malaysia negara islam
-
Upload
armadaramor-shi -
Category
Documents
-
view
228 -
download
2
Transcript of malaysia negara islam
MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM
Menurut Profesor Ahmad Ibrahim, peruntukan Perkara 3(1) adalah antara yang
terpenting di dalam perlembagaan kerana terdapat banyak salah faham berlaku mengenai
tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan
bahawa setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan
agama Islam. Ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan yang meluas untuk
penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka.
Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di
Perkara 3 bolehlah dihujahkan bahawa apa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara
hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan", orang-
orang bukan Islam mendakwa bukan sahaja mereka diberi kebebasan mengamalkan
kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka akan tetapi cara hidup mereka. Mereka
tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka dan lebih suka mengikut
undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki di beri kepada perkataan
"ugama" oleh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagilah orang-orang Islam
berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai agama Persekutuan.1
Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan:
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk
kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang
Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup
mereka.
1 Apa Itu Undang-Undang Islam, Ruzian Markom, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2003, m/s139.., Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html
1
Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti ugama Islam.
Bagi menyempurnakan takrifan dalam Perkara 3(1) tersebut, adalah mustahak agar
bahagian itu dibaca bersama dengan Perkara 11. Hal ini disebabkan kedudukan Islam
sebagai “agama Persekutuan” hanya boleh difahami dengan jelas apabila membaca
peruntukan yang terkandung dalam Perkara 11 itu.2 Perkara 11(1) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti serta
mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4) untuk mengembangkannya. Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.3
Peruntukan ini merupakan satu perlindungan dan sekatan ke atas hak orang ramai
untuk menyebarkan agama mereka (jika agama itu bukan agama Islam) kepada orang lain
dalam Persekutuan (jika mereka yang lain itu adalah orang Islam). Untuk tujuan tersebut
negeri-negeri telah meluluskan enakmen-enakmen bagi mengawal dan menyekat
penyebaran agama lain kepada kalangan orang Islam.
Fasal (4) dalam Perkara 11 juga memperuntukkan tiada sesiapa pun boleh dipaksa
membayar apa-apa cukai jika pendapatan daripada cukai itu adalah digunakan khas sama
ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama yang lain daripada
agamanya sendiri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal-ehwal agamanya
sendiri, menubuh dan menyelenggara aktiviti-aktiviti bagi maksud agama atau khairat
2 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, Utusan Publications & Disstributors sdn. Bhd, hlm 78-80.3 Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html
2
dan memperoleh, memiliki harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-
undang.4
Kandungan dan kesan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) serta Perkara 12(2)
mengangkat kedudukan Islam melebihi agama-agama lain dan ia jelas menunjukkan
kedudukan istimewa Islam di dalam Persekutuan. Telah ada beberapa negeri yang telah
mengadakan undang-undang untuk menyekat pengembangan ugama-ugama lain antara
orang-orang Islam akan tetapi masih terdapat beberapa negeri yang belum lagi
mengadakan undang- undang itu termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan.5
Berdasarkan kes yag membuktikan bahawa kedudukan Islam itu dipandang tinggi
adalah melalui kes Meor Atiqulrahman dll V Fatiamh bte Sihi dll ( 5 MLJ 375 [2000]).
YA Hakim Dato’ Mohamad Noor Abdullah dalam memutuskan kes pemakaian serban
oleh tiga orang murid sekolah mengatakan bahawa menurut Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan, agama Islam adalah merupakan Ad-din, satu cara hidup dan bukan hanya
khusus untuk upacara-upacara rasmi sahaja. Agama Islam juga merupakan agama utama
dan mengatasi agama-agama lain di Malaysia. Oleh sebab itu, status agama Islam tidak
boleh disamakan dengan agama-agama lain.6
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
4 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, Utusan Publications & Disstributors sdn. Bhd, hlm 78-80.
5 Kenegaraan Malaysia, Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, Terbitan Universiti Putra Malaysia, Serdang, 1997, m/s 133.
6 Majalah Visi Kefahaman Islam, Mohamed Azam Mohamed Adil, Percetakan Zainon Kasim Sdn Bhd, Perak, 2006, hlmn 17
3
Berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sebuah perlembagaan
baru bagi Malaya telah dipersetujui dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Ia dikenali
sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mengikut perjanjian ini,
Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, Majlis Mesyuarat
dan Majlis Perundangan. Majlis Perundangan ( Legislative Council ) mempunyai anggota
rasmi dan sebahagian besar anggota tidak rasmi akan dipilih dan dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi British.7
Sebuah sistem persekutuan yang terdiri daripada Negeri-negeri Melayu, Melaka
dan Pulau Pinang dengan sebuah Kerajaan Pusat yang kuat diperuntukkan. Bagi kerajaan
negeri-negeri Melayu yang belum mempunyai perlembagaan bertulis, satu perlembagaan
bertulis akan disediakan. Perlembagaan negeri bertulis yang pertama di Tanah Melayu
ialah Perlembagaan Johor 1985.
Kedudukan Islam dalam Persekutuan sebenarnya mempunyai peruntukan
tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Agama Islam telah
diisytiharkan sebagai agama rasmi walaupun ia tertakluk kepada fasal 48 perjanjian,
yakni Pesuruhjaya Tinggi British dan raja-raja diberikan kuasa untuk menggubal undang-
undang Persekutuan. Majlis Negeri pula diberikan kuasa untuk meluluskan undang-
undang termasuklah yang menyentuh hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Namun, peruntukan berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak dimasukkan
bersama di dalam peruntukan tersebut.
Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 telah memaksa Penjajah
British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Persidangan yang
berlangsung dari 18 Januari sehingga 6 Februari 1956 telah dihadiri oleh satu perwakilan
yang terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu, Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu (PTM) berserta tiga orang menteri yang lain, Pesuruhjaya Tinggi British
dan penasihat-penasihatnya. Hasilnya, telah dicadangkan pelantikan sebuah suruhanjaya 7 Kenegaraan Malaysia, Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, Terbitan Universiti Putra Malaysia, Serdang, 1997, m/s 133.
4
bebas untuk menggubal perlembagaan PTM yang berkerajaan sendiri dan merdeka. Ini
telah diperkenankan oleh Queen Of British Empire dan raja-raja Melayu.
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh
Lord Reid dari England dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir
William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Orang luar dilantik sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan agar cadangan tidak
menjadi berat sebelah. Ini kerana, terdapat pergeseran dan percanggahan pendapat di
kalangan Parti Perikatan berkaitan kerakyatan, bahasa kebangsaan dan hak-hak istimewa
orang Melayu.8
Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah
Melayu yang terdiri dari kalangan parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
Hasilnya, sebuah draf Perlembagaan Malaya yang merdeka terhasil. Pada asalnya, agama
Islam tidak dijadikan sebagai agama Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada
terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan adakah perkataan "Islam is the
religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan di terjemahkan salah
sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan".
Jika dilihat kepada sejarah mengenai peruntukan ini kita dapati Suruhanjaya Reid
yang diberi tugas mencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak cadangan
memasukkan peruntukan mengenai "Islam sebagai agama Persekutuan" itu. Dalam
Laporan mereka di perenggan 169 mereka berkata maksudnya –
"Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalam
Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telah
dipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu
dimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-
kali menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam. Dalam memorandum yang
dikemukakan oleh Perikatan telah disebut agama Persekutuan hendaklah Islam.
Peruntukan prinsip ini tidak akan mengenakan apa-apa hilang upaya keatas
8 A History Of Malaysia, Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya, Palgrave, 2001, m/s 331.
5
rakyat bukan Islam menganuti dan mengamalkan ugama mereka sendiri dan tidak
membayangkan bahawa negara bukan negara sekular. Tidak terdapat apa-apa
dalam draf Perlembagaan itu yang menyentuh penerusan keadaan dalam negeri-
negeri mengenai periktirafan Islam atau yang menghalang pengiktirafan Islam
dalam Persekutuan melalui perundangan atau cara-cara lain dalam apa-apa
keadaan yang tidak memudharatkan hak-hak sivil individu bukan Islam. Majoriti
kami berpendapat ada paling baik meninggalkan perkara itu atas dasar itu,
memandang kepada kenyataan bahawa peguam bagi Raja-raja telah berkata
kepada kami "Adalah pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang
Maha Mulia bahawa tidak dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang
dicadangkan bahawa ajaran agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah
agama yang ditetapkan bagi Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak
menyokong perisytiharaan seperti itu dimasukkan dan ini adalah perkara arahan
khusus dimana saya tidak banyak terlibat".
Namun, Hakim Abdul Hamid dari Pakistan berpendapat bahawa agama Islam
perlu diperuntukkan di dalam Perlembagaan. Dalam cadangan, beliau mengesyorkan
bahawa cadangan yang dibuat oleh Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, maka ia
harus diterima. Peruntukan seperti itu telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang
perlu ialah memindahkannya dari Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan.
Parti Perikatan juga telah menghantar satu memorandum untuk memasukkan
agama bagi Persekutuan ialah Islam namun tiada desakan yang menegaskan bahawa
undang-undang Negara ialah Islam.
Walaubagaimana pun tidak disebut dalam Perlembagaan bahawa negara adalah
negara sekular (seperti disebutkan di India umpamanya) dan oleh kerana itu tidak ada
halangan dihujjahkan kemudian bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, ini
membolehkan ajaran Islam dimasukkan dan diterapkan dalam politik negara, apabila
masanya sesuai. 9
9 Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html
6
Walaubagaimanapun, draf terakhir yang dipersetujui tidak memihak kepada
mana-mana pendapat majoriti ataupun minoriti. Dan sebagai hasilnya dimasukkan
peruntukan Perkara 3(1) yang menyebut:
Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Akan tetapi, peruntukan Perlembagaan juga sering dihujahkan untuk menghalang
pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia. Contohnya, Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan telah memperuntukkan:
Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan yang berlawanan
dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu.
Perkara 75 pula memperuntukkan:
Jika undang-undang negeri berlawanan dengan undang-undang Persekutuan,
maka undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai, manakala undang-undang
negeri adalah terbatal setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan
undang-undang Persekutuan.
Selain daripada peruntukan itu, perlu dinyatakan juga bahawa dalam Perkara 160:
Perlembagaan Persekutuan, takrif undang-undang yang terkandung dalam
perlembagaan tidak menyebut undang-undang Islam.
Pandangan yang mengatakan bahawa Negara sekular adalah tidak tepat. Hal ini
kerana Perlembagaan Malaysia itu sendiri tidak menyebut bahawa negara ini adalah
negara sekular. Walaupun secara zahir tidak terdapat peruntukan dalam perlembagaan itu
yang mengatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam tetapi ciri-ciri dan
peruntukan – peruntukan Perlembagaan itu sendiri mengiktiraf bahawa Negara ini
mengagungkan agama Islam. Ini terbukti dengan adanya peruntukan – peruntukan dalam
Perkara 3 (1) yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.
7
Ia adalah satu kerugian bagi umat Islam yang tidak mengambil pendekatan yang
telah diberi dalam Perlembagaan itu sendiri yang menterjemahkan bahawa negara ini
ialah negara Islam dan bukan negara sekular. Hal ini kerana kerangka perlembagaan itu
sendiri sudah memberi jaminan semenjak ia berkuatkuasa mulai 31 Ogos 1957.10
PERKARA 3(1) MELETAKKAN ISLAM LEBIH ISTIMEWA
Terdapat juga pandangan yang berpendapat peruntukkan dalam perkara 3(1)
sekadar menyatakan bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, namun Islam adalah satu-
satunya agama yang diberi kedudukan yang sebegitu tinggi berbanding dengan agama-
10Majalah Visi Kefahaman Islam, Mohamed Azam Mohamed Adil, Percetakan Zainon Kasim Sdn Bhd, Perak, 2006, hlmn 17
8
agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A. Dato' Abdul Hamid
Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim bekenaan
menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan Perundangan
Negeri untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam
Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 juga digubal selaras dengan kehendak Senarai II tersebut.
Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf
melalui Artikel 11 walaupun Artikel tersebut menyebutkan tentang kebebasan beragama.
Ini dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):
(1) "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,
tertakluk kepada Perkara (4), mengembangkannya,
(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan
boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan
agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"
Fasal (4) bertujuan untuk memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-
undang yang dapat mempertahankan agama Islam dari dipengaruhi oleh ajaran atau
amalan agama-agama lain. Dengan lain perkataan, walaupun agama lain bebas diamalkan
oleh penganutnya dalam negara ini, mereka adalah dilarang dari menyebarkan ajaran
agama mereka kepada umat Islam atas alasan Islam adalah agama bagi negara ini dan
tidak boleh sama sekali diperlakukan secara menghina.
Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan
dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti
seorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat
istiadat Melayu dan lahir atau berdomisil di Persekutuan atau Singapura.
9
Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu
orang-orang Islam. Yang di Pertuan Agong, yang mempunyai Kuasa Pemerintah bagi
Persekutuan, adalah dipilih dari raja-raja Melayu dan Oleh kerana itu Yang di Pertuan
Agong juga ada seorang Melayu dan orang Islam. Raja-raja Melayu mempunyai hak
kedaulatan, kuasa dan bidangkuasa akan tetapi baru-baru ini peruntukan telah diadakan
yang membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana raja kerana apa-apa perbuatan
peribadi beliau yang melanggar undang-undang.
Kedaulatan undang-undang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan
terpulanglah kepada kita menghujahkan bahawa dalam Islam kedaulatan undang-undang
itu hendaklah dikenakan sepenuhnya oleh kerana Syariah Islam adalah bebas dari
pengaruh dan tidak boleh dipinda oleh badan pemerintah, perundangan atau kehakiman.11
KEKELIRUAN DALAM MEMAHAMI PERKARA 3(1)
Diskusi pakar-pakar undang-undang menyentuh kedudukan Islam dalam
Perlembagaan seringkali dimulakan dengan kekaburan (ambiguity) perkara 3(1) sehingga
berbagai kesimpulan yang ternyata bertentangan dengan maksud nyata perkara 3 itu
sendiri. Ramai yang berpegang kepada kesimpulan bahawa kedudukan Islam hanyalah
11 Tamadun Islam Di Malaysia, Abdullah Alwi Hassan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, m/s 153.
10
sekadar agama rasmi sahaja. Tidak kurang juga yang menyimpulkan bahawa perkara 3
itu sekadar amalan bacaan doa pada pembukaan majlis rasmi. Malah yang lebih
membimbangkan adalah kesimpulan yang dipegang oleh majoriti peguam bukan Islam
dan sebahagian peguam Islam bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. Pegangan
kelompok ini mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat bukan Islam dan
sebahagian umat Islam.
Sebahagian besar dari aktivis pertubuhan Islam berpegang kepada gabungan
kedua-duanya - Malaysia adalah negara sekular yang meletakkan Islam sekadar agama
rasmi. Mereka berpegang kepada Perlembagaan negara ini memartabatkan sekularisme
sebagai ideologi negara dan dengan itu manifesto perjuangan mereka adalah menukar
wajah perlembagaan dan ideologi negara daripada sekular kepada Islam. Alasannya -
Perkara 4 memartabatkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi mengambil
tempat Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru, sebahagian besar para aktivis gerakan Islam
meletakkan perspektif perjuangan mereka adalah di luar ruang-lingkup Perlembagaan
yang tiap-tiap orang diberi oleh Perlembagaan Malaysia hak menganuti dan mengamal
ugamanya. Akan tetapi hak mengembangkan ugamanya boleh dihadkan untuk mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-
orang yang menganuti ugama Islam.
Mungkin boleh dihujahkan bahawa Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan
menjadikan Perlembagaan itu undang-undang utama Persekutuan, namun perlulah
membaca Perkara 4 itu keseluruhannya dengan cara yang praktikal.
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan boleh dihujahkan tidak mengikut undang-
undang lslam oleh kerana ia memberi kuasa bagi mengampun kepada Yang di-Pertuan
Agong. Perlulah diingati bahawa dalam keadaan Malaysia sekarang, kuasa itu boleh
digunakan dalam kes-kes ta'azir sahaja dan Perkara itu tidak memberi kuasa kepada Yang
di-Pertuan Agong memberi keampunan dalam kes-kes hudud.
11
SEJAUH MANAKAH ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN
DIAMALKAN DAN DILINDUNGI
Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan:
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk
kepada fasal (4), mengembangkan agamanya .
Perkara 11 fasal (4) memperuntukkan:
12
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan
Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama
Islam.
Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk
mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di kalangan orang Islam.
Misalnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa
pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang yang
serupa dalam tahun 1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan
bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan
seorang Islam untuk menukar agama, menyebabkan seorang kanak-kanak Islam
dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam, mendekati seorang Islam untuk tujuan
bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam,
menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang
Islam, dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada
orang Islam di tempat awam.
Perkara 13 fasal (2) memperuntukkan;
Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk pelajaran
kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada perbezaan
semata-mata undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau
sesuatu negeni menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan
atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.
Untuk tujuan ini seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta Pendidikan 1961 menghendaki
sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan dan mengajar pelajaran
Pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar-pelajar yang layak mempelajarinya tidak
kurang daripada 15 orang.
13
Undang-undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidang kuasa Dewan
Undangan Negeri. Namun begitu perkara dalam bidang kuasa mereka sangatlah terhad.
Antaranya ialah dalam hal ehwal keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta
sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain (Senarai II, Jadual
kesembilan Perlembagaan Persekutuan). Bidang kuasa jenayah hanyalah merangkumi
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam
terhadap rukun-rukun Islam, kecuali tentang perkara-perkara yang termasuk dalam
senarai Persekutuan (Parlimen mempunyai bidang kuasa). Apa yang nyata ialah
bidangkuasa ini hanya ke atas orang-orang Islam dan tidak termasuk semua aspek
perundangan. 12
BIBLIOGRAFI
1. TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA, MOHD. TAIB OSMAN, A. AZIZ
DERAMAN, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR,2000.
2. APA ITU UNDANG-UNDANG ISLAM, RUZIAN MARKOM, PTS
PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD, 2003.
3. KENEGARAAN MALAYSIA, ASNARULKHADI ABU SAMAH, JAYUM A.
JAWAN, PENERBIT UNIIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG, 1997.
12 Kenegaraan Malaysia, Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, Terbitan Universiti Putra Malaysia Serdang, 1997, m/s 137.
14
4. PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
DAN MENJELANG MERDEKA, ZAINI NASOHAH, UTUSAN
PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD, 2004.
5. A HISTORY OF MALAYSIA, BARBARA WATSON ANDAYA, LEONARD
Y. ANDAYA, PALGRAVE, 2001.
6. MAJALAH VISI KEFAHAMAN ISLAM,MOHAMED AZAM MOHAMED
ADIL, PERCETAKAN ZAINON KASIM SDN BHD, PERAK, 2006.
7. http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html , TAN SRI PROFESOR AHMAD IBRAHIM.
15