MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi...

20
1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU TUNTUTAN Amriah Buang Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia PENGENALAN Manusia memanglah makhluk yang membikin sejarah. Namun sejarah itu tidaklah dibikin di dalam vakum. Ia dibikin di dalam suatu konteks atau gelanggang yang dipanggil ruang dan persekitaran. Ruang dan persekitaran ini merujuk secara khusus dan langsung kepada planet Bumi. Ruang dan persekitaran ini diungkapkan sebagai geografi. Di dalam bendungan ruang dan persekitaran geografi inilah manusia melangsungkan kehidupan mereka saban hari sebagai makhluk sosial. Sejarah adalah hasil jalinan dan akumulasi kehidupan harian yang dibikin di dalam bendungan ruang dan persekitaran geografi planet Bumi. Justru itu kehidupan manusia bukan sekadar terjalin di dalam matriks masa, tetapi juga di dalam matriks ruang dan persekitaran. Dengan kata lain, sejarah adalah harungan kehidupan manusia di dalam matriks ruang-masa (space-time). Kerana itu tidaklah memadai jika olahan kehidupan manusia hanya ditatar dari dimensi masa sahaja. Dimensi ruang dan persekitaran geografi perlu diketahui dan difahami kerana sejauhmana ruang dan persekitaran geografi diketahui dan difahami menentukan sejauhmana ianya dikuasai ; dan bagaimana ruang dan persekitaran geografi dikuasai oleh masyarakat yang mendiami dan mengolahnya menentukan pula corak sejarah tamadun yang dibikin oleh masyarakat tersebut. Dengan kata lain, pendidikan warga yang mengabaikan dimensi ruang dan persekitaran geografi adalah pendidikan yang pincang. IMPLIKASI KERUANGAN DAN GEOGRAFI KEHIDUPAN Geografi kehidupan adalah merujuk kepada ruang dan persekitaran planet Bumi. Ruang geografi mencakupi elemen kestrukturan ruang seperti arah, jarak, letakan (lokasi),

Transcript of MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi...

Page 1: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

1

Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran

MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU TUNTUTAN

Amriah Buang

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Manusia memanglah makhluk yang membikin sejarah. Namun sejarah itu tidaklah dibikin di dalam vakum. Ia dibikin di dalam suatu konteks atau gelanggang yang dipanggil ruang dan persekitaran. Ruang dan persekitaran ini merujuk secara khusus dan langsung kepada planet Bumi. Ruang dan persekitaran ini diungkapkan sebagai geografi. Di dalam bendungan ruang dan persekitaran geografi inilah manusia melangsungkan kehidupan mereka saban hari sebagai makhluk sosial. Sejarah adalah hasil jalinan dan akumulasi kehidupan harian yang dibikin di dalam bendungan ruang dan persekitaran geografi planet Bumi. Justru itu kehidupan manusia bukan sekadar terjalin di dalam matriks masa, tetapi juga di dalam matriks ruang dan persekitaran. Dengan kata lain, sejarah adalah harungan kehidupan manusia di dalam matriks ruang-masa (space-time).

Kerana itu tidaklah memadai jika olahan kehidupan manusia hanya ditatar dari dimensi masa sahaja. Dimensi ruang dan persekitaran geografi perlu diketahui dan difahami kerana sejauhmana ruang dan persekitaran geografi diketahui dan difahami menentukan sejauhmana ianya dikuasai ; dan bagaimana ruang dan persekitaran geografi dikuasai oleh masyarakat yang mendiami dan mengolahnya menentukan pula corak sejarah tamadun yang dibikin oleh masyarakat tersebut.

Dengan kata lain, pendidikan warga yang mengabaikan dimensi ruang dan persekitaran geografi adalah pendidikan yang pincang.

IMPLIKASI KERUANGAN DAN GEOGRAFI KEHIDUPAN

Geografi kehidupan adalah merujuk kepada ruang dan persekitaran planet Bumi. Ruang geografi mencakupi elemen kestrukturan ruang seperti arah, jarak, letakan (lokasi),

Page 2: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

2

permukaan, dan kawasan. Ia juga meliputi elemen proses ruang seperti keterpisahan, ketersampaian, mobiliti (pergerakan), pengangkutan dan perhubungan. Kesemua elemen struktur dan proses ruang ini wujud dan berlaku pada beberapa skala geografi yang berbeza seperti skala lokal, skala wilayah, skala nasional, skala rantau dan skala global. Jalinan interaksi antara struktur dan proses ruang ini membentuk apa yang diistilahkan sebagai keruangan (spatiality) kehidupan manusia .

Dengan kata lain keruangan adalah mod terimplikasinya ruang fizikal dalam pembikinan dan perjalanan kehidupan manusia di planet Bumi ini. Manusia mengolah kehidupannya di muka Bumi ini dengan menggunakan ruang. Tanpa ruang, tanpa geo, masyarakat tidak dapat wujud.

Persekitaran geografi pula mencakupi seluruh elemen fizikal dan material yang membentuk dan mencirikan planet Bumi sebagai tempat kediaman manusia. Bumi adalah sebuah sfera dan bukan suatu bintik seperti kepala jarum peniti. Ia merupakan planet terrestrial (mempunyai permukaaan pejal) ketiga dari matahari dengan keluasan 510,072,000 km2. . Ia dicirikan oleh sifat-sifat biosfera, atmosfera, litosfera, hidrosfera yang tertentu. Ia merupakan tempat kediaman bagi jutaan spesies hidupan, termasuklah manusia sebagai spesies paling dominan. Sumber galian dan hasilan biosferanya membekalkan sumberalam yang digunakan umat manusia untuk menampung kehidupan mereka. Umat manusia yang kini berjumlah lebih 7 bilion ini tergolong kepada hampir 200 negara berdaulat yang berinteraksi menerusi pelbagai kegiatan diplomasi, perjalanan, perdagangan dan ketenteraan.

Meskipun membekalkan sumber kehidupan, fitrah alam sekitar fizikal planet Bumi ini mengenakan kekangan tertentu kepada aktiviti kehidupan manusia. Antaranya ialah taburan sumberalam yang tidak sekata yang sering membawa kepada wujudnya cabaran dan konflik dalam kelangsungan hidup manusia di planet Bumi ini. Selain daripada itu, elemen dan komponen alam sekitar fizikal planet Bumi ini mempunyai fitrah dan hukum alamiahnya sendiri yang boleh membawa kepada wujudnya pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia sekiranya tidak dipatuhi. Dengan sains dan teknologi manusia boleh mempengaruhi dan menundukkan sebahagian kekangan ini tetapi masih terpaksa menaggung risiko impak negatif. Dengan kata lain, sejarah tamadun manusia pada hakikatnya adalah natijah dari interaksi mereka dengan (dan bukan bebas dari) determinisme alam sekitar fizikal planet Bumi ini.

Geografi kehidupan adalah adunan keruangan dan persekitaran fizikal planet Bumi. Di dalam kerangka adunan ruang-alam sekitar inilah masyarakat manusia melangsungkan kehidupan harian mereka. Himpunan kehidupan harian yang diharung di dalam kerangka adunan ruang-alam sekitar inilah yang membentuk sejarah tamadun masyarakat.

Ruang sebagai asas wujud masyarakat

Gempa bumi besar dan tsunami melanda Sumatera utara pada 26 Disember 2004. Akibatnya beberapa ruang geografi kehidupan telah musnah bersama dengan lebih 30,000

Page 3: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

3

penduduk asalnya. Banda Aceh sendiri boleh dikatakan telah luput dari peta dunia termasuklah kampung Gleebruk di baratdaya bandar tersebut (Gambar 1) :

Gambar 1. Banda Acheh sebelum dan selepas tsunami 2004

Pekan Leupueng di Kabupaten Aceh Besar, dekat Banda Aceh musnah sama sekali. Seramai 200 hingga 700 daripada 10,000 penduduk pekan ini terselamat. Namun, masyarakat yang selama ini mentakrifkan Leupueng telah tiada.

Begitu juga dengan pekan Teunom di Aceh Barat. Seluruh geografi pekan ini punah. Yang tinggal cuma beberapa cebisan bangunan. Seramai 8,000 daripada 18,000 penduduk pekan ini kehilangan nyawa. Namun 10,000 manusia yang terselamat itu tidak lagi mempunyai Teunom untuk meneruskan kehidupan biasa mereka sebagai masyarakt Teunom.

Begitu juga dengan pekan Meulaboh yang musnah hampir keseluruhan geografinya. Tsunami meragut 40,000 nyawa dan meninggalkan 80,000 mereka yang terselamat tanpa ruang kehidupan asal mereka.

Nasib yang sama menimpa pekan Calang di mana kemusnahan geografi dapat dilihat sejauh dua kilometer dari garis pantai . Bukit bukaunya juga turut dihanyutkan tsunami. Hanya sekitar 30 peratus daripada 12,000 penghuni pekan ini terselamat . Menteri Kebajikan Alwi Shihab dilaporkan sebagai berkata pekan ini akan di’letakkan’ semula di kawasan pedalaman. Kalau demikian, pekan dipedalaman ini adalah geografi baru;

Page 4: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

4

walaupun nama Calang dikekalkan namun masyarakat yang pernah mewujudkan Calang seperti sebelum ini telah tiada. Calang baru hanya mewakili masyarakt baru, masyarakat pasca-tsunami 2004. Masyarakat dan sejarah tamadun asal Calang telah berkubur bersama geografi kehidupan asal pra-tsunami 2004.

------------------

Negara yang hari ini dikenali sebagai Israel sebenarnya pernah wujud sejak SM 11sebagai Kerajaan Israel (Rajah 1). Bagaimanapun kerajaan asal ini telah beberapa kali ditawan oleh beberapa kuasa luar yang membawa kepada berseleraknya penduduk Yahudi di luar Eretz Israel, fenomena yang dikenali sebagai Diaspora Yahudi.

Rajah 1 . Kerajaan Israel SM 11

Diaspora Yahudi (Yiddish) ialah sejarah perselerakan masyarakat Yahudi dari Kerajaan Israel. Ia bermula pada SM722 apabila Kerajaan Israel ditakluki oleh kerajaan Babilon; diikuti oleh kerajaan Parsi pada SM 167, kerajaan Rome pada SM63 , kerajaan Byzantine pada TM 625 dan oleh kerajaan Arab Islam bermula pada TM 635. Untuk enam abad berikutnya masyarakat Yahudi telah dijajah oleh kerajaan Ummayah, Abassiyah, dan tentera salib sebelum beralih kepada empayar Uthmaniah pada TM 1516; mereka kekal di bawah pentadbiran Turki hingga penghujung Perang Dunia Pertama apabila Britain menewaskan kerajaan Uthmaniah dan menubuhkan pentadbiran tentera di Syria. Pada TM 1920 wilayah ini telah dibahagikan di bawah sistem mandat di mana kawasan yang mencakupi Israel telah dinamakan Mandat Palestin. Pada 14 Mei 1948, David Ben-Gurion, ketua eksekutif Organisasi Zionis Sedunia dan presiden Agensi Yahudi bagi Palestin mengisytiharkan penubuhan negara Israel (Eretz Israel) yang merdeka dengan tamatnya Mandat Palestin British pada 15 Mei 1948.

Page 5: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

5

Sejarah masyarakat Yahudi ialah sejarah yang dipenuhi dengan penindasan (pogrom) berupa siksaan, diskriminasi dan pembunuhan mereka sebagai sejak zaman pemerintahan Firaun di Mesir hinggalah ke zaman pemerintahan nazi Hitler di Jerman. Bandar-bandar dan rumah ibadat mereka dibakar , anak lelaki mereka dibunuh dan kegiatan ibadah mereka disekat. Meraka telah dihalau keluar dari rumah mereka pada zaman Inquisition Spanyol . Bagaimanapun, mereka bernasib baik d bawah pemerintahan Islam. Misalnya, apabila tentera Islam menguasai Jerusalem pada TM 638, mereka telah membenarkan masyarakat Yahudi beribadat dengan aman , berlainan dengan keadaan mereka semasa di bawah pemerintahan Kristian sebelum itu. Ketika masyarakat Yahudi di Eropah di landa oleh pelbagai prognon, Negara Islam sering menawarkan tempat perlindungan kepada mereka. Mereka dapat hidup bebas di Spanyol ketika Spanyol dikuasai Islam malah mencapai zaman keemasan mereka di situ. Apabila berlaku peristiwa Inquisition Spanyol, orang Yahudi melarikan diri ke bumi Islam untuk menyelamatkan diri dari buruan penguasa Kristian (Sohaib, March 25, 2008, A Brief Historical Survey of Jewish Persecution , http://www.albalagh.net/kids/history/survey_jewish_persection.shtml accessed 19 Aug. 2013).

Masyarakat Yahudi didiskriminasi kerana kepercayaan agama dan keanehan budaya mereka . Orang Kristian menyelar kepercayaan Yahudi yang menolak Nabi Isa malah percaya bahawa Nabi Isa telah dibunuh oleh orang Yahudi. Ramai juga orang lain yang tidak senang dengan keanehan budaya Yahudi. Orang politik pula sering menyalahkan Yahudi kerana masalah yang melanda masyarakat mereka. Malah banyak bandaraya utama mengasingkan kediaman puak Yahudi di ghettos yang dikhususkan bagi mereka. Ramai pula golongan aristokrat yang melihat masyarakat Yahudi sebagai mempunyai agenda tersembunyi. Yang lain seperti menganggap Yahudi sebgai bangsa yang hina. Jadi, umumnya penindasan ini dicetuskan oleh sentimen dan sebahagiannya stereotaip agama dan nasionalisma yang berterusan hinggalah ia mencapai puncaknya dengan peristiwa Holocaust iaitu pembunuhan enam juta orang Yahudi pada Perang Dunia Kedua oleh pentadbiran Hitler (Sohaib, March 25, 2008, A Brief Historical Survey of Jewish Persecution , http://www.albalagh.net/kids/history/survey_jewish_persection.shtml accessed 19 Aug. 2013).

Selepas peristiwa Holocaust penindasan terhadap bangsa Yahudi telah tiada lagi ; sebaliknya diikuti dengan penajaan penubuhan Negara Israel moden. Sebenarnya sebelum itupun ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi yang bercita-cita kembali ke bumi Israel . Malah impian kembali ke bumi Zion ini terakam di dalam kitab suci mereka sebagai tema penting dalam sistem kepercayaan Zionisme , suatu gerakan menegakkan negara Israel di bumi Israel. Mendasari gerakan ini ialah perasaan bangsa Yahudi bahawa Diaspora menyekat pertumbuhan sepenuhnya kehidupan nasional Yahudi.

Gelombang pertama migrasi kembali (Aliyah) ke Zion berlaku pada TM 1881 apabila orang Yahudi melarikan diri dari pogrom di Eropah Timur. Gelombang kedua (1904–14), bermula selepas program Kishinev membawa kembali 40,000 penduduk Yahudi ke Palestin. Gelombang ketiga (1919–1923) dan keempat (1924–1929) menambah seramai 100,000 penduduk Yahudi ke Palestin. Akhirnya gelombang kelima ekoran kebangkitan Nazisme dan meningkatnya penindasan terhadap Yahudi pada TM 1930an menyaksikan kemasukan kembali seramai suku juta Yahudi ke Palestin. Inilah punca pemberontakan Arab 1936–

Page 6: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

6

1939 yang membawa kepada Kertas Putih sekatan British terhadap imigrasi Yahudi ke Palestin pada 1939. Menjelang akhir Perang Dunia Kedua penduduk Yahudi membentuk 33% daripada jumlah penduduk Palestin.

Sekarang ini bilangan penduduk Yahudi yang terbesar seperti pada TM 2010 ialah di negara Israel modern sendiri (5,703,700), diikuti oleh Amerika Syarikat (5,275,000), Perancis (483,500), K (375,000), United Kingdom (292,000), Russia (205,000), Argentina (182,300), dan Jerman (119,000). Terdapat juga ramai penduduk Yahudi di Timur Tengah dan utara Afrika terutamanya di Iran, Turki, Moroko, Tunisia, dan Yemen. Hari ini negara Israel adalah sebuah demokrasi berparlimen di Timur Tengah di tenggara Laut Mediterranean disempadani oleh Lubnan di utara, Syria di timur laut, Jordan dan Tebing Barat di timur, Mesir dan Jaluran Gaza di barat daya, dan Teluk Aqaba di Laut Merah di selatan.

Ruang sebagai mekanisma manipulasi

Dengan memperolehi semula bumi asalnya negara Israel modern telah wujud. Bagaimanapun kewujudan kali ini bererti kesanggupan untuk wujud bersama-sama negara Palestin. Ini kerana bumi Israel moden adalah juga bumi Palestin. Malangnya Israel modern memilih untuk mengutuhkan geopolitiknya dengan melancarkan program pembangunan dan perluasan petempatan baru Yahudi dengan menggugat dan menyisihkan hak rakyat Palestin untuk hidup di bumi yang sama. Ini tentunya telah mencetuskan tentangan dari rakyat Palestin. Jadi atas nama memastikan suasana selamat bagi rakyatnya kerajaan Israel telah membina lingkaran tembuk segregasi (Rajah 2, Gambar 2).

Gambar 2. Memanipulasi keruangan kehidupan: Tembok segregasi binaan kerajaaan Israel yang menyekat dan menyukarkan mobiliti penduduk Palestin

Page 7: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

7

Rajah 2. Perluasan petempatan penduduk Israel dan lingkaran tembok segregasi

Tembok segregasi ialah tembok pemisah setinggi 8 meter (26 kaki) yang masih dalam proses pembinaan. Apabila siap nanti panjangnya berjumlah kilometres (430 batu). Ianya dibina keseluruhannya di Tebing Barat dan sebahagiannya di sepanjang Garisan Gencatan Senjata 1949 (dikenali juga sebagai Garis Hijau) yang memisahkan Israel dengan Tebing Barat. Sehingga 2012, sepanjang 439.7 km (62.1%) tembok pemisah ini telah siap dibina , 56.6 km (8%) masih dalam pembinaan dan 211.7 km (29.9%) masih belum dibina.

Israel mengatakan tembok ini mustahak untuk melindungi rakyatnya daripada serangan pengganas Palestin termasuk serangan bom berani mati yang telah begitu meningkat semasa Intifada Kedua. Menurut statistiks yang dikeluarkan oleh kerajaan Israel kejadian serangan bom berani mati ini telah menurun di Tebing Barat daripada 73 di antara tahun 2000 dan 2003 di mana 293 penduduk Israel telah mati sementara lebih 1,900 lagi cedera kepada 12 di antara 2003 dan 2006 dengan 64 kematian dan 445 kecederaan . Bilangan kematian menurun lagi kepada hanya 9 pada 2010.

Bagaimanapun, alasan keselamatan ini boleh disanggah. Menurut Laporan Shin Beit, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang diterbitkan pada awal 2005, bilangan serangan pemberontak Palestin sudah pun banyak berkurangan sejak 2005 ekoran daripada gerakan tentera dan risikan Israel semata-mata.

Page 8: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

8

Sebenarnya lingkaran tembok pemisah ini telah melepasi Garis Hijau (sempadan negara Israel mengikut garis gencatan senjata) sehingga banyak memasuki kawasan Palestin. Kerana itu tembok pemisah ini merupakan percubaan tidak sah Israel untuk mengambil tanah Palestin atas alasan menjaga keselamatan mereka . Dalam laporannya pada 2009, Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa lingkaran tembok pemisah ini telah berjaya merampas 9.5% lagi keluasan Tebing Barat milik Palestin. Tanah yang terletak di antara tembok dan Garis Hijau merupakan antara tanah yang tersubur di tebing Barat yang merupakan tempat kediaman bagi 49,400 penduduk Palestin di 38 perkampungan dan bandar.

Tembok ini juga melanggar undang-undang antarabangsa menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2004 . Dengan mewujudkan garis sempadan baru tembok ini menjejaskan sebarang rundingan damai Israel dengan Palestin. Malah tembok ini amat menyekat mobiliti penduduk Palestin yang terlibat terutama keupayaan mereka untuk bebas berjalan di dalam Tebing Barat termasuk perjalanan ke tanah pertanian pertanian mereka dan perjalanan ke tempat kerja mereka di Israel. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia Barat ( United Nations Economic and Social Commission for Western Asia - ESCWA) menaggarkan bahawa di utara Tebing Barat kira-kira 80 peratus rakyat Palestin yang memiliki tanah pertanian di sebelah sana tembok pemisah tidak diberi permit oleh penguasa Israel dan dengan itu tidak dapat mengerjakan pertanian mereka.

Selanjutnya, tembok in juga menyukarkan kesampaian penduduk Palestin kepada perkhidmatan kesihatan. Menurut Médecins du Monde, the Palestinian Red Crescent Society and Physicians for Human Rights-Israel apabila siap seluruhnya, tembok ini akan menghalang lebih 130,000 kanak-kanak Palestin daripada mendapatkan suntikan; menafikan kesampaian lebih 100,000 wanita hamil kepada rawatan kesihatan; dan melenyapkan kesampaian sepenuhnya ramai penduduk Palestin kepada khidmat kecemasan di waktu malam. Ini kerana masa 10 minit yang lazimnya diperlukan bagi ambulans untuk sampai ke hospital terdekat akan menjadi lebih 110 minit.

Kesan-kesan kemanusiaan lain daripada pembinaan tembok pemisah Israel ini terhadap penduduk Palestin termasuklah sekatan kesampaian kepada perkhidmatan pendidikan, kepada sumber air , mata pencarian, dan kemudahan budaya dan agama and ( Laporan The Humanitarian Impact of the West Bank Barrier on Palestinian Communities Bangsa-bangsa Bersatu, 2005). Malah pembinaan tembok ini boleh disifatkan sebagai jenayah apartheid kerana kesannya yang meminggirkan penduduk Palestin demi mengukuhkan pengambilan tanah mereka untuk perluasan petempatan pendudk Israel ( Ahmad Hajihosseini, Observer for the Organization of the Islamic Conference (OIC). Dengan kata lain Israel memanipulasi ruang sebagai mekanisma meluas dan mengukuhkan negaranya.

-------------------------

Kes pembinaan loji memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Malaysia menampilkan satu lagi contoh bagaimana ruang dimanipulasi untuk menangani cabaran tertentu dalam kehidupan.

Page 9: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

9

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan. Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Rajah 3. Lokasi-lokasi penting dalam operasi Lynas Corporation, Ltd.

Lynas Corporation, Ltd. ialah sebuah syarikat perlombongan nadir bumi (rare earths) Australia yang tersenarai di Bursa Saham Australia . Ia mempunyai dua operasi: satu berupa loji dan konsentrasi perlombongan di Mount Weld, Western Australia, dan satu lagi kilang penapis nadir bumi terbesar di dunia yang dikenali sebagai Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, dekat Kuantan, Pahang, Malaysia (Rajah 3). Kilang ini akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada Malaysia kerana tidak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini. Permintaan untuk bahan ini dijangka tidak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara.

Lokasi Lynas Corporation, Ltd. di Gebeng ini telah dipilih kerana tapak ini mempunyai segala sumber yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti penapisan pada kos yang lebih rendah daripada di Australia Barat . Tambahan pula kerajaan Malaysia telah

Page 10: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

10

memberikan taraf perintis yang bererti ia terkecuali daripada cukai selama 12 tahun. LAMP dijadualkan memulakan operasi pada 2012.

Bagaimanapun, sejak March 2011, LAMP telah mencetuskan tentangan ribuan masyarakat lokal ( Gambar 3) sehingga menjadi isu nasional di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang tidak sanggup menjadikan Malaysia penerima sisa toksik Australia. Ini adalah ekoran kejayaan ahli parlimen dari Parti Hijau Australia, Robin Chapple, menggagalkan percubaan Lynas Corp sebelum ini untuk membawa pulang sisa radioaktif dari penapisan nadir bumi di Malaysia ke Australia Barat. Beliau telah menggunakan Akta Western Australia Nuclear Waste Storage (Prohibition) Act 1999 yang melarang pengimportan sisa radioaktif ( Stephanie Sta Maria of fz.com | The Edge Malaysia – Sun, Sep 16, 2012 http://my.news.yahoo.com/australian-mp-lynas-prohibited-importing-022124021.html).

Gambar 3. Ribuan rakyat Malaysia memprotes kehadiran kilang menapis nadir bumi Lynas

Kandungan bahan radiaktif Thorium dari concentrate nadir bumi yang diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan. Ini bererti dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan oleh LAMP di Gebeng itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan setahun. Lokasi LAMP adalah terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16,700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang.

Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka

Page 11: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

11

terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi. Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Pengalaman Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah, Perak dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou, Mongolia, terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Bagaimanapun, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd. telah diberi lesen operasi sementara pada 19 Disember 2012 meskipun persatuan Save Malaysia Stop Lynas telah mengemukakan rayuan bantahan atas alasan syarikat itu tidak mempunyai rancangan pengurusan sisa toksik jangka panjang yang sempurna. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun.

Tarikh 3 Julai 2013 menandakan genap 10 bulan Lynas diberi TOL. Antara syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom – AELB (Atomic Energy Licensing Board) – semasa tempoh TOL, sisa buangan hendaklah dibawa keluar dari negara, dan setelah 10 bulan pihak Lynas wajib menyatakan tempat lokasi Pusat Pelupusan Kekal (Permanent Disposable Facility – PDF) sisa buangan toksik dan radioaktif -nya. Sehingga kini, Lynas yang telah pun beroperasi dan dipercayai sudah menghasilkan sisa buangan, tidak memberi berita mengenai proses membawa keluar sisa buangannya. Ini menunjukkan tiadanya ketelusan tentang proses membawa keluar sisa buangan tersebut.

Hanya pada 22 Julai 2013, pihak kerajaan mengumumkan melalui media akan tempat PDF tersebut, iaitu di Gebeng. Kenyataan ini menimbulkan kebimbangan kerana – Gebeng terdedah kepada musim tengkujuh tahunan, dan ini boleh menyebabkan peresapan (leeching) sisa buangan ke sumber air bawah tanah, sungai dan sebagainya. Ia boleh mengundang krisis kesihatan penduduk sekitar. Penjelasan yang komprehensif mengenai keselamatan PDF di Gebeng masih belum dikemukakan oleh pihak berwajib.

Pihak berwajib juga tidak memberikan penjelasan yang meyakinkan tentang bagaimana proses kitar semula akan dilakukan dan tahap keselamatan produk kitar semula tersebut. Konsep melumpuhkan (immobilization) bahan radioaktif pada produk kitar semula sisa

Page 12: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

12

buangan mengundang pelbagai lagi persoalan. Sebagai contoh, memandangkan jangka hayat bahan radioaktif daripada sisa buangan mencecah berbilion tahu siapakah yang boleh menjamin bahawa bahan radioaktif pada produk kitar semula itu akan kekal lumpuh pada jangka masa yang begitu lama?. Isu-isu lain yang masih kabur termasuklah kebertanggung-jawaban (accountibility) dan kos apabila Lynas tidak lagi beroperasi di Gebeng, dan ketelusan pihak kerajaan mengenainya.

Ruang sebagai penyebar impak

Sungai Klang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor ke Selat Melaka. Panjang sungai ini kira-kira 120 kilometer dan menyalirkan lembangan seluas 1,288 kilometer persegi (Rajah 4). Sungai Klang mempunyai 11 cawang sungai utama yang bersambung dengan Sungai Gombak. Aktiviti kehidupan lebih 4 juta penduduk di lembah Klang menyebabkan sungai ini tercemar dan pembangunan pesat telah menyempitkan sebahagian sungai.

Rajah 4. Sungai Klang dan lembangannya

Sungai Klang ketika ini berada di kelas III dan IV iaitu dalam kategori tercemar menurut klasifikasi Jabatan Alam Sekitar (Rajah 5, Gambar 4 dan 5). Kadar sampah di Sungai Klang (Gambar 4) yang dicatatkan pada 2012 ialah 77,000 tan setahun. Dengan projek River of Life (RoL) yang dilancarkan pada bulan Julai 2011,kadar sampah ini dijangka telah dapat mengurangkan sebanyak 50,000 tan setahun melalui pelbagai langkah termasuk pemasangan perangkap sampah selain program kesedaran awam (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/01/kepesatan-pembangunan-punca-sg-klang-tercemar/).

Page 13: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

13

Rajah 5. Kualiti air Sungai Klang

Page 14: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

14

Gambar 4. Kualiti air Sungai Klang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur

Gambar 5. Pencemaran sampah di bahagian petempatan bandar Sungai Klang

---------

Bermula 13 Jun 2013 jerubu telah melanda beberapa negara Asia tenggara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand (Gambar 6) . Menjelang 21 Jun di Brunei Belait mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Standard ( PSI) setinggi (98), diikuti oleh Temburong (94), dan Tutong (92). Bacaan PSI di Dumai, Indonesia mencecah 492. Di Malaysia Melaka mencatatkan bacaan PSI sebanyak 137, Muar 746, Pelabuhan Klang 487, Port Dickson 335. Singapura mencatakant bacaan 401. Di selatan Thailand Narathiwat mencatatkan bacaan 129. Semua bacaan ini bukan saja melangkaui paras rendah dan

Page 15: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

15

Gambar 6. Rakaman satelait NASA yang menunjukkan liputan jerebu di nusantara

sederhana ( PSI 0-51) tetapi juga merupakan paras terburuk yang pernah di alami sebelum ini (Gambar 7,8). Pada 25 Jun President Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono memohon maaf secara rasmi kepada Malaysia dan Singapura sehingga demi mengelakkan terjejasnya hubungan baik dengan Singapura.

Gambar 7. Bandaraya Singapura sebelum dan pada 21 Jun 2013

Gambar 8. Bandaraya Kuala Lumpur sebelum dan pada 21 Jun 2013

Page 16: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

16

Ini kerana Sumatera merupakan punca pencemaran jerebu ini. Misalnya, pada 19 Jun, satelait NASA Terra and Aqua telah merakamkan imej bakaran hutan di Sumatra yang ditiup angin ke selatan Malaysia dan Singapura . Menjelang 21 Jun sebanyak 437 titik panas (hotspots) telah dikesan oleh satelait ini di Sumatra; menjelang 24 Jun bilangan titik panas ini berjumlah lebih 9,000 yang 8,000 daripadanya terletak di Riau (Rajah 6). Seperti yang diakui sendiri oleh pegawai tempatan Indonesia, punca jerubu ialah 3,000 hektar tanah gambut di Bengkalis Regency, Riau yang telah dibakar oleh pihak tertentu mulai 9 Jun (http://en.wikipedia.org/wiki/2013_Southeast_Asian_haze). Kebanyakan titik panas ini adalah milik syarikat-syarikat ladang kelapa sawit atau pekebun kecil yang membekalkan minyak sawit kepada syarikat-syarikat berkenaan yang menggunakan kaedah tradisional tebang-dan-bakar (slash-and-burn) dalam menyediakan kawasan tanaman sawit pada kos yang rendah. Ironisnya, kebanyakan ladang kelapa sawit ini adalah milik syarikat perladangan Malaysia dan Singapura sendiri (http://www.ibtimes.com/indonesia-claims-sumatra-forest-fires-caused-errant-slash-burn-farming-malaysian-singapore-palm-oil).

Sumber : Singapore National Environment Agency

Rajah 6. Titik panas penanda jerebu Jun 2013

Minyak sawit memang merupakan komoditi eksport utama Malaysia dan Indonesia. kedua-dua Negara ini menghasilkan sekitar 45 juta tons setahun atau 85 peratus keluaran minyak sawit dunia (Risk.net). Pada harga USD750 se tan industri ini menyumbangkan USD 42.3 billion kepada ekonomi Malaysia dan Indonesia pada 2012 dan punca pendapatan kepada 4.5 juta penduduk mereka ( World Wide Fund for Nature Singapore).

Bagaimanapun, proses penanaman pokok sawit kini semakin menjadi isu kerana melibatkan teknik pembakaran hutan destruktif yang mengakibatkan kejadian jerebu seperti yang berlaku pada bulan Jun 2013. Teknik tradisional tebang-dan-bakar (slash-and-burn) dikatakan berkesan dalam meningkatkan kesuburan ladang; tetapi apabila ianya dilakukan di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar seperti di Sumatera maka kebakaran hutan

Page 17: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

17

boleh merebak di bawah tanah dan menyukarkan kerja pemadamannya. Industri ini kini digesa agar menggunakan teknik penyediaan kawasan tanaman yang lebih lestari memandangkan terdapat teknik mesra alam yang cuma meningkatkan kos pengeluaran sekitar satu peratus saja (http://www.ibtimes.com/indonesia-claims-sumatra-forest-fires-caused-errant-slash-burn-farming-malaysian-singapore-palm-oil).

-----------

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain (Rajah 7) . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja. Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/File:Projected_change_in_annual_mean_surface_air_temperature_from_the_late_20th_

century_to_the_middle_21st_century,_based_on_SRES_emissions_scenario_A1B.png

Rajah 7. Unjuran perubahan min tahunan suhu permukaan dari akhir abad ke 20 hingga pertengahan abad 21

Page 18: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

18

Dengan peningkatan paras laut Kesan pemanasan global ialah pencairan salji dan ais dunia yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan paras laut setinggi 7.0 meter. Dengan peningkatan paras laut seperti ini kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kajian Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18 (Rajah 8). Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Rajah 8. Perubahan suhu dunia dan punca pelepasan kaban duoksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005. Menjelang 2099 kadarnya dijangka meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan.

MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI

Kerana kehidupan manusia di planet Bumi ini adalah kehidupan yang berfitrahkan keruangan dengan segala implikasinya, maka menatar kebijaksanaan geografi tentunya merupakan suatu keperluan dan tuntutan. Maksud kebijaksanaan ini bukanlah setakat mengetahui tentang fakta-fakta keruangan hidup seperti lokasi, arah, jarak, kejauhan, ketersampaian dan fakta-fakta persekitaran seperti sumber alam, bencana alam, dan kualiti alam sekitar, tetapi juga cukup mengerti akan implikasi-implikasi penting dan fundamental dari fakta keruangan dan persekitaran sehingga berupaya mengemudi dan mengurus

Page 19: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

19

kehidupan dengan lebih baik lagi. Dengan kata lain, penataran kebijaksanaan geografi adalah penataran kecerdikan geografi yang menuntut anjakan keadaan pendikan warga daripada sekadar bersifat ‘geographically informed’ (bermaklumat geografi) kepada ‘geographically literate’ ( celik geografi) dan ‘geographically sensitised’ (peka geografi).

Wajar dan peri pentingnya penataran kebijaksanaan geografi dapat dilihat dari trend hakikat yang semakin membimbangkan seperti menurunnya pengetahuan warga mengenai fakta-fakta asas geografi ( contoh: jika telah ke New York ertinya telah ke Amerika Syarikat; jika ke Kelantan ertinya mengarah ke pantai timur Semenanjung) , dan rendahnya tahap kesedaran mereka terhadap isu-isu alam sekitar (contoh: hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia dianggarkan prihatin kepada isu-isu alam sekitar).

Tanpa penataran kebijaksanaan geografi bererti masyarakat mengambil risiko membikin masa depan dalam kejahilan geografi; kejahilan yang boleh membawa kepada bukan saja kelemahan dalam penguasaan pengurusan kehidupan itu sendiri tetapi juga keterancaman kewujudan masyarakat itu sendiri.

KESIMPULAN

Penataran kebijaksanan sejarah perlu dipertahankan kerana pembikinan kehidupan masa silam mempengaruhi pembikinan kehidupan masakini. Ia tidak berlaku dalam vakum masa. Penataran kebijaksanan geografi dituntut kerana pembikinan kehidupan masakini tidak berlaku dan berlangsung dalam vakum ruang tetapi dalam kedinamikan kerangka ruang dan persekitaran khusus planet Bumi. Kerangka ini tidak luput meskipun internet dan teknologi komunikasi telah menghapuskan sebahagian geografi kehidupan (interaksi dan transaksi maklumat). Bahagian terbesar kehidupan masih berlangsung dalam medan geografi planet Bumi. Selagi ini benar maka selagi itulah penataran kebijaksanaan geografi diperlukan dan dituntut oleh kehidupan.

RUJUKAN

http://en.wikipedia.org/wiki/2013_Southeast_Asian_haze

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/01/kepesatan-pembangunan-punca-sg-klang-tercemar/

http://www.ibtimes.com/indonesia-claims-sumatra-forest-fires-caused-errant-slash-burn-farming-malaysian-singapore-palm-oil)

Sohaib, March 25, 2008, A Brief Historical Survey of Jewish Persecution , http://www.albalagh.net/kids/history/survey_jewish_persection.shtml accessed 19 Aug. 2013

Stephanie Sta Maria of fz.com | The Edge Malaysia – Sun, Sep 16, 2012 http://my.news.yahoo.com/australian-mp-lynas-prohibited-importing-022124021.html

Page 20: MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI …...1 Persidangan Pelestarian pemikiran dalam pendidikan geografi dan sejarah – Isu dan cabaran MENATAR KEBIJAKSANAAN GEOGRAFI KEHIDUPAN – SUATU

20

World Wide Fund for Nature Singapore