MEMACU KE ARAH TRANSFORMASI RADIKAL
Transcript of MEMACU KE ARAH TRANSFORMASI RADIKAL
MEMACU KE ARAH TRANSFORMASI
RADIKAL
Laporan Prestasi 2019
Kepesatan urbanisasi dan pertumbuhan penduduk di Malaysia membawa kepada peningkatan permintaan untuk pengagihan dan perkhidmatan air yang cekap, terutamanya di kawasan bandar. Air Selangor mempunyai mandat untuk terus menyediakan bekalan air bersih dan selamat kepada kira-kira 2.4 juta akaun pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dengan mandat ini, kami di Air Selangor tekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, seperti yang dijelaskan dalam tema untuk laporan prestasi tahun ini – Memacu ke Arah Transformasi Radikal. Ia memerlukan kami meningkatkan cara pengendalian operasi, budaya di tempat kerja, dan yang paling penting, kecemerlangan operasi. Sepanjang 2019, kami telah melaksanakan pelbagai kerja naik taraf dan inisiatif untuk memastikan perkhidmatan terbaik kepada 8.4 juta pengguna kami. Sorotan utama 2019 ini juga disokong oleh tujuh Pelan dan Inisiatif Strategik (SPIs) kami.
Kami akan sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna-pengguna kami dalam usaha untuk menjadi operator perkhidmatan air terkemuka di rantau ini.
SPI 5: Pengurangan NRW
Pengurangan NRW 25% pada 2023 | 20% pada 2035 | 15% pada 2048
SPI 7: Pemeliharaan Alam Sekitar
Persekitaran Sifar Sisa
SPI 6: Mewujudkan Persekitaran Kerja
Yang Kondusif Operator Perkhidmatan Air
Bertaraf Dunia
SPI 4: Ke Arah PerkhidmatanPelanggan Yang Terbaik
Sumber Air Bersih Terus dari Pili Air pada 2028 dan Perkhidmatan
Pelanggan Terbaik
SPI 1: Air Selamanya Ke Arah Kelestarian Masa
Depan Sumber Air
SPI 2: PeningkatanKebolehpercayaan dan Ketahanan Aset
Ke Arah Masa Depan Air Yang Berdaya Tahan
SPI 3: Meningkatkan Kecekapan Operasi
Utiliti Digital Masa Depan
MEMACU KE ARAH TRANSFORMASI RADIKAL
Pada 13 September 2019, Air Selangor secara rasminya menjadi pemegang lesen tunggal untuk mengekstrak, merawat, dan mengagihkan bekalan air kepada 8.4 juta pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Laporan ini menggariskan pencapaian, operasi dan inisiatif-inisiatif utama yang telah kami laksanakan sepanjang tahun.Salah satu fokus utama kami adalah untuk mengurangkan kadar purata tahunan air tidak berhasil (NRW) . Menjelang akhir 2019, kami telah berjaya menurunkan kadar tersebut kepada 29.6% dari 31.6% pada 2018. Kami juga telah melabur sebanyak RM162.2 juta bagi kerja-kerja penggantian paip untuk meningkatkan perkhidmatan dan kapasiti bekalan. Sepanjang 111.83km paip berjaya diganti pada tahun 2019. Hasilnya, hanya 9.6 kes pecah paip bagi setiap 100km dicatatkan tahun lalu berbanding dengan piawaian aras antarabangsa untuk Indeks Paip Pecah (PBI) iaitu 13 kes bagi setiap 100km setahun.Penambahbaikan aplikasi Air Selangor juga telah mencatatkan sejumlah 316,584 muat turun, yang membolehkan pelanggan melihat dan membayar bil mereka serta menerima maklumat-maklumat lain dan status terkini berkaitan bekalan air.Pencapaian-pencapaian ini membuatkan kami lebih bermotivasi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang dalam memenuhi aspirasi kami untuk terus memacu transformasi radikal untuk berkhidmat kepada anda, pelanggan kami yang dihargai.
RINGKASAN PRESTASI 2019
99.87%pematuhan kualiti air secara keseluruhan
9.6kes paip pecah setiap 100km PBI
29.6%kadar purata air tidak berhasil (NRW) tahunan
111.83kmpaip lamadiganti di bawah program penggantian paip
RM162.2mdilabur untuk kerja penggantian paip lama dan paip yang sering pecah
316,584muat turun aplikasi mudah alih Air Selangor
1. Mengenai Air Selangor 1.1 Pengambilalihan Pengendali-Pengendali Air 1 1.2 Struktur Organisasi 2 1.3 Peta Kawasan Perkhidmatan 3
2. Sorotan 2019 2.1 Majlis Perasmian Pengurusan Air Selangor 4 2.2 Anugerah dan Pencapaian: Anugerah Kecemerlangan Makmal 5 2.3 Penyerahan Aset Baharu 6 2.4 Inisiatif Baharu 7
3. Berdepan IR 4.0: Revolusi Digital 3.1 Pemacu Digital Air Selangor 8 3.2 Penubuhan Intelligent Command Centre (ICC) 8 3.3 Pusat Analisis Digital yang Baharu (DAC) 9
4. Kelestarian & Air Selangor 10
5. Pemantauan Aset 11
6. Aset-Aset Kami 12
7. Pencapaian Operasi 7.1 Pencapaian Kualiti Air 14 7.2 Air Tidak Berhasil (NRW) 15 7.3 Program Penggantian Paip 17 7.4 Meter Pintar 18
8. Pencapaian Khidmat Pelanggan 19
9. Gambaran Keseluruhan Tenaga Kerja Air Selangor 20
10. Pelaksanaan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) 21
11. Risiko & Integriti 11.1 Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) 22 11.2 Pencapaian-Pencapaian Utama 23 11.3 Sasaran Risiko Utama Bagi Tahun Kewangan 2020 23 11.4 Integriti 23
12. Perolehan 24
13. Perbelanjaan 2019 13.1 Perbelanjaan Operasi 25 13.2 Perbelanjaan Modal 25
SENARAI KANDUNGAN
Air Selangor | 1
Diperolehi pada 26 Januari 2016
Diperolehi pada15 Oktober
Diperolehi pada24 April 2019
Diperolehi pada11 Mac 2015
Pemegang Lesen Tunggal pada13 September 2019
Diperolehi pada 15 Oktober 2015
Splash
Air Selangor ditubuhkan sebagai entiti tujuan khas Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadi pemegang lesen holistik tunggal bagi menyediakan perkhidmatan air berikutan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.
Proses penstrukturan semula bermula pada tahun 2008, ketika kerajaan Selangor memberi mandat kepada Air Selangor Holdings Berhad (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)) untuk memimpin dan menyatukan lima syarikat konsesi perkhidmatan air.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dilantik pada 13 September 2019 sebagai pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pelaksanaan penggabungan ini adalah untuk memastikan Air Selangor sebagai entiti rasmi yang baharu, mencapai salah satu objektif strategik utama untuk mengintegrasikan operasi rawatan dan pengagihan air dengan lebih berkesan dan cekap.
MENGENAI AIR SELANGOR
VISIMenjadi operator air terkemuka di rantau ini
MISIMemberikan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
PENGAMBILALIHAN PENGENDALI-PENGENDALI AIR
PengerusiYAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Ahli LembagaYB Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya | YB Dato’ Nor Azmie Diron
YBhg Dato’ Teo Yen Hua | Ms Marina Yong Poh Nyuk1
YB. Tuan Ir. Izham Hashim2 | Encik Suhaimi Kamaralzaman
Sehingga 31 Disember 2019, Air Selangor mempunyai kekuatan seramai 4,800 warga kerja yang komited dalam memperkasakan organisasi ini untuk menjadi pengendali air terkemuka di rantau ini di samping berusaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan.
Jawatan-kuasa
LembagaAudit
2 | Air Selangor
Struktur OrgAnISASI
Pengarah/Ketua OperasiIr. Abas Abdullah
Audit DalamanAris Fadzillah Zulkifli
Perkhidmatan OperasiAbdul Karim Endut
PengeluaranBasar Ishak
Kualiti AirZairi Zainuddin
Perancangan &Kerja-kerja Kapital
Ir. Ainul Azhar Mohd Jemoner
Perkhidmatan Pengebilan Pelanggan
Yusof Saroji
PengagihanKelvin Siew Weng Hoe
Perhubungan PelangganKelvin Siew Weng Hoe3
PerolehanIzuan Amir Mohamed Isa
Pengurusan RisikoThavendran Loganathan
Teknologi MaklumatRavindran Karupiah
Komunikasi KorporatSharizatul Elina Baseri4
Setiausaha Syarikat& Undang Undang
Zaheeda Mohamad Ariff
Sumber Manusia & PentadbiranRaja Ahmad Hidzir Raja Muhamad
Kewangan, Strategi & Perancangan Perniagaan
Kevin Lee
Lembaga Pengarah
Ketua Pegawai Eksekutif Suhaimi Kamaralzaman
1 Berkuatkuasa 23 April 20202 Berkuatkuasa 22 Jun 20203 Pemangku Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan berkuatkuasa 12 Jun 20204 Berkuatkuasa 1 Mei 2020
5
4
7
10
9
8
6
3
2
1
11
1 - Sabak Bernam | 2 - Kuala Selangor | 3 - Klang/Shah Alam | 4 - Kuala Langat | 5 - Sepang | 6 - Putrajaya| 7 - Petaling | 8 - Kuala Lumpur | 9 - Gombak | 10 - Hulu Langat | 11 - Hulu Selangor
¹ pada akhir 2019
Panjang Paip (km)
29,044Jumlah akaun pelanggan
2.4 millionPenggunaan (liter per kapita sehari)
224¹
Kami mengendalikan 34 loji rawatan air (LRA) yang kini merawat air untuk kegunaan lebih 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mengikut data pengeluaran kami, purata penggunaan air setiap hari bagi setiap individu di kawasan perkhidmatan kami ialah sebanyak 224 liter.
Air Selangor | 3
Peta Kawasan PerKhidmatan
4 | Air Selangor
Sorotan 2019
MAJLIS PERASMIAN PENGURUSAN AIR SELANGOR
Air Selangor secara rasminya menjadi pemegang lesen tunggal untuk mengekstrak, merawat dan mengagihkan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Haji Amirudin Shari pada 13 September 2019.
Ini adalah ukuran kekuatan usaha kami dalam menyatukan dan memperkemaskan industri perkhidmatan air demi kepentingan pelanggan.
Air Selangor | 5
Anugerah Kecemerlangan Makmal 2019 Air Selangor merangkul Anugerah Kecemerlangan Makmal Industri Kimia Malaysia (IKM) pada tahun 2019 untuk makmal SSP2, Sg Labu dan Sg Semenyih sebagai pengiktirafan pencapaian kecekapan dalam usaha kerja analitik dengan ciri-ciri keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM adalah bertujuan untuk memastikan komitmen makmal untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan pengujian yang berkualiti dan cekap yang berkaitan dengan perundangan tempatan terutamanya dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.
LRA Semenyih 2 - Disahkan ISO
9001:2015
LRA Sg Gombak- Disahkan ISO
22301:2012
North Hummock LRA - Disahkan ISO 22301:2012
Sungai Sireh LRA- Disahkan ISO
9001:2015
LRA Wangsa Mei - Disahkan ISO
22301:2012
SOROTAN 2019
ANUGERAH & PENGHARGAAN
Sijil ISO untuk Air Bersih & Selamat
Kami terus menambah baik proses dan perkhidmatan rawatan air untuk memastikan bekalan air bersih dan selamat. Pada tahun 2019, Loji Rawatan Air (LRA) di Sg Sireh dan Semenyih menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001, sementara empat lagi LRA kami - North Hummock, Wangsa Maju, Sg Gombak dan Salak Tinggi telah menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan ISO 22301.
•33loji-lojikamitelahmenerimapensijilanSistemPengurusanKualitiISO9001sejak2000•12loji-lojikamitelahmenerimapensijilanSistemPengurusanKesinambunganPerniagaanISO22301sejak2014
6 | Air Selangor
SOROTAN 2019
PENYERAHAN ASET BAHARU
Pelancaran dan penyerahan Loji Rawatan Air (LRA), Labohan Dagang oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah berlangsung pada 25 Jun 2019. Ia memanfaatkan sistem Penyimpanan di Pinggiran Sungai, atau Off-River Storage (ORS), untuk membolehkan sistem penyelesaian semula jadi yang menghubungkan aliran air dari Sg Langat ke kolam takungan pra-rawatan. Proses ini akan membolehkan loji terus beroperasi sekiranya berlaku pencemaran di sungai utama.
YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah melancarkan dan menyerahkan kolam Penyimpanan Augmentasi Sungai Hibrid 600, atau Hybrid Off-River Augmentation Storage (HORAS) 600, kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada 27 November 2019. Aset ini merangkumi 211.39 hektar kawasan tanah bersama 147 hektar kolam dengan kedalaman 23.5 meter dan boleh menyimpan 300 juta liter air mentah sehari (jlh). Kolam air ini mampu membekalkan air mentah selama 100 hari semasa musim kemarau atau pada bila-bila masa sekiranya berlaku pencemaran di Sg Selangor.
Operasi rasmi bagi Loji Rawatan Air (LRA) Stream B Langat 2 bermula pada 21 Disember 2019. LRA ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan akan beroperasi sepenuhnya pada 2023. Loji ini telah dirasmikan oleh bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. Xavier Jayakumar, dan lawatan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, pada Januari 2020.
Dengan sumber bekalan air dari 34 loji rawatan air kami dan tambahan sumber air mentah baharu, kami telah meningkatkan margin rizab kepada 10.97% pada bulan Disember 2019. Ini adalah tanda hasil usaha strategik Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan bekalan air berterusan untuk pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Air Selangor | 7
SOROTAN 2019
INISIATIF BAHARU
Forum Pemacu Digital Air Selangor 2019 telah diadakan bertujuan untuk mendorong inisiatif transformasi digital organisasi ke arah menjadi “Utiliti Air Digital Masa Hadapan”.
Skim Air Darul Ehsan (SADE) ialah program bekalan air percuma untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 dan ke bawah, yang mana mereka diberikan 20 meter padu air secara percuma. Pada 31 Disember 2019, seramai 184,020 pemegang akaun meter individu layak untuk menerima skim ini.
Air Selangor melancarkan kempen pemuliharaan air yang bertemakan, “Be a Water Conservation Warrior” pada 15 Oktober 2019 yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari. Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mencapai kadar sasaran penggunaan air oleh SPAN iaitu 180 liter per kapita sehari (LCD) pada tahun 2020 serta meningkatkan margin rizab bekalan air.
Strategi DigitalAir Selangor telah melancarkan fasa Pemacu Digital pada 9 April 2019 untuk memulakan anjakan digitalnya sebagai Utiliti Air Digital pada masa hadapan.
Pelan Tindakan•PenubuhanPusatAnalisisData•MelahirkanTenagaKerjaPekaDigital•MemulakanprogramAirPintar Wilayah – Projek Permulaan di Sepang
8 | Air Selangor
Berdepan Ir 4.0: revolusI dIgItalPEMACU DIGITAL AIR SELANGOR
PENUBUHAN INTELLIGENT COMMAND CENTRE (ICC)
Air Selangor mula memodenkan pusat arahan operasinya pada awal tahun 2018. Pada pertengahan tahun 2019, Intelligent Command Centre (ICC) telah beroperasi sebahagiannya dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2021. ICC berfungsi untuk menghubungkan dan mengintegrasikan parameter aset-aset strategik utama kami seperti aliran, tekanan air, tahap takungan, status pam dan kemampuan supervisory control and data acquisition (SCADA). Ciri baharu ICC ialah penyatuan dengan Model Hidraulik Dalam Talian¹ yang merupakan sistem integrasi lengkap untuk pemantauan, analisis dan pemodelan sistem pengedaran secara masa nyata. Sistem talian ini berdasarkan integrasi data hidraulik masa nyata dengan model simulasi komputer hidraulik dan alat ramalan statistik. Ekosistem ICC semasa akan ditingkatkan lagi ke arah replika maya yang juga dikenali sebagai Digital Twin².
1 Model hidraulik adalah model matematik sistem aliran bendalir yang digunakan untuk menganalisis kelakuan hidraulik dan membantu dalam memahami, meramal dan mengurus pengagihan air2DigitalTwinadalahperwakilandigitalasetfizikalatausistemuntukpemantauanmasanyatadanramalan
Air Selangor | 9
Berdepan Ir 4.0: revolusI dIgItalPUSAT ANALISIS DATA (DAC)
Industri utiliti air telah mengadaptasi cara penggunaan data yang baharu dengan pantas kerana analisis data semakin mendapat keutamaan dalam memacu perbincangan dan pemahaman. Data-data ini digunakan untuk membuat keputusan, merangka dasar, meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos.Selaras dengan kepentingan data yang semakin meningkat, Air Selangor telah menubuhkan Pusat Analisis Data (DAC) untuk membina keupayaan syarikat bagi analisis data besar. Fungsi DAC adalah untuk membina, memaksimumkan dan meningkatkan keupayaan analisis data besar yang lengkap merangkumi kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan pendigitalan perisikan. DAC juga akan menjadi pusat kecemerlangan utama Air Selangor untuk semua inisiatif analitis data.Analisis data ini bertujuan untuk memberikan Air Selangor maklumat dan pengisian jitu kepada informasi penting yang akan menyokong dan membolehkan tindakan awal dilaksanakan. Dalam pada masa yang sama, ini juga membolehkan kami untuk memperluaskan peluang dalam pengawalan kos, pengurusan risiko, peningkatan tahap perkhidmatan, pengurusan pendapatan dan banyak lagi.Matlamat kami adalah untuk memanfaatkan dan memaksimumkan keupayaan analisis data untuk kecekapan berbeza seperti pengurangan kos, penjimatan kos dan peningkatan hasil. Keupayaan ini akan digunakan sepanjang perjalanan pelaksanaan analisis data seperti yang dijelaskan di bawah.
Hab Data Bersepadu
Pemahaman Eksekutif
Mengembangkan Pemahaman Arah Aliran
Pemahaman Pengurusan
Analisis Deskriptif
Meneroka dan Menganalisa
Data
Pemahaman Separa Operasi
Analisis Ramalan
Pemahaman Operasi Holistik
Analisis Preskriptif &
Tindakan Terbaik Seterusnya
Pemahaman Terautomasi(Kecerdasan Buatan)
Meningkatkan Kecerdasan Manusia
dengan Kognitif
Nila
i Ana
lisis
Keupayaan Analisis
10 | Air Selangor
Kelestarian & air selangor
Perjalanan Kami Kadar peningkatan minat dalam usaha kelestarian di kalangan industri-industri dan segmen-segmen perniagaan telah melahirkan lebih banyak inovasi dan adaptasi pantas dalam tawaran dan strategi yang mampan. Di Air Selangor, kami telah menubuhkan Bahagian Pembangunan Lestari, atau Sustainable Development (SD) di bawah Jabatan Pengurusan Risiko yang berobjektif untuk mengintegrasikan prinsip-prinsip kelestarian.
Kami telah memberi tumpuan untuk menjajarkan halatuju perniagaan kami dalam menyokong Malaysia ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari, atau Sustainable Development Goals (SDGs) yang dianjurkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mengapa kelestarian penting? Ancaman perubahan iklim sememangnya tidak dapat dielakkan. Ini terbukti terutamanya di Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka. Pengendali perkhidmatan air di negeri-negeri ini terus menghadapi cabaran berkaitan dengan bekalan air yang mampan.
Kami menyedari cabaran yang dibawa oleh pembangunan pesat dan peningkatan urbanisasi di Lembah
Klang. Oleh kerana itu, kami telah memperkuatkan strategi dalam memastikan bekalan air berterusan dengan kualiti terbaik untuk jangka panjang, supaya kami dapat terus menyediakan air minum yang selamat dan bersih kepada semua pengguna kami.
Penilaian BahanKami melakukan penilaian untuk mengenal pasti dan mengutamakan aspek kelestarian yang penting untuk ekonomi, persekitaran dan sosial yang boleh memberi kesan kepada perniagaan kami.
Kami mengambil pendekatan berstruktur yang meliputi penanda aras setaraf dengan operator air di negara-negara maju dan membangun, tinjauan dokumen dalaman dan luaran, pengenalpastian SDG serta keterlibatan pihak berkepentingan dalaman dan luaran.
Tadbir Urus KelestarianSebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengintegrasikan inisiatif kelestarian di seluruh organisasi, Jawatankuasa Kerja Kelestarian (PKC) ditubuhkan. Tugas utamanya adalah untuk membantu bahagian SD dalam memastikan pelaksanaan amalan kelestarian secara berkesan, selain daripada menilai dan membuat
keputusan penting dalam bidang strategik dan operasi.
Mara Dengan SDG KamiInisiatif kami akan terus memastikan bahawa prestasi kami sejajar dengan SDG yang berkait rapat dengan perniagaan kami.
Strategi kelestraian kami untuk 2019 –2022 bertema “Connecting the Drops.”
Strategi kelestarian kami diselaraskan dengan visi dan misi organisasi, SDG, 7 Pelan dan Inisiatif Strategik (SPI), dan 8 Bidang Keberhasilan Utama yang telah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada Pelan Pelaburan Modal 30 Tahun yang menjadi asas bagi setiap Tempoh Operasi 3 Tahun kami.
•Strategi1:MeningkatkanTadbirUrus & Integriti•Strategi2:MenyeragamkanData&Proses•Strategi3:KomunikasiYangTelus•Strategi4:MengurangkanKesan Alam Sekitar•Strategi5:Bertanggungjawab Secara Sosial
Rancangan Untuk 2020
Pada tahun 2020, inisiatif kelestarian kami akan memberi tumpuan kepada:•Kempenkelestarian•Kerjasamadenganpihakketiga•PenerbitanLaporanLestariAirSelangor
Air Selangor | 11
Penyelengaraan AsetAktiviti penyelenggaraan aset sangat penting untuk memastikan bekalan air berterusan kepada pelanggan kami. Oleh itu, semua aset kami diselanggara mengikut sistem Penyelenggaraan Pencegahan (PM) dan Penyelenggaraan Pembetulan (CM). Dengan pelaksanaan WAMS, kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilakukan dan direkod secara digital, dengan kelebihan dari pemantauan secara sistematik oleh pemilik aset.
Penyelengaraan PembetulanPenyelenggaraan Pembetulan dikategorikan sebagai penyelenggaraan aset rosak yang tidak dirancang. Kelebihan melakukan penyelenggaraan ini melalui WAMS adalah:1. Mengenal pasti kekerapan kegagalan aset.2. Menganalisa jenis kegagalan yang sering berlaku.3. Meningkatkan unjuran perancangan CAPEX dan OPEX untuk aset.
Penyelengaraan PencegahanPenyelenggaraan Pencegahan dikategorikan sebagai penyelenggaraan aset terancang yang mempunyai jadual pemeriksaan berkala.
SKOR KESELURUHAN KONDISI ASET
2.24
Penarafan Piawaian Aset
Perlukan Penggantian
Perlukan PerhatianSederhanaBagusBaharu
Status setakat 31 Disember 2019
PEMANTAUAN ASETPROGRAM SISTEM PENGURUSAN ASET (TAMS)
Air Selangor telah menerapkan pendekatan strategik dalam menguruskan aset dan peralatan melalui Sistem Pengurusan Aset, atau Total Asset Management System (TAMS), yang terdiri daripada dua modul: iaitu modul Perancangan Sumber Syarikat atau Enterprise Resource Planning (ERP) dan Sistem Kerja dan Pengurusan Aset atau Work and Asset Management Systems (WAMS). Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan pemantauan kitaran hidup aset dari pemerolehan, pendaftaran, penyelenggaraan, pemantauan dan penarikan aset.
Keseluruhan aset Air Selangor dinilai pada 2.24 pada 31 Disember 2019
Jumlah Bilangan Aset: 76,133
12 | Air Selangor
4,800
ASET TERKINI KAMI
34
1,601
11
4
61 42
Loji Rawatan Air
Tenaga Kerja
Kolam Perkhidmatan
OACIS (Off-Plant Autonomous Chlorine Injection System)
Makmal Wilayah yang Bertauliah
Empangan Unit Takungan Air Pinggiran Sungai
Air Selangor | 13
1 Empangan di bawah penyeliaan Air Selangor adalah (1) Empangan
Sg Selangor, (2) Empangan Sg Tinggi, (3) Empangan Tasik
Subang, (4) Empangan Klang Gate, (5) Empangan Semenyih dan (6)
Empangan Sg Langat
2 Sistem Takungan Air Pinggiran Sungai (ORS) di bawah penyeliaan
Air Selangor ialah (1) ORS Labu, (2)ORS Semenyih 2, (3) ORS Labohan
Dagang dan (4) HORAS 600.
731
29,044km
1,275
1,23640
4
Rumah Pam
Saluran Paip
Stesen Persampelan Air
Kenderaan OperasiPenganalisis Kualiti Air Pengagihan Hibrid Masa Nyata (Hydra – Hybrid Distribution Water Quality Real-time Analyser)
Sistem Pemantauan Sungai (River MonitoringStations [RMS])
14 | Air Selangor
PencaPaian Kualiti air
Kerja Pencucian Paip Stesen Persampelan Kualiti Air Kerja Pencucian Kolam Air
10,000 200
5,000 100
1,400
1,300
1,200
1,100
2018 20182018
6,511 1,2581217,960
1,375153
2019 201920190 00
2018155,195154,93599.83%
2019166,421166,21099.87%
Bagi memastikan air dirawat selamat untuk diminum dan mematuhi Piawaian Mutu Air Minum Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami melaksanakan pemantauan air secara komprehensif melalui pengambilan sampel dan pengujian secara berkala.Pada tahun 2019, sebanyak 166,421 ujian telah dilaksanakan dan daripada jumlah itu sebanyak 166,210 ujian memenuhi standard kepatuhan kualiti, memberikan kami purata kepatuhan kualiti sebanyak 99.87%. Kami sentiasa mencapai pematuhan kualiti melebihi 99% dan menunjukkan peningkatan berterusan.Kami juga telah meningkatkan jumlah kerja pencucian kolam air daripada 121 pencucian berjadual pada tahun 2018, kepada 153 pencucian berjadual tahun lalu. Terdapat peningkatan dalam kerja pencucian paip dengan 7,960 pencucian berjadual pada tahun 2019 berbanding dengan 6,511 pencucian berjadual pada tahun 2018. Jumlah kumulatif Stesen Persampelan Kualiti Air (SPA) meningkat pada tahun 2019, daripada 1,258 SPA pada tahun 2018 kepada 1,375 SPA.
Legend Jumlah Ujian Pematuhan Air Jumlah Pematuhan Air Jumlah Peratus Pematuhan Air
Air Selangor | 15
AIR TIDAK BERHASIL (NRW)PENCAPAIANAir Selangor meneruskan prestasi yang positif dalam mengurangkan purata air tidak berhasil, atau Non-revenue Water (NRW) kepada 29.6% pada tahun 2019. Ini merupakan rekod terendah dalam sejarah industri bekalan air dan pengagihan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jumlah ini adalah penurunan sebanyak 2.0% berbanding tahun 2018. Pencapaian ini jauh lebih baik daripada sasaran pada tahun 2019, iaitu 30.6%. Ini dicapai melalui perancangan intensif dan pelaksanaan beberapa inisiatif dalaman secara berterusan sejak 2017.Inisiatif dalaman ini merangkumi usaha kami untuk mengurangkan kes paip pecah, pemasangan sensor pada paip utama, penggantian meter lama dan rosak, serta kerja penggantian paip lama dan yang sering pecah.
METODOLOGI PENGIRAAN Air Selangor mengunakan kaedah System Input Volume (SIV) dan Billed Consumption yang dirasionalisasikan untuk mengira NRW dalam laporan prestasi kami sebelum ini (2016-2018). Kedua-dua Kaedah SIV dan Billed Consumption dirasionalisasikan kepada unit m3/day. Kaedah ini dikenali sebagai “MLD Method”.Pada 31 Mac 2020, SPAN telah memperkenalkan Garis Panduan baharu untuk Laporan NRW yang harus dipatuhi oleh operator air di seluruh negara. Kaedah ini tidak melibatkan rasionalisasi dan menganggap jumlah tahunan untuk SIV dan Billed Consumption bagi mengira NRW. Kaedah ini dikenali sebagai “Total M3 Method”.Purata NRW untuk tahun 2019 adalah 29.6% berbanding sasaran 30.6%, mencatatkan pencapaian 1% lebih baik daripada sasaran. Ini juga bermaksud Air Selangor telah mengurangkan NRW sebanyak 2% dari kadar NRW 2018 sebanyak 31.6%.Berdasarkan rekod ini, Air Selangor yakin bahawa inisiatif dan program yang berterusan akan dapat mengurangkan kadar NRW setiap tahun, dengan sasaran pengurangan kadar NRW sebanyak 1% setiap tahun.
16 | Air Selangor
Sistem Lanjutan Pengurusan Tekanan telah dilaksanakan untuk mengoptimumkan tekanan bekalan air untuk memastikan bekalan yang terbaik kepada pelanggan dan meminimumkan risiko kebocoran paip dan paip pecah akibat daripada tekanan yang berlebihan. Sebanyak 50 Zon Pemeteran Daerah, 20 Zon Pengurusan Tekanan dan 5 Zon Pengendalian Tekanan Kawasan Keseimbangan Air diwujudkan pada tahun 2019 dengan penjimatan jumlah sebanyak 22.5 MLD.
Kawalan Kebocoran Aktif dalam sistem pengedaran dan paip utama kami adalah inisiatif penting yang telah menyumbang kepada penjimatan 104 JLH pada tahun 2019. Sebanyak 87,649 jumlah kebocoran telah dikesan oleh pasukan LI dan LS kami dengan menggunakan teknologi terkini dalam peralatan pengesanan kebocoran dan sensor akustik.
Penggantian 164,283 unit meter lama dan 154,556 unit meter yang rosak di bawah program penggantian meter tahunan kami. Mengubah ukuran 100 meter mekanikal dan menggantikan 40 meter besar pelanggan dengan meter elektromagnetik (EM) untuk meningkatkan ketepatan bil penggunaan. Jumlah penjimatan adalah 50 JLH.
Pemasangan 577 sensor tekanan sementara untuk membantu mengesan kejadian paip pecah lebih awal, serta mengesan kebocoran tersembunyi. Ini membantu mengelakkan gangguan bekalan air yang besar, dengan 112 paip pecah / bocor dikesan pada tahun 2019 menggunakan sensor ini.
Air TidAk BerhAsil (NrW)INITIASIF
Kami mempunyai pasukan khas untuk semua inisiatif NRW kami. Pasukan ini terdiri daripada Pemeriksa Kebocoran atau Leak Inspectors (LI) dan Pakar Kebocoran atau Leak Specialist (LS), Pasukan Zon Pemeteran Daerah atau District Metering Zone (DMZ), Pasukan Pemeriksaan Kebocoran Utama Paip, serta jurutera dan pengurus NRW.
Program Penggantian Paip – Sempurna tugas bagi 25 lokasi penting pada tahun 2019, dengan kepanjangan keseluruhan
111.83km
Pemulihan Kolam Air & Rumah Pam yang tidak digunakan – Pemulihan dan
pengubahsuaian 23 aset yang tidak digunakan
Program Paip Komunikasi – Mencapai 108.7% apabila 5,978 sambungan paip
disiapkan berbanding sasaran 5,500
Peningkatan ini adalah hasil positif dari program pengesanan kebocoran yang dilaksanakan secara dalaman oleh syarikat
Hanya 9.6 kes direkod bagi 100km berbanding dengan penanda aras antarabangsa bagi Indeks Paip Pecah iaitu sebanyak 13 kes paip pecah bagi setiap 100km setiap tahun
Penurunan sebanyak 28% kes dari 2018
Revolusi Digital - Pengenalan Terrestrial Laser Scanner (TLS) dan operasi dron untuk mengambil gambar aset secara
digital
Pencapaian Paip Pecah
Paip Bocor
Indeks Paip Pecah (PBI)
Air Selangor | 17
Program Penggantian PaiP 2019Sebanyak RM162.2 juta telah dilaburkan untuk kerja penggantian paip lama dan yang sering pecah sepanjang 152.53km pada tahun 2019.
3,871
104,033
2018
2,787
108,759
2019
9.6 kes bagi 100 kilometers 13.5 kes bagi 100 kilometers
2019 2018
2019 2018
18 | Air Selangor
Pemasangan & OperasiMeter Pintar
METER PINTARPROGRAM INFRASTRUKTUR PERMETERAN LANJUTAN (ADVANCED METERING INFRASTRUCTURE [AMI]) METER AIR PINTAR
Meter air pintar dengan infrastruktur permeteran lanjutan (AMI) merupakan komponen grid pintar yang membolehkan Air Selangor memperoleh bacaan meter berdasarkan pelbagai frekuensi tanpa memerlukan pembaca meter manual untuk menghantar maklumat. Ianya menguntungkan Air Selangor dan para pelanggan kami kerana dapat membantu menurunkan kos pembacaan meter dan meningkatkan keselamatan pekerja dengan pengurangan jumlah kakitangan yang menjalankan tugas membaca meter secara manual di lapangan.Air Selangor telah melancarkan fasa pertama projek perintis Program Meter Air Pintar AMI di Malaysia yang menggunakan Jalur Lebar selular-Internet Pelbagai Benda (Narrowband cellular-Internet of Things [NB-IoT]). Sehingga kini, infrastruktur permeteran lanjutan sepanjang 7,923 meter telah dipasang di wilayah Sepang.Fasa kedua projek perintis Program Meter Air Pintar AMI akan dilancarkan pada tahun 2020 untuk memastikan solusi meter air pintar AMI yang terbaik untuk Air Selangor dipenuhi. Kami telah memulakan program penggantian utama meter air bukan AMI ke meter pintar AMI di Cyberjaya dan Dengkil.
Air Selangor | 19
Kami juga telah menambahbaik pusat khidmat pelanggan untuk para pelanggan kami dengan menawarkan sistem penyampaian sokongan bersepadu menggunakan teknologi cloud yang dikenali sebagai Sistem Interaksi Pelanggan Saluran Menyeluruh pada bulan Disember tahun lalu. Saluran Pelbagai ini adalah satu platform yang menghubungkan semua saluran komunikasi dalaman kami dan dapat diakses dari mana-mana lokasi untuk pelanggan berinteraksi. Sistem ini juga membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan melalui interaksi suara dan bukan suara dalam satu platform. Inisiatif ini akan meningkatkan perhubungan berkesan dengan pelanggan dan seterusnya memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan pada setiap masa.
Air Selangor menawarkan pelbagai saluran untuk pelanggan berinteraksi dengan kami. Di bawah adalah perincian jumlah interaksi pelanggan pada tahun 2019.
PencaPaian Khidmat Pelanggan
E-BIL
PENAMBAHBAIKAN PENGALAMAN PENGGUNAAN APLIKASI AIR SELANGOR
SALURAN PELBAGAI
RINGKASAN INTERAKSI PELANGGAN
Penukaran akaun pelanggan sebanyak 417,457 (17.3%) daripada 2,412,735 akaun di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pengenalan ciri pembayaran FPX menawarkan saluran tambahan bagi pelanggan untuk membuat pembayaran atas talian yang lebih cepat dan mudah. Aplikasi Air Selangor juga telah mencatatkan 316,584 muat turun pada tahun 2019.
Bil. SMS Diterima 2018 - 40,3512019 - 55,793
% - 1.93
Bil. Faks Diterima 2018 - 1,6162019 - 2,299
% - 0.08
Bil. E-mel Diterima 2018 - 137,6612019 - 140,991
% - 4.88
Interaksi Di Kaunter2018 - 509,7182019 - 486,584
% - 16.84
Bil. Panggilan 2018 - 1,553,5842019 - 1,693,689
% - 58.61
Bil. Pengikut Facebook 2018 - 78,9872019 - 168,502
% - 5.83
Bil. Pengikut Twitter 2018 - 7,6312019 - 17,880
% - 0.62
Bil. Pengikut Instagram 2018 - 2,0262019 - 7,138
% - 0.25
Bil. Muat Turun 2018 - 120,4882019 - 316,584
% - 10.95
Bil. Kumpulan di Whatsapp 2018 - 5012019 - 501% - 0.02
17.3%
82.7% Pengguna Bil Elektronik Bukan Pengguna Bil Elektronik
JUMLAH WARGA KERJA JUMLAH WARGA KERJA MENGIKUT KAWASAN
4,8001. 116 Sabak Bernam2. 557 Utara3. 145 Kuala Selangor4. 373 Klang5. 156 Kuala Langat6. 173 Sepang7. 479 Selatan (Putrajaya)8. 464 Petaling9. 1,241 Ibu Pejabat (Kuala Lumpur)10. 272 Kuala Lumpur11. 287 Hulu Langat12. 323 Gombak13. 214 Hulu Selangor
25.85%1,241
74.15%3,559
1
2
3
4
5
6
7
11
98
1012
13
20 | Air Selangor
Gambaran Keseluruhan TenaGaKerja air selanGor
WARGA KERJA MENGIKUT JANTINA
PELAKSANAAN PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) OLEH AIR SELANGOR
3,792 + =1,008 4,800
78.93%Lelaki
21.07%Perempuan
Jumlah Warga Kerja
Sejak 2017, Air Selangor telah mendaftarkan pekerja teknikal yang berkelayakan dan berpengalaman dalam perkhidmatan operasi rawatan dan pengagihan air untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) melalui;a. Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)b. Latihan berorientasikan industri (Sistem Latihan Dual Nasional) Latihan ini terdiri daripada 70% latihan industri, dengan 30% latihan teori berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional (NOSS)Pada bulan Oktober 2018, Loji Rawatan Air Sg Semenyih mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dari Kementerian Sumber Manusia. Sehingga Disember 2019, sejumlah 712 tenaga kerja teknikal Air Selangor telah menamatkan latihan dalam program yang diakreditasi oleh SKM ini.Kami komited untuk memenuhi syarat kompetensi dalam industri perkhidmatan air selaras dengan garis panduan SPAN. Air Selangor telah menghasilkan sejumlah 31% pekerja mahir, iaitu hanya 4% di belakang sasaran 35% yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk tahun 2020. Air Selangor yakin bahawa sasaran ini akan tercapai pada tahun 2020.
Ibu Pejabat Wilayah
Air Selangor | 21
Pelaksaan Dasar kesihatan, keselamatan& Persekitaran (hse)
Visi kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat utiliti air paling selamat tanpa sebarang kemalangan. Kami bersedia melaksanakan standard yang lebih tinggi dalam aspek HSE sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab. Pada Februari 2019, Air Selangor secara rasmi telah meletakkan Seksyen HSE di bawah Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran (HRAD).
Pelarasan Pelan Induk 3 Tahun HSE dengan objektif untuk memupuk elemen HSE dalam kalangan warga Air Selangor
Peraturan Keselamatan Nyawa (Life Saving Rules [LSR]) Air Selangor mempunyai objektif untuk memperkukuhkan keselamatan di tempat kerja. Penerapan 12 prinsip-prinsip keselamatan asas dalam kalangan pekerja dan kontraktor.
Lawatan Pengurusan (Management Walkabout [MWA]) HSE dijalankan di premis dan lapangan kerja Air Selangor terpilih. Inisiatif ini membantu meningkatkan kepimpinan dalam memperkasa HSE di tempat kerja untuk mencegah kematian dan kemalangan di premis dan tempat kerja Air Selangor.
INISIATIF HSEKepimpinan &Komitmen
Kecekapan &Pembangunan Keupayaan
Alam Sekitar
Kesihatan Pekerjaan
Kelestarian
Keselamatan Pekerjaan
Tadbir Urus HSE & Pengurusan HSE
PRINSIP
RANGKA KERJA
PROSES
Penilaian Risiko
Penetapan Konteks
Pengenalan Risiko
Analisis Risiko
Penilaian Risiko
Rawatan Risiko
Komunikasi dan Perundingan
Amanah dan Komitmen
Reka bentuk rangka kerja untuk pengurusan risiko
Pemantauan dan kajian semula rangka kerja
Penambahbaikan rangka kerja secara berterusan Melaksanakan prinsip risiko
22 | Air Selangor
RISIKO & INTEGRITIPENGURUSAN RISIKO SYARIKAT (ENTERPRISE RISK MANAGEMENT [ERM])
Jabatan Pengurusan Risiko (Risk Management Department [RMD]) Air Selangor ditubuhkan untuk memastikan budaya risiko yang berkesan diterapkan di seluruh rangkaian nilai untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko yang mempengaruhi secara langsung objektif strategik, rancangan perniagaan dan tanggungjawab peraturan kami. Kami juga sedar bahawa risiko perniagaan seperti ini dapat diubah menjadi peluang melalui amalan pengurusan risiko yang baik. Pengisian model tadbir urus kami menyokong mitigasi risiko berterusan dan asas pendekatan risiko kami adalah seperti berikut:
Setakat 31 Disember 2019, dinamik perniagaan utama berikut adalah di bawah pemantauan risiko berterusan;
1. Air Tidak Berhasil 5. Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar2. Pencemaran 6. Pengurusan Aset3. Kapasiti Margin Rizab 7. Ketersediaan Air Mentah4. Pengurusan Rangkaian 8. Pematuhan Peraturan
Pemantauan dan Penyemakan semula
•Penciptaannilai•Pengambilanrisikoterkawal•Mengatasiketidakpastian•Sebahagiandaripada proses membuat keputusan
•Berdasarkanmaklumatterbaik yang sedia ada•Pengawalanrisikosecarabebas•Ketelusan•Mengikutkesesuaian
•Sistematik&berstruktur•Memudahkanpenambahbaikan dan peningkatan berterusan •Mempertimbangkanaspekkemanusiaan dan kebudayaan
Air Selangor | 23
RISIKO & INTEGRITIPENCAPAIAN UTAMA
1. Pemantauan dan laporan bulanan mengenai tren kebimbangan dan risiko utama.2. Ulasan risiko dalam proses-proses operasi dan peraturan yang terpilih.3. Pelan Pemantauan Peraturan yang dilancarkan untuk tanggungjawab peraturan operasi.4. Menubuhkan Rangka Kerja Unit Integriti dan Anti Rasuah & Pencegahan Rasuah (ABAC).5. Membangunkan Pelan Induk 3-Tahun untuk Matlamat Pembangunan Lestari Air Selangor (SDG).
SASARAN RISIKO UTAMA UNTUK TAHUN KEWANGAN 2020
1. Untuk mematuhi sepenuhnya peruntukan Liabiliti Korporat Seksyen 17A SPRM.2. Menubuhkan pasukan Tadbir Urus ISO (ISOG) untuk mengawasi standard kualiti dan kawalan.3. Memperkukuhkan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (Business Continuity Management [BCM]) mengenai risiko yang berkaitan dengan “bukan air”.4. Pelaksanaan Solusi Pengurusan Risiko Perusahaan melalui teknologi digital untuk mengautomasikan pelaporan risiko.
INTEGRITI
Kejujuran
PercanggahanKepentingan
Kepimpinan
WajarIntegriti
Perkongsian Etika
Reputasi & SemangatMematuhi Undang-undang
Kesetiaan
Akauntabiliti
Komitmen UntukKecemerlangan
Di Air Selangor, integriti adalah tunjang kepada objektif strategik dan penyampaian perkhidmatan kami. Kami ingin memastikan semua perhubungan pekerja dan rakan bisnes adalah berlandaskan integriti, ketelusan, kesaksamaan dan etika yang baik. Kami mengamalkan piawaian moral dan prinsip tertinggi di sepanjang rangkaian nilai kami. Warga kerja dan rakan bisnes kami harus mematuhi “toleransi sifar” kami terhadap rasuah dan selalu mematuhi pelbagai dasar serta prosedur integriti yang ditetapkan di Air Selangor. Kami komited untuk mengekalkan piawaian etika tertinggi untuk memastikan pelanggan kami dapat menikmati kualiti dan standard perkhidmatan terbaik. Kami berhasrat untuk mencapai sasaran ini dengan mengamalkan piawaian etika berikut:
24 | Air Selangor
PEROLEHAN
Kami berhasrat agar segala keputusan dan pelaksanaan dalam tugas perolehan kami berkesan melalui pengoptimuman rangkaian bekalan dan dapat beralih dari pengurangan kos unit ke sumber strategik yang memberi fokus kepada ‘jumlah kos pemilikan’.
PENCAPAIAN
INVENTORI
Pada tahun 2019, selain daripada pemberian tender dan pengawasan perbelanjaan modal bernilai RM786.15 juta, Jabatan Perolehan (Procurement Department [PD]) terus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi melalui pelaksanaan perancangan perolehan tahunan, perjanjian rangka kerja dan perjanjian panel.
Memanfaatkan sistem ERP (TAMS) Oracle untuk melancarkan e-perolehan untuk mengurangkan pengunaan kertas kerja yang terlibat dalam proses pengeluaran tender. Pada masa yang sama, kami mengubahsuai sistem untuk mengurus pendaftaran dan pengurusan prestasi vendor dengan lebih baik.
Kami juga memulakan transformasi untuk menjadi jabatan strategik dengan memperkenalkan Pengurusan Kategori. Ia memberi fokus kepada pemahaman dan pengetahuan kategori yang mendalam, serta kerjasama erat antara PD dan jabatan teknikal lain untuk menguruskan perbelanjaan mengikut kategori.
Dalam bidang pengurusan inventori, pelaburan berjumlah RM3.7 juta dibelanjakan untuk pengubahsuaian 6 stor penyimpanan di Shah Alam, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, SSP2 & Rantau Panjang.
Perbelanjaan Operasi 2018 Perbelanjaan Operasi 2019
Kakitangan Pembaikan & Penyelenggaraan Elektrik Bahan Kimia Lain-lain Pembelian Air Kos Kewangan dan Pajakan
2018 2019
Penambahbaikan LRA
Program Penurunan NRW
Pengurusan dan Penggantian
Aset
Membangunkan & Meningkatkan
Sistem Pengagihan
12% 15%
9%
10%2%
2%4% 6%36% 24%
30%
34%
8%
8%
RM0 RM20 RM40 RM60 RM80 RM100 RM120 RM140 RM160 RM180 RM200Juta
RM16.7m
RM137.1mRM128.3m
RM108.6m
RM184.3mRM201.9m
RM142.6m
RM28.7m
Air Selangor | 25
PERBELANJAAN 2019 NOTA UTAMA:
PERBELANJAAN MODAL SETIAP TAHUN
•Padatahun2019,jumlahPerbelanjaanOperasi(OPEX)telahmenurunsebanyak4.9%daritahunsebelumnya.•Dengan pengambilalihan operator air berkuatkuasa 13 September 2019, kos pembelian air mencatatkan pengurangan dari 12% hingga 24%, berbanding 36% pada tahun 2018.•UntukmembiayaiprojekbawahPerbelanjaanModal (CAPEX) iaitupenggantianpaipbaharupada tahun2019 untuk penurunan NRW dan penambahbaikan LRA, kos Kewangan dan Pajakan meningkat kepada 34% berbanding 30% pada tahun 2018.•Pembaikandanpenyelenggaraan,sertakoskakitanganmeningkatpadatahun2019.Iniadalahimpakdaripada inisiatif yang memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan pelanggan, pengeluaran dan pengagihan.
Dalam mengharungi tahun 2020, kami bersedia dan terus komited untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu. Kami
kekal fokus dalam memberikan standard perkhidmatan dan kualiti air terbaik, untuk pengalaman pelanggan terbaik.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (201401006213) Ibu Pejabat, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur 03-2088 5400 03-2088 5449 [email protected]
•019-2800919•019-2816793
03-2088 5400
Aplikasi Telefon Pintar
03-2088 5499
www.airselangor.com
15300