Menawarkan: Festival Jawi dan Khat Peringkat · PDF filebuku skrap, dan mewarna khat. Turut...

1
Bil: 41 RABU, 17 OKTOBER 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN BH PILIH L1 17 emel Festival Jawi dan Khat Peringkat Kebangsaan 2007 “K ementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membudayakan semula tulisan Jawi melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pen- didikan Islam bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa,” kata Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein keti- ka merasmikan Festival Jawi dan Khat Peringkat Kebangsaan 2007 di Dataran Putra, Putrajaya pada 28 September lalu. Menurut beliau lagi, sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi penggunaan tulisan Jawi dan meneruskan kesinambungan peng- gunaan tulisan Jawi dalam kalang- an masyarakat, khususnya warga pendidik di negara ini, kementerian telah mengarahkan semua bahan bercetak bagi P&P Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi. Tambahan pula, usaha merak- yatkan seni, warisan dan budaya bangsa ini telah diletakkan sebagai Teras Ketiga dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membina Negara Bangsa yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dalam tempoh lima tahun, 2006 hingga 2010. Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Kelab Jawi dan Khat di sekolah oleh kementerian yang akan menjadi nilai tambah program Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang telah diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2005. Program yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam ini memberikan tumpuan kepada pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Model pemulihan Jawi yang diperkenalkan dalam program j- QAF ini memberikan keutamaan kepada murid-murid yang belum menguasai Jawi. Setelah hampir tiga tahun program ini dilaksana- kan, kebanyakan murid-murid yang terlibat dengan program j-QAF ini telah berjaya mempertingkatkan dan menguasai tulisan Jawi dengan lebih baik. Menurut beliau lagi, penubuhan kelab berkenaan boleh menjadi seba- hagian daripada aktiviti luar bilik darjah atau kokurikulum. Menerusi kelab ini, program untuk merakyat- kan tulisan Jawi ini akan menjadi lebih tersusun dan terancang. Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, “kementeriannya akan memberikan sokongan kepada penubuhan Kelab Jawi tersebut de- ngan menyediakan beberapa modul supaya program yang dilaksanakan itu dikendalikan secara lebih teran- cang, sistematik dan mendatangkan hasil.” Beliau, ketika memberikan reak- sinya berkata, KeKKWa akan ber- sedia meluaskan kegiatan pada peringkat masyarakat seperti pameran khas dan pertandingan tulisan Jawi. Sepanjang festival berlangsung, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut mempamerkan buku-buku mempelajari tulisan Jawi yang ditu- lis oleh bangsa Cina yang pernah diterbitkan seawal tahun 1920-an, selain menjual buku bacaan tam- bahan yang berkaitan dengan j- QAF. Pameran yang diadakan turut disertai oleh Kaligrafi dari China, Xian Distrubtion, Yayasan Restu, Perpustakaan Negara, Kumpulan Utusan yang mempromosikan Utusan Melayu Mingguan iaitu satu- satunya akhbar dalam tulisan Jawi di negara ini dan beberapa penerbit swasta. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival ini ialah mem- baca teks Jawi, menulis Jawi, kolaj, buku skrap, dan mewarna khat. Turut diadakan ialah demonstrasi penulisan khat oleh guru-guru, jem- putan luar dan murid Pendidikan Khas. Festival ini telah dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid dari seluruh Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan. SIRI MADAH BESTARI Oleh Norazlinda Misran Kementerian akan memberikan sokongan kepada penubuhan Kelab Jawi tersebut dengan menyediakan beberapa modul supaya program yang dilaksanakan itu dikendalikan secara lebih terancang, sistematik dan mendatangkan hasil" Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) MUNSYI Marilah kita bersama-sama memartabatkan warisan bangsa kita Tulisan Jawi telah digunakan lebih 700 tahun yang lalu Bengkel Guru Komsas Timur 10 Karnival Gemilang Jawi 11 KHUSYUK: YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein dan YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim diberi penerangan tentang produk pembelajaran jawi oleh Prof. Datuk Dr. Ishak Harun pada majlis perasmian Festival Jawi dan Khat baru-baru ini. PEMAKLUMAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta- nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem- bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan dan sastera kanak-kanak dan remaja. Carian pantun dan biodata penu- lis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi- hat yang meliputi peluang pener- bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener- bitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta- nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my Harga: RM5.00 (setiap judul) Siri Madah Bestari diterbitkan bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa terhadap pen- didikan Islam. Siri ini mengetengahkan puisi lama yang diberi nafas baru bagi menarik minat pembaca, khusus- nya kanak-kanak. Judul yang ter- dapat dalam siri ini ialah Pantun Peribahasa, Pantun Agama, Pantun Nasihat, Pantun Kehidupan, Pantun Dua Kerat dan Pantun Jenaka. Setiap puisi atau pantun yang ditu- lis dipersembahkan dalam bentuk gambar yang berkaitan dengan pembayang atau maksud yang ter- sirat. Buku ini diterbitkan khusus untuk bacaan tambahan modul j-QAF yang diharapkan dapat memberi- kan sumbangan ke arah meman- tapkan kemahiran dan menam- bahkan rasa cinta pembaca kepada tulisan Jawi. Puisi Menyuburkan Semangat Patriotisme 9

Transcript of Menawarkan: Festival Jawi dan Khat Peringkat · PDF filebuku skrap, dan mewarna khat. Turut...

Page 1: Menawarkan: Festival Jawi dan Khat Peringkat · PDF filebuku skrap, dan mewarna khat. Turut diadakan ialah demonstrasi ... tapkan kemahiran dan menam-bahkan rasa cinta pembaca kepada

Bil: 41 RABU, 17 OKTOBER 2007

BUKU BAHARUDALAM PASARAN

BH PILIH L1 17 emel

Festival Jawi dan KhatPeringkat Kebangsaan 2007

“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membudayakan semula

tulisan Jawi melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pen-didikan Islam bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa,” kata Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein keti-ka merasmikan Festival Jawi dan Khat Peringkat Kebangsaan 2007 di Dataran Putra, Putrajaya pada 28 September lalu.

Menurut beliau lagi, sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi penggunaan tulisan Jawi dan meneruskan kesinambungan peng-gunaan tulisan Jawi dalam kalang-an masyarakat, khususnya warga pendidik di negara ini, kementerian telah mengarahkan semua bahan bercetak bagi P&P Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi.

Tambahan pula, usaha merak-yatkan seni, warisan dan budaya bangsa ini telah diletakkan sebagai Teras Ketiga dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membina Negara Bangsa yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dalam tempoh lima tahun, 2006 hingga 2010.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Kelab Jawi dan Khat di sekolah oleh kementerian yang akan menjadi nilai tambah program Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang telah diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2005.

Program yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam ini memberikan tumpuan kepada pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.

Model pemulihan Jawi yang diperkenalkan dalam program j-QAF ini memberikan keutamaan kepada murid-murid yang belum menguasai Jawi. Setelah hampir tiga tahun program ini dilaksana-kan, kebanyakan murid-murid yang terlibat dengan program j-QAF ini telah berjaya mempertingkatkan dan menguasai tulisan Jawi dengan lebih baik.

Menurut beliau lagi, penubuhan

kelab berkenaan boleh menjadi seba-hagian daripada aktiviti luar bilik darjah atau kokurikulum. Menerusi kelab ini, program untuk merakyat-kan tulisan Jawi ini akan menjadi lebih tersusun dan terancang.

Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), YB Datuk Seri Utama

Dr. Rais Yatim, “kementeriannya akan memberikan sokongan kepada penubuhan Kelab Jawi tersebut de-ngan menyediakan beberapa modul supaya program yang dilaksanakan itu dikendalikan secara lebih teran-cang, sistematik dan mendatangkan hasil.”

Beliau, ketika memberikan reak-sinya berkata, KeKKWa akan ber-sedia meluaskan kegiatan pada peringkat masyarakat seperti pameran khas dan pertandingan tulisan Jawi.

Sepanjang festival berlangsung, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut mempamerkan buku-buku mempelajari tulisan Jawi yang ditu-lis oleh bangsa Cina yang pernah diterbitkan seawal tahun 1920-an, selain menjual buku bacaan tam-bahan yang berkaitan dengan j-QAF. Pameran yang diadakan turut disertai oleh Kaligrafi dari China, Xian Distrubtion, Yayasan Restu, Perpustakaan Negara, Kumpulan Utusan yang mempromosikan Utusan Melayu Mingguan iaitu satu-satunya akhbar dalam tulisan Jawi

di negara ini dan beberapa penerbit swasta.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival ini ialah mem-baca teks Jawi, menulis Jawi, kolaj, buku skrap, dan mewarna khat. Turut diadakan ialah demonstrasi penulisan khat oleh guru-guru, jem-putan luar dan murid Pendidikan Khas.

Festival ini telah dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid dari seluruh Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan.

SIRI madahbESTaRI

Oleh Norazlinda Misran

Kementerian akan memberikan sokongan kepada penubuhan Kelab Jawi tersebut dengan menyediakan beberapa modul supaya program yang dilaksanakan itu dikendalikan secara lebih terancang, sistematik dan mendatangkan hasil"

Datuk Seri Utama Dr. Rais YatimMenteri Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan Malaysia (KeKKWa)

MUNSYI

Marilah kita bersama-samamemartabatkan warisan bangsa kita

Tulisan Jawi telah digunakanlebih 700 tahun yang lalu

Bengkel Guru Komsas Timur

10KarnivalGemilangJawi

11

KHUSYUK: YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein dan YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim diberi penerangan tentang produk pembelajaran jawi oleh Prof. Datuk Dr. Ishak Harun pada majlis perasmian Festival Jawi dan Khat baru-baru ini.

PEMAKLUMAN

Menawarkan:

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta-nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem-bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan dan sastera kanak-kanak dan remaja. Carian pantun dan biodata penu-lis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi-hat yang meliputi peluang pener-bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener-bitan.

Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta-nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

Harga: RM5.00(setiap judul)

Siri Madah Bestari diterbitkan bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa terhadap pen-didikan Islam.

Siri ini mengetengahkan puisi lama yang diberi nafas baru bagi menarik minat pembaca, khusus-nya kanak-kanak. Judul yang ter-dapat dalam siri ini ialah Pantun Peribahasa, Pantun Agama, Pantun Nasihat, Pantun Kehidupan, Pantun Dua Kerat dan Pantun Jenaka. Setiap puisi atau pantun yang ditu-lis dipersembahkan dalam bentuk gambar yang berkaitan dengan pembayang atau maksud yang ter-sirat.

Buku ini diterbitkan khusus untuk bacaan tambahan modul j-QAF yang diharapkan dapat memberi-kan sumbangan ke arah meman-tapkan kemahiran dan menam-bahkan rasa cinta pembaca kepada tulisan Jawi.

Puisi Menyuburkan Semangat Patriotisme

9