Membina kepimpinan dan kecemerlangan dalam diri 1

23
Membina Kepimpinan Dan Kecemerlangan Dalam Diri Pengenalan Kepada Penganalisaan Tulisan Oleh: Khadijah Ibrahim

Transcript of Membina kepimpinan dan kecemerlangan dalam diri 1

Membina Kepimpinan Dan

Kecemerlangan Dalam Diri

Pengenalan Kepada PenganalisaanPengenalan Kepada Penganalisaan

Tulisan

Oleh: Khadijah Ibrahim

Tahukah anda ….

• Terdapat 6,799,100,000, manusia di dunia ini

dan semuanya dilahirkan cemerlang.dan semuanya dilahirkan cemerlang.

Jadi Mengapa Kita Berbeza?

• Kita menjadi berbeza disebabkan apa yang kita lakukan dan

tidak lakukan setiap hari.

• Apa yang anda miliki hari ini adalah hasil daripada tindakan

anda dimasa lepas.

Bagaimana Untuk Menjadi Yang Terbaik?

• Belajar mengenali diri sendiri.

• Mengetahui kelemahan dan kelebihan diri.

• Mengakui kelemahan diri anda.

• Membuat perancangan bagaimana untuk memperbaiki diri

dan mempertingkatkan kelemahan diri.dan mempertingkatkan kelemahan diri.

• Melakukan apa yang telah dirancang sehingga berjaya.

• Sentiasa membuat penilaian sama ada apa yang dilakukan itu

betul dan perlu atau perlu diubah dalam usaha anda

memperbaiki diri.

• Memahami bahawa kepimpinan itu adalah suatu kebolehan

yang boleh dipelajari.

Bagaimana Untuk Mengenali Diri Anda?

• Menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan

berguru.

• Mendengar maklumbalas daripada mereka yang disekeliling

anda terutamanya tentang sifat-sifat anda yang negatif.

• Belajar melihat hasil daripada perkara-perkara yang anda • Belajar melihat hasil daripada perkara-perkara yang anda

lakukan atau tidak lakukan sama ada positif mahupun negatif.

• Memahami sifat-sifat anda yang ditunjukkan oleh tulisan anda

sama ada sifat yang positif mahupun yang negatif.

Memahami sifat anda melalui tulisan

• Tulisan anda boleh menunjukkan tentang sifat-sifat anda yang

sebenarnya.

• Ini adalah kerana tulisan anda terhasil bukan sahaja daripada

tangan anda tetapi juga daripada otak, minda separa sedar, minda

sedar, otak, saraf, perasaan dan keadaan sekeliling.

• Tulisan tangan juga dinamakan tulisan otak kerana ia terhasil • Tulisan tangan juga dinamakan tulisan otak kerana ia terhasil

daripada bahagian otak yang mengawal pertuturan kita.

Apa Yang Tulisan Anda Boleh Pamerkan

• Tulisan anda boleh disamakan dengan gambar X-ray yang akan

mendedahkan tentang sifat-sifat anda seperti citarasa,

keinginan, cara pemikiran, tahap kematangan, kebolehan

bekerja, kecendurungan minat anda dan sebagainya.

• Contohnya, sifat yang anda boleh lihat daripada tulisan ialah • Contohnya, sifat yang anda boleh lihat daripada tulisan ialah

suka menangguhkan pekerjaan.

• Memang kadang-kadang anda perlu menangguhkan sesuatu

pekerjaan tetapi sekiranya ia menjadi suatu kebiasaan; sifat ini

hanya akan mendatangkan kemudharatan atau kerugian

kepada diri anda.

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan

• Memang kadang-kadang anda perlu menangguhkan sesuatu

pekerjaan tetapi sekiranya ia menjadi suatu kebiasaan; sifat ini

hanya akan mendatangkan kemudharatan atau kerugian

kepada diri anda.

• Sifat suka menangguhkan pekerjaan ini adalah suatu sifat yang • Sifat suka menangguhkan pekerjaan ini adalah suatu sifat yang

merugikan diri sendiri, majikan dan juga mereka yang

disekeliling anda.

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan

• Contohnya, anda sepatutnya layak mendapat kenaikan

pangkat tahun ini tetapi disebabkan anda suka

menangguhkan pekerjaan yang sepatutnya anda lakukan

yang menyebabkan banyak kerja anda terbengkalai maka

ketua jabatan anda telah memberikan kelayakan tersebut ketua jabatan anda telah memberikan kelayakan tersebut

kepada orang lain.

• Walaupun anda mempunyai sifat-sifat positif, dengan adanya

sifat suka menangguhkan pekerjaan; ia akan menghalang

anda daripada mencapai cita-cita anda dan menempa

kejayaan.

Bagaimana melihat sifat suka bertangguh di

dalam tulisan anda?

• Sifat suka bertangguh ditunjukkan oleh huruf “t”.

• Palang “t” ditulis banyak ke sebelah kiri batang “t”.

Palang “t”

Batang “t”

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan

• Sekiranya 5 – 10 % (daripada keseluruhan satu mukasurat tulisan)

menunjukkan palang “t” yang ditulis ke sebelah kiri batang “t” maka si

penulis ada memikirkan untuk menangguhkan pekerjaan. Tetapi

disebabkan oleh rasa tanggungjawab dan dorongan, beliau akan

melakukan pekerjaan tersebut sehingga selesai dalam masa yang

ditetapkan.ditetapkan.

• Sekiranya 50% ke atas (atau kesemua “t”) palang “t” ditulis ke sebelah kiri

batang “t” maka si penulis akan menangguhkan semua pekerjaan

terutamanya pekerjaan yang sukar atau yang tidak disukainya.

• Sekiranya ditambah pula dengan si penulis mempunyai sifat memandang

rendah pada kebolehan sendiri dan mempunyai pemikiran secara

kumulatif, si penulis boleh dikategorikan sebagai malas.

Bagaimana Untuk Membuang Sifat Suka

Menangguh Pekerjaan?

1. Hendaklah menyedari dan mengakui anda memiliki sifat ini.

2. Amalkan membuat senarai perancangan apa yang perlu dilakukan

pada hari esok sebelum anda masuk tidur pada malam

sebelumnya.

3. Mula melakukan apa yang ada di dalam senarai anda pada awal

pagi lagi.pagi lagi.

4. Lakukan perkara yang paling sukar atau yang paling anda tidak

sukai dahulu.

5. Minta bantuan orang lain terutamanya orang yang anda hormati

untuk memantau sama ada anda mengikut senarai perancangan

anda atau tidak.

6. Mengubah tulisan anda.

Contoh Sifat Lain Yang Boleh Dilihat Melalui

Tulisan

• Terdapat dua perkara yang biasanya kita ingin mengetahui

tentang orang lain:

1. Bagaimana saya mengetahui dia menyukai saya?

2. Bagaimana saya mengetahui dia seorang yang jujur?

• Mari kita lihat perkara kedua di atas iaitu tentang kejujuran.• Mari kita lihat perkara kedua di atas iaitu tentang kejujuran.

• Sifat ketidakjujuran juga adalah satu sifat yang boleh

menghalang anda daripada mencapai apa yang anda inginkan.

Ketidakjujuran

• Menurut kajian terdapat 40 jenis bentuk tulisan yang boleh

menunjukkan tentang ketidakjujuran.

• Hari ini saya akan menunjukkan satu bentuk tulisan yang

menunjukkan ketidakjujuran iaitu sifat suka berbohong.

• Saya akan menunjukkan sifat suka berbohong dalam satu • Saya akan menunjukkan sifat suka berbohong dalam satu

bentuk huruf yang paling mudah dilihat.

• Oleh kerana sifat berbohong ini adalah suatu bentuk

komunikasi maka ia boleh dilihat pada ‘zon hari ini’ tulisan

anda.

Sifat Suka Berbohong

• Pernahkah anda berbohong walau sekali dalam hidup anda?

• Pernahkan anda ‘berbohong sunat’?

• Seseorang itu akan berbohong untuk menyelamatkan diri,

menjaga hati, mengelakkan konflik atau mendapat apa yang

diinginkan.diinginkan.

• Berbohong itu adalah suatu sifat yang perlu dielakkan kerana

apabila seseorang itu berbohong ia akan terus berbohong

untuk menutup pembohongannya yang pertama yang mana

akhirnya ia menjadi suatu sifat yang akan memudharatkan diri

sendiri dan orang lain.

Sifat Suka Berbohong Di Dalam Tulisan

• Sifat suka berbohong boleh lihat di dalam huruf ‘o’.

• Terdapat lengkungan dibentuk di dalam huruf ‘o’ seperti

contoh di bawah:

Contoh Sifat Berbohong Dilihat Di Dalam

Tulisan

Sifat Suka Berbohong

• Sekiranya terdapat satu sahaja huruf ‘o’ yang mempunyai dua

lengkungan di dalam satu mukasurat contoh tulisan, ini

bermakna si penulis bukanlah seorang pembohong tetapi

mungkin ia tidak bercakap benar tentang sesuatu perkara

pada ketika itu.pada ketika itu.

• Sekiranya setiap huruf ‘o’ dalam satu mukasurat contoh

tulisan mempunyai dua lengkungan di dalamnya, maka anda

hendaklah berhati-hati dengan si penulis. Sekiranya boleh,

maka tidak payahlah anda berurusan dengan si penulis.

Kesimpulan

• Untuk menjadi seorang yang cemerlang sekaligus menjadi

pemimpin yang baik, anda hendaklah mengenali diri sendiri dan

mereka yang disekeliling anda.

• Apabila anda telah mengenali diri sendiri dengan mendalam, anda

akan dapat memperbaiki diri dimana yang perlu yang akhirnya

dapat membantu anda mencapai cita-cita dan menjadi insan

cemerlang.cemerlang.

• Penganalisaan tulisan adalah suatu alat yang baik yang boleh

digunakan untuk mengenal diri sendiri, mengenali orang lain dan ia

juga boleh digunakan di dalam pelbagai bidang contohnya dalam

membantu proses pengambilan pekerja baru.

Untuk Mendapat Keterangan Lanjut

Sila layari laman web saya di:

http://www.amazingwriting.com atau

http://www.khadijah-ibrahim.com

Or emel saya ke alamat:

[email protected] or inquiry@khadijah-

ibrahim.com

Or menghubungi saya di 012-7260509

Anda Juga Boleh Mendapat Informasi Melalui

Buku Saya:

TERIMA KASIH.

Sekian, moga bertemu lagi,

insya’allah…

TERIMA KASIH.