Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
-
Upload
smk-dato-sheikh-ahmad -
Category
Education
-
view
6.980 -
download
4
Transcript of Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
TERHAD
0 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
Penggal 3 Tahun 2015
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2015
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
1 TERHAD
Kandungan
Bil Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
2.0 Objektif Penilaian 2
3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2
3.1 Arahan Am 2
3.2 Tanggungjawab Pengetua 2
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3
3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4
3.5 Tanggungjawab Calon 5
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6
5.0 Format Penulisan 7
6.0 Struktur Penulisan 8
7.0 Penskoran Markah 8
8.0 Skema Penskoran Markah 9
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon 10
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11
11.0 Format Penulisan 12
12.0 Struktur Penulisan 12
Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14
Lampiran 16-19
TERHAD
2 TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran
ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
2.0 Objektif Penilaian
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai calon:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada
dalam sesebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian
kes berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah ke dalam mata
pelajaran
3.0 Pelaksanaan kerja kursus
3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau
calon persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja
Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail
kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing.
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 dibimbing dan diselia
oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dilaksanakan mengikut peraturan
yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh
guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
TERHAD
3 TERHAD
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah
Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka
boleh membaiki hasil kerja
3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian
Perniagaan secara individu
3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4), dan BRKKC bagi
calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu
TERHAD
4 TERHAD
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus calon
3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon
perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat
yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi
setiap calon dan mengisi serta memperakui BMKKC
3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar
markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.26 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh
selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan
dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data
atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
TERHAD
5 TERHAD
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak
sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani BRKKC
(Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap
kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja
kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5 Tanggungjawab calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal
tiga sehingga tamat penggal tersebut.
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan
pelaksanaan kajian.
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) bagi mencari dan mengumpul data.
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
TERHAD
6 TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon
20 hingga
21 Jun
2015
Taklimat JU dengan
Guru Tingkatan 6 Menghadiri taklimat
tersebut dan
memberikan sepenuh
perhatian semasa
taklimat berlangsung
22 Jun
hingga
3 Julai
2015
Persiapan awal
sebelum menjalankan
kerja kursus
Membincangkan dan
membimbing pemilihan
tajuk, responden kajian,
dan jadual kerja
Menyediakan surat-
menyurat
Menyemak keperluan
peralatan dan instrumen
kajian
Menjelaskan pelajar
tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang akan dinilai
Membantu penyelesaian
masalah yang timbul
Membuat persiapan awal:
Keperluan kewangan
Pengesahan sekolah dan
kebenaran penjaga
Perancangan kerja
Penyediaan peralatan dan
instrumen seperti borang
soal selidik
Mengenal pasti sumber
rujukan, seperti sumber
sekunder, sumber Internet,
dan sumber-sumber lain.
6 Julai
hingga
21 Sept.
2015
Penyediaan dan
penulisan laporan
Kerja kursus untuk sesi
penilaian
Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan laporan kerja
kursus
Membimbing pelajar
melaksanakan aktiviti
lapangan
Membimbing calon
untuk menulis laporan
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau
perkembangan tugasan
Membaiki kelemahan
dan membimbing calon
membuat
penambahbaikan
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual dan
kaji selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder
Menyusun dapatan (data
dan maklumat) mengikut
keutamaan dan struktur
tugasan
Memproses, mentafsir,
menganalisis, dan merumus
data dan maklumat
Mempersembahkan data
dan maklumat dalam bentuk
yang sesuai, seperti peta
lokasi, jadual, graf, carta,
dan lain-lain
Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
Berlatih membuat
pembentangan mengikut format yang sesuai
TERHAD
7 TERHAD
Tarikh Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon
22 Sept
hingga
13 Okt.
2015
Sesi pembentangan
dan penilaian Memeriksa dan memberi
markah laporan kerja
kursus dan
pembentangan
Hantar laporan bertulis
Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
14 Okt.
hingga
28 Okt.
2015
Penskoran kerja
kursus dan hantaran
markah ke MPM
Menghantar markah ke
MPM melalui
e-submission
22 Sept.
hingga
20 Nov.
2015
Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
Sept. 2016 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)
5.0 Format Penulisan
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal.
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti yang berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
TERHAD
8 TERHAD
6.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan kerja kursus itu hendaklah menjawab kehendak
soalan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(a) Tajuk, abstrak, dan pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang atau lokasi kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya
data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan,
soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan
dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti
capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang
boleh diberi justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon perlu mengenal pasti dan memilih sebuah perniagaan yang sesuai untuk mengkaji
sekurang-kurangnya tiga daripada empat elemen campuran pemasaran berikut:
(i) Produk
(ii) Pengedaran atau pengagihan
(iii) Penetapan harga
(iv) Promosi
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi
punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai fakta dan
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong
dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan.
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran
yang relevan sahaja.
TERHAD
9 TERHAD
7.0 Penskoran
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon.
Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang
dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian
bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran
berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa
yang dilantik oleh MPM.
8.0 Kriteria Penskoran Kerja Kursus
Bil. Kriteria Markah
1 Tajuk, abstrak, dan pengenalan 3
2 Objektif kajian 2
3 Latar belakang atau lokasi kajian 6
4 Kaedah kajian 7
5 Dapatan kajian dan perbincangan
(i) Susunan dan kekemasan laporan 10
(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15
(iii) Analisis dan pentafsiran 15
(iv) Gaya dan bahasa 5
6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10
7 Rujukan 3
8 Lampiran 3
9 Pembentangan
(i) Kerelevanan 2
(ii) Soal jawab 2
(iii) Kebahasaan 2
(iv) Kreativiti 2
(v) Keterampilan 2
10 Kemahiran manipulatif 5
11 Kemahiran insaniah 6
JUMLAH MARKAH 100
TERHAD
10 TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab calon
9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan.
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga
sehingga tamat penggal tersebut.
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul data.
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada
mana-mana bahan atau tulisan.
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
TERHAD
11 TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon
22 Jun
hingga
3 Julai
2015
Persiapan awal
sebelum menjalankan
kerja kursus
Membincangkan dan
membimbing pemilihan
tajuk, responden kajian,
dan jadual kerja
Menyediakan surat-
menyurat
Menyemak keperluan
peralatan dan instrumen
kajian
Menjelaskan pelajar
tentang elemen
kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai
Membantu penyelesaian
masalah yang timbul
Membuat persiapan awal:
Keperluan kewangan
Pengesahan sekolah dan
kebenaran penjaga
Perancangan kerja
Penyediaan peralatan dan
instrumen seperti borang
soal selidik
Mengenal pasti sumber
rujukan, seperti sumber
sekunder, sumber Internet,
dan sumber-sumber lain.
6 Julai
hingga
21 Sept.
2015
Penyediaan dan
penulisan laporan
Kerja kursus untuk sesi
penilaian
Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan laporan kerja
kursus
Membimbing pelajar
melaksanakan aktiviti
lapangan
Membimbing calon
untuk menulis laporan
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau
perkembangan tugasan
Membaiki kelemahan
dan membimbing calon
membuat
penambahbaikan
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual dan
kaji selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder
Menyusun dapatan (data
dan maklumat) mengikut
keutamaan dan struktur
tugasan
Memproses, mentafsir,
menganalisis, dan merumus
data dan maklumat
Mempersembahkan data
dan maklumat dalam bentuk
yang sesuai, seperti peta
lokasi, jadual, graf, carta,
dan lain-lain
Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai
22 Sept
hingga
13 Okt.
2015
Sesi pembentangan
dan penilaian Memeriksa dan
memberi markah
laporan kerja kursus dan
pembentangan
Hantar laporan bertulis
Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
TERHAD
12 TERHAD
11.0 Format Penulisan
11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal.
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
11.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti yang berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
12.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan kerja kursus itu hendaklah menjawab kehendak
soalan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(a) Tajuk, abstrak, dan pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang atau lokasi kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya
data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan,
soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan
dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti
capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang
boleh diberi justifikasi penggunaannya.
TERHAD
13 TERHAD
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon perlu mengenal pasti dan memilih sebuah perniagaan yang sesuai untuk mengkaji
sekurang-kurangnya tiga daripada empat elemen campuran pemasaran berikut:
(i) Produk
(ii) Pengedaran atau pengagihan
(iii) Penetapan harga
(iv) Promosi
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi
punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai fakta dan
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong
dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan.
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran
yang relevan sahaja.
TERHAD
14 TERHAD
TERHAD
15 TERHAD
Soalan Kerja Kursus
Calon dikehendaki memilih sebuah perniagaan yang sesuai untuk tujuan kajian dan analisis campuran
pemasaran yang digunakan oleh perniagaan tersebut. Kajian hendaklah meliputi sekurang-kurangnya
tiga daripada elemen yang berikut:
(i) Produk
(ii) Pengedaran atau pengagihan
(iii) Penetapan harga
(iv) Promosi
Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menjelaskan, menganalisis, dan menulis bagaimana
campuran pemasaran dijalankan oleh perniagaan tersebut. Semua huraian kajian mestilah disertakan
dengan bukti pelaksanaan kajian dan merujuk kepada perniagaan yang telah calon pilih.
Berdasarkan arahan yang diberikan, calon dikehendaki:
(i) Menjelaskan cara maklumat dan data dikumpul
(ii) Menjelaskan setiap campuran pemasaran berdasarkan perniagaan yang telah calon pilih dengan
lengkap
(iii) Melampirkan maklumat dan data yang relevan dengan kajian calon
Nota: * Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus STPM 2015.
* Analisis kajian boleh dibuat berdasarkan data primer atau data sekunder.
TERHAD
16 TERHAD
LAMPIRAN 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
TERHAD
17 TERHAD
LAMPIRAN 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan
oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah
kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
TERHAD
18 TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam
penghasilan
kerja kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru Tandatangan
Calon
Tandatangan
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2014 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..………………………………
Nama Guru: ……….……………………………………………….
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan
pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
TERHAD
19 TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah
Guru
Markah
Penyelaras
1. Tajuk, abstrak, dan pengenalan 3
2. Objektif Kajian 2
3. Latar belakang atau lokasi kajian 6
4. Kaedah Kajian 7
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
kesesuaian maklumat 15
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10
7. Rujukan 3
8. Lampiran 3
9. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10. Kemahiran Manipulatif 5
11. Kemahiran Insaniah 6
Jumlah Markah 100
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah
dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………
Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………
No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.