MELAWAN KEBAKARAN 2
-
Upload
dina-shazwani -
Category
Documents
-
view
294 -
download
10
description
Transcript of MELAWAN KEBAKARAN 2
MELAWAN KEBAKARAN 2
AHLI KUMPULAN:NAMA
DINA SHAZWANI BINTI MAHAYUDDIN
SITI AMEERA ATHIRAH BINTI ABDULLAH
NORASHIKIN BINTI FHAUZI
FARZANA BINTI RAHIMMULLAH
NOOR AZLIZA BINTI PANGILON
TEKNIK PEMADAMAN KEBAKARAN
CARA MEMADAM KEBAKARAN
• Terdapat tiga cara yang praktik yang digunakan untuk memadam dan melawan kebakaran. Cara tersebut dikenali sabagai 3M iaitu:
1) Melaparkan2) Menyejukkan3) Melemaskan
MELAPARKAN
I. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.
II. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.
III. Memecahkan atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya ia mudah dipadamkan.
MENYEJUKKAN
I. Memindahkan atau menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran.
II. Suhu kebakaran itu akan turun dan gas atau wap mudah bakar akan berkurangan
III. Contohnya pemadaman menggunakan air yang akan mnyerap haba daripada kebakaran.
MELEMASKAN
Bekalan oksigen/udara akan dikurangkan daripada kebakaran dengan cara:
I. Meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni basah.
II. Menggunakan alat pemadam api.III. Menyembur debu kering.IV. Meletupkan kebakaran tangki minyak.
ALAT-ALAT GANTI MEMADAM API KECIL
GUNI PASIR
AIR
• PENDINGINAN
PASIR
• PEMBATASAN OKSIGEN
ASAS DAN LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEBAKARAN
MEROKOK
• Jika anda merokok, gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Jangan biarkan bekas abu rokok menjadi penuh yang boleh menyebabkan habuk panas terjatuh. Pastikan putung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
• Jangan sekali-kali merokok diatas katil atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
MANCIS DAN PEMETIK API
• Mancis dan pemetik api diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
GAS MEMASAK
• Sentiasa memastikan gas anda tidak bocor.• Lakukan pemeriksaan berkala.• Cabut saluran yang menyambungkan gas dan
dapur sewaktu anda keluar.
KESELAMATAN KETIKA MEMASAK• Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening,
keracunan atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
• Amalkan kawasan zon bebas kanak-kanak; (jarak tiga kaki atau satu meter).
• Jangan letakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.
• Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dapur boleh disambar api.
• Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakkan pakaian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.
• Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. • Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakkan
dilanggar atau ditarik oleh kanak-kanak.
LITAR & PERALATAN ELEKTRIK
• Guna perkakas elektrik bagi tujuan yang dinyatakan sahaja.
• Pastikan ia sentiasa diselenggara dan dibaiki oleh seorang yang bertauliah.
• Cabut wayar jika tidak digunakan dan sewaktu anda tiada di rumah.
LILIN• Jangan biarkan lilin atau sebarang punca api
terdedah tanpa diawasi.• Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik
atau sebelum tidur.• Letakkan lilin jauh dari dinding. Langsir, barangan
perhiasan dan cecair mudah bakar.• Padamkan dan sejukkan batang mancis yang
digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.
• Sentiasa gunakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.
UBAT NYAMUK & PELITA
• Tidak berhampiran dengan langsir.• Gunakan bekas yang mempunyai penutup.• Jauhkan dari tempat mainan kanak-kanak atau kanak-
kanak itu sendiri.• Jauhi dari hiasan rumah.• Jauhi dari tempat tidur bagi mengelakkan dari terkena
selimut.• Awasi kemungkinan dilanggar oleh binatang peliharaan
dan juga yang bukan peliharaan seperti tikus.• Pastikan tempat yang sesuai serta jauh dari bahan
mudah bakar seperti karpet, sofa dan sebagainya.
PERANAN MENCEGAH KEBAKARAN
• menyelamat mangsa• memadam dan mencegah api kebakaran
daripada merebak dan memusnah atau mengancam nyawa dan harta benda mangsa serta orang awam yang lain.
MELEPASKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR
Tip-tip untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran di dalam
bangunan:• Kejutkan semua orang yang berada di dalam
premis anda. Teriak Api! Api!
• Aktifkan alat amaran kebakaran yang paling hampir seperti penggera pecahkaca untuk mengejutkan orang di dalm bangunan dan bangunan yang berhampiran.
• Keluar segera dari bangunan yang terlibat.• Berkumpul di kawasan yang selamat seperti
tempat di tempat berhimpun yang telah ditetapkan, parkir kereta awam atau di tepi jalan.
• Pastikan jarak anda dengan bangunan yang terbakar di antara 1.5 ke 2 kali ketinggian bangunan tersebut.
• Elakkan berkumpul di laluan kereta bomba.
• Hubungi talian kecemasan dan pihak pengurus keselamatan bangunan sekiranya anda mengetahuinya.
• Jangan membazir masa untuk membawa keluar barang. Ingat bahawa barang boleh di cari tetapi nyawa tidak dapat diganti.
• Tutup pintu rintangan api atau pintu kompartmen di mana kebakaran berlaku bagi melengahkan api merebak dan memberi masa untuk menyelamatkan diri.
• Keluar menggunakan laluan menyelamatkan diri dan tangga kecemasan. Elakkan dari menggunakan lif kecuali bagi orang yang kurang upaya.
• Sekiranya anda sampai di laluan di mana terdapat pintu tertutup, buka dengan berhati-hati dengan menyandarkan bahu anda pada pintu tersebut dan buka dengan perlahan-perlahan. Ini kerana sekiranya terdapat kebakaran di sebalik pintu tersebut, tekananhasil dari kepanasan kebakaran tersebut akan memberi daya tolakan yang cukupkuat
• Sekiranya laluan menyelamatkan diri telah dipenuhi oleh asap, berjalanlah dengan membongkokkan diri sambil menutup mulut dan hidung anda dengan saputangan,oksigen biasanya berada di bawah aras asap. Asap biasanya mengandungi gas yangberacun yang boleh menyebabkan kematian.
• Ikutlah tanda arah ke tempat berhimpun yang telah ditentukan.
• Jangan cuba untuk memasuki kembali ke dalam bangunan setelah anda keluar dari bangunan tersebut melainkan setelah ianya dipastikan selamat oleh pihak yang berkuasa. Sekiranya anda mengsyaki kemungkinan masih ada seseorang yang anda kenal di dalam bangunan tersebut, maklumkan kepada ahli bomba yang berada di tempat kejadian
MENYELAMAT SEMASA KEBAKARAN
BAGAIMANA JIKA LALUAN UTAMA TERHALANG OLEH API DAN ASAP?
Menyelamatkan Diri melalui Tingkap• Pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi mengelakkan api
dari merebak.• Sekiranya anda berada ditingkat satu, cuba turun dengan
cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan.• Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar
melalui tingkap secara membelakang. Bergayut seketika pada sisi tingkap dan kemudian terjun.
• Anak-anak boleh dikeluarkan dengan cara menghulurkan mereka ke bawah sekiranya ada orang yang membantu. Jika tiada, cuba turunkan anak anda ke paras bawah sejauh yang mungkin dengan berhati-hati.
BAGAIMANA JIKA ANDA TERPERANGKAP?
Tindakan Sekiranya Terperangkap• Sekiranya anda berada di paras melebihi tingkat satu, anda tidak boleh
menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap kecuali turun menggunakan tangga, melalui beranda, pokok, garaj kereta ataupun tunggu sehingga ketibaan anggota bomba untuk menyelamatkan anda.
• Buka tingkap sedikit di bahagian atas dan bahagian bawah tingkap. Dengan berbuat demikian udara bersih dapat akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas yang telah dibuka.
• Tutup ruang-ruang dibawah pintu dengan menggunakan cadar, selimut, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke dalam bilik.
• Segeralah hubungi bomba atau jiran terdekat. Maklumkan kedudukan anda untuk membolehkan tugas menyelamat dilakukan dengan segera.
BAGAIMANA JIKA PAKAIAN ANDA TERBAKAR?
• Berhenti dan jangan lari kerana ini akan memarakkan api tersebut.
• Rebahkan diri dan tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling diatas lantai bagi memadamkan api tersebut.
• Jika anda melihat orang lain terbakar, anda hendaklah merebahkan mereka atau selimutkan dengan kain gebar (selimut) atau guni basah bagi memadamkan kebakaran tersebut.
KAEDAH MENYELAMAT KECEMASAN (SEORANG PENYELAMAT)
KAEDAH MENYELAMAT KECEMASAN (SEORANG PENYELAMAT)
1. PICK A BACK (Memikul Uncang)- cara yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan mampu memegang
2. HUMAN CRUTCH (Gaya Memapah)- Diaplikasikan untuk menyelamatkan mangsa yang sedar dan tidak boleh berjalan sendiri akibat kecederaan atau kecacatan.
3. FIREMAN LIFT (Dukungan Bomba)- digunakan untuk mengalihkan mangsa yang cedera ke tempat yang lebih selamat.
4. FIREMAN CRAWL (Merangkak Bomba)- digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang cedera dari tempat yang sempit secara merangkak.
5. CARA MENGALIHKAN MANGSA- menyeret mangsa menggunak blanket (mangsa dibaringkan di atas blanket).
- menyeret mangsa menuruni tangga (mangsa diikat kedua-dua tangan dan diheret perlahan-lahan menuruni tangga).
KAEDAH MENYELAMAT KECEMASAN (DUA ORANG PENYELAMAT)
KAEDAH MENYELAMAT KECEMASAN (DUA ORANG PENYELAMAT)
1. TWO HUMAN CRUTCH (Gaya Memapah Dua Orang)- cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.
2. TWO HANDED SEAT (Duduk Atas Dua Tangan)- cara yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan tidak boleh berjalan.- dua tangan mengampu di bawah peha dan dua tangan menjadi penyandar untuk mangsa.
3. THREE HANDED SEAT (Duduk Atas Tiga Tangan)- cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.- tiga tangan mengampu di bawah peha.
4. FOUR HANDED SEAT (Duduk Atas Empat Tangan)- cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.- empat tangan mengampu mangsa.
5. FORE AND AFT (Cara Mengekor)- cara yang digunakan oleh dua orang anggota penyelamat untuk mengangkat mangsa yang pengsan dan tidak boleh berjalan.