MANTAP & KOMITED - · PDF file191 Penyata Tanggungjawab Pengarah Bagi Penyediaan Penyata...
Transcript of MANTAP & KOMITED - · PDF file191 Penyata Tanggungjawab Pengarah Bagi Penyediaan Penyata...
Kami memastikan kecekapan operasi
Kami memastikan kualiti terhadap piawaian
Kami mengusahakan nilai untuk pemegang saham
Kami tumpu kepada perniagaan
MANTAP & KOMITEDLAPORAN TAHUNAN 2013
Kami membantu komuniti
Tarikh : 26 Jun 2014 (Khamis)Masa : 10.00 pagiTempat : Concorde 1
Concorde Hotel Shah AlamAras 2, No. 3Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C40100 Shah AlamSelangor Darul Ehsan
ke-17Mesyuarat agungtahunan
MantaP & KOMIteD Sejak bertahun lamanya, Puncak Niaga telah memperlihatkan komitmen yang mantap dalam memberikan perkhidmatan berkualiti biarpun berhadapan dengan begitu banyak cabaran. Komitmen kami untuk menetapkan piawaian kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi dalam semua aspek operasi kami menjadi teras kepada prestasi Kumpulan yang terus-menerus memperlihatkan keteguhan. Dengan melaksanakan perkhidmatan yang cekap secara berterusan, di samping menerima pakai pembangunan modal insan yang berkesan serta teknologi, proses dan sistem operasi yang inovatif, kami menjamin kemampanan pertumbuhan Kumpulan untuk hari ini dan esok.
Mengakui tanggungjawab kami untuk memberi khidmat kepada pelbagai pihak berkepentingan dan masyarakat di mana Kumpulan beroperasi, di samping menyedari akan kesan usaha kami terhadap mereka, kami terus memberi tumpuan bagi mewujudkan perniagaan yang mampan serta memberi impak positif terhadap para pemegang kepentingan. Penerokaan kami ke dalam sektor Minyak dan Gas serta sektor pembinaan yang begitu dinamik memberi penekanan kepada strategi kami untuk mencipta aliran hasil baharu serta pertumbuhan yang mampan untuk Kumpulan. Bersatu sebagai sebuah pasukan dan didorong oleh kesungguhan kami agar cemerlang dalam setiap perkara yang dilaksanakan, kami kekal fokus untuk membuktikan kecekalan kami sebagai sebuah syarikat yang mantap dan komited.
rasIOnal MuKa DePan
Kami memastikan kecekapan operasi
Kami memastikan kualiti terhadap piawaian
Kami mengusahakan nilai untuk pemegang saham
Kami tumpu kepada perniagaan
MANTAP & KOMITEDLAPORAN TAHUNAN 2013
Kami membantu komuniti
1PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD l Laporan Tahunan 2013
Untuk Menjadi Penyedia Penyelesaian Bersepadu Bagi Air, Air Sisa Dan Persekitaran Yang Terunggul Di Rantau Dan Untuk Menjadi Pemain Sektor Minyak Dan Gas Yang Penting.
Untuk menghadapi cabaran yang semakin meningkat dalam permintaan untuk bekalan air berkualiti tinggi, air sisa dan sistem persekitaran melalui pelaksanaan piawaian berkualiti tinggi, perkhidmatan yang cekap, pembangunan modal insan, teknologi inovatif dan sistem pengendalian yang berterusan.
Untuk berkongsi pengalaman kami dan menawarkan kepakaran kami melalui Perkongsian Perniagaan Bijak, Perkongsian Swasta Awam atau lain-lain model perniagaan yang inovatif.
Untuk menyertai secara aktif dalam peluang-peluang perniagaan tempatan, rantau dan global yang berhubung kait dengan kegiatan teras Syarikat, air sisa & pengurusan sisa pepejal, pengurusan alam sekitar dan sektor minyak & gas.
Untuk menyokong dan mengambil bahagian secara aktif dalam program dan aktiviti yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan nilai kehidupan selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 negara.
Untuk menyelesaikan isu-isu tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan pemuliharaan, penjagaan dan peningkatan kualiti alam sekitar.
MIsI KaMI
VIsI KaMI
VIsI & MIsI
2 PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD l Laporan Tahunan 2013
IsI KanDungan
1 Visi & Misi
4 Nilai-nilai Puncak
MengenaI KaMI
5 Tentang Laporan Ini
6 Perutusan Pengerusi Eksekutif
16 Profil Korporat
18 Maklumat Korporat
21 Lampiran Fakta Kumpulan PNHB
24 Peranan Kami Dalam Sistem Pembekalan Air
25 Peranan Kami Dalam Sistem Rawatan Air Sisa
26 Pencapaian Penting
30 Berita Puncak
32 Pencapaian Korporat
34 Sorotan Penting 2013
struKtur KaMI
35 Struktur Korporat
36 Struktur Organisasi - PNSB
38 Struktur Organisasi - SYABAS
40 Struktur Organisasi - POG
41 Struktur Organisasi - GOM Resources
KePIMPInan KaMI
42 Profil Lembaga Pengarah
52 Lembaga Pengarah
54 Profil Kakitangan Utama - PNSB
60 Profil Kakitangan Utama - SYABAS
70 Profil Kakitangan Utama - Sino Water
71 Profil Kakitangan Utama - POG & GOM Resources
tInJauan PrestasI
76 Sorotan Penting Kewangan Bagi Tempoh Lima Tahun
77 Prestasi Kumpulan Bagi Tempoh Lima Tahun
78 Harga Saham & Jumlah Didagangkan
80 Kalendar Kewangan
3PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD l Laporan Tahunan 2013
IsI KanDungan
tInJauan OPerasI
82 Tinjauan Operasi - Puncak Niaga (M) Sdn Bhd
87 Tinjauan Operasi - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
93 Tinjauan Operasi - Puncak Oil & Gas Sdn Bhd, GOM Resources Sdn Bhd
Dan KGL Ltd.
96 Pengembangan Perniagaan
100 Menyampaikan Perkhidmatan Cemerlang
104 Menyampaikan Kualiti
tanggungJaWaB KOrPOrat
112 Menghargai Kakitangan Kami
128 Memelihara Alam Sekitar Kita
139 Bersama Komuniti Kami
144 Acara Korporat
KeBertanggungJaWaBan
148 Penyata Tadbir Urus Korporat
172 Penyata Pengurusan Risiko Dan Kawalan Dalaman
174 Laporan Jawatankuasa Audit
180 Dasar & Laporan Pengurusan Risiko
184 Dasar Pendedahan Korporat
185 Dasar Tanggungjawab Sosial Korporat
186 Dasar Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar
187 Dasar & Laporan Perhubungan Pelabur
190 Dasar & Laporan Kualiti
191 Penyata Tanggungjawab Pengarah Bagi Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata KeWangan
194 Penyata Kewangan
InFOrMasI laIn
368 Analisis Sekuriti Syarikat
374 Senarai Hartanah
376 Indeks GRI
nOtIs Mesyuarat
384 Notis Mesyuarat Agung Tahunan
388 Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan
BorangProksi
DirektoriKorporat
4 PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD l Laporan Tahunan 2013
nIlaI-nIlaI PuncaK
nIlaI-nIlaI syarIKat KaMI, nIlaI-nIlaI PuncaK MeMBentuK BuDaya OrganIsasI Dan MeMacu cara KaMI MenJalanKan PernIagaan. Ia DIsePaDuKan DalaM PrOses-PrOses PernIagaan Dan nIlaI-nIlaI teras KaMI.
Di PuncaK, kami sentiasa berusaha untuk menjadi:
PassIOnate Bersemangat dalam perniagaan kami untuk mengekalkan prestasi mampan.
unIteD Bersatu padu dalam strategi tanggungjawab korporat kami selaras dengan Visi kami untuk menjadi Penyedia Penyelesaian Bersepadu Bagi Air, Air Sisa Dan Persekitaran Yang Terunggul Di Rantau Dan Untuk Menjadi Pemain Sektor Minyak Dan Gas Yang Penting.
nurture Memupuk modal insan kami ke arah pembentukan tenaga kerja yang diteladani.
cOrPOrate gOVernance Tadbir Urus Korporat memacu cara kami menjalankan perniagaan di dalam persekitaran dunia perniagaan sejagat yang sentiasa berubah.
accOuntaBle Bertanggungjawab dalam semua tindakan dan proses rundingan kami dengan semua pihak berkepentingan.
KnOWleDgeaBle Berpengetahuan dalam semua aspek operasi perniagaan kami dan terus menjadi pembekal air bersih yang boleh dipercayai dan diharapkan.
5PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD l Laporan Tahunan 2013
tentang laPOran InI
Pu n c a k N i a g a H o l d i n g s Berhad (PNHB) beriltizam terhadap tahap kewibawaan dan ketelusan tertinggi dalam perniagaan kami. Laporan Bersepadu 2013 ini mencakupi kedua-dua aspek kewangan dan operasi perniagaan kami dan ia menyediakan pembentangan yang jelas serta menyeluruh tentang prestasi kami kepada para pemegang kepentingan. Di serata laporan ini, kami menyediakan pemusatan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana kami mengendali kemampanan di serata perniagaan, cabaran yang dihadapi serta kemajuan yang telah ditempa. Setiap tahun kami berusaha untuk mengguna pakai secara berterusan penyelesaian baharu dan inovatif dan berbangga untuk menunjukkan bagaimana kini kemampanan telah terpahat kukuh dalam lingkungan pengurusan kami. Pendekatan terhadap kemampanan mengukuhkan iltizam kami untuk bertindak secara bertanggungjawab dan beretika. Laporan ini memperlihatkan aktiviti kami sepanjang 2013 dan kemajuan ke arah mencapai matlamat kami.
Kami beroperasi dalam perniagaan dengan sumber terbatas dan justeru itu bagi kami, kemampanan bukan satu pilihan. Ia bersepadu dalam setiap aspek perniagaan kami. Kami prihatin terhadap pelanggan, warga kerja, komuniti serta alam sekitar kami kerana ia membentuk suatu hubungan yang saling berkait dalam perniagaan kami. Laporan kami yang bersepadu mencerminkan iltizam kami terhadap nilai jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Asas kepada amalan kemampanan yang baik adalah matlamat kami yang mantap dan tidak pernah berubah untuk memastikan kami mendukung standard tertinggi dalam pengurusan dan kawalan tanggungjawab. Ini jelas tergambar dalam pelbagai sistem dan proses yang telah tersedia untuk mengurus isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus kami. Laporan bersepadu ini turut membincangkan kepentingan pihak berkepentingan dan bagaimana kami sentiasa berusaha memenuhi kewajipan kami.
Rangka kerja utama yang digunakan ialah Inisiatif Pelaporan Global (GRI), Garis Panduan GRI G3.1. Laporan ini telah disediakan untuk mematuhi tahap guna pakai A. Garis panduan lain termasuklah Garis Panduan CSR Bursa Malaysia Securities Berhad serta Panduan ISO 26000 mengenai Tanggungjawab Sosial. Di mana mungkin, kami telah menyediakan data kuantitatif dan kualitatif bagi menghuraikan petunjuk yang diperlukan. Tumpuan kami adalah terhadap isu yang penting kepada perniagaan kami yang digambarkan sebaiknya oleh impak dan cabaran kami.
Indeks Kandungan GRI G3.1 yang boleh didapati pada muka s