menerang gelora Nilai
-
Upload
mohdhafizfaiz-mdali -
Category
Documents
-
view
218 -
download
2
description
Transcript of menerang gelora Nilai
Nilai-nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora:
Kasih Sayang
Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira meskipun dia
tahu Nadira tidak akan mempercayainya. Ini jelas menunjukkan kasih sayang Badri terhadap
Nadira dan tidak mahu Nadira merosakkan masa depannya.
Ketabahan
Badri tetap tabah menggalas tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai
dugaan,cemuhan, dan ugutan yang diterimanya.
Kegigihan
Badri gigih berusaha dalam pelajaran sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan
SPM.
Keberanian
Badri tetap ingin berjumpa pengirim nota kecil yang terdapat dalam poketnya walaupun dia tidak
tahu siapa sebenarnya yang menghantar nota tersebut.
Tanggungjawab
Badri melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengawas dengan baik dan penuh dedikasi.
Sebagai seorang pengawas, Badri cuba untuk menjadi contoh kepada pelajar lain dan
memastikan mereka mematuhi peraturan sekolah.
Prihatin
Encik Tan prihatin akan kebajikan anaknya Meng Kong. Encik Tan berusaha mendapatkan
tempat di asrama untuk anaknya dengan harapan anaknya berubah dan tidak terjebak dengan
gejala sosial.
Menghargai seni bangsa
Badri mempelajari seni silat dengan Pak Alangnya. Dia sentiasa menghargai seni
mempertahankan diri itu dan menjaga etika silat di mana saja dia berada.
Persahabatan
Kendatipun Badri,Jamil,Shahrul, Siew Mei dan Meng Kong telah ada kehidupan masing-masing
namun mereka menghargai persahabatan yang telah terjalin.