MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PARLIMEN
description
Transcript of MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PARLIMEN
Disediakan Oleh :Disediakan Oleh :Fadzlon Adilah Bte YahyaFadzlon Adilah Bte Yahya
MENU
PENGENALAN
MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN
KONSEP PERLEMBAGAAN
KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
MENU
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KRONOLOGI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan; • Sebuah dokumen yang mengandungi undang-
undang dan susunan peraturan penting dan tertinggi dalam sesebuah negara
• Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal secara automatik.
• Terdapat peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan, hak asasi manusia, kerakyatan, politik, pilihanraya, agama, bahasa, tanah dan lain-lain.
PENGENALAN
MENU
• Dibentuk selaras dengan kehendak semasa serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.
• Hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, bahasa, agama dan kedudukan istimewa bumiputera adalah menjadi faktor penting dalam perlembagaan bagi melahirkan hubungan etnik yang erat serta mampu untuk mewujudkan keamanan di kalangan rakyat Malaysia.
MENU
• Digubal sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. – tentang corak pemerintahan, sistem politik
dan pentadbiran sesebuah negara dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada rakyat serta tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.
MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN
MENU
• Berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
• Dibahagikan kepada dua jenis.– Bertulis - satu bentuk perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. – Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip
perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah (Nazri Muslim, 2005: 3).
MENU
• Perlembagaan Persekutuan 1957 memperlihatkan beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan sesebuah negara demokrasi. – Pemerintahan berasaskan undang-undang. – Tunggak kepada semua undang-undang
yang sedia digubal atau yang akan digubal. – Pentadbiran negara dapat dijalankan
dengan mudah, lancar tanpa wujudnya persaingan dengan pihak lain terutamanya kerajaan negeri.
KONSEP PERLEMBAGAAN
MENU
• Perkara 4(1) - Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan setiap undang-undang dan apa sahaja yang diluluskan berlawanan dengan perlembagaan yang sedia ada maka dengan sendiri setiap yang berlawanan itu terbatal. Kedudukan dan kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.
MENU
• Bagi menjamin kestabilan politik di negara ini, – sebuah perlembagaan yang dibentuk
adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di negara ini.
– sejajar dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
MENU
• Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum utama di Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan ‘Pakatan Murni’, ‘Qiud Pro Quo’ atau ’4 + 1’ telahpun dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
MENU
• Antara pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti:
(i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
(ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.(iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang
Melayu. (v)Masyarakat bukan Melayu mendapat
keistimewaan sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan.
MENU
• Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai kemasyarakatan di kalangan etnik dan kaum yang saling memahami bahawa agama, adat resam dan nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh penduduk di negara ini merupakan hak peribadi dengan syarat masing-masing saling hormat menghormati hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.
• Prinsip memberi dan menerima ini, yang menjadi tunjang kepada persefahaman dan kestabilan politik serta sosial yang berjaya dipertahankan sehingga kini.
MENU
• Perlembagaan Malaysia 1957 telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid.
• Bermula pada Jun 1956 dan menyiapkan laporan tersebut menjelang bulan Februari 1957.
• Dibahaskan oleh parti-parti utama negara dan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
MENU
• Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. – Penguatkuasaan ini berjalan atas dasar
konsensus apabila rakyat berbangsa Melayu bersetuju memberikan kerakyatan secara ‘jus soli’ kepada semua penduduk bukan Melayu di Malaysia pada masa itu. Sebaliknya bukan Melayu bersetuju menerima unsur-unsur tradisi dalam masyarakat Melayu sebagai kandungan dalam Perlembagaan Malaysia.
MENU
• Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kewibawaan perlembagaan atau kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat (persekutuan) dengan 13 buah negeri.
• Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah persekutuan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:
MENU
(i) Mempunyai ketua negara (Raja Berperlembagaan) bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu dan memegang jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun dan bertindak atas nasihat kabinet dan Majlis Raja-raja. Selain itu ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun dan pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
MENU
(ii) Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh seorang Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. – Beliau dilantik di kalangan parti yang
memenangi pilihan raya dan mempunyai bilangan anggota terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri juga akan menubuhkan sebuah Kabinet (Jemaah Menteri) yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar kerajaaan.
MENU
(iii) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan
Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas jaminan kebebasan agama.
(iv) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang- undang.
MENU
(v)Perlembagaan memperuntukkan pengasingan
kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. – Ini bermakna seluruh jentera pentadbiran,
bukan sahaja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-ketiganya mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.
MENU
• Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan parlimen dan eksekutif. Bidang kuasa kehakiman adalah eksklusif untuk menentukan pertikaian hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.
MENU
•Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang dibahagikan dalam 15 bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Kabinet, Badan Kehakiman dan mempunyai peruntukan tentang kewarganegaraan, tanah, agama rasmi, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidamatan awam, pembangunan negara, hak asasi dan pilihan raya.
3.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
MENU
NOTA
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
MENU
KRONOLOGI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
MENU
• Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan;– Untuk melahirkan masyarakat yang mampu
membudayakan perpaduan – Saling memahami hak masing-masing yang telah
dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini.
– Untuk kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum.
– Mencerminkan Malaysia sebuah negara berdaulat di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan makmur.
MENU
KESIMPULAN