MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

28
MATINYA SEORANG PAHLAWAN- HANG JEBAT NOR WAHIDA BT SALIM SITI NURAISHAH BT MOHD SHAID NORLIZA BT BAMSUANI NUR ATIKAH BT MUSLIM CRISTINE TEO NURULHANISAH BT SELAMAT ABSTRAK “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat” membincangkan mengenai pengorbanan seorang sabahat terhadap sahabatnya dalam menggambarkan erti semangat setiakawan. Ketegasan Hang Jebat dalam memperjuangkan apa yang dirasakannya benar dan tidak menindas mana-mana pihak menjadi laungan semangat perjuangannya. Dalam penceritaan Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat digambarkan sebagai pengkhianat kerajaan Melaka walhal tindakan beliau adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan menuntut bela terhadap khabar angin kematian sahabatnya Hang Tuah atas fitnah yang dilemparkan oleh pembesar Melaka. Dalam kertas kerja seminar ini, kami akan membincangkan mengenai “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat”. Kami akan menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai perwatakan Hang Jebat, konflik-konflik yang menjurus kepada peristiwa kematian Hang Jebat dan pengajaran yang kita perolehi daripada kisah Hang Jebat ini. 1

description

PERKONGSIAN BERSAMA

Transcript of MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

Page 1: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

MATINYA SEORANG PAHLAWAN- HANG JEBAT

NOR WAHIDA BT SALIMSITI NURAISHAH BT MOHD SHAID

NORLIZA BT BAMSUANINUR ATIKAH BT MUSLIM

CRISTINE TEONURULHANISAH BT SELAMAT

ABSTRAK

“Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat” membincangkan mengenai pengorbanan

seorang sabahat terhadap sahabatnya dalam menggambarkan erti semangat setiakawan.

Ketegasan Hang Jebat dalam memperjuangkan apa yang dirasakannya benar dan tidak

menindas mana-mana pihak menjadi laungan semangat perjuangannya. Dalam

penceritaan Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat digambarkan sebagai pengkhianat kerajaan

Melaka walhal tindakan beliau adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan menuntut

bela terhadap khabar angin kematian sahabatnya Hang Tuah atas fitnah yang dilemparkan

oleh pembesar Melaka. Dalam kertas kerja seminar ini, kami akan membincangkan

mengenai “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat”. Kami akan menghuraikan dengan

lebih terperinci mengenai perwatakan Hang Jebat, konflik-konflik yang menjurus kepada

peristiwa kematian Hang Jebat dan pengajaran yang kita perolehi daripada kisah Hang

Jebat ini.

1

Page 2: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

PENGENALAN

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman

kerajaan Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana serta pahlawan Melayu yang

taat kepada sultannya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada

abad ke-15. Semasa Hang Tuah berkhidmat di istana, beliau telah dihadiahi dengan keris

Taming Sari kerana telah berjaya membunuh seorang pahlawan Majapahit.

Hang Tuah telah dihukum bunuh kerana dituduh berzina dengan dayang Sultan.

Bagaimanapun hukuman itu tidak dilaksanakan dan Hang Tuah telah dihantar ke suatu

tempat yang terpencil. Hang Jebat telah mempercayai sahabatnya itu telah mati lalu

menuntut bela dengan melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan dan

telah menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Sultan berasa menyesal kerana telah

menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana hanya Hang Tuah sahaja yang

mampu mengalahkan Hang Jebat. Bendahara telah memanggil Hang Tuah dari tempat

persembunyiannya dan beliau telah diampunkan oleh Sultan. Hang Jebat tewas selepas

bertarung dengan Hang Tuah selama tujuh hari. Hang Tuah telah meneruskan khidmatnya

kepada Sultan selepas kematian Hang Jebat.

SEJARAH MALAYSIA

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal kewujudan manusia

awal berusia 40 000 tahun. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman,

iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung

Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India

memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak

2

Page 3: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal

abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke

10 yang merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Hal ini termasuklah

Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan

Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka wujud dan

kemakmuran ekonominya telah menarik minat Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh

Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau

Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan

Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni Di Raja Britain diwujudkan pada

1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas

seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri

Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain

telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya perjanjian

Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri

Melayu, iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan atau dikenali sebagai Negeri-

negeri Bersekutu. Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Tidak

Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa

Thailand.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran

untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British

khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru British

3

Page 4: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan

sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem

kewarganegaraan tunggal. Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di

bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September

1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah dan

Sarawak). Kesultanan Brunei yang pada awalnya menyatakan hasrat untuk menyertai

Malaysia kemudian menarik diri akibat tentangan daripada sebahagian masyarakat

Brunei. Pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan

kaum pada 1969.

PERBINCANGAN HIKAYAT HANG TUAH

Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai

sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan.

Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian

daripada Sulalatus Salatin (sejarah melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai

sebuah karya sastera Melayu yang terindah.

Hikayat Hang Tuah mengikut Shellabear ada dua edisi yang disalin dan digunakan

hingga pada masa ini. Satu daripadanya naskhah yang disalin oleh Shellabear sendiri dan

dicetak oleh Malayan Publishing House, Singapura yang mana ia didasarkan daripada

hikayat tulisan tangan dalam simpanan R.N. Bland. Sementara yang sebuah lagi ialah

naskhah yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta.

Permulaan hikayat ini ditonjolkan mengenai pemerintah di kayangan yang akhirnya

4

Page 5: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

turun ke dunia semata-mata untuk menabalkan anak baginda Sang Peri Dewa di Bukit

Seguntang. Baginda berkahwin pula dengan seorang puteri yang menjelma dari muntah

lembu dan memperoleh empat orang anak, iaitu Sang Seniaka, Sang Jaya Nentaka, Sang

Maniaka dan Sang Setiaka. Sang Maniaka menaiki kerajaan Bentan, daripada situ barulah

dikaitkan dengan kisah keturunan Hang Tuah anak Hang Mahmud dengan Dang Merdu

Wati di Sungai Duyung. Kesempitan hidup menyebabkan Hang Mahmud anak beranak

berhijrah ke Bentan. Alamat dan tanda-tanda ajaib melalui mimpi menyatakan bahawa

Hang Tuah satu ketika nanti akan menjadi orang terbilang ada juga disebutkan.

Semasa kecilnya Hang Tuah kebetulan berkawan dengan empat orang sahabat yang

akrab dan sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang

Lekiu. Sejak kecil lagi Hang Tuah sudah menunjukkan keberanian dan kehandalan

apabila mereka berlima mengalahkan lanun yang hendak menangkap mereka. Sekali lagi

peristiwa Hang Tuah seorang diri telah membunuh orang gila dengan kapak.

Hang Tuah lima bersahabat naik ke gunung untuk berguru kepada Sang Adi Putera.

Di situlah pendita tersebut meramalkan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah.

Keberanian kelima sahabat ini ditonjolkan lagi apabila mereka berjaya membunuh

orang-orang mengamuk yang hendak membunuh rombongan Bendahara Paduka Raja.

Atas jasa mereka itu, kelima-limanya diambil oleh Bendahara menjadi pegawai rendah

dalam istana.

Patih Kerma Wijaya dari Majapahit merajuk dan lari ke Bentan. Dikaitkan pula cerita

panji dimana Raden Wira Nentaja dari Daha singgah dalam perjalanan mencari

sepupunya Raden Galuh Puspa Kencana. Diikuti pula dengan kisah sang Maniaka

membuka negeri Melaka dan Hang Tuah ketika itu Bentara telah ditugaskan meminang

5

Page 6: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

Puteri Betara Majapahit. Di Majapahit pula Hang Tuah dan angkatan Melaka telah diuji

oleh pendekar-pendekar Jawa. Termasuklah beliau membunuh orang Jawa yang

mengamuk serta menewaskan Taming Sari dan Betara Majapahit memberikan gelaran

kepadanya Laksamana.

Raja Melaka semakin sayangkan Hang Tuah dan ini menerbitkan rasa dengki dan

cemburu dalam kalangan pembesar istana serta memfitnah beliau sehingga sultan

menitahkan Hang Tuah dibunuh. Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dengan

menyuruhnya melarikan diri. Akhirnya Laksamana Hang Tuah pergi ke Indara Putera

(pahang). Disana beliau telah membuat angkara dengan melarikan Tun Teja puteri kepada

Bendahara Pahang untuk disembahkan ke bawah duli Sultan Melaka. Tunang kepada Tun

Teja- Megat Panji Alam marah, tetapi dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi begitu

juga dengan adiknya Megat Kembar Ali.

Sekali lagi Hang Tuah difitnah oleh pembesar-pembesar yang dengki. Bendahara

yang dititah membunuh Hang Tuah telah menyorokkan Hang Tuah di hulu Melaka. Hang

Jebat sebagai sahabat setia marahkan pembesar yang hasad dengki itu membuat onar.

Istana sultan dirampas, gundik raja dinodainya. Begitu ramai pendekar yang dihantar

membunuh Hang Jebat semuanya kecundang. Hang Tuah yang diampun kembali telah

membunuh sahabat baiknya kerana dianggap memderhaka kepada raja. Semasa hayatnya

Hang Tuah juga dikatakan telah dihantar menjadi duta ke Benua Keling, ke Benua Cina

dan pernah jumpa Nabi Allah Khidir yang memberikannya ilmu supaya boleh bertutur

apa-apa juga bahasa di dunia ini.

Di akhir cerita dikatakan Hang Tuah yang sudah tua itu memohon ke bawah untuk

berkhalwat, atau beribadat di Tanjung Jugra. Dikatakan semasa Hang Tuah beribadat di

6

Page 7: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

situ tiba-tiba dia ghaib menjadi wali Allah. Kononnya hulubalang besar tidak akan mati.

Sejajar pula dengan slogan yang disebut-sebut oleh Hang Tuah, " Tidakkan Melayu

hilang di dunia".

DAPATAN KAJIAN

LATAR BELAKANG DAN PERWATAKAN HANG JEBAT

Gambaran Paras Rupa yang Kacak

Dari segi fizikal Hang Jebat, Hang Jebat dikatakan mempunyai kulit yang putih dan

rambutnya ikal. Gambaran singkat ini telah cukup memberi penjelasan kepada kita

bahawa Hang Jebat adalah seorang yang kacak orangnya. Hang Jebat adalah seseorang

yang mempunyai suara yang merdu dan pandai membaca hikayat. Dia juga memiliki ilmu

seperti ilmu batin, ilmu sakti, ilmu firasat, dan ilmu pustaka. Kehandalannya lebih kurang

sama dengan Hang Tuah kerana mereka sama-sama berguru di Bentan dan juga di

Majapahit.

"Dalam lima itu, seorang Hang Tuah namanya, saya lihat bukan

barang- barang orang lakunya dan sikapnya, tubuhnya putih kuning

dan rambutnya ikal, perkataannya hulubalang juga yang keluar

daripada mulutnya dengan manisnya berkata-kata; dan seorang Hang

Jebat, itupun terlalu baik sikapnya, tubuhnya putih kuning dan

rambutnya ikal, perkataannya keras; seorang Hang Kasturi, seorang

Hang Lekir, seorang Hang Lekiu, itu pun baik-baik sikapnya dan

rupanya, sebaya-baya besarnya."

(Hikayat Hang Tuah :Halaman ke 30)

7

Page 8: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

Hang Jebat Bersahabat dengan Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang

Kasturi

Hang Jebat merupakan sahabat kepada Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang

Kasturi. Mereka berlima diberi gelaran ‘Lima Sekawan’ kerana telah menjalinkan

persahabatan sejak dari kecil. Mereka mempunyai semangat persahabatan yang kuat dan

saling mempertahankan sahabat mereka antara satu sama lain.

Mereka berlima juga belajar silat bersama-sama sewaktu mereka kecil. Mereka

pernah menewaskan musuh di sebuah pulau sewaktu mereka masih kecil. Kemudian

mereka juga berjaya mengalahkan orang yang mengamuk dan cuba membunuh

Bendahara Melaka. Hang Jebat bersama-sama rakan-rakannya telah menewaskan

perajurit-perajurit Majapahit. Hang Jebat menghargai nilai persahabatan mereka. Justeru

itu, dia tidak akan bertarung dengan Hang Kasturi. Sepertimana katanya, “Sungguh malu

kalau sahabat menikam atau ditikam oleh sahabatnya sendiri”. Sifat kesetiaan kepada

sahabatlah yang mengharumkan nama Hang Jebat, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya

Hang Tuah. Hang Jebat menganggap persahabatan mereka berlima saudara sebagai telur

sesarang, pecah sebiji pecah semuanya.

Hang Jebat mempunyai Sikap Keras Hati, Bertindak Terburu-buru, dan Seorang

yang Setiakawan

Sikap yang menonjol pada diri Jebat ialah sikap keras hati. Sewaktu zaman remaja, Hang

Tuah pernah menyuarakan cadangannya supaya mereka berlima sahabat pergi belayar.

Walaupun begitu, Hang Jebatlah orang yang memperlihatkan sifat agresif dan berani.

Ungkapan “Mengapa tidak belayar sahaja?” ditujukan oleh Hang Jebat kepada sahabat-

8

Page 9: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

sahabatnya.

Hal yang sama juga berlaku sewaktu mereka berada di Majapahit, Hang Jebat

jugalah yang mengutarakan cadangan supaya mereka semua mengamuk di istana Betara

Majapahit kerana keris Taming Sari yang baru dihadiahkan oleh Betara Majapahit hilang.

Daripada keterangan yang ditunjukkan ini jelas menunjukkan Hang Jebat adalah seorang

yang berani dan keras hati.

Walau bagaimanapun, Hang Jebat juga mempunyai kelemahannya sendiri. Hang

Jebat selalu bertindak terburu-buru dan kadang-kadang melulu pula.

Satu sifat Hang Jebat yang paling mulia ialah sifat setiakawannya yang sangat

menebal. Kesetiaannya kepada sahabat tidak ada tolok bandingnya ketika itu. Hang Jebat

menganggap persahabatan mereka berlima saudara sebagai telur sesarang, pecah sebiji

pecah semuanya. Hang Jebat adalah pahlawan Melayu yang berani menentang raja

semata-mata kerana persahabatan. Walaupun raja dianggapnya bayangan Tuhan dan tidak

ada siapa yang berani menentangnya, tetapi Hang Jebatlah satu-satunya manusia yang

memecahkan tradisi feudalisme: pantang Melayu menderhaka. Hang Jebat percaya apa

yang dilakukannya adalah benar dan hak.

Keberanian Hang Jebat digambarkan dalam Sulalatus Salatin

Hang Jebat adalah seorang Hulubalang yang berani. Keberaniannya terserlah

ketika mengikuti Sultan Mansur Syah ke Majapahit. Di Majapahit, Hang Jebat bersama

kawan-kawannya dengan berani menaiki balai larangan Betara Majapahit sehingga

mereka didatangi orang-orang Majapahit untuk menghapuskan Hang Jebat dan kawan-

kawannya. Tetapi orang-orang Majapahit itu gagal: Sepertimana kata Hang Jebat "

9

Page 10: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

pancunglah oleh tuan hamba , biarlah hamba mengampung akan dia";...

Hang Jebat adalah Seorang Betara kemudian menjadi Paduka Raja

Hang Jebat pada asalnya hanyalah seorang betara biasa sahaja. Namun, Hang Jebat

dinaikkan pangkat menjadi Paduka Raja selepas Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat

dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan tempat yang telah ditinggalkan oleh Hang

Tuah selepas Hang Tuah dihukum bunuh.

Mempunyai Anak bersama Dang Baru

Hang Jebat mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada permukahannya bersama Dang

Baru. Hang Jebat berjaya memikat Dang Wangi yang merupakan seorang gundik yang

sangat disenangi oleh raja. Permukahan antara mereka berdua terjadi semasa peristiwa

Hang Jebat berfoya-foya dengan dayang-dayang istana di dalam bilik singgahsana raja

sehingga melahirkan seorang anak lelaki. Anak lelaki tersebut dinamakan sebagai Hang

Kadim.

PERISTIWA HANG TUAH DIFITNAH-PERMULAAN PENDERHAKAAN

HANG JEBAT

Semasa zaman Hang Tuah menjadi Laksamana, Melaka aman dan tenteram. Raja

sangat sayang dan sentiasa mendengar apa sahaja yang diperkatakan oleh Hang Tuah.

Apa sahaja yang diperkatakan oleh Hang Tuah akan dituruti oleh raja. Melihat akan hal

ini, maka ramailah pegawai-pegawai yang lain mencemburui kedudukan Hang Tuah.

Mereka takut dan khuatir jika suatu hari nanti Hang Tuah yang akan menjadi Bendahara

10

Page 11: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

dan sentiasa disukai oleh raja. Hanya Bendahara dan Temenggung sahaja yang

menyenangi Hang Tuah. Oleh itu, mereka berpakat untuk berjumpa Patih Kerma Wijaya

supaya berpakat dengan mereka untuk menjatuhkan Hang Tuah.

Pegawai-pegawai ini kemudiannya berjumpa dengan Patih Kerma Wijaya dan mula

menabur fitnah tentang Hang Tuah. Mereka bercerita terlihat Hang Tuah bermukah

dengan dayang-dayang istana. Patih Kerma Wijaya ini kemudiannya mengadap raja dan

mengadu akan hal yang telah diceritakan oleh pegawai-pegawai itu. Hal ini menyebabkan

raja murka dan tanpa usul periksa terus menitahkan Bendahara untuk membunuh Hang

Tuah. Raja Melaka menitahkan Hang Jebat dan Hang Kasturi untuk mengambil keris

Taming Sari daripada Hang Tuah.

Walau bagaimanapun, Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati untuk

menghukum Hang Tuah dan tidak terus membunuh Hang Tuah sebaliknya menyuruh

Hang Tuah bersembunyi untuk sementara waktu di dusunnya yang terletak di Hulu

Melaka. Di Hulu Melaka itu Hang Tuah berguru dengan seorang sheikh yang bernama

Syeikh Mansor.

Sepeninggalan Hang Tuah, Hang Jebat dianugerahkan keris Taming Sari oleh

Raja Melaka. Sepeninggalan Hang Tuah, raja bersedih dan tidak keluar diadap orang

selama tujuh hari. Oleh itu, raja menitahkan Hang Jebat menghiburkan hati Raja Melaka

dengan mendondangkan lagu dan beriwayat demi menghiburkan hati Raja Melaka yang

sedang berduka sejak perginya Hang Tuah.

“... maka Hang Jebat pun datang mengadap. Maka disuruhnya oleh

raja membaca hikayat, kerana ia tahu membawa suara bagai-bagai,

tambahan suaranya terlalu baik. Maka hang Jebat pun membawa

11

Page 12: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

hikayat, terlalu nyaring suaranya lagi merdu. Maka segala dayang-

dayang dan perwara dan gundik raja sekaliannya pun duduk mengintai

di balik dinding, mengintaikan Hang Jebat membaca hikayat itu. Maka

segala gundik raja pun berahilah akan Hang Jebat. Maka raja pun

terlalu sukacita menengar Hang Jebat membaca hikayat itu, suaranya

terlalu manis seperti buluh perindu, kerana Hang Jebat pandai

mengadakan suara memberi sekalian menengar dia pilu dan rawan;

barangsiapa menengar dia menjadi kasih hatinya. Maka raja pun

beradulah di ribanya Hang Jebat. Maka Hang Jebat pun berhenti

daripada membaca itu lalu menyanyi pula mengulit raja beradu itu,

terlalu sekali merdu suaranya. Maka raja pun tidurlah di riba Hang

Jebat terlalu nyedar...”

(Hikayat Hang Tuah 1997:329)

Setelah Hang Jebat dilantik menjadi laksamana, beliau berubah sikap menjadi

seorang yang liar sehingga melarang pembesar-pembesar istana datang mengadap Raja

Melaka. Hang Jebat tidak menghiraukan nasihat kawan-kawannya dan ini menyebabkan

kawan-kawannya mulai muak dengan sikap Hang Jebat. Tun Teja juga membantah

keputusan Raja Melaka untuk menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Hang Jebat

kerana gelaran itu adalah untuk keturunan Bendahara Paduka Raja. Beberapa pembesar

istana mula terkenangkan Hang Tuah dan menyesal kerana pernah menfitnah Hang Tuah.

12

Page 13: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

PERUBAHAN SIKAP HANG JEBAT

Permukahan dalam Istana

Selepas Hang Jebat dikurniakan gelaran Paduka Raja oleh sultan dan mendapat keris

Taming Sari, sikap Hang Jebat telah berubah. Hang Jebat telah berkelakuan seperti anak-

anak raja dan menunjukkan sikap tidak sopan terhadap raja dan bendahara. Hang Jebat

telah bermukah, yang membawa maksud berzina dalam bahasa Melayu moden.

Arkian maka Hang Jebat pun sentiasa duduk di dalam istana raja;ia

temasya dengan segala dayang-dayang isi istana dan gundik dengan

segala bunyi- bunyian terlalu ramai. Maka Hang Jebat pun bermukah

dengan segala dayang-dayang;

(Hikayat Hang Tuah: Halaman ke 333)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1051), bermukah membawa maksud

melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkehendak. Berdasarkan petikan di

atas, jelas bahawa Hang Jebat memang melakukan zina termasuk jugalah berzina dengan

gundik raja.

Perbezaan Peranan Hang Jebat dan Hang Tuah

Perbuatan Hang Jebat tiada seorang pun yang berani menegurnya,tetapi

perbuatannya ini telah diintai oleh seorang sahabatnya, Hang Kasturi. Hang Kasturi telah

bertanya kepada Hang Jebat "Adapun tatkala laksamana jadi orang tua, bendahara dan

temenggung dan segala pegawai hamba lihat sediakala masuk bermain ke balairung dan

ke bendul. Akan sekarang tuan hamba jadi orang tua, hamba lihat bendahara dan

13

Page 14: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

temenggung dan segala pegawai yang tua-tua tiada masuk bermain ke balairung dan

ke bendul. Apa juga sebabnya?"

Petikan ini turut menunjukkan kepada kita bahawa sewaktu Hang Jebat dilantik

menjadi Paduka Raja oleh raja, perwatakan Hang Jebat berbeza jika dibandingkan

dengan Hang Tuah kerana sewaktu Hang Tuah menjadi laksamana, bendahara,

temenggung dan segala pegawai yang tua-tua boleh bekerjasama dengan Hang Tuah.

Sikap Hang Jebat yang tidak membenarkan sesiapa masuk ke istana, termasuklah

segala pegawai dan petuanan menyebabkan pegawai dan ketuanan ini tersangat marah

kepadanya. Maka kata Hang Jebat, "Jangan tuan-tuan masuk haru biru, kerana dahulu

lain sekarang lain; bukan seperti adat Laksamana dijadikan orang tua ini".

Segala pegawai berasa terkilan dengan sikap Hang Jebat dan merasakan bahawa

selagi Hang Jebat dijadikan orang kaya dalam istana raja, mereka semua sudah tiada hak

dan tiada berguna lagi kepada raja.

Keberanian Jebat, Penderhakaannya kepada Raja

Disebabkan sikap Hang Jebat ini, raja telah berpindah keluar istana dan tinggal di

rumah bendahara, iaitu Tun Bija Sura. Bendahara dengan isterinya telah mengemas

rumah untuk raja tinggal di situ, manakala mereka kedua suami isteri telah berpindah

tinggal di rumah yang lain. Perpindahan keluar raja dari istana ini membuatkan perasaan

Hang Jebat sangat gembira dan perangai Hang Jebat ini semakin menjadi-jadi, dia telah

berpesta dalam istana, malah Hang Jebat dengan beraninya mengguna segala peralatan

yang raja gunakan.

14

Page 15: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

Petikan yang menunjukkan keberanian Hang Jebat menderhaka kepada raja.

" Maka hari pun sianglah. Maka dilihat oleh Hang Jebat raja anak

beranak Sudah undur dari istana. Maka ia pun terlalu sukacita lalu ia

duduk di atas peterana yang keemasan tempat raja duduk itu. Maka

biduan empat itu pun bernyanyilah, terlalu ramai makan minum dengan

segala bunyi-bunyian. Maka Hang Jebat pun mandi berlangir pada

pasu emas tempat raja mandi. Maka ia memakai bau-bauan; maka ia

pun menyuruh mengambil peti pakaian itu. Maka diambilnya kain raja

yang berpakankan emas itu dipakainya dan baju raja daripada rambuti

itupun dipakainya. Maka destar daripada emas yang berpermata itu

dipakainya".

(Hikayat Hang Tuah: Halaman ke 336)

Raja yang berasa murka telah menitahkan supaya Hang Jebat dibunuh tetapi

semuanya sia-sia. Seorang pun tiada dapat membunuh Hnag Jebat ini. Hal ini demikian

kerana selagi keris Taming Sari ada pada Hang Jebat, "jangankan dibunuh dan ditangkap,

menentang matanya pun tiada dapat". Badan Hang Jebat tidak akan tercalar walaupun

sedikit sebaliknya orang lain yang akan mati.

Karis Taming Sari ini pada asalnya adalah milik penjurit tua dari Majapahit yang

bernama Taming Sari. Keris ini telah diberikan oleh Seri Betara Majapahit kepada Hang

Tuah kerana Hang Tuah telah berjaya membunuh Taming Sari. Keris Taming Sari

dikatakan mempunyai kesaktian.

Hang Jebat turut mengamuk apabila raja menitahkan orang ramai membunuhnya,

sehinggakan ramai nyawa yang terkorban, malah angkanya mencecah ribuan seperti yang

15

Page 16: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

tercatat pada Hikayat Hang Tuah, halaman 337.

Sikap Jebat Menyebabkan Raja dalam Dilema.

Raja kemudiannya berasa sangat kecewa dan sedih sehingga menitiskan air mata

kerana sangat menyesal dengan perbuatannya terhadap laksamana. Sepertimana kata

baginda "Maka raja pun tunduk terkenang akan Laksamana lalu cucur air matanya".

Raja telah mengarahkan bendahara memanggil anak kepada Hang Tuah, iaitu Tun

Nadim. Setelah Hang Nadim datang mengadap, raja telah mengambil Hang Nadim

sebagai anak angkatnya supaya menjadi pengganti pandang bapanya, Hang Tuah. Maka

raja pun terbayang-bayang akan laksamana setelah melihat tingkah laku Hang Nadim itu.

Bendahara yang melihat perubahan sikap raja yang terlalu mengenangkan

Laksamana Hang Tuah, dia kemudiannya telah membuka rahsia yang sebenar bahawa dia

tidak membunuh Hang Tuah sebaliknya Hang Tuah telah disorokkannya ke Hulu Melaka.

"Daulat tuanku patik mohonkan ampun dan kurnia, patik persembahkan

nyawa patik anak-beranak ke Bawah Duli Syah Alam, kerana patik

derhaka. Maka patik tahani laksamana itu;patik lihat dia tiada

berdosa".

(Hikayat Hang Tuah : Halaman 345)

Raja berasa sukacita dengan pengkhabaran yang disampaikan bendahara itu. Raja

terus mengampunkan dosa Hang Tuah meskipun Hang Tuah tidak melakukan kesalahan

kepadanya. Raja juga mengatakan bahawa Hang Tuah yang akan ditugaskan untuk

membunuh Hang Jebat.

16

Page 17: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

PERISTIWA PERTIKAMAN HANG JEBAT DENGAN HANG TUAH

Tun Pekerma dan Tun Kasturi telah sampai ke hulu Melaka untuk menjemput Hang

Tuah pulang ke Melaka setelah dititahkan oleh raja untuk berbuat demikian. Pada malam

sebelumnya Tun Pekerma dan Tun Kasturi tiba di hulu Melaka, Syeikh Mansur telah

memberitahu Hang Tuah bahawa Hang Tuah harus pulang ke Melaka kerana Melaka

berada dalam keadaan huru-hara ketika itu.

Apabila Hang Tuah dibawa pulang oleh Tun Pekerma dan Tun Kasturi ke Melaka,

raja segera bertemu dengan Hang Tuah dan memeluknya. Hang Tuah kemudiannya telah

diarah untuk membersihkan diri dan kemudiannya diberikan persalinan baru oleh raja.

Hang Tuah kemudiannya telah berlatih menggunakan keris dan pedang disebabkan telah

lama tidak berlawan dan memegang keris. Setelah selesai berlatih, Hang Tuah telah

meminta semula Keris Taming Sari yang pernah digunakannya dahulu daripada raja,

namun raja telah memberitahu bahawa keris tersebut telah baginda berikan kepada Hang

Jebat. Hang Tuah kecewa atas perkara tersebut kerana keris Taming Sari sudah sebati

dengan dirinya. Raja cuba memujuk Hang Tuah agar Hang Tuah menggunakan keris yang

lain yang ada dalam simpanan baginda. Setelah peti keris dikeluarkan, Hang Tuah

melihat satu demi satu keris yang ada, namun setelah diteliti, hanya sebilah keris saja

yang sesuai dan berkenan di hati Hang Tuah, iaitu keris Parung Sari berbanding keris-

keris yang lain yang ada dalam simpanan raja. Raja kemudiannya teringat akan keris

pemberian almarhum ayahanda baginda sewaktu berada di Bukit Seguntang suatu ketika

dahulu. Namun, keris tersebut berada di istana, iaitu di dalam peraduan baginda yang kini

didiami oleh Hang Jebat.

Hang Kasturi kemudiannya menawarkan diri pergi ke istana untuk mengambil keris

17

Page 18: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

tersebut. Sewaktu pergi ke istana, Hang Kasturi meminta daripada Hang Jebat agar

membenarkannya masuk. Hang Jebat mempelawanya untuk makan namun Hang Kasturi

menolak. Kemudian, Hang Jebat sendiri yang membantu mengambilkan keris raja yang

berada di peraduan tersebut dan memberikannya kepada Hang Kasturi walaupun Hang

Jebat sudah tahu tujuan sebenar keris itu diambil oleh Hang Kasturi atas arahan raja.

Hang Jebat tahu, cuma Hang Tuah yang mampu membunuhnya dan pembunuhan ke atas

dirinya cuma akan berlaku dengan hanya menggunakan keris Taming Sari, sedangkan

pada masa itu Hang Jebat tidak mengetahui hal sebenar bahawa Hang Tuah masih hidup.

Hang Jebat beranggapan bahawa Hang Tuah sudah mati dan kerana itu, tiada sesiapa

yang mampu membunuhnya lagi walaupun keris itu diambil oleh raja.

Seluruh rakyat jelata hadir pada hari perlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat. Namun,

ketika itu Hang jebat tidak mengetahui hal sebenar. Ketika Hang Jebat melihat kehadiran

Hang Tuah disitu, dia berasa sangat terkejut kerana melihat HangTuah berada di situ

sedangkan sebelum ini dia telah beranggapan bahawa Hang Tuah telah mati dibunuh oleh

bendahara atas arahan raja. Hang Jebat kemudiannya menjelaskan kepada Hang Tuah

bahawa segala yang dilakukannya adalah untuk membalas dendam di atas kematian

sahabatnya itu. Hal ini kerana apabila dia mendengar bahawa Hang Tuah dijatuhkan

hukuman bunuh oleh raja akibat fitnah Patih Kerma Wijaya serta pegawai istana, Hang

Jebat tidak mampu untuk bersabar kerana dia menganggap perkara itu adalah amat tidak

adil kerana raja telah menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa. Hang Jebat tidak mahu

memegang konsep ‘ Melayu Pantang Derhaka’ tetapi Hang Jebat mengambil ketetapan

bahawa ‘ raja adil raja disembah, raja zalim raja yang ditentang’. Namun, Hang Tuah

tidak bersetuju dengan prinsip Hang Jebat. Oleh itu, bagi Hang Tuah, Hang Jebat harus

18

Page 19: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

dibunuh kerana telah menderhaka kepada raja, walaupun Hang Jebat itu merupakan

sahabat karibnya sejak kecil.

Antara cebisan dialog yang telah didramakan oleh Ali Aziz melalui 'Hang Jebat

Menderhaka'.

Hang Jebat: Cih! Si Tuah dengan Si Jebat, hulubalang Raja mati tiada berguna. Jika Si

Tuah dengan Si Jebat gerangan dititahkan menyerang negeri orang kita berdua ini

cukuplah.

Hang Tuah: Sungguh seperti kata kau itu. Tetapi kau sudah menderhaka dan dosa kau

ialah dosa yang tidak terampun.

Sebelum bertarung dengan Hang Tuah, Hang Jebat telah menutup semua pintu istana

dan membunuh seramai 700 orang perempuan di dalam istana sehingga menyebabkan

darah membanjiri bawah istana dan kemudian cuba pula menikam curi Hang Tuah ketika

dia menyuruh Hang Tuah naik ke istana dengan taktiknya, iaitu membuka sebelah saja

pintu. Hang Tuah dapat mengesan taktik kotor Hang Jebat lalu meminta agar Hang Jebat

membuka kedua-dua belah pintu. Hang Tuah berjaya mengelak. Pertarungan pun berlaku

dan akhirnya, Hang Tuah berjaya merampas keris Taming Sari daripada Hang Jebat

sewaktu Hang Jebat sedang leka memandang ke arah luar istana. Hang Jebat

kemudiannya meminta sebilah keris pendua yang dimiliki oleh Hang Tuah

memandangkan dia tidak mahu tewas kepada Hang Tuah tanpa bersenjata. Hang Tuah

lalu memberikan keris Parung Sari kepada Hang Jebat.

Setelah menghadapi pertarungan yang sengit, Hang Tuah berjaya menikam Hang

Jebat sebanyak dua kali. Setelah ditikam dan Hang Tuah berlalu pergi begitu sahaja dari

istana, Hang Jebat pun meninggalkan kawasan istana dengan keadaan parah. Hang Jebat

19

Page 20: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

lalu membalut luka tusukan tersebut dan kemudian mengamuk dan membunuh beribu-

ribu orang yang berada di pasar. Apabila Hang Tuah mendapat tahu perihal tersebut

daripada raja, Hang Tuah lalu pergi mendapatkan Hang Jebat dan lantas membawanya

pulang ke rumah dan menjemput Hang Jebat untuk makan. Setelah makan sirih, Hang

Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah agar menjaga anak hasil permukahannya dengan

Dang Baru yang sedang mengandungkan tujuh bulan jika anak yang lahir itu adalah lelaki

dan jika anak yang dilahirkan adalah perempuan, bergantung kepada Dang Baru untuk

menguruskan anak tersebut. Setelah habis berpesan, Hang Jebat kemudiannya mati di

pangkuan Hang Tuah.

Setelah Hang Jebat mati, mayatnya telah ditayangkan selama tujuh hari di pasar dan

kemudiannya digantung di tengah-tengah jalan-raya untuk dilihat oleh orang ramai.

Mengikut perkara yang tertulis dalam Hikayat Hang Tuah, telah dinyatakan bahawa tiada

tumbuh sebarang rumput sehingga sekarang di tempat Hang Jebat digantung. Dang Baru,

telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Hang Kadim. Hang Kadim

kemudiannya dihantar oleh Hang Tuah kepada bendahara dari Seri Buana Inderapura dan

diasuh dengan baik seperti yang telah dipesan saudaranya, Hang Jebat kepadanya. Hang

Tuah tetap dengan kesetiaannya yang tidak berbelah-bagi kepada raja tetapi kini tiada lagi

Hang Jebat di muka bumi kerana kesetiaannya terhadap persahabatan.

PENGAJARAN

Pengajaran pertama yang terdapat dalam watak Hang Jebat ialah kita mestilah berani

menentang kekejaman atau ketidakadilan yang berlaku di depan mata kita. Hang Jebat

merupakan seorang pahlawan yang gagah dan berani. Keberaniannya tidak kurang

20

Page 21: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

daripada Hang Tuah, bahkan sifatnya lebih radikal berbanding Hang Tuah. Keberanian

Hang Jebat dapat dilihat apabila dia sanggup menderhaka kepada sultan demi

menegakkan ketidakadilan yang telah berlaku ke atas sahabatnya, iaitu Hang Tuah. Sultan

dikatakan tidak adil kerana telah menjatuhkan hukuman kepada Hang Tuah yang difitnah

tanpa usul periksa. Ketidakadilan sultan menyebabkan Hang Jebat menuntut bela atas

kematian Hang Tuah. Banyak perbuatan penderhakaan kepada sultan yang telah

dilakukan oleh Hang Jebat untuk membela hang Tuah. Penderhakaan yang dilakukan oleh

Hang Jebat begitu besar sehingga Sultan Mansur Shah sangat murka. Penderhakaan Hang

Jebat bukanlah bermotifkan kuasa dan pangkat, tetapi adalah untuk mendapatkan

keadilan yang sewajarnya. Hang Jebat juga berpegang kepada prinsip ‘Raja adil raja

disembah, raja zalim raja disanggah’. Prinsipnya ini telah menjadi kata-kata hikmat

setiap kali memperkatakan perihal perjuangan untuk menuntut keadilan atau semasa

hendak memperkatakan perihal kezaliman raja yang memerintah pada masa kini.

Pengajaran kedua ialah, janganlah kita mengkhianati sahabat kita. Hang Jebat

merupakan seorang yang bersifat setiakawan. Hang Jebat adalah pahlawan Melayu yang

berani menentang raja semata-mata kerana persahabatan. Kesetiaannya kepada

sahabatnya tidak ada tolok bandingnya. Persahabatannya dengan Hang Tuah amat

mengagumkan. Meraka boleh dianggap seperti saudara kandung. Tetapi keakraban

persahabatan mereka tidak kekal lama sehinggalah berlakunya pertarungan hidup mati di

antara mereka yang membawa kepada kematian Hang Jebat. Meskipun begitu, terdapat

perbezaan tentang prinsip yang mereka pertahankan, iaitu prinsip yang dipertahankan

oleh Hang Tuah adalah ketaatan kepada sultan, manakala prinsip yang ingin Hang Jebat

pertahankan adalah keadilan. Nilai setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang Jebat dapat

21

Page 22: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

dilihat apabila dia bersungguh-sungguh menegakkan keadilan terhadap Hang Tuah.

Namun, Hang Tuah telah mengkhianati nilai setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang

Jebat sehingga sanggup membunuh sahabatnya yang telah melakukan penderhakaan

kepada sultan demi menegakkan keadilan untuk dirinya. Sifat setikawan Hang Jebat juga

dapat dilihat dari konteks lain, iaitu dia akan merasa kurang senang jika salah seorang

daripada kelima-lima sahabatnya, iaitu Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang

Lekiu ditimpa kesusahan. Contohnya, dia pernah memarahi Hang Tuah kerana semasa

hendak pergi ke sungai, dia tidak mahu mengajak sahabatnya untuk menemaninya

sehingga terpaksa bertempur dengan perajurit upahan Majapahit seramai 40 orang.

Seterusnya ialah, kita haruslah menjadi diri kita yang sebenar dan tidak menipu diri

sendiri. Contohnya, semasa Hang Jebat berlawan menentang musuh, dia akan menentang

musuh secara habis-habisan. Hang Jebat berpegang kepada prinsip ‘berbuat jahat jangan

kepalang’. Contohnya, semasa dia bertikam dengan Hang Tuah, Hang Tuah pernah

bertanya kepadanya sama ada dia menyesal melakukan penderkaaan kepada sultan atau

tidak. Tetapi Hang Jebat dengan tegasnya mengatakan bahawa dia sedikit pun tidak

menyesali perbuatannya itu. Bagi Hang Jebat, tidak ada sifat berselindung atau memuji-

muji dan bekerja untuk mendapatkan nama atau sanjungan. Hang Jebat merupakan satu-

satunya pahlawan Melayu yang yang sanggup berdepan dengan raja dan ingin

memecahkan tradisi feudalisme iaitu, pantang Melayu menderhaka . Hang Jebat percaya

bahawa apa yang dilakukannya adalah benar dan hak.

22

Page 23: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

PENUTUP

Perubahan persepsi terhadap keperwiraan Hang Tuah dan Hang Jebat yang

digarap oleh beberapa dramatis dalam dekad-dekad yang berlainan menyerlahkan juga

pandangan, analisis, cerminan yang berbeza tentang masyarakat itu sendiri.

Sesungguhnya dramatis-dramatis ini menggunakan teater mereka untuk mencerminkan

dan membayangkan isu-isu dominan tentang sosial, budaya, ekonomi dan politik

Malaysia. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, wira yang disanjung ialah Hang Tuah. Dekad

70-an pula mengetengahkan Hang Jebat sebagai wira.

Bagi masyarakat zaman feudal, mereka beranggapan bahawa Hang Tuah ialah

seorang wira. Hal ini demikian kerana, Hang Tuah seorang yang sangat taat dan setia

kepada raja. Walaupun Hang Tuah telah difitnah, tetapi Hang Tuah tidak

mempertahankan dirinya dan sanggup dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Shah.

Masyarakat zaman dahulu beranggapan bahawa sultan ialah khalifah Allah yang

mempunyai kuasa dan daulat. Sekiranya mereka mengingkari perintah sultan, mereka

akan menerima tulah. Oleh hal yang demikian, mereka sangat taat dan setia kepada sultan

walaupun sultan itu seorang sultan yang zalim terhadap rakyatnya.

Manakala, bagi masyarakat moden pula, mereka beranggapan bahawa Hang Jebat

ialah satu-satunya pahlawan Melayu yang berani menentang sultan. Hang Jebat dianggap

wira kerana berani menentang sultan demi menegakkan keadilan dan hak rakyat. Hal ini

demikian kerana Sultan Mansur Shah seorang sultan yang sangat zalim terhadap

rakyatnya. Segala arahannya perlu dipatuhi walaupun pada dasarnya arahannya itu hanya

untuk kepentingan dirinya sahaja. Hang Jebat yang digambarkan sebagai seorang yang

sangat keras hati, bertindak terburu-buru dan setiakawan itu berasa kezaliman yang

23

Page 24: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

berlaku terhadap Hang Tuah apabila Hang Tuah difitnah dan dihukum bunuh.

Bagi masyarakat moden, keadilan penting dalam sesebuah kerajaan. Seseorang

pemimpin tidak boleh berlaku zalim terhadap rakyatnya dan perlu menjaga kebajikan

rakyatnya. Dalam kerajaan yang demokrasi, rakyat berhak bersuara untuk

mempertahankan hak rakyat. Oleh hal yang demikian, Hang Jebat telah dilihat sebagai

wira Melayu moden kerana gagah berani dan sedia melawan kuasa raja demi prinsip

kehidupannya dan kasih sayangnya kepada seorang sahabat.

RUJUKAN

Kassim Ahmad, Noriah Mohamed (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan

Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kathiresan D. (1998). Kajian Teks Sastera : Sulalatus Salatin:Sejarah Melayu. Selangor:

Addison Wesly Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mana Sikana (2006). Teori sastera teksdealisme. Penerbit Pustaka Karya.

Mohd Mansur Abdullah (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:

Nurin Enterprise.

Mohd Yusoff Hashim (2008). Hang Tuah: Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah

dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

Siti Aisah Murad (1993). Konsep Wira dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

24

Page 25: MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

Siti Hawa Salleh (1992). Sebutir Pasir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Usman Awang, penterjemah Rahmah Bujang (2005). Matinya seorang pahlawan: Jebat

=death of a warrior: Jebat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

V.I Braginsky (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan melayu

Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Yeoh (2004).Ulasan dan Kajian Kesusasteraan Melayu STPM: Sulalatus Salatin

(Sejarah Melayu). Selangor:SNP Panpac (M) Sdn. Bhd.

25