MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang...

24
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 13 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 20 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1233-L10938 Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan Pelan Integriti Nasional (PIN) apatah lagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010 yang dikeluarkan pada 26 Oktober 2010 lalu memperlihatkan skor Malaysia jatuh 0.1 mata dari 4.5 pada tahun 2008 ke skor 4.4 dan berada dalam kedudukan 56 berbanding 178 negara yang terlibat. 2. PN-1233-L11049 Puan Doris Brodie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Kementerian komited dalam menerajui Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), Ratifikasi Konvensyen Mengenai Hak OKU (CRPD) dan penarikan balik reservasi ke atas Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di dalam usaha memartabatkan tiga golongan berkenaan yang perlu mendapat perhatian bagi menjalani kehidupan yang lebih baik. 3. PN-1233-L11215 Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan prestasi serta pencapaian sukan negara di peringkat antarabangsa khususnya Sukan Asia dan langkah-langkah berkesan untuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama.

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 13 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 20

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1233-L10938 Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan Pelan Integriti Nasional (PIN) apatah lagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010 yang dikeluarkan pada 26 Oktober 2010 lalu memperlihatkan skor Malaysia jatuh 0.1 mata dari 4.5 pada tahun 2008 ke skor 4.4 dan berada dalam kedudukan 56 berbanding 178 negara yang terlibat.

2. PN-1233-L11049 Puan Doris Brodie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Kementerian komited dalam menerajui Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), Ratifikasi Konvensyen Mengenai Hak OKU (CRPD) dan penarikan balik reservasi ke atas Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di dalam usaha memartabatkan tiga golongan berkenaan yang perlu mendapat perhatian bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

3. PN-1233-L11215 Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan prestasi serta pencapaian sukan negara di peringkat antarabangsa khususnya Sukan Asia dan langkah-langkah berkesan untuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

2

4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mematuhi dan melaksanakan Undang-undang Kecil berkenaan penggunaan Bahasa Kebangsaan di tempat-tempat awam. Apakah sebab maka semenjak akhir-akhir ini makin berleluasa penggunaan bahasa yang bukan bahasa kebangsaan pada papan-papan tanda nama kedai, nama-nama taman perumahan dan papan-papan iklan billboard yang mengabaikan penggunaan Bahasa Kebangsaan.

5. PN-1233-L11263 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan dengan perbelanjaan RM20 juta untuk membina Pavilion Malaysia di Shanghai, dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan, apakah pulangan atau "return on investment" yang diperolehi daripadanya.

6. PN-1233-L11282

Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Kerajaan selalu memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk pembangunan luar bandar. Adakah Kementerian berpuas hati dengan keberkesanan sistem penyampaian kita dari segi mentransformasikan ekonomi dan meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Adakah Kementerian juga mempunyai pendekatan baru yang akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaiannya.

7. PN-1233-L10827

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta Gagasan 1Malaysia khususnya bagi memupuk perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

8. PN-1233-L10819

Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejak Januari 2010 sehingga ke hari ini, berapakah kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara dan berapakah jumlah kematian disebabkan demam ini dan adakah pelepasan nyamuk jantan Aedes GM untuk membanteras penyakit demam denggi betul-betul selamat dan efektif.

9. PN-1233-L11382

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) bercadang meminda akta berkaitan status penjamin yang sering kali menjadi mangsa dan terheret sama di dalam hutang tertunggak oleh orang yang meminjam.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

3

10. PN-1233-L10869 Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk mengadakan dana peruntukan khas bagi menerbitkan Filem Sejarah seluruh negara sesuai dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan kurikulum sejarah subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 dan menjadikannya subjek teras di sekolah rendah bermula pada tahun 2014.

11. PN-1233-L10963

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah keberkesanan program "e-Kasih" dan faedahnya kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

12. PN-1233-L11067

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pembinaan Menara Wawasan Merdeka 100 tingkat PNB yang dipertikai oleh sesetengah pihak, apakah cukup dengan pembiayaan dari dana dalaman dan berapakah rizab PNB sehingga kini. Bagaimanakah projek ini boleh memberi manafaat kepada usahawan Bumiputera dan peniaga kecil supaya tidak berlaku seperti mana langkah yang dibuat oleh KLCC yang akhirnya mereka tersisih.

13. PN-1233-L11068

Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk membantu mangsa banjir di negeri Perlis, Kedah dan Kelantan dan butiran jumlah peruntukan yang telah diberikan bagi tujuan tersebut.

14. PN-1233-L11332

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah teknologi-teknologi baru yang akan diperkenalkan bagi tujuan pelupusan sampah dan mengapakah program kitaran semula tidak begitu berjaya.

15. PN-1233-L11142

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa perpaduan kaum ini hanya dapat dilaksanakan dengan lebih erat dengan pengertian kebudayaan sesuatu kaum. Apakah Kementerian bercadang untuk menayangkan adat resam kaum-kaum lain melalui iklan atau dokumentari bagi mewujudkan persefahaman kaum di kalangan masyarakat di negara ini.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

4

16. PN-1233-L11032 Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memberi peruntukan khas kepada kaum-kaum minoriti di Sabah dan Sarawak untuk menaikkan taraf hidup mereka seperti yang diberikan oleh Kerajaan kepada kaum India di Semenanjung Malaysia tidak lama dahulu.

17. PN-1233-L10860

Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan statistik golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal di kalangan Orang Asli yang telah menerima bantuan dan nyatakan jenis-jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada golongan ini.

18. PN-1233-L10712

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pencapaian dan bagaimana ukuran keluarga penyayang dipantau berdasarkan polisi dan program Kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum dan setelah tertubuhnya Kementerian ini dan julat pengekalan perkahwinan oleh pasangan yang berkahwin mengikut kaum dari tahun 1980-2010.

19. PN-1233-L10950

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pegawai Kerajaan yang telah menyertai Program Sijil Integriti Pegawai (CEIO) selama enam bulan yang dianjurkan oleh Akademi Anti-Rasuah Malaysia (MACA) sehingga sekarang.

20. PN-1233-L10850

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi mengatasi defisit aliran tunai Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijangka berjumlah RM45.89 bilion sehingga RMK-11 kelak.

21. PN-1233-L11283

Datuk Haji Shamsudin bin Mehat minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah menjadi satu kesalahan mempamerkan logo halal yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM di premis-premis makanan di Wilayah Persekutuan memandangkan banyak premis-premis makanan ini terutamanya di Kuala Lumpur yang mempamerkan logo halal dari badan-badan lain yang tidak diketahui kesahihannya.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

5

22. PN-1233-L11058 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah kesedaran penumpang-penumpang kereta (baik depan mahupun belakang) tentang penggunaan tali pinggang keledar. Adakah kesedaran ini meningkat, jika ia, apakah keberkesanannya dan bagaimana pula tahap penguatkuasaannya.

23. PN-1233-L11377

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) adakah keputusan Kementerian untuk menghadkan pinjaman bank rumah ketiga kepada 70 peratus akan menyebabkan peningkatan harga rumah-rumah berharga sederhana dan rendah ; dan

(b) jika ya, apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil

oleh pihak Kementerian untuk mengawal aktiviti pasaran jual beli rumah pada tahap yang munasabah.

24. PN-1233-L10706

Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah program bahasa dan sastera berimpak besar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah penstrukturan semula DBP.

25. PN-1233-L10766

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

(a) apakah usaha-usaha Kementerian ke arah membudayakan

kesarjanaan di kalangan ahli akademik IPTA dan IPTS dan apakah tahap kesarjanaan universiti-universiti kita jika dibandingkan dengan Universiti Kebangsaan Singapura dari segi pengarah penerbitan, penyeliaan dan khidmat masyarakat; dan

(b) apakah rancangan Kementerian untuk menentukan bahawa

semua para pensyarah di IPTA mempunyai kelulusan PhD. 26. PN-1233-L10893

Dato' Azian bin Osman minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Malaysia mampu menjadi peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang yang signifikan kepada dunia Islam dan global terutama membawa agenda 1Malaysia 1Dunia sebagai model negara holistik abad ke-21.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

6

27. PN-1233-L10923 Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pihak Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya semua guru yang mengajar Bahasa Malaysia di Tahap 1 di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil perlu menguasai bahasa ibunda masing-masing. Adakah pihak Kementerian akan mengeluarkan surat pekeliling berkenaan perkara tersebut kepada semua sekolah.

28. PN-1233-L11039

Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah benar ura-ura Kementerian akan menggunakan nyamuk tiruan yang dibentuk menerusi 'bio-engeneering' untuk menghapuskan nyamuk aedes dan adakah cara ini merbahaya kepada manusia. Apakah kajian penggunaan nyamuk tiruan ini telah dibuat dengan telus dan rapi lebih-lebih lagi tentang keberkesanannya serta risiko terhadap manusia dan alam sekitar.

29. PN-1233-L11196

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 pada bulan Oktober 2010 mencapai matlamatnya dan apakah usaha-usaha seterusnya bagi memartabatkan Bahasa Malaysia.

30. PN-1233-L10693

Dato' Zaitun binti Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan negeri-negeri yang belum menyeragamkan undang-undang Islam dan nyatakan apakah halangan dan kekangan yang menyebabkan undang-undang Islam ini tidak dapat diseragamkan walaupun telah diusahakan sekian lama.

31. PN-1233-L10808

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah dan nama sungai yang tercemar di seluruh negara kerana perbuatan manusia seperti pembalakan, perladangan, pembangunan dan sebagainya. Apakah langkah yang diambil untuk memelihara sungai-sungai tersebut.

32. PN-1233-L10776

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status kemasukan FDI ke Malaysia mengikut negeri-negeri bagi 5 tahun terakhir, serta langkah-langkah penggalakan yang dilaksanakan, terutama dari negara-negara rakan dagang ASEAN, China, dan India.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

7

33. PN-1233-L10879 Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik penjawat awam mengikut kaum dan jelaskan rancangan-rancangan JPA bagi lebih menggambarkan identiti Malaysia dalam mewakili pelbagai kaum. Nyatakan jumlah orang bukan Melayu yang bukan berasal dari Semenanjung Malaysia juga dipanggil "Bumiputera" yang sekarang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Persekutuan, JPA dan BTN tetapi tidak termasuk polis dan tentera.

34. PN-1233-L10768

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status penanaman getah oleh FELCRA di Pulau Banggi, Sabah:-

(a) apakah ianya telah mula mengeluarkan hasil dan jumlah

pelaburan keseluruhan yang dibelanjakan masih diperlukan; dan

(b) siapakah bakal peserta dan bilangan ketua keluarga yang

terlibat. 35. PN-1233-L11163

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah lokap polis yang masih belum dipasang dengan CCTV.

36. PN-1233-L10801

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang lebih berkesan sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengelak sentimen anti-Malaysia di Indonesia.

37. PN-1233-L10978

Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini pencapaian pemilikan hartanah Bumiputera oleh Pelaburan Hartanah Berhad (yang dahulunya dikenali sebagai Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad) sejak ianya ditubuhkan dalam tahun 2006 dengan modal RM2 bilion.

38. PN-1233-L11118

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

(a) apakah komposisi 2,162 pelajar cemerlang (Kelas Pertama)

yang dilaporkan dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN mengikut kaum, jantina, bidang pengajian, universiti dan nilai pinjaman dan apakah usaha untuk mengatasi ketidak adilan sosial yang berlaku ekoran keputusan tersebut; dan

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

8

(b) adakah Kementerian bercadang untuk melebarkan pemberian biasiswa sebanyak 5 peratus kepada lulusan matrikulasi terbaik di samping lulusan STPM seperti mana yang terpahat dalam RMK-10, jika tidak apakah sebab-sebabnya.

39. PN-1233-L10868

Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah undang-undang Imigresen perlu dipinda dengan memasukkan insentif seperti dalam Akta Kastam 1967 yang memberi peratusan insentif kewangan kepada pemberi maklumat dan staf Imigresen untuk membanteras PATI.

40. PN-1233-L11100

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap mana-mana individu yang cuba membawa fahaman Wahabi yang dapat memesongkan akidah umat Islam di Malaysia. Apakah jenis fahaman agama yang dibawa oleh Menteri Besar Kelantan yang seringkali mengeluarkan fatwa yang berubah-ubah mengikut selera beliau sendiri.

41. PN-1233-L11190 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah sistematik dan konkrit yang telah dan akan diambil untuk memastikan bahawa industri pelancongan sebagai satu industri yang cepat berkembang dan mempunyai pelbagai komponen tidak akan dimonopoli oleh satu-satu kaum sahaja.

42. PN-1233-L11083 Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah perisytiharan undang-undang darurat dan berhubung apa. Apakah sebab atau sebab-sebab kesemuanya, termasuk yang diumumkan pada 13 Mei, 1969 masih berkuat kuasa.

43. PN-1233-L10956

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tujuan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat melalui "Skim Rumah Pertamaku" yang diperkenalkan dalam Bajet 2011 ini.

44. PN-1233-L11256

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bilakah penggunaan gelaran "Duli Yang Maha Mulia" secara rasmi untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong digugurkan, siapakah yang mengarahkan penggugurannya dan atas sebab apa atau kuasa undang-undangkah perkara ini dilakukan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

9

45. PN-1233-L11026 Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) dalam tahun 2010, berapakah jumlah bas ekspres yang

terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membawa maut pada musim perayaan; dan

(b) apakah jenis kawalan yang wajar diambil oleh Kementerian

untuk mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku akhir-akhir ini.

46. PN-1233-L10894

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) mengapa Kerajaan tidak memberikan permit teksi terus kepada pemilik teksi tetapi diberikan pula kepada syarikat perantaraan ; dan

(b) mengapa teksi biasa hanya dibenar menurunkan

penumpang dan tidak dibenarkan mengambil penumpang di LCCT dan KLIA yang merugikan mereka di mana terpaksa pulang tanpa membawa penumpang dan membazirkan minyak.

47. PN-1233-L10990

Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik penghuni Rumah Sri Kenangan atau rumah orang tua mengikut negeri, tahun dan jantina, dari tahun 2005 hingga 2010.

48. PN-1233-L11088

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kejayaan penterjamahan Gagasan 1Malaysia dan tahap pemahaman rakyat di peringkat akar umbi.

49. PN-1233-L11233

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah status “gym rakyat” serta apakah kriteria-kriteria yang perlu dalam pelaksanaannya.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

10

50. PN-1233-L11346 Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam Bajet 2011, Wilayah SCORE disediakan sejumlah RM93 juta untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta taman industri makanan halal. Jumlah tersebut dikira tidak mencukupi untuk semua projek berkenaan. Dapatkah Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penambahan peruntukan.

51. PN-1233-L11350

Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan rancangan dan langkah Kementerian untuk menarik lebih ramai warganegara bukan Bumiputra khususnya kaum cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia memandangkan perbezaan pecahan kaum yang amat ketara.

52. PN-1233-L11173

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) jumlah pelaburan KWSP dalam syarikat GLC di dalam dan

luar negara; dan (b) nyatakan di sektor manakah pelaburan KWSP dan jumlah

pelaburan tersebut. 53. PN-1233-L11312

Datuk Haji Shamsudin bin Mehat minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan mengenai daging korban yang ditinkan seperti yang dilakukan oleh Muslim Aid Asia dan adakah Kerajaan bercadang untuk membantu dengan menyediakan pusat penyembelihan yang besar dan mempunyai kemudahan yang lengkap memandangkan daging kambing yang ditinkan diimport dari Australia.

54. PN-1233-L10937

Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kawasan larangan merokok atau zon tanpa rokok nampaknya tidak dapat memberi kesan yang baik atau berkesan kepada rakyat negara ini. Adakah pihak Kementerian akan menubuhkan pasukan penguatkuasaan yang lebih tegas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

11

55. PN-1233-L10925 Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) status siasatan terhadap kes salah guna kuasa dan rasuah

berprofil tinggi, khusunya melibatkan seorang Setiausaha Politik Menteri Kewangan (ketika itu); dan

(b) penjelasan terhadap siasatan kes berprofil tinggi melibatkan

seorang Menteri di mana dokumen 600 helai yang telah diserahkan kepada Perdana Menteri (ketika itu) pada tahun 2006.

56. PN-1233-L10749

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan untuk membendung penyakit demam denggi yang masih belum dapat ditangani dengan meningkatnya kematian terutama di bandar-bandar sehingga kini.

57. PN-1233-L11287

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan program-program atau projek-projek pencegahan/penebatan banjir (Flood Mitigation) yang telah diluluskan di dalam RMK-10 bagi kawasan NCER.

58. PN-1233-L11393

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah berkesannya tindakan pihak Imigresen dengan memindahkan pegawainya ke tempat lain dalam usaha membanteras PATI kerana pegawai walaupun dipindahkan ke tempat lain masih membawa fikiran dan sikap yang sama dalam minda dan kelakuan mereka.

59. PN-1233-L11378

Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bandar-bandar utama di negara ini menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius. Apakah pelan tindakan Kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di bandar-bandar ini terutamanya di Kota Kinabalu.

60. PN-1233-L11129

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah mereka yang berhijrah ke luar negara mengikut kaum sejak 10 tahun dahulu hingga kini dan adakah ini berpunca daripada kegagalan Kerajaan dalam menyediakan habuan serta kepuasan kerja di negara ini. Adakah sebarang kajian telah dilakukan bagi menangani masalah sedemikian.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

12

61. PN-1233-L10756 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) langkah-langkah dan tindakan bagi membendung jenayah

kolar putih yang semakin meningkat di negara ini; dan (b) terbukti hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah-

penjenayah kolar putih di negara ini agak ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang disabitkan berbanding dengan hukuman-hukuman yang diberi di Hong Kong, Australia, Singapura ataupun Amerika Syarikat.

62. PN-1233-L11197

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa iklan-iklan haram seperti kemudahan "pinjaman Ah Long" dan "Ubat Kuat lelaki" masih berleluasa ditampal dan dipasang di papan tanda milik Kerajaan dan di tiang-tiang, seolah-olah tiada tindakan yang diambil.

63. PN-1233-L10722

Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah dasar dan pelan tindakan yang dijalankan oleh Kementerian untuk memastikan remaja dan belia menghayati nilai-nilai budaya dan adat resam kaum masing-masing di Malaysia agar mereka merasa bangga dan mempunyai jati diri terhadap kebudayaan Malaysia.

64. PN-1233-L10794

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci bentuk bayaran 'Payment Enviroment Services' (PES) yang diputuskan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Kedah semenjak tahun 2003 hingga 2009 sama ada dalam bentuk projek pembangunan atau apa-apa bantuan lain.

65. PN-1233-L11019

Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan meminta syarikat penerbangan AirAsia untuk memanjangkan kemudahan potongan tambang 50 peratus kepada Ahli Dewan Negara juga atau hanya kepada Ahli Dewan Rakyat sahaja.

66. PN-1233-L11119

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah pakar perubatan tempatan yang masih berkhidmat dengan Kerajaan dan swasta serta apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan tenaga pakar ini tidak berkurangan pada masa akan datang. Apakah usaha-usaha Kerajaan dalam mencapai hasrat mewujudkan tenaga pakar tempatan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

13

67. PN-1233-L10983 Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan beras yang dikatakan akan berkurangan produktivitinya pada dekad akan datang.

68. PN-1233-L11226

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah masyarakat India yang berdaftar di bawah program e-Kasih dan apakah statusnya ketika ini. Apakah benar proses verifikasi di bawah e-Kasih mengambil masa yang lama.

69. PN-1233-L10970

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap mereka yang mengeluarkan pernyataan yang berbaur perkauman dan menghina yang boleh membawa kepada pepecahan perpaduan kaum di Malaysia.

70. PN-1233-L11154

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kedudukan terkini nilai eksport negara dan apakah langkah-langkah untuk memperbaiki prestasi FDI negara yang merundum.

71. PN-1233-L10694

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan nisbah peratusan peruntukan untuk kajian dan pembangunan (R&D) teknologi di kalangan cendekiawan tempatan yang telah dibelanjakan untuk RMK 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 dan kesannya terhadap perkembangan dan pembangunan ekonomi negara yang jauh ketinggalan dan kurang berdaya saing berbanding dengan negara-negara yang pada satu ketika dahulu berdiri sama tinggi dengan kita.

72. PN-1233-L11034

Puan Doris Brodie minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan dana khas dan pangkalan data khusus untuk mangsa banjir bagi tujuan mengurus dan menyelaraskan bantuan bagi mangsa pasca banjir serta mengelakkan penyalahgunaan dana oleh golongan tidak bertanggungjawab.

73. PN-1233-L11222

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah insentif-insentif baru yang dikemukakan Kementerian dalam penggalakan industri perladangan dan komoditi bukan hanya tertumpu kepada komoditi utama negara.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

14

74. PN-1233-L11325 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan kursus-kursus khas mengenai 'Crisis Management' kepada pegawai-pegawai di peringkat negeri dan daerah bagi membuat penyelarasan dan persediaan untuk menghadapi bencana alam seperti banjir, tsunami dan lain-lain.

75. PN-1233-L11294 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah PTPTN yang akan mengalami defisit sebanyak RM45 bilion pada akhir RMK-11 pada tahun 2016 seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

76. PN-1233-L10886

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah rakyat dapat memastikan bahawa gelaran 'Datuk' benar-benar dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Sultan. Adakah sebarang laman web yang boleh diakses bagi memastikan kesahihan pangkat 'Datuk' tersebut. Ini kerana terdapat ramai yang menggunakan gelaran 'Datuk' palsu demi untuk kepentingan peribadi.

77. PN-1233-L10834

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam usaha menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penting di dunia, adakah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan peperiksaan Bahasa Malaysia peringkat global atau antarabangsa sebagaimana "Test on English as Foreign Language".

78. PN-1233-L11013

Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana dasar liberalisasi dan pengagihan saksama yang adil dalam Model Baru Ekonomi dapat direalisasikan agar keyakinan rakyat mencapai hasrat 1Malaysia termakbul.

79. PN-1233-L10737 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan dan undang-undang yang lebih keras telah diwujudkan untuk menghadapi belia-belia yang mengamalkan rempit hingga menyebabkan kematian anggota polis, serta wujud bohsia dan punk yang semakin serius sekarang.

80. PN-1233-L10843 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah yang diambil Kerajaan untuk menerapkan Gagasan 1Malaysia kepada masyarakat antarabangsa khususnya selari dengan agenda gerakan kesederhanaan sejagat.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

15

81. PN-1233-L11400 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian telah membuat kajian terperinci mengenai faktor-faktor utama yang lazimnya akan menarik pelaburan langsung asing untuk melabur dan nyatakan lima faktor tersebut mengikut keutamaan dan kedudukan terkini Malaysia berbanding negara-negara ASEAN lain di bawah faktor-faktor tersebut.

82. PN-1233-L11008

Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pencapaian-pencapaian yang diperoleh oleh Kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi setakat ini.

83. PN-1233-L10908

Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah benar tahap peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun bagi subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di setiap Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) adalah rendah berbanding aliran sekolah kebangsaan.

84. PN-1233-L11070

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah prestasi RM berbanding nilai mata wang bagi 'a basket of Malaysia major trading partners' untuk tempoh Januari 2010 hingga 30 November 2010 dan apakah usaha yang diambil untuk mengurangkan kesan negatif ke atas prestasi eksport di samping tidak menjejaskan pula faedah yang kini dinikmati oleh para pengimport; dan

(b) apakah tahap kekukuhan/kelemahan institusi perbankan dan

kewangan negara ini berpandukan indikator-indikator yang relevan dan apakah inisiatif baru yang akan diambil untuk memantapkannya lagi.

85. PN-1233-L11301

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyediakaan Pelan Induk Saliran (Drainage Masterplan) bagi kawasan-kawasan yang sering kali menghadapi masalah banjir di Malaysia.

86. PN-1233-L11033 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas laporan polis yang dibuat oleh Kelab Belia Siswazah 1Malaysia (1Malaysia Graduates Youth Club) terhadap Majlis Peguam Malaysia berhubung kempen My Constitution dan banyak laporan polis terhadap Namewee.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

16

87. PN-1233-L10726 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah kawasan lembap (wetland) yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri di seluruh negara dan sejauh manakah kawalan dan pemantauan terhadap hidupan dan habitat ini dipelihara bagi memastikan keseimbangan ekosistem dan alam sekitar di negara kita.

88. PN-1233-L11367

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah pemberhentian mengeluarkan "Visa On Arrival (VOA)" kepada warga asing yang diumumkan pada 15hb Ogos 2010 telah pun membawa impak negatif kepada industri pelancongan negara ; dan

(b) adakah polisi sedemikian telah pun menyusahkan pelabur-

pelabur asing di negara kita dan adakah Kementerian akan mengkaji semula pelaksanaan polisi tersebut.

89. PN-1233-L11356

Dato' Daljit Singh Dalliwal minta PERDANA MENTERI menyatakan dari semasa ke semasa, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menghadapi banyak isu yang menjejaskan kebolehannya untuk menjalankan reformasi sistem pengangkutan awam negara ini secara berkesan. Bilakah isu-isu tersebut dapat diselesaikan dan yang lebih penting, bilakah kita dapat lihat hasil usaha dalam mewujudkan suatu sistem pengangkutan awam yang lebih berkesan di Malaysia.

90. PN-1233- L10799

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah benar modul PLKN telah dikaji semula dan jika benar apakah bentuk modul baru PLKN yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

17

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga

Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. (D.R. 23/2010) Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Sumber Manusia ]

3. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 [ Kementerian Belia dan Sukan ]

4. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5. PN-1233-U10878 Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menyanyikan lagu Negaraku selepas doa dibacakan setiap kali sidang Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat berlangsung, sesuai dengan prinsip perkara kedua Rukun Negara, Kesetian Kepada Raja Dan Negara.” (Perdana Menteri)

6. PN-1233-U11281

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja dengan pesuruhjaya terdiri daripada pihak-pihak yang benar-benar bebas dan memahami undang-undang bagi menyiasat segala aspek keselamatan jalan raya yang banyak mengancam nyawa rakyat biasa disebabkan oleh salah pengurusan pihak berkuasa." (Menteri Pengangkutan)

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

18

7. PN-1233-U10976 Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak dan prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat di Dewan Negara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian atau Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang-undang begini telah pun diperkenalkan di Negara-negara Komanwel yang lain.”

(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

8. PN-1233-U10977

Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkan perkauman di sektor awam, di sektor swasta, di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dam matrikulasi, di dalam proses pengambilan ‘tender’ Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk mempromosi perhubungan perkauman yang baik dan sihat di antara semua kaum di Malaysia dengan menyingkirkan ketidak seimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidak seimbangan perkauman di dalam sektor-sektor ini.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

19

Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan, syarikat-syarikat swasta, Syarikat-syarikat ‘GLCs’ Kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program ‘race quality’ yang berdasarkan merit di dalam semua aspek pekerjaan terutamanya di dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implimentasi undang-undang perhubungan perkauman.”

(Perdana Menteri)

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

20

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2010

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.95 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.11 Laporan Ekonomi 2010 / 2011

13 Disember 2010

CMD.13 Penyata Daripada Kementerian Kewangan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011

13 Disember 2010

CMD.14 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011.

13 Disember 2010

CMD.15 Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian dan Jabatan - Jabatan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011. i) Jilid 1 ii) Jilid 2 iii) Jilid 3 iv) Jilid 4 v) Jilid 5

13 Disember 2010

CMD.16 Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2011.

13 Disember 2010

CMD.17 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Johor Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.18 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Kedah Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.19 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Kelantan Tahun 2009.

13 Disember 2010

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

21

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.20 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Melaka Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.21 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Sembilan Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.22 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Pahang Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.23 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Perak Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.24 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Perlis Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.25 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.26 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Sabah Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.27 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Sarawak Tahun 2009.

13 Disember 2010

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

22

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.28 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Selangor Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.29 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Terengganu Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.30 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.31 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.32 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.33 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.34 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.35 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009.

13 Disember 2010

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

23

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.36 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.37 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.38 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.39 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.40 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.41 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.42 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2009.

13 Disember 2010

CMD.43 Laporan Ketua Audit Negara 2009 -Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian / Jabatan Kerajaan Persekutuan

13 Disember 2010

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … fileuntuk membendung kemerosotan beberapa bidang sukan utama. AUM DN 13/12/2010 2 4. PN-1233-L11175 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah

AUM DN 13/12/2010

24

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.44 Laporan Ketua Audit Negara 2009

-Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

13 Disember 2010

CMD.45 Laporan Ketua Audit Negara 2009 -Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan.

13 Disember 2010

CMD.47 Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan dan Aktiviti Kementerian / Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2009

13 Disember 2010

CMD.48 Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Badan Berkanun Serta Syarikat Subsidiari Persekutuan Bagi Tahun 2009.

13 Disember 2010