Mengukur Panjang Objek
-
Upload
nor-azlin-mohd-rusdin -
Category
Education
-
view
6.755 -
download
6
Transcript of Mengukur Panjang Objek
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 1
AKTIVITI PENGAJARAN
i. Tema
Juru Ukur Yang Tepat
ii. Tajuk
Panjang
iii. Hasil Pembelajaran
Murid berupaya untuk:
10.2 (ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:
(a) sentimeter
(b) meter
iv. Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah belajar menulis ukuran panjang dalam unit sentimeter dan meter
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu.
v. Langkah-langkah
Langkah 1- Mengukur Dalam Unit Sentimeter (cm).
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima.
2. Murid dibekalkan dengan peralatan mengukur iaitu pembaris dan pita
pengukur.
3. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah (Objek Konkrit Set
A) menggunakan unit sentimeter seperti:
- pemadam
- gam ‘stick’
- buku latihan
- bekas pensel
- botol minuman
(Rujuk Lampiran 1)
4. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada
Lembaran Kerja 1 secara individu. (Rujuk Lampiran 2).
UNIT PENGAJARAN: UKURAN PANJANG
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 2
5. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid
mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul
diberikan bimbingan.
Langkah 2- Mengukur Dalam Unit Meter (m).
1. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah ( Objek Konkrit Set
B) menggunakan unit meter (m) seperti:
- tinggi pintu bilik darjah
- panjang papan putih
- tinggi almari
- tinggi kerusi murid
- panjang meja guru.
(Rujuk Lampiran 3).
2. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada
Lembaran Kerja 2 secara individu. (Rujuk Lampiran 4).
3. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid
mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul
diberikan bimbingan.
Langkah 3- Penilaian
1. Murid diberi Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 5) dan diselesaikan dalam
masa 10 minit.
2. Murid membincangkan jawapan bersama guru.
v) Bahan Pengajaran
Objek Konkrit: - pemadam, gam ‘stick’, buku latihan, bekas pensel, botol
minuman, pintu bilik darjah, papan putih, almari, kerusi murid, meja guru,
pembaris dan pita pengukur.
vi) Penilaian
Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada
Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 2,
Lampiran 4, Lampiran 5). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan
sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 3
vii) Jangkaan Refleksi
Aktiviti melibatkan kemahiran manipulatif sebegini biasanya mengambil masa
yang agak panjang terutamanya bila semua kumpulan perlu mengukur suatu
objek yang sama. Ini boleh diatasi dengan dengan membahagikan kelas kepada
5 kumpulan dan objek yang hendak diukur kepada 5 stesen. Setiap kumpulan
diberikan 1 stesen dalam tempoh masa yang difikirkan sesuai untuk murid
mengukur objek tersebut. Setelah tempoh masa tamat, setiap kumpulan akan
bergerak ke stesen berikutnya. Aktiviti ini diulang hingga setiap kumpulan selesai
mengukur kelima-lima objek dalam langkah 1 mahupun 2. Mungkin akan ada
kumpulan murid yang tidak mengukur dengan tepat iaitu tidak memulakan
pengukuran dari 0. Perkara ini perlu ditegaskan secara kerap untuk membantu
murid melakukan pengukuran dengan lebih teliti bagi mendapatkan bacaan yang
benar-benar tepat. Walaupun aktiviti mengukur dijalankan secara kumpulan,
setiap murid perlu melengkapkan lembaran-lembaran kerja secara individu bagi
memastikan semua murid memberikan perhatian terhadap aktiviti yang
dijalankan. Guru perlu prihatin bagi memastikan setiap ahli kumpulan berpeluang
membuat pengukuran objek. Ini bertujuan agar setiap murid membuat
pengukuran objek maujud dengan betul.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 4
LAMPIRAN
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 5
LAMPIRAN 1
OBJEK KONKRIT SET A
buku latihan
gam “stick”
pemadam
bekas pensel
botol minuman
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 6
LAMPIRAN 2 – LEMBARAN KERJA 1
Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat di dalam kelas.
Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah
menggunakan unit sentimeter (cm).
BIL OBJEK UKURAN (cm)
1
Pemadam
2
Gam ‘stick’
3
Buku latihan
4
Bekas pensel
5
Botol minuman
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 7
LAMPIRAN 3
OBJEK KONKRIT SET B
almari
pintu
papan putih
meja guru
kerusi murid
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 8
LAMPIRAN 4 – LEMBARAN KERJA 2
Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat dalam kelas.
Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah
menggunakan unit meter (m).
BIL OBJEK UKURAN (m)
1
tinggi pintu bilik darjah
2
panjang papan putih
3
tinggi almari
4
tinggi kerusi murid
5
panjang meja guru
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 9
LAMPIRAN 5
Arahan: Ukur dan lengkapkan petak kosong dalam gambarajah
di bawah.