Manual Sps 4maklumat Asas
description
Transcript of Manual Sps 4maklumat Asas
SPS SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
Manual Melengkapkan Empat Maklumat Asas: Profil Sekolah Kemudahan Sekolah Maklumat Staf Maklumat Pelajar / Murid
© BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 1 ]
ISI KANDUNGAN
Langkah 1– Pengurusan Pentadbir Sistem
1.1 Selenggara Kumpulan Pengguna 04 - 07
1.2 Selenggara Pengguna Sistem 08 - 10
Langkah 2– Pengurusan Kemudahan Sekolah
2.1 Selenggara Kemudahan Sekolah 12 - 14
Langkah 3– Pengurusan Staf
3.1 Selenggara Maklumat Staf 16 - 19
Langkah 4– Pengurusan Maklumat Sekolah
4.1 Papar Maklumat Sekolah 22 - 26
4.2 Selenggara Tahun Aktif Persekolahan 27
4.3 Selenggara Tahap Persekolahan 28
4.4 Selenggara Aliran Persekolahan 29 - 30
4.5 Selenggara Tahun / Tingkatan Persekolahan 31
4.6 Selenggara Darjah / Tingkatan 32 - 34
Langkah 5– Pengurusan Murid
5.1 Selenggara Maklumat Murid 36 - 39
5.2 Penempatan Murid Secara Manual 40 - 42
Pendahuluan 02
Carta Proses Pelaksanaan 03
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | I S I K A N D U N G A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 2 ]
PENDAHULUAN
Manual Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) ini dihasilkan dengan memberi tumpuan
utama untuk melengkapkan empat maklumat asas iaitu Profil Sekolah, Kemudahan
Sekolah, Maklumat Staf dan Maklumat Murid beserta dengan langkah yang perlu
dipatuhi untuk memudahkan pengisian maklumat. Langkah untuk melaksanakannya
adalah dengan mematuhi Carta Proses Pelaksanaan yang dicadangkan agar tidak timbul
masalah ketiadaan data atau maklumat ketika mengemaskini maklumat yang lain.
Sebagai contoh ketika melaksanakan Selenggara Darjah /Tingkatan pada ruangan
Lokasi, tiada pilihan Lokasi sekiranya langkah Selenggara Kemudahan Sekolah tidak
dilaksanakan terlebih dahulu. Proses Selenggara Darjah / Tingkatan akan terganggu.
Satu lagi contoh ialah kegagalan sistem memaparkan nama Guru / Kakitangan sekolah
sekiranya terdapat maklumat yang memerlukan pilihan nama Guru / Kakitangan
sekolah. Kegagalan ini berlaku kerana proses Selenggara Maklumat Staf tidak
dilaksanakan terlebih dahulu oleh Guru dan Kakitangan sekolah.
Untuk memastikan SPS ini berjalan lancar di peringkat sekolah, Administrator sekolah
perlu melaksanakan perkara-perkara utama yang diperlukan oleh sistem terlebih dahulu
seperti Selenggara Kumpulan Pengguna, Selenggara Pengguna Sistem, Selenggara
Kemudahan Sekolah dan lain-lain yang akan diterangkan dengan lebih terperinci di
dalam Manual ini. Semua Guru / Kakitangan sekolah telah dilantik sebagai Pengguna
Baru oleh Administrator dan telah dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu
untuk login dan mengemaskini maklumat bahagian masing-masing mengikut Kebenaran
yang telah ditetapkan. Semua Guru / Kakitangan sekolah adalah DIMESTIKAN untuk
melaksanakan proses Selenggara Maklumat Staf. Kegagalan melaksanakan proses ini
mengakibatkan sekolah ketiadaan Maklumat Staf. Guru Kelas yang dilantik pula
DIMESTIKAN untuk melaksanakan proses Selenggara Maklumat Pelajar / Murid.
Kegagalan melaksanakan proses ini mengakibatkan sekolah ketiadaan Maklumat
Pelajar / Murid.
Adalah diharapkan Manual ini dapat membantu Administrator, Guru dan Kakitangan
Bukan Guru untuk melengkapkan empat maklumat utama SPS di sekolah masing-
masing. Walaubagaimanapun Manual ini belum lagi melengkapkan modul-modul yang
terdapat dalam SPS dan mungkin terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki
lagi. Manual untuk melengkapkan modul-modul yang lain akan dihasilkan dari masa ke
semasa. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan sila hubungi Unit Perkhidmatan ICT BTPN
Pahang (09-5447700) atau terus hubungi Urusetia, Tn Hj Abdul Muaais (016-9303204),
En. Rozman (PKG Pekan - 01116611179), En. Yusry (PKG Pelangai - 0148161888), En.
Kamil (PKG Karak - 0199619543) dan En. Norman (PKG Jalan Sg. Lembing - 0129818179).
Segala cadangan untuk penambahbaikan Manual ini adalah sangat dialu-alukan demi
untuk memantapkan lagi penggunaan SPS di sekolah-sekolah terutama di Negeri
Pahang .
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | P E N D A H U L U A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 3 ]
1 1.1 Selenggara Kumpulan Pengguna 1.2 Selenggara Pengguna Sistem
Pengurusan Pentadbir Sistem
2 2.1 Selenggara Kemudahan Sekolah
Pengurusan Kemudahan Sekolah
3 3.1 Selenggara Maklumat Staf
Pengurusan Staf
4 4.1 Papar Maklumat Sekolah 4.2 Selenggara Tahun Aktif Persekolahan 4.3 Selenggara Tahap Persekolahan 4.4 Selenggara Aliran Persekolahan 4.5 Selenggara Tahun/Aliran Persekolahan 4.6 Selenggara Darjah/Tingkatan
Pengurusan Maklumat Sekolah
5 5.1 Selenggara Maklumat Murid 5.2 Penempatan Murid Secara Manual
Pengurusan Murid
CARTA PROSES PELAKSANAAN
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | C A RT A P R OS E S P E L A K S A N A A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 4 ]
LANGKAH 1 Pengurusan Pentadbir Sistem
1.1 Selenggara Kumpulan Pengguna
1.2 Selenggara Pengguna Sistem
| MANUAL SPS : MELENGKAPKAN 4 MAKLUMAT ASAS |
[ 5 ]
• Nama Pengguna : Id admin
• Kata Laluan : Password Admin
• Klik Log Masuk
LANGKAH 1.1 Selenggara Kumpulan Pengguna
Proses Selenggara Kumpulan Pengguna dilaksanakan oleh Administrator sekolah untuk mewujudkan Kumpulan Pengguna dalam sistem. Kumpulan‐Kumpulan ini akan mempunyai kebenaran‐kebenaran tertentu untuk mengakses bidang dan bahagian masing‐masing. Kumpulan yang dicadangkan untuk diwujudkan ialah Kumpulan TadbirGuru, TadbirGuruKelas dan TadbirBukanGuru.
∗ TadbirGuru ‐ semua guru termasuk Guru Besar akan dimasukkan ke dalam kumpulan ini. Kebenaran yang diberikan ialah untuk mengemaskini maklumat sendiri.
∗ TadbirGuruKelas ‐ semua guru yang menguruskan kelas (Guru Kelas) akan dimasukkan ke dalam kumpulan ini. Kebenaran yang diberikan ialah untuk mengisi maklumat murid kelas masing‐masing.
∗ TadbirBukanGuru ‐ semua kakitangan sekolah yang bukan guru akan dimasukkan ke dalam kumpulan ini. Kebenaran tambahan yang diberikan ialah untuk mengemaskini maklumat sendiri.
• Login sebagai ADMIN • Klik Pentadbir Sekolah
• Klik Selenggara Kumpulan Pengguna
PENGURUSAN PENTADB IR S I STEM | SELENGGARA KUMPULAN PENGGUNA |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 6 ]
Klik Tambah Kumpulan Baru
Paparan Tambah Kumpulan Baru.
Nama : Masukkan nama kumpulan. (Cth.: TadbirGuru)
Keterangan : Beri keterangan mengenai kumpulan ini. (Boleh diabaikan)
Tandakan Checkbox Aktif untuk mengaktifkan kumpulan ini.
Pengguna : Abaikan dahulu.
Kebenaran : Pada ruangan Kebenaran tandakan pada Checkbox seperti di bawah.
Klik butang Simpan
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | S E L E N G G A RA K U M P U L A N P E N G G U N A |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 7 ]
Maklumat Kebenaran untuk kumpulan TadbirGuru:
Perkhidmatan Keselamatan
Ubahsuai Pengguna
Log
Papar Log
Padam Log
Pengurusan Sumber manusia
Mengurus Rekod Kakitangan
Papar Profil Sekolah
Pengurusan Penyediaan Asas Kakitangan
Selenggara Sekolah
Pentadbir Sekolah
Pada paparan Senarai Kumpulan, Kumpulan TadbirGuru telah Berjaya diwujudkan.
Ulang langkah seperti di atas untuk menambah kumpulan TadbirGuruKelas dan TadbirBukanGuru.
Kebenaran untuk kumpulan-kumpulan berkenaan adalah seperti berikut:
Maklumat Kebenaran untuk kumpulan TadbirGuruKelas:
Log
Papar Log
Padam Log
Modul Murid (Pilih semua)
Mod Paparan Sahaja
Mod Kemas Kini Sahaja
Mod Tambah Sahaja
Pengurusan Modul Pemindahan Murid
Pengurusan Modul Pemindahan Murid Graduan
Modul Mata Pelajaran Lokasi Murid
Pengurusan Modul Jenis Kehadiran
Semua Kedatangan Murid
Mod Paparan Jenis Pendahuluan Kehadiran
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | S E L E N G G A RA K U M P U L A N P E N G G U N A |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 8 ]
Pengurusan Kelas Lokasi
Pengurusan Pendaftaran
Pengurusan Kenaikan Murid
Pengurusan Pra-Pendaftaran Murid
Senarai Penjaga/Ibu Bapa
Pengurusan Bayaran/Sumbangan
Mengurus Bayaran/Sumbangan
Sistem Rumah
Pengguna Sistem Rumah
Pengurus Sistem Rumah
Selenggara Sekolah
Pentadbir Sekolah
Maklumat Kebenaran untuk kumpulan TadbirBukanGuru:
Perkhidmatan Keselamatan
Ubahsuai Pengguna
Log
Papar Log
Padam Log
Pengurusan Sumber manusia
Mengurus Rekod Kakitangan
Papar Profil Sekolah
Pengurusan Penyediaan Asas Kakitangan
Selenggara Sekolah
Pentadbir Sekolah
Paparan Senarai Kumpulan. Tiga kumpulan iaitu TadbirGuru, TadbirGuruKelas dan TadbirBukanGuru
telah Berjaya diwujudkan.
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | S E L E N G G A RA K U M P U L A N P E N G G U N A |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 9 ]
Nama Pengguna : Id admin
Kata Laluan : Password Admin
Klik Log Masuk
LANGKAH 1.2 Selenggara Pengguna Sistem
Proses Selenggara Pengguna Sistem dilaksanakan oleh Administrator sekolah untuk mewujudkan pengguna-
pengguna baru dalam sistem dan memasukkan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu (langkah 1.1
Selenggara Kumpulan Pengguna) yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Pengguna baru ini akan
mempunyai id dan password sendiri untuk login ke dalam sistem dan mengemaskini maklumat-maklumat yang
diperlukan.
Login sebagai ADMIN
Klik Pentadbir Sekolah
Klik Selenggara Pengguna Sistem
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | S E L E N G G A RA P E N G G U N A S I S T E M |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 10 ]
Paparan Tambah Pengguna Baru. Terdapat nama-nama pengguna yang telah didaftarkan oleh
Administrator sekolah berkenaan.
Klik Tambah Pengguna Baru.
Paparan Kemas Kini Pengguna
Maklumat Peribadi - Isi yang bertanda bintang (*) dahulu.
Nama : Masukkan nama pengguna baru
Maklumat Pengesahan
Nama Pengguna : Masukkan No. Kad Pengenalan Pengguna berkenaan sebagai Nama
Pengguna.
Kata Laluan : Masukkan No. Kad Pengenalan sebagai Kata Laluan (cadangan).
Sahkan Kata Laluan : Masukkan semula Kata Laluan sebagai pengesahan.
Tandakan Checkbox Aktif untuk mengaktifkan pengguna baru ini.
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | S E L E N G G A RA P E N G G U N A S I S T E M |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 11 ]
Kumpulan : Pada ruangan Pilihan pilih kumpulan pengguna berkenaan. Klik pada butang
anak panah ke kanan untuk memasukkan Kumpulan ke dalam ruangan
Dipilih.
Kumpulan TadbirGuru telah dimasukkan ke dalam ruangan Dipilih.
Kik butang Simpan.
Ulang langkah ini untuk Menambah Pengguna Baru yang lain dan memasukkan ke dalam Kumpulan-
Kumpulan tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
P E N G U R U S A N P E N T A D BI R S I S T E M | S E L E N G G A RA P E N G G U N A S I S T E M |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 12 ]
LANGKAH 2 Pengurusan Kemudahan Sekolah
2.1 Selenggara Kemudahan Sekolah
| MANUAL SPS : MELENGKAPKAN 4 MAKLUMAT ASAS |
[ 13 ]
Nama Pengguna : Id admin
Kata Laluan : Password Admin
Klik Log Masuk
LANGKAH 2.1 Selenggara Kemudahan Sekolah
Selenggara kemudahan sekolah perlu dilaksanakan oleh Administrator sekolah bagi tujuan memudahkan
penempatan Bilik Darjah kepada guru. Perkara ini penting untuk disenaraikan pilihan Lokasi semasa
mendaftarkan Guru dan Kelas. Adalah dicadangkan proses Selenggara Kemudahan Sekolah ini selain daripada
Administrator, pegawai aset atau guru aset sekolah ada bersama untuk membantu agar data berkenaan
valid.
Login sebagai ADMIN
Klik Pentadbir Sekolah
Klik Selenggara Kemudahan Sekolah
Klik Kemudahan Baru.
PENGURUSAN KEMUDAHAN SEKOLAH | SELENGGARA KEMUDAHAN SEKOLAH |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 14 ]
Klik anak panah pada ruangan Pilih Kategori (Kategori Kemudahan yang dipaparkan ialah Bangunan,
Bilik, Kemudahan Sukan, Kenderaan, Peralatan, Tandas dan Tempat Letak Kereta)
Pilih Bilik
Klik butang Pilih
Pada paparan Pengurusan Kemudahan Bilik masukkan maklumat yang dikehendaki. Contoh:
Kategori Bilik
Nama 1 BIJAK (Cth.: Nama kelas yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing)
Kod 1B (Kod untuk merujuk nama kemudahan bilik berkenaan)
Keterangan Beri keterangan mengenai Kemudahan Bilik berkenaan sebagai rujukan
Imej Muatnaik fail imej bilik berkenaan (boleh diabaikan)
Kelulusan Diperlukan Pilih Tidak
Klasifikasi Pilih Terbuka
Kapasiti Masukkan 35 (jumlah murid yang boleh dimuatkan ke dalam kelas ini)
Butang Checkbox Tandakan Aktif, Untuk Jadual Waktu, Untuk P&P
Klik butang Simpan
P E N G U R U S A N K E M U D A H A N S E K OL A H | S E L E N G G A RA K E M U D A H A N S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 15 ]
Pada paparan Selenggara Kemudahan, Kemudahan Bilik baru telah Berjaya diwujudkan.
P E N G U R U S A N K E M U D A H A N S E K OL A H | S E L E N G G A RA K E M U D A H A N S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 16 ]
LANGKAH 3 Pengurusan Staf
3.1 Selenggara Maklumat Staf
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 17 ]
LANGKAH 3.1 Selenggara Maklumat Staf
Selenggara Maklumat Staf akan dilaksanakan oleh Guru dan kakitangan sekolah itu sendiri. Dalam langkah 1.2
Selenggara Pengguna Sistem, Administrator sekolah telah memasukkan nama pengguna yang terdiri
daripada satf (Guru/Bukan Guru) beserta id dan password untuk kemudahan memasuki sistem dan
mengemaskini maklumat masing-masing. Langkah berikut adalah panduan untuk staf (Guru/Bukan Guru)
mengemaskini maklumat.
Login sebagai STAF (Guru/Bukan Guru)
Klik Pentadbir Sekolah
Klik Selenggara Maklumat Staf
Nama Pengguna : No. Kad Pengenalan.Kod Sekolah
(Cth: 670324046768.cba4045)
Kata Laluan : No. Kad Pengenalan pengguna
Klik Log Masuk
P E N G U R U S A N S T A F | S E L E N G G A RA M A K L U M A T S T A F |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 18 ]
Klik butang Tambah
Pada paparan Tambah Pengguna, klik butang Sila Pilih
Tetingkap nama guru dan kakitangan sekolah yang telah dimasukkan oleh Administrator sekolah
dipaparkan.
Pilih nama dan klik butang Pilih.
P E N G U R U S A N S T A F | S E L E N G G A RA M A K L U M A T S T A F |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 19 ]
Nama yang dipilih telah dimasukkan
Isi bahagian yang bertanda bintang (*) wajib diisi.
P E N G U R U S A N S T A F | S E L E N G G A RA M A K L U M A T S T A F |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 20 ]
Maklumat Peribadi
No. Kad Pengenalan : Cth.: 580526105185
Warganegara : MYS | Malaysia (Sekiranya bukan, klik pada butang pilih)
Tarikh Lahir : Klik pada butang list Tarikh Lahir untuk memilih Tarikh Lahir
(hari/bulan/tahun)
Bangsa : Klik butang list Bangsa untuk memilih Bangsa
Agama : Klik butang list Agama untuk memilih Agama
Jantina : Klik butang pilihan Lelaki atau Perempuan
Status Perkahwinan : Klik butang list Status Perkahwinan untuk memilih Status Perkahwinan
Jenis Staf : Klik butang pilihan Staf Sokongan atau Guru
Sesi : Klik butang pilihan Sesi Persekolahan Sesi Pagi atau Sesi Petang
Kod Nama : Masukkan Kod Nama. (Cth: ALI BIN ABU - ALB)
Alamat Tetap
Alamat : Masukkan Alamat. (Cth.: No.14, Jalan Impian, Taman Seroja 2)
Bandar : Masukkan Bandar. (Cth.: Bandar Jengka)
Poskod : Masukkan Poskod. (Cth.: 26400)
Negara : MYS | Malaysia. (Klik butang list untuk memilih Negara)
Negeri : Klik butang list Negeri untuk memilih Negeri.
Alamat Surat Menyurat
Sekiranya Alamat Surat Menyurat sama seperti Alamat Tetap, klik butang Menyalin Alamat Tetap, un-
tuk proses menyalin maklumat alamat tetap ke dalam Alamat Surat Menyurat. (Proses Menyalin Alamat
Tetap ini dilaksanakan selepas bahagian yang bertanda bintang (*) dalam paparan Selenggara Maklumat
Staf ini telah diisi.
Butiran Waris Pertama
Nama : Masukkan Nama Waris Pertama. (Cth.: AMINAH BT. WAHAB).
Hubungan : Masukkan Hubungan waris. (Cth.: ISTERI).
Orang Kurang Upaya
Tandakan pada kotak pilihan jika perlu
Maklumat Kesihatan
Maklumat Kesihatan adalah bagi tujuan kecemasan
Pilih jenis-jenis penyakit dalam ruangan Pilihan
Klik butang anak panah ke kanan untuk memasukkan jenis penyakit yang dipilih ke ruangan Dipilih
Sekiranya penyakit berkenaan tiada dalam ruangan Pilihan, taipkan penyakit berkenaan dalam ruangan
Lain-lain
Kebenaran
Kumpulan : Klik butan list Kumpulan untuk memilih Kumpulan. (Staf Sokongan, Guru,
Ketua Jabatan, Pengetua)
Setelah selesai, pastikan semua bahagian yang bertanda bintang (*) telah dipenuhi.
Klik butang Simpan & Keluar
P E N G U R U S A N S T A F | S E L E N G G A RA M A K L U M A T S T A F |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 21 ]
LANGKAH 4 Pengurusan Maklumat Sekolah
4.1 Papar Maklumat Sekolah
4.2 Selenggara tahun Aktif Persekolahan
4.3 Selenggara Tahap Persekolahan
4.4 Selenggara Aliran Pesekolahan
4.5 Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan
4.6 Selenggara Darjah/Tingkatan
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 22 ]
LANGKAH 4.1 Papar Maklumat Sekolah
Papar Maklumat Sekolah akan diselenggara oleh Administrator Sekolah. Kebanyakan maklumat dalam
ruangan ini telah sedia ada (maklumat di ambil dari data Emis). Sekiranya berlaku kesalahan maklumat,
Administrator dikehendaki menghubungi helpdesk (Tel: 1 800 88 2875, Emel: [email protected] atau
[email protected]) dan memaklumkan kesalahan tersebut untuk diperbetulkan.
Login sebagai Administrator
Klik Pentadbir Sekolah
Klik Papar Maklumat Sekolah
Nama Pengguna : Id admin
Kata Laluan : Password Admin
Klik Log Masuk
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P A P A R M A K L U M A T S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 23 ]
Paparan pertama ialah Maklumat Am Sekolah
Semak dan pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul.
Klik tab Profil Sekolah
Semak dan pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P A P A R M A K L U M A T S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 24 ]
Klik tab Pengurusan Sekolah
Semak dan pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul.
Klik tab Kedudukan Sekolah
Semak dan pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P A P A R M A K L U M A T S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 25 ]
Klik tab Kawasan
Tiada sebarang maklumat yang dipaparkan.
Klik tab Pentadbir Sekolah
Masukkan pada ruangan-ruangan yang berkenaan sahaja.
Sebagai contoh, Klik pada butang Sila Pilih pada ruangan Pengetua/Guru Besar
Paparan nama Semua Guru dan Kakitangan sekolah akan dipaparkan.
Pilih nama Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan dan klik butang pilih.
Ulang langkah berkenaan untuk mengisi nama-nama Pentadbir Sekolah yang lain (Penolong Kanan
Akademik, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan lain-lain) sehingga selesai.
Klik butang Simpan selepas membuat perubahan atau kemaskini.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P A P A R M A K L U M A T S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 26 ]
Klik tab Peruntukan Kewangan
Isi bahagian ini jika perlu dan dapatkan maklumat yang betul dari pihak sekolah.
Klik butang Simpan selepas membuat perubahan atau kemaskini.
Klik tab Akses Internet
Klik butang list Akses Internet untuk memilih talian internet yang sedang digunakan oleh pihak sekolah.
(Sekiranya sekolah telah dipasang dengan talian 1Bestarinet, sila pilih Schoolnet, kerana dalam sistem
tidak ada pilihan 1Bestarinet).
Berfungsi : Ya atau Tidak (Pilih salah satu)
Klik butang Simpan selepas membuat perubahan atau kemaskini.
Klik tab Maklumat Tambahan.
Tidak perlu membuat sebarang perubahan dan kemaskini di bahagian ini.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P A P A R M A K L U M A T S E K OL A H |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 27 ]
LANGKAH 4.2 Selenggara Tahun Aktif Persekolahan
Selepas selesai langkah 4.1 Papar Maklumat Sekolah, teruskan dengan langkah Selenggara Tahun Aktif
Persekolahan. (Masih diselenggara oleh Administrator Sekolah).
Klik Selenggara Tahun Aktif Persekolahan
Paparan Tahun Aktif Persekolahan bagi tahun semasa. Semak maklumat dan pastikan betul. Sekiranya
berlaku kesilapan sila hubungi helpdesk.
Untuk melihat dengan lebih terperinci maklumat penggal persekolahan sila klik pada tahun semasa
(2014).
Maklumat Penggal Persekolahan dipaparkan. Tidak perlu membuat sebarang perubahan dan kemaskini
pada bahagian ini.
Klik butang Batal untuk menutup bahagian ini.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA T A H U N A K T I F P E RS E K O L A H A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 28 ]
LANGKAH 4.3 Selenggara Tahap Persekolahan
Selepas selesai langkah 4.2 Selenggara Tahun Aktif Persekolahan, teruskan dengan langkah Selenggara Tahap
Persekolahan. (Masih diselenggara oleh Administrator Sekolah).
Klik Selenggara Tahap Persekolahan
Paparan Selenggara Tahap Persekolahan.
Semak maklumat pada paparan ini. Maklumat ini telah ditentukan oleh pihak pengurusan sistem di KPM
mengikut sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah)
Contoh paparan untuk Sekolah Rendah
Contoh paparan untuk Sekolah Menengah
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA T A H A P P E S E K OL A H A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 29 ]
LANGKAH 4.4 Selenggara Aliran Persekolahan
Selepas selesai langkah 4.3 Selenggara Tahap Persekolahan, teruskan dengan langkah Selenggara Aliran
Persekolahan. (Masih diselenggara oleh Administrator Sekolah). Pastikan proses Selenggara Tahap
Persekolahan ini dilaksanakan dengan cermat dan berhati-hati sebelum disimpan kerana jika berlaku
kesilapan selepas disimpan, maklumat yang salah tadi akan disimpan dalam sistem dan TIDAK BOLEH
DIPADAM. Jika berlaku kesilapan sila hubungi helpdesk untuk memadam maklumat yang salah tadi.
Klik Selenggara Tahap Persekolahan
Paparan Senarai Aliran Persekolahan
Pada paparan ini telah wujud Senarai Aliran Persekolahan yang telah dilaksanakan oleh Administrator
sekolah. Sekiranya Administrator sekolah belum melaksanakan proses Selenggara Aliran Persekolahan,
paparan Senarai Aliran Persekolahan ini masih kosong.
Contoh paparan Selenggara Aliran Persekolahan yang masih kosong. (Masih belum diselenggara oleh
Administrator sekolah berkenaan).
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA A L I RA N P E RS E K OL A H A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 30 ]
Klik butang Tambah
Paparan Selenggara Aliran
Klik butang list Nama Tahap dan pilih aliran yang dikehendaki. (Untuk sekolah rendah pilih Umum)
Kemudian klik pada kotak (tanda) Tahap Akademik. (Untuk sekolah rendah klik semua Tahap Akademik
Prasekolah, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6 seperti contoh di bawah)
Klik butang Simpan.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA A L I RA N P E RS E K OL A H A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 31 ]
LANGKAH 4.5 Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan
Selepas selesai langkah 4.4 Selenggara Aliran Persekolahan, teruskan dengan langkah Selenggara Tahun/
Tingkatan Persekolahan. (Masih diselenggara oleh Administrator Sekolah).
Klik Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan.
Paparan Senarai Tahun/Tingkatan Persekolahan
Paparan Tahun/Tingkatan Persekolahan ini telah diselenggara oleh Administrator KPM. Semak dan
pastikan maklumat ini betul.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA T A H U N / T I N G K A T A N P E RS E K O L A H AN |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 32 ]
LANGKAH 4.6 Selenggara Darjah/Tingkatan
Selepas selesai langkah 4.5 Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan, teruskan dengan langkah Selenggara
Darjah/Tingkatan. (Masih diselenggara oleh Administrator Sekolah).
Klik Selenggara Darjah/Tingkatan.
Contoh paparan Senarai Darjah/Tingkatan telah ada maklumat yang telah diselenggara oleh
Administrator sekolah berkenaan.
Contoh paparan Senarai Darjah/Tingkatan masih kosong, belum ada maklumat.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA D A RJA H / T I N G K A T A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 33 ]
Klik butan Tambah.
Paparan Daftar Kelas. Maklumat yang bertanda bintang (*) mesti diisi.
Nama : 1 ARIF (Cth.: Nama Kelas)
Kod : 1A (Cth.: Kod Kelas berkenaan)
Keterangan : Berikan keterangan mengenai kelas (boleh diabaikan)
Darjah/Tingkatan Terdahulu : Klik butang list Sila Pilih untuk memilih Darjah/Tingkatan Terdahulu
Terapung : Sekiranya kelas berkenaan Kelas Terapung klik pada kotak berkenaan
(tanda)
Kapasiti : Kapasiti bermaksud jumlah maksima murid dalam kelas berkenaan.
Sekiranya berlaku penambahan murid dalam kelas berkenaan yang
melebihi jumlah kapasiti yang telah ditetapkan (Cth.:40), murid yang ke
41 dan ke atas tidak dapat dimasukkan dalam rekod kecuali
Administrator sekolah mengubah jumlah kapasiti dalam daftar kelas).
Aliran : Klik butang list Aliran untuk memilih Aliran. (Cth.: Darjah 1 - Umum).
Lokasi : Klik butang list Lokasi untuk menentukan lokasi kelas berkenaan. (Cth.:
lokasi yang dipilih 1 ARIF). Ruangan lokasi masih kosong sekiranya
langkah 2.1 Selenggara Kemudahan Sekolah tidak dilaksanakan
terlebih dahulu.
Guru Kelas : Klik butang Sila Pilih untuk memaparkan senarai nama Guru sekolah
dan pilih Guru berkenaan. Paparan Senarai Guru Sekolah masih kosong
sekiranya langkah 3.1 Selenggara Maklumat Staf masih belum
dilaksanakan.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA D A RJA H / T I N G K A T A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 34 ]
Contoh paparan Senarai Staf yang masih kosong.
Pembantu Guru Kelas : Proses yang sama seperti langkah memasukkan nama Guru kelas.
(Abaikan jika tiada Pembantu Guru Kelas)
Setelah selesai semak semula maklumat yang telah diisi. Jika tiada pembetulan klik butang Simpan.
Paparan dibawah menunjukkan proses Selenggara Darjah/Tingkatan Berjaya dilaksanakan.
Ulang langkah Selenggara Darjah/Tingkatan untuk mendaftar kelas yang lain sehingga semua kelas
dalam sekolah telah didaftarkan.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA D A RJA H / T I N G K A T A N |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 35 ]
LANGKAH 5 Pengurusan Murid
5.1 Selenggara Maklumat Murid
5.2 Penempatan Murid Secara Manual
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 36 ]
LANGKAH 5.1 Selenggara Maklumat Murid
Selenggara Maklumat Murid akan dilaksanakan oleh Guru Kelas sekolah itu sendiri. Dalam langkah 1.2
Selenggara Pengguna Sistem, Administrator sekolah telah memasukkan nama pengguna yang terdiri
daripada staf (Guru/Bukan Guru). Guru Kelas yang telah dilantik berada dalam kumpulan TadbirGuruKelas
yang mempunyai kebenaran untuk mengemaskini maklumat murid. Langkah berikut adalah panduan untuk
Guru Kelas mengemaskini maklumat murid.
Login sebagai STAF (Guru Kelas)
Klik Pentadbir Sekolah
Klik Selenggara Maklumat Murid
Nama Pengguna : No. Kad Pengenalan.Kod Sekolah
(Cth: 670324046768.cba4045)
Kata Laluan : No. Kad Pengenalan pengguna
Klik Log Masuk
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA M A K L U M A T M U RI D |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 37 ]
Klik butang Tambah Murid. (Hanya Guru yang berada dalam kumpulan TadbirGuruKelas yang
mempunyai kebenaran untuk Tambah Murid).
Paparan pada Senarai Murid masih kosong . Guru Kelas masih belum mengemaskini Selenggara
Maklumat Murid.
Paparan Tambah Murid Baru. Isi maklumat-maklumat berikut. Isi dahulu maklumat-maklumat yang
bertanda bintang (*).
Maklumat Murid
Nama Penuh : Masukkan Nama Penuh murid
Tarikh Lahir : Klik butang Tarikh untuk memilih Tarikh Lahir
No. Kad Pengenalan : Masukkan No. Kad Pengenalan jika telah ada (boleh diabaikan)
Nombor Surat Beranak : Masukkan Nombor Surat Beranak
No. Pengenalan Lain : Abaikan jika tiada
Agama : Klik butang list Agama untuk memilih Agama
Bangsa : Klik butang Pilih untuk memilih Bangsa
Warganegara : Klik butang list Warganegara untuk memilih Warganegara
Jantina : Tandakan salah satu Lelaki atau Perempuan
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA M A K L U M A T M U RI D |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 38 ]
No. Telefon : Masukkan No. Telefon jika ada
Tahun/Tingkatan Semasa : Klik butang list Tahun/Tingkatan Semasa untuk memilih Tahun
Tingkatan Semasa.
Emel : Masukkan alamat E-mel jika ada. (Boleh diabaikan)
Tarikh Kemasukan : Klik butang Tarikh untuk memilih Tarikh Kemasukan semasa. (Tarikh
masuk semasa Darjah/Tingkatan sekarang).
Aliran Persekolahan : Klik butang list Aliran Persekolahan untuk memilih Aliran
Persekolahan
Maklumat Perhubungan
Alamat 1 : Cth.: NO.20, JALAN SENTOSA 5
Alamat 2 : TAMAN SENTOSA
Bandar : BANDAR JENGKA
Poskod : 26400
Negeri : Klik butang list Negeri untuk memilih Negeri
Maklumat Pengesahan
Kata Laluan : Isikan 123456 (seragam untuk semua murid). Boleh guna Kata Laluan
lain yang sesuai dan mudah untuk tujuan kemaskini Maklumat Murid
Sahkan Kata Laluan : Masukkan semula Kata Laluan untuk tujuan Sahkan Kata Laluan
Aktif : Klik pada Checkbox untuk aktifkan.
Semak semula semua maklumat murid yang telah dimasukkan dan klik butang Simpan.
Ulang langkah Tambah Murid seperti langkah di atas untuk menambah Murid Baru yang lain.
Paparan di bawah adalah paparan Selenggara Maklumat Murid yang telah dilaksanakan oleh Guru
Kelas sekolah berkenaan.
Untuk menambah Maklumat Murid, klik pada nama murid berkenaan.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA M A K L U M A T M U RI D |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 39 ]
Paparan Maklumat Murid yang mengandungi Maklumat Murid@SPS, Maklumat Murid, Maklumat
Keluarga, Maklumat Untuk Dihubungi, Maklumat Bantuan, Rekod Persekolahan, Rekod Kesihatan,
Rekod Kokurikulum dan Rekod Pencapaian.
Segala maklumat tersebut hendaklah diisi selengkap mungkin mengikut keperluan SEMASA. Sebagai
permulaan, maklumat lanjut ini diabaikan dahulu sehingga pihak sekolah/Guru Kelas siap mendaftarkan
semua murid yang ada di sekolah berkenaan.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | S E L E N G G A RA M A K L U M A T M U RI D |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 40 ]
LANGKAH 5.2 Penempatan Murid Secara Manual
Penempatan Murid Secara Manual adalah langkah untuk menempatkan murid ke dalam Kelas-Kelas tertentu
atau memindahkan murid dari Kelas tahun sebelumnya ke Kelas tahun semasa. Langkah sebelum ini iaitu
langkah 5.1 Selenggara Maklumat Murid hanya mengisi maklumat murid dan mengasingkannya mengikut
Tahun/Darjah semasa dan belum menempatkannya ke dalam Kelas-Kelas tertentu yang ditentukan oleh pihak
sekolah. Langkah berikut adalah panduan untuk Guru Kelas menempatkan murid ke dalam Kelas masing-
masing.
Login sebagai STAF (Guru Kelas)
Klik Pentadbir Sekolah
Klik Penempatan Murid Secara Manual
Nama Pengguna : No. Kad Pengenalan.Kod Sekolah
(Cth: 670324046768.cba4045)
Kata Laluan : No. Kad Pengenalan pengguna
Klik Log Masuk
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P E N E M P A T A N M U RI D S E C A RA M A N U A L |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 41 ]
Paparan Penempatan Murid Secara Manual memaparkan semua murid yang telah didaftarkan
mengikut semua Tahap Persekolahan.
Klik butang list Pilih Tahap untuk menyenarai pendekkan pencarian. (Cth.: Darjah 2)
Klik butang Carian.
Semua murid Darjah 2 dipaparkan.
Klik pada Checkbox untuk memilih nama-nama murid yang akan ditempatkan.
Klik butang Pindah Murid.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P E N E M P A T A N M U RI D S E C A RA M A N U A L |
| M A N U A L S P S : M E L E N G K A PK A N 4 M A K L U M A T A S A S |
[ 42 ]
Paparan Penempatan Murid Secara Manual memaparkan nama murid yang akan dipindahkan/
tempatkan mengikut Kelas yang ditentukan.
Tahap Persekolahan : Darjah 2 (Darjah semasa murid berkenaan)
Pindah ke : Klik butang list Pindah Ke untuk memilih Kelas murid berkenaan.
Tarikh Efektif : Klik butang Tarikh untuk memilih Tarikh Efektif. (Tarikh Efektif ialah
tarikh semasa iaitu bila tarikh penempatan murid ini dilaksanakan)
Klik butang Pindah Murid.
Nama murid yang dipilih akan dipindahkan ke kelas yang telah ditentukan.
P E N G U R U S A N M A K L U M A T S E K OL A H | P E N E M P A T A N M U RI D S E C A RA M A N U A L |