MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS...

24
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KERJA RUMAH SEBAGAI SATU STRATEGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH MAZULINA BINTI SAAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS...

Page 1: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KERJA RUMAH SEBAGAI

SATU STRATEGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH

MAZULINA BINTI SAAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8
Page 3: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8
Page 4: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KERJA RUMAH SEBAGAI

SATU STRATEGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH

MAZULINA BINTI SAAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 5: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8
Page 6: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kepada arwah ibu…

Kuiring doa untukmu

Belum sempat kutamatkan pengajian ini

dikau telah tiada,

Namun semangat dan harapanmu begitu terasa.

Kepada ayah yang dikasihi…

Jasa dan budimu ku sanjung tinggi

Semoga Allah jua memberkatimu.

Kepada ibu dan bapa mertuaku…

Terima kasih di atas perhatian dan kata-kata yang menjadi pendorong buatku.

Buat suami yang tercinta…

Doa, dorongan dan nasihat darimu membuatkan aku lebih tabah.

Buat puteri yang kusayangi…

Keceriaanmu menguatkan semangat umi.

“Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua”

Page 7: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Pn. Sanitah Bte Mohd Yusof selaku

pembimbing projek yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang banyak memberi bimbingan secara

langsung dan tidak langsung.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu di atas kerjasama yang telah diberikan

sepanjang kajian ini dijalankan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi

pengetahuan dan menjayakan projek ini diucapkan berbanyak terima kasih . Segala

pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama akan diingati untuk meneruskan

projek ilmiah yang akan datang.

Ucapan terima kasih juga buat keluarga khasnya suami di atas kesabaran,

pengorbanan dan dorongan yang diberikan.

Page 8: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap amalan kerja

rumah sebagai satu strategi pembelajaran di kalangan pelajar sekolah menengah.

Responden yang terlibat seramai 180 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan

Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. Instrumen

kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang memuatkan item-item untuk

mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan persoalan kajian. Skala

yang digunakan merupakan skala Likert Lima Mata. Data-data diproses dengan

menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratus dan min bagi setiap item. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap

amalan kerja rumah ini sebagai satu strategi pembelajaran berada pada tahap sederhana.

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak yang terlibat iaitu pelajar,

pihak sekolah, guru dan juga para ibu bapa dalam langkah untuk meningkatkan

kecemerlangan akademik pelajar.

Page 9: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

ABSTRACT

The study is to survey the perception of secondary school students towards the

habit of making homework part of their study strategies. The respondents are made up

of 180 students being form four students of Sekolah Menengah Kebangsaan Padang

Midin, Kuala Terenggganu. The method of survey consists of a questionnaire which

covers the background of the respondent, as well as questions related to the research`s

objectives. The scale used is the Likert`s Scale. The data is processed using the

Statistical Package For Social Science (SPSS) ver. 11.0 to obtain the frequent value,

percentages and mean for each item. The research concludes that the habit of students

making homework part of their study strategy at a moderate level. The results of the

research is hoped to become a guardline for students, schools, teachers as well as parents

in improving students academic exellency.

Page 10: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 73

Page 11: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Faktor 10

1.8.3 Kerja Rumah 10

1.8.4 Strategi Pembelajaran 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sikap 12

2.3 Minat 14

2.4 Masa 16

2.5 Keutamaan di Antara Menonton Televisyen dan

Membuat Kerja Rumah 19

2.6 Kajian Berkaitan 20

Page 12: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Tempat kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 25

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Prosedur Kajian 28

3.8 Analisis Data 28

3.9 Penutup 31

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Data Bahagian A 33

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Akademik 34

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Penginapan 35

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa/Penjaga 36

4.3 Analisis Data Bahagian B 37

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 37

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 41

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 44

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 47

4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 50

4.5 Jadual Silang Amalan Kerja Rumah Sebagai 51

Satu Strategi Pembelajaran

Page 13: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan 57

5.2.1 Sikap Pelajar Terhadap Amalan Kerja Rumah 57

5.2.2 Faktor Minat Membantu Pelajar Melaksanakan 58

Kerja Rumah

5.2.3 Faktor Masa Mempengaruhi Pelajar 60

Melaksanakan kerja Rumah

5.2.4 Keutamaan di Antara Menonton Televisyen 61

dan Membuat Kerja Rumah

5.3 Rumusan Kajian 62

5.3.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 62

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 63

5.4 Kesimpulan 64

5.5 Cadangan 65

5.5.1 Cadangan Tindakan 66

5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 67

SENARAI RUJUKAN 68

LAMPIRAN

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Lampiran E

Lampiran F

Page 14: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Cara Pemarkahan 26

3.2 Klasifikasi Item Berdasarkan Persoalan Kajian 27

3.3 Pemeringkatan Skala Likert 29

3.4 Petunjuk Peratusan Untuk Menunjukkan Darjah 30

Penilaian Terhadap Responden

3.5 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian 30

Terhadap Responden

3.6 Perubahan Markat dan Skala 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Akademik 34

4.4 Taburan Responden Mengikut Penginapan 35

4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 36

Bapa/Penjaga

4.6 Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang 37

Sikap Pelajar Terhadap Amalan Kerja Rumah

4.7 Analisa Item Berdasarkan Persoalan Tentang 41

Faktor Minat Akan Membantu Pelajar Dalam

Melaksanakan Kerja Rumah

4.8 Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang 44

Faktor Masa Mempengaruhi Pelajar Dalam

Melaksanakan Kerja Rumah

Page 15: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

4.9 Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang 47

Keutamaan Pelajar di Antara Menonton

Televisyen dan Membuat Kerja Rumah

4.10 Analisis Keseluruhan Peratusan dan Min 50

Responden Yang Menjawab Persoalan Kajian

4.11 Jantina dengan Sikap Pelajar terhadap 51

Amalan Kerja Rumah

4.12 Aliran Akademik dengan Sikap Pelajar 52

Terhadap Amalan Kerja Rumah

4.13 Pekerjaan bapa/penjaga dengan Sikap 53

Pelajar terhadap Amalan Kerja Rumah

4.14 Penginapan dengan Sikap Pelajar Terhadap 55

Amalan Kerja Rumah

Page 16: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

SENARAI SINGKATAN

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For Social Science

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

Page 17: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Pengakuan Pelajar

Fakulti Pendidikan, UTM

C Surat Kebenaran EPRD

D Surat Kebenaran JPNT

E Carta Morgan

F Analisis Reliability

Page 18: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perkembangan bermula dengan

perubahan dari segi falsafah dan kurikulum sehinggalah kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran (pedagogi). Pada dasarnya perubahan demi perubahan yang dilaksanakan

adalah untuk memperbaiki pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang yang berkaitan

dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Di samping itu, ianya juga adalah untuk

memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai ahli teknokrat dalam usaha

menuju ke arah pembentukan negara Malaysia sebagai sebuah negara industri.

Perubahan yang besar dalam sistem pendidikan negara adalah kearah merealisasikan

wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan rakyatnya

yang bersatu padu, jati diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

Ini akan dapat melahirkan masyarakat yang demokrasi dan bertolak ansur. Institusi

pendidikan seperti sekolah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan dasar untuk

mencapai matlamat tersebut.

Pendidikan adalah satu proses berterusan yang lahiriah berlaku dalam kehidupan

setiap manusia yang tertakluk kepada interaksi individu tersebut dengan

persekitarannya. Individu akan terus terlibat dalam proses pembelajaran sebagai satu

cara untuk meneruskan kehidupan. Pembelajaran yang tidak disedari berlaku secara

Page 19: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

2

tidak langsung melalui pancaindera, manakala pembelajaran yang disedari berlaku

melalui fokus yang dibuat oleh individu tersebut bagi tujuan pemantapan pengetahuan

(Crow & Crow, 1983). Oleh itu pembelajaran dalam kehidupan individu adalah

bagaimana individu dididik, terdidik dan berusaha untuk mendapatkan pendidikan dalam

diri. Beliau juga menyatakan setiap masyarakat daripada setiap perkembangan

mempunyai sistem pendidikan tersendiri dan mempengaruhi individu-individu dalam

masyarakat.

Pembelajaran juga ialah proses pemerolehan ilmu, pengetahuan dan sikap. Ia

melibatkan cara baru untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan cubaan untuk mengatasi

rintangan yang ada. Oleh itu, pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku yang progresif.

Ia membolehkan individu mencapai matlamat mereka. Kimble (1961) menyatakan

pembelajaran itu ialah perubahan potensi tingkahlaku yang berlaku akibat latihan yang

diteguhkan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum diketahui oleh individu itu

sendiri (Kamarudin, 1997).

Selain itu, pembelajaran juga dilihat sebagai proses dalaman yang dialami oleh

pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa

perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. Pembelajaran dianggap

sebagai satu proses interaktif bagi penghasilan kerja pelajar dan aktiviti guru dalam satu-

satu persekitaran pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini adalah elemen utama dalam proses

pembelajaran yang menunjukkan variasi luas terhadap cara, gaya dan kualiti

pembelajaran (Ee Ah Meng, 1990).

Dalam kerjaya pendidikan, pengajaran guru amat penting untuk mencapai

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah bersifat dinamik dan

mesti disampaikan dengan sebaik mungkin. Semasa proses pengajaran dan

pembelajaran, pelbagai kaedah dan strategi perlu diaplikasikan agar proses tersebut

dapat memberi kesan yang maksimum terhadap pelajar. Sebarang permasalahan yang

timbul dalam pengajaran dan pembelajaran harus ditangani oleh para guru dengan

bersungguh-sungguh. Mengikut Omardin (1999) bahawa kejayaan atau kegagalan

Page 20: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

3

dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa faktor di antaranya

yang terpenting ialah guru.

Noran Fauziah (1993) menegaskan bahawa peranan guru akan lebih berkesan di

sekolah dan di bilik darjah. Menurutnya lagi, guru haruslah menguasai beberapa aspek

dalam pengajaran mereka. Antaranya ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan

mengenai mata pelajaran yang diajar, kaedah mengajar, pengurusan bilik darjah dan

pengetahuan psikologi dan sosiologi pendidikan serta mempunyai pengetahuan terkini

yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, guru harus menggunakan pelbagai

pendekatan dan strategi dalam mendidik para pelajar.

Pelajar adalah individu yang mengalami proses pembelajaran melalui pengajaran

yang disampaikan oleh guru. Mereka ini berbeza-beza daripada segi kognitif, emosi dan

psikomotor. Perbezaan di kalangan pelajar daripada segi kognitif bermaksud terdapat

kalangan pelajar yang cerdas dan cepat memahami pelajaran dan terdapat juga pelajar

yang agak lambat memahami pelajaran yang disampaikan. Dengan menyedari keadaan

ini pengajaran guru hendaklah menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk

menampung pembelajaran kedua-dua kumpulan ini.

Bagi seseorang pelajar juga harus mempunyai suatu pendekatan, kaedah, teknik

dan aktiviti yang dipilih dan diaplikasi yang merupakan strategi dalam pembelajaran

mereka. Setiap individu mempunyai cara belajar masing-masing. Ada yang suka

belajar dalam keadaan senyap, membaca dan membuat catatan atau membuat latihan

untuk memudahkan pemahaman dan meningkatkan ingatan. Apabila seseorang pelajar

itu dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang disukainya, dapat membantu diri

mereka belajar dengan lebih berkesan lagi. Salah satu strategi yang diamalkan oleh

para pelajar dalam pembelajaran mereka ialah amalan kerja rumah yang diberikan oleh

guru sama ada berbentuk soalan latihan, lembaran kerja, kerja-kerja bertulis dan

sebagainya, sebagai persediaan awal mahupun sebagai pengukuhan.

Page 21: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat pelbagai strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

diperkenalkan dengan tujuan menarik minat, perhatian dan merangsang minda pelajar.

Antara strategi yang sering dilakukan dan dijalankan ialah kaedah pengajaran

berbantukan komputer, kaedah simulasi, perbincangan, sumbangsaran, seminar, lawatan,

pembelajaran koperatif dan sebagainya. Selain itu, aspek pengukuhan juga merupakan

aspek yang tidak kurang pentingnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.

Biasanya guru akan memberikan kerja rumah sebagai aktiviti pengukuhan apabila

selesai ataupun sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Kerja rumah juga dapat dijadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk

menghadapi pelajaran yang sukar dilaksanakan di bilik darjah. Para pelajar juga

berpeluang untuk membuat latihan-latihan yang banyak dan dengan itu dapat

mengukuhkan pelajaran yang diikuti di bilik darjah. Kerja rumah yang diberikan ini

boleh dalam bentuk tugasan pendek, soalan latihan, kajian kes, pembacaan dan

sebagainya.

Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para

pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai

isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk

belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki

kelemahan mereka di bilik darjah.

Perkara ini adalah selari dengan Teori Tingkahlaku. Teori yang dibina dari

pandangan Skinner (1954) ini menekankan hasil tindakbalas (respon) individu terhadap

rangsangan (stimulus) yang diterima dari persekitaran. Skinner terkenal dengan Teori

Rangsangan Tindakbalas. Dalam pengajaran terancang yang dipelopori oleh Skinner

pada tahun 1968, menekankan tentang pengajaran rantaian latihan seharusnya dalam

kerangka;

Soalan (rangsangan) Jawapan (tindakbalas) Soal Jawab

Page 22: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

5

Kerangka ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kandungan mata

pelajaran secara berperingkat. Pastikan pelajar membuat tindakbalas untuk setiap

kerangka dan juga menerima maklum balas dengan segera. Soalan-soalan yang

diberikan kepada pelajar sebagai kerja rumah hendaklah disusun tahap kesukarannya.

Ini jelas menunjukkan bahawa pemberian kerja rumah kepada pelajar sebagai satu

strategi pembelajaran menepati cirri-ciri dalam Teori Tingkahlaku.

Menurut Ee Ah Meng (1990), selain daripada untuk meningkatkan kefahaman

dan pengayaan kepada pelajar berkaitan sesuatu mata pelajaran yang diajar, tugasan atau

kerja rumah yang diberikan adalah bertujuan untuk:

1. Mengukuhkan konsep-konsep yang telah disampaikan dalam satu-satu

mata pelajaran.

2. Membolehkan pelajar-pelajar memperdalami lagi pengetahuan mereka.

3. Menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar untuk cuba mengaplikasikan

apa yang telah dipelajari.

4. Meningkatkan satu-satu kemahiran yang telah diperolehi sewaktu

pembelajaran.

5. Menimbulkan perasaan kejayaan di kalangan pelajar melalui peneguhan

yang diberikan guru.

Beliau menambah, kadang kala tugasan atau aktiviti pelajaran ini akan

menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang pelajar itu. Kemungkinan tugasan

yang diberikan ini akan menimbulkan rasa bosan kepada pelajar kerana bentuk tugasan

itu tidak menarik minat pelajar dan dengan itu mereka mula mencari sesuatu yang lebih

menarik serta menyeronokkan seperti membaca buku cerita, menonton televisyen, keluar

bersiar-siar dan sebagainya. Tugasan yang diberikan juga mungkin akan menyebabkan

Page 23: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

6

pelajar rasa kecewa kerana ianya terlalu sukar sehingga menyebabkan mereka mula

menarik diri dan mengabaikannya.

Pelajar juga harus mempunyai sikap positif terhadap pelajaran mereka bagi

memperolehi pencapaian akademik yang baik. Salah satu caranya ialah dengan

melakukan latihan-latihan tambahan atau menyelesaikan kerja-kerja rumah yang

diberikan kepadanya. Bagi sesetengah pelajar, mereka tidak menghadapi masalah untuk

menyelesaikan tugasan tersebut kerana mereka mempunyai pemahaman dan kemahiran

yang tinggi yang ada pada mereka, tetapi bagi pelajar-pelajar yang mempunyai tahap

pemahaman dan kemahiran yang agak rendah, mereka akan menghadapi masalah. Ini

akan menyebabkan mereka tidak berminat terhadap kerja-kerja rumah yang diberikan.

Tetapi, bagi pelajar yang agak pintar, kerja rumah merupakan satu tugasan untuk

memajukan diri terutamanya dari segi pembelajaran mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Amalan kerja rumah merupakan salah satu strategi pembelajaran dalam

meningkatkan prestasi bagi setiap mata pelajaran di sekolah menengah. Amalan ini

sudah sebati pada diri pelajar mahupun guru. Namun begitu, perlaksanaannya

kadangkala menghadapi masalah disebabkan oleh beberapa sebab antaranya kekangan

masa, sikap pelajar, minat dan sebagainya. Oleh itu, pengkaji ingin membuat satu

tinjauan mengenai pandangan pelajar tentang amalan kerja rumah sebagai satu strategi

pembelajaran di sekolah menengah. Aspek yang ingin dikaji meliputi sikap pelajar,

faktor minat, faktor masa dan juga keutamaan pelajar dalam menyiapkan kerja rumah.

Page 24: MAZULINA BINTI SAAD › epusatsumber › pdffail › ptkghdfwP... · menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan, ... 1.7 Batasan Kajian 8 1.8

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi;

1.4.1 Meninjau sikap pelajar terhadap amalan kerja rumah.

1.4.2 Meninjau persepsi pelajar terhadap faktor minat dalam membantu melaksanakan

kerja rumah.

1.4.3 Meninjau persepsi pelajar terhadap faktor masa dalam menyiapkan kerja rumah.

1.4.4 Mengenalpasti keutamaan pelajar di antara menonton televisyen dan membuat

kerja rumah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian di atas pengkaji

telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian antaranya:

1.5.1 Apakah sikap pelajar terhadap amalan kerja rumah?

1.5.2 Apakah faktor minat membantu pelajar dalam melaksanakan kerja rumah?

1.5.3 Apakah faktor masa mempengaruhi pelajar dalam melaksanakan kerja rumah?

1.5.4 Apakah keutamaan pelajar di antara menonton televisyen dan membuat kerja

rumah?