Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

download Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

of 41

description

PT3

Transcript of Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    1/41

    MANUAL PENGGUNA

    APLIKASI PENDAFTARAN PT3

    [SUP]

    BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Penafian. Hakcipta Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    2/41

    Halaman | 2

    Adalah DIGALAKKAN bagi Setiausaha

    Peperiksaan (SuP) membaca keseluruhan

    manual pengguna yang disediakan ini

    sebelum memulakan proses pendaftaran

    pusat pentaksiran dan calon bagi

    melancarkan proses pendaftaran sekaligus

    mengelakkan kesilapan di dalam mendaftarpusat dan calon.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    3/41

    Halaman | 3

    ISI KANDUNGAN

    BIL TAJUKMUKA

    SURAT

    1.0 PENGENALAN 5

    2.0 PENGGUNAAN SISTEM

    2.1 Pra Penggunaan Sistem 5 7

    2.2 Senarai Menu 7 8

    3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM

    3.1 MENU PROSES PUSAT

    3.1.1 Daftar Pusat 8 9

    3.1.2 Senarai Pusat 10 12

    3.2 MENU PROSES CALON

    3.2.1 Daftar Calon APDM 12

    3.2.1.1 Daftar Calon Lengkap Dokumen 12 17

    3.2.2 Tambah Calon 17 19

    3.2.3 Kemaskini Calon 20 21

    3.2.4 Selenggara Calon (Jana Angka Giliran) 21 26

    3.2.5 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas 26 29

    4.0 DAFTAR MATA PELAJARAN

    4.1 Daftar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Dan Pilihan

    Bahasa

    29

    4.2 Daftar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 30

    4.3 Daftar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

    (Pilihan KHB 1,2,3,4)

    30

    4.4 Pilih Semua Semua Atau Sebahagian Calon Mengambil KHB 31

    4.5 Pilihan Bahasa 1 32

    4.6 Pilihan Bahasa 2 33

    5.0 CALON PINDAH KELUAR 34

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    4/41

    Halaman | 4

    6.0 CALON PINDAH MASUK 35

    7.0 MENU CETAKAN 36 37

    8.0 MENU IMPORT / EKSPORT 37 38

    9.0 MENU LAIN-LAIN 38

    10.0 MENU BANTUAN

    10.1 Manual Pengguna Pendaftaran 39

    10.2 Manual Pengguna Kemasukan Markah 39

    10.3 Pegawai Dihubungi 40

    11.0 MENU UTAMA 40

    12.0 KELUAR DARI SISTEM 40

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    5/41

    Halaman | 5

    1.0 PENGENALAN

    Aplikasi Pendaftaran Calon PT3 Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan

    Maklumat (BPM) untuk memudahkan Setiausaha Pentaksiran (SUP) mendaftar pusat

    pentaksiran dan calon yang akan menduduki pentaksiran PT3. Ini adalah satu langkah yang

    dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan Negara dengan mengaplikasikan

    kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras dengan agenda PIPP Nasional.

    Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem aplikasi ini, proses pendaftaran

    pusat peperiksaan dan calon PT3 dapat dilakukan dengan lebih efisien.

    2.0 PENGGUNAAN SISTEM

    2.1 PRA PENGGUNAAN SISTEM

    Buka pelayan web Internet (dinasihatkan penggunakan pelayar web Mozila

    Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel dan

    mempunyai perisian PDF).

    Taipkan alamat url seperti berikut:

    http://apps2.moe.gov.my/pt3

    Skrin di bawah akan dipaparkan.

    Peringatan: Perubahan tarikh tutup sistem bergantung kepada arahan

    pihak Lembaga Peperiksaan (LP) dari masa ke semasa.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    6/41

    Halaman | 6

    Klik pada butang Setiausaha Peperiksaan.

    Skrin di bawah akan dipaparkan.

    Masukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang diberikan oleh

    Lembaga Peperiksaan melalui Surat Login untuk Aplikasi Pendaftaran PT3.

    Klik butangMasukdan skrin di bawah akan dipaparkan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    7/41

    Halaman | 7

    Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi

    ini, proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

    MasukkanKata Laluan LamadanKata Laluan Baru.

    Maklumat seperti Nama SUP, No. Tel Pejabat, No. Tel Bimbit dan Emel wajib

    dimasukkan. Jika tidak, Ralat dikeluarkan dan maklumat tidak akan

    disimpan.

    Klik butangSIMPANdan mesej Maklumat Berjaya Dikemaskini dipaparkan.

    2.2 SENARAI MENU

    Bagi SuP menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti

    berikut:

    Utama

    Proses Pusat

    o Daftar Pusato Senarai Pusat

    Proses Calon

    o Daftar Calon

    o Tambah Calon

    o Kemaskini Calon

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    8/41

    Halaman | 8

    o Senarai Calon (Jana Angka Giliran)

    Cetakan

    Import / Eksport

    Lain-lain

    o Tukar Katalaluan

    Bantuan

    o Manual Pengguna

    o Pegawai Dihubungi

    Keluar

    3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM

    3.1 MENU PROSES PUSAT

    Ini adalah menu di mana SuP akan mendaftar pusat peperiksaan pilihan untuk

    melancarkan proses mendaftar pusat peperiksaan.

    Terdapat dua (2) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pusat dan Senarai Pusat.

    Proses terperinci bagi kedua-dua submenu ini diterangkan di bawah:

    3.1.1 Daftar Pusat

    Untuk mendaftar pusat peperiksaan, masukkan No Pusat. Tekan butang

    SEMAK.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    9/41

    Halaman | 9

    Jika No Pusat belum diwujudkan, skrin di bawah akan dipaparkan.

    Klik butang DAFTAR. Mesej No Pusat Berjaya didaftarkan akan

    dipaparkan.

    Jika No Pusat telah wujud, ralatNo. Pusat Telah Wujud seperti di bawah

    akan dipaparkan.

    SuP dibenarkan mengemaskini Nama Pusat sahaja. Nama Pusat tidak

    boleh melebihi 40 aksara.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    10/41

    Halaman | 10

    3.1.2 Senarai Pusat

    Melalui menu ini, SuP boleh melihat senarai pusat peperiksaan yang telah

    didaftarkan, Jenis calon, bil calon, status janaan angka giliran, status

    pengesahan pendaftaran calon, mengemaskini Nama Pusat serta boleh

    terus mendaftar calon untuk pusat pilihan.

    SuP boleh menekan pautan Bil Calon untuk terus melihat Senarai

    Calon yang didaftarkan.

    ( )

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    11/41

    Halaman | 11

    Untuk mengemaskini Nama Pusat, tekan ikon KEMASKINI dan tekan

    butangKEMASKINIsetelah mengemaskini Nama Pusat.

    ( )

    Untuk mendaftar calon untuk pusat peperiksaan, tekan butang Daftar

    Calon. Paparan skrin di bawah akan terpapar.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    12/41

    Halaman | 12

    3.2 MENU PROSES CALON

    Terdapat lima (5) submenu untuk Proses Calon iaitu DAFTAR CALON APDM, TAMBAH

    CALON, SELENGGARA CALON, SELENGGARA MATA PELAJARAN, DAN BORANG

    MAKLUMAT CALON BERKEPERLUAN KHAS. Proses terperinci bagi submenu ini

    diterangkan di bawah:

    3.2.1 Daftar Calon APDM

    Bagi submenu ini, terdapat 2 perbezaan skrin dan proses mendaftar calon

    iaitu Calon Lengkap Dokumendan Calon Tidak Lengkap Dokumen.

    3.2.1.1 Daftar Calon Lengkap Dokumen

    Submenu ini akan memaparkan No. Pusat, No. Sekolah, JenisSekolah (K, L, M, N, P, R, S, T) dan Nama Kelas APDM.

    PilihNo. PusatdanNo. Sekolahyang hendak didaftarkan calon.

    Pilih Jenis Sekolahyang hendak didaftarkan mengikut kategori

    yang yang telah disenaraikan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    13/41

    Halaman | 13

    Petunjuk:

    K - Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan

    Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

    L - Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan (MRSM, Perantis

    Tentera, Maktab Tentera Diraja)

    M - Calon Sekolah Menengah Agama Negeri

    N - Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian

    Pendidikan Malaysia

    P - Calon Persendirian

    R - Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat

    S - Calon Sekolah Swasta yang tidak berdaftar dengan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    T - Calon Sekolah Intergriti / Asrama Akhlak / Tunas Bakti

    Pilih Nama Kelas APDM yang telah didaftarkan. Paparan skrin

    seperti di bawah. SuP perlu memilih nama kelas APDM.

    Masukkan No Kelas bagi menentukan kedudukan calon dan

    tekan butangSENARAIKAN.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    14/41

    Halaman | 14

    Skrin akan memaparkan keseluruhan maklumat calon yang

    mempunyai ID pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No

    Sijil Kelahiran atau No Pasport, Tarikh Lahir, Keturunan, Calon

    Istimewa dan Daftar. Paparan skrin seperti di bawah.

    Pilih calon yang hendak didaftarkan berdasarkan No Kelas yang

    dimasukkan dengan memilih () pada ruang kotak Daftar.

    Tekan butang SIMPAN untuk mendaftar calon.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    15/41

    Halaman | 15

    Mesej Maklumat Calon PT3 telah berjaya disimpan akan

    dipaparkan dan tekan

    Jika tidak, satu tetingkap kecil peringatan akan keluar.

    PERINGATAN :

    Jika pautan SETERUSNYA>> atau

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    16/41

    Halaman | 16

    Hanya Kod Calon Istimewa dibenarkan untuk dikemaskini.

    Hanya 20 orang calon dipaparkan setiap paparan.

    PilihNo Pusatyang hendak didaftarkan calon.

    Masukkan No Kelas dan pilih Kod Calon Istimewa (jika

    berkaitan) dan tekan butangDAFTAR.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    17/41

    Halaman | 17

    Jika calon berjaya didaftarkan, mesej Maklumat Calon Berjaya

    Disimpan akan dipaparkan.

    3.2.2 Tambah Calon

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP mendaftar calon secara

    manual JIKA calon yang hendak didaftarkan TIADA pada submenu Daftar

    Calon.

    PilihNo PusatdanNo Sekolahyang hendak didaftarkan calon.

    MasukkanNo Kelasdan tekan butang TERUSKAN>>.

    Skrin di bawah akan dipaparkan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    18/41

    Halaman | 18

    SuP perlu memasukkan sendiri No Kad Pengenalan (ID pengenalan diri

    sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Lahir atau No Pasport), Nama

    Calon, Agama, Kod Calon Istimewa (jika berkaitan), Jantina, Tarikh Lahir

    (dalam format: ddmmyy) dan Keturunan.

    Jika calon tidak mempunyai ID pengenalan diri, tekan butangJana No. LP

    untuk menjana No LP.

    Tekan butangDAFTARuntuk mendaftar calon.

    Jika calon ditambah selepas SuP menjana angka giliran, ruang No. Calon

    akan dipaparkan dan No Kelas tidak boleh dimasukkan. Lihat skrin di

    bawah.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    19/41

    Halaman | 19

    Jika calon berjaya didaftarkan, mesej Maklumat Calon telah berjayadisimpan seperti di bawah akan dipaparkan.

    JANGAN sesekali klik pada kotak Prevent this page from creating

    additional dialogs di atas.

    SuP hanya dibenarkan klik pada butangOKsahaja.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    20/41

    Halaman | 20

    3.2.3 Kemaskini Calon

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan SuP membuat proses Kemaskini

    maklumat calon atau Hapus calon melalui carian ID pengenalan diri atau

    angka giliran.

    Masukkan ID pengenalan diri atau angka giliran dan tekan butang

    CARIAN.

    Jika ID pengenalan calon atau angka giliran wujud, skrin akan

    memaparkan calon yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon

    yang berkongsi ID yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon

    tersebut dan SuP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada

    Nama Calon. Lihat rajah di bawah.

    JikaJanaan Angka Giliranhanya dilakukan sebanyak tiga (3) kali sahaja

    danPengesahan Pendaftaranbelum dilakukan, hanyaNo Kelasdan Kod

    Calon Istimewaboleh dikemaskini. Jika Janaan Angka Giliran telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan

    Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya Kod Calon Istimewa

    boleh dikemaskini.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    21/41

    Halaman | 21

    Jika calon didaftarkan melalui submenu TAMBAH CALON dan jika

    Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja

    serta Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, semua maklumat

    calon boleh dikemaskini.

    Jika Pengesahan Pendaftaran telah dilakukan, mana-mana maklumat

    calon didaftarkan melalui menu Tambah Calon tidak boleh dikemaskini

    lagi.

    Tekan butang KEMASKINI untuk menyimpan maklumat calon yang telah

    dikemaskini.

    Tekan butang HAPUS untuk membuang calon daripada Senarai Calon

    yang telah didaftarkan.

    3.2.4 Selenggara Calon (Jana Angka Giliran)

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan Setiausaha Peperiksaan melihat

    senarai calon yang telah didaftarkan bagi setiap pusat pentaksiran

    kawalannya dan menjana angka giliran.

    Melalui Senarai Calon ini juga SuP boleh mengemaskini maklumat calon yang

    dibenarkan dan menghapus calon dengan menekan ikon yang disediakan.

    ***PENTING: Perlu diingatkan, SUP hanya dibenarkan menjana angka

    giliran sebanyak TIGA(3) kali sahaja. Setelah pasti dengan senarai calonyang didaftarkan dan angka giliran telah dijana, SUP MESTILAHmenekan

    butang PENDAFTARAN DISAHKAN. Hanya selepas butang PENDAFTARAN

    DISAHKAN ini ditekan, calon yang didaftarkan akan disimpan di dalam

    pangkalan data sebagai senarai calon yang sah untuk didaftarkan.

    ***SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENJANA ANGKA GILIRAN

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    22/41

    Halaman | 22

    SuP masih dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti No

    Kelas dan Kod Calon Istimewa dan menghapus calon setelah angka giliran

    dijana sebanyak dua (2) kali.

    SuP HANYAdibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti Kod

    Calon Istimewa sahaja dan menghapus calon setelah angka giliran dijana

    sebanyak tiga (3) kali.

    Sekiranya butang PENDAFTARAN DISAHKAN telah ditekan, SuP TIDAK

    BOLEH sama sekali mengemaskini mana-mana maklumat calon,

    menambah dan menghapus calon. Sila pastikan SuP benar-benar pasti

    dengan senarai calon yang ingin didaftarkan.

    JIKA SuP ada menambahcalon selepas menjana angka giliran buat kali

    pertama (1) atau kali kedua (2), SILA jana angka giliran sekali lagi

    sebelum menekan butangPENDAFTARAN DISAHKAN.

    Pilih No Pusat, Jenis Calon, Nama Kelas APDM dan masukkan No Kelas

    untuk mendaftarkan calon.

    Tekan butangSENARAIKAN. Skrin di bawah akan dipaparkan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    23/41

    Halaman | 23

    KlikSIMPANuntuk teruskan dengan pendaftaran calon.

    Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

    pertama (1).

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    24/41

    Halaman | 24

    Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan

    pendaftaran calon SEKIRANYA SuP tidak ingin mengemaskini mana-

    mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

    Mesej di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN

    DISAHKANditekan.

    Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

    kedua (2).

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    25/41

    Halaman | 25

    Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan

    pendaftaran calon SEKIRANYA SuP tidak ingin mengemaskini mana-

    mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

    Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

    ketiga (3).

    Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan

    pendaftaran calon SEKIRANYA SuP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

    Setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan, senarai calon yang

    telah didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai calon

    yang sah didaftarkan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    26/41

    Halaman | 26

    Skrin di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN

    ditekan.

    Sekiranya ada penambahan calon untuk didaftarkan selepas angka giliran

    dijana pada kali pertama (1) atau kedua (2), DANbutangPENDAFTARAN

    DISAHKAN terus ditekan TANPAmenjana angka giliran SEKALI LAGI,

    mesej RalatMasih terdapat calon yang tidak mempunyai angka giliran.

    Sila Jana Angka Giliran akan dipaparkan.

    Klik butangOK.

    Tekan butangJANA ANGKA GILIRAN.

    3.2.5 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas (CBK)

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan SuP memasukkan keperluan khas

    bagi setiap calon istimewa yang didaftarkan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    27/41

    Halaman | 27

    HANYA calon istimewa yang telah SAH didaftarkan akan dipaparkan pada

    submenu ini.

    PilihNo Pusatuntuk dipaparkan.

    Jenis Calonakan dipaparkan secara automatik.

    Tekan butangCARIAN.

    Skrin di bawah akan dipaparkan.

    Butang

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    28/41

    Halaman | 28

    Masukkan setiap keperluan khas calon istimewa (jika berkaitan) pada

    ruang yang disediakan.

    Sila pilih kotak Tambah Masa, Kertas dan Pengecualian PEKA dan PAFA

    (jika berkaitan). Kotak akan bertanda () setelah dipilih.

    Calon yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan daripada tidak

    mengambil PAFA. Mesej di bawah akan dipaparkan jika SUP memilih kotak

    Pengecualian PAFA bagi calon istimewa beragama Islam.

    Setelah memasukkan semua keperluan khas calon istimewa, tekan butang

    SIMPAN.

    Mesej Maklumat Calon Istimewa telah disimpan akan dipaparkan. Klik

    butangOK.

    Aplikasi akan mengira jumlah setiap keperluan khas calon secara

    automatik.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    29/41

    Halaman | 29

    Skrin di bawah menunjukkan skrin Borang Maklumat CBK yang telah

    dimasukkan keperluan dan telah dikira jumlah setiap keperluan.

    Sekiranya ada keperluan khas calon istimewa yang perlu dikemaskini, pilih

    kotak yang berkaitan dan tekan butangSIMPAN.

    4.0 DAFTAR MATA PELAJARAN

    4.1 Daftar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan Pilihan Bahasa

    Pilih menu Daftar Mata Pelajaran.

    Pilih No. Pusat, Jenis Calon, No. Kelas dan tekan butangSenaraikan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    30/41

    Halaman | 30

    4.2 Daftar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

    Buat pilihan pada mata pelajaran.

    4.3 Pilihan KHB 1, 2, 3 atau 4

    Pilih Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

    Pilihan boleh dibuat sama adaPilih Semua.

    Atau memilih dengan menanda sendiri secara manual di dalam kotak yang

    disediakan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    31/41

    Halaman | 31

    4.4 Pilihan semua atau sebahagian calon mengambil KHB

    Setelah memilih Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, tekan butang

    SIMPAN.

    Mesej tersebut akan dipaparkan sekiranya data telah berjaya di simpan.

    Tekan butangOKuntuk teruskan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    32/41

    Halaman | 32

    4.5 Pilihan Bahasa 1

    Sekiranya calon mempunyai pilihan Bahasa 1, klik pada pilihan mata

    pelajaran pilihan.

    Pilih Bahasa 1 dan pilihan mata pelajaran akan tersenarai.

    Buat pilihan dan tekan butangSIMPAN bila selesai.

    Mesej tersebut akan dipaparkan sekiranya data telah berjaya disimpan.

    Tekan butangOKuntuk teruskan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    33/41

    Halaman | 33

    4.6 Pilihan Bahasa 2

    Sekiranya calon mempunyai pilihan Bahasa 2, klik pada pilihan mata

    pelajaran pilihan.

    Pilih Bahasa 2 dan pilihan mata pelajaran akan tersenarai.

    Buat pilihan dan tekan butangSIMPANbila selesai.

    Mesej tersebut akan dipaparkan sekiranya data telah berjaya disimpan.

    Tekan butangOKuntuk teruskan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    34/41

    Halaman | 34

    5.0 CALON PINDAH KELUAR

    Masukkan No. Kad pengenalan atau nama dan klik CARI.

    Kemudian klikPilih Nama Calon, PINDAH KELUAR.

    Paparan berikut akan dipaparkan sekiranya calon berjaya di pindah keluar.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    35/41

    Halaman | 35

    6.0 CALON PINDAH MASUK

    Masukkan No. Kad pengenalan. KlikCARI, kemudian klikNama Calon Pindah

    Masuk. Selepas itu, klikPINDAH.

    Bila Maklumat Calon Pindah Masuk telah berjaya dikemaskini, proses ini telah

    berjaya dilaksanakan.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    36/41

    Halaman | 36

    7.0 MENU CETAKAN

    Menu ini disediakan bagi membolehkan SuP mencetak dokumen standard yang

    diperlukan pada setiap proses pendaftaran calon.

    Terdapat 6 jenis cetakan yang disediakan iaitu:

    Kenyataan Kemasukan

    Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan

    Senarai Kemasukan Mata Pelajaran

    Rumusan Sekolah Mata Pelajaran

    Senarai Calon Istimewa

    Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

    SuP perlu memilih No Pusatdan No Sekolahpada setiapjenis cetakan. Paparan di

    bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

    Klik ikon Disket untuk simpan Surat Login pada komputer PPD.

    Klik ikon Pencetak untuk cetak terus surat login melalui aplikasi.

    Bagi cetakan Kenyataan Kemasukan:

    Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.

    Tekan butang PAPAR.

    Bagi cetakan Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan:

    Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.

    Tekan butang PAPAR.

    Bagi cetakan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.

    Tekan butang PAPAR.

    Bagi cetakan Rumusan Sekolah Mata Pelajaran:

    Pilih No Pusat dan No Sekolah.

    Tekan butang PAPAR.

    Bagi cetakan Senarai Calon Istimewa:

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    37/41

    Halaman | 37

    Pilih sama ada Semua Calon Istimewa / Kod Calon Istimewa.

    Tekan butang PAPAR.

    Bagi cetakan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas:

    Pilih No Pusat dan No Sekolah.

    Tekan butang PAPAR.

    8.0 MENU IMPORT/EKSPORT

    Menu ini disediakan bagi membolehkan SuP mengeksport dan menyimpan maklumat

    calon dalam bentuk fail Excel (.xls) ke dalam komputer sendiri.

    PilihNo Pusatuntuk dieksport data calon.

    Jenis Calon dan Nama Pusat akan terus dipaparkan.

    Tekan butangEKSPORT DATA CALON.

    Skrin di bawah akan dipaparkan.

    pendaftaranPT3.xls

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    38/41

    Halaman | 38

    SuP mempunyai pilihan sama ada untuk terus membuka fail (Open With) atau

    menyimpan fail (Save File) pada komputer.

    Klik butangOK.

    9.0 MENU LAIN-LAIN

    Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, SuP

    boleh mengemaskini maklumat sekolah, maklumat peribadi dan katalaluan.

    Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenuTukar Katalaluanditekan.

    Tekan butangSIMPANsetelah maklumat di atas dikemaskini.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    39/41

    Halaman | 39

    10.0 MENU BANTUAN

    Terdapat tiga (3) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna Pendaftaran,

    Manual Pengguna Kemasukan Markah dan Pegawai Dihubungi.

    10.1 Manual Pengguna Pendaftaran

    Tekan submenu Manual Pengguna Pendaftaranuntuk memaparkan dan

    menyimpan manual ke dalam komputer.

    Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan

    kepada Manual Pengguna Pendaftaran.

    Klik ikonDisket,untuk simpan dokumen ke dalam komputer SuP.

    Klik ikonPencetak,untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

    10.2 Manual Pengguna Kemasukan Markah

    Tekan submenu Manual Pengguna Kemasukan Markah untuk

    memaparkan dan menyimpan manual ke dalam komputer.

    Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan

    kepada Manual Pengguna Kemasukan Markah.

    Klik ikonDisket,untuk simpan dokumen ke dalam komputer SuP.

    Klik ikonPencetak,untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    40/41

    Halaman | 40

    10.3 Pegawai Dihubungi

    Tekan submenu Pegawai Dihubungi bagi menyenaraikan pegawai yang

    bertanggungjawab membantu SuP di dalam proses pendaftaran pusat dan

    calon pentaksiran sekiranya mengalami kesulitan.

    Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

    11.0 MENU UTAMA

    Menu ini akan memaparkan maklumat am pusat peperiksaam SuP.

    12.0 KELUAR DARI SISTEM

    Klik menuKeluaruntuk keluar dari sistem.

  • 5/21/2018 Manual Pendaftaran PT3 SUP 2014

    41/41

    Halaman | 41