Manaqib Habib Zein Bin Sumait

13
Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ه ات ي ح ول ط ب له ال ا ي ع ت م له و ه ال ظ ف ح: Faqihnya Umat Ini Yang Tabahhur Ilmunya Sempena kunjungan Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ه ات ي ح ول ط ب ه ل ال ا ي ع ت م ه و ل ه ال ظ ف حsebagai tetamu jemputan utama ke Majlis Sambutan Haul al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad اه رض" ه وا ن ع ه ل ال ي ض ر1431 H/2010M, maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith له ه ال ظ ف ح ه ات ي ح ول ط ب ه ل ال ا ي ع ت م وadalah antara permata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.

description

Disusun oleh Ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir. Menceritakan sedikit sebanyak perihal Guru Beliau.

Transcript of Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Page 1: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حياته بطول الله ومتعنا الله : حفظهFaqihnya Umat Ini Yang Tabahhur Ilmunya

Sempena kunjungan Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith  حياته بطول الله ومتعنا الله sebagai حفظه tetamu jemputan utama ke Majlis Sambutan Haul al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad  وأرضاه عنه الله 1431 رضي H/2010M, maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith  حياته بطول الله ومتعنا الله adalah antara حفظهpermata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.

Page 2: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Nama dan nasab beliau: Beliau adalah al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin 'Ali bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Alwi bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Alwi ('Ammul Faqih al-Muqaddam) bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir Ilallah bin ‘Isa ar-Rumi. Bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin asy-Syahid Hussin as-Sibth, putera Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra’ bin Rasulullah  وسلم وآله عليه الله .صلى

Kelahiran dan pendidikan: Beliau dilahirkan pada tahun 1357H (1936M) di Jakarta, Indonesia. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau, al-Habib Ibrahim bin Zein pernah menjadi imam di Masjid Habib ‘Abdullah bin Muhsin di Bogor ketika di akhir umur beliau. Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib 'Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah di antara guru awal Habib Zein. Selain itu, Habib Zein juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi (Habib 'Ali Kwitang).

Page 3: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Guru-guru Habib Zein

Guru-guru di Tarim: Dalam tahun 1371H (1950M), ketika usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zein telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna, tempat asal keturunannya. Di sana, Habib Zein tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan. beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di rubath Tarim

Guru-guru Habib Zein

Page 4: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Di antara guru-guru beliau di Tarim adalah:-  

Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Saalim Bin Hafidz – dengan guru beliau ini, al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith belajar dan menghafal kitab Sofwah az-Zubad karya Imam Ibn Ruslan, kitab al-Irsyad karya Ibn Muqri (sehingga bab Jinayat) dan Nadzam Hadiyyah ash-Shaadiq karya al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir. Selain itu beliau belajar kitab-kitab karangan al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dalam ilmu faraidh dan munakahat, sebahagian dari kitab Minhaj, kitab-kitab tasawwuf dan ilmu falak;

Habib 'Umar bin 'Alwi al-Kaaf – beliau belajar ilmu Nahwu, Ma’ani dan Bayan. Dengan guru beliau ini juga beliau mempelajari kitab Mutammimah al-Ajrumiyyah danAlfiyyah serta syarah-syarahnya. Beliau juga menghafal matan Alfiyyah; 

Habib 'Alwi bin 'Abdullah Bin Syihaabuddin – beliau mengikuti majlis-majlis pengajian al-Habib ‘Alwi di Rubath Tarim, juga mengikuti rohah yang diadakan di kediamannya dan majelis Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar as-Sakran; 

Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus – beliau sering berulang-alik ke tempatnya dan beliau memperolehi banyak ijazah daripadanya;  

Habib Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil;

Habib Abu Bakar 'Atthas bin 'Abdullah al-Habsyi - beliau membaca kitab al-Arbain al-Ushul karya Imam al-Ghazali;

Habib Salim bin 'Alwi al-Khird – beliau membaca kitabMulhaq al-‘Irab karya  Abu Muhammad al-Qaasim bin ‘Ali al-Hariri al-Bashri; 

Habib 'Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat; 

'Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim az-Zubaidi – beliau mempelajari ilmu fiqih; 

Syaikh Saalim bin Sa`id Bukayyir BaGhitsaan al-Mufti – beliau belajar fiqih; 

Page 5: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat; 

Berangkat ke Baidho’: Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zein telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk pindah ke Kota Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti Baidha`, Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Habib Zein telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zein juga diijazahkan pelbagai riwayat oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar.

Habib Zein terus menetap di Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zein, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain.

 Ijazah di bidang keilmuan: Selain itu beliau juga mendapat ijazah daripada kalangan Saadah Ba’alawi dan para ulama’ dunia Islam, seperti: Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, al-'Allamah al-Muhaddits Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin ‘Abdul Aziz  al-Maliki al-Makki al-Hasani, al-‘Allamah al-Habib 'Umar bin Ahmad Bin Sumaith, al-‘Allamah al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-‘Allamah

Page 6: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

al-Habib 'Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, asy-Syaikh Umar al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syathiri, al-‘Allamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Sa’id al-Lahji al-Hadhrami dan Sayyid Yusuf ar-Rifai al-Kuwaiti.

Berhijrah ke Madinah: Setelah kira-kira 21 tahun menetap di Baidho` menyumbang ilmu dan berdakwah, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zein telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa  وسلم وآله عليه الله ,iaitu kota Madinah al-Munawwarah  ,صلىuntuk menjadi pengasuh Rubath Habib 'Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Salim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zein sehingga kini [menurut khabar yang abu zahrah dengar, rubath tersebut telah diarahkan tutup oleh pemerintah Saudi].

Walaupun beliau sudah mempunyai murid-murid di Madinah, beliau masih mengambil peluang untuk menimba ilmu dari ulama ulama Madinah seperti:- 

Syaikh Muhammad Zaidan asy-Syanqiti al-Maliki – beliau mempelajari ilmu ushul, membaca kitab at-Tiryaq an-Nafi’ ‘ala Masail Jam’ul Jawami’ karya al-Imam Abu Bakar bin Syahab dan kitab Maraqi as-Su’ud karya Syarif ‘Abdullah al-‘Alawi asy-Syanqitiy; 

Page 7: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

al-‘Allamah an-Nihrir Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani asy-Syanqiti – beliau membaca kitab Syarah al-Qathr, sebahagian daripada kitab Ibnu ‘Aqil, Idha’ah al-Dujunnah karya Imam al-Maqqari, as-Sullam al-Munauraq karya al-Akhdhari, Isadguji karya Imam al-Abhari, Itmam ad-Dirayah li Qurra an-Naqayah karya as-Sayuthi, al-Maqsyur wa al-Mamdud dan Lamiyah al-Af’al karya Ibnu Malik, Mughni Labib karya Ibnu Hisyam, Jauhar al-Maknun dan kitab ilmu shorof. Guru beliau ini memuji al-Habib Zein kerana semangat dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu.

Selain daripada melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:-

  

al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali

Baa'Alawi – karya beliau yang unggul dalam mensyarahkan

ushul thariqah aal Ba’Alawi. Pokok utama kitab ini

mensyarahkan kata-kata al-Imam al-Muhaqqiq al-Habib Ahmad

bin Zein al-Habsyi (wafat 1145H, murid dari al-Imam ‘Abdullah

al-Haddad) iaitu: “Thariqah Saadah Aal Ba’alawi adalah ilmu,

Page 8: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

‘amal, wara`, khauf (takut kepada Allah) dan ikhlas

kepadaNya”.    

al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi 'Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah– kitab

ini di dalam bentuk soal-jawab (buku telah al-Fagir dan teman-

teman terjemahkan, insyAllah akan berada di pasaran sedikit

masa lagi ini). Kitab ini mengulas tentang aqidah ahlussunah

wal jamaah, yang berisi tentang jawaban atas amaliyah

golongan ahlussunah wal jamaah yang selama ini dianggap oleh

sekelompok kecil umat islam (bahasa mudahnya Wahabi)

sebagai amalan yang menyimpang dari ajaran Islam, sedangkan

amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi terdahulu, iaitu

generasi sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in dan terus menerus

hingga sekarang.  

al-Fuyudhat ar-Rabbaniyyah min Anfas as-Sadah al-‘Alawiyyah –

kitab ini menghimpunkan tafsir isyari kepada beberapa ayat-

ayat al-Quran dan hadits-hadits Nabawi yang beliau himpunkan

daripada kalam Saadah ‘Alawiyyin.  

al-Futuhat al-‘Aliyyah fi al-Khutbah al-Minbariyyah  (5 jilid) –

merupakan himpunan khutbah-khutbah beliau. 

Hidayah ath-Thalibin fi Bayan Muhimmat ad-Din – kitab ini

merupakan syarah kepada hadits Jibril iaitu mengenai

pengertian Islam, Iman dan Ihsan.  

Hidayah az-Zairin ila Ad’iyyah az-Ziyarah an-Nabawiyyah wa

Masyahid ash-Shalihin – merupakan kumpulan doa para salaf

(ulama-ulama Saadah ‘Alawiyyin terdahulu) yang diucapkan

ketika menziarahi Nabi  وسلم وآله عليه الله dan makam-makam  صلى

yang terletak di Haramain (Makkah dan Madinah) dan

Hadramaut.  

an-Nujum az-Zahirah li Saliki Thariqi al-Akhirah – merupakan

kumpulan daripada ‘amalan-‘amalan para Saadah Ba’alawi

beserta dengan faedahnya.  

Kitab Tsabat (Sanad-sanad dan masyaikh beliau) – masih di

dalam bentuk manuskrip  

Page 9: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

dan lain-lain.

 

Peribadi dan kegiatan harian beliau: Beliau seorang yang sangat ‘alim, faqih dan ‘arifbillah. Menghafal persoalan-persoalan di dalam mazhab Syafie. Oleh kerana itulah ada yang mengelar beliau sebagai syafie shaghir di zaman ini. Ketika di usia mudanya, beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Guru-guru beliau sering memuji beliau kerana kelebihan beliau berbanding rakan-rakannya, juga kerana adab, suluk dan akhlaq beliau yang baik.

Page 10: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Beliau seorang yang tawadhu. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Lidahnya sentiasa basah dengan dhikruLlah. Tasbih hampir tidak pernah berpisah daripadanya. Sentiasa berserban putih, memakai kain dan rida’ sepertimana kebiasaan para salaf di Hadramaut.

Beliau mempunyai tertib khusus dalam membaca aurad dan adzkar sepanjang siang dan malam disamping menjalankan tugas sebagai pengajar. Sentiasa berqiyamullail dan kemudiannya beliau keluar menunaikan sholat Shubuh di Masjid Nabawi dan duduk beri’tikaf sehingga terbit matahari. Setelah itu pulang ke rubath untuk mengajar. Selepas ‘ashar beliau mengadakan rohah sehingga menjelang maghrib. Setelah maghrib mengajar sehingga ‘Isya. Kemudian beliau bersholat ‘Isya di Masjid Nabawi dan setelahnya menziarahi datuk beliau yang agong iaitu Rasulullah  وآله عليه الله صلى. وسلم Beliau menziarahi Rasulullah  وسلم وآله عليه الله setiap pagi صلىdan petang (malam), sejak beliau bermukim di Madinah. Setelah ‘Isya, beliau mengajar dan mengadakan majlis di pelbagai tempat, mengikut hari-hari yang di jadualkan.

Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zein bin Ibrahim Bin Sumaith, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini.  آمين -al .اللهمFagir memohon ampun maaf andaikata terdapat kesalahan/kesilapan di dalam nukilan ini. Sekian.

 

Page 11: Manaqib Habib Zein Bin Sumait

Nukilan:Al-Fagir Abu ZahrahTaman Seri Gombak,Shubuh, 16 Syawwal 1431H 

Sanad Thoriqah Saadah Ba'alawi dari al-Habib Zein