Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Program ...
Transcript of Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Program ...
MAKLUM BALAS BAGI KERTAS RUNDINGAN MENGENAI
RANGKA KERJA SISTEM LEVI BERBEZA UNTUK SISTEM PERLINDUNGAN MANFAAT
TAKAFUL DAN INSURANS
TARIKH DIKELUARKAN : 30 JULAI 2012
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
i
ISI KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF.......................................................................................................... 1
A. KOMEN-KOMEN BERKAITAN KESELURUHAN RANGKA KERJA DLS .................................. 3
B. KOMEN UNTUK UKURAN MODAL ................................................................................. 6
C. KOMEN TERHADAP KRITERIA KUANTITATIF UNTUK PERNIAGAAN INSURANS AM .......... 9
D. KOMEN TERHADAP KRITERIA KUANTITATIF UNTUK PERNIAGAAN INSURANS HAYAT ... 14
E. KOMEN BAGI ASPEK-ASPEK LAIN RANGKA KERJA DLS ................................................. 22
MELANGKAH KE HADAPAN .................................................................................................. 25
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 1
RINGKASAN EKSEKUTIF
LATAR BELAKANG
PIDM telah mengeluarkan kertas rundingan mengenai Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza
("DLS") untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk rundingan awam
pada 27 April 2012. Komen-komen telah diterima daripada institusi anggota, Bank Negara
Malaysia ("BNM"), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Rating Agency Malaysia dan persatuan-
persatuan industri sepanjang tempoh rundingan yang berakhir pada 8 Jun 2012. Sebagai
sebahagian daripada proses rundingan tersebut, PIDM juga akan menerbitkan maklum balas
kepada orang awam bagi komen-komen yang diterima.
GAMBARAN KESELURUHAN KE ATAS KOMEN-KOMEN YANG DITERIMA
Responden menyokong dan melihat secara positif cadangan pelaksanaan Rangka Kerja DLS
dalam membezakan profil risiko bagi tujuan penilaian levi. PIDM menerima pandangan dan
cadangan untuk memperkukuhkan lagi Rangka Kerja DLS dan telah mengambilkira
pandangan-pandangan ini dalam proses memuktamadkan Rangka Kerja DLS.
PERUBAHAN DIBUAT KEPADA RANGKA KERJA DLS HASIL DARIPADA MAKLUM BALAS
YANG DITERIMA
Selepas menilai pandangan dan cadangan yang diterima, PIDM telah melakukan perubahan-
perubahan berikut terhadap Rangka Kerja DLS yang dicadangkan:
(a) untuk menggunakan purata wajaran 3-tahun dalam pengiraan Kadar Pertumbuhan
Premium Kasar dan Kadar Pertumbuhan Perniagaan Baharu dan seterusnya
menyesuaikan julat-julat keputusan yang berkaitan;
(b) untuk menyemak semula formula yang digunakan untuk pengiraan Nisbah Gabungan
yang mana PIDM akan menerima pakai nisbah yang digunakan secara meluas oleh
anggota penginsurans. Berdasarkan nisbah baharu, impak insurans semula akan
diambil kira serta penggunaan pendapatan "premium diterima" dan bukannya
"premium kasar" sebagai penyebut;
(c) untuk menggunakan asas komposisi bagi premium bersih dalam menentukan
kesesuaian kriteria kuantitatif dalam pengiraan ukuran operasi dan kemampanan
bagi anggota penginsurans bagi Insurans komposit;
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 2
(d) untuk mengecualikan insurans belum terima yang kurang daripada 60 hari dalam
Nisbah Belum Terima, yang mana pengecualian ini adalah selaras dengan amalan
industri yang menyediakan tempoh jaminan premium bagi perniagaan insurans
bukan motor;
(e) untuk menyemak semula julat keputusan untuk Nisbah Pengekalan Perniagaan; dan
(f) untuk menyemak semula kaedah pemarkahan bagi Hasil Pelaburan dengan
mengambil kira Sekuriti Kerajaan Malaysia ("MGS") pada kadar semasa 5 tahun
sebagai kadar penanda aras untuk penetapan julat keputusan.
PIDM telah mengambil maklum terhadap cadangan untuk menggabungkan penunjuk aras
yang lain ke dalam Rangka Kerja DLS. Oleh kerana data yang terhad, penunjuk-penunjuk
aras itu hanya boleh dipertimbangkan untuk semakan masa depan Rangka Kerja DLS.
Berikut adalah ringkasan komen-komen yang diterima terhadap kertas rundingan, bersama-
sama dengan maklum balas kami, dan dibahagikan kepada lima (5) bahagian, iaitu:
A. Komen berkaitan keseluruhan Rangka Kerja DLS;
B. Komen berkaitan Pengukur Modal iaitu Indeks Modal Percuma;
C. Komen berkaitan Kriteria Kuantitatif bagi Perniagaan Insurans Am;
D. Komen berkaitan Kriteria Kuantitatif bagi Perniagaan Insurans Hayat; dan
E. Komen berkaitan aspek-aspek lain Rangka Kerja DLS.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 3
A. Komen-Komen Berkaitan Keseluruhan Rangka Kerja DLS
1. Penangguhan Rangka Kerja DLS bagi Pengendali Takaful
(a) Secara umumnya, responden bersetuju dengan cadangan penangguhan
Rangka Kerja DLS bagi Pengendali Takaful. Walaubagaimanapun, beberapa
responden lebih cenderung kepada pelaksanaan Rangka Kerja DLS bagi
pengendali takaful yang lebih cepat untuk memastikan wujudnya
kesaksamaan antara pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional,
dan juga untuk memastikan kesaksamaan caj levi.
(b) PIDM tidak menerima apa-apa cadangan alternatif untuk Ukuran Modal.
Beberapa responden mencadangkan bahawa rangka kerja modal berasaskan
risiko bagi pengendali takaful yang dicadangkan oleh BNM adalah asas yang
paling sesuai untuk menentukan kekuatan modal bagi sesebuah pengendali
takaful.
Maklum Balas PIDM
PIDM akan memperkenalkan Rangka Kerja DLS sementara bagi Pengendali
Takaful sebelum pengoperasian penuh rangka kerja modal berasaskan risiko
bagi pengendali takaful yang akan dikeluarkan oleh BNM. Sehubungan ini,
PIDM akan menjalankan rundingan yang berterusan dengan pengendali-
pengendali takaful sepanjang proses pembangunan rangka kerja tersebut.
PIDM mensasarkan untuk melaksanakan rangka kerja sementara tersebut
pada tahun taksiran 2014.
2. Metodologi Rangka Kerja DLS
Responden keseluruhannya bersetuju dengan cadangan kombinasi kriteria
kuantitatif dan kualitatif. Responden juga berpuas hati dengan pendekatan matriks
yang dicadangkan sebagai sebahagian daripada pendekatan untuk penilaian dalam
rangka kerja ini. Komen berkaitan keseluruhan Rangka Kerja DLS adalah seperti
berikut:
(a) Beberapa responden memberi komen tentang wajaran yang dicadangkan
untuk kriteria kuantitatif dan kualitatif, iaitu pemberat 60% dan 40%. Mereka
mencadangkan agar wajaran yang lebih rendah diberikan kepada kriteria
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 4
kualitatif, khususnya penarafan penyeliaan, memandangkan kriteria tersebut
adalah berbentuk subjektif berbanding dengan pendekatan objektif dalam
kriteria kuantitatif.
Maklum Balas PIDM
PIDM berpendapat bahawa wajaran yang dicadangkan untuk kedua-dua
kriteria kuantitatif dan kualitatif adalah sesuai bagi memastikan bahawa
Rangka Kerja DLS adalah objektif, telus dan berpandangan ke hadapan.
Bagi penarafan penyeliaan, wajaran yang lebih besar diberikan bagi
mencerminkan kepentingan penilaian berterusan oleh BNM melalui
hubungan langsung penyeliaan dengan anggota-anggota penginsurans
beserta dengan elemen-elemen yang berpandangan ke hadapan dalam
penarafan penyeliaan yang diusulkan di dalam Rangka Kerja DLS.
(b) Beberapa responden mencadangkan agar wajaran individu yang diberikan
kepada setiap penunjuk aras di dalam kriteria kuantitatif, diperbaharui
semula dengan mengambil kira kepentingan setiap penunjuk aras dalam
mengukur prestasi setiap anggota penginsurans.
Maklum Balas PIDM
Wajaran yang diberikan untuk setiap penunjuk aras adalah berdasarkan
kepentingan penunjuk aras dalam menentukan prestasi operasi anggota-
anggota penginsurans dan kemampanan perniagaannya. Walaupun terdapat
wajaran yang berbeza, PIDM berpendapat bahawa semua penunjuk aras
adalah penting untuk mengukur prestasi operasi dan kemampanan
perniagaan anggota penginsurans. Oleh itu, PIDM akan mengekalkan wajaran
bagi setiap penunjuk aras seperti yang dicadangkan dalam kertas rundingan.
(c) Beberapa responden memberi komen bahawa mungkin terdapat pengiraan
berganda di bahagian tertentu dalam kriteria kuantitatif yang telah diambil
kira oleh BNM untuk mendapatkan penarafan penyeliaan bagi kriteria
kualitatif.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 5
Maklum Balas PIDM
Cadangan kriteria kuantitatif meliputi tumpuan fokus yang spesifik dan telus
kerana ia membolehkan anggota penginsurans mengenal pasti bahagian yang
mungkin perlu diperbaharui. Sebaliknya, penilaian penyeliaan bagi kriteria
kualitatif mengambil kira pelbagai faktor yang merangkumi elemen-elemen
berpandangan ke hadapan yang tidak digambarkan oleh penilaian kriteria
kuantitatif.
(d) Berkenaan dengan penarafan penyeliaan bagi kriteria kualitatif, terdapat
cadangan bahawa arah penarafan risiko komposit anggota penginsurans oleh
BNM dijadikan sebahagian daripada pemarkahan DLS.
Maklum Balas PIDM
PIDM mengambil kira cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, PIDM
berpendapat bahawa penarafan penyeliaan sahaja adalah mencukupi untuk
membezakan anggota-anggota penginsurans. Penarafan penyeliaan secara
langsung merangkumi maklumat tentang anggota-anggota penginsurans
seperti yang dinilai oleh BNM yang menyelia dan memantau profil risiko,
pengurusan operasi dan fungsi kawalan pengurusan risiko anggota
penginsurans.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 6
B. Komen Untuk Ukuran Modal
1. Indeks Lebihan Modal
(a) Beberapa responden memberi komen bahawa ukuran kekuatan modal akan
mengakibatkan penggunaan modal yang tidak cekap kerana anggota
penginsurans memerlukan lebihan modal tambahan untuk mencapai markah
yang lebih baik, dan ini adalah berdasarkan modal yang diperlukan oleh
anggota-anggota penginsurans untuk memenuhi keperluan paras modal
sasaran dalaman (“ITCL”). Responden juga berpendapat bahawa julat
keputusan yang dicadangkan terlalu tinggi dengan mengambil kira keperluan
modal pengawalseliaan semasa. Satu (1) responden berpendapat bahawa
anggota-anggota penginsurans dengan tahap ITCL yang tinggi akan berada
dalam keadaan yang merugikan kerana mereka memerlukan lebih banyak
modal untuk mencapai markah yang terbaik.
Maklum Balas PIDM
Dalam menentukan julat keputusan Indeks Lebihan Modal ("FCI"), PIDM telah
mengambilkira data yang sedia ada sejak pengenalan Rangka Kerja Modal
Berasaskan Risiko (“RBC”) pada tahun 2009, dan berpendapat bahawa
markah semasa yang dicadangkan adalah sesuai. Di samping itu, PIDM
berpendapat bahawa lebihan yang mencukupi adalah kritikal untuk
memastikan institusi anggotanya masih mampu beroperasi kerana ia
merupakan garis pertahanan terakhir terhadap sebarang kerugian yang
dijangka dan tidak dijangka.
ITCL dianggap sebagai asas yang sesuai kerana ia mencerminkan tahap modal
yang setara dengan profil risiko anggota penginsurans. PIDM memanfaatkan
penilaian BNM dalam menentukan ITCL yang sesuai untuk anggota-anggota
penginsurans.
(b) Satu (1) responden menekankan bahawa pelan pengurusan modal yang
mantap adalah lebih kritikal untuk memastikan keupayaan anggota
penginsurans dalam mengekalkan nisbah kecukupan modal ("CAR") pada
tahap yang sesuai.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 7
Maklum balas PIDM
Mengenai pelan pengurusan modal, PIDM memahami bahawa ia adalah
antara faktor yang dipertimbangkan oleh BNM dalam menentukan ITCL.
Kemantapan pelan itu juga dinilai dan dicerminkan dalam penilaian
penyeliaan BNM, dan ini adalah sebahagian daripada kriteria kualitatif
Rangka Kerja DLS.
(c) Responden yang lain mencadangkan bahawa CAR sesebuah anggota
penginsurans perlu berdasarkan kepada semua dana CAR bukan mengikut
keperluan RBC dengan menggunakan CAR untuk semua dana yang lebih
rendah dan dana CAR yang tidak termasuk Penyertaan ("PAR") untuk
memastikan bahawa kekuatan dana PAR akan dipertimbangkan pada setiap
masa dalam menentukan FCI.
Maklum Balas PIDM
PIDM mencadangkan penggunaan CAR seperti yang dilaporkan di bawah
Rangka Kerja RBC supaya ia selaras dengan keperluan BNM. Di samping itu,
kajian PIDM menunjukkan bahawa terdapat hanya perbezaan kecil antara
keputusan yang menggunakan CAR untuk semua dana dan CAR untuk semua
dana yang tidak termasuk dana PAR.
(d) Majoriti responden bersetuju dengan cadangan untuk menggunakan purata
empat (4) suku tahunan untuk mendapatkan markah.
(e) Satu (1) responden mencadangkan perubahan ke atas formula FCI, iaitu
lebihan operasi CAR atas modal sasaran pengawalseliaan sebanyak 130%,
dibahagikan dengan lebihan ITCL atas modal sasaran pengawalseliaan pada
130%, berbanding dengan formula semasa yang mana operasi CAR
dibahagikan dengan ITCL.
Maklum Balas PIDM
Walaupun konsep dan objektif adalah sama, PIDM berpandangan bahawa
formula yang dicadangkan lebih mencerminkan kekuatan modal anggota
penginsurans. ITCL adalah tahap modal yang perlu dikekalkan oleh anggota
penginsurans pada setiap masa, dan adalah sepadan dengan profil risiko
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 8
anggota penginsurans dan kualiti pengurusan risiko mereka. Sebaliknya,
modal pengawalseliaan 130% adalah tahap modal minimum terhadap semua
anggota penginsurans dan ianya tidak menunjukkan sebarang perbezaan
dalam kalangan anggota-anggota penginsurans berdasarkan kepada profil
risiko mereka.
Berdasarkan perkara di atas, kekuatan modal anggota penginsurans adalah
ditentukan berdasarkan lebihan atas paras modal yang akan mencerminkan
profil risiko anggota penginsurans, iaitu ITCL.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 9
C. Komen Terhadap Kriteria Kuantitatif untuk Perniagaan Insurans Am
Majoriti responden menerima penunjuk aras yang dicadangkan manakala beberapa
responden memberi cadangan bagi penambahbaikan ke atas julat keputusan serta
pengiraan penunjuk aras yang dicadangkan. Komen terperinci mengenai penunjuk
aras individu bersama-sama dengan maklum balas PIDM adalah seperti berikut:
1. Kadar Pertumbuhan Premium Kasar
(a) Majoriti responden bersetuju dengan cadangan pendekatan purata wajaran
3-tahun untuk mengira kadar pertumbuhan.
(b) Walau bagaimanapun, beberapa responden memberi komen bahawa julat
keputusan yang dicadangkan adalah terlalu tinggi. Mereka beranggapan
bahawa dengan menetapkan kategori 1 pada kadar melebihi 13% mungkin
terlalu tinggi bagi kebanyakan anggota-anggota penginsurans, dan
berpendapat bahawa penetapan kadar yang tinggi akan menggalakkan
anggota-anggota penginsurans menjadi agresif dalam pengambilan risiko.
Beberapa responden mencadangkan bahawa pertumbuhan ekonomi
digunakan sebagai rujukan di dalam menetapkan kadar pertumbuhan yang
sesuai.
Maklum Balas PIDM
Berdasarkan maklum balas, PIDM akan menggunakan purata wajaran 3-tahun
bagi pengiraan kadar pertumbuhan premium kasar untuk memberi
penekanan kepada kemampanan pertumbuhan sepanjang tempoh. Dalam
menetapkan julat keputusan, PIDM telah mempertimbangkan faktor-faktor
seperti keadilan untuk semua anggota, prestasi purata industri dan
kedudukan di antara anggota-anggota.
Namun begitu, julat keputusan akan sentiasa dikaji semula untuk memastikan
ia kekal bersesuaian dan munasabah dengan mengambil kira perubahan
landskap industri.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 10
(c) Satu (1) responden mencadangkan bahawa julat keputusan seharusnya
ditentukan berdasarkan kepada saiz anggota penginsurans, yang mana secara
realistik, ia akan menjadi lebih mudah untuk anggota-anggota penginsurans
yang bersaiz kecil merekodkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi
berbanding dengan anggota-anggota penginsurans yang lebih besar.
Maklum Balas PIDM
Prinsip panduan Rangka Kerja DLS menyatakan bahawa semua anggota
penginsurans akan diberi layanan yang sama tanpa mengira saiz dan
kerumitan masing-masing. Analisis kami menunjukkan bahawa kadar
pertumbuhan premium kasar sebenarnya mengikut kadar terhadap saiz
anggota penginsurans. Oleh itu, anggota-anggota penginsurans secara amnya
tidak akan didiskriminasikan kerana saiz mereka.
(d) Satu (1) responden bertanyakan tentang pengecualian data berkenaan
premium kasar ‘Malaysian Motor Insurance Pool’ (“MMIP”) daripada
pengiraan. Ianya dihujahkan bahawa penerimaan perniagaan MMIP adalah
wajib dan sehubungan itu ianya di luar kawalan institusi anggota.
Maklum Balas PIDM
Mengenai permintaan pengecualian data MMIP dalam pengiraan, PIDM
berpendapat bahawa semua anggota penginsurans bagi insurans am adalah
terdedah kepada MMIP dan ianya telah menjadi suatu amalan oleh
keseluruhan industri insurans am umumnya. Oleh yang demikian, tiada
penyelarasan diperlukan untuk permintaan mengecualikan data MMIP dalam
pengiraan. Bagi mempertimbangkan permintaan di atas, data tambahan
diperlukan untuk membuat pelarasan untuk pengiraan. Selain daripada data
berkenaan premium, data tambahan yang selanjutnya tidak mudah didapati.
2. Nisbah Kepelbagaian Perniagaan
(a) Secara umumnya, responden bersetuju terhadap nisbah yang dicadangkan,
kecuali beberapa responden yang memberi pandangan bahawa data RBC
adalah bersifat subjektif. Satu (1) responden mencadangkan untuk membuat
perbandingan antara perniagaan insurans motor dan bukan motor. Ini
kerana, secara amnya, risiko dalam perniagaan insurans motor adalah
berbeza daripada risiko dalam perniagaan insurans bukan motor.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 11
(b) Dua (2) responden menekankan bahawa nisbah ini mendiskriminasikan
syarikat insurans "khusus" yang menumpu kepada bidang perniagaan yang
tertentu, walaupun pengkhususan itu bermakna syarikat insurans tersebut
mempunyai lebih tumpuan dalam pengurusan risiko yang dikendalikan.
Maklum Balas PIDM
Data merupakan salah satu pertimbangan utama apabila menentukan
penunjuk-penunjuk aras untuk digunakan dalam DLS. PIDM mengambil
maklum bahawa terdapat elemen-elemen subjektiviti dalam penilaian aktuari
dan PIDM akan terus mencari alternatif lain yang lebih baik dalam menilai
faktor kepelbagaian.
Selain itu, perumusan penunjuk aras ini bertujuan untuk menggalakkan
kepelbagaian keseluruhan dan bukannya untuk mendiskriminasikan sebarang
bidang perniagaan yang tertentu. Bagi anggota penginsurans yang khusus,
dengan berkeupayaan untuk menumpu kepada sumber-sumber dalam
menjalankan perniagaannya, manfaat pengkhususan itu akan dicerminkan
dalam penunjuk-penunjuk aras yang lain, seperti dalam penunjuk aras
keuntungan. Oleh itu, anggota penginsurans khusus masih mampu untuk
mencapai skor yang baik selain daripada nisbah kepelbagaian perniagaan.
3. Nisbah Belum Terima
(a) Majoriti responden mencadangkan bahawa nisbah belum terima perlu
diselaraskan untuk tempoh waranti premium, iaitu amalan pasaran
membenarkan tempoh kredit 60 hari untuk pembayaran premium. Beberapa
responden lain menekankan bahawa amalan yang berbeza dalam
menentukan kejejasan boleh mempengaruhi hasil nisbah dan seterusnya
mencadangkan penggunaan nilai belum terima kasar dan bukannya nilai
belum terima bersih.
Maklum Balas PIDM
Berdasarkan kepada komen responden, PIDM bersetuju dengan komen-
komen mengenai amalan pasaran yang membenarkan tempoh waranti
premium sehingga 60 hari. Ukuran ini akan dikaji semula untuk merangkumi
hanya baki insurans tertunggak lebih daripada 60 hari. Di samping itu, PIDM
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 12
juga menerima pandangan bahawa nilai belum terima hendaklah atas nilai
kasar kejejasan. Dengan perubahan ini, julat keputusan bagi nisbah belum
terima akan dikemas kini dengan sewajarnya.
4. Nisbah Gabungan
(a) Majoriti responden mencadangkan bahawa ukuran ini perlu mengambil kira
kesan yang timbul daripada usaha anggota penginsurans dalam menguruskan
pendedahan risiko melalui insurans semula. Memandangkan bahawa ini
adalah langkah untuk ukuran keuntungan, responden juga mencadangkan
supaya pendapatan premium yang diperoleh akan digunakan sebagai
penyebut dan komisen adalah berdasarkan kepada komisen bersih (selepas
mengambil kira komisen daripada penginsurans semula), bukannya komisen
kasar seperti yang dicadangkan.
Maklum Balas PIDM
PIDM bersetuju dengan cadangan responden, dan nisbah gabungan akan di
ubah sewajarnya untuk mencerminkan keseluruhan keuntungan daripada
aktiviti pengunderaitan institusi anggota. Nisbah gabungan yang dipinda
adalah seperti berikut:
Tuntutan Bersih ena iba ar Perbelanjaan Pengurusan omisen Bersih
Pendapatan Premium Terperoleh
Dengan perubahan ini, julat keputusan akan dikemas kini dengan sewajarnya.
5. Nisbah Margin Operasi
(a) Beberapa responden bertanya mengenai asas pengiraan dalam menentukan
keuntungan operasi dan perubahan kepada rizab "sedia untuk dijual" ("AFS").
Responden yang lain juga bertanya tentang kemungkinan pengecualian kesan
daripada MMIP hasil daripada nisbah margin operasi.
Maklum Balas PIDM
Untuk anggota-anggota penginsurans dengan tahun kewangan berakhir 31
Disember, keuntungan operasi adalah amaun yang dipindahkan daripada
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 13
akaun hasil kepada penyata pendapatan manakala bagi mereka yang
mempunyai tahun kewangan berakhir selain daripada 31 Disember,
keuntungan operasi adalah baki akaun hasil, seperti yang dinyatakan dalam
‘Insurance Companies Statistical Submission’ (“ICSS”) BNM.
Perubahan dalam rizab AFS adalah perbezaan antara rizab AFS pada 31
Disember tahun taksiran sebelumnya dan rizab AFS pada 31 Disember tahun
kedua sebelum tahun taksiran.
PIDM akan mengeluarkan nota panduan untuk menerangkan butir-butir
pengiraan dalam garis panduan.
Untuk pengecualian MMIP yang dicadangkan, sila rujuk kepada maklum balas
kami bagi persoalan yang sama dalam perkara C.1.d kertas rundingan ini.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 14
D. Komen Terhadap Kriteria Kuantitatif untuk Perniagaan Insurans Hayat
Majoriti responden bersetuju dengan penunjuk-penunjuk aras yang dicadangkan.
Komen-komen utama yang diterima adalah berkaitan dengan julat keputusan dan
kaedah pengiraan. Beberapa komen menekankan kesan penunjuk aras tertentu
terhadap anggota-anggota penginsurans yang berbeza saiz manakala yang lain
menekankan beberapa pembatasan penunjuk aras yang dipilih. Butiran komen
adalah seperti berikut:
1. Kadar Pertumbuhan Perniagaan Baru
(a) Satu (1) responden mencadangkan untuk tidak menambah 10% daripada
jumlah premium tunggal secara langsung kepada jumlah premium
keseluruhan, premium berkala perlu dipisahkan daripada premium tunggal
berpandukan kepada strategi trend dalam premium perniagaan baru.
(b) Selain itu, responden menyatakan bahawa dengan melaraskan premium
tunggal pada kadar 10%, anggota penginsurans masih boleh menjana kadar
pertumbuhan yang tinggi dengan menjual produk pembayaran terhad (2 kali
pembayaran atau 3 kali pembayaran) yang mungkin tidak mampan. Ini
bermakna sesebuah anggota penginsurans boleh menjual produk yang
menjana nilai negatif untuk meningkatkan kadar pertumbuhan perniagaan
baharu.
Maklum Balas PIDM
Dalam pengiraan kadar pertumbuhan perniagaan baharu, pendekatan
menggunakan premium tahunan yang setara ("APE") digunakan kerana ia
adalah pendekatan yang lazim digunakan. PIDM berpandangan bahawa
langkah ini akan menyelaraskan jumlah perniagaan baharu yang diperoleh
oleh anggota-anggota penginsurans dalam suatu tempoh masa dan akan
memberikan penunjuk kemampanan perniagaan mereka. Sebagai makluman,
data perniagaan premium baru adalah berdasarkan premium perniagaan
baharu seperti yang dilaporkan kepada BNM.
(c) Beberapa responden memberi komen bahawa julat keputusan seharusnya
selaras dengan saiz anggota penginsurans. Dengan menggunakan satu set
julat keputusan untuk keseluruhan industri akan mendedahkan anggota-
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 15
anggota penginsurans yang lebih mantap kepada kelemahan kompetitif.
Majoriti responden menyatakan bahawa kadar sasaran terlalu tinggi dan ini
boleh mengakibatkan pengambilan risiko tidak berhemat untuk
menggalakkan pertumbuhan perniagaan baharu.
(d) Beberapa responden bersetuju untuk menggunakan purata wajaran 3-tahun
seperti yang dicadangkan, dengan keperluan kadar pertumbuhan
dikurangkan secara beransur-ansur untuk menjadi lebih sejajar dengan
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Satu responden
mencadangkan untuk mengkaji julat keputusan kadar pertumbuhan
perniagaan baharu setiap tahun.
Maklum Balas PIDM
Berdasarkan prinsip-prinsip panduan, penunjuk-penunjuk aras dan skor
ditetapkan dengan memastikan layanan yang saksama terhadap anggota
penginsurans tanpa mengira saiz dan kerumitan masing-masing. Nilai ambang
dan julat keputusan telah ditetapkan berdasarkan analisis yang luas
menggunakan data yang sedia ada sepanjang tempoh masa. Seperti yang
dinyatakan dalam kertas rundingan, dalam menetapkan nilai ambang, PIDM
telah mengambil kira penjajaran dengan dasar pengawalan dan penyeliaan
semasa, keadilan untuk semua anggota penginsurans, prestasi purata industri
dan kedudukan anggota penginsurans di dalam kalangan anggota-anggota
penginsurans.
Dalam mengkaji semula kadar pertumbuhan perniagaan baharu, kami telah
menggabungkan penggunaan purata wajaran 3-tahun untuk lebih
mencerminkan trend pertumbuhan sepanjang masa dan julat keputusan akan
disemak semula dengan sewajarnya.
Berkenaan cadangan mengubah julat keputusan pada setiap tahun, PIDM
akan terus menjalankan kajian ke atas penunjuk aras yang digunakan dalam
Rangka Kerja DLS serta rangka kerja keseluruhan untuk memastikan
kemunasabahan penunjuk aras dan juga memastikan keselarasan dengan
perkembangan pasaran semasa.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 16
2. Nisbah Penumpuan Perniagaan
(a) Sesetengah responden mencadangkan penggunaan penunjuk aras alternatif
yang menghubungkan penumpuan perniagaan dengan risiko-risiko berlainan
bagi produk, berbanding dengan jenis pembayaran. Responden yang lain
mencadangkan penggunaan ukuran yang menunjukkan kepelbagaian risiko
yang ditaja jamin dalam perniagaan baharu seperti risiko kadar kematian dan
morbiditi, jaminan pelaburan, pelupusan risiko dan sebagainya. Sebaliknya,
responden-responden lain bersetuju dengan penggunaan nisbah ini sebagai
ukuran operasi dan kemampanan Rangka Kerja DLS.
Maklum Balas PIDM
Ukuran ini bertujuan untuk menggalakkan portfolio seimbang bagi
memastikan komposisi bersesuaian antara produk premium tunggal dan
produk premium berkala untuk aliran pendapatan berterusan. Produk
premium tunggal berbeza daripada segi pendedahan kepada keperluan
modal dan faktor-faktor risiko yang lain. Walaupun tidak semua produk
premium tunggal semestinya menimbulkan risiko yang lebih tinggi
berbanding dengan produk premium berkala, satu portfolio yang seimbang
akan memastikan kemampanan perniagaan anggota penginsurans. Produk
premium berkala akan memberi aliran pendapatan berterusan untuk
menampung liabiliti dan perbelanjaan masa hadapan berbanding produk
premium tunggal. Walaubagaimanapun, PIDM mengambil maklum terhadap
cadangan-cadangan yang diberi dan akan terus mencari ukuran-ukuran
alternatif pada masa hadapan.
3. Nisbah Pengekalan Perniagaan
(a) Secara amnya, responden bersetuju dengan rasional penggunaan nisbah ini.
Sesetengah responden mencadangkan penggunaan nisbah pelupusan dan
bukan nisbah pengekalan perniagaan. Satu (1) responden memberi cadangan
untuk mengira nisbah berdasarkan premium pembaharuan bagi polisi yang
diserahkan atau luput pada tahun semasa dibahagi dengan premium
pembaharuan ditambah premium perniagaan baharu bagi tahun
sebelumnya.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 17
Maklum Balas PIDM
PIDM berpendapat penjanaan aliran premium berterusan, terutamanya
premium pembaharuan, akan menyediakan aliran pendapatan yang
mencukupi bagi memastikan perniagaan anggota penginsurans yang
mampan. Ini adalah berdasarkan kepada konsep yang sama seperti nisbah
penumpuan perniagaan berkenaan dengan pertumbuhan premium berkala.
Kami mengambil maklum dengan kemasukan ciri-ciri tertentu perniagaan
insurans hayat, sebagai contoh polisi matang, tamat dan telah berbayar, akan
mempengaruhi nisbah ini. Meskipun begitu, analisa kami menunjukkan
bahawa polisi-polisi yang matang atau tamat tidak menyebabkan
ketidaktentuan kepada nisbah. Justeru, PIDM berpendapat nisbah
pengekalan perniagaan adalah wajar bagi mengukur kemampanan
perniagaan anggota-anggota penginsurans.
Walaubagaimanapun, tertakluk kepada data yang sedia ada dan boleh
dipercayai, kami akan terus meneroka ukuran-ukuran alternatif bagi
memastikan objektif kami ditangani bagi menilai kekukuhan operasi dan
kemampanan perniagaan anggota penginsurans.
Satu lagi kebimbangan diutarakan oleh dua (2) responden bagi penggunaan
dana operasi berkaitan pelaburan dalam pengiraan nisbah ini. Responden
mencadangkan agar jumlah keseluruhan dana berkaitan pelaburan
digunakan, yang mana merangkumi jumlah keseluruhan premium dibayar dan
tidak hanya merangkumi caj-caj mortaliti dan pentadbiran.
Maklum Balas PIDM
Nisbah ini mengukur pendapatan berterusan bagi menampung kos masa
hadapan. Bagi perniagan berkaitan pelaburan, dana operasi di ambil kira
dalam nisbah ini kerana ia diperuntukkan untuk menampung perbelanjaan
masa hadapan termasuk caj-caj mortaliti dan pentadbiran. Tambahan lagi,
analisa kami menunjukkan bahawa kemasukan jumlah premium berkaitan
pelaburan menyebabkan trend yang tidak teratur dan menyebabkan
ketidaktentuan pada penunjuk aras terutamanya dalam menetapkan julat
keputusan.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 18
(b) Dua (2) responden menyatakan bahawa julat keputusan adalah tinggi dan
tidak menggambarkan keadaan sebenar industri. Satu (1) responden
memberi komen bahawa jarak julat keputusan pada 90% dan 95% adalah
terlalu dekat dan kedua-duanya tinggi. Responden meminta agar skor pada
paras rendah dikurangkan sebanyak 20%.
Maklum Balas PIDM
PIDM telah menganalisa semula julat keputusan berdasarkan komen-komen
di atas dan telah membuat perubahan sewajarnya. Dalam menentukan julat
keputusan, kami telah menjalankan analisa yang menyeluruh. Julat
keputusan dikira berdasarkan prestasi industri sepanjang tempoh masa dan
berdasarkan daripada prestasi industri sebenar. Namun yang demikian, kami
akan terus mengkaji dan mengemaskini julat keputusan untuk memastikan
ianya kekal relevan dan sesuai.
4. Hasil Pelaburan
(a) Sebilangan responden menyatakan pilihan untuk purata 3-tahun atau purata
wajaran bagi penunjuk aras ini, terutamanya untuk mengurangkan aliran
turun naik disebabkan ketidaktentuan pasaran. Satu cadangan telah diajukan
oleh satu (1) responden, iaitu membandingkan hasil pelaburan dengan kadar
diskaun purata yang digunakan oleh syarikat insurans untuk menilai liabiliti
mereka.
Maklum Balas PIDM
PIDM mengambil maklum dengan cadangan penggunaan purata 3-tahun bagi
mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran. Walaubagaimanapun, analisa
kami menyatakan bahawa prestasi hasil pelaburan sesebuah syarikat insurans
dan prestasi industri secara amnya menunjukkan trend yang stabil dalam
tempoh masa yang panjang. Oleh itu, kami akan menggunakan prestasi
anggota penginsurans bagi satu (1) tahun sebagai penunjuk aras hasil
pelaburan.
Namun begitu, bagi memastikan julat keputusan mencerminkan keadaan
pasaran tanpa mengira ketidaktentuan, kami akan menukar asas bagi
menentukan julat keputusan iaitu berdasarkan penanda aras terpilih bebas
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 19
risiko. Untuk tujuan ini, kadar semasa Sekuriti erajaan Mala sia (“MGS”) 5-
tahun dipilih sebagai penanda aras terpilih bebas risiko.
Kadar semasa MGS 5-tahun digunapakai setelah mengambilkira aset
pelaburan anggota penginsurans bagi insurans hayat yang sebahagian
besarnya diperuntukkan dalam bon dengan pertimbangan untuk jangka masa
sederhana. Dengan perubahan ini, julat keputusan akan diubah dengan
sewajarnya.
(b) Kebanyakan responden menyatakan bahawa julat keputusan mungkin tidak
menggambarkan perspektif risiko kerana risiko yang tinggi dikaitkan dengan
pulangan pelaburan yang tinggi. Tambahan lagi, sebahagian responden
menyatakan syarikat insurans dengan ciri-ciri liabiliti berbeza, sebagai contoh
antara perniagaan dengan penyertaan dan tanpa penyertaan, akan
mempunyai portfolio pelaburan dan objektif hasil yang berbeza, dan julat
keputusan mungkin tidak akan menggambarkan perbezaan ini.
Maklum Balas PIDM
Kajian telah dijalankan bagi perniagaan insurans hayat berbeza yang
ditawarkan oleh anggota-anggota penginsurans dan industri secara
keseluruhan. Walaupun terdapat perbezaan antara perniagaan dengan
penyertaan dan tanpa penyertaan, perbezaan trend bagi kedua-dua hasil
pelaburan adalah sedikit. Justeru, penunjuk aras hasil pelaburan dianggap
sebagai proksi untuk prestasi keuntungan dipilih sebagai penunjuk aras.
5. Nisbah Pulangan Atas Modal Yang Diperlukan
(a) Satu (1) responden bertanya tentang kesesuaian penunjuk jumlah modal
tersedia pada paras ITCL kerana ianya termasuk bonus 50% masa hadapan
yang mana ianya bukan sebahagian daripada modal yang sebenar.
Maklum Balas PIDM
Modal yang diperlukan merujuk kepada modal yang mana anggota
penginsurans perlu kekalkan pada setiap masa di bawah keperluan modal
pengawalseliaan. Oleh itu, jumlah modal tersedia pada paras ITCL akan
digunakan sebagai proksi untuk modal yang diperlukan. Justeru, bonus 50%
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 20
masa hadapan yang membentuk sebahagian daripada jumlah modal yang
sedia ada tidak mempunyai kaitan dengan ukuran ini.
(b) Responden yang lain juga meminta penjelasan sama ada pulangan atas
modal yang diperlukan adalah berdasarkan semua dana atau semua dana
tidak termasuk dana PAR.
Maklum Balas PIDM
Kajian kami menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kecil antara keputusan
CAR bagi semua dana dan semua dana tidak termasuk dana PAR. Oleh yang
demikian, selaras dengan penilaian BNM, jumlah modal yang diperlukan
untuk CAR yang dilaporkan (kepada BNM) akan digunakan.
(c) Pertanyaan selanjutnya ialah daripada responden yang memohon penjelasan
berkenaan sama ada "keuntungan sebelum cukai" adalah jumlah sebelum
atau selepas membayar kos insurans semula.
Maklum Balas PIDM
"Keuntungan sebelum cukai" adalah keuntungan atau kerugian yang
dilaporkan dalam penyata pendapatan anggota penginsurans sebelum ditolak
cukai.
(d) Beberapa responden mencadangkan bahawa lebihan bersih (“surplus
arising”) harus digunakan sebagai asas untuk mengukur pulangan untuk
perniagaan insurans hayat sama seperti "keuntungan sebelum cukai".
Maklum Balas PIDM
"Keuntungan sebelum cukai" menandakan satu petunjuk yang komprehensif
bagi keuntungan sesebuah syarikat. Berdasarkan perspektif perakaunan,
"keuntungan sebelum cukai" adalah hasil daripada langkah utama
keuntungan berkanun yang merangkumi semua andaian yang dibina dalam
semua aktiviti perniagaan utama (iaitu premium dan tuntutan liabiliti,
penilaian aktuari, pengurusan pelaburan dan lain-lain). Ianya harus
mencerminkan strategi syarikat yang sebenar. Secara ringkas, "keuntungan
sebelum cukai" adalah ukuran yang biasa digunakan bagi membolehkan
membuat perbandingan dan analisis industri. Justeru, PIDM telah mengambil
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 21
kira lebihan bersih untuk langkah ini. Walau bagaimanapun, kami telah
membuat keputusan terhadap langkah ini kerana ia adalah amat tidak
menentu disebabkan subjektiviti yang berkaitan dengan penentuan.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 22
E. Komen Bagi Aspek-Aspek Lain Rangka Kerja DLS
1. Pendekatan Bagi Anggota Penginsurans bagi Insurans Komposit
(a) Bilangan responden memihak kepada kedua-dua pendekatan, iaitu
pendekatan nilai ambang materialiti dan pendekatan perkadaran premium
bersih, adalah hampir sama. Beberapa responden menyatakan bahawa
kedua-dua pendekatan boleh diterima pakai.
Maklum Balas PIDM
PIDM telah mempertimbangkan pandangan-pandangan bagi menentukan
kesesuaian kriteria kuantitatif untuk insurans am atau Insurans hayat dan
mengambil keputusan bahawa langkah operasi dan kemampanan anggota
penginsurans bagi insurans komposit akan berdasarkan kepada komposisi
premium bersih.
2. Pendekatan Bagi Anggota Baharu dan Penggabungan
(a) Dua (2) responden memberi komen mengenai pendekatan terhadap anggota
penginsurans yang digabungkan selepas 31 Disember dan satu (1) responden
mencadangkan penggunaan maklumat kewangan bagi anggota-anggota
penginsurans yang digabungkan tersebut.
Maklum Balas PIDM
Menggunakan maklumat kewangan anggota-anggota penginsurans yang
digabungkan mungkin tidak bersesuaian dan kemungkinan tidak
menggambarkan prestasi yang paling terkini anggota penginsurans yang telah
bergabung. Cadangan di atas juga mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut
untuk mengesahkan maklumat kewangan.
(b) Responden yang lain mengesyorkan bahawa sekiranya tiada penarafan
penyeliaan, terutamanya untuk anggota-anggota penginsurans yang
digabungkan sebelum 31 Disember, penarafan penyeliaan anggota
penginsurans pemeroleh hendaklah digunakan.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 23
Maklum Balas PIDM
Bagi penarafan penyeliaan, PIDM bekerjasama rapat dengan BNM. Kerjasama
seperti ini memastikan penarafan penyeliaan yang diberikan kepada anggota-
anggota penginsurans yang digabungkan adalah terkini dan tepat. Walau
bagaimanapun, sekiranya tiada penarafan tersebut pada satu-satu masa,
penarafan anggota penginsurans pemeroleh akan digunakan.
(c) Satu (1) responden bertanya tentang pengiraan FCI, langkah-langkah
pendekatan untuk anggota-anggota penginsurans yang digabungkan, yang
mana data daripada empat (4) suku tahunan daripada entiti yang digabung
itu mungkin tidak dapat diperoleh pada tahun pertama penggabungan.
Maklum Balas PIDM
PIDM akan menggunakan purata CAR untuk suku tahunan yang ada bagi
anggota-anggota penginsurans yang digabungkan. Sebagai contoh, sekiranya
penggabungan itu selesai selepas 30 Jun tetapi sebelum 30 September, bagi
tujuan pengiraan FCI, purata CAR untuk dua (2) pihak, iaitu pihak pada 30
September dan 31 Disember akan digunakan.
3. Tempoh Peralihan dan Proses
(a) Majoriti responden bersetuju dengan cadangan satu (1) tahun tempoh
peralihan.
4. Tarikh Rujukan Laporan
(a) Majoriti responden bersetuju dengan tarikh rujukan pelaporan yang
dicadangkan.
5. Tarikh Penyerahan
(a) Majoriti responden bersetuju dengan cadangan tarikh penyerahan 30 April
untuk maklumat kuantitatif serta keperluan yang berkaitan dengan persijilan
bersama oleh etua Pegawai Eksekutif (“CEO”) dengan etua Pegawai
Kewangan ("CFO") atau Aktuari yang dilantik ("AA"), dan langkah-langkah
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 24
pendekatan bagi mereka yang gagal untuk mengemukakan maklumat
kuantitatif pada 30 April tahun taksiran.
6. Integriti maklumat
(a) Semua responden menyatakan bahawa kawalan yang sedia ada adalah
mencukupi untuk memastikan integriti data yang dikemukakan. Tambahan
pula, mereka berpendapat bahawa tandatangan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif bersama-sama dengan CFO atau AA adalah mencukupi untuk
mencerminkan kebertanggungjawaban pihak pengurusan dalam memastikan
integriti data.
(b) Kebanyakan responden menyatakan bahawa penglibatan juruaudit luar akan
menambah kos bebanan. Enam (6) responden menekankan bahawa
kebanyakan data adalah sebahagian daripada statistik yang dikemukakan
kepada BNM dan justeru, pengesahan oleh juruaudit luar adalah tidak
diperlukan.
Maklum Balas PIDM
PIDM berpendapat bahawa pengesahan oleh juruaudit luar masih diperlukan
untuk memastikan kesahihan data dengan tumpuan khusus kepada data yang
bukan daripada penyerahan data statistik kepada BNM atau daripada
maklumat tahun kewangan. PIDM akan berunding semula dengan pengamal
industri setelah cadangan untuk pengesahan juruaudit luar diselesaikan.
7. Ketakcukupan Maklumat Kuantitatif
(a) Satu (1) responden mencadangkan untuk menggunakan median kerana ia
lebih adil daripada cadangan semasa yang menggunakan nisbah lebih rendah.
Maklum Balas PIDM
Kami mengekalkan pendekatan semasa yang digunakan untuk kesederhanaan
dan memudahkan pengiraan bagi anggota.
No Rujukan TIPS/CP16-R/2012 Dikeluarkan pada 30 Julai 2012
TAJUK Maklum Balas Bagi Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja
Sistem Levi Berbeza Untuk Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insurans
Muka Surat 25
8. Pemfailan Semula
(a) Responden bersetuju dengan cadangan itu.
9. Proses Rayuan
(a) Responden bersetuju dengan cadangan itu.
MELANGKAH KE HADAPAN
F. Deraf bagi peraturan-peraturan akan diserahkan kepada Menteri Kewangan untuk
kelulusan dan diwartakan. Peraturan-peraturan ini akan disiarkan di laman web
PIDM sebaik sahaja ianya mula berkuatkuasa.
G. Kami juga akan mengeluarkan garis panduan mengenai Rangka Kerja DLS untuk
membantu anggota-anggota penginsurans melaksanakan pengiraan dan
pengemukaan maklumat kuantitatif yang diperlukan.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
30 Julai 2012