Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika...

20

Transcript of Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika...

Page 1: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif
Page 2: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif
Page 3: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan

Norin Hassan Edisi kedua

Page 4: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Norin Hassan

e-mel: [email protected]

laman web: www.payhip.com/rinhuda

© 2015 Norin Hassan

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk

lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya

tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Edisi kedua, 2015

ISBN 978-0-646-93507-2

Page 5: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Bingkisan dari penulis x

Abstrak xiii

Taska, tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak sebagai model xix MEMBINA PERNIAGAAN xix

PERANCANGAN PERNIAGAAN xxiv

BAB 1

Pengenalan 1 BAB 2

Kecerdikan emosi 8 BAB 3

Karekteristik ideal yang akan membawa kejayaan 17 BERKEPERBADIAN SEBAGAI USAHAWAN 18

Attitiud (perangai atau sifat) yang Positif 18

Berani dan Bersedia untuk Menghadapi Cabaran 18

Tekun (persistence), Bersemangat Kental dan Jitu 18

Inovatif dan Mempunyai Pemikiran yang Kreatif 19

Fokus 19

Dedikasi dan Memberikan Sepenuh Komitmen 19

Berfikiran Terbuka 20

Semangat Bersaing ke Arah Kecemerlangan 20

Mempunyai Motivasi Diri yang Tinggi dan Sentiasa Bersyukur 21

Optimis 21

Berpengetahuan dan Sentiasa Peka kepada Perkembangan Semasa 22

Mempunyai Sikap Kepimpinan 22

Bertanggungjawab dan Mempunyai Integriti yang Tinggi 23

Arif Berinteraksi dan Mempunyai Pengawalan Diri yang Tinggi 23

"iii

Kandungan

Page 6: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Networking 24

BAB 4

Perkara asas dalam penubuhan taska, tadika dan pusat jagaan 25 ANALISIS PASARAN 25

Penyiasatan Pemasaran 25

PEMILIHAN TAPAK, MERANCANG FASILITI DAN PROSES MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA AGENSI KERAJAAN YANG BERKAITAN 28

Pemilihan Tapak atau Lokasi 28

PENUBUHAN TADIKA 31

Jabatan Pendidikan 31

Jabatan Bomba 36

Jabatan Kesihatan 39

Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran (Pihak Berkuasa Tempatan) 41

PENUBUHAN TASKA 42

PUSAT ASUHAN 46

BAB 5

Perancangan ruang dan kemudahan 48 TADIKA 48

Bilik Darjah 48

Ruang Pejabat 48

Tandas 48

Pantri atau Dapur 49

Ruang Makan 49

Ruang Aktiviti Dalaman 50

Ruang Aktiviti Luar 58

Stor 60

Bilik Sakit atau Rehat 60

PUSAT JAGAAN ATAU TASKA 60

BAB 6

Menubuhkan organisasi 65 PENGAMBILAN STAF 65

"iv

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA

Page 7: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Iklan Kerja 70

Huraian Kerja dan Skim Perkhidmatan 70

PEMBAHAGIAN TUGAS 73

Kumpulan Staf 75

MENYEDIAKAN TEMPAT KERJA YANG SELAMAT 81

PUJIAN TIP KE ARAH KEJAYAAN 84

LAYANLAH STAF SEBAGAI KAWAN 85

BAB 7

Perancangan perniagaan 87 MEMBINA PENAMPAN KEWANGAN 88

Ekuiti 88

Simpana 89

Bajet 89

Kad Kredit 89

Kad Stor 89

Overdraf 90

Kereta 90

Analisis Kos Kegunaan 90

KANDUNGAN PERANCANGAN PERNIAGAAN 91

Pendahuluan 91

Sejarah Perniagaan 92

Pasaran 92

Jenis Perkhidmatan 93

Penyata Kewangan 94

Strategi Pemasaran 105

BAB 8

Pemasaran 108 ANALISIS PEMASARAN 109

DOKUMEN OBJEKTIF DAN STRATEGI PEMASARAN 111

Objektif 111

Objektif Kewangan 112

"v

KANDUNGAN

Page 8: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Analisis Pasaran 112

Perkhidmatan yang Ditawarkan 113

Persaingan 113

Kedudukan (Positioning) 113

Strategi Komunikasi 113

Nama dan Logo Perniagaan 115

Belanjawan 116

Masa dan Frekuensi 116

Pengiklanan 118

Strategi Promosi 119

BEBERAPA INSIDEN SEBAGAI PENGAJARAN 129

Lawatan Pelanggan pada Kali yang Pertama 132

RINGKASAN LANGKAH-LANGKAH DI ATAS YANG BOLEH DIINTEGRASIKAN BAGI MENDAPAT PELANGGAN BAGI JANGKA MASA TERTENTU 135

KEJAYAAN MENANTI ANDA 137

BAB 9

Proses pendaftaran 138 KOMUNIKASI TELEFON 139

STRUKTUR YURAN 139

PAKEJ PENDAFTARAN 140

Surat Aluan 140

Borang Pendaftaran 141

Polisi dan Peraturan Am 141

Rekod Kesihatan dan Surat Kebenaran Rawatan (Jika Perlu) 142

PAKAIAN SERAGAM 142

BUKU-BUKU DAN PERALATAN 144

BUAH TANGAN 145

DEKORASI DAN PERALATAN 145

BAB 10

Idea bagi menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan lama 147

KEPELBAGAIAN PERKHIDMATAN SAMPINGAN DAN SENTIASA MEMPERKENALKAN

"vi

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA

Page 9: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

PROGRAM BARU 148

MENANGI PELANGGAN MENERUSI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI 149

MENANGI PELANGGAN MENERUSI FLEXIBILITY 150

MENANGI PELANGGAN DENGAN MEMBERI LEBIH DARIPADA YANG MEREKA HARAPKAN 153

MEMPELAWA PELANGGAN MEMBERI MAKLUM BALAS DI ATAS PERKHIDMATAN YANG ANDA TAWARKAN SAMA ADA YANG POSITIF ATAU NEGATIF 154

IMEJ PERNIAGAAN 158

KUPON DISKAUN 162

LAYANLAH PELANGGAN SEBAGAI KAWAN 162

BAB 11

Sistem pentadbiran 166 DOKUMENTASIKAN SISTEM ANDA SEBAGAI MANUAL PERNIAGAAN 166

STRUKTUR ORGANISASI 170

SISTEM PERAKAUNAN 172

Prosedur Piawaian Menyediakan Akaun Pelanggan (Standard Operating Procedure for Customer Accounts - SOP) 174

Invois Pelanggan 174

Surat Meminta Hutang 175

PENGURUSAN DARI HARI KE HARI 176

Harian 176

Mingguan 177

Bulanan 178

Setengah Tahun 178

Tahunan 185

POLISI 187

Polisi Peraturan Am 188

Polisi Kebersihan dan Mengelakkan Penyakit Berjangkit 188

Polisi Keselamatan Kanak-kanak 189

BAB 12

Perkara-perkara yang membolehkan anda berkembang dan makmur 191

"vii

KANDUNGAN

Page 10: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

PERPUSTAKAAN 193

Ruang Tambahan 195

Memupuk Sikap Suka Membaca 196

Melalui Penggunaan Ruang yang Maksimum akan Meningkatkan Pulangan 196

Ke Arah Memupuk Sikap Positif ke Dalam Komuniti 196

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah bagi Memenuhi Masa Kanak-kanak 197

MEMPELBAGAIKAN KEMUDAHAN DAPUR PUSAT JAGAAN ANDA 197

Mengambil Pesanan Makanan daripada Pengunjung Perpustakaan 198

Perkhidmatan Tambahan kepada Ibu Bapa yang Sibuk 198

BERKEBUN UNTUK KEPERLUAN PUSAT JAGAAN ANDA 199

Pelajaran Sains 201

Merangsang Perkembangan Emosi 201

Memahami Proses Biologikal 202

Mempelajari Kepentingan Asas Agronomi 202

Meningkatkan Keyakinan di Atas Kebolehan Diri Sendiri 203

Selamat dan Berkhasiat 203

Mudah dan Murah 203

Memperkenalkan Nature kepada Kanak-kanak 204

MEMBELI-BELAH UNTUK PUSAT JAGAAN ANDA 204

Mendapat Peralatan Secara Percuma 205

Win-win Situation 205

Mengambil Peluang 205

Semangat Bersaing bagi Kejayaan 206

MEMBELI LAMPIN PAKAI BUANG DARIPADA PENGELUAR ATAU PENGILANG 207

Win-win Situation 207

Menjimatkan Masa 207

FRANCAIS 208

TERUSKAN BERJAYA! 208

Lampiran 211

"viii

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA

Page 11: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif
Page 12: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Bingkisan dari penulis

Jadikan impian suatu kenyataan, segalanya adalah mungkin!

Di manakah anda akan berada pada lima tahun yang akan datang? Ini

adalah soalan kepada anda. Kemungkinannya anda telah pun sedia berada

dalam pemikiran berkemungkinan (possibility thinking) itu jika

jawapannya, ya! Ia adalah tanda positif dan saya berharap agar buku ini

akan menolong membawa impian anda ke arah realiti, tidak kira apa jua

bidang yang anda ingin ceburi, ia adalah mengandungi perkara asas

mengenai perniagaan yang boleh diadaptasi mengikut keadaan semasa

anda. Ia adalah intipati perniagaan yang telah saya alami dan kadangkala

dimantapkan intisarinya melalui pembacaan dan teori perniagaan daripada

tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya.

Salah satu daripada keistimewaan kita sebagai manusia ialah

berkebolehan untuk merancang. Tetapi malangnya ramai yang tidak

menggunakan kebolehan ini dan melepaskan peluang begitu saja dan

menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain atau keadaan bagi

menentukan masa depan kita. Bagi anda yang beragama Islam, kita

mempercayai qadak dan qadar yang menjadi salah satu daripada Rukun

Iman, pengertiannya, setiap yang berlaku itu ada sebab dan musababnya

(cause and effect). Kita tidak boleh hanya menunggu tetapi berkebolehan untuk

"x

Page 13: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

memilih dan berusaha ke atas setiap perkara yang diinginkan secara

bersungguh-sungguh dahulu, kemudian setelah berusaha, barulah kita

berserah kepada Allah.

Apakah yang sedang anda terfikirkan sekarang ini? Adakah anda

berfikir untuk mengambil sijil-sijil tertentu, mendapatkan ijazah dalam

bidang yang diminati, mula menghantar resume kepada organisasi yang jauh

di sudut hati, anda ingin bekerja dalam organisasi tersebut, atau ingin

memulakan perniagaan?

Walau apa pun yang terjadi, masa depan akan terus datang dan kita

tidak akan dapat menyekatnya walau sesaat. Anda juga perlu ingat bahawa

untuk menerima, kita perlu rela memberi dahulu. Apa yang ingin anda

capai selalunya mengambil masa, sama ada anda ingin mengambil langkah

yang pertama ke arah mencapainya sekarang dan menikmati hasilnya dalam

masa yang terdekat ini, atau anda masih lagi menyimpannya jauh di sudut

hati dan meletakkan matlamat tersebut untuk lima tahun yang akan datang

baru anda ingin memikirkannya semula? Jangan terlewat, keputusan yang

ditangguh selalunya akan terkubur begitu saja, dan jangan biarkan anda

terus statik tidak beranjak, menyerahkannya kepada keadaan dan nasib baik

yang jarang berlaku.

Anda mesti mengambil keputusan sekarang, di manakah anda ingin

berada lima tahun yang akan datang? Mimpikan kemungkinan-

kemungkinannya. Pasangkan niat anda, diikuti dengan membuat keputusan

dan mengambil tindakan. Pindahkan tenaga negatif anda dengan

memikirkan perkara yang positif. Gunakan tenaga potensi yang berada

"xi

BINGKISAN DARI PENULIS

Page 14: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

dalam setiap jizim diri anda dengan aktiviti tindakan yang akan membawa

kepada matlamat yang ingin dicapai. Bayangkan dalam fikiran, jika anda

dapat memperoleh apa yang diinginkan, bagaimanakah keadaannya?

Bagaimanakah bunyinya? Bagaimanakah baunya? Dan bagaimanakah

rasanya? Dengarlah gerak hati anda, dan tarik nafas dengan tenang, lihatlah

masa depan anda dan alamilah saat itu.

“Dream lofty dreams, and as you dream, so shall you become. Your vision is the promise of what you shall one day be; your ideal is the prophecy of what you shall at last unveil.” - James Allen (Petikan daripada buku, As A Man Thinketh)

Keluarlah sekarang, dan jadikan impian itu suatu kenyataan. Pastikan

ia realiti untuk keluarga anda, pastikan ia berlaku untuk masyarakat

sekeliling dan yang pentingnya pastikan ia pencapaian peningkatan untuk

diri anda sendiri. Itulah masa depan anda. Bertindak sekarang!

"xii

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA

Page 15: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Abstrak

“The way to do things is to begin.” - Horace Greeley

Impian yang diiringi dengan semangat, keberanian, keyakinan, pelan dan

strategi yang teratur akan membawa kejayaan yang maksimum!

Kebanyakan daripada kita bercita-cita untuk membuka perniagaan.

Sesetengah daripadanya membiarkan impian tersebut terbenam jauh di

sudut hati kerana beberapa faktor seperti kekurangan modal, kekurangan

kemahiran, tidak yakin dengan diri sendiri dan banyak lagi. Bekerja sendiri

sebenarnya memberikan anda lebih kebebasan dan mendorong anda untuk

lebih berdisiplin dalam peningkatan diri sendiri. Anda bebas daripada

bergantung kepada gaji bulanan, bebas dari segi masa iaitu bukan lagi

tertakluk kepada waktu kebiasaannya makan gaji selama lapan jam. Dengan

kata lain, anda mempunyai your own sweet time untuk bekerja. Perniagaan

yang diceburi itu akan memberikan gambaran bagaimanakah sebenarnya

sikap anda sebagai pengusaha yang menerajui perniagaan tersebut. Banyak

atau sedikit pulangan yang diperolehi, maju atau tidak perniagaan adalah

bergantung kepada diri anda.

Walau bagaimanapun, membina perniagaan yang berjaya dan

mampu bertahan lama adalah tidak semudah yang disangka. Mengikut

"xiii

Page 16: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Michael E. Gerber dalam bukunya The E-Myth (1995), lebih daripada sejuta

orang yang memulakan berbagai-bagai jenis perniagaan dalam setahun di

Amerika Syarikat. Statistik menyatakan bahawa pada penghujung tahun, 40

peratus akan terkeluar daripada perniagaan mereka! Manakala dalam masa

lima tahun, lebih 80 peratus daripada mereka akan gagal dalam perniagaan

yang diceburi.

Statistik di Australia pula mendapati bahawa salah satu daripada dua

individu yang memulakan perniagaan tidak akan dapat bertahan sehingga

ulang tahun yang kedua penubuhan perniagaan mereka, manakala 75

peratus perniagaan akan gagal dalam masa tiga tahun yang pertama.

Mengapakah ini terjadi? Apakah pengajaran yang boleh kita ambil

daripada statistik tersebut? Daripada persoalan di atas juga mendorong saya

untuk menulis buku ini dengan harapan akan dapat memberikan panduan

kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Saya

memfokuskan kandungan buku ini mengenai perniagaan taska, tadika dan

pusat asuhan kanak-kanak adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri

dalam perniagaan tersebut.

Langkah pertama adalah sangat penting dalam perniagaan. Jika anda

berminat menceburi bidang perniagaan, mulakan langkah pertama anda,

kumpulkan keberanian dan tetapkan tarikh bilakah perniagaan itu akan

bermula?

Jika keputusan telah anda buat, langkah seterusnya akan menjadi

lebih teratur. Anda akan mula merancang dan membentuk strategi

bagaimanakah untuk menjayakan cita-cita tersebut. Mulakan dengan

"xiv

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA

Page 17: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

menilai jauh ke dalam diri anda sendiri. Apakah kemahiran, bakat atau

kebolehan yang anda ada? Jika rasanya belum mencukupi, bagaimanakah

akan anda dapati ilmu atau kemahiran tersebut, berapa lama masa untuk

mendapatkan kemahiran tersebut? Kewangan, sokongan, agensi yang

terbabit dengan perniagaan yang bakal anda ceburi seperti pelesenan dan

sebagainya. Tuliskan perkara yang berkaitan dan langkah yang perlu

diambil. Sekurang-kurangnya untuk rujukan diri sendiri kelak.

Kadangkala kita menceburi perniagaan kerana peluang yang wujud

pada masa tersebut. Saya memulakan perniagaan kerana ingin bekerja

sendiri dan mendapat pendapatan, untuk mempertingkatkan kemahiran

atau kebolehan dan saya juga akan dapat memberikan perhatian kepada

keluarga. Berbekalkan Ijazah Bacelor Sains Hortikultur, saya memulakan

kerjaya sebagai Horticulturist. Saya sangat meminati bidang tersebut tetapi

apabila mendapat cahaya mata yang pertama, kesukaran untuk mendapat

pembantu rumah yang sesuai dan perasaan keibuan yang mendalam serta

tidak mahu membiarkan anak saya membesar di tangan pembantu rumah,

saya mengambil keputusan berhenti bekerja. Walau bagaimana, selepas

daripada tahun yang pertama saya mula berfikir perlu melakukan kerja-kerja

yang lebih bermakna untuk pembangunan diri sendiri, keluarga dan

masyarakat setempat.

Kebetulan kami baru berpindah ke kawasan perumahan baru yang

kekurangan segala kemudahan. Saya tahu bahawa banyak peluang

perniagaan di kawasan perumahan baru, terutamanya jika kita adalah

antara penduduk yang terawal mendiami kawasan perumahan tersebut.

Ketika anak saya berumur setahun lebih, beliau akan memanjat pagar

"xv

Page 18: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

rumah apabila melihat kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana ingin

berkawan. Saya menghantar beliau ke tadika yang berhampiran untuk

membolehkan beliau bergaul dengan kanak-kanak lain, tetapi kemudian

menukarkan ke taska yang lain apabila mendapati beberapa kelemahan dan

persekitarannya adalah tidak sesuai untuk perkembangan anak saya. Begitu

juga di tempat kedua ini, saya merasakan tidak puas hati dan merasakan

banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Bermula daripada itu, saya merasakan bahawa di kawasan kediaman

tersebut memerlukan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang bertindak

sebagai rumah kedua dan menitikberatkan sukatan pelajaran yang

merangsang segala aspek perkembangan kanak-kanak di samping mendapat

perhatian, kasih sayang serta pemakanan yang berkhasiat untuk tumbesaran

mental dan fizikal mereka.

Saya menetapkan masa selama setahun untuk melengkapkan diri

dengan pengetahuan yang perlu saya tahu bagi menjalankan perniagaan

tersebut. Dalam enam bulan yang pertama, saya menghadiri kursus jangka

pendek sama ada yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun swasta.

Membaca buku-buku yang berkaitan. Menghubungi agensi kerajaan yang

terlibat untuk mendapatkan kebenaran atau lesen. Manakala bagi enam

bulan yang kedua, saya membuat perancangan perniagaan yang lebih

terperinci bagaimana saya akan beroperasi, mereka bentuk borang, surat

menyurat, polisi dan strategi pemasaran.

Kepada pembaca yang berminat untuk menceburi perniagaan taska,

pusat asuhan dan tadika, saya berharap buku ini akan dapat

"xvi

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA

Page 19: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

mempercepatkan proses pembinaan perniagaan tersebut kerana anda tidak

perlu lagi bermula daripada scratch, ambil idea daripada pengalaman yang

telah saya lalui, gunakan borang-borang, surat menyurat tertentu jika anda

suka atau ubah suai mengikut keperluan perniagaan anda. Ikuti nasihat dan

langkah-langkah yang perlu diambil, saya yakin segala urusan terutama yang

berkaitan agensi kerajaan akan dapat anda selesaikan dengan segera.

Sebahagian penulisan dalam buku ini menggunakan dokumen

berbahasa Inggeris. Saya mengambil pendekatan ini kerana kebanyakan

dokumen yang dipaparkan adalah berasaskan pengalaman sebenar saya

ketika menjalankan perniagaan ini. Kebiasaannya jika saya berurusan

dengan agensi kerajaan, saya akan menggunakan bahasa Melayu, manakala

jika saya berurusan dengan pihak swasta, contohnya akauntan, pengedar

buku, permainan, perunding dan sebagainya saya akan menggunakan

bahasa Inggeris. Begitu juga jika saya berurusan dengan pelanggan iaitu ibu

bapa, nota yang ditulis dalam bahasa Inggeris akan memberikan impak yang

lebih baik dan sesetengah ibu bapa golongan profesional yang pelbagai

bangsa akan lebih yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat

kami. Jika anda baru memulakan perniagaan, buntu mencari idea bagi

mereka bentuk borang tertentu, surat-menyurat dan sebagainya, anda boleh

membuat salinan fotokopi borang terus dari buku ini. Kemudian menambah

perkara-perkara tertentu seperti nama pusat anda, tarikh dan sebagainya

dengan menggunakan cap atau rubber stamp.

“To be successful you must have a positive attitude, no matter what business you choose to pursue.” - Victor Hodgson

"xvii

Page 20: Membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan · PDF filemembina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan - dengan jayanya. ... dokumen objektif dan strategi pemasaran 111 objektif

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan gambaran

sebenar mengenai perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan yang akan

anda ceburi dan telah saya lalui. Dua perkara utama yang perlu anda

ketahui terlebih dahulu sebelum membaca buku ini dengan lebih terperinci

ialah mengenai membina perniagaan dan perancangan perniagaan

dan ia adalah menghubungkaitkan perniagaan yang ingin diceburi dengan

anda sendiri. Kemudian jika anda bersedia, teruskan membaca buku ini

kerana saya akan mengulangi dan memperbincangkan tajuk-tajuk tersebut

dengan lebih mendalam bersangkutan dengan perniagaan taska, tadika dan

pusat penjagaan kanak-kanak.

"xviii

MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN - DENGAN JAYANYA