Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

49
Malaysia Students Web  UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) ALAMAT : KETUA PENTADBIRAN PENGAJIAN PRASISWAZAH BAHAGIAN AKADEMIK TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR NO. TELEFON : Talian 1 : +6 03-89466059 Talian 2 : +6 03-89466055 Talian 3 : +6 03-89466060 Talian 4 : +6 03-89466000 NO. FAKS : +6 0389426469 E-MEL : [email protected] LAMAN WEB : http://www.upm.edu.my UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertan ian Malaysia melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan. Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 dengan jumlah pelajar seramai 1,559 orang. Mereka mengikuti progr am Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma Sains Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan. Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan itu, UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan dan melangkaui sempadan kebangsaan. Kemuncak daripada itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysi a yang keempat. Penukaran nama ini merupakan langkah strategik yang mencerminkan kedudukan UPM selaku sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dalam menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan. Universiti Putra Malaysia kini mempunyai enam belas (16) Fakulti termasuk Kampus Bintulu, Sarawak, lima belas (15) Pusat, sembilan (9) Institut, satu (1) Akademi, dua (2) Sekolah Pengajian Siswazah, sebuah Taman Pertanian Universiti dan sebuah kampus cawangan di Bintulu, Sarawak. UPM menawarkan lima puluh enam (56) program Bacelor, tujuh (7) program Diploma, satu (1) program Asasi dan lebih daripada empat ratus (400) bidang di

description

dfasdrf

Transcript of Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

Page 1: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 1/49

Malaysia

Students Web  

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

NAMA PENUHIPTA /POLITEKNIKPREMIER 

: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

ALAMAT : KETUA PENTADBIRAN PENGAJIAN PRASISWAZAHBAHAGIAN AKADEMIKTINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA43400 UPM SERDANGSELANGOR 

NO. TELEFON : Talian 1 : +6 03-89466059Talian 2 : +6 03-89466055Talian 3 : +6 03-89466060Talian 4 : +6 03-89466000

NO. FAKS : +6 0389426469E-MEL : [email protected]

LAMAN WEB : http://www.upm.edu.my

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971,sebagai Universiti Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara FakultiPertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti inibermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan danFakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai1973 dengan jumlah pelajar seramai 1,559 orang. Mereka mengikuti program

Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar,Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma Sains Peternakan,

Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan.

Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membinauniversiti masa hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baikdan terkini terutama dalam pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan itu,UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan danmelangkaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak daripada itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian

Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Penukarannama ini merupakan langkah strategik yang mencerminkan kedudukan UPM

selaku sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai

program pengajian dalam menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan.

Universiti Putra Malaysia kini mempunyai enam belas (16) Fakulti termasuk

Kampus Bintulu, Sarawak, lima belas (15) Pusat, sembilan (9) Institut, satu (1)Akademi, dua (2) Sekolah Pengajian Siswazah, sebuah Taman PertanianUniversiti dan sebuah kampus cawangan di Bintulu, Sarawak.

UPM menawarkan lima puluh enam (56) program Bacelor, tujuh (7) program

Diploma, satu (1) program Asasi dan lebih daripada empat ratus (400) bidang di

Page 2: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 2/49

peringkat Pasca Siswazah.

VISI 

Menjadi Sebuah Universiti Bereputasi Antarabangsa.

MISI 

Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara

serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

MATLAMAT 

UPM telah menetapkan enam matlamat untuk merealisasikan wawasannya. Matlamat tersebut

adalah seperti berikut:-

1. Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan

berdaya saing. 2. Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat

antarabangsa. 3. Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsianilmu. 

4. Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan,Penyelidikan dan Perkhidmatan Pertanian, dan Biosumber Tropika. 

5. Memperkemas tadbir urus dan pengurusan sumber. 

6. Memperkasakan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan

sebagai Top Business School (TBS). 

KEMUDAHAN

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga UPM untuk menjaga kemudahan-kemudahan yang telah disediakan Universiti. Antara kemudahan-kemudahanyang ada ialah:-

a) Penginapan

Universiti menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman yang berupayamenampung 600-1,000 pelajar setiap kolej. Kolej-kolej kediaman inimenyediakan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dewan, bilik rehat, suraudan lain-lain.

Kolej kediaman tidak lagi menyediakan makanan sejak 1996, sebaliknyamakanan boleh dibeli dari 4 buah kafetaria dalam kampus. Adalah menjadi polisi

Universiti untuk mengutamakan pelajar baharu dalam pemberian tempatpenginapan di kolej kediaman.

b) Perpustakaan

Pelajar boleh berjalan kaki ke Perpustakaan Pusat UPM (Perpustakaan SultanAbdul Samad). Perpustakaan Pusat UPM terdiri daripada 2 blok, Blok A dan BlokB yang mempunyai keluasan lantai 17,652 meter persegi. Perpustakaan inimempunyai lebih kurang 2,000 tempat duduk selain daripada bilik karel, bilikmesyuarat, auditorium dan sebagainya.

Koleksi Perpustakaan adalah kira-kira 400,000 judul buku dan 6,300 judul

Page 3: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 3/49

bersiri. Ini tidak termasuk koleksi multimedia seperti mikrofilem, pita video, petadan lain-lain. Sumber bahan yang benyak dan kepelbagaian perkhidmatan iniadalah amat perlu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan penyelidikan diUPM.

c) Pengangkutan

Sistem pengangkutan di UPM merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan

dengan universiti-universiti lain di Malaysia. Ini bersesuaian dengan lokasinyayang terletak di antara Putrajaya dan Bandaraya Kuala Lumpur sertabersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

d) Perkhidmatan Bas (Dalam dan Luar Kampus)

i. UPM menyediakan kemudahan bas untuk pergerakan pelajar di dalam dan diluar kampus.

ii. Setiap pelajar dikenakan bayaran RM75.00 seorang untuk satu semester untuk

mendapatkan kemudahan tersebut. Pelajar yang membayar untuk perkhidmatantersebut boleh menggunakan perkhidmatan bas tanpa had selama tempoh

berkenaan.

iii. Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa telah menyediakan lebih daripada 20 basUniversiti untuk kemudahan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti akademik dankurikulum di luar kampus.

iv. UPM juga telah membina beberapa perhentian bas berbumbung yang lengkapdengan kemudahan seperti kipas angin, lampu dan papan kenyataan untukmemberi keselesaan kepada para mahasiswa ketika menunggu bas.

e) Komuter dan Teksi

i. Mahasiswa UPM boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan komuter danteksi untuk berulang-alik daripada kampus ke destinasi yang ingin di tuju denganharga yang berpatutan.

ii. Terdapat perkhidmatan bas yang menghubungkan Kampus UPM dengan Kuala

Lumpur dan kawasan sekitar Serdang.

iii. Satu lagi alternatif kemudahan pengangkutan ialah perkhidmatan keretapikomuter di stesen Serdang yang memberi perkhidmatan ke Seremban, KualaLumpur dan kawasan sekitarnya.

f) Bank dan Pejabat Pos 

i. Terdapat dua buah bank di Kampus UPM, CIMB Bank dan Bank SimpananNasional untuk kemudahan warga kampus mengendalikan urusankewangan. Pihak bank juga telah menyediakan beberapa buahmesin autoteller di tempat yang strategik dan selamat.

ii. Terdapat sebuah pejabat pos yang ditempatkan di Kolej Mohamad Rashiduntuk kemudahan para mahasiswa dan warga kampus mendapatkanperkhidmatan pos, bayaran bil, memperbaharui lesen memandu dan pelbagaiperkhidmatan lain.

g) Laman Web Student Portal http://www.psp.upm.edu.my

i. Bahagian Teknologi Maklumat telah membangunkan Putra Student Portal sebagai gerbang utama bagi pelajar-pelajar UPM mencapai apa jugamaklumat diri mereka sepanjang pengajian di UPM dengan mudah dan cepat

Page 4: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 4/49

melalui satu login sahaja.

ii. Laman web ini diwujudkan atas dasar memberi kemudahan disamping

membudayakan ICT dikalangan pelajar.

h) Koperasi dan Kedai Buku 

Terdapat sebuah kedai koperasi yang menjual segala kelengkapan alat tulis danbuku-buku rujukan serta keperluan harian mahasiswa.

i) Kemudahan Sukan Bertaraf Dunia 

Selama ini, UPM menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif sukan kepadamahasiswa. Hasrat UPM untuk melahirkan atlet yang berpendidikan tinggisentiasa menjadi keutamaan. Sebuah Blok Atlet di Kolej Kediaman Keenamdisediakan bagi kemudahan penginapan para atlet.

Seterusnya UPM juga memiliki sebuah kompleks sukan yang terdiri daripadastadium utama untuk acara trek dan balapan, dewan serbaguna untuk pelbagaiacara termasuk skuash, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bola keranjangdan lain-lain sukan dalam dewan. Selain itu dengan memiliki keluasan kawasan

yang tidak terhad, UPM tiada masalah tentang padang-padang permainan untuk

keperluan mahasiswa bersukan.

Di UPM juga sukan ragbi menjadi sebutan dalam dan luar kampus. Siapa tidakkenal dengan pasukan Serdang Angel yang sememangnya digeruni lawan setiapkali menyertai kejohanan peringkat universiti dan jemputan. Sudah tentukemudahan padang ragbi bertaraf dunia memberi sedikit kelebihan untukmahasiswa UPM bergiat aktif dalam sukan ragbi dan kebanyakan merekamewakili negara di peringkat antarabangsa.

Kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis yang berkualiti dan padang hokiyang baru melengkapkan lagi persediaan UPM dalam memberi kemudahan

terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh mahasiswa.

 j) Kemudahan Riadah dan Rekreasi Moden 

Mahasiswa UPM dikira bertuah apabila memiliki persekitaran kampus yangnyaman dan menyegarkan di sebalik kehijauan pokok-pokok yangmerimbun. Panorama sedemikian boleh menenangkan fikiran setelah penatdengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seluruh warga kampus boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi denganpenuh semangat tanpa gangguan dan pencemaran. Pihak Universiti telahmengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan kemudahan yang serba

moden untuk manfaat bersama. Pembinaan trek joging dan kemudahan riadahlain sepanjang 7 km melalui dusun buah-buahan dan merentasi pemandangantasik menarik minat warga kampus untuk memulakan gaya hidup sihat.

Langkah UPM melancarkan program "Gerak Sihat" di kalangan mahasiswa danstaf setiap awal bulan menggalakkan warga kampus mempunyai tahap kesihatan

tinggi dan kecerdasan minda yang boleh meningkatkan prestasi belajar danbekerja.

UPM juga kaya dengan lokasi rekreasi yang pastinya dapat mengurangkantekanan dalam mengejar kecemerlangan akademik. Contohnya Bukit Ekspoyang menawarkan kemudahan satu destinasi yang menarik dan pilihan

sekeluarga.

Bukit Ekspo menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk sesiapa sahajamenjalankan aktiviti termasuk memancing, bersampan, sukaneka keluarga,tapak perkhemahan, tapak ekspo dan karnival, flying fox dan lain-lain lagi.

Page 5: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 5/49

 Aktiviti menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar adalahsesuatu yang menarik terdapat di UPM.

Bagi penggemar sukan golf, UPM memiliki kemudahan padang golf 18 lubang.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN PADA PERINGKAT IJAZAH

BACELOR, DIPLOMA DAN ASASI 

UPM adalah sebuah Universiti yang menawarkan program pelbagai bidang dan

disiplin. Program-program yang ditawarkan di peringkat Ijazah Bacelor danDiploma mengikut Fakulti adalah seperti berikut:-

Fakulti Pertanian 1. PG11 - Bacelor Sains Pertanian2. PG14 - Bacelor Sains Hortikultur3. PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)4. PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)5. PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Fakulti Perhutanan 

1. PG12 - Bacelor Sains Perhutanan2. PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi3. PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Fakulti Perubatan Veterinar 1. PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 1. PE00 - Bacelor Ekonomi2. PE02 - Bacelor Perakaunan3. PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Fakulti Kejuruteraan 1. PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)2. PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)3. PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)4. PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)5. PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

6. PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)7. PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)8. PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Pengajian Pendidikan 

1. PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)2. PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)3. PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)4. PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai BahasaPertama)

5. PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai BahasaKedua)6. PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)7. PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)8. PT41 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)9. P020 - Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan

Fakulti Sains Bacelor Sains (Kepujian) 1. PS02 - Major Biologi

Page 6: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 6/49

2. PS08 - Major Matematik3. PS09 - Major Statistik4. PS15 - Major Fizik

5. PS28 - Major Kimia6. PS29 - Major Kimia Perindustrian7. PS30 - Major Kimia Petroleum8. PS36 - Major Sains Bahan

9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) 10. PT11 - Major Biologi11. PT12 - Major Fizik12. PT13 - Major Kimia13. PT14 - Major Matematik

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan 1. PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan2. PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)3. PG18 - Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Fakulti Ekologi Manusia 

1. PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)2. PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)3. PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna4. PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)5. PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi 1. PA02 - Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera 2. PB00 - (Bahasa Inggeris)3. PB03 - (Bahasa dan Linguistik Melayu)4. PB06 - (Kesusasteraan Melayu)5. PB07 - (Kesusasteraan Inggeris)

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)6. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin7. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab

8. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis9. PB09 - Pengkhususan Bahasa Jerman

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 1. PM00 - Doktor Perubatan

2. PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)3. PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)4. PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)5. PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)6. PM12 - Bacelor Kejururawatan

Fakulti Rekabentuk dan Senibina 1. PH00 - Bacelor Seni Bina2. PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap3. PH03 - Bacelor Sains Seni Bina4. PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatBacelor Sains Komputer 

Page 7: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 7/49

1. PC04 - Pengkhususan Sistem Komputer2. PC09 - Pengkhususan Multimedia3. PC10 - Pengkhususan Kejuruteraan Perisian4. PC11 - Pengkhususan Rangkaian Komputer

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul 1. PG07 - Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi

2. PS26 - Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia3. PS27 - Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi4. PS71 - Bacelor Sains (Kepujian) Biologi Sel dan Molekul

Fakulti Pengajian Alam Sekitar 1. PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar2. PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu, Sarawak) 

1. PG30 - Bacelor Sains Bioindustri2. P2050 - Diploma Pertanian3. P2051 - Diploma Perikanan4. P2052 - Diploma Perhutanan5. P2053 - Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan

6. P2055 - Diploma Pengurusan Perladangan Makanan7. P2056 - Diploma Perniagaantani8. P2450 - Diploma Kejuruteraan Pertanian

Pusat Asasi Sains Pertanian 1. P0050 - Asasi Sains Pertanian

Sekolah Pengajian Siswazah 1. Doktor Falsafah (PhD) - (Pelbagai bidang)2. Program Master (MS/MA) - (Pelbagai bidang)

Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan 1. Doktor Falsafah (PhD) - (Pelbagai bidang)2. Program Master (MS/MA) - (Pelbagai bidang)

MAKLUMAT PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN PADAPERINGKAT IJAZAH BACELOR  

FAKULTI PERTANIAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains Pertanian2. Bacelor Sains Hortikultur3. Bacelor Pertanian (Akuakultur)

4. Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)5. Bacelor Sains (Perniagaantani)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PG11 - Bacelor Sains Pertanian

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Page 8: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 8/49

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains Pertanian yang mengambil masa empat (4) tahun ini

adalah program terulung yang dikendalikan oleh Fakulti Pertanian. Program ini

berasaskan sains dan teknologi pengeluaran tanaman, ternakan danakuakultur. Selain itu ia merangkumi aspek perniagaan, pengurusan,komunikasi serta kaedah penyelidikan.

Graduan Bacelor Sains Pertanian adalah terlatih dalam perusahaan yangmelibatkan tanaman perladangan seperti kelapa sawit, getah dan kelapa atautanaman makanan seperti padi, jagung ubi, buah-buahan di samping sistem

pertanian yang mengintegrasikan pengeluaran ternakan, akuakultur dantanaman. Tumpuan pengajian ialah terhadap prinsip dan sains pengeluarankomoditi tersebut dan graduan akan mampu menyelesaikan masalah

berdasarkan pengetahuan mengenai keperluan tumbuhan terhadap air, nutriendan cahaya serta prinsip memelihara tanaman dari penyakit dan perosak.

Antara disiplin yang terdapat dalam sains pertanian termasuklah agronomi,

genetik dan pembiakbakaan tanaman, sains tanah, perlindungan tanaman, sainsbiji benih, sains rumpai, mekanisasi ladang, sains ternakan dan akuakultur,pengurusan ladang dan keusahawanan pertanian, pengembangan pertanian danbioteknologi pertanian.

Peluang Kerjaya: 

Graduan mempunyai peluang yang luas untuk mencari kerjaya memandangkanpertanian merupakan sektor yang strategik dan dasar pertanian negara

mensasarkan pertanian sebagai pemacu ekonomi yang ketiga. Dalam sektorswasta graduan diperlukan sebagai pengurus ladang dalam perusahaanperladangan kelapa sawit yang kian berkembang dengan penerokaan pelaburanke luar negara. Di samping itu, industri makanan memerlukan pekerjaprofesional untuk mengurus ladang pengeluaran tanaman makanan dan industripemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport. Perusahaansokongan pertanian seperti syarikat baja, kimia pertanian dan makanan ternakan juga membuka peluang kepada graduan sains pertanian.

Sektor awam pula memerlukan pegawai di Jabatan Pertanian dan agensikerajaan lain seperti RISDA, FELDA, FAMA, FELCRA dan LPP untuk melaksanakanpembangunan dan pentadbiran pertanian. Di samping itu, agensi penyelidikanseperti MARDI, MPOB dan LGM memerlukan pegawai penyelidik untukmelaksanakan tugas penyelidikan dan pembangunan pertanian. Tidakketinggalan, pendidikan pertanian di sekolah, institut pertanian dan institusi

pengajian tinggi juga memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai ijazahBacelor Sains Pertanian.

Kod dan Nama Program : PG14 - Bacelor Sains Hortikultur

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Pertanian yang merupakan fakulti terulung diwujudkan di Universiti PutraMalaysia adalah satu-satunya fakulti di Institusi Pengajian Tinggi yang

Page 9: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 9/49

menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk disiplinHortikultur. Program Bacelor Sains Hortikultur mengambil masa 8 semester dantelah diberikan pengiktirafan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yangmemberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusandalam bidang hortikultur. Horikultur adalah satu bidang pengajian sains

mengenai tanaman industri makanan, tanaman hiasan dan perlandskapan yangmerangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, rumput turf, herbadan ulam-ulaman.

Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akanmembolehkan mereka menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaanteknologi moden dalam industri hortikultur untuk faedah manusiasejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, sains tanah,pengurusan tanaman termasuk penyakit, serangga perosak dan rumpai, ekonomiserta komunikasi. Aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian bisneshortikultur merupakan komponen penting dalam program ini.

Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar juga didedahkan kepada situasisebenar alam pekerjaan dengan menjalani latihan praktik di industri berkenaan.

Peluang Kerjaya: 

Graduan mempunyai peluang kerjaya yang luas untuk dipilih sama ada dalamsektor awam dan swasta atau menjadi usahawan yang terlibat dengan industriberasaskan hortikultur atau pertanian secara amnya. Kerjaya melibatkan aspekkeusahawanan dalam penghasilan tanaman hortikultur di lapangan dan di bawahstruktur lindungan; merekabentuk dan membangun landskap kediaman;pengurusan taman rekreasi agroteknologi, padang golf, perhutanan bandar,arboratum dan landskap bandaraya dan perbandaran; eksekutif pemasaranbahan tanaman, kimia dan keperluan industri hortikultur. Kerjaya dalam jabatandan institusi kerajaan atau swasta adalah sebagai pendidik, penyelidik,penguatkuasa, perunding dan pakar media masa hortikultur.

Di antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Sains Hortikulturdari fakulti ini adalah sebagai:

Pegawai Penyelidik, Pegawai Pertanian, Pegawai Pemasaran, Pengurus Resortdan Padang Golf, Pengurus Ladang, Pensyarah IPT, Pegawai Tadbir, PengurusTaman dan Pengurus Landskap.

Kod dan Nama Program : PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini memberi kefahaman saintifik serta kemahiran teknikal danpengurusan dalam bidang akuakultur. Pelajar akan dilengkapkan denganpelbagai ilmu sains akuakultur, pengurusan dan pemasaran, keusahawanan sertakemahiran ICT dan insaniah. Penekanan akan diberikan kepada kaedahpengurusan ladang akuakultur dan pusat penetasan yang lestari dan mesra alammenggunakan teknologi dan maklumat terkini. Program ini bertujuan melatihgraduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai

Page 10: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 10/49

sifat kepimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing dalam melaksanakan tugasdi pelbagai sektor akuakultur termasuk perladangan, perkhidmatan,penyelidikan, pendidikan dan pengembangan.

Peluang kerjaya: 

Berpeluang menjadi pengurus, pegawai operasi dan pegawai penyelidik ladangakuakultur, pegawai penyelidik dan pegawai pemasaran kilang makanan

akuakultur, eksekutif syarikat berasaskan akuakultur, pegawai perikanan danpegawai penyelidik di agensi kerajaan yang terlibat dalam industri akuakulturdan keusahawanan akuakultur.

Kod dan Nama Program : PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Jabatan Sains Haiwan adalah perintis dalam pengajian ilmu peternakan di

Universiti Putra Malaysia dan merupakan Jabatan yang pertama menawarkanpendidikan formal dalam bidang sains haiwan di Malaysia. Program inimengambil tempoh empat (4) tahun atau 8 semester dan diberi pengiktirifanoleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)Malaysia.

Program ini melahirkan graduan berpengetahuan terkini yang berkaitan denganpengeluaran ternakan. Ia mengandungi beberapa disiplin sains biologi untukmemahami aspek ternakan dan kaedah pengeluarannya untuk kepentingan

manusia. Ia juga merangkumi aspek amalan penternakan baik yang mencakupipengurusan serta pengawasan persekitaran dan kebajikan haiwan.

Peluang Kerjaya: 

Graduan Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) pada amnya berpeluang mendapat

pekerjaan dalam industri yang khasnya berkaitan dengan pengeluaran ternakandan penghasilan produk ternakan. Ini termasuk sebagai pegawai eksekutif danpenyelidik dalam perkhidmatan veterinar kerajaan dan swasta, eksekutif pengurusan, penjualan dan pemasaran di syarikat pengeluaran ternakan danproduk ternakan dan pengurus ladang pengeluaran ternakan termasuk sumbermakanan ternakan. Berpeluang juga bekerja dalam bidang lain yang berkaitandengan pembangunan peternakan seperti perniagaantani, perkhidmatan teknikal(makmal analisis, pemprosesan hasil peternakan, khidmat permanian beradas),industri farmaseutikal, industri bioteknologi, zoo, serta pendidikan dan latihan.

Kod dan Nama Program : PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains (Perniagaantani) [BS(PT)] yang ditawarkan oleh JabatanPerniagaantani dan Sistem Maklumat (JPSM) di Fakulti Pertanian adalah satu

Page 11: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 11/49

program yang menyeluruh selaras dengan perkembangan dan pembangunansektor pertanian dan asas tani serta aktiviti hiliran semasa negara. Penawarankurikulum program BS(PT) ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang

berketrampilan yang dapat memenuhi keperluan industri perniagaantani yangmemerlukan kemahiran perniagaantani dan pengurusan serta kemahiran teknikalmengenai pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran makananhasil pertanian.

Kurikulum program BS(PT) juga mewajibkan pelajar untuk membuat projekilmiah tahun akhir supaya pelajar dapat melengkapkan diri dengan kemahiranpenyelidikan dan pembangunan (R&D). Di samping itu, pelajar juga diwajibkanmelibatkan diri dalam latihan industri perniagaantani selama 1 semester, untukmengikuti latihan dalam aspek pengurusan dan perniagaantani, supaya pelajardapat memperolehi pengalaman situasi dunia perniagaantani yang sebenar.

Peluang Kerjaya: 

Graduan dari program BS(PT) berpeluang untuk memilih bidang kerjaya yangluas. Antara kerjaya utama yang boleh diceburi ialah bidang pertanian sebagaiusahawantani yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, bertugas dibahagian perancangan, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan kawalan

mutu barangan dalam sektor berasaskan pertanian, berkhidmat dengan badanpenguatkuasaan seperti kastam, polis, Kementerian Kesihatan dan agensi lain,pentadbir, pegawai bank, pegawai hal ehwal ekonomi dan pegawai penyelidik.

FAKULTI PERHUTANAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains Perhutanan2. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi3. Bacelor Sains Teknologi Kayu

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PG12 - Bacelor Sains Perhutanan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Bacelor Sains Perhutanan yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM adalahbertujuan untuk menghasilkan graduan perhutanan profesional dan

berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber hutanserta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Perhutanan

merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 138 jamkredit. Terdapat tiga (3) opsyen yang ditawarkan di bawah program ini iaituOpsyen Pengurusan Hutan, Opsyen Hasil hutan dan Opsyen Rekreasi Hutan.

Peluang Kerjaya: 

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikatswasta berkaitan dengan pengurusan hutan, industri perkayuan, pengurusan

hidupan liar dan pengurusan taman dan rekreasi serta eko-pelancongan. Antaraagensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Perhutanan

Page 12: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 12/49

termasuklah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah,Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN), Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

(FRIM), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Zoo, Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran,Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan.

Lulusan Bacelor Sains Perhutanan juga boleh bekerja di agensi swasta sepertisyarikat konsesi pembalakan dan perladangan hutan, pengurus ladang hutan,menceburi industri perbankan, insuran, kesihatan dan juga keusahawanan.

Kod dan Nama Program : PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR) yang ditawarkan oleh FakultiPerhutanan, UPM bertujuan untuk menghasilkan graduan terlatih dan profesionalyang berupaya merancang, mengurus, melaksana, menyelidik dan menilaisumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi, pelancongan eko sertamenceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Taman dan Rekreasimerupakan program pengajian empat (4) tahun tahun dengan jumlah 137 jamkredit.

Peluang Kerjaya: 

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikatswasta berkaitan dengan pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan hidupanliar dan pengurusan perancangan pelancongan eko. Antara agensi awam yang

memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi termasuklahJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), JabatanPerhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan HutanSarawak, Zoo Negara dan Negeri, Dewan Bandaraya dan Majlis Tempatan,

Wetland International, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan danIndustri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran dan Kementerian PengajianTinggi.

Di dalam agensi swasta graduan BSTR boleh bekerja di pusat peranginan danresort tanah tinggi, pulau dan pusat golf, taman safari serta sebagai usahawandalam bidang pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan pelayaran,pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan komuniti dan homestay,pelancongan kebudayaan dan warisan, pelancongan pendidikan dan kesihatan

dan pelancongan kembara.

Kod dan Nama Program : PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Page 13: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 13/49

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Perhutanan, UPM menawarkan program Bacelor Sains Teknologi Kayu

bertujuan untuk melahirkan graduan yang profesional dan berkemahiran dalammengurus penggunaan sumber hasil hutan dan berupaya mengurus industriberasas kayu serta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor SainsTeknologi Kayu merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah

135 jam kredit. Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan di bawah program iniiaitu Opsyen Teknologi Biokomposit dan Opsyen Pengurusan Industri Perkayuan.

Peluang Kerjaya: 

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat

swasta berkaitan dengan industri perhutanan dan industri berasas kayu. Antaraagensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Teknologi Kayutermasuklah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK),

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Penyelidikan PerhutananMalaysia (FRIM), Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga GetahMalaysia (LGM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan HutanSabah, Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak(STIDC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan

dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kementerian PengajianTinggi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Graduan BSTK juga boleh bekerja di industri berasas kayu, industri perabot,

Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC), konsesi pembalakan dan perladangan hutan,industri perbankan, insuran dan juga keusahawanan.

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR  

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Doktor Perubatan Veterinar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Tempoh Pengajian : 10 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dibentuk untuk menghasilkanveterinarwan yang berdaya fikir dan berkebolehan mengaplikasikan prinsip sainsveterinar untuk menyumbang ke arah pembangunan negara, penjanaan

kekayaan dan peningkatan kualiti hidup melalui diagnosis, rawatan danpencegahan penyakit haiwan, pengeluaran ternakan, kebajikan haiwan sertakesejahteraan manusia dan ekosistem. Program ini memberi pengetahuan dan

kemahiran klinikal dan mendiagnosis, merawat, mencegah penyakit haiwan danyang berkaitan pengeluaran peternakan.

Graduan akan menjadi veterinarwan dan ahli profesional yang sah dan dikawaloleh Majlis Veterinar Malaysia. Jangka masa program lima (5) tahun atau 10

Page 14: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 14/49

semester.

Peluang Kerjaya: 

Graduan boleh menjadi tenaga kerja sebagai Pegawai Veterinar atau Doktor

Veterinar agensi Kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta yang terlibat

dalam industri haiwan. Graduan juga boleh terlibat di dalam aktiviti-aktivitipengajaran dan penyelidikan yang berkaitan, farmaseutikal, ladang ternakan danmembuka klinik dan hospital veterinar.

Skop latihan Doktobr Perubatan Veterinar memberi persediaan dan latihankepada graduan untuk melibatkan diri di dalam pelbagai kerjaya. Peluangkerjaya boleh didapati dalam sektor awam dan badan berkanun dan persendirian

berkaitan veterinar termasuk perubatan dan rawatan, farmaseutikal, makmaldiagnosis, pengeluaran ternakan, hidupan liar, penyelidikan danakademik. Graduan lazimnya bekerja di dalam sektor awam atau swasta danpersendirian.

Permintaan terhadap graduan Doktor Perubatan Veterinar buat masa ini adalahsangat tinggi dan melebihi pengeluaran graduan terutama di dalam bidang

industri peternakan dan perubatan. Graduan juga berkelayakan membinaperniagaan terutama klinik veterinar dan ladang pengeluaran ternakan. Graduan juga berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Masterdan PhD. Graduan dengan ini boleh menjadi pakar klinikal, penyelidik danpeniaga yang lebih berjaya.

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Ekonomi2. Bacelor Perakaunan3. Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PE00 - Bacelor Ekonomi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan. Setiap pelajardikehendaki mengambil 21 jam kredit untuk mengkhusus dalam salah satudaripada bidang-bidang tersebut iaitu Ekonomi Perindustrian, Ekonomi

Kewangan, Ekonomi Perniagaan, Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa,Pembiayaan Awam, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Sumber dan Alam Sekitardan Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi.

Peluang Kerjaya: 

Berpeluang mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta sebagai ahliekonomi, perancang ekonomi, pendidik, penyelidik, pentadbir atau pengurus,

Page 15: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 15/49

usahawan, ahli perbankan dan sebagainya.

Kod dan Nama Program : PE02 - Bacelor Perakaunan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Kurikulum program ini digubal setelah mengambil kira ciri-ciri penting dalam

pembentukan graduan yang sesuai dengan kehendak profesion perakaunan dankehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perniagaan, perbankan danperkhidmatan awam. Untuk mencapai hasrat ini, kurikulum program yangdigubal meliputi bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan sektor

tersebut. Matlamat ini dapat dicapai dengan mengadakan program akademikyang luas ruang lingkupnya.

Peluang kerjaya: 

Peluang pekerjaan bagi graduan merangkumi pelbagai bidang:- a)  Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian,perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya. b)  Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan,perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dankewangan. c)  Sektor awam di jabatan kerajaan dan badan berkanun. 

Kod dan Nama Program : PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan iaitu, Pemasaran,Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Perdagangan Antarabangsa,Keusahawanan, Undang-Undang Perniagaan, Pengurusan Am dan PengurusanHospitaliti dan Rekreasi.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program ini mampu:- a)  Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan,

operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan danantarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan,

telekomunikasi dan sebagainya. b)  Bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. c)  Menjadi usahawan yang berjaya. 

FAKULTI KEJURUTERAAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Kejuruteraan (Awam)

Page 16: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 16/49

2. Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)3. Bacelor Kejuruteraan (Kimia)4. Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

5. Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)6. Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)7. Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)8. Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan KomunikasI)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Awam. Jurutera Awambertanggungjawab di dalam perancangan, merekabentuk, membina dan

menyelenggara kemudahan awam seperti bangunan, jalan raya, lapanganterbang, bekalan air, rawatan airsisa, tebatan banjir, pengairan dan sebagainya.

Program Bacelor Kejuruteraan (Awam) adalah diiktiraf sepenuhnya oleh JabatanPerkhidmatan Awam, Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi JuruteraMalaysia. Program-program (MS dan PhD) juga ditawarkan dalam beberapabidang penyelidikan. Jabatan ini juga menawarkan program Master Tanpa Tesis.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program Bacelor Kejuruteraan (Awam) boleh membina karier di dalam

berbagai industri yang berkaitan seperti pembinaan, perunding rekabentuk,pemaju, agensi kerajaan seperti JKR, JPS, pihak berkuasa tempatan, sektor

pembuatan, pembangunan produk, penyelidikan dan pendidikan.

Skop kerja termasuk jurutera projek, jurutera reka bentuk, pegawaisuperintenden, jurutera produk, penyelidikan dan pensyarah.

Kod dan Nama Program : PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik danElektronik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Penawaran program ini adalah sejajar dengan keperluan jurutera elektrik dan

elektronik yang telah meningkat seiring dengan peningkatan ekonominegara. Jurutera diperlukan bagi mengendalikan perancangan, rekabentuk danimplementasi sistem elektrik dan elektronik. Memandangkan bidang ini adalahluas, maka UPM menumpukan perhatian kepada pengeluaran jurutera yangmempunyai asas yang kuat di dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik yangmengkhusus sama ada kepada Kejuruteraan Mikro Elektrik, Kejuruteraan Kuasaatau Kejuruteraan Kawalan.

Page 17: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 17/49

Peluang Kerjaya: 

Jurutera elektrik dan elektronik mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada

di dalam agensi kerajaan atau sektor swasta. Perkembangan rekabentukelektronik dan industri pembuatan di Malaysia dan Asia Tenggara membukabanyak peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang ini. Jurutera elektrikdan elektronik diambil bekerja di dalam pelbagai bidang seperti (tidak terhad

kepada) industri pengangkutan, telekomunikasi, pembekalan elektrik,pembuatan kimia, makanan dan petroleum.

Kod dan Nama Program : PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Kejuruteraan (Kimia) ditawarkan di jabatan Kejuruteraan Kimiadan Alam Sekitar. Ia mengintegrasikan pengetahuan matematik, fizik, kimia dan

biologi dengan sains kejuruteraan. Di samping kursus teras berkaitanKejuruteraan Kimia, skema pengajiannya juga meliputi empat (4) opsyenteknikal utama iaitu Kejuruteraan Proses, Kejuruteraan Biokimia, KejuruteraanAlam Sekitar dan Kejuruteraan dan Sains Bahan. Konsep berkaitan isu sertakeperluan semasa seperti pengurusan dan Utlisisasi Sisa, Kejuruteraan Hijau,Pembangunan Lestari, Tenaga Boleh Diperbaharui, Pembikinan Bahan Nano,Bahan Farmaseutikal, Pembangunan dan Keselamatan Produk serta Konsep

Integrasi Tenaga juga diterapkan. Program yang berorientasikan HasilPembelajaran ini mampu untuk menghasilkan jurutera yang boleh mengurus

dengan cekap, bekerja sebagai satu kumpulan, berkomunikasi dengan baik danberkesan, menganalisa secara kritikal serta kreatif dalam perlaksanaan kerjanya.

Peluang Kerjaya: 

Graduan dari program ini berpeluang menceburkan diri dalam bidang/industriminyak dan gas, petrokimia, oleokimia, farmaseutikal, tenaga, makanan danalam sekitar. Di samping itu graduan juga berpeluang berkhidmat di agensikerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (DOE), Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (DOSH), institut penyelidikan serta institut pengajian tinggiawam dan swasta, Badan Berkanun serta konglomerat tempatan dan luarnegara. Antara skop kerja graduan Bacelor Kejuruteraan (Kimia) adalah juruteraproses, jurutera perunding, jurutera pengeluaran, jurutera rekabentuk, pegawaipenguatkuasa, pegawai tadbir diplomatik, jurutera produk, eksekutif keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pegawai penyelidik, usahawan danpensyarah IPT.

Kod dan Nama Program : PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian danBiosistem)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Kejuruteraan melalui Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian adalahperintis dan masih lagi merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang

Page 18: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 18/49

menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk disiplin kejuruteraanpertanian dan biosistem. Program ini mengambil masa empat (4) tahun dandiberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Institusi Jurutera Malaysiadan Lembaga Jurutera Malaysia.

Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem adalah satu profesion kejuruteraan yangmenggunakan asas kejuruteraan serta sains biologi dalam analisis dan

penyelesaian masalah pertanian dan sistem biologi. Ia merangkumi semuakegiatan kejuruteraan yang berkaitan dengan pengeluaran pertanian danpemprosesan hasil pertanian serta hasil biologi lain. Ia juga merangkumipengurusan serta pengawasan sumber asli (termasuk air, tanah, udara dantenaga) dan sumber biologi.

Terdapat lima (5) bidang utama yang ditawarkan di bawah program ini, iaituKejuruteraan Biosistem, Kejuruteraan Infrastruktur dan Pemeliharaan Sumber,Kejuruteraan Sistem Jentera, Kejuruteraan Sistem Kawalan dan Pengautomatandan Kejuruteraan Teknologi Maklumat.

Peluang Kerjaya: 

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yangluas. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yangterlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri berasaskanmakanan, pertanian dan biologi. Peluang yang terdapat meliputi pengurusan,perundingan dan pembinaan, penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan

kawalan, perkhidmatan teknikal, jualan dan pemasaran, pengeluaran danpemprosesan, perniagaan dan keusahawanan, serta pendidikan dan latihan.

Kod dan Nama Program : PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Objektif utama penawaran program ini ialah untuk mengeluarkan graduan jurutera terlatih dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengetahuantambahan dalam bidang kejuruteraan pembuatan.

Jurutera Mekanikal bertanggungjawab dalam rekabentuk mekanikal, teknologipembakaran dan bahan bakar, pemindahan haba, bahan pemprosesanpembuatan, kawalan automatik, keselamatan produk dan kesan teknologiterhadap masyarakat. Jurutera Mekanikal juga harus memastikan rekabentuksesuatu alat dibuat dengan cekap, berkesan, boleh harap dan ekonomik. Disamping itu, mereka mengilhamkan, merancang, merekabentuk dan mengarah

pembuatan, pengagihan dan operasi pelbagai jenis peranti, mesin dan sistemuntuk pemprosesan bahan, pengangkutan, penyelenggaraan dan tujuan-tujuan

lain. Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Mekanikal danKejuruteraan Pembuatan.

Peluang Kerjaya: 

Peluang pekerjaan bagi graduan Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) adalah luasdan majikan-majikan merangkumi dari syarikat kecil dan sederhana kepadaorganisasi multinasional dan jabatan-jabatan kerajaan. Industri mekanikalmenyediakan peluang pekerjaan dalam rekabentuk, pembangunan, pembuatan,

Page 19: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 19/49

pengurusan, pemasaran, penyelenggaraan, jualan dan perkhidmatanteknikal. Rekod terdahulu menunjukkan bahawa para graduan dari jabatan inisering mendapat pekerjaan yang relevan.

Kod dan Nama Program : PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) ditawarkan adalah untuk membantumembangunkan industri aeroangkasa negara sepertimana yang telah dilancarkandalam “National Blueprint for the Development of the Aerospace Industry inMalaysia.”  

Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan dua (2) disiplin ilmupengetahuan iaitu Kejuruteraan Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiapdisiplin membawa makna seperti berikut:

• Kejuruteraan Aeronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan denganbidang aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanikpesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.

• Kejuruteraan Astronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan

bidang mekanik orbit, persekitaran angkasa lepas, penentuan dan kawalanketinggian, telekomunikasi, struktur aeroangkasa, dan pendorongan roket.

Program empat (4) tahun Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) dihasilkan daripelbagai disiplin kejuruteraan dengan penekanan pada kapal terbang, kapal

angkasa dan teknologi satelit. Program ini menggabungkan pengetahuandaripada pelbagai bidang seperti Aeronautik, Astronautik, Mekanikal,

Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan, PengaturcaraanKomputer dan Latihan Industri.

Peluang Kerjaya: 

Industri Aeroangkasa sentiasa mendapat galakan dan sokongan daripadakerajaan, badan ketenteraan dan sektor swasta. Graduan Bacelor Kejuruteraan

(Aeroangkasa) akan diserap dalam industri aeroangkasa mengikut sub-sektoryang khusus, iaitu sub-sektor Pengilangan Komponen Aeroangkasa, Senggaraan,

Baik-pulih dan Rombak-rawat (MRO), Operasi Aeroangkasa, Integrasi Sistem danAvionik dan lain-lain sub-sektor yang berkaitan.

Kod dan Nama Program : PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini membekalkan pelajar dengan prinsip-prinsip kejuruteraan proses

dan kegunaannya yang khusus kepada pemprosesan bahan pertanian dan biologibukan sahaja untuk menghasilkan barangan makanan tetapi juga untuk

Page 20: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 20/49

mengeluarkan barangan Industri Pemprosesan Makanan, Industri BerasaskanPertanian/Biologi dan Industri Pembuatan Peralatan Pemprosesan. Kurikulumprogram ini mengandungi dua (2) opsyen untuk pilihan pelajar tahun 3 dan 4(akhir) iaitu Kejuruteraan Makanan dan Kejuruteraan Pemprosesan Bio-Bahan.

Peluang Kerjaya: 

Graduan dari program ini boleh mendapat pekerjaan dan pembangunan kerjaya

dalam industri yang berkaitan seperti pembuatan dan pemprosesan, operasi danpengendalian dan pentadbiran kilang, rekabentuk kejuruteraan (rekabentukproses, alat dan sistem), pembangunan produk dan penyelidikan. Rekodterdahulu telah menunjukkan bahawa graduan daripada program ini mempunyaiprospek kerjaya yang tinggi.

Kod dan Nama Program : PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer danKomunikasi)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini diwujudkan untuk menyahut keperluan industri yang pesatberkembang kini. Program ini menumpukan kepada gabungan teknologikomputer dan komunikasi serta memberi kemahiran yang diperlukan untukmemahami, merekabentuk, membekal dan menggunakan sistem komunikasi dankomputer dalam pelbagai aplikasi.

Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan untuk pelajar tahun akhir di bawahprogram ini, iaitu Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi.

Peluang Kerjaya: 

Graduan dari program ini mempunyai peluang pembangunan kerjaya dalampelbagai industri berkaitan seperti telekomunikasi, teknologi maklumat,

komputer dan pembuatan produk, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)serta setiap organisasi yang mempunyai rangkaian komunikasi dan kemudahanteknologi maklumat.

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)2. Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)3. Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

4. Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)5. Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)6. Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)7. Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber

Page 21: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 21/49

Manusia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Progam ini ditawar dan dikendalikan oleh Jabatan Pemajuan Profesional danPendidikan Lanjutan. Program ini mengambil masa selama tiga (3) tahundengan keperluan minimum 100 kredit. Pelajar yang mengikuti program inidikehendaki mengikuti kursus teras seperti Pembangunan Sumber Manusia,Latihan dan Pembangunan, Andragogi, Penyelidikan dan kursus-kursus spesifikberkaitan dengan masyarakat dan penggunaan ICT.

Peluang Kerjaya: 

Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia, Pengurus Latihan, Pegawai Latihan,Pegawai Perancang Personel, Pegawai Tadbir, Pegawai Pembangunan Komoditidan Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Kod dan Nama Program : PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini berfokus kepada sains pergerakan manusia yang merangkumipelbagai disiplin ilmu yang berteraskan pendidikan jasmani dan sainssukan. Kursus-kursus dalam program ini melibatkan pengetahuan teknikaldalam bentuk sains gunaan, sains sosial serta pendidikan

perguruan. Sebahagian besar kursus yang ditawarkan mempunyai pemberatanteori dan amali yang mampu mendidik calon pelajar menjadi guru serta jurulatihsukan peringkat permulaan dan ‘intermediate’ yang mantap. 

Peluang Kerjaya: 

Pegawai perkhidmatan pendidikan dengan Kementerian Pelajaran, PegawaiPerkhidmatan Pendidikan dengan Majlis Amanah Rakyat secara mengajar subjekPendidikan Jasmani di Maktab-maktab Rendah Sains MARA, Pegawai Sukan diMajlis Sukan Negara dan institusi-institusi pendidikan dan tenaga terlatih dalamkelab-kelab sukan swasta.

Kod dan Nama Program : PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan

Kaunseling)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Matlamat program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) adalah untuk

Page 22: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 22/49

menyediakan graduan yang berketerampilan dalam bidang bimbingan dankaunseling sama ada di sektor awam atau swasta. Walaupun program inibertujuan untuk menyediakan kaunselor sepenuh masa di sekolah, namun

lepasan program pengajian ini juga boleh bekerja dalam setting lain di sampingberkeupayaan untuk mengajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran disekolah menengah.

Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang ada di UPM ketikaini telah mengalami penambahbaikan berterusan selaras dengan perkembangantuntutan semasa. Kurikulum program pengajian yang ada sekarang selarasdengan tuntutan badan penilaian dan pengiktirafan antarabangsa iaitu Councilfor the Accreditationo Counseling and Related Educational Programs (CECREP)dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Oleh sebab itu lepasan programBacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) diiktiraf bukan sahaja di Malaysiabahkan di peringkat antarabangsa.

Peluang Kerjaya: 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah), Guru Bimbingan dan Kaunselingsepenuh masa, Kaunselor Profesional, Pegawai Latihan, Pakar Motivasi.

Kod dan Nama Program : PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran BahasaMalaysia Sebagai Bahasa Pertama)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini ditawarkan pada peringkat Ijazah Pertama yang dikendalikan olehJabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. Program ini bertujuan untukmelahirkan guru Bahasa Melayu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalammengajar Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah.

Peluang Kerjaya: 

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai BahasaPertama) membuka peluang kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah,Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Penyelidik Pendidikan,Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).

Kod dan Nama Program : PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran BahasaInggeris Sebagai Bahasa Kedua)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini yang lebih dikenali sebagai program Bacelor Pendidikan TESLdikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. Pelajar yangmengikuti program ini akan didedahkan kepada kursus-kursus teknikal bidangLinguistik dan Bahasa Inggeris dan juga kursus-kursus pedagogi dalampengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Program ini bertujuan

Page 23: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 23/49

melahirkan graduan yang cekap dan terlatih dalam mengajar mata pelajaranBahasa Inggeris dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris, terutamanya di peringkatsekolah menengah.

Peluang Kerjaya: 

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai BahasaKedua) membuka peluang kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah,

Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Penyelidik Pendidikan,Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).

Kod dan Nama Program : PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama dan dikendalikan olehJabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Pelajar yang mengikuti program ini akan

didedahkan kepada kursus pendidikan Teknikal Sains Rumahtangga sebagaitumpuan pertama dan pelajar boleh memilih tumpuan kedua mengikut pilihanmereka. Pakej program ini ditawarkan bagi melahirkan pendidik yangberpengalaman dan berkemahiran dalam Pendidikan Sains Rumahtangga.

Peluang Kerjaya: 

Selain guru, graduan program ini berpeluang berkhidmat di sektor kerajaansebagai Penolong Pengarah dan Pegawai Pengembangan. Manakala sektorswasta banyak peluang dalam bidang Perhotelan, Industri (Hiasan Dalaman),Pakaian dan Tekstil dan Pra Sekolah.

Kod dan Nama Program : PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama dikendalikan oleh JabatanPendidikan Sains dan Teknikal. Pelajar yang mengikuti program ini akandidedahkan kepada kursus pendidikan, teknikal pertanian sebagai tumpuan

pertama dan pelajar boleh memilih tumpuan kedua mengikut pilihanmereka. Pakej program ini ditawarkan bagi melahirkan guru yang

berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengajar sains pertanian. Semestinyagraduan daripada program ini akan berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah.

Peluang Kerjaya: 

Selain guru, graduan program ini berpeluang khidmat di sektor kerajaan sebagaiPenolong Pengarah dan Pegawai Pengembangan.

Page 24: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 24/49

FAKULTI SAINS 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

Bacelor Sains (Kepujian) 

1. Major Biologi

2. Major Matematik3. Major Statistik

4. Major Fizik5. Major Kimia6. Major Kimia Perindustrian7. Major Kimia Petroleum8. Major Sains Bahan9. Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) 10. Major Fizik

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : Bacelor Sains (Kepujian) 1. PS02 - Major Biologi2. PS08 - Major Matematik

3. PS09 - Major Statistik4. PS15 - Major Fizik5. PS28 - Major Kimia6. PS29 - Major Kimia Perindustrian7. PS30 - Major Kimia Petroleum8. PS36 - Major Sains Bahan9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini menawarkan sembilan (9) bidang major pengajian yang berkaitandengan biologi, fizik, sains bahan, sains instrumentasi, kimia perindustrian, kimia

petroleum, matematik dan statistik. Semua bidang major dalam program inimengandungi kursus latihan industri sebagai elektif yang memberikanpendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam suasana pekerjaan yangsebenar.

Objektif program ini adalah bertujuan bagi menghasilkan graduan yangberpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sains asas dan gunaan bagi

bidang biologi, fizik, kimia, matematik dan statistik serta dapat menggunakankaedah saintifik untuk meneroka ilmu dan mempunyai pemikiran kritis yang oleh

diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Selain itu, program ini juga bertujuanmemberi kecekapan pngurusan informasi, kemahiran teknikal yang tinggi dankualiti kepimpinan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik sertaberkemampuan berinteraksi dengan masyarakat dan bertanggungjawab,mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduanmampu menceburi diri dalam kerjaya berkaitan bidang sains asas, gunaan danteknologi samada dalam sektor awam, swasta, badan berkanun atau menjadiusahawan dan bersedia untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebihtinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu.

Page 25: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 25/49

Peluang Kerjaya: 

Graduan program Bacelor Sains (Kepujian) berpeluang bekerja di sektor awam

dan swasta seperti pegawai penyelidik, guru, pegawai sains, juruterapengeluaran, eksekutif pemasaran, pegawai insurans dan sebagainya.

Kod dan Nama Program : Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) 1. PT12 - Major Fizik

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Sains dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan, menawarkan

kursus untuk program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) dengan majorfizik.

Latihan mengajar yang diwajibkan kepada para pelajar adalah untuk melahirkangraduan professional dalam bidang pendidikan bagi memenuhi keperluan

Negara. Objektif program ini adalah bertujuan melahirkan graduan yangberpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang biologi, fizik, kimia ataumatematik dan dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu sertamempunyai pemikiran kritis yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai kemahiranberkomunikasi (dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang diperlukan olehguru serta mempunyai kecekapan pegurusan informasi, kemahiran teknikal dankepimpinan, berkemampuan berinteraksi dengan masyarakat malahan

bertanggungjawab dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etikayang murni. Graduan mampu menceburkan diri dalam kerjaya dan bersediauntuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi untuk memperolehikepakaran tertentu serta berpotensi dalam bidang keusahawanan.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) berpeluangmenjadi guru sains di peringkat sekolah menengah yang akan ditawarkan olehKementerian Pelajaran Malaysia bagi menjalankan proses pembelajaran danpengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik mengikut keperluan negara.

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

2. Bacelor Sains (Pengajian Makanan)3. Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Page 26: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 26/49

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) menawarkan lima (5)

pengkhususan iaitu Pemprosesan dan Kejuruteraan Makanan, Keselamatan

Makanan dan Pemastian Kualiti, Makanan Fungsian dan Pemakanan, BioteknologiMakanan dan Keusahawanan.

Program ini melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dalambidang sains dan teknologi makanan serta kemahiran teknikal dalam bidangberkenaan. Graduan dari program ini berupaya memenuhi keperluan tenagamahir dan mempunyai kepakaran di dalam bidang pengeluaran makanan,

pembangunan produk baru, pengurusan mutu makanan, mendapatkanpenemuan-penemuan baru dan meneroka bidang perniagaan yang berkaitandengan makanan.

Kandungan kursus di gubal selaras dengan perkembangan terkini dalam

teknologi makanan yang melibatkan penggunaan pengetahuan sepertibioteknologi makanan, undang-undang piawaian antarabangsa dan pengurusan

air dan sisa industri. Program ini juga menghasilkan graduan yang dapatmemenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versati serta mempunyaikelebihan berdaya saing. Ini dapat memangkin pembangunan industri makananmelalui penglibatan graduan BSTM dalam sektor pekerjaan.

Peluang Kerjaya: 

Graduan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) mempunyai banyakpeluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya karier

sebagai Penganalisis Makanan, Pegawai Keselamatan Makanan, PegawaiPenyelidik, Nutritionist, Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal, UsahawanMakanan, Pegawai Pengeluaran, Pegawai Pemasaran Makanan, Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Produk Makanan dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga graduan BSTM yang sedang berkhidmat di kilang-kilangpembuatan makanan seperti Nestle, Ajinomoto, UPALI, Dewina Foods, Yeo HiapSeng, Gardenia, Ramly Burger serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam

pengeluaran dan perkhidmatan makanan seperti Mc Donalds dan KFC. Ramai juga graduan yang berkhidmat di sektor awam seperti di Kementerian Kesihatansebagai pakar teknologi makanan dan di MARDI, PORIM, LKIM serta LKM sebagaiahli penyelidik makanan.

Kod dan Nama Program : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidangpemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.

Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu yang mencukupi dalambidang yang berkaitan, menguasai kemahiran teknikal dalam bidang yang

Page 27: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 27/49

berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap danbekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai tahapprofesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industripembuatan makanan.

Peluang kerjaya: 

Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran

kerja. Sejak program ini ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapatpekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran makanan dan sektorawam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan lain-lain.

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)2. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)3. Bacelor Pengajian Pengguna4. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

5. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) mencakupi pelbagai kursus dengan

penekanan kepada Persembahan Muzik, Teknologi Muzik dan Pendidikan Muzikdengan tujuan melahirkan pemuzik profesional yang berkemahiran danberpengetahuan.

Selain itu, pelajar juga berpeluang menganggotai Orkestra Simfoni, Koir danpelbagai kumpulan muzik. Jabatan Muzik menyediakan makmal multimedia,makmal teknologi muzik, studio rakaman, makmal pendidikan muzik, makmalgamelan, makmal piano, makmal alat muzik bass, makmal perkusi dan dewanlatihan orkestra serta bilik latihan instrumental bagi memudahkan pembelajaranmuzik memenuhi kehendak pembelajaran semasa.

Peluang Kerjaya: 

Bakal graduan Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) boleh memegang jawatanseperti Ahli Orkestra Simfoni, Pemain Konsert Klasikal, Pencipta Muzik, PenerbitMuzik, Penggubah Muzik, Juruteknik Muzik, Pakar Akustik, Pensyarah Muzik sertaGuru Muzik.

Kod dan Nama Program : PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Page 28: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 28/49

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] direncanakan

berdasarkan falsafah bahawa perkembangan dan pembangunan manusia

dipengaruhi oleh proses interaksi dan transaksinya dengan pelbagai elemendalam sistem mikro dan makronya. Perspektif ekologi ini menegaskan

kepentingan memahami manusia mengikut konteks dari peringkat awalkejadiannya sehingga akhir hayat bagi melahirkan manusia yang bukan sahajacemerlang, resilien dan dapat menyumbang kepada kebaikan diri dan ummahsejagat, malah hubungan dan tanggungjawabnya dengan penciptanya.

Terdapat beberapa pakej minor yang ditawarkan untuk memantapkan kurikulumselaras dengan perkembangan semasa di dalam dan di luar negara dalam bidangpembangunan manusia. Lima (5) minor yang ditawarkan adalah Program

Kanak-kanak Peringkat Awal, Psikologi Perkembangan, Bimbingan danPenasihatan, Undang-undang Keluarga, Pengurusan Sumber, PembangunanKomuniti dan Kerja Sosial.

Peluang Kerjaya: 

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

[BS(PM)] merangkumi sektor awam dan swasta. Mereka boleh berkhidmat diagensi media massa, organisasi perdagangan, institusi kewangan dan perbankan,penasihatan kewangan dan sektor peruncitan, pentadbiran dan pengurusan sertaterlibat dalam bidang kerjaya penyelidikan sosial. Pengetahuan dan kemahiranyang diperolehi melalui program BS(PM) juga membolehkan graduan menjadiusahawan. Di antara jawatan yang pernah di sandang oleh graduan BS(PM)ialah Pegawai Penyelidik Sosial, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan PengurusSyarikat (Bahagian Latihan dan Pendidikan).

Kod dan Nama Program : PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) adalah berlandaskan kepada falsafahuntuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab,beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilanpasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupanberkualiti. Bidang Pengajian Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sainstulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan,

Pemasaran, Sains dan Teknologi, Psikologi Sosial, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran

dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar,pengguna dan pembuat dasar.

Terdapat tiga (3) pilihan minor yang boleh diikuti oleh pelajar Bacelor Pengajian

Pengguna iaitu Kewangan Pengguna, Advokasi dan Pendidikan Pengguna sertaProduk Pengguna.

Peluang Kerjaya: 

Page 29: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 29/49

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) menyediakan graduan denganpengetahuan dan kemahiran untuk bekerja secara efektif di pelbagai organisasikerajaan dan swasta. Kursus seperti Perlakuan Pengguna, Perlindungan

Pengguna, Undang-undang Pengguna dan Etika Peniaga dan Penggunamembantu menyediakan pelajar dengan kemahiran yang membolehkan merekamengkaji isu berkaitan pasaran dari perspektif pengguna, peniaga dankerajaan. Dengan ini, graduan BPP berpotensi untuk memilih kerjaya yang

melibatkan hubungan pelanggan (customer relations), pemasaran, pendidikandan perlindungan pengguna. Pelajar BPP juga didedahkan dengan kemahiranmenganalisis interaksi keluarga dan kerajaan serta perniagaan bagi menyediakan

mereka untuk pekerjaan yang melibatkan analisis polisi awam dan perhubunganawam.

Kod dan Nama Program : PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia danPengurusan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program dwi-major iaitu Bacelor Sains

(Pembangunan Manusia dan Pengurusan) [BS(PMP)] yang merupakan hasilgabungan daripada dua (2) bidang utama iaitu Pembangunan Manusia danPengurusan. Penggabungan dua (2) bidang memberikan peluang kepada pelajarmendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusiadan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan.

Era globalisasi, industrialisasi dan dunia maya memerlukan sebuah institusipengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja knowledgeworker malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasipasaran sumber tenaga negara. Program BS(PMP) ini di jangka dapatmelahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di sampingberperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.

Peluang Kerjaya: 

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusiadan Pengurusan) [BS(PMP)] terbuka luas dalam perkhidmatan di sektor awamdan swasta. Peluang-peluang pekerjaan bagi program ini seperti perundingpengurusan, setiausaha syarikat, pengurus kewangan, pemasaran dan penjualandan juga pentadbir di sektor awam dan swasta. Graduan BS(PMP) juga dilatihuntuk bekerja sebagai usahawan.

Kod dan Nama Program : PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia danTeknologi Maklumat)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)[BS(PMTM)] merupakan program dwi-major yang ditawarkan oleh Fakulti EkologiManusia. Ia memberi penekanan kepada kemahiran asas dan teknikal dalam

Page 30: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 30/49

bidang Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat. Program ini selarasdengan matlamat pembangunan ke arah negara maju yang memberi tumpuankepada perkembangan teknologi maklumat dalam pembangunan. Melalui

gabungan ilmu antara disiplin sains sosial terapan dan teknologi, program inimampu melahirkan graduan yang lebih versatile, multi dan antaradisiplin. Komponen teknologi maklumat mampu memberi kelebihan kepada paragraduan BS(PMTM) untuk lebih berdaya saing berbanding graduan sains sosial

yang lain.

Peluang Kerjaya: 

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusiadan Teknologi Maklumat) [BS(PMTM)] merangkumi sektor awam danswasta. Program ini menyediakan kursus-kursus untuk pelajar menguasaibidang kemanusian dan sistem rangkaian komputer. Graduan yang memilihbidang ini boleh memilih pekerjaan seperti Pegawai Teknologi Maklumat, PegawaiProgram Pembangunan Manusia, Penyelidik dan Pegawai Tadbir di agensikerajaan dan swasta.

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera 2. (Bahasa Inggeris)

3. (Bahasa dan Linguistik Melayu)4. (Kesusasteraan Melayu)5. (Kesusasteraan Inggeris)

Bacelor Sastera (Bahasa Asing) 6. Pengkhususan Bahasa Mandarin

7. Pengkhususan Bahasa Arab

8. Pengkhususan Bahasa Perancis9. Pengkhususan Bahasa Jerman

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PA02 - Bacelor Komunikasi

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi melalui Jabatan Komunikasi adalahperintis kepada institusi pengajian tinggi lain yang menawarkan pendidikanformal dan berkurikulum untuk disiplin Komunikasi dengan major dalam

Komunikasi Korporat. Selain major Komunikasi Korporat, Jabatan Komunikasi juga menawarkan tiga major lain, iaitu Kewartawanan, Penyiaran danKomunikasi Kemanusiaan. Program Bacelor Komunikasi ini mengambil masa 3½tahun (7 semester) dan diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) sejak tahun 1999 lagi.

Komunikasi sebagai profesyen merangkumi perspektif penulisan, tuturan, visual

Page 31: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 31/49

dan juga komunikasi digital yang diaplikasikan di tempat kerja. Disiplinkomunikasi mengandungi jalinan prinsip-prinsip yang dinamik yang berfokuskepada kajian tentang bagaimana maklumat dicipta, diurus, disebarkan dan

digunakan. Dalam masyarakat moden dan dinamik, komunikasi menjadi salahsatu disiplin ilmu yang sentiasa melalui proses perubahan. Kesan keadaan inimenyebabkan kemajuan teknologi komunikasi sering mengatasi ketrampilanpengamal komunikasi. Ini mengakibatkan permintaan untuk komunikator yang

berkemahiran terus meningkat dan mengatasi kadar bekalan komunikator yangterlatih melalui program komunikasi di institusi pengajian tinggi.

Peluang Kerjaya: 

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang amatluas. Terdapat banyak peluang pekerjaan di sektor awam atau pun sektorswasta yang berteraskan industri komunikasi. Peluang tersebut, antara lainmeliputi pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan, perundingan, latihan,publisiti, periklanan, perniagaan, keusahawanan, penerbitan, pendidikan danpenyelidikan.

Antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Komunikasi, JabatanKomunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM adalah:

Pengarah Syarikat, Perunding Perhubungan Awam, Pengarah AgensiAwam/Swasta, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pengarah/Pengurus KomunikasiKorporat, Pengurus Pemasaran dan Publisiti, Pengurus Jenama, Perunding/Agen

Periklanan, Penerbit Rancangan, Pensyarah IPT, Penilai Kandungan RancanganPenyiaran, Wartawan dan Editor Berita.

Akreditasi: 

a. Dalam Negara: Institut Perhubungan Raya Malaysia.

b. Luar Negara: -

Kod dan Nama Program : PB00 - Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris)

Tempoh pengajian : 7 Semester

Semeter : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sastera Bahasa Inggeris menawarkan kursus-kursus yang dapatmembantu mengukuhkan ketrampilan berbahasa Inggeris di kalangan pelajardari aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan

berkomunikasi dalam pelbagai ragam, gaya, laras, wacana dan suasana untukmemahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Melalui program ini,

pelajar bukan sahaja mempelajari Bahasa Inggeris sebagai major, mereka jugaberpeluang mengikuti minor dalam bidang lain seperti hospitaliti dan komunikasi

yang sememangnya kritikal untuk pembangunan negara. Selain BahasaInggeris, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari bahasa lain dan ini bukansahaja membuka ruang yang lebih luas untuk mereka mendapatkan pekerjaan,malah menyediakan mereka untuk pelbagai bidang karier.

Peluang Kerjaya: 

Kebolehan berbahasa Inggeris sememangnya amat diperlukan dalam pelbagai

Page 32: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 32/49

bidang di negara ini. Graduan program ini mempunyai peluang yang cerah untukmemilih dalam bidang kerjaya yang luas. Terdapat peluang pekerjaan dalamsektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung. Peluang pekerjaan meliputi pengurusan, perniagaan dankeusahawanan, perhubungan awam, pendidikan dan latihan, penyelidikan danpembangunan, serta jualan dan pemasaran. Firma yang telah diceburi olehsiswazah program B.A. (Bahasa Inggeris) mencakupi pelbagai bidang, termasuk

firma penyuntingan bagi bahan bercetak dalam bidang elektronik, firmapengiklanan, firma media massa, agensi kerajaan, industri perhotelan danpelancongan, firma pemasaran, industri perbankan, industri telekomunikasi danbadan penerbitan lain.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas B.A. (Bahasa Inggeris)fakulti ini adalah:

Pegawai Perhubungan Awam, Eksekutif Pemerolehan, Pemberita, Eksekutif Jualan, Penyelidik, Pegawai Maklumat, Usahawan, Penterjemah, Guru, PensyarahIPT, Editor, Juruacara, Pegawai Pemasaran, Penulis, Eksekutif Pemasaran,Pegawai Tadbir dan Pengurus.

Kod dan Nama Program : PB03 - Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik

Melayu)

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Makumat Ringkas Program: 

Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di iktiraf oleh JabatanPerkhidmatan Awam pada 1 Ogos 1997 sebagai setaraf dengan Ijazah SarjanaMuda peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha

mendepani alaf baru dengan jayanya. Dengan membimbing pelajar untukmemajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan bahasa, komunikasi sertateknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan caramenggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar, serta mendorong merekamemahami dan menghargai budaya serta memperkasakan ketrampilan insaniah.

Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayuberasaskan pendekatan bersepadu, iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus

universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus universiti membekalkankemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiranbahasa dan komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalamdan memperluas kefahaman dalam bidang pengkhususan demi pencapaian ilmudasar dan seterusnya memupuk ketrampilan yang cukup dalam aspekkebahasaan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan kemahiran yang

berpada dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapakursus minor untuk menyokong bidang pengajian programnya atau memenuhiminatnya.

Peluang kerjaya: 

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yangketrampilan berbahasa dan berkomunikasi serta memahami budaya ilmu danmemupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang untuk menceburi bidangkerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran, sektor awam dan swasta,

Page 33: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 33/49

penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubunganawam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan antarabangsa,pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti,pendidikan dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah PenyelidikBahasa, Ahli Bahasa, Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan Awam,

Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang Bahasa, Pegawai dan PengurusBudaya.

Kod dan Nama Program : PB06 - Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Makumat Ringkas Program: 

Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu di iktiraf oleh Jabatan PerkhidmatanAwam pada 1 Ogos 1997 sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda peringkat

Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usahamendepani alaf baru dengan jayanya. Dengan membimbing pelajar untukmemajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan bahasa, komunikasi sertateknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan caramenggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar serta mendorong merekamemahami dan menghargai budaya serta memperkasakan ketrampilan insaniah.

Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu berasaskan

pendekatan bersepadu, iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus universiti,kursus teras dan kursus minor. Kursus universiti membekalkan kemahiran asasdan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran bahasa dankomunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan

memperluas kefahaman dalam bidang pengkhususan demi pencapaian ilmudasar dan seterusnya memupuk ketrampilan yang cukup dalam aspekkesusasteraan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan kemahiran yangberpada dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa

kursus minor untuk menyokong bidang pengajian programnya atau memenuhiminatnya.

Peluang kerjaya: 

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yangketrampilan berbahasa dan berkomunikasi serta memahami budaya ilmu danmemupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang untuk menceburi bidang

kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan swasta,penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan

awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan antarabangsa,pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti,pendidikan, dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah PenyelidikBahasa dan Sastera, Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan Awam,Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang Bahasa dan Sastera, Pegawai danPengurus Budaya.

Page 34: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 34/49

Kod dan Nama Program : PB07 – Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris)

Tempoh pengajian : 7 Semester

Semeter : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris di bawah Jabatan BahasaInggeris ini mula ditawarkan pada tahun 1999 dan tempoh pengajiannyamengambil masa selama tiga(3) tahun dan enam(6) bulan. Program yang telahmendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam ini memberikantumpuan kepada aspek kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris dan penerapannyadalam pelbagai disiplin ilmu. Semua aspek ini diterapkan melalui pengajaran,penyelidikan, pengembangan serta perundingan.

Antara kursus-kursus utama yang ditawarkan di bawah program ini adalah ASurvey of Prose Form and Poetry in English, Literature in Malaysia, Studies inComparative Literature, Play Production and Creative Writing.

Peluang Kerjaya: 

Peluang kerjaya bagi graduan program ini adalah meluas dan mencakupipelbagai bidang dan melibatkan kedua-dua sektor awam danswasta. Sebahagian besar graduan program ini memperoleh pekerjaan tanpamenunggu terlalu lama selepas bergraduat dan mereka turut di beri kepercayaanuntuk menjawat jawatan tetap di kedua-dua sektor. Walaupun secara amnyagraduan lebih cenderung untuk memilih bidang pendidikan, terdapat jugasebilangan besar yang terlibat dalam bidang pengurusan, perundingan,penyelidikan dan pembangunan, jualan dan pemasaran, di samping perniagaandan keusahawanan. Keterlibatan graduan dalam bidang-bidang seperti yangtersebut telah secara langsung dan tidak langsung memartabatkan kedudukannegara di peringkat antarabangsa.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor SasteraKesusasteraan Inggeris ini adalah:

Penyelidik Bahasa dan Budaya, Pakar Bahasa, Pendidik, Penerbit, Penyunting,Wartawan, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Pemasaran, Setiausaha

Syarikat, Pentadbir, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Khidmat Pelanggan,Perancang Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.

Kod dan Nama Program : Bacelor Sastera (Bahasa Asing) 1. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin2. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab3. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis4. PB09 - Pengkhususan Bahasa Jerman

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menerusi Jabatan Bahasa Asing

menawarkan program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) dengan pengkhususandalam empat (4) major, iaitu Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Perancis

Page 35: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 35/49

dan Bahasa Jerman. Program ini mula ditawarkan di FBMK pada tahun1995. Kurikulum program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) telah digubalberdasarkan konsep asas yang menyeluruh untuk menghasilkan individu yang

seimbang dan mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bahasa di sampingberpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu. Jangka masapengajian bagi program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) ialah tujuh (7) semesterdengan jumlah kredit minimum 122. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

utama ialah kuliah, tutorial, amali, seminar, lokakarya, kajian lapangan danlatihan industri.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) akan berpeluang untukmenceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektorawam dan swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan,pengiklanan, perhubungan awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik,perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat,pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan industri rekreasi.

Di antara jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera (BahasaAsing) fakulti ini adalah:

Pensyarah Bahasa Asing di IPTA dan IPTS, Guru Bahasa Asing, Pegawai Kerajaandan Swasta, Eksekutif Syarikat Multinasional, Penterjemah, Jurubahasa, PegawaiDiplomatik, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Perancang Bahasa, Pegawai

Pembangunan Sumber Manusia, Pemandu Pelancong, Perundingcara Perniagaandan Kebudayaan, Usahawan, Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Penulis, Editordan Wartawan.

Akreditasi: 

a. Dalam Negara: MQA

b. Luar Negara: -

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Doktor Perubatan2. Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)3. Bacelor Sains (Dietetik)4. Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)5. Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)6. Bacelor Kejururawatan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PM00 - Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Page 36: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 36/49

Objektif program ini adalah untuk melahirkan doktor perubatan yang terlatih,berpengetahuan, mahir, penyayang dan beretika untuk berkhidmat kepadamasyarakat dan negara. Jangka masa program adalah selama lima (5) tahundan ia dibahagikan kepada tiga (3) fasa.

Fasa 1 merupakan pengajaran asas perubatan di dalam bidang sains perubatan(contoh, anatomi, fisiologi, farmakologi, biokimia), patologi (termasuk

mikrobiologi dan parasitologi perubatan), kesihatan awam, komunikasi danprofesionalisme. Kaedah pengajaran adalah menerusi kuliah, amali, tutorial,pengajaran berasaskan masalah, seminar dan sebagainya.

Fasa 2 merupakan pengajaran klinikal asas selama setahun. Ia merangkumibidang perubatan, surgeri, otorhinolaringologi, oftalmologi, dermatologi danradiologi. Pelajar akan diajar di hospital menerusi kaedah pengajaran kumpulankecil.

Fasa 3 dan terakhir merupakan pengajaran klinikal yang merangkumipengambilan riwayat pesakit, pemeriksaan fizikal dan perancangan pengurusan(rawatan) pesakit. Pelajar akan didedahkan kepada posting seperti perubatan,surgeri, ortopedik, pediatrik, sakit puan dan perbidanan, kemalangan dankecemasan, perubatan masyarakat, psikiatri dan post-mortem.

Peluang Kerjaya: 

Selepas berjaya menjadi doktor perubatan, mereka dikehendaki menjalaniperkhidmatan wajib dengan kerajaan selama empat (4) tahun. Tahun pertamamerupakan latihan siswazah atau housemanship. Selepas itu, mereka akan dilantik sebagai pegawai perubatan dan akan ditempatkan di hospital besar,hospital daerah atau pusat kesihatan di seluruh negara.

Pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun berpeluanguntuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana kepakaran perubatan yangditawarkan oleh universiti tempatan tertentu. Kursus sarjana ini adalah selamaempat (4) tahun. Selepas lulus mereka akan di lantik sebagai pakar perubatandan kemudiannya pakar perunding selepas kira-kira lima (5) tahun. Selain itu,pegawai perubatan juga boleh menduduki peperiksaan luaran seperti RoyalCollege di United Kingdom, Ireland atau Australia untuk menjadi seorang pakarperubatan. Pakar perubatan juga boleh menyertai universiti tempatan untukmenjadi pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti tempatan.

Kod dan Nama Program : PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal. Strukturprogram terdiri daripada anatomi, fisiologi, bioteknologi, biologi molekul,sitogenetik, farmakologi, toksikologi, mikrobiologi dan lain-lain sub-bidang sainsbioperubatan.

Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi bioperubatan terkini dalamkajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke ataspenyakit-penyakit, keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produkfarmasuetikal. Selain dari melatih mahasiswa supaya berkeupayaan

Page 37: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 37/49

menjalankan penyelidikan dalam bidang sains bioperubatan, ia juga bertujuanmenyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini,kaedah diagnostik di makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan

industri. Objektif program ini ialah untuk memberi pengetahuan terkini tentangproses normal kehidupan manusia melalui anatomi, fisiologi, biologi sel danbiokimia.

Peluang Kerjaya: 

a. Sektor Penyelidikan Bioperubatan• Universiti dan Hospital• Institut/Pusat Penyelidikan• Penyelidikan dan Pembangunan Industri• Penyelidik• Penyelidik berasaskan Pertanian• Pegawai Penyelidik

b. Sektor Industri• Perunding Makmal dan Diagnostik• Perunding Perubatan Molekular• Perunding Mikrobiologi

• Perunding Toksikologi• Perunding Sitogenetik• Juruteknik Patologi• Juruteknik Forensik• Industri Farmaseutikal dan Vaksin

c. Industri Penjagaan Kesihatan• Perunding Pembangunan Polisi dan Nasihat Kesihatan• Perunding Promosi Kesihatan Negara

d. Sektor Maklumat

• Bioinformik dan ICT

• Medical Underwriter• Sains Kewartawanan

e. Pendidikan dan Latihan• Guru di peringkat Menengah• Pensyarah

Kod dan Nama Program : PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidangpemakanan klinikal, pengurusan perkhidmatan makanan institusi danpemakanan komuniti. Graduan akan dapat mengenal pasti sumbangan dietkepada penjagaan pesakit secara keseluruhan.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program ini sangat diperlukan sebagai Pakar Diet (Dietition) bagimengisi kekosongan kira-kira 1,121 jawatan di seluruh negara. Selain itu,

Page 38: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 38/49

sebagai tenaga pengajar di IPT, penyelidik, pakar kaunseling pemakanan di IJN,ATM dan MSN.

Kod dan Nama Program : PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan KesihatanKomuniti)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus dalambidang sains asas, sains pemakanan dan kesihatan komuniti. Program inimemberi peluang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan teori berlandaskan

teknologi sains yang sesuai dengan menangani isu-isu berorientasikan manusiadalam pemakanan dan kesihatan dengan menggunakan pengetahuan sainsfizikal, sains gunaan dan sains sosial. Objektif am kursus ini adalah untukmelahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan, kepakaran danpengalaman dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti.

Peluang Kerjaya: 

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Pemakanan dan KesihatanKomuniti amat meluas di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah sebagaiPenyelidik Pemakanan di Universiti dan Hospital, Saintis di Institut/PusatPenyelidikan dan Pegawai Penyelidik. Selain itu, graduan program ini jugaberupaya menjadi Perunding Pemakanan di sektor awam dan swasta.

Kod dan Nama Program : PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran danPekerjaan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini merupakan bidang pencegahan dan promosi kesihatan. KesihatanPersekitaran adalah satu disiplin Sains Kesihatan yang berkaitan denganpengawalan terhadap proses-proses biologi, kimia, fizik dan sosial yang berlakudalam persekitaran yang boleh menimbulkan kesan mudarat secara langsungatau tidak langsung kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraanmanusia. Kesihatan Pekerjaan pula adalah satu daripada skop bidang KesihatanPersekitaran. Ia memberi tumpuan kepada pengenalpastian, pengawalan dan

penilaian kepada proses-proses biologi, kimia, fizikal, sosial dan tekanan yangberpunca daripada persekitaran tempat kerja yang boleh menyebabkan

kecederaan, kecacatan, penyakit dan ketidaksejahteraan di kalangan pekerja.

Peluang Kerjaya: 

Program ini diwujudkan dengan tujuan melahirkan graduan yang profesional danmemenuhi permintaan sektor kerajaan dan swasta. Program ini menyediakanpeluang kerjaya yang amat meluas. Antaranya Pegawai Sains, Pegawai Tadbirdan Diplomatik, Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan, Inspektor Kesihatan,

Jururunding, Pegawai Kualiti, Pegawai Penyelidik, Pensyarah, Pegawai Penyelaras

Page 39: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 39/49

Projek, Ahli Perniagaan, dan lain-lain.

Kod dan Nama Program : PM12 - Bacelor Kejururawatan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini menyediakan pendidikan kejururawatan komprehensif yang

diperkukuhkan dengan pengenalan ke bidang kemahiran, informasi teknologi danpenyelidikan. Ia juga memenuhi kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia dansektor swasta untuk melahirkan tenaga jururawat profesional yang beretika,memegang prinsip moral/keagamaan, adat resam dan kerohanian serta berusahameningkatkan taraf pencapaian pendidikan kejururawatan.

Peluang Kerjaya: 

Peluang kerjaya kepada graduan dalam kejururawatan amat meluas di Malaysiadan juga luar negara. Antaranya adalah di hospital kerajaan atau swasta sebagai

Jururawat Klinikal, Pakar Kejururawatan, Pengurusan Kejururawatan, PenasihatKejururawatan di Kementerian Kesihatan, Pengurus Makmal Kemahiran ‘Occupational Health Nurse’, Jururawat Rehabilitasi, Kaunselor, PendidikKesihatan dan juga sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik di IPT,hospital dan makmal diagnosis kerajaan serta swasta.

Selain itu, graduan kejururawatan juga boleh berkhidmat di bahagianpengeluaran, pentadbiran ataupun jualan di dalam industri atau syarikatfarmaseutikal dan lain-lain yang berkaitan dengan kesihatan. Berkhidmat di

rumah kebajikan, rumah warga tua dan lain-lain organisasi kesihatan atauNGO. Berkhidmat di dalam perkhidmatan forensik polis dan Pusat RehabilitasiDadah. Berkhidmat sebagai tutor/pembantu pensyarah di IPTA/IPTS ataupunsebagai calon ijazah lanjutan serta bakal tenaga pengajar.

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Seni Bina Landskap

2. Bacelor Sains Seni Bina3. Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Kod dan Nama Program : PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Seni Bina Landskap di bentuk untuk melahirkan akriteklandskap yang profesional dan peka kepada keperluan pembangunan sertakeupayaan menyesuaikan keperluan ini dengan batasan semula jadi. Graduan

yang lahir dari program ini diharapkan dapat memberi khidmat kepadamasyarakat dari segi perancangan landskap, wilayah, pemeliharaan dan

Page 40: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 40/49

pemuliharaan kawasan semulajadi atau tapak bersejarah, perancangan tamanserta persekitaran yang selamat, selesa dan indah. Program ini juga mampumelahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam selok belok perancangan, reka

bentuk pelaksanaan, pengurusan serta penilaian landskap yang di iktiraf bukansahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Peluang Kerjaya: 

Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabarselari dengan kepesatan pembangunan negara dan ia membuka peluang kepadagraduan untuk mempraktikkan kemahiran mereka di sektor awam, sektor swastadan badan berkanun.

Di antara sektor awam yang membuka ruang peluang pekerjaan ialah JabatanLandskap Negara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Alam Sekitar,Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Jabatan

Kerja Raya, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Kerajaan Tempatan,Lembaga Pembangunan Bandar, Perbadanan Kemajuan Negeri, InstitusiPenyelidikan dan sebagai tenaga akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam atauSwasta. Di sektor swasta, peluang kerjaya terbuka bagi graduan dalam firmaPerunding Seni Bina Landskap, firma Arkitek dan Perancangan Bandar, firma

Pengurusan Projek, firma Pengurusan Ameniti dan Fasiliti dan sebagai KontraktorLandskap dan Seni Taman.

Akreditasi: 

a. Dalam Negara: Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

Kod dan Nama Program : PH03 - Bacelor Sains Seni Bina

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Semester 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains Seni Bina menyediakan kurikulum separa profesional yangbersepadu bagi melahirkan sumber tenaga separa profesional yang membantu di

dalam perkembangan kemajuan sektor pembinaan negara. Program yangditawarkan ini memakan masa selama 7 semester (3 tahun setengah) dengan

 jumlah 120 jam kredit termasuk 24 minggu Latihan Industri. Program ini di olahuntuk memberi tumpuan kepada penyelesaian seni bina yang bersesuaiandengan keperluan iklim, ekonomi dan sosio-budaya tempatan danserantau. Sebagai kursus profesional, kurikulum bagi program ini telahmendapat pengiktirafan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian I.

Peluang Kerjaya: 

Graduan dari program ini adalah layak untuk menjawat jawatan separaprofesional seperti Penolong Arkitek dan jawatan berkaitan di sektor awam. Diantara sektor awam dan swasta yang memberikan peluang pekerjaan kepadagraduan Bacelor Sains Seni Bina ialah Jabatan Kerajaan dan Pihak BerkuasaTempatan, Pusat Penyelidikan dan Reka Bentuk, Institusi Pengajian danPendidikan (tenaga pengajar), Industri Pembinaan, Firma Konsultan, Syarikat

Page 41: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 41/49

Pemaju Perumahan dan Institusi Pengajian Tinggi (pegawai akademik).

Akreditasi: 

a. Dalam Negara: Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bahagian I)/Majlis PengajianSeni Bina Malaysia (MPSM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

Kod dan Nama Program : PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka BentukPerindustrian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Semester 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) di bentuk untuk

melahirkan graduan yang berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidangreka bentuk perindustrian bagi memenuhi keperluan negara dalam bidangberkenaan. Program ini mengambil masa selama 4 tahun (8 semester) dengan jumlah 110 jam kredit. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tenaga profesionaldalam bidang reka bentuk perindustrian yang mempunyai kemahiran dan dayakreatif dalam reka bentuk barangan teknologi pembuatan dan pemasaranproduk. Program ini mampu melahirkan graduan yang peka terhadap isu danpenyelesaian dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan alam sekitar.

Peluang Kerjaya: 

Graduan dalam bidang ini mempunyai peluang pekerjaan di sektor awam dananak syarikat kerajaan seperti Jabatan Kerajaan dan Penguasa Tempatan, PusatPenyelidikan (berasaskan reka bentuk), Institusi Pengajian Tinggi (tenaga

akademik) dan Pendidikan. Manakala di sektor swasta pula menyediakanpeluang kerjaya di dalam Industri Pembuatan dan Perkilangan, Industri Otomotif,Syarikat Perunding Reka Bentuk dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Akreditasi: 

a. Dalam Negara: MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

Bacelor Sains Komputer 

1. Pengkhususan Sistem Komputer2. Pengkhususan Multimedia3. Pengkhususan Kejuruteraan Perisian4. Pengkhususan Rangkaian Komputer

Page 42: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 42/49

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PC04 - Bacelor Sains Komputer - PengkhususanSistem Komputer

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini merangkumi perkakasan dan perisian, bagaimana pun dalamprogram ini penekanan diberikan kepada perisian. Sistem Komputermenitikberatkan reka bentuk dan pembangunan komputer, teknikperkomputeran dan penggunaannya dalam pemprosesan maklumat.

Pengkajian terhadap seni bina komputer akan memberi kefahaman terhadapstruktur fizikal komputer, komponen dan fungsinya. Kefahaman ini sangatpenting supaya komputer sebagai alat menyimpan dan memproses maklumat,dapat digunakan secara berkesan. Untuk memproses maklumat, suatu notasi

atau formalisme untuk memerihal struktur maklumat dan tatacara pemprosesanperlu disediakan. Ini membawa kepada pembangunan bahasa pengaturcaraanyang bertujuan untuk memerihalkan struktur data, algoritma dan seterusnyamenulis atur cara.

Dalam kehidupan yang sebenar, aplikasi komputer adalah kompleks dan agaksukar untuk dihasilkan. Justeru itu, teknik pengaturcaraan tertentu telah dipakaiuntuk menjamin kejayaan. Sistem pengoperasian dan pengkompil jugadigunakan untuk memudahkan tugas dalam penghasilan atur cara atauperisian. Maklumat yang banyak dan kerap diproses membawa kepadapembentukan teori struktur fail, pangkalan data dan dapatan semula maklumat.

Perkembangan semasa menyaksikan komputer menjadi media komunikasi yangsangat penting. Sebahagian maklumat adalah rahsia dan perlu dikawal. Dalam

konteks ini, keselamatan komputer memainkan peranan yang amatpenting. Beberapa aspek lanjutan mengenai pelbagai masalah juga dikaji dibawah tajuk kecerdasan buatan, pemodelan dan simulasi sistem, teori pengiraandan penggunaan pangkalan data lanjutan. Aspek ini menyediakan asas yang

kukuh kepada mereka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebihtinggi.

Peluang Kerjaya: 

Graduan pengkhususan Sistem Komputer mempunyai peluang pekerjaan yangcerah sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta terutamanya yangterlibat dengan industri komputer. Jawatan yang boleh di isi oleh graduan initermasuklah:

• Juruanalisis Sistem atau Pegawai Sistem Maklumat• Pentadbir Pangkalan Data• Jurutera Sistem

• Perunding Perisian

• Jurutera Pangkalan Pengetahuan

• Perunding Keselamatan Sistem Komputer• Pentadbir Sistem Komputer

Page 43: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 43/49

Graduan juga boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan.

Kod dan Nama Program : PC09 - Bacelor Sains Komputer - PengkhususanMultimedia

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ijazah ini akan menumpukan kepada konsep sains komputer bersamamultimedia, industri maklumat elektronik, konsep hiperteks dan hipermedia,aplikasi multimedia dalam pendidikan dan latihan, aplikasi multimedia dalamperniagaan dan bidang profesional, aplikasi multimedia dalam permainan

komputer dan hiburan, sistem pencapaian maklumat multimedia, pendigitanaudio tampak dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkankepada penggunaan dan pembangunan multimedia dalam penerbitan danpsikologi manusia. Pelajar juga akan menguasai ilmu yang cukup dalam bidangKomputeran Multimedia; mencapai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan

tingkahlaku beretika; mencapai akauntabiliti sosial; menguasai kemahiranteknikal Komputeran Multimedia; menguasai kecekapan berkomunikasi danbekerja dalam pasukan; menguasai kecekapan mengurus maklumat dan

berkebolehan belajar sepanjang hayat; mencapai keupayaan berfikir secarakritis; mencapai kemahiran mengurus dan keusahawanan; dan mencapai nilai-nilai kepemimpinan.

Peluang Kerjaya: 

Jabatan Multimedia bersedia untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidangpengaturcaraan, pembangunan dan pengurusan multimedia. Di antara bidangpekerjaan yang boleh diceburi oleh bakal-bakal graduan jabatan ini adalahseperti berikut:

• Pembangun Perisian Multimedia• Pembangun Alat Perisian Multimedia• Ahli Teknologi Multimedia• Pengaturcara Penganalisis

• Pengurus Projek Perisian Multimedia• Perunding Multimedia• Usahawan Perisian• Ahli Akademik• Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka keperingkat sarjana dan doktor falsafah.

Kod dan Nama Program : PC10 - Bacelor Sains Komputer - Pengkhususan

Kejuruteraan Perisian

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini memfokuskan kepada kemahiran pembangunan perisian dan juga

Page 44: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 44/49

mereka bentuk perisian komputer serta penggunaanya dalam memprosesmaklumat.

Pengajian dalam seni bina komputer menyediakan pemahaman asas terhadapstruktur fizikal, komponen dan fungsi komputer. Pemahaman tersebut adalahsangat penting bagi menggunakan komputer sebagai mesin yang berkuasa untukmenyimpan dan memproses maklumat. Tatanda dan formalisasi maklumat perlu

tersedia rapi sebelum maklumat diproses. Ini bergantung kepada strukturmaklumat dan aliran proses yang menuju kepada pembangunan aplikasi perisianyang melibatkan struktur data, algoritma dan pendekatan pengaturcaraan yangdiperlukan.

Dalam dunia nyata, penghasilan aplikasi komputer adalah kompleks dan amatmencabar. Dengan yang demikian, teknik algoritma perlu diperkenal dandiaplikasikan. Maklumat yang bertimbun dan perlu diurus dengan sebaikmungkin memerlukan pengetahuan dalam teori struktur fail, pengkalan data dankemahiran dapatan maklumat. Kemahiran pengurusan maklumat disediakandengan alternatif penyelesaian masalah dengan kecerdasan buatan, permodelansistem dan simulasi, teori pengiraan dan pengkalan data.

Oleh kerana komputer sudah menjadi alat komunikasi yang semakin penting,

pelajar didedahkan juga dengan kemahiran keselamatan komputer bagimelindungi dan mengawal maklumat.

Program ini menekankan prinsip utama kejuruteraan perisian, kaedah dan alat

perisian bagi pembangunan sistem perisian termasuk pengurusan projekperisian, penggunaan alat perisian seperti CASE Tools serta kualiti perisian. Inidapat menyediakan asas yang kukuh untuk pelajar melanjutkan pelajarankeperingkat yang lebih tinggi.

Peluang Kerjaya: 

Graduan Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian) dapatmenceburi pelbagai bidang pekerjaan, khususnya berkaitan industri komputersama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Antara jawatan yang bolehdipenuhi oleh graduan program ini ialah:

• Jurutera Perisian• Pengurus Projek Perisian• Ahli Pasukan Jaminan Kualiti Perisian• Juru Analisis Sistem• Pentadbir Sistem Aplikasi• Penguji Perisian• Penyenggara Perisian

• Perunding Pembangunan Perisian• Pentadbir Pengkalan Data

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka keperingkat sarjana dan doktor falsafah.

Kod dan Nama Program : PC11 - Bacelor Sains Komputer - PengkhususanRangkaian Komputer

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Page 45: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 45/49

Maklumat Ringkas Program: 

Program ijazah ini menekankan pelajar kepada prinsip-prinsip utama

kejuruteraan komputer dan perisian dalam mereka bentuk sistem komunikasidan telekomunikasi. Ini termasuk teknik mereka bentuk sistem rangkaian,teknik pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian, penggunaanpersekitaran rangkaian setempat (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan isu-

isu penting dalam mereka bentuk sistem persekitaran rangkaian.

Peluang Kerjaya: 

Graduan pengkhususan Rangkaian Komputer boleh memilih pekerjaan seperti:

• Pengurus Rangkaian dan Sistem Teragih• Pengaturcara Rangkaian, Sistem Teragih dan Selari• Jurureka Bentuk dan Pembangunan Rangkaian dan Sistem Teragih• Jurutera Rangkaian dan Perisian

• Perunding Rangkaian

• Penganalisis Rangkaian dan Sistem Teragih• Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka keperingkat sarjana dan doktor falsafah.

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi2. Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia

3. Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi4. Bacelor Sains (Kepujian) Biologi Sel dan Molekul

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PG07 - Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini merangkumi berbagai disiplin bioteknologi meliputi sistem-sistem

biologi, sama ada mikroorganisma, tumbuhan, haiwan dan manusia danpenggunaannya di dalam bidang pertanian, kesihatan, industri dan alam sekitar

bagi penghasilan produk atau perkhidmatan. Matlamat program ini ialah untukmelahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan saintifik serta kemahiranteknikal selaras dengan keperluan tenaga mahir negara untuk membangunkanindustri yang berasaskan bioteknologi. Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan

praktik di industri bagi memperkukuhkan tahap pembelajaran serta bolehmemahami dan menyelesaikan masalah dalam keadaan sebenar di tempat kerja.

Kod dan Nama Program : PS26 - Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia

Page 46: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 46/49

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Biokimia merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkini terutamanyabioteknologi, biologi molekul, kejuruteraan gen dan protein serta bidang tradisiseperti sains perubatan, sains veterinar dan sains kaji hayat. Kurikulum mampumenyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang bioteknologi yang sedangberkembang pesat. Graduan lulusan program ini diyakini mampu membinakerjaya di sektor awam dan swasta.

Kod dan Nama Program : PS27 - Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Mikrobiologi merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkiniterutamanya bioteknologi, biologi molekul, kejuruteraan gen dan protein sertabidang tradisional seperti sains perubatan, sains veterinar dan sains kajihayat. Kurikulum mampu menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidangbioteknologi yang sedang berkembang pesat. Graduan lulusan program inidiyakini mampu membina kerjaya di sektor awam dan swasta.

Kod dan Nama Program : PS71 - Bacelor Sains (Kepujian) Biologi Sel danMolekul

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Peluang Kerjaya: 

Graduan kesemua program di atas layak dan sesuai untuk industri berasaskanbioteknologi dan sains biomolekul (Biokimia dan Mikrobiologi), InstitusiPenyelidikan, Jabatan Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara syarikatdan institusi yang terlibat ialah Unilever, Ajinomoto, NOVO Nordisk, B.Braun,Guinness, Glaxo, Setron, Asiagreen, Green Note, MPOB, MARDI FRIM, RRIM,

MINT, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,Kementerian Perdagangan Luar dan Industri, Kementerian Pendidikan dan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara jawatan yang sesuai ialah Pegawai Akademik, Pegawai Pendidikan,Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik, Pegawai Eksekutif dan PengusahaSendiri. Bilangan industri berasaskan bioteknologi akan meningkat di masa akandatang kerana bidang bioteknologi adalah bidang utama dalam RancanganMalaysia Ke-9.

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR  

Page 47: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 47/49

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar2. Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 

Kod dan Nama Program : PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program ini bercirikan pelbagai disiplin yang melibatkan komponen sains asas,

ekonomi dan kemasyarakatan, perancangan, pengurusan, teknologi dankejuruteraan. Latihan profesional amat dititikberatkan dalam program ini dimana pelajar ditempatkan di pelbagai agensi awam dan swasta bertujuan untuk

memberi pendedahan dan pengalaman menyelesaikan masalah secara lebihpraktik dalam keadaan sebenar. Ijazah ini telah di iktiraf oleh JabatanPerkhidmatan Awam sebagai ijazah profesional di dalam bidang alam sekitar.

Sistem semester digunakan dan satu (1) tahun terdiri daripada dua (2) semesteryang bermula pada bulan Julai (Semester 1) dan bulan Disember (Semester2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk seminggu cuti

semester dan 3 minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu menunaikanpengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit termasuk latihan praktikumprofesional (3 kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian.

Satu (1) kredit adalah merupakan kuliah satu (1) jam atau kelas amali tiga (3)

 jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa empat (4) tahun, beban kursussetiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna penuntut mengambil lima (5)

hingga tujuh (7) kursus dalam satu (1) semester. Universiti mengamalkansistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhandinilaikan melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusanyang seterusnya adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujungsemester.

Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universitilain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datangdaripada Imperial College, London, UK; University of Virginia, Charlottesville,USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di Jabatan Alam

Sekitar, Pegawai Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di Jabatan Kerajaan,Badan Berkanun dan pihak swasta seperti MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan,

SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding alam sekitardan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkanpelajaran ke peringkat MS dan PhD sama ada di dalam atau di luar negara.

Kod dan Nama Program : PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Page 48: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 48/49

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar di bentuk dengan matlamat untukmelahirkan graduan berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alamsekitar; berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran danpengurusan pembangunan mapan; di samping mempunyai etika, sikap prihatin,proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

Diantara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pengurusan Sumber Asli, Perancangan & Pengurusan, Sains Fizikal & Biologi,

Kaedah Kuantitatif, Ekonomi Alam Sekitar, Amali Sains & Geografi, Undang-undang, Sistem Maklumat, Studio Alam Sekitar, Pengurusan Sisa Pepejal, KualitiAir & Udara, Polisi & Pentadbiran, Ekonomi & Pengurusan, Penilaian Kesan,Operasi Projek, Etika Alam Sekitar, Pengurusan Pantai, Sistem PengurusanKualiti, Perubahan Alam Sekitar, Perancangan Pengangkutan, Kerja Lapangan

dan Latihan Industri.

Peluang Kerjaya: 

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di Jabatan AlamSekitar, Pegawai Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di Jabatan Kerajaan,Badan Berkanun dan pihak swasta seperti MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan,SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding alam sekitardan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkanpelajaran ke peringkat MS dan PhD sama ada di dalam atau di luar negara.

FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN (UPM KAMPUS BINTULU,SARAWAK) 

Program Pra Siswazah yang ditawarkan 

1. Bacelor Sains Bioindustri

Maklumat ringkas program bacelor yang ditawarkan adalah sepertiberikut:- 

Kod dan Nama Program : PG30 - Bacelor Sains Bioindustri

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program: 

Program Bacelor Sains Bioindustri memberi penumpuan khusus kepada ilmuberkenaan sumber biologi utama negara terutama dalam bidang pertanian serta

integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Kurikulumnya meliputipelbagai aspek sains yang berkaitan bioindustri dengan keutamaan kepada tiga(3) opsyen iaitu pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa dan

pemprosesan hiliran. Pendidikan am turut diberikan kepada pelajar bagimeningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pengurusan serta kemanusiaan

Page 49: Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

7/15/2019 Malaysia Stzsdfasfudents Web Syarip

http://slidepdf.com/reader/full/malaysia-stzsdfasfudents-web-syarip 49/49

untuk memupuk nilai etika dan moral serta tanggungjawab. Pelajar di beripeluang menjalani latihan industri dengan agensi luar selama 1 semester sebagaipendedahan kepada keadaan sebenar dunia pekerjaan.

Pada akhir tahun pengajian, pelajar akan melaksanakan projek ilmiah tahunakhir yang berasaskan sains bioindustri. Pendedahan yang menyeluruh diberikankepada graduan Bacelor Sains Bioindustri untuk menyediakan diri bagi

menampung pasaran gunatenaga negara, sama ada dalam sektor kerajaan atauswasta atau persendirian.

Bacelor Sains Bioindustri adalah program empat (4) tahun dengan jumlah 134 jam kredit.

Peluang Kerjaya: 

Setelah mengikuti program ini selama empat (4) tahun, graduan program inibakal menceburi kerjaya dalam sektor pengeluaran (ternakan dan tanaman),industri pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri

dan sebagai pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli penyelidikberkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta

pemprosesan hiliran. Graduan berpotensi untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi iaitu Master Sains atau Doktor Falsafah (PhD).

KETERANGAN LANJUT 

Bagi mendapat keterangan lanjut mengenai Universiti Putra Malaysia, silahubungi:-

Alamat : KETUA PENTADBIRAN PENGAJIAN PRASISWAZAHBAHAGIAN AKADEMIK

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN

Pejabat Am, : 603 - 8946 6059

Bahagian Akademik 603 - 8946 6055603 - 8946 6060603 - 8946 6000

Faksimili : 603 - 8942 6469

E-Mel : [email protected]

Laman Web : http:/ /www.upm.edu.my

Comments 

Sign in|Report Abuse|Print Page|Remove Access|Powered By Google Sites