
• Turutan
• Ulangan
PERALATAN
Peralatan yang cukup dan sesuai perlu agar segala kerja-kerja penyelenggaraan landskap
dapat dijalankan dengan sempurna dan teratur. Peralatan asas untuk kerja-kerja landskap
boleh diperoleh dari kedai perkakasan dengan harga yang berpatutan.
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan seperti campuran untuk penanaman, batu-batuan, sumber bekalan anak
pokok, alatan, pokok bunga, baja, alat penjagaan dan lain-lain boleh diperoleh dari
pembekal tempatan ataupun pembekal luar negeri. Kesemua bahan-bahan ini boleh
diperoleh dari pembekal-pembekal yang berdekatan agar kos untuk pengangkutan dapat
dikurangkan. Di Malaysia terdapat banyak pengusaha yang membekalkan bahan untuk
landskap tanaman. Kebiasaan harga untuk bahan-bahan ini bergantung kepada permintaan
dan penawaran dalam pasaran.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
5
5 PENGURUSAN TENAGA KERJA
Melaksanakan sesebuah perniagaan landskap memerlukan tenaga pekerja terlatih agar
segala perjalanan berkaitan perniagaan ini dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur. Ini
kerana setiap ukuran taman landskap adalah berbeza-beza dan semakin luas sesuatu taman
landskap itu, semakin rumit pula penyelenggaraannya. Pekerja perlu tahu prinsip dan
teknik penyelenggaraan di samping berwaspada terhadap keselamatan semasa
menjalankan tugas. Sebagai bakal usahawan, garis panduan pengurusan pekerja yang
boleh digunakan adalah seperti berikut:
• Terangkan tugas masing-masing dengan jelas dan hanya pemohon-
pemohon yang berkelayakan diambil.
• Bermula dengan satu gaji yang realistik, kenaikan gaji akan dilakukan
bergantung kepada produktiviti dan tanggungjawab yang ditunjukkan.
• Membentuk satu program latihan yang baik dan berkesan.
• Menilai perkembangan pekerja pada masa-masa tertentu.
• Memberi pujian atas prestasi kerja yang dilakukan yang mana telah turut
sama menyumbang dalam memajukan syarikat.
• Memberi peluang kepada pekerja untuk maju dan berkembang.
KATEGORI PEKERJA
Jumlah tenaga kerja yang diperlukan adalah bergantung kepada saiz perniagaan yang
dijalankan. Tenaga kerja dalam perniagaan landskap boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu kumpulan profesional, mahir dan pekerja am.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
6
6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN
Pemasaran adalah satu proses menemukan kemampuan sesebuah organisasi dengan
permintaan pelanggan atau pengguna. Ia mementingkan proses perhubungan dengan
pelanggan dan memberi kesan terhadap setiap aspek organisasi dari penyelidikan
perkhidmatan atau produk sehingga kepada perkhidmatan sokongan selepas jualan.
Pasaran landskap boleh dibahagikan kepada 3 segmen utama:
• Individu
• Syarikat Swasta
• Kerajaan
KEPERLUAN PELANGGAN
Memenuhi kehendak pelanggan adalah suatu kemestian dalam perniagaan sungguhpun
kedang-kadang sukar dilakukan. Ini kerana, sememangnya manusia mempunyai cita rasa
yang berbeza bergantung kepada nilai-nilai dan norma kehidupan seperti tahap
pendidikan, pegangan agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat. Bagi
memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza cita rasa ini, seorang pengusaha landskap
perlu mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai perkara berikut:
• Tema landskap
• Jenis hiasan
• Konsep hiasan sama ada formal, separa formal dan tidak formal.
• Kawasan hiasan, sama ada dalaman atau luaran.
• Peruntukkan kewangan yang ditetapkan pelanggan.
PAKEJ PERKHIDMATAN
Pengusaha perniagaan landskap boleh melaksanakan perniagaan mereka lengkap dengan
pakej perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelangga antaranya:
• Mereka bentuk landskap
• Perkhidmatan lepas jualan
• Penyelenggaraan
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
7
PENENTUAN HARGA
Faktor penentuan harga bagi setiap perkhidmatan landskap yang dibuat adalah bergantung
kepada nilai harga pasaran, buruh yang terlibat, peralatan dan bahan yang digunakan
untuk menghasilkan dan menyelenggara landskap yang di buat. Beberapa cara bagi
menentukan harga untuk kerja-kerja landskap dan barang-barang keperluannya
termasuklah;
• Menggunakan Formula
Menggunakan formula dalam menentukan harga dapat memastikan peniaga
menetapkan keuntungan mereka. Pada umumnya margin keuntungan yang
digunakan ialah 50-60 peratus. Namun begitu dalam keadaan persaingan yang
hebat margin keuntungan perlu dikurangkan.
• Mengikut Harga Yang Ditentukan Oleh Pengusaha Lain
Cara yang paling mudah untuk menentukan harga adalah seperti yang di
cadangkan oleh peniaga lain. Namun begitu, pengusaha akan kerugian jika harga
yang ditawarkan oleh pengusaha lain lebih rendah atau sama dengan kos yang
ditawarkan.
• Menggunakan Harga Tahun Lepas
Cara ini boleh dilakukan tetapi pengusaha perlu peka terhadap sebarang perubahan
kos dan persaingan. Jika tidak, pengusaha akan mengalami kerugian atau
kehilangan pelanggan. Menaikkan harga kerana kenaikan harga bekalan perlu
dilakukan secara beransur-ansur dari tahun ke tahun bagi mengelakkan kehilangan
pelanggan sedia ada.
PERKHIDMATAN PELANGGAN
Antara objektif perkhidmatan pelanggan adalah untuk memberi kepuasan kepada
pelanggan supaya mereka terus mendapatkan perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan
selepas jualan atau perkhidmatan yang disediakan perlu berterusan dalam perniagaan
landskap. Ini kerana secara tidak langsung pengusaha akan membantu memberi khidmat
nasihat tentang cara penjagaan dan pengawalan untuk mengekalkan landskap sentiasa
menarik.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
8
JARINGAN
Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara,
pengusaha perlu mencari dan menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat perniagaan
landskap seperti pembekal bahan dan tanaman (nursery) dari dalam dan luar negara.
Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di pasaran baru dapat dikurangkan
dan segala keperluan birokrasi pasaran baru dapat diatasi bersama. Jaringan membuka
peluang kepada pengusaha untuk mempelajari teknik-teknik baru di dalam
mengembangkan lagi perniagaan landskap yang diusahakan.
GLOBALISASI DAN PROSPEK PERNIAGAAN
Dalam menempuh era globalisasi, prospek perniagaan landskap pada masa akan datang
dilihat semakin luas. Ini kerana semakin banyak teknologi-teknologi baru dihasilkan sama
ada dari dalam mahupun dari luar negara. Perkembangan teknologi komputer dan internet
harus diberi perhatian dalam usaha mencari pasaran baru dan berkongsi maklumat
kepakaran dari dalam dan luar negara. Perniagaan melalui internet atau secara dalam
talian (on-line) juga menjadi trend perniagaan masa kini. Prospek perniagaan boleh
dikembangkan dengan membuka cawangan-cawangan baru perniagaan sama ada di dalam
atau di luar negara.
7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN
Pengurusan dan strategi kewangan yang berkesan adalah sangat penting di dalam mana-
mana perniagaan. Tujuan pengurusan kewangan ialah bagi menentukan aliran tunai yang
baik, mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, memaksimumkan kadar
keuntungan dan simpanan rekod yang teratur dan kemas kini.
MODAL PERMULAAN
Penyediaan anggaran modal termasuk pecahan kos-kos terlibat perlu dibuat bagi mengira
modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan yang ingin di ceburi.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
9
Sumber-sumber rujukan untuk mendapatkan anggaran yang tepat dan hampir tepat boleh
diperoleh melalui sumber rujukan seperti berikut:
• Contoh dan rekod perniagaan yang sedia ada.
• Buku-buku rekod jualan dan pembelian.
• Data dan maklumat mengenai ekonomi.
• Majalah, risalah dan bahan-bahan terbitan dari sektor swasta dan kerajaan.
• Pemerhatian, temu bual dan sebagainya.
Anggaran modal yang diperlukan bagi memulakan sesuatu perniagaan landskap adalah
seperti berikut:
• Modal Permulaan Minimum
Kos Permulaan minimum bagi memulakan perniagaan landskap
dianggarkan RM10,000
• Modal Permulaan Sederhana
Kos Permulaan sederhana bagi memulakan perniagaan landskap
dianggarkan RM25,000
• Modal Permulaan Maksimum
Kos Permulaan maksimum bagi memulakan perniagaan landskap
dianggarkan RM100,000
Modal yang dinyatakan tadi hanyalah anggaran sahaja, ia boleh berubah jika peniaga
melengkapkan perniagaan dengan mesin atau peralatan yang berlainan, yang telah diguna
pakai dan sebagainya. Hasil kajian yang dibuat mendapati, modal untuk permulaan
perniagaan landskap adalah sebanyak RM50,000 hingga RM100,000.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
10
SUMBER PEMBIAYAAN
Pembiayaan untuk memulakan perniagaan diperlukan untuk membeli peralatan,
membayar upah buruh dan profesional boleh didapati daripada beberapa sumber seperti:
• Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.
• Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan kemudahan
pinjaman atau overdraf.
• Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang dengan syarikat kewangan.
• Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-pengusaha
baru.
MODAL PUSINGAN
Modal pusingan bergantung kepada sesuatu projek atau tender yang diperoleh. Sekiranya
projek atau tender yang diperoleh besar, maka modal pusingan yang diperlukan sepanjang
menjalankan kerja-kerja juga besar. Ini kerana pengusaha perlu mendapatkan bekalan
peralatan dan bahan pembinaan yang secukupnya bagi kerja-kerja pembinaan landskap
tersebut.
KOS OPERASI
Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi membiayai segala perbelanjaan operasi
sewaktu perniagaan dijalankan. Di antara contoh perbelanjaan kos operasi ini merangkumi
pembelian tumbuh-tumbuhan hiasan, peralatan, aksesori untuk hiasan landskap dan utiliti
lain seperti pembelian minyak kenderaan dan alat tulis.
HASIL JUALAN
Hasil jualan untuk perniagaan landskap diperoleh dari dua punca iaitu hasil jualan
perniagaan utama dan hasil daripada jualan perniagaan sampingan.
• Perniagaan Utama
Hasil jualan daripada perniagaan utama bagi perniagaan landskap ini adalah mereka
bentuk landskap, membina dan menyiapkan bentuk landskap, pengurusan projek
landskap, membekal bahan-bahan landskap dan penyelenggaraan landskap.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
11
• Lain-Lain Perniagaan
Hasil jualan daripada perniagaan-perniagaan lain yang berkaitan landskap meliputi
menjual tumbuh-tumbuhan hiasan (tapak semaian), perniagaan kedai bunga dan
sebagainya.
ANALISIS KEWANGAN
Analisis kewangan melibatkan penilaian kedudukan kewangan sesebuah syarikat untuk
masa lepas, kini dan akan datang. Objektif utama ialah menentukan kelemahan serta
kekuatan syarikat. Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata kewangan
asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan.
Anggaran Untung Kasar
Pengiraan mudah bagi menentukan keuntungan adalah seperti formula di bawah:
Untung Kasar = Jualan – Jumlah Kos
atau
Untung Kasar = Jualan – (Kos Tetap + Kos Berubah)
Titik Pulang Modal (TPM)
Teknik analisa titik pulangan modal merupakan satu teknik yang amat berguna untuk
menganalisa tingkat keupayaan atau jualan di mana hasil jualan berupaya melindungi kos
operasi. Titik di bawah TPM adalah peringkat kerugian dialami dan titik di atas TPM
adalah peringkat keuntungan dicapai. Teknik pulangan modal boleh ditentukan secara
keseluruhan, atau jabatan operasi tertentu atau keluaran tertentu dan penilaian teknik ini
perlu mengambil kira keupayaan tersedia, keanjalan permintaan, dan faktor luar dan
dalam yang bersangkutan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
12
8 PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR LANDSKAP
PENDAFTARAN DENGAN KERAJAAN
Setiap perniagaan landskap yang hendak diusahakan perlulah mendaftar dengan Jabatan
atau agensi kerajaan berdasarkan keperluan. Antaranya;
• Pendaftaran di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
• Pendaftaran Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Pendaftaran Perniagaan Dengan Kementerian Kewangan Malaysia
• Pendaftaran Perniagaan Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB)
PENDAFTARAN DENGAN SYARIKAT SWASTA
Sesetengah syarikat swasta yang besar mengehendaki mana-mana syarikat yang ingin
bekerjasama menjalankan urus niaga dengan mereka perlu mendaftar dengan syarikat
mereka terlebih dahulu. Tidak terkecuali juga bagi mereka yang ingin menjalankan
perniagaan landskap. Oleh yang demikian, pengusaha perlu mendapatkan maklumat dan
mendaftar dengan mereka untuk merebut segmen pasaran ini.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
13
9 PENGURUSAN RISIKO
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pengusaha perlu mengetahui jenis risiko dan
membuat strategi pengurusan risiko yang terancang untuk mengelakkan kerugian di masa
akan datang. Seseorang usahawan perlu merancang dan bersedia awal dengan sebarang
perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan.
JENIS RISIKO
Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh bakal pengusaha antaranya adalah :
• Risiko Pengeluaran
• Risiko Pemasaran
• Risiko Undang-Undang
• Risiko Sumber Manusia
• Risiko Kewangan
Langkah Pengurusan Risiko
Langkah-langkah awal yang boleh diambil bagi menguruskan risiko ialah:
• Membuat persediaan dan perancangan yang teliti dari semua sudut dalam
perniagaan.
• Memberi kursus dan latihan kepada pekerja mengenai penyelesaian dan
penekanan kepada aspek keselamatan.
• Membuat sistem rekod yang berkesan seperti rekod keselamatan, rekod
kewangan yang terperinci dan tersusun.
• Formula pengiraan kos dan keuntungan atau untung rugi yang berkesan perlu di
kenal pasti bagi melicinkan simpanan rekod kewangan.
• Sentiasa berbincang dengan pekerja tentang sebarang permasalahan atau
cadangan yang ingin dikemukakan.
• Mendapatkan bantuan pakar sekiranya terjadi sesuatu yang tidak mampu diatasi
seperti serangan penyakit ke atas tumbuhan yang ditanam.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
14
10 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang
kepada kelangsungan dan keuntungan sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh
dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan
dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa
mengurus sesebuah perniagaan. Perilaku atau keperibadian seseorang memainkan peranan
penting sama ada menyumbang atau merosakkan urus niaga sesebuah perniagaan.
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
Ciri Perincian
Pengetahuan
Mengetahui kegunaan, cara mengguna dan peraturan
keselamatan setiap bahan kimia, peralatan dan mesin.
Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah keselamatan
semasa perniagaan landskap sedang dijalankan.
Berpengalaman dalam perniagaan
Kemahiran Jenis-jenis landskap, susun atur tanaman, jenis-jenis bahan kimia,
perkakas, peralatan dan mesin yang digunakan.
Sikap dan
Tingkah Laku
Minat
Dedikasi
Kecekalan/Kesabaran
Sanggup menanggung risiko
Keberanian
Komunikasi
Perhubungan Awam
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
LANDSKAP
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
15
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada
dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu mengesan
ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesebuah perniagaan landskap.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
Ciri Perincian
Perkhidmatan Kualiti perkhidmatan
Premis Lokasi perniagaan
Tenaga Kerja
Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih)
Sukakan kerja-kerja pembersihan
Semangat Kerja Berkumpulan
Citra Perniagaan
Orientasi Pencapaian Dalam Perkhidmatan
Rangkaian Perniagaan (Business Networking)
Cawangan Tambahan
Reputasi Perniagaan Sedia Ada
Perkhidmatan Mesra
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KOPERASI (MECD)
Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : 603 - 8880 5000
Fax : 603 - 8880 5106
Http://www.mecd.gov.my