MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Isnin).pdf · Ops Cantas untuk menangani masalah...
Transcript of MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Isnin).pdf · Ops Cantas untuk menangani masalah...
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
ATURAN URUSAN MESYUARAT
NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA
http://www.parlimen.gov.my
HARI ISNIN, 13 NOVEMBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI
Bil.
46
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. PR-1353-L02999
Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani isu
penganiayaan terhadap Rohingya, apakah statistik dan taburan terkini pelarian etnik Rohingya di negara ini serta apakah ada unsur-unsur ancaman kepada keselamatan negara.
2. PR-1353-L03502
Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan terkini penagih dadah dalam kalangan pelajar sekolah serta jenis dadah yang diambil. Nyatakan langkah-langkah yang sedang dan bakal diambil Kerajaan untuk membendung fenomena ini.
3. PR-1353-L03895
Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Kementerian untuk menarik semula pengusaha tuna mendaratkan hasil tangkapan ke negara ini khususnya yang mendapat lesen atau kuota menangkap ikan tuna.
4. PR-1353-L03898
Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) di jalanraya manakah yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sesak di Sepang khususnya di waktu pagi (pergi kerja) dan waktu petang (balik kerja); dan
2 AUM DR 13/11/2017
(b) apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk atasi masalah kesesakan tersebut.
5. PR-1353-L02989
Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kes kebankrapan di kalangan generasi
muda berkaitan penggunaan kad kredit dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membendungnya.
6. PR-1353-L02892
Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Kota Setar Kedah tergendala. Apakah rancangan selanjutnya Kementerian menangani masalah ini.
7. PR-1353-L03541
Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah bentuk kerjasama yang wujud antara pihak Kementerian dan Kementerian Pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai lagi pelancong domestik dan luar negara ke Kuala Lumpur pada masa kini.
8. PR-1353-L03329
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan keluasan tanah bangunan baru Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL yang dibina di Taman Tasik, Pudu Ulu dan Cheras, jumlah kos projek, kemajuan pembinaan, dan adakah pembinaan ditangguh dan dilewatkan. Jika ya, apakah sebab dan adakah ini akan menyebabkan kos bertambah dan penilaian semula projek terpaksa dibuat.
9. PR-1353-L03079
Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah tinjauan oleh Global Shapers Survey, inisiatif oleh 'Worlds Economic Forum' mengenai isu-isu pilihan orang muda peringkat antarabangsa sama dengan isu-isu pilihan orang muda Malaysia.
10. PR-1353-L03445
Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-:-
(a) bilangan hospital yang didapati memerlukan perhatian segera selepas kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah; dan
AUM DR 13/11/2017 3
(b) berapakah wang yang diperlukan untuk membaiki, menaik taraf atau menggantikan hospital yang berkenaan dan berapakah amaun bayaran balik setahun diperlukan untuk menampung pinjaman dan faedahnya dan berapakah tempoh masa bayaran baliknya.
11. PR-1353-L03215
Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah inisiatif Kerajaan dalam memperkasakan usahawan francais memandangkan francais merupakan modal perniagaan terbaik di waktu ekonomi tidak menentu, terutama bagi mereka yang mempunyai wang dan berhasrat menceburkan diri dalam perniagaan tetapi tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan, misalnya mereka yang menerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
12. PR-1353-L03846
Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pesanan baru untuk pembelian
pesawat-pesawat Boeing 787 dan 737 bertujuan untuk menjadikan ia aset MAS atau untuk di sewa oleh MAS.
13. PR-1353-L03994
Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian
sudah mempunyai satu dasar dan perundangan khas berkaitan maklumat geospatial telah disediakan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
14. PR-1353-L04075
Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan perancangan Kerajaan untuk menerima atau menolak penggunaan wang kripto atau crypto currency yang sedang digunapakai di beberapa negara termasuk beberapa agensi di Malaysia.
15. PR-1353-L02886
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) bilakah Jalan Kanowit-Song-Kapit siap ; dan
(b) bilakah Jalan Nanga Mujong ke Putai, Baleh siap.
4 AUM DR 13/11/2017
16. PR-1353-L03677
Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan kepentingan arak dan sumbangannya kepada industri pelancongan dan pendapatan negara.
17. PR-1353-L02796
Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah benar MAS telah menjual 6 buah Airbus 380 dan 4 Boeing 777-200ER. Kalau benar, apakah sebabnya.
18. PR-1353-L03736
Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perincian cadangan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat memandangkan jumlah pelaburan asing KWSP di negara tersebut telah melebihi 58%.
19. PR-1353-L03199
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini berhubung kerjasama NBOS antara Kementerian dan agensi berkaitan dalam usaha menambah baik Institusi Pendidikan Tahfiz di negara ini.
20. PR-1353-L03961
Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk membantu pekebun sayur di Sg. Soi yang selalu menghadapi kerugian kerana hasil tanaman sayur rosak akibat banjir.
21. PR-1353-L03111
Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peluang-peluang dan segmen baru yang boleh diterokai oleh industri minyak dan gas tempatan khusus dalam aktiviti hiliran bagi menambah pasaran produk Malaysia sekali gus menjana pendapatan negara.
22. PR-1353-L03805
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah import
beras, sayur-sayuran, ikan, daging, susu dan input pertanian bagi tahun 2016.
AUM DR 13/11/2017 5
23. PR-1353-L04029
Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang telah siap. Adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula dasar projek tersebut supaya ianya dapat dimiliki oleh golongan sasaran.
24. PR-1353-L03572
Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bentuk-bentuk kejayaan yang telah dicapai menerusi penubuhan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dalam melahirkan golongan usahawan muda dan adakah terdapat apa-apa inisiatif khas yang dilaksanakan oleh MaGIC bagi memberi pendedahan kepada golongan muda luar bandar untuk menceburi bidang keusahawanan.
25. PR-1353-L03922
Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian akan mengadakan lagi Ops Cantas untuk menangani masalah gengsterisme, judi haram, dadah secara amnya dan membanteras habis-habisan gejala syabu di Parlimen Limbang khususnya.
26. PR-1353-L03192
Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berhubung dengan perkhidmatan 'hailing car' seperti uber dan grab, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes samun dan mencabul dikaitkan dengan perkhidmatan ini. Jelaskan langkah yang diambil dalam menjamin keselamatan pengguna.
27. PR-1353-L03260
Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan membentangkan satu kertas putih mengenai hasil kajian komprehensif merangkumi semua impak peningkatan warga emas dan cadangan solusi mampan agar Malaysia bersiap siaga mendepani cabaran krisis demografi ini tanpa menjejaskan kemakmuran dan kelestarian ekonomi serta kebajikan semua lapisan masyarat.
28. PR-1353-L02923
Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan pekerja asing yang berada di
negara ini sehingga 31 Julai 2017.
6 AUM DR 13/11/2017
29. PR-1353-L03166
Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kerjasama Kementerian bersama-sama dengan agensi berkaitan dalam usaha mencungkil bakat baru sebagai pelapis atlet negara terutamanya kanak-kanak di kawasan pedalaman yang berpotensi namun kurang mendapat peluang.
30. PR-1353-L03261
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah kadar jualan dan kependudukan perumahan PR1MA ; dan
(b) perancangan Kerajaan dalam menawarkan perumahan berkos rendah dan sederhana untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat, khususnya di kawasan bandar .
31. PR-1353-L03916
Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian bercadang mewujudkan garis panduan pengawalan bahu jalan, agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kita ambil contoh pengawalan bahu-bahu jalan yang dilaksanakan oleh negara jiran, Thailand, mereka mengawal bahu-bahu jalan agar jalan kelihatan lebih besar.
32. PR-1353-L03970
Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit AIDS di kalangan berumur 15 hingga 40 tahun dan nyatakan setakat manakah pencapaian terkini negara dalam sasaran Fast-Track 90-90-90 dalam menangani HIV/AIDS di negara ini.
33. PR-1353-L03768
Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kementerian bagi
mengatasi isu kekurangan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan nisbah seorang guru kepada 350 murid bagi sekolah rendah dan seorang guru untuk 500 pelajar bagi sekolah menengah sehingga masih terdapat banyak sekolah yang hanya melantik guru biasa yang bertindak sebagai kaunselor sedangkan seorang kaunselor perlu mendapat latihan dan pengalaman yang mencukupi bagi berhadapan dengan pelajar dan ibu bapa serta adakah kekurangan guru kaunseling di sekolah menjadi antara sebab kepada peningkatan kes pelajar melakukan aktiviti yang tidak bermoral dan jenayah.
AUM DR 13/11/2017 7
34. PR-1353-L03721
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sama ada pelaburan Amerika Syarikat akan terjejas dan menjadi lembap ekoran isu-isu berkaitan kaedah tukaran 75% kutipan daripada hasil jualan kepada luar negara kepada Ringgit Malaysia (RM) 'withholding tax', cadangan mengecualikan cukai untuk e-commerce dan kaedah baru untuk pensijilan halal bagi semua syarikat kelengkapan perubatan (medical devices).
35. PR-1353-L03461
Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apa sebabnya/alasan terperinci berkenaan dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Akta 354 di mana definisi asal Sabah dan Sarawak sebagai ''The Borneo States'' [Artikel 2 (b)] telah dimansuhkan dan di mana Sabah & Sarawak dimasukkan dalam definisi 'Tthe States of the Federation'' dan adakah Kerajaan sedia untuk menggubal pindaan kepada definisi asal seperti mana yang dipersetujui pada Penubuhan Persekutuan Malaysia seperti dalam ''spirit & intent'' Perjanjian Malaysia 1963.
36. PR-1353-L03062
Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk
meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan langkah-langkah yang diambil untuk menjaga kebajikan anggota-anggota tentera berpangkat rendah.
37. PR-1353-L03400
Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam memastikan fokus Kerajaan yang menekankan kepada penerapan masa depan digital dan menarik penyertaan perniagaan tempatan untuk menjadi jaguh global dapat direalisasikan.
38. PR-1353-L03784
Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah tanah
sawah yang telah ditukar kepada tapak industri dan perumahan daripada tahun 2010 hingga 2016 dan apakah usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada beras import .
8 AUM DR 13/11/2017
39. PR-1353-L03339
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
rancangan dan tindakan yang berkesan mengatasi masalah kemiskinan rakyat di kalangan kaum minoriti di Negeri Sarawak dan kawasan Parlimen Baram khususnya berkenaan cabaran kemudahan asas seperti perumahan, jalan raya dan sebagainya.
40. PR-1353-L03655
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan mempunyai rancangan membina lapangan terbang antarabangsa yang baru di Perak ; dan
(b) jika ya, di mana tapak lokasi dan berapakah anggaran peruntukan yang terlibat .
41. PR-1353-L03388
Dato' Sri Douglas Uggah Embas [ Betong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah peruntukan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Negeri Sarawak bagi tahun 2017 dan bagaimanakah pencapaian setakat ini; dan
(b) adakah Kementerian mempunyai bantuan khas untuk rumah-rumah baru yang dikategorikan sebagai permohonan lewat di kampung dan rumah panjang yang sudah ada Talian Grid.
42. PR-1353-L03710
Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keadaan keselamatan di ESSZONE dan di perairan Laut China Selatan pada masa ini.
43. PR-1353-L03482
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak sekolah boleh menganjurkan acara yang melibatkan Parti Politik sepertimana yang telah berlaku di sebuah sekolah di Presint 14 Putrajaya.
AUM DR 13/11/2017 9
44. PR-1353-L02846
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan benar-benar telah meluluskan peruntukan Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM2.6 bilion yang dipohon oleh JPS Negeri Pulau Pinang. Kenapa hanya RM443 juta sahaja (yakni 17.1%) daripada peruntukan tersebut yang dibelanjakan setakat ini..
45. PR-1353-L04119
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) usaha Kerajaan Persekutuan dalam melindungi warisan negara dan menjadikan warisan negara sebagai tarikan untuk menarik kedatangan pelancong ke negara kita. Apakah pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai penemuan arkeologi di Sungai Batu, Kedah, dan jika ada, usaha yang akan dilakukan untuk melindungi bahan-bahan arkeologi itu; dan
(b) apakah pelan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan dan memelihara identiti dan sejarah masyarakat India seperti di Kedah (Lembah Bujang), Johor, Pahang dan beberapa lokasi lain di Malaysia.
46. PR-1353-L02967
Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha Kerajaan membantu menjayakan keputusan Hamas baru-baru ini untuk bekerjasama dengan pihak Fatah demi kemajuan perjuangan rakyat Palestin.
47. PR-1353-L03470
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tahap pengeluaran beras mampu diri di Malaysia dan status sekuriti makanan.
48. PR-1353-L02803
Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik setakat ini pesakit yang mengalami
masalah mental.
10 AUM DR 13/11/2017
49. PR-1353-L03644
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah mengatasi kesesakan tempat letak kereta
di kawasan perumahan pangsapuri / flat kos rendah sehingga menyukarkan kenderaan bomba untuk memasuki perkarangan perumahan semasa berlaku kecelakaan.
50. PR-1353-L(5)00025
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan secara terperinci syarat-syarat yang telah dipersetujui di antara Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) bagi mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang. Senaraikan hutang dan liabiliti yang akan ditanggung masing-masing oleh PPSB dan Prasarana dan bilakah kerja-kerja pengorekan laut utama akan dijalankan oleh PPSB.
[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]
11 AUM DR 13/11/2017
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. ( D.R.38/2017 ) Rang Undang-undang Perbekalan 2018 – Menyambung
semula perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang
Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang, “ ( 9 November, 2017 )
DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang
sebanyak tidak lebih dari empat puluh lapan bilion ringgit (RM48,000,000,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2018, dan
bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di
bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2018, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
24 Tahun 2017, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan
enam dan tujuh senarai tersebut.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah ( 9 November, 2017 )
2. ( D.R.40/2017 ) Rang Undang-Undang Kewangan
(No.2) 2017
[ Menteri Kewangan ]
Bacaan Kali
Yang Kedua
3. ( D.R.42/2017 ) Rang Undang-Undang Cukai
Pendapatan (Pindaan) 2017
[ Menteri Kewangan ]
“
4. ( D.R.41/2017 ) Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti
Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2)
2017
[ Menteri Kewangan ]
“
12 AUM DR 13/11/2017
5. ( D.R.35/2017 ) Rang Undang-Undang Kemudahan dan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017-
Menyambung semula Perbahasan atas masalah,
“Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang” ( 26 Oktober, 2017 )
[ Menteri Kesihatan ]
6. ( D.R.36/2017 ) Rang Undang-Undang Pusat Jagaan
(Pindaan) 2017
[ Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat ]
Bacaan Kali
Yang Kedua
7. PR-1353-U(27)008
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49
(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan
suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-
undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti
berikut:
Pindaan Seksyen 2
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda
dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara
selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau
sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh
melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau
sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara
jenayah Syariah."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
13 AUM DR 13/11/2017
8. PR-1353-U(27)070
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, terdapat banyak tapak-tapak
warisan yang terdapat di negara ini mempunyai nilai-nilai sejarah, potensi
ekonomi dan keunikan yang boleh dijadikan sebagai tapak warisan dunia
UNESCO.
Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa Taman Kinabalu
(Kinabalu Park) dan kawasan pemuliharaan Lembah Danum (Danum Valley
conservation area) adalah antara kawasan yang mempunyai potensi yang
baik untuk dijadikan sebagai "UNESCO Global Geopark" dan "UNESCO
World Heritage Site".
Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan mensasarkan Taman Kinabalu
sebagai UNESCO Global Geopark dan kawasan pemuliharaan Lembah
Danum sebagai UNESCO World Heritage Site yang ke-3 buat negara
Malaysia (selepas taman negara gunung Mulu dan taman negara Kinabalu),
negara dengan secara langsung akan dapat menempatkan namanya di kaca
mata dunia sama ada dari segi pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar
selain menjadi destinasi pelancongan ulung di rantau ini.
Maka, bagi mencapai matlamat ini, Dewan ini hendaklah mengambil
ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah segera mengambil segala usaha dan
tindakan yang perlu agar usaha yang dibuat oleh Kerajaan negeri Sabah bagi
matlamat ini segera dapat dicapai."
[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]
9. PR-1353-U(27)071
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pewujudan dan pembinaan
muzium warisan sesebuah masyarakat adalah merupakan satu bahan utama
dalam menjaga bahan sejarah dan juga warisan mereka.
Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat cina telah memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan fizikal dan juga ekonomi negara
malaysia sejak penubuhan negara ini khasnya di negeri Sabah.
14 AUM DR 13/11/2017
Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat cina di Sabah bersama
dengan rakyat tempatan telah "mengalirkan darah" mereka untuk
mempertahankan negara ini terutama sekali dalam gerakan "Kinabalu
Guerrilas" menentang pendudukan Jepun ketika perang dunia kedua, "Brunei
Rebelion" dan "konferentasi", dimana mereka berkhidmat sebagai polis,
tentera dan rangers pada ketika itu.
Dalam proses pembentukan negara ini, banyak peninggalan atau warisan
masyarakat cina, yang tidak tersimpan, terpulihara atau didokumentasikan,
maka tempat terbaik bagi tujuan ini adalah dengan menubuhkan muzium
warisan masyarakat cina di Sabah khas.
Dan mengambil maklum juga bahawa negara asing seperti Indonesia juga
telah membina muzium warisan hakka (cina) di Jakarta bagi menghargai dan
mengiktiraf sumbangan masyarakat cina dalam pembangunan negara
Indonesia.
Maka, bagi menghargai dan mengingati jasa masyarakat cina di negeri Sabah
khasnya, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa
kerajaan Malaysia hendaklah dengan segera menimbangkan untuk
menubuhkan dan membina "muzium warisan masyarakat cina" di negeri
Sabah agar ianya menjadi satu lagi tapak sejarah pembangunan negara."
[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]
10. PR-1353-U(27)072
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa penggunaan bahan bungkus
dan bag hasil keluaran plastik adalah lebih banyak membawa kemudaratan
kepada manusia dan alam sekitar berbanding dengan manfaatnya.
Dan mengambil maklum juga bahawa semua jenis plastik adalah tidak mesra
alam dimana hasil kajian mendapati bahawa plastik yang tertanam di bumi
akan mengambil masa, tidak kurang daripada 25 tahun untuk terurai
disamping merosakkan tanah dan saliran air/ sungai dan alam sekitar.
Dan mengambil maklum juga bahawa, bahan-bahan plastik ini juga
merupakan antara punca penyebab kejadian banjir dimana ianya
menyebabkan parit dan longkang tersumbat.
15 AUM DR 13/11/2017
Dan mengambil maklum juga bahawa, terutama sekali di kawasan pantai,
terdapat banyak sampah-sampah plastik yang terapung dan menjadikan tepi-
tepi pantai hodoh dan kotor. Selain itu, bahan plastik yang terlepas ke lautan
banyak merosakkan terumbu karang dan hidupan marin, terutama sekali
penyu yang memakan bahan plastik kerana difikirkan sebagai obor-obor.
Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh memudaratkan kehidupan
manusia, alam sekitar dan hidupan marin, maka dewan ini hendaklah
mengambil ketetapan bahawa penggunaan semua jenis pembungkus dan
bag pembungkus berasakan plastik diharamkan."
[ Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar ]
11. PR-1353-U(27)073
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School
di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui
sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate -
Junior Middle (UEC-JML), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V)
dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML).
Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun digunapakai
dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association of
Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975.
Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh
UCSCAM ini telah diiktiraf oleh universiti di serata negara seperti di United
Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia,
Canada, Singapore dan lain-lain negara.
Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga
Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi
kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University of
Singapore yang berkedudukan tempat ke-empat universiti terbaik di dunia
mengiktiraf sijil UEC ini.
Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang
dimaksudkan di atas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami
kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan
pendidikan tinggi mereka di luar negara di mana aliran wang keluar daripada
16 AUM DR 13/11/2017
negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja
di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan
kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara.
Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah
mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf
sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."
[ Menteri Pendidikan ]
12. PR-1353-U(27)074
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa
Inggeris di kalangan murid dan graduan di negara ini adalah pada tahap yang
amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia
negara ini kurang berdaya saing di luar negara.
Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakkan bahan-bahan rujukan
untuk pengajian yang terdapat di atas talian dan buku-buku rujukan adalah
dalam bahasa Inggeris.
Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan
menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan
para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan
bersaing di peringkat global.
Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada
negara-negara yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam
sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih
mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa.
Mengambil maklum juga bahawa, Kerajaan hendaklah mengambil kira
saranan ramai ibubapa, agar Kerajaan mewujudkan sekolah menengah
dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi membolehkan
anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar keboleh-
pasaran anak-anak mereka dipertingkatkan.
Mengambil maklum juga bahawa sekolah menengah La Salle Tanjung Aru
Sabah telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat
tahun 1970an.
17 AUM DR 13/11/2017
Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah
mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan
penubuhan sekolah menengah aliran bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya
satu sekolah menengah di setiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan
bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, sekolah menengah La Salle Tanjung
Aru sebagai perintis."
[ Menteri Pendidikan ]
13. PR-1353-U(27)077
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan pendaftaran pengundi
secara automatik mengikut data di Jabatan Pendaftar Negara."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
14. PR-1353-U(27)078
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-
"Bahawa pengambilan pekerja asing dikurangkan serta merta untuk memberi
peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan."
[ Menteri Sumber Manusia ]
15. PR-1353-U(27)079
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia diaktifkan semula untuk
memajukan penggunaan Bahasa Melayu."
[ Menteri Pendidikan ]
18 AUM DR 13/11/2017
16. PR-1353-U(27)081
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa
Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah
Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman
dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran
tersebut.
Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil
untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-
mana hospital atau pusat perubatan. "
[ Menteri Kesihatan ]
17. PR-1353-U(27)082
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian
aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian
Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan
Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga
bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian
sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam
Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara."
[ Menteri Pertahanan ]
18. PR-1353-U(27)084
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab
Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan
Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings)
bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen
Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen. "
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
19 AUM DR 13/11/2017
19. PR-1353-U(27)086
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia bukan
anggota kepada Konvensyen 1951 dan Protokol yang berhubung dengan
Pelarian. Sungguhpun demikian, kad UNHCR diterima sebagai dokumen
yang sah bagi pelarian yang datang termasuk dalam urusan bekerja secara
bebas di negara ini sehingga ada usaha-usaha dalam memalsukan kad
tersebut bagi melepaskan diri mereka daripada ditangkap pihak berkuasa.
Maka Dewan yang mulia ini hendaklah menjelaskan tanggungjawab yang
diberikan kepada pemegang kad tersebut dan sekiranya benar ianya
mengizinkan pelarian yang mempunyai kad kuasa tersebut bekerja di negara
ini."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
20. PR-1353-U(27)087
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-
"Dewan ini mencadangkan Kerajaan supaya mempergiatkan usaha untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih
lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan
berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan
saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka
membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan impian
Malaysia."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
21. PR-1353-U(27)088
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-
"Dewan ini mencadangkan Kerajaan memulihkan pilihan raya Kerajaan
tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap,
akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat
kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."
[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]
20 AUM DR 13/11/2017
22. PR-1353-U(27)089
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini membahaskan keberkesanan untuk mencegah
kebakaran di Malaysia."
[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]
23. PR-1353-U(27)090
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan
mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan
murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini
menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan
gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan
penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa
penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam
seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib
diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat
Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung
masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda
merentasi sempadan bangsa dan agama."
[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]
24. PR-1353-U(27)091
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di
bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran
sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi
mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan."
[ Menteri Dalam Negeri ]
21 AUM DR 13/11/2017
25. PR-1353-U(27)094
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-
"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB
Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta
dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan
Disember."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
26. PR-1353-U(27)096
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-
"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras
dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu dimana Akta Majlis Keselamatan
Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar
segera."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
27. PR-1353-U(27)092
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-
Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di
sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-
nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani
gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan
sistem pendidikan di Malaysia.
[ Menteri Pendidikan ]
28. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-
“Bahawasanya Dewan mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri
yang bertanggung jawab terhadap Hal Ehwal Islam memanggil semua Mufti-
mufti di semua negeri untuk berbincang dan membuat ketetapan bagaimana
Jabatan-jabatan Agama Islam di setiap negeri mesti memainkan peranan
utama dalam memerangi kegiatan judi yang makin tidak terkawal di seluruh
negara.
22 AUM DR 13/11/2017
Mufti-mufti mesti mengarahkan semua Pejabat Agama di setiap daerah
mewujudkan “task force” bagi memantau kegiatan judi dan melaksanakan
tugas seperti mana Pejabat Agama berjaya mengawal orang Islam yang tidak
berpuasa makan di khalayak ramai.”
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
29. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Pusat lebih giat memantau kegiatan
penebangan balak di negeri-negeri yang akhir-akhir ini telah mengakibatkan
banjir besar dan tanah runtuh. Jabatan Hutan dan lain-lain agensi yang
dipertanggung jawabkan mengawal kegiatan pembalakan mesti diberi
peruntukan yang cukup serta dibantu dengan aset yang terkini agar tugas
mereka lebih cekap dan efisen.”
[ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]
30. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini menyokong segala usaha yang sedang giat dilakukan
oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam memerangi rasuah di semua peringkat. Dewan
juga menyokong agar peruntukan kewangan, penambahan aset dan
kakitangan yang mencukupi diberikan kepada SPRM supaya segala usaha
yang sedang dijalankan tidak terbantut.”
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
31. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini menggesa supaya Pengerusi MARA yang baru dilantik,
Datuk Seri Awang Adek Hussin menjadi seorang Pengerusi yang tegas dan
berwibawa. Beliau mesti meletakkan kepentingan Melayu dan Bumiputra
teratas dan jangan melindungi sesiapa juga yang pernah melakukan
penyelewengan semasa berkhidmat dengan MARA termasuk mantan
Pengerusinya. Dengan pengalaman yang beliau dalam dalam berbagai
bidang dan sektor rakyat sedang menanti perubahan yang bakal beliau
lakukan.”
[ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]
23 AUM DR 13/11/2017
RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
(DEWAN RAKYAT)
TAHUN 2017
RISALAT/DOKUMEN
TARIKH DIBENTANGKAN
ST.66 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bagi Tahun 2016
13 November 2017
ST.68 Laporan Tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Bagi Tahun 2016
13 November 2017
24 AUM DR 13/11/2017
**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )
( KAMAR KHAS )
Tarikh Ucapan
Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab
1. 13.11.2017 (Isnin)
1. YB Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)
1. Masalah Kesesakan Lalulintas Di Persimpangan Lampu Isyarat NPE Dengan Jalan Templer, Petaling Jaya
1. YB Menteri Kerja Raya
2. 13.11.2017 (Isnin)
2. YB Puan Teo Nie Ching (Kulai)
2. Pengalaman Adik Neo Joe Yee Di Hospital Pantai, Batu Pahat
2. YB Menteri Kesihatan
** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)