Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)
-
Upload
trinhtuong -
Category
Documents
-
view
266 -
download
1
Transcript of Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)
Bahasa Melayu
Kertas 5 (910/5)
Penggal 3 Tahun 2016
PERINGATAN:
Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh
dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.
Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak.
© Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
2 TERHAD
KANDUNGAN
Perkara Halaman
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
1 Pengenalan
3
2 Objektif 3
3 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Kerja Kursus
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
BAHAGIAN II: CALON
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.6.1 Penulisan esei ilmiah
3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
3.7.1 Penulisan esei ilmiah
3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
3.8.1 Penulisan esei ilmiah
3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
3
3
3
4
5
5
5
6
7
7
7
8
8
8
9
9
9
9
4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
4.2 Sekolah Swasta
4.3 Calon Persendirian Individu
10
10
12
16
5 Format Penulisan
18
6 Struktur Penulisan
18
7 Penskoran
19
8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa
Melayu
20
9 Borang yang Digunakan
21
10 Contoh Tajuk 21
Lampiran 1: Struktur Penulisan Esei Ilmiah
Lampiran 2: Muka Hadapan Kerja Kursus
Lampiran 3: Borang Perakuan Calon
Lampiran 4: Borang Rekod Kerja Kursus Calon
Lampiran 5: Borang Markah Kerja Kursus Calon
Lampiran 6: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
22
24
25
26
27
31
Tema Kerja Kursus 2016 32
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
3 TERHAD
1 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah
kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3
bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
2 OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk
2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini
2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan
pembelajaran sepanjang penggal
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
3.1 Arahan Kerja Kursus
(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada penggal 3.
(b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM.
(c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran.
(d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian
esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah
diajarkan pada awal penggal 3.
(e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah
(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat
bimbingan daripada guru
(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang
berasingan
(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan
penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
(e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan
(g) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan
(h) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan
menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
4 TERHAD
(i) Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah
(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon
di sekolah
(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(l) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah
(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah
(f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) pada setiap kali sesi pertemuan
diadakan
(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah
(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih
(i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber
(j) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-
lewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak dan dinilai
(k) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon
(l) Mengadakan sesi pembentangan mulai 3/9/2016 hingga 21/9/2016
(m) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu
(n) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh
calon, borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon
(lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
(o) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(p) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya
seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan
borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru)
(q) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga
tarikh keputusan STPM diumumkan
(s) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
5 TERHAD
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang
diberikan oleh guru sekolah swasta
(d) Menilai pembentangan calon secara individu
(e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
(f) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-
lewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah
menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail
kerja kursus pemeriksa)
(h) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi
sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei
ilmiah sahaja)
(i) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu
kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa
penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan
(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei
ilmiah
(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
kepada calon
(e) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang
ditetapkan
(f) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(g) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya
kepada calon
(h) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah
(i) Menilai pembentangan calon
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
6 TERHAD
(j) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3), borang rekod kerja kursus
calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
(l) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-
lewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah
menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail
kerja kursus pemeriksa)
(m) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(n) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
diberikan oleh MPM
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah
(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah
(f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan
(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah
(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih
(i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-
lewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM
(j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai
(k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik
oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2016 hingga 14/10/2016.
(l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh
calon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4)
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
7 TERHAD
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.6.1 Penulisan esei ilmiah
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah
(d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan
(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah
(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)
(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)
(i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)
(j) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah
(k) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(l) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada
(m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(n) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru
mengikut tarikh yang ditetapkan
3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.
(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5
hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.
(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.
(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.
BAHAGIAN II: CALON
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
8 TERHAD
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
3.7.1 Penulisan esei ilmiah
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah
(d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan
(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah
(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)
(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)
(i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)
(j) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah
(k) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(l) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada
(m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(n) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada
guru mengikut tarikh yang ditetapkan
3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.
(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama
5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.
(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.
(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
9 TERHAD
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
3.8.1 Penulisan esei ilmiah
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan
(c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(e) Merancang jadual kerja
(f) Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang
dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)
(g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi, jika ada
(i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)
(j) Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(k) Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada
pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan
3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan
tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.
(b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit.
5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.
(c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
(a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-
mana sumber.
(b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun
demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon
akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.
(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
10 TERHAD
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
1/6/16
hingga
12/6/16
Manual kerja
kursus
Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon
Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon
MPM memuat
naik manual pada
31/5/2016.
13/6/16
hingga
17/6/16
Pengenalan
penulisan esei
ilmiah
Memberikan penerangan
kepada calon tentang
pelaksanaan penulisan
esei ilmiah dari aspek
tugasan dan tarikh akhir
penyerahan tugasan
Mendengar penerangan
guru mengenai aspek
tugasan yang perlu
dilaksanakan
Memahami skop tugasan
Merancang jadual kerja
Penentuan
tajuk penulisan
esei ilmiah
Membimbing calon
menentukan tajuk
penulisan esei ilmiah
yang relevan dengan tema
yang dipilih
Membincangkan
penentuan tajuk
bersama-sama dengan
guru berdasarkan tema
yang dipilih
20/6/16
hingga
18/9/16
P&P dan
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah
Mengadakan sesi P&P di
dalam bilik darjah
tentang penulisan esei
ilmiah
Mengikuti sesi P&P dan
mempelajari teknik
penulisan esei ilmiah
Membimbing calon
melaksanakan tugasan
Melaksanakan tugasan
berdasarkan tajuk yang
ditentukan
Mengadakan pertemuan
dengan guru untuk
mendapatkan bimbingan
Guru dan calon
mesti
merekodkan
butiran
perjumpaan
dalam lampiran
4.
Menilai elemen
kemahiran insaniah
Mengumpul data dan
maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan data
dalam bentuk penulisan
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah
Penilaian
kemahiran
insaniah
dilakukan
sepanjang
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
11 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
19/9/16
hingga
30/9/16
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
ilmiah
Menerima penulisan esei
ilmiah daripada setiap
kumpulan calon
Menghantar penulisan
esei ilmiah mengikut
tarikh yang telah
ditetapkan kepada guru
Calon boleh
menghantar
penulisan esei
ilmiah sebaik
sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.
Guru hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Guru perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.
Menyemak dan menilai
kerja kursus setiap
kumpulan calon mengikut
kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM
Menyediakan bahan
untuk pembentangan
3/9/16
hingga
21/9/16
Pembentangan
oleh calon
Penilaian oleh
guru
Menilai pembentangan
penulisan esei ilmiah
calon secara individu
Membentangkan
penulisan esei ilmiah
dalam masa 5 hingga 10
minit seorang pada
tarikh dan masa yang
ditetapkan
26/9/16
hingga
26/10/16
Penghantaran
markah
keseluruhan
kepada MPM
Menghantar markah
penulisan dan
pembentangan esei
ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission
Tidak berkenaan
November
2016
hingga
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens
Menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah
calon di sekolah dari
tarikh penyelarasan tamat
hingga enam bulan
selepas keputusan STPM
diumumkan
Tidak berkenaan
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
12 TERHAD
4.2 Sekolah Swasta
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
1/6/16
hingga
12/6/16
Manual
kerja kursus
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual Kerja
Kursus Bahasa
Melayu yang
disediakan oleh
MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual Kerja
Kursus Bahasa
Melayu yang
disediakan oleh
MPM untuk guru,
pemeriksa, dan
calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual Kerja
Kursus Bahasa
Melayu yang
disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa, dan
calon
MPM memuat
naik manual
pada 31/5/2016.
13/6/16
hingga
17/6/16
Pengenalan
penulisan
esei ilmiah
Memberikan
penerangan
kepada calon
tentang
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah dari
aspek tugasan
dan tarikh akhir
penyerahan
tugasan
Mendengar
penerangan guru
mengenai aspek
tugasan yang
perlu
dilaksanakan
Memahami skop
tugasan
Merancang jadual
kerja
Tidak
berkenaan
Penentuan
tajuk
penulisan
esei ilmiah
Membimbing
calon
menentukan tajuk
penulisan esei
ilmiah yang
relevan dengan
tema yang dipilih
Membincangkan
penentuan tajuk
bersama-sama
dengan guru
berdasarkan tema
yang dipilih
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
13 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
20/6/16
hingga
18/9/16
P&P dan
pelaksanaan
penulisan
esei ilmiah
Mengadakan sesi
P&P di dalam
bilik darjah
tentang penulisan
esei ilmiah
Mengikuti sesi P&P
dan mempelajari
teknik penulisan
esei ilmiah
Tidak
berkenaan
Membimbing
calon
melaksanakan
tugasan
Melaksanakan
tugasan
berdasarkan tajuk
yang ditentukan
Mengadakan
pertemuan dengan
guru untuk
mendapatkan
bimbingan
Guru dan calon
mesti
merekodkan
butiran
perjumpaan
dalam lampiran
4.
Menilai elemen
kemahiran
insaniah
Mengumpul data
dan maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan
data dalam bentuk
penulisan esei
ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei
ilmiah
Tidak
berkenaan
Penilaian
kemahiran
insaniah
dilakukan
sepanjang
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
14 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
19/9/16
hingga
30/9/16
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
ilmiah
Menerima
penulisan esei
ilmiah daripada
setiap kumpulan
calon untuk
diserahkan kepada
pemeriksa
Menghantar
penulisan esei
ilmiah mengikut
tarikh yang telah
ditetapkan
kepada guru
Menerima
penulisan esei
ilmiah
daripada guru
sekolah swasta
Calon boleh
menghantar
penulisan esei
ilmiah sebaik
sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.
Pemeriksa
hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.
Menyediakan
jadual
pembentangan
dan
memaklumkannya
kepada pemeriksa
Menyediakan
bahan untuk
pembentangan
Menyemak
dan menilai
kerja kursus
setiap
kumpulan
calon
mengikut
kriteria
penilaian yang
ditetapkan
oleh MPM
3/10/16
hingga
14/10/16
Pembentangan
oleh calon
Penilaian oleh
pemeriksa
Tidak berkenaan Membentangkan
penulisan esei
ilmiah dalam masa
5 hingga 10 minit
seorang pada
tarikh dan masa
yang ditetapkan
Menilai
pembentangan
penulisan esei
ilmiah calon
secara
individu
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
15 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
14/10/16
hingga
28/10/16
Penghantaran
markah
keseluruhan
kepada MPM
Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar
markah
penulisan dan
pembentangan
esei ilmiah
kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission
November
2016
hingga
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens
Menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah calon di
sekolah dari
tarikh
penyelarasan
tamat hingga
enam bulan
selepas
keputusan STPM
diumumkan
(bagi sekolah
swasta yang
dibenarkan
menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah)
Tidak berkenaan Menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah calon di
sekolah dari
tarikh
penyelarasan
tamat hingga
enam bulan
selepas
keputusan
STPM
diumumkan
(bagi sekolah
swasta yang
tidak
dibenarkan
menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah)
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
16 TERHAD
4.3 Calon Persendirian Individu
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan
1/6/16
hingga
12/6/16
Manual kerja
kursus
Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon
Menghubungi calon
persendirian individu
yang ditetapkan oleh
MPM untuk
memaklumkan tarikh,
masa, dan tempat untuk
bertemu
Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon
MPM memuat
naik manual pada
31/5/2016.
13/6/16
hingga
17/6/16
Pengenalan
penulisan esei
ilmiah
Mengadakan pertemuan
dengan calon
persendirian individu
untuk memberikan
penerangan tentang
pelaksanaan penulisan
esei ilmiah, dari aspek
tugasan dan tarikh akhir
penyerahan tugasan
Bertemu dengan
pemeriksa untuk
mendapatkan maklumat
tentang pelaksanaan
penulisan esei ilmiah
dari aspek tugasan yang
perlu dilaksanakan dan
tarikh akhir penyerahan
tugasan
Memahami skop
tugasan
Merancang jadual kerja
Penentuan tajuk
penulisan esei
ilmiah
Membimbing calon
menentukan tajuk
penulisan esei ilmiah
yang relevan dengan
tema yang dipilih
Membincangkan
penentuan tajuk
bersama-sama dengan
pemeriksa berdasarkan
tema yang dipilih
20/6/16
hingga
18/9/16
Pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah
Tidak berkenaan Melaksanakan tugasan
berdasarkan tajuk yang
ditentukan
Mengumpul data dan
maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan data
dalam bentuk penulisan
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
17 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah
19/9/16
hingga
30/9/16
Penghantaran,
penyemakan, dan
penilaian
penulisan esei
ilmiah
Menerima penulisan esei
ilmiah daripada setiap
calon
Menghantar penulisan
esei ilmiah mengikut
tarikh yang telah
ditetapkan kepada
pemeriksa
Calon boleh
menghantar
penulisan esei
ilmiah sebaik
sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.
Pemeriksa
hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.
Menyemak dan menilai
penulisan esei ilmiah
setiap calon mengikut
kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM
Menyediakan bahan
untuk pembentangan
3/10/16
hingga
14/10/16
Pembentangan
oleh calon
Penilaian oleh
pemeriksa
Menilai pembentangan
penulisan esei ilmiah
calon secara individu
Membentangkan
penulisan esei ilmiah
dalam masa 10 hingga 20
minit seorang pada
tarikh, masa, dan di
tempat yang ditetapkan
14/10/16
hingga
28/10/16
Penghantaran
markah
keseluruhan
kepada MPM
Menghantar markah
penulisan dan
pembentangan esei
ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission
Tidak berkenaan
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
18 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan
November
2016 hingga
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens
Menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah
calon di sekolah dari
tarikh penyelarasan tamat
hingga enam bulan
selepas keputusan STPM
diumumkan
Tidak berkenaan
5 FORMAT PENULISAN
(a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk
lampiran dan bibliografi.
(b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:
(i) Saiz huruf: 12
(ii) Jenis font: Times New Roman
(iii) Langkau: Dua
(iv) Margin:
Kiri- 1.5" Atas- 1"
Kanan- 1" Bawah- 1"
(v) Saiz kertas: A4
(c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.
6 STRUKTUR PENULISAN
Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(Rujuk lampiran 1)
1. Tajuk kajian 8. Batasan Kajian
2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian
3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian
4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian
5. Objektif Kajian 12. Penutup
6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir
7. Skop Kajian 14. Lampiran
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
19 TERHAD
7 PENSKORAN
(a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan
Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan
perkara dalam jadual yang berikut:
Bil. Perkara
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Skop Kajian
8. Batasan Kajian
9. Kaedah Kajian
10. Dapatan Kajian
11. Rumusan Kajian
12. Penutup
13. Lampiran
14. Bibliografi/Nota akhir
15. Bahasa
(b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah
Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat
berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:
Bil. Perkara
1. Kerelevanan
2. Kelancaran
3. Keterampilan
4. Kebahasaan
5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
20 TERHAD
8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS
(PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU
Tema 1: Fonetik dan Fonologi
Tema 2: Pragmatik
Calon memilih tema
Tema 1: Fonetik dan Fonologi
Calon merumuskan kajian
Calon menjelaskan dapatan kajian
Calon menentukan batasan kajian
Calon menentukan skop kajian
Calon menentukan kepentingan kajian
Calon menentukan objektif kajian
Calon menentukan tajuk kajian
Calon mengenal pasti isu
Calon menentukan kaedah kajian
Calon menutup kajian
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
21 TERHAD
9 BORANG YANG DIGUNAKAN
Terdapat empat jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:
(i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 2)
(ii) Borang perakuan calon (lampiran 3)
(iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)
(iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 5)
(v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
10 CONTOH TAJUK
Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX
Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian
1 Bahasa Melayu
Klasik Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15
hingga Abad ke-19
Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada zaman
Bahasa Melayu Klasik
Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa Melayu
Klasik
2 Morfologi Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Kalangan
Masyarakat Melayu
Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X
Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak
Catatan:
Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah X boleh
juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu atau
gabungan kedua-dua bidang.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
22 TERHAD
Lampiran 1
Struktur Penulisan Esei Ilmiah
Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik
(a) Tajuk Kajian
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-16
(b) Senarai Kandungan
Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripada
senarai kandungan hingga bibliografi/rujukan
(c) Penghargaan
Menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam penulisan esei
(d) 1.0 Pengenalan
Menyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam
esei
(e) 2.0 Objektif Kajian
Menjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei
(f) 3.0 Kepentingan Kajian
(g) 4.0 Skop Kajian
(h) 5.0 Batasan Kajian
(i) 6.0 Kaedah Kajian
Menghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur
(j) 7.0 Dapatan Kajian Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya:
7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan
Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis.
− Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris dengan
menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.
− Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat-menyurat, misalnya
surat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17
dengan menggunakan bahasa Melayu.
7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan.
− Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatan
tradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya.
7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu,
dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab.
− Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dan
digunakan sebagai bahasa perhubungan utama.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
23 TERHAD
7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing.
− Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Hokkien, Arab, Portugis,
Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu.
7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan
pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yang
terkemuka, contohnya:
− Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera
− Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa
− Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya
(k) 8.0 Rumusan Kajian
Menjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak
(l) 9.0 Penutup
(m) Bibliografi/Nota akhir
Menyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian
(n) Lampiran Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah,
surat, dan sebagainya.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
24 TERHAD
Lampiran 2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)
TEMA
NAMA,
NOMBOR
KAD PENGENALAN,
DAN ANGKA GILIRAN
CALON
1.
2.
3.
4.
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
25 TERHAD
Lampiran 3
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
Borang Perakuan Calon
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar
kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang
dihasilkan.
Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja
kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi
menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana
pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.
Calon 1 Calon 2 Calon 3 Calon 4
Tandatangan Calon
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja
kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
MANUAL KERJA KURSUS
TERHAD 25
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
26 TERHAD
Lampiran 4
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016
BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
Tarikh Nama calon Aktiviti
(Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Catatan
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ............................................................
Nama Guru: ......................................................................
Tarikh: ..............................................................................
MANUAL KERJA KURSUS
TERHAD 26
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
27 TERHAD
Lampiran 5
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
BAHASA MELAYU 910/5
(a) Senarai Nama Ahli Kumpulan
(Untuk diisi oleh calon)
1. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan: - -
2. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan: - -
3. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan: - -
4. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan: - -
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
28 TERHAD
(b) Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)
Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Skop Kajian
8. Batasan Kajian
9. Kaedah Kajian
10. Dapatan Kajian
11. Rumusan Kajian
12. Penutup
13. Bibliografi/Nota akhir
14. Lampiran
15. Bahasa
Jumlah markah
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
29 TERHAD
(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan
Perincian Markah Pembentangan
Calon
1 2 3 4
Kerelevanan
Kesesuaian teknik memulakan pembentangan [ ]
Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk [ ]
Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan [ ]
Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa [ ]
JUMLAH [ ]
Kelancaran
Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca
keseluruhan teks [ ]
Pertautan idea [ ]
Kejelasan penyampaian [ ]
Keberkesanan penyampaian [ ]
JUMLAH [ ]
Keterampilan
Kekemasan berpakaian [ ]
Kesopanan tutur kata [ ]
Keyakinan diri [ ]
Keupayaan menarik minat khalayak [ ]
Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan [ ]
JUMLAH [ ]
Kebahasaan
Kegramatisan ayat [ ]
Kepelbagaian kosa kata [ ]
Ketepatan dan kejelasan sebutan [ ]
Kesesuaian intonasi [ ]
Kesesuaian bahasa badan [ ]
JUMLAH [ ]
Penggunaan Alat/Bahan Bantu
Persediaan alat bantu
Kesesuaian alat bantu
Kecekapan penggunaan alat bantu [ ]
Kesesuaian teknik paparan bahan
Kreativiti
JUMLAH [ ]
JUMLAH MARKAH [ ]
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
30 TERHAD
(d) Komen Penilai:
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
……………………………………………………
Nama: ……………………………………………
No. Kad Pengenalan: ……………………………
Tarikh: …………………
No. Telefon (sekolah): ………………….
(bimbit): ………………….
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
……………………………… …….……………
Nama: …………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ………………………….
Tarikh: …………………
No. Telefon (sekolah): ………………….
(bimbit): ………………….
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
31 TERHAD
Lampiran 6
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________
MATA PELAJARAN: _______________________________
NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..
Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….
Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...
No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………
(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
32 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
33 TERHAD
Pilih satu tema sahaja.
Tema 1
Fonetik dan Fonologi [100]
Tema 2
Pragmatik [100]
910/5