Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan...

7
CTU101 9/7/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 2 Akidah Teras Pembangunan Muslim II CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM MARUWIAH AHMAT 1 Menjelaskan pembinaan dan pengukuhan akidah Mengenal pasti dan menjauhi faktor-faktor yang membatalkan akidah Menjelaskan peranan akidah dalam pembangunan ummah 2. Akidah Teras Pembangunan Muslim 2.3 Pembinaan dan pengukuhan akidah 2.4 Unsur-unsur yang merosakkan akidah 2.5 Peranan akidah dalam pembangunan ummah Hasil Pembelajaran Kandungan PENDAHULUAN 2 Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan peranan penting dalam mewarnai, mencorakkan dan menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan manusia. Kekuatan akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan seseorang Muslim. Kekuatan ini memberi tenaga, mengarah dan mempertahankan tingkah laku mereka. Kekuatan akidah menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggung- jawab manusia sebagai insan ciptaan Allah SWT, iaitu beribadat kepada Allah SWT dalam erti kata yang luas. PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH 3 4 PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH PEMBINAAN AKIDAH MU’AHADAH MURAQABAH MU’AQABAH MUHASABAH MUJAHADAH Perjanjian manusia dengan Allah SWT di alam roh. Mengingati perjanjian yang dilakukan di alam roh dari semasa ke semasa merupa- kan suatu perkara yang amat penting untuk membina dan memperkukuhkan keimanan. PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH 5 MU’AHADAH 6 PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH MURAQABAH Kewaspadaan atau pengawasan. Sentiasa merasai bahawa Allah SWT mengawasi segala gerak geri kita (manusia) sentiasa laksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

Transcript of Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan...

Page 1: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 1

BAB 2 Akidah Teras Pembangunan

Muslim II

CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM MARUWIAH AHMAT

1

Menjelaskan pembinaan

dan pengukuhan akidah

Mengenal pasti dan

menjauhi faktor-faktor

yang membatalkan

akidah

Menjelaskan peranan

akidah dalam

pembangunan ummah

2. Akidah Teras

Pembangunan Muslim

2.3 Pembinaan dan

pengukuhan akidah

2.4 Unsur-unsur yang

merosakkan akidah

2.5 Peranan akidah dalam

pembangunan ummah

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENDAHULUAN

2

Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan

peranan penting dalam mewarnai, mencorakkan dan

menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan

manusia.

Kekuatan akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan

seseorang Muslim.

Kekuatan ini memberi tenaga, mengarah dan mempertahankan

tingkah laku mereka.

Kekuatan akidah menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggung-

jawab manusia sebagai insan ciptaan Allah SWT, iaitu

beribadat kepada Allah SWT dalam erti kata yang luas.

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

3 4

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

PEMBINAAN AKIDAH

MU’AHADAH

MURAQABAH

MU’AQABAH

MUHASABAH

MUJAHADAH

Perjanjian manusia dengan Allah

SWT di alam roh. Mengingati

perjanjian yang dilakukan di alam

roh dari semasa ke semasa merupa-

kan suatu perkara yang amat penting

untuk membina dan memperkukuhkan

keimanan.

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

5

MU’AHADAH

6

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

MURAQABAH

Kewaspadaan atau

pengawasan. Sentiasa

merasai bahawa Allah SWT

mengawasi segala gerak

geri kita (manusia) –

sentiasa laksanakan perintah

Allah SWT dan meninggalkan

larangan-Nya.

Page 2: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 2

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

7

Pertarungan menentang hawa nafsu dan

perjuangan menegakkan agama Allah

S.W.T. – perlu dilakukan secara istiqamah

pada setiap masa dan tempat.

MUJAHADAH

8

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Mengingati kembali perilaku,

tindakan dan hasilnya

sepanjang hari untuk

penambahbaikan di masa

akan datang – mendorong

seseorang supaya berhati-hati

dalam kehidupan – boleh

menimbulkan keyakinan dan

keinsafan dalam diri

MUHASABAH

9

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Suatu bentuk denda yang dikenakan

terhadap diri sendiri kerana kecuaian

dalam melakukan sesuatu perintah Allah

SWT – denda adalah dalam bentuk amalan

yang boleh mendekatkan lagi diri kepada

Allah SWT – berasa bimbang akan balasan

Allah di atas kecuaiannya melaksanakan

perintah Allah.

MU’AQABAH

PENGUKUHAN AKIDAH

Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat membezakan

mana baik dan yang mana buruk, yang mana perlu didahulukan

dan dikemudiankan.

Ilmu yang dititikberatkan ialah ilmu yang berkaitan dengan ilmu-

ilmu mengenai Allah dan rasul-Nya atau ilmu fardu ain. Apabila

seseorang itu mengetahui ilmu fardu ain, seseorang hamba itu akan

beribadah kepada Allah dengan sempurna. Seterusnya

mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan

seharian seperti ilmu berkaitan politik, ekonomi, sosial dan

sebagainya adalah penting. Kemahiran terhadap kedua-dua ilmu ini

akan membawa kepada kekukuhan dan keyakinan yang jitu

terhadap agama Allah.

10

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

llmu

Makan di bulan puasa

11

Bertengkar berlebihan

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Seseorang itu akan sentiasa berhati-hati

dalam setiap gerak perlakuannya dengan

memastikan dia sentiasa berada dalam konteks

amar ma'ruf dan nahi munkar.

Hati yang diisi dengan keimanan dan selari dengan rukun iman

iaitu mempercayai konsep hari Akhirat yang meliputi pembalasan,

timbangan serta dosa pahala akan membentuk personaliti dan

individu yang meyakini setiap apa yang dilakukan olehnya baik

berbentuk niat, cita-cita, perlaksanaan dan sebagainya akan

menerima pembalasan daripada Allah. Allah SWT menegaskan

setiap orang yang melakukan amalan baik walaupun seberat

zarah akan dibalas baik dan sebaliknya jika melakukan amalan

jahat walaupun sebesar zarah juga akan dibalas dengan

kejahatan yang dilakukan itu.

12

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Mengelakkan Diri Dari

Melakukan Dosa

Page 3: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 3

Bermain sehingga maghrib

13

Buang bayi

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Agama Islam telah mengaturkan bermacam-

macam cara bagi manusia melakukan ihadah

kepada Allah s.w.t di antaranya dengan cara

perbuatan lisan seperti berdoa, berzikir, menyeru berbuat kebaikan

dan kebajikan dan mencegah berbuat perkara maksiat dan

kejahatan, dan ada pula ibadat dengan menggunakan harta seperti

mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya, dan ada pula

ibadat yang dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta

seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Ibadat-ibadat tersebut diperintahkan Allah s.w.t bukan sahaja

semata-mata untuk taat kepada Allah s.w.t tetapi di sebaliknya

penuh dengan rahsia dan hikmah yang wajib diterokai hagi

menjalani kehidupan yang sempurna.

14

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Iltizam Melakukan

Ibadat

Berusaha memperbaiki dan menambah ibadat

15

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Jiwa yang gelisah dan tidak tenang adalah

disebabkan oleh tipu daya dan gangguan

syaitan. Kejayaan gangguan syaitan disebabkan

jauhnya hubungan di antara seseorang hamba dengan Allah,

kesan daripada dosa dan maksiat yang dilakukan. Jika dosa

dan maksiat itu masih berterusan, selagi itulah jiwanya sentiasa

terpaksa menghadapi gangguan

Taubat dari segi bahasa ialah kembali. Dari segi istilah syara'

ialah kembali dari keadaan yang dicela oleh syara' kepada

keadaan yang terpuji oleh syara'. Syarat sah taubat ada tiga:

menyesal di atas keterlanjuran yang telah dilakukan,

meninggalkan serta-merta keterlanjuran itu dan berazam tidak

akan kembali lagi melakukannya.

16

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Bertaubat

Bertaubat setelah melakukan kesalahan.

17

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Seseorang Mukmin harus menjadikan dirinya

sebagai pengawas terhadap nafsunya sendiri

sehingga mampu menjadikan hatinya ikhlas dalam

setiap perlakuannya.

i. Memahami Islam sedalam-dalamnya.

ii. Merenung diri sendiri sebelum melakukan sesuatu.

iii. Menilai perbuatan yang telah mula dilakukan untuk melihat

bertepatan dengan peraturan atau syariat.

iv. Membetulkan diri sendiri melalui amalan amar makruf dan

nahi mungkar.

18

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Mujahadah al-

nafs dan muha-

sabah diri

Page 4: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 4

Menilai semula amalan

19

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Selain berzikir dengan lisan dan hati untuk

mengingati Allah s.w.t, perbanyakkan doa

kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang memberi

petunjuk ke jalan yang benar dan dengan restu-Nya jua, seorang

hamba akan sampai ke matlamat yang dituju iaitu mendekati

Allah dan mendapat keredhaan-Nya.

Allah telah menentukan doa sebagai jalan yang luas terbentang

untuk dilalui hamba bagi mendapatkan kurniaan-Nya. Allah s.w.t

menggalakkan hamba-hambaNya supaya berdoa.

20

Mujahadah al-

nafs dan muha-

sabah diri

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Perbanyakkan doa setelah berusaha.

21

PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH

22

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

AKIDAH

Melalui perbuatan

Melalui percakapan

Melalui iktikad

Percakapan

Sesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan

seseorang itu terbatal akidahnya. Antaranya ialah apabila

seorang Muslim menuduh seorang Muslim lain kafir sedangkan

orang yang dituduh adalah tidak. Memperolok-olokkan satu

daripada nama-nama Allah yang mulia, janji Allah, peringatan

atau amaran dari Allah SWT, juga boleh membatalkan akidah

seseorang. Sebagai contohnya jika seseorang berkata, "kalau aku

diperintahkan Allah melakukan sesuatu, aku tidak akan lakukan.

Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku tidak akan solat

menghadap kepada-Nya. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga

aku tidak akan masuk". Perkataan yang diucapkan secara

memperkecilkan Allah SWT atau melahirkan keangkuhan akan

menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya.

23

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

AKIDAH

Perbuatan

Perbuatan yang membatalkan akidah ialah seperti

sujud kepada berhala atau makhluk lain atau sujud

kepada yang lain daripada Allah, melainkan dalam

keadaan terpaksa seperti seorang tawanan perang

yang dipaksa sujud kepada orang kafir di negara

yang diperangi. Berlainan dengan rukuk, jika rukuk

kepada makhluk dengan niat membesarkan makhluk

seperti kita membesarkan Allah adalah kafir tetapi

jika tujuannya sekadar untuk menghormati, tidak

menyebabkan kafir tetapi tetap hukumnya haram.

24

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

AKIDAH

Page 5: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 5

Keyakinan atau Iktiqad

Perkara yang membatalkan akidah juga ialah melalui

keyakinan termasuklah syak atau ragu tentang Allah

SWT, rukun-rukun iman yang lain seperti Rasul-Nya,

Al-Quran, Hari Akhirat atau syurga dan neraka,

pahala dan dosa dan sebagainya. Beriktikad tentang

ketiadaan sifat-sifat yang wajib bagi Allah SWT atau

menafikan wajibnya perkara yang diijmakkan

tentang wajibnya seperti solat lima waktu, kewajiban

berzakat, berpuasa dan haji.

25

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

AKIDAH

• Menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu pada zat, sifat & perbuatanNya – contoh: menyamakan sifat Allah S.W.T. dengan sifat manusia

SYIRIK

• Tidak percaya kepada Allah S.W.T. serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

KUFUR • Berpaling atau keluar dari agama Islam.

RIDDAH

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

AKIDAH 26

Perkara yang boleh membatalkan syahadah

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

AKIDAH

• Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam – contoh: memuja kubur dsb

KHURAFAT

• Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan – contoh: ilmu hitam, santau

SIHIR

• Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.

NIFAK

• Amalan yang bercanggah dengan Al-Quran dan al-Sunnah – contoh: ajaran Ayah Pin, mengaku Nabi terakhir dsb

AJARAN SESAT

27

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH 28

Apabila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka

mereka merasa bebas daripada kongkongan orang lain dan

tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah.

Akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan

kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir, loba, tamak

dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram.

Kekuatan akidah membantu manusia melepaskan diri daripada

tarikan kebendaan, terhindar daripada segala macam nufsu

syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan.

Sebaliknya jiwa tersebut yakin bahawa kebahagiaan hidup

terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan

berpandukan dasar-dasar hidup yang kekal, ideologi yang

mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah.

Kekuatan ini tidak diperoleh dengan meniru golongan Timur

dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme

yang diambil daripada Barat moden. Kekuatan akidah

menjadi teras bagi model motivasi Islam.

Model tersebut mengandungi beberapa kriteria keperluan

manusia dalam kehidupan:

29

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH 30

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Dharuriah

• Perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan di akhirat. Perkara ini membabitkan pemeliharaan lima hak, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Pemeliharaan akidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia.

Hajiah

• Pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menghilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum (muamalat).

Tahsiniah

• Kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitu mengembangkan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi, menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, memperoleh pengetahuan, meneroka, memahami, menganalisis perhubungan dan mendapatkan kecantikan serta keindahan.

Page 6: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 6

Bezakan keperluan manusia di atas.

31

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT

Manusia menurut akidah Tauhid, dijadikan oleh Allah SWT untuk

mengabdikan dirinya kepada Allah dalam satu rangka

pengabdian (Ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus

berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah SWT

selaku pewaris (khalifah) di bumi.

Di atas dasar iman kepada Allah SWT, para malaikat-Nya, kitab-

kitab-Nya, manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini

sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan

Tuhannya.

Garis panduan, ketetapan, dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai

Syariah. Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu, keluarga,

masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di

akhirat.

32

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Melahirkan ummah yang mempunyai hala tuju dan matlamat

hidup

Iman dan akidah yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan,

ucapan dan personaliti menjadi lambang serta syiar Islam

sekaligus mampu menjadi model atau tauladan kepada

masyarakat Islam itu sendiri juga masyarakat bukan Islam supaya

mengikuti ajaran Islam.

Kemantapan akidah juga akan menimbulkan jiwa keberanian dan

ingin terus inaju kerana membela kebenaran.

Kematian dianggap tidak berharga sama sekali kecuali syahid

kerana mempertahankan kebenaran dan keadilan Islam.

33

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian

unggul

Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus

pastinya akan melahirkan individu dan personaliti ke

arah perawakan yang baik dan diredhai Allah SWT.

Akidah dan keimanan yang lurus itu dapat membentuk

masyarakat yang saling bantu membantu untuk

mencapai keredhaan Allah SWT iaitu menyuruh kepada

perkara yang baik serta bersatu padu membasmikan

segala bentuk kemungkaran.

34

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif

dan dinamis

Setiap insan yang diciptakan Allah SWT mempunyai

keistimewaan berbanding dengan makhluk-makhluk

yang lain, bukan hanya dari aspek kejadiannya

malah meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat

kelak.

Seseorang dianggap cemerlang kejadiannya jika

mereka mengimplementasikan asas dari ajaran Islam

iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam segala aspek

kehidupan.

35

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Membangun ekonomi ummah secara

komprehensif

Abad ini umumnya dilihat sebagai abad persaingan

ekonomi, dan hakikat ini sekali gus membawa erti

bahawa keunggulan sesuatu bangsa atau negara

tergantung pada kekuatan ekonominya.

Aspirasi pembinaan generasi unggul harus dijayakan

menerusi kemantapan akidah yang meletakkan

ekonomi sebagai satu nilai yang ingin dicapai.

36

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Page 7: Menjelaskan pembinaan 2. Akidah Teras BAB 2 · PDF filePertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah ... menimbulkan keyakinan dan keinsafan dalam diri MUHASABAH

CTU101 9/7/2013

Maruwiah Ahmat 7

37

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil

Pada prinsipnya Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan

pengurusan secara berorganisasi, di mana salah seorang

daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin tertinggi.

Tujuannya ialah untuk menyelaraskan kerja-kerja pegawai

bawahan dengan saksama. Ketua sebagai penyelaras, bukanlah

bererti bahawa dia boleh bertindak sesuka hatinya tanpa batas,

malah mereka juga turut terikat dengan undang-undang yang

telah ditetapkan Allah SWT.

Walau bagaimanapun sebarang keputusan yang dibuat oleh

pihak penguasa, wajib dipatuhi selagi perkara itu tidak

bertentangan dengan ajaran Islam

38

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

PEMBINAAN AKIDAH

1. Memahami hakikat Islam yang sebenar dengan mempelajari dan mengamalkan dasar-dasarnya.

2. Memahami konsep akidah Islam.

3. Tazkiyyah al-Nafs - membersihkan hati dengan meninggalkan kemungkaran.

4. Melaksanakan dakwah dan jihad melawan nafsu dan syaitan.

5. Mengenal pasti bentuk-bentuk penyelewengan dan ajaran sesat.

6. Pihak berwajib mesti tegas mengawal isu penyelewengan akidah.

7. Tindakan undang-undang mesti dikenakan pada penyeleweng akidah.

8. Penyebaran maklumat kepada orang ramai hendaklah jelas.

39

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

KESAN AKIDAH ISLAM DALAM KEHIDUPAN

Melahirkan insan yang mempunyai pandangan luas dan

berwawasan kerana yakin bahawa Allah yang memiliki alam ini

melahirkan perasaan rendah diri – tidak bersifat egoistik dan

individualistik

melahirkan insan yang mengerti hakikat hidup yang sebenar –

dunia boleh melalaikan dan tidak lupa matlamat hidup manusia

mendidik insan membentuk akhlak mulia

melahirkan insan yang sanggup melaksanakan amar makruf nahi

mungkar

Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan hidup

40

PERANAN AKIDAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia

yang menetukan setiap kelakuan dan perkataan yang

keluar hasil bisikan perasaan seseorang.

Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu adalah satu

ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan

individu dengan hakikat yang sebenarnya.

Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah

dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk itu orang yang

beriman dan mempraktikkan keimanannya akan

mencapai kemanisan iman serta merekalah sebaik-baik

makhluk.

41

KESIMPULAN

42

AKTIVITI BERTULIS 3

Mana soalan

ni?

- Berkumpulan - 20 minit sahaja