MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat...
Transcript of MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat...
1
MENGHASILAN KIT BULATAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
LAW SIAO SIU (MPP142056)
NORMALIZA BINTI MAT RAIS (MPP141077)
KHAIRUNISAK BINTI SULEIMAN (MPP142047)
Kertas Kerja untuk Projek Inovasi
MPPU 1003 INNOVATION IN TEACHING & LEARNING
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2015
2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MS
1.0
SENARAI RAJAH DAN JADUAL
LATAR BELAKANG MASALAH
3
4
2.0 ANALISIS MASALAH 5 – 6
3.0 PENYELESAIAN MASALAH 7 – 11
4.0
MATERIAL PRODUK
12
5.0 KOS PRODUK 13 – 14
6.0 KEBAIKAN PRODUK 15
7.0 KEASLIAN PRODUK 16
8.0 NILAI KOMERSIAL PRODUK 17 – 18
9.0 CARTA GANTT DAN MILESTONE PRODUK 19 – 20
10.0 PENUTUP 21
RUJUKAN
22
3
SENARAI RAJAH DAN JADUAL
Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Projek
Rajah 2 : Pandangan Depan Circle Kit
Rajah 3 : Pandangan Belakang Circle Kit
Rajah 4 : Buku Manual Lampiran I
Rajah 5 : Buku Manual Lampiran II
Rajah 6 : Buku Manual Lampiran III
Jadual 1 : Harga Penghasilan Mini Produk
Jadual 2 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Arcyclic
Jadual 3 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Injection Moulding
4
1.0
LATAR BELAKANG MASALAH
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan pengajaran di
dalam kelas merupakan satu elemen penting yang perlu diterapkan dalam setiap guru
dalam menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Dengan
penggunaan bahan bantu mengajar, guru dapat menerangkan sesuatu perkara dan
konsep sukatan mata pelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara
lisan (Abdul Rahim & Hayazi, 2010).
Bahan bantu mengajar tidak terhad kepada buku teks, papan hitam dan
gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang
dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru
boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:
i. bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii. bahan bantu mengajar elektronik
iii. bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Dalam pengajaran Matematik, guru-guru telah didedahkan dengan pelbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar
dengan berkesan. Seorang guru Matematik harus mahir mengenal pasti dan membuat
keputusan dalam memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan
mengoptimumkan sumber untuk mencapai hasil pembelajaran yang dirancang dan
membantu merangsang minda pelajar dalam menguasai mata pelajaran Matematik
(Noor Azlan & Nurdalina, 2010).
5
2.0
ANALISIS MASALAH
Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Matematik Tambahan
sekolah menengah, tajuk Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri
memerlukan pelajar menggunakan alatan geometri untuk melukis dan mengukur
serta menggunakan rumus tertentu untuk menyelesaikan masalah. Bagi tugasan
melukis, pelajar perlu menggunakan alat tepi lurus (straight edge) dan jangka lukis.
Bagi tugasan mengukur pula, pelajar memerlukan pembaris dan protraktor. Untuk
menggunakan rumus-rumus tertentu, pelajar perlu merujuk kepada buku atau
lampiran rumus setiap kali membuat latihan.
Alatan-alatan yang disebut di atas itu mudah didapati di pasaran, iaitu dalam
bentuk Set Geometri, tetapi sering kali pelajar tidak membawanya ke sekolah kerana
fungsi alat-alat tersebut terhad, dan tidak diperlukan untuk setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, guru akan menghadapi masalah untuk
meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rumus-rumus yang perlu dicari
satu demi satu dalam buku setiap kali membuat latihan akan menyebabkan pelajar
cepat merasa bosan dan tidak berminat menyiapkan latihan mereka.
Walau bagaimanapun, guru tetap perlu merancang, membina, mengurus dan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menyokong kualiti pembelajaran
pelajar (Saedah & Mohammed Sani, 2012). Maka, satu anjakan perlu dibuat dalam
menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik di mana satu reka bentuk
bahan bantu mengajar yang boleh menggabungkan fungsi melukis, mengukur dan
tempat rujukan rumus.
Oleh yang demikian, Circle Kit yang akan dihasilkan dapat menggantikan
fungsi alat tepi lurus, jangka lukis, protraktor dan senarai rumus dalam buku-buku
6
Matematik pelajar. Dengan saiz yang kecil dan jisim yang ringan, pelajar akan dapat
membawanya ke sekolah setiap hari tanpa berasa terbeban. Dengan itu, ia dapat
membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di
samping itu, kit ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik Bulatan,
Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri. Pastinya pelajar akan berasa teruja
untuk belajar dengan menggunakan satu alat yang mempunyai pelbagai fungsi dan
seterusnya akan dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran topik-
topik berkaitan.
7
• Cetusanidea
• Perbincangan
• Analisismasalah
ANALISIS KEPERLUAN
• Kertas kerjadiluluskan
• Menyusun strategi
• Mendapatkan bahan
• Pembuatan produk
• Pengujian produk
• Analisis produk
PERLAKSANAAN PROJEK
• Nilaikomersial
• Pemasaran
• dokumentasi PROJEK
AKIHR
3.0
PENYELESAIAN MASALAH
Circle Kit, cetusan idea mengambil inspirasi dari pengalaman guru-guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Bermula daripada idea ini,
perbincangan yang menyeluruh dijalankan dan akhirnya Circle Kit akan dihasilkan
sebagai inovasi bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Matematik yang memberi
tumpuan bagi topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri.
Perancangan melaksanaan projek disusun dan diperhalusi bagi memastikan
setiap proses menghasilkan Circle Kit berjalan lancar dan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
Rajah 1 : Langkah Pelaksanaan Projek
8
Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga peringkat utama dalam menghasilkan
produk inovasi Circle Kit. Fasa pertama ialah fasa analisis keperluan, diikuti dengan
fasa perlaksanaan projek dan fasa terakhir ialah fasa projek akhir di mana Circle Kit
dikomersial dan dipromosikan.
Circle Kit dihasilkan dengan reka bentuk yang unik dan ideal di mana ia
mempunyai dua sisi pandangan yang berbeza bagi memenuhi keperluan melukis,
mengukur dan menggunakan rumus bagi topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan
Fungsi Trigonometri. Berikut adalah gambarajah pandangan depan dan belakang
Circle Kit.
Rajah 2 : Pandangan depan Circle Kit
9
Rajah 3 : Pandangan belakang Circle Kit
10
Buku manual penggunaan Circle Kit disediakan bagi memudahkan guru-guru
dan pelajar sekolah semasa menggunakan bahan bantu mengajar ini di dalam kelas.
Berikut adalah tiga helaian yang terdapat di dalam buku manual Circle Kit yang
memenuhi topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri.
Rajah 4 : Buku Manual Lampiran I
11
Rajah 5 : Buku Manual Lampiran II
Rajah 6 : Buku Manual Lampiran III
12
4.0
MATERIAL PRODUK
Circle Kit dihasilkan dengan material yang sesuai bagi memenuhi sukatan
mata pelajaran Matematik dalam topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi
Trigonometri. Material yang digunakan boleh didapati di kedai-kedai buku dengan
harga yang berpatutan
Circle Kit ini direka dengan menggunakan Corugated Board dan kertas
sticker. Corrugated Board merupakan satu bahan yang diperbuat daripada
gabungan dua helai plastik yang dipanggil liners yang mana digabungkan bahagian
dalamnya dengan satu bahan beralun yang dipanggil fluting. Ketiga-tiga lapisan
bahan ini digabungkan bagi menghasilkan struktur keseluruhannya tahan lasak dan
kemas walaupun mempunyai lapisan yang berbeza-beza.
Corrugated Board dipotong dengan membuat bentuk segi tiga dan dijadikan
seperti sesiku sudut. Bahagian dalam Corrugated Board akan dipotong kepada tiga
separa bulatan bagi memudahkan bulatan dilukis. Separa bulatan yang dihasilkan ini
merangkumi dua bahagian yang mana akan menjadikannya diameter bulatan.
Kertas sticker yang di atasnya ditulis rumus-rumus topik Bulatan, Bearing,
Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri mempunyai saiz dan bentuk yang sama dengan
Corrauated Board.
13
5.0
KOS PRODUK
ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
Corrugated Plastic Board 1 9.00 9.00
Kertas Sticker 40 0.50 20.00
Pluster / Tape 1 0.60 0.60
Pisau 1 2.90 2.90
Pembaris 1 0.70 0.70
Tenaga Kerja 6.80
JUMLAH
KESELURUHAN
40.00
Jadual 1 : Harga Penghasilan Produk
Berdasarkan jadual di atas, disenaraikan harga keseluruhan bagi
menghasilkan produk prototype Circle Kit. Prototype yang dihasilkan tidak
memerlukan perbelanjaan yang besar kerana menggunakan material yang mudah
didapati di kedai-kedai alat tulis.
Walau bagaimanapun, penghasilan produk sebenar Circle Kit memerlukan
material bermutu yang melibatkan kos yang tinggi. Hasil tinjauan bersama syarikat
Superlative di Taman Universiti, Skudai. Penggunaan material white acrylic yang
bersaiz 4 kaki lebar, 6 kaki panjang dan mempunyai ketebalan 2mm bersama kos
memotong menggunakan laser cut dan silkscreen. Anggaran harga yang merangkumi
keseluruhan produk dalam lingkungan RM 6000.00 untuk 150 keping unit dan
anggaran harga bagi 1 unit ialah RM 40.00.
14
Berikut adalah anggaran harga produk Circle Kit jika penghasilannya
menggunakan material yang bermutu tinggi.
Item Kuantiti Harga Anggaran Keseluruhan (RM)
Perpect 1.5 mm 1
6000.00
White arcyclic 2 mm 1
Die cut 1
Silkscreen 1
Digital (Illustrator) 1
Jadual 2 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Arcyclic
Selain daripada itu, penghasilan produk sebenar Circle Kit dengan
menggunakan Injection Moulding memerlukan kos yang sangat tinggi kerana
peralatan Injection Moulding yang mahal. Walau bagaimanapun, sekiranya kuantiti
penghasilan secara pukal (100,000 unit ke atas), kos pengeluaran amat rendah iaitu
RM0.65 seunit.
Item Harga Anggaran (RM) Jumlah Keseluruhan (RM)
Bahan Mentah 9,674.00
64,705.00 Production 22,229.00
Mould 32,802
Jadual 3 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Injection Moulding
Kesimpulannya, pemilihan kaedah penghasilan produk Circle Kit bergantung
kepada peruntukkan kewangan yang akan diluluskan untuk projek ini.
15
6.0
KEBAIKAN PRODUK
Penghasilan produk inovasi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran Matematik terutama semasa latihan praktikal dijalankan. Ini
kerana dengan menggunakan Circle Kit pelajar dapat memberi rangsangan dan
menambah keinginan untuk mendalami Matematik. Selain dari reka bentuk Circle
Kit yang menarik, setiap pelajar dapat melakukan aktiviti secara individu dan dapat
merangsang minat serta penguasaan mereka.
Penggunaan Circle Kit ini juga dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran kerana pelajar hanya perlu menggunakan Circle Kit dalam
menghasilkan bulatan dengan saiz diameter yang seragam oleh semua pelajar. Selain
itu, penggunaan Circle Kit akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria dan
menarik di dalam kelas. Ini kerana, guru mudah untuk memantau aktiviti praktikal
yang dijalankan berdasarkan latihan yang diberi.
Penyediaan rumus-rumus topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi
Trigonometri dapat menarik minat pelajar sekaligus memudahkan pelajar ketika
proses pembelajaran kerana, pelajar tidak perlu lagi menghafal dan mencari rumus-
rumus yang berkaitan dalam buku latihan dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.
16
7.0
KEASLIAN PRODUK
Jika sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran topik Bulatan sering
menggunakan Set Geometri yang mempunyai alatan-alatan seperti jangka lukis,
pembaris sesiku dan jangka sudut. Dalam pembelajaran Matematik, kebiasaanya
jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka
lukis ini juga terdiri daripada dua batang yang mana satu hujungnya boleh bertemu
dan boleh dilaraskan.
Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat
bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi merupakan pensel untuk melukis atau
membentuk garisan. Berbeza pula dengan penggunaan jangka sudut yang merupakan
satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki
atau untuk mengukur sesuatu sudut.
Jangka sudut yang biasa digunakan adalah semi bulatan yang mengandungi
sudut dari 0° sehingga 180°. Dalam sesi pembelajaran juga turut menggunakan
sesiku sudut sebagai pengganti kepada jangka sudut. Ini kerana sesiku sudut boleh
memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki. Jangka sudut dan sesiku sudut
diperbuat daripada plastic keras lut sinar atau berwarna jernih bagi memudahkan
sistem pengukuran dilakukan.
17
8.0
NILAI KOMERSIAL PRODUK
Kumpulan sasaran utama adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar
tingkatan 2 hingga 5 dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.
Circle Kit yang dihasilkan ini mempunyai tiga nilai komersial yang akan digunakan
sebagai promosi kepada kumpulan sasaran utama.
8.1 Fungsi Circle Kit
Mempercepatkan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
tajuk-tajuk:
8.1.1 Bulatan I (Matematik ingkatan 2)
8.1.2 Bulatan II (Matematik tingkatan 3)
8.1.3 Bulatan III (Matematik tingkatan 4)
8.1.4 Trigonometri (Matematik tingkatan 4)
8.1.5 Fungsi trigonometri (Matematik Tambahan tingkatan 4)
8.1.6 Bearing (Matematik tingkatan 5)
8.1.7 Penjelmaan I (Matematik tingkatan 3)
8.1.8 Penjelmaan II (Matematik tingkatan 5)
8.2 Reka bentuk
Saiz Circle Kit yang ideal dan mudah digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.
Ringan dan tahan lasak sangat sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah di
samping reka bentuk yang kemas dan menarik.
18
8.3 Promosi
Inovasi Circle Kit daripada penggunaan set geometri yang berada di pasaran
merupakan satu pembaharuan yang akan membangkitkan minat pelajar dalam
mata pelajaran Matematik. Promosi inovasi ini akan dijalankan melalui
beberapa cara:
8.3.1 ˈDoor to doorˈ mengunjungi dari sekolah ke sekolah untuk
mempromosikan Circle Kit kepada guru-
8.3.2 Guru-guru Matematik agar dapat membantu pengajaran dan
pembelajaran.
8.3.3 Mengadakan pameran dan membuka boot jualan sempena Hari
Koperasi Sekolah.
8.3.4 Karnival pendidikan dan Karnival Sains dan Matematik.
8.3.5 Membuat promosi melalui internet seperti facebook, twitter dan blog.
8.3.6 Harga yang murah dan berpatutan.
19
9.0
CARTA GANTT DAN MILESTONE PRODUK
Carta Gantt digunakan bagi penjadualan setiap aktiviti semasa menghasilkan
produk di mana setiap aktiviti harus berjalan dalam tempoh masa yang
dirancangkan. Pemilihan Carta Gantt digunakan kerana dapat membantu pihak
kami mengenalpasti:
i. Semua aktiviti yang telah dirancang
ii. Pelaksanaan aktiviti menghasilkan produk yang ditunjukkan
iii. Anggaran masa untuk aktiviti-aktiviti direkodkan
iv. Jangkamasa keseluruhan produk dihasilkan
CARTA GANTT
M
1
M
2
M
3
M
4
M
5
M
6
M
7
M
8
M
9
M
10
M
11
M
12
M
13
Analisis Keperluan
Strategi
Material
Kertas Cadangan
Produk
Pilot Testing
Analisis Produk
Dokumentasi
20
MILESTONE PRODUK
Milestone pula merupakan jadual spesifik yang membantu kami dalam
pengurusan hari dan masa bagi setiap peringkat atau fasa membangunkan produk.
Berikut adalah milestone yang membantu kami sepanjang membangunkan projek
inovasi ini.
MILESTONE
TARIKH
DILAKSANAKAN
MILESTONE 1 : ANALISIS KEPERLUAN
Aktiviti 1.1 Cetusan Idea 4 - 11 MAC 2015
Aktiviti 1.2 Penyataan Masalah 18 MAC 2015
Aktiviti 1.3 Analisis Masalah 18 MAC 2015
MILESTONE 2 : PENGHASILAN PRODUK
Aktiviti 2.1 Kertas Kerja Diluluskan 25 MAC 2015
Aktiviti 2.2 Menyusun Strategi 1 - 15 APRIL 2015
Aktiviti 2.3 Mendapatkan Material 1 - 15 APRIL 2015
Aktiviti 2.4 Proses Pembuatan Produk 15 - 29 APRIL 2015
Aktiviti 2.5 Proses Pengujian Produk 22 - 29 APRIL 2015
Aktiviti 2.6 Analisis Produk 22 - 29 APRIL 2015
MILESTONE 2 : PRODUK AKHIR
Aktiviti 3.1 Nilai Komersial dan Promosi 6 MEI 2015
Aktiviti 3.2 Dokumentasi 13 - 20 MEI 2015
21
10.0
PENUTUP
Bahan bantu mengajar merupakan faktor terpenting dalam menentukan
kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai hasil
pembelajarannya. Pengajaran guru yang menggunakan bahan bantu mengajar
berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi mempunyai perbezaan yang
ketara dari segi penerimaan, tumpuan, penguasaan dan pencapaian pelajar dan
aktiviti di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Penggunaan Circle Kit diharapkan dapat membantu guru menyerlahkan
konsep dan idea sukatan mata pelajaran dan memudahkan pelajar menguasai topik
Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri dalam Matematik. Di
samping itu, Circle Kit dapat membangkitkan minat dan rasa seronok pelajar
menjalankan aktiviti praktikal, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar
untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran Matematik baik dan lebih
menarik seterusnya menguasai mata pelajaran ini dengan cemerlang.
22
RUJUKAN
Abdul Rahim, H., & Hayazi, M. Y. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik
Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia, 1-8.
Noor Azlan, A. Z., & Nurdalina, D. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik.
Universiti Teknologi Malaysia, 1-6.
Saedah, S., & Mohammed Sani, I. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia.
Universiti Malaya, 1-44.