Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

9
Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan Matius 4:1-11 Dalam jawaban Yesus kepada Iblis ketika diuji di padang gurun, kita diperkenalkan kepada tiga aspek tentang Allah yang Yesus percaya dan (secara tidak langsung) perkenalkan kepada kita: 1. Allah yang berfirman (ayat 4): Dia berkomunikasi kepada manusia untuk memberi hidup 2. Allah yang tidak diuji (ayat 7): Dia menuntut kepercayaan dan ketaatan yang total 3. Allah yang disembah (ayat 10): Penyembahan kita bukti kesetiaan kita kepada satu Tuhan sahaja A. Allah yang Berfirman A.1 Allah berfirman Pada muka surat pertama Alkitab, kita dengan awal sekali diperkenalkan kepada Allah yang berfirman (perhatikan Kejadian 1:3) – Allah boleh bersuara, menggunakan perkataan dan membentuk ayat untuk menyatakan niat-Nya. Dalam Alkitab kebolehan Allah berfirman selalu dibandingkan dengan ketidakbolehan tuhan-tuhan buatan tangan manusia (patung berhala) untuk bersuara – patung-patung bisu (Habakuk 2:18; 1 Korintus 12:2). A.2 Allah berfirman kepada manusia Allah bukan hanya boleh bercakap (berfirman) tetapi Dia telah (dan tetap) berfirman kepada manusia: Pada permulaan Alkitab kita melihat Allah berfirman kepada Adam dan Hawa (Kejadian 1:28), muka dengan muka. Bersemuka, satu-dengan-satu merupakan satu cara Allah berkomunikasi dengan manusia, lebih-lebih lagi pada awal rekod Alkitab. Ini semua berubah apabila umat Israel menolak pelawaan Allah untuk berjumpa dan bercakap dengan mereka; umat Israel meminta Musa mewakili Allah (menjadi jurucakap Allah)- lihat Keluaran 19:17 + 20:18-21. Dari titik ini banyak kali Allah berfirman kepada manusia melalui perantaraan – manusia yang mendengar daripada Allah dan menyampaikan Firman-Nya dipanggil nabi; binatang dan malaikat juga dipakai Allah sebagai pengantara. Akhirnya Alah sendiri memilih bersama manusia dan menyatakan diri-Nya melalui Yesus (Ibrani 1:1-2). Yesus ialah Firman Allah yang hidup (Yohanes 1:1). A.3 Allah berfirman melalui Roh Kudus Sesudah pengangkatan Yesus ke syurga, Roh Kudus telah diberi kepada semua orang percaya dan hari ini Roh Allah terus berkomunikasi dengan mereka yang percaya melalui pelbagai cara. Dua daripada caranya adalah melalui penglihatan dan nubuatan. Walaupun begitu, ada banyak penglihatan dan nubuatan yang diragui dan ada kalanya bukan dari Tuhan atau bukan untuk pengetahuan orang ramai. Dengan perkembangan pesat laman sosial, salah guna dan salah tafsir kaedah-kaedah komunikasi Roh Kudus ini sudah mula berleluasa. Berikut adalah tiga soalan yang perlu anda tanya apabila didedahkan kepada apa yang kononnya penglihatan atau nubuatan daripada Allah: 1. Kredibiliti pembicara: Siapakah dia yang mengongsikan nubuatan ini? Apakah dirinya dan mesejnya disahkan dan mendapat sokongan para pemimpin gerejanya, khususnya pastor dia?

Transcript of Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

Page 1: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan Matius 4:1-11 Dalam jawaban Yesus kepada Iblis ketika diuji di padang gurun, kita diperkenalkan kepada tiga aspek tentang Allah yang Yesus percaya dan (secara tidak langsung) perkenalkan kepada kita: 1. Allah yang berfirman (ayat 4): Dia berkomunikasi kepada manusia untuk memberi hidup 2. Allah yang tidak diuji (ayat 7): Dia menuntut kepercayaan dan ketaatan yang total 3. Allah yang disembah (ayat 10): Penyembahan kita bukti kesetiaan kita kepada satu Tuhan sahaja

A. Allah yang Berfirman A.1 Allah berfirman Pada muka surat pertama Alkitab, kita dengan awal sekali diperkenalkan kepada Allah yang berfirman (perhatikan Kejadian 1:3) – Allah boleh bersuara, menggunakan perkataan dan membentuk ayat untuk menyatakan niat-Nya. Dalam Alkitab kebolehan Allah berfirman selalu dibandingkan dengan ketidakbolehan tuhan-tuhan buatan tangan manusia (patung berhala) untuk bersuara – patung-patung bisu (Habakuk 2:18; 1 Korintus 12:2). A.2 Allah berfirman kepada manusia Allah bukan hanya boleh bercakap (berfirman) tetapi Dia telah (dan tetap) berfirman kepada manusia:

Pada permulaan Alkitab kita melihat Allah berfirman kepada Adam dan Hawa (Kejadian 1:28), muka dengan muka. Bersemuka, satu-dengan-satu merupakan satu cara Allah berkomunikasi dengan manusia, lebih-lebih lagi pada awal rekod Alkitab.

Ini semua berubah apabila umat Israel menolak pelawaan Allah untuk berjumpa dan bercakap dengan mereka; umat Israel meminta Musa mewakili Allah (menjadi jurucakap Allah)- lihat Keluaran 19:17 + 20:18-21. Dari titik ini banyak kali Allah berfirman kepada manusia melalui perantaraan – manusia yang mendengar daripada Allah dan menyampaikan Firman-Nya dipanggil nabi; binatang dan malaikat juga dipakai Allah sebagai pengantara.

Akhirnya Alah sendiri memilih bersama manusia dan menyatakan diri-Nya melalui Yesus (Ibrani 1:1-2). Yesus ialah Firman Allah yang hidup (Yohanes 1:1).

A.3 Allah berfirman melalui Roh Kudus Sesudah pengangkatan Yesus ke syurga, Roh Kudus telah diberi kepada semua orang percaya dan hari ini Roh Allah terus berkomunikasi dengan mereka yang percaya melalui pelbagai cara. Dua daripada caranya adalah melalui penglihatan dan nubuatan. Walaupun begi tu, ada banyak penglihatan dan nubuatan yang diragui dan ada kalanya bukan dari Tuhan atau bukan untuk pengetahuan orang ramai. Dengan perkembangan pesat laman sosial, salah guna dan salah tafsir kaedah-kaedah komunikasi Roh Kudus ini sudah mula berleluasa. Berikut adalah tiga soalan yang perlu anda tanya apabila didedahkan kepada apa yang kononnya penglihatan atau nubuatan daripada Allah: 1. Kredibiliti pembicara: Siapakah dia yang mengongsikan nubuatan ini? Apakah dirinya dan

mesejnya disahkan dan mendapat sokongan para pemimpin gerejanya, khususnya pastor dia?

Page 2: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

Kenapa anda perlu mengambil peduli (memberi perhatian) kepada apa yang dikatakan pembicara ini?

2. Pengesahan sumber: jika pembicaranya boleh dipercayai dan diterima, soalan seterusnya ialah, “Adakah penglihatan dia ini daripada Tuhan?”. Bagaimana untuk menentukan kata-kata pembicara ini dari mulut Tuhan? Sebagai permulaan guna dua ujian berikut:

a. Adakah ia 100% selaras/sesuai dengan apa yang ternyata dalam Alkitab? Jika ada percanggahan, mesejnya patut diragui

b. Apabila dia mengongsikan mesejnya, ia menjadi nubuatan. Ujian nubuatan ialah dalam 1 Korintus 14: 3 – apakah perkongsiannya ‘membangun, menasihati dan menghibur’? Jika tidak, ia mungkin bukan daripada Tuhan (apa lagi jika yang terhasil ialah kebingungan, takut dan kerisauan).

3. Pengesahan audiens - Jika pembicara dan sumber maklumat disahkan benar, soalan ketiga ialah, “Apakah mesej ini untuk saya?” Dalam Perjanjian Lama, setiap nabi mempunyai audiens tersendiri (contoh Yunus untuk penduduk Nineve) dan mesej mereka hanya laku dan sesuai untuk audiens itu sahaja. Sama juga hari ini – penglihatan dan nubuatan yang dari Allah adalah untuk audiens tertentu sahaja. Adakah penglihatan/nubuatan itu Firman Allah secara spesifik untuk anda?

Jika ketiga-tiga soalan ini mendapat pengesahan dan anda yakin anda telah menerima penyataan daripada Allah, bertindaklah sesuai dengan apa yang Allah telah berfirman. A.4 Allah berfirman kepada manusia untuk memberi hidup Mengapa Allah berfirman kepada manusia? Untuk memberi hidup kepada manusia. Penyataan Yesus ini sebenarnya dicedok dari Ulangan 8:1-3. Dalam konteks asalnya, orang Israel diingatkan supaya jangan hanya mengharap dan bergantung pada roti yang dibekalkan Allah untuk hidup tetapi sebaliknya untuk juga bergantung pada Firman Allah untuk hidup. Idea ini – Firman Allah memberi hidup – disokong dalam Alkitab, contohnya di Mazmur 119:50 dan 93. Roti yang dimakan memberi hidup, Firman yang dimakan memberi hidup yang berkelimpahan (Yeremia 15:16; Yohanes 10:10) A.5 Pemakanan Firman Allah yang sihat Firman Allah melalui nabi-nabi (Perjanjian Lama) dan Yesus (Perjanjian Baru) mesti dinikmati, diminum dan dimakan setiap hari supaya kita akan mengalami hidup yang berkelimpahan. Apakah sistem pemakanan Firman Allah yang sihat yang boleh kita amalkan? Benarkan saya mencadangkan apa yang diamalkan oleh Ezra: Ezra telah menetapkan hatinya untuk meneliti hukum TUHAN dan untuk melakukannya serta mengajarkan peraturan-peraturan dan ketetapan-ketetapan di Israel. Untuk memastikan anda mengamalkan sistem pemakanan Alkitab yang sihat dan efektif berusaha melakukan tiga hal ini: 1. Meneliti (merenung) Firman Allah – perkataan merenung dalam bahasa Yunani ialah perkataan

yang menerangkan proses pemakanan lembu, yang sepanjang hari mengunyah balik rumput yang telah ia awal hari makan sehingga semua zat yang ada berjaya dikeluarkan. Sama juga

Page 3: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

dengan kita. Setiap hari (baik kalau seawal sesudah bangun) kita harus membaca satu petikan dari Alkitab (gunakan buku panduan atau pembacaan sistematik; sebagai permulaan laman sesawang ini boleh membantu - http://santapanrohani.org/) dan sepanjang hari mengeluarkan petikan itu dan meneliti isi kandungannya, perkataan-perkataan yang dipakai, mengenal pasti mesejnya dan membuat kajian lebihan jika topiknya menarik perhatian anda.

2. Melakukan (mentaati) Firman Allah – memahami dan mengetahui isi kandungan Alkitab sahaja tidak berguna. Ingat: Firman Allah diberi untuk mengatur hidup kita. Maksudnya Firman Allah harus ditaati dan diamalkan secara serius dalam semua aspek hidup kita. Selalu bertanya sesudah meneliti: Bagaimana boleh saya amalkan ajaran/perintah/prinsip ini dalam hidup saya hari ini? Ingat peringatan Yakobus – jadi pelaku Firman Allah (Yakobus 1:22)

3. Mengajar (mengongsi) Firman Allah – akhirnya anda telah diberi mandat oleh Yesus untuk mengajar (mengongsikan) apa yang telah anda tahu dan pakai, yang telah memberkati hidup anda, kepada ramai orang lain (Matius 28:20). Seruan rasul Paulus juga sama (2 Timotius 2:2) – amanahkan kepada orang lain apa yang anda sudah tahu dan dengar yang diamalkan dan didapati berguna. Ini tidak semestinya hanya berlangsung dalam konteks kelas atau seminar tetapi sering kali dalam konteks berkongsi pengetahuan dan jawapan melalui perbincangan informal, ‘posting’ di FB atau menjawab pertanyaan. Yang penting anda dengan sengaja dan aktif, merebakkan Firman Allah kepada orang lain!

Bermula hari ini!

Soalan Diskusi 1. Apa pendapat anda tentang kepercayaan Kristian bahawa Allah mahu dan boleh berkomunikasi

dengan manusia? Adakah anda fikir Allah mahu dan boleh berkomunikasi dengan anda? Mengapa?

2. Mengapa mungkin orang Kristian tetap merujuk kepada apa yang Allah telah sampaikan melalui nabi-nabi (Perjanjian Lama) dan Yesus (Perjanjian Baru) sehingga hari ini walaupun mesej itu bukan mula-mula kepada mereka dan diberi beribu tahun dahulu?

3. Kongsikan pengalaman anda dengan penglihatan dan/atau nubuatan daripada Roh Kudus (yang anda alami sendiri atau yang dilihat dan didengar). Apa yang boleh dipelajari daripada pengalaman ini?

4. Kongsikan pengalaman anda meneliti Firman Allah. Apakah bahan-bahan bantuan yang anda pakai dan apakah langkah-langkah yang anda ambil untuk merenung Firman Allah?

5. Kongsikan pengalaman anda mengajar (mengongsi) Firman Allah yang telah anda belajar dan amalkan. Apakah yang anda akan lakukan sekarang untuk memastikan anda menjadi pengajar (penyebar) Firman Allah yang telah anda teliti dan lakukan?

Page 4: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

B. Allah Yang Tidak Diuji B.1 Maksud ‘mencobai Tuhan’ Membawa dua maksud: 1. Melakukan sesuatu untuk melihat sama ada orang itu akan bertindak sesuai dengan karakter dia

– kesahihan karakter 2. Melakukan sesuatu untuk memastikan sama ada kata-kata orang itu boleh dipercayai –

kesahihan kata-kata Allah Kristian tidak boleh dicobai – ini bermaksud

Kita tidak boleh mencurigai karakter Allah Kita tidak boleh mencurigai kata-kata (janji-janji) Allah Perkataan ‘cobai’ (dalam terjemahan Alkitab Bahasa Indonesia) mungkin boleh diganti dengan perkataan menguji (‘acu cuba try test’). Iblis berusaha membuat Yesus mencurigai janji Allah untuk melindungi dan memujuk Yesus menguji kesahihan janji Allah itu dengan sengaja melompat dari tempat yang tinggi. Yesus tahu Allah tidak melayan ujian dari manusia yang tidak percaya dan mengingatkan Iblis bahawa Allah tidak dicobai. Ramai orang mahu uji dulu sebelum percaya Firman Allah – mahu dibuktikan di depan mata sebelum percaya. Tuhan Kristian tidak akan layan (terima dan ambil bahagian dalam) mana-mana cobaan manusia. Tuntutan Tuhan – pilih percaya semua tentang saya atau jangan percaya; tidak ada, “Saya akan percaya jika . . .” Cobaan dari mansuia adalah satu penghinaan kepada Tuhan. Kenapa manusia masih menuntut Tuhan membuktikan kesahihan karakter dan janji-janji-Nya? Perhatikan Keluaran 17. B.2 Salah Percaya Baca Keluaran 17:1b-2. Walaupun orang Israel mencari gaduh dengan Musa dan hanya meminta air, perbuatan mereka dikatakan ‘mencobai Tuhan’. Mengapa? Kerana ini menunjukkan orang Israel salah percaya – mereka percaya manusia boleh menolong mereka; Tuhan tidak diperlukan. Mereka ada keperluan dan mencari manusia untuk memenuhi keperluan itu – terlalu ramai manusia yakin (percaya) sepenuhnya dengan kehebatan manusia sehingga tidak ada ruang lagi untuk percaya kepada Tuhan. Manusia yang menguji Allah adalah manusia yang beriman (percaya) kepada (kehebatan) manusia. Untuk manusia seperti ini memindahkan imannya dari manusia kepada Tuhan, dia akan menuntut dan memerlukan bukti. Mengapa? Kerana iman dalam manusia terhasil sesudah dibuktikan (contohnya, setelah doktor itu berjaya menyembuhkannya, dia percaya doktor itu boleh menyembuh sesiapa sahaja yang juga memiliki penyakit yang sama). Manusia akan beriman dlam manusia lain yang lulus ujian (cobaan). Manusia seperti ini akan pakai cara/standard yang sama untuk menentukan sama ada mereka akan percaya kepada Allah atau tidak.

Page 5: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

Apa kata Tuhan? “Sebelum percaya manusia lain, memang patut dia diuji (dicobai) terlebih dahulu tetapi untuk mempercayai Saya, tidak patut dan Saya tidak akan layan.” Usaha mencobai Allah terlebih dahulu sebelum mempercayai-Nya sama seperti seorang kanak-kanak kecil mencobai pakar matematik dengan masalahnya (2+2=?), sebelum memilih untuk percaya bahawa profesor itu sesungguhnya pakar matematik. Ujian budak kecil itu tidak akan dilayan. B.3 Salah Petanda Baca Keluaran 17:7 Orang Israel dikatakan mencobai Tuhan kerana mengajukan soalan ini: Tuhan ada di sini atau tidak? Apakah yang disangsi oleh umat Israel? Janji Tuhan untuk menyertai mereka sentiasa dalam perjalanan mereka keluar Mesir ke Tanah Perjanjian. Tetapi bila air kehabisan, mereka meragui janji Tuhan itu. Bagi orang Israel ketiadaan air bukti ketiadaan hadirat (penyertaan) Allah. Mereka menggunakan petanda (bukti) yang salah. Ini dikatakan mencobai Tuhan kerana manusia biasa yang menentukan petanda dan menuntut supaya Tuhan menyatakannya sebelum mereka percaya. Petanda itu salah kerana petanda yang mereka cari adalah petanda buatan mereka sendiri. Tuhan akan memberi petanda untuk membuktikan janji -janji-Nya benar tetapi hanya SELEPAS manusia itu percaya dan bukan sebagai jawaban kepada cobaan manusia tidak percaya. Masalah di sini ialah manusia seperti ini memilih untuk percaya hanya sesudah dia nampak petanda yang dia tentukan bagi Allah – mereka seperti Tomas (Yohanes 20:24-29). Walaupun untuk kali itu, Yesus melayan permintaan Tomas, jangan lupa penyataan Yesus dalam ayat 29, "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya." Tuhan mahu kita datang kepada-Nya dengan penuh kepastian bahawa semua yang dinyatakan tentang karakter-Nya dan semua janji-janji-Nya adalah benar (2 Korintus 1:20). B.4 Hidup Dengan Iman Baca 2 Korintus 5:7 Kita hidup bukan berdasarkan apa yang nampak tetapi berdasarkan semua yang diketahui tentang Tuhan dan diberi Tuhan (janji-janji-Nya). Allah Kristian mesti dipercayai terlebih dahulu untuk melihat semua yang dinyatakan tentang-Nya dan oleh-Nya (Ibrani 11:1,6) – yakin dahulu akan karakter dan kata-kata Allah dan anda akan lihat bukti kewujudan-Nya dan kebenaran kata-kata-Nya setiap hari. Soalan Diskusi 1. Apakah fahaman anda tentang frasa ‘mencobai Tuhan’? Apakah pendapat anda tentang maksud

frasa ini seperti mana dipakai dalam Alkitab? 2. Mengapa berusaha mencobai Tuhan adalah satu penghinaan terhadap diri -Nya? 3. Apakah pandangan anda tentang penyataan ini: “Manusia yang beriman kepada (kebolehan)

manusia, tidak ada ruang untuk beriman kepada Tuhan”.

Page 6: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

4. Kongsikan apa yang anda faham/fikir tentang ayat ini: Tuhan akan memberi petanda untuk membuktikan janji-janji-Nya benar tetapi hanya SELEPAS manusia itu percaya dan bukan sebagai jawaban kepada cobaan manusia tidak percaya.

5. Apakah cabaran/kesukaran yang anda alami sebagai seorang Kristian yang berusaha hidup dengan iman, mempercayai Tuhan terlebih dahulu walaupun tidak nampak apa yang diharapkan? Kongsikan.

Page 7: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

C. Allah Yang Disembah Dan Dilayani Apakah yang anda terbayang apabila membaca perkataan ‘menyembah’? Adakah anda terbayang sejumlah orang yang khusyuk menyanyi dengan tangan diangkat, diiringi muzik yang indah atau anda terbayang sejumlah orang yang tersungkur di lantai kerana kagum dengan kehebatan Allah, disertai pujian dari mulut mereka, mengisytiharkan keagungan Allah? C.1 Maksud Menyembah

Perkataan menyembah adalah terjemahan perkataan ‘proskuneo’ yang membawa satu pengertian yang lengkap, menyentuh apa yang dilakukan oleh penyembah dan sebab ia dilakukan. Pertama sekali, proskuneo merujuk kepada perbuatan tunduk (atau sujud) dengan penuh ketaatan. Fokusnya adalah kepada postur badan yang (dalam banyak budaya) merupakan tanda hormat dan penyerahan diri kepada seseorang yang lebih berkuasa. Perbuatan tunduk ini pula diiringi dengan kata-kata dan/atau perbuatan yang memuliakan serta mengagungkan si dia

yang disembah. Ini boleh dalam bentuk lagu atau puisi atau pemberian hadiah atau persembahan istimewa – semuanya bertujuan memuji dan memuliakan yang disembah. Banyak kali fokus penyembahan adalah kepada satu atau dua aspek yang telah dinyatakan di atas tetapi perbuatan menyembah ini boleh dilakukan sebagai satu ritual atau amalan yang tidak dihayati sepenuhnya – penyembahan palsu boleh berlaku jika tujuan atau pendorong perbuatan menyembah itu tidak betul. Itulah sebabnya Yesus berkata bahawa Allah sedang mencari penyembah yang benar, yang menyembah-Nya kerana sebab yang benar (Yohanes 4:23-24). Sesuai dengan fahaman ini, proskuneo juga mendedahkan sebab seseorang (termasuk Allah) disembah. Sembah diberi sebagai pengakuan bahawa kuasa dan autoriti si dia yang disembah diiktiraf dan telah dialami (dilihat) secara peribadi – penyembahan berlaku apabila kehebatan kuasa dan jangkauan autoriti dia yang disembah satu realiti benar dalam kehidupan si penyembah. Bukan itu sahaja, proskuneo juga menegaskan bahawa sembah diberi kerana si penyembah kagum dengan kuasa yang disembah dan hormat sepenuhnya akan autoritinya. Inilah yang mendorong semua penyembah benar untuk menyembah Allah. Beberapa contoh proskuneo dalam Alkitab a) Yohanes 20:24-29 – apabila Tomas sedar siapa Yesus dan apa yang terjadi, dia tersungkur dan menyembah Yesus b) 1 Korintus 14:24-25 – apabila kuasa Tuhan dinyatakan melalui nubuatan yang mendedahkan rahsia hati manusia, mereka yang mengalaminya akan sujud dan mengaku kehebatan Allah c) Wahyu 4:8-11 – perhatikan kombinasi sujud/menyembah diiringi pujian kerana melihat/mengalami keagungan dan kesucian Allah

Page 8: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

C.2 Menyembah Raja Jika diperhatikan maksud poskuneo, saya harap ada di antara anda yang akan sedar bahawa penjelasannya mirip apa yang dilakukan sejak turun-temurun dalam banyak budaya yang mempunyai pemerintahan beraja. Raja yang berkuasa dan berautoriti yang dihormati dan dikagumi rakyatnya akan selalu dipuji dan disembah oleh rakyat yang taat. Dalam Alkitab Allah diperkenalkan sebagai raja yang agung dan berkuasa dan tidak hairanlah kita diseru respons dengan menyembah dan memuji Dia: Mazmur 47:7; 95:3,6; 145:1 Kita tidak harus lupa siapa Allah – Raja atas segala raja, yang berdaulat dan memerintah dengan berkuasa! C.3 Menyembah dan Melayani Raja Pernyataan Yesus tidak hanya menegaskan kebenaran bahawa Allah mesti disembah tetapi sebagai Raja agung yang berdaulat, kita yang menyembah Dia mesti juga melayani (‘mengabdi’) Allah. Perkataan untuk melayani, latreuo, membawa maksud perkhidmatan/tugas/pelayanan agamawi. Ini membawa gambaran orang yang menyembah Allah adalah juga mereka yang akan melayani Dia kerana kagum dengan siapa Allah dan mahu terlibat dalam apa Allah sedang lakukan dengan penuh taat. Untuk melayani Allah yang disembah, seorang penyembah mesti terlebih dahulu dengan sukarela dan sungguh-sungguh menyerah diri kepada Allah untuk dipakai-Nya seperti mana Dia suka – serah diri untuk berkhidmat (Roma 12:1). Satu contoh jelas bagaimana kesedaran akan siapa Allah disusuli penyembahan dan pemberian diri untuk melayani Allah ialah dalam kehidupan nabi Yesaya – Yesaya 6:1-8. Apabila anda lakukan ini, anda sudah mendaftar diri untuk berkhidmat dalam pelayanan diraja, berkhidmat untuk Raja segala raja. Apakah tugasan yang mungkin Allah sediakan untuk anda? Apakah jenis perkhidmatan yang sedia ada untuk setiap penyembah yang memberi diri untuk latreuo? a) Melayani manusia yang serba kurang (Matius 25:34-40) – jangan lupa bahawa semua manusia di

bumi ini adalah rakyat Allah dan sebagai raja yang baik, Dia mahu supaya kita menjaga dan menjayakan manusia di dunia ini, khususnya mereka yang dalam kesusahan dan kekurangan. Sedarlah bahawa banyak yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki keadaan hidup sekurang-kurangnya satu manusia dan oleh itu apa sahaja kerja yang anda lakukan, pastikan perkhidmatan anda berikan membawa manfaat kepada manusia lain.

b) Pelayanan Kristian (KPR 27:23; Roma 1:9) – bercakap tentang malaikat yang melawatnya, Paulus berkata bahawa malaikat itu ‘dari Allah yang aku sembah’ dan perkataan ‘sembah’ di sini adalah latreuo. Bagi Paulus, semua yang dilakukannya – menginjil, mengajar, berdoa bagi orang sakit, merintis gereja – adalah perkhidmatannya kepada Allah. Dalam Roma 1:9, dia menyebut menyampaikan Injil sebagai satu latreuo. Ada masanya, Allah akan memerlukan anda melayani Dia di dalam Gereja (komuniti Kristian) dan juga mewakili Dia di komuniti lain yang belum mengenal dan tunduk kepada-Nya. Ini biasanya dipanggil melayani Allah atau pelayanan Kristian.

Allah kita adalah Allah yang mesti disembah dan dilayani dengan sepenuh hati. Dia sahaja yang layak diberi komitmen dan pengabdian yang sepenuhnya. Inilah Allah yang Yesus kenal dan perkenalkan kepada kita.

Page 9: Mengenal Allah - Allah yang disembah dan dilayani

Soalan Diskusi a) Apakah fahaman anda sebelum ini tentang penyembahan? Bagaimanakah penjelasan mengenai

perkataan proskuneo menyokong atau mencabar fahaman itu? b) Untuk penyembahan berlaku, satu pengalaman dengan Tuhan yang mendedahkan kuasa dan

autoriti-Nya diperlukan terlebih dahulu. Apakah pandangan anda tentang penyataan ini? c) Bolehkah aspek tunduk dan puji dilakukan oleh penyembah tanpa adanya rasa kagum dan

hormat akan kuasa dan autoriti Allah? Apakah yang baik dilakukan supaya ini tidak terjadi? d) Mengapakah menyembah Allah dan melayani Allah dipasangkan? e) Ada dua cara untuk melayani Allah – mana satu sudah anda lakukan? Adakah ini bermaksud

kerja yang dilakukan seorang Kristian itu boleh dikira pelayanan kepada Raja? Apakah pelayanan Kristian yang anda sedang lakukan dan mengapa?