MAKAN BERADAB Majlis Makan Beradab

44

Transcript of MAKAN BERADAB Majlis Makan Beradab

  • KETUA AGAMA NEGERI PAHANGKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

    SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAHIBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKARRIAYATUDDIN AL-MUADZAM SHAH

    DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak)., DK.(Johor)., DK.(Kelantan)., DK.(Terengganu).,DK.(Perlis)., DK.(Kedah)., DKMB., DK.(Brunei)., DK.(Negeri Sembilan)., DK.(Selangor).,Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait).,

    Grand Order of The Mugunghwa (South Korea)., Hon. D. Litt (Malaya)., LLD. hc. (Northrop USA).,Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK.)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang)

    Daulat Tuanku

  • TUANKU YANG DIPERTUAMAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

    KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIATENGKU MAHKOTA PAHANG

    TENGKU ABDULLAH AL-HAJ IBNISULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAHDK., SSAP., SIMP., DK.(Terengganu)., DK.(Johor)., SPMJ., PAT.

  • Pelantikan

    Baginda Tuanku Sultan dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada umur 14 tahun. Ketika berusia 35 tahun, baginda berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab.

    Pemerintahan

    Berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar pada 5 Mei 1974, baginda telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 bagi menggantikan ayahanda baginda. Istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan satu tahun kemudian iaitu pada 6 Mei 1975. Pada 21 September 1975 Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-6. Baginda Tuanku Sultan turut melaksanakan tugas sebagai Ketua Negara apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

    Upacara Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 7, di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 10 Julai 1980.

    Upacara Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 7, di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 10 Julai 1980.

    KDYMM Sultan Pahang IV (Ayahanda Baginda) menyematkan Bintang Darjah Kebesaran D.K. kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang pada tahun 1971

    KDYMM Sultan Pahang IV (Ayahanda Baginda) menyematkan Bintang Darjah Kebesaran D.K. kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang pada tahun 1971

    Yang Hormat Tok Muda Sulong menyembahkan ucapan Diraja kepada KDYMM Sultan PahangYang Hormat Tok Muda Sulong menyembahkan ucapan Diraja kepada KDYMM Sultan Pahang

    Sultan Berjiwa Rakyat

    Keprihatinan Tuanku Sultan dapat digambarkan menerusi sikap baginda yang amat mementingkan perkara-perkara berkenaan hal-ehwal kebajikan rakyat jelata di Pahang. Baginda Sultan selalu mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang bagi menghulurkan bantuan dan turut berkongsi rasa mendengar permasalahan rakyat yang ditimpa bencana serta memantau perkembangan pembangunan negeri.

    2

  • 4

    GALERI KDYMM SULTAN PAHANG

  • MEMINANGMEMINANGRombongan peminangan dari pihak lelaki selalunya akan diwakili oleh saudara yang terdekat dengan membawa bersama-sama sirih junjung sebagai pembuka adat.

    Pembuka bicara dimulai pantun dari pihak perempuan :

    Keluar asap seperti bunga,Bunga berbentuk kembang melati,

    Serius benar tuan bertanya,Hajat apakah di dalam hati.

    Kemudian dibalas oleh wakil pihak lelaki :

    Hisap rokok tembakau Yunnan,Keluar asap berbentuk melati,

    Hendak memetik bunga di taman,Itulah hajat di dalam hati.

    Antara contoh pantun dilantunkan dalam majlis peminangan:-

    Apabila kata sepakat telah dicapai barulah pinangan tadi diterima secara sah. Kemudian diteruskan dengan perbincangan berkenaan majlis pertunangan yang berkisar perkara-perkara seperti duit hantaran, jumlah barang iringan yang akan disediakan oleh pihak lelaki dan perempuan serta jumlah rombongan yang akan bertandang supaya memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Mas kahwin biasanya akan ditentukan berdasarkan negeri asal atau tempat tinggal pihak perempuan.

    Sepanjang tempoh di antara majlis merisik ke majlis pertunangan, kedua-dua keluarga dibenarkan berhubung untuk mengetahui perkara-perkara berhubung perminangan seperti tarikh pertunangan, jumlah belanja hantaran, cincin pertunangan, hadiah sepersalinan yang patut dibawa oleh pihak lelaki dan jumlah ahli keluarga lelaki yang akan menghadiri majlis pertunangan.

    Terdapat 3 jenis kategori belanja boleh menjadi pilihan :-

    Belanja sama naik iaitu sama-sama mengeluarkan belanja hantaran, Belanja hantaran serta serba satu iaitu sebagai contohnya jika belanja hantaran RM5000.00, ada hadiah iringan selengkapnya dan;Belanja hantaran luar serba satu, luar Mas Kahwin dan luar upah nikah iaitu nilai selain wang hantaran tidak disebut dalam pertunangan.

    belanjn a hantaran RM5000.00, ada hadiah irinrr gn an selengkapnyn a dan;Belanjn a hantaran luar serr rba satu, luar Mas rr KaKK hwin dan luar upahnikah iaitu nilai selain wang hantaran tidak disrr ebut dalam pertunangn an.

    CINCIN SEBAGAI LAMBANG IKATAN KUKUH SUAMI ISTERI,SIRIH JUNJUNG SEBAGAI RASA HORMAT LELAKI

    MERENDAH DIRI UNTUK MEMINANG PEREMPUAN.KELENGKAPAN TEPAK SIRIH MENGGAMBARKAN

    RAGAM KEHIDUPAN SUAMI ISTERI.

    Pihak lelaki akan membawa separuh wang hantaran sebagai menyatakan komitmen untuk mengikat pertunangan. Dalam tempoh ini, kedua-dua keluarga boleh menentukan wakil yang akan bercakap dalam majlis bertunang nanti. Namun begitu, hal-hal berhubung jenis bentuk cincin pertunangan, wang hantaran dan hadiah sepersalinan yang telah dibincang dalam majlis merisik tidak boleh diubah atau dibincangkan lagi menurut adat di negeri Pahang. Perbincangan berhubung tawar menawar jumlah wang hantaran akan dianggap mengaib dan tidak sesuai dengan budi luhur orang Pahang. Selain itu juga, semua perbelanjaan mengadakan majlis pertunangan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pihak perempuan. Dengan itu, keluarga pihak perempuan akan menentukan jumlah jemputan ke majlis tersebut mengikut keupayaan kewangannya.

    Majlis pertunangan yang berlangsung di rumah keluarga perempuan dilaksanakan di ruang perbincangan bersama-sama Ibu dan bapa pihak perempuan, ketua kampung, Imam, ahli agama dan waris terdekat keluarga perempuan. Manakala, sebahagian ahli keluarga pihak perempuan yang lain akan menunggu di halaman rumah bagi tujuan mengalu-alukan kedatangan rombongan keluarga lelaki seterusnya menyambut hadiah sepersalinan yang dibawa oleh keluarga lelaki. Setelah rombongan ahli keluarga pihak lelaki sampai, mereka dijemput naik ke ruang perbincangan. Semua alatan dan hadiah yang dibawa diletakkan di tengah-tengah majlis. Biasanya diletakkan bersebelahan dengan barangan hadiah pihak perempuan untuk diberi kepada pihak lelaki. Susunan barang-barang pihak lelaki itu diletakkan mengikut tertib iaitu tepak sirih, sirih junjung, cincin pertunangan, wang hantaran dan barang-barang hadiah sepersalinan. Barangan dan hadiah yang diberi oleh pihak lelaki menggambarkan unsur-unsur keharmonian rumahtangga :-

    Perkara ini menggambarkan kehalusan budi orang Melayu dalam menjaga hati dan kerukunan dalam keluarga.Upacara pertunangan akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah pertunangan tersebut. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan perkara, apabila ikatan pertunangan sudah terjalin, sekiranya pihak perempuan ingin memutuskan tali pertunangan tersebut, mereka perlu membayar ganti rugi dua kali ganda sebagaimana yang diterimanya. Namun begitu, jika pihak lelaki yang mungkir janji,segala wang hantaran tersebut akan dikira sebagai tebus ganti dan tidak akan dikembalikan.

    Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, pihak lelaki wajar menyediakan hadiah berupa sepersalinan baju bertujuan menghiburkan hati si kakak. Adat ini dipanggil langkah bendul.

    33www.muip.gov.my

    MUIP

    33

    AD

    AT

    RE

    SA

    M M

    EL

    AY

    U

  • BERSANDINGBERSANDINGKumpulan ini juga diiringi dengan dua orang pemegang bunga manggar dan di dahului dengan kaum ibu yang dikenali sebagai 'bunga seri'. Mereka akan berhenti berarak pada jarak yang tertentu untuk menanti dijemput pengantin perempuan. Sekiranya pihak lelaki di halaman rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan renjisan air mawar oleh waris-waris tua pihakpengantin perempuan. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, pihak pengantin lelaki didudukkan dahulu di halaman rumah sambil menyaksikanpersembahan pencak silat bagi menunjukkan penghormatan kepada raja sehari. Pencak silat ini dikenali sebagai silat pulut.

    Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai sebelum masuk ke rumah. Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding diatas pelamin yang dihias indah di hadapan tetamu yang hadir dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari. Di hadapan pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur

    BERSAMA IRINGAN PALUAN KOMPANG, REBANA ATAU RODAT, PENGANTIN LELAKI AKAN DIARAK PERLAHAN-LAHAN MENUJU

    KE RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN

    Semasa bersanding, lelaki diadatkan duduk di sebelah kanan manakala perempuan di sebelah kiri. Semasa inilah upacara 'makan semangat' atau adat bersuap-suapan dilakukan. Pengantin lelaki akan menyuapkan sireh dan pulut kuning ke mulut isterinya.

    Setelah itu majlis diteruskan dengan upacara merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri pengantin tersebut. Antara bahan yang digunakan untuk upacara ini adalah air mawar, bunga rampai serta beras kunyit. Upacara ini biasanya dimulakan oleh kedua-dua ibu bapa pengantin, kemudian diikuti oleh saudara-mara serta para tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua mempelai akan direnjis terlebih dahulu dengan air mawar. Kemudian, beras kunyit akan ditabur pada pengantin dan diakhiri dengan meletakkan bunga rampai di atas kedua-dua tapak tangan pengantin. Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan

    MAKAN BERADABMAKAN BERADABMajlis Makan Beradab atau juga dikenali sebagai makan berdamai atau makan nasi damai diadakan selepas persandingan. Pengantin lelaki akan ditemani oleh pengiringnya manakala mak andam akan menemani pengantin perempuan. Turut memenuhi meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat pihak lelaki. Bacaan doa selamat diadakan untuk memohon agar kedua-dua mempelai sentiasa selamat daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke akhir hayat. Menu hidangan untuk makan beradab pengantin ialah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.

    dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga.

    terima kasih.

    35

    AD

    AT

    RE

    SA

    M M

    EL

    AY

    U

  • arulmakmur Lodge Kuantan menawarkan bilik penginapan yang dilengkapi dengan TV LCD, internet WIFI percuma, minuman percuma, seterika, pemanas air mandian, cerek elektrik dan kedai serbaneka di samping lobi hotel yang eksklusif untuk para pelanggan di Darul Makmur Lodge Kuantan. Kami mempunyai 26 buah bilik Standard, Single Triple dan Suite yang bakal memenuhi citarasa anda.

    Jenis Bilik

    SuiteFamilyDeluxeSuperiorStandardSingle

    Harga Semasa

    ( Max 4 pax )( Max 3 pax )( Max 2 pax )( Max 2 pax )( Max 2 pax )

    RM

    1208580757570

    Tel : 609-513 3418 Fax : 609-513 1720 Email : [email protected] 13 & 14 , Jalan Stadium , 25000. Kuantan Pahang Darul Makmur.

    Terma & Syarat :* Daftar Masuk selepas jam 1.30 petang dan daftar keluar pada jam 12.00 tengah hari

    *Tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan, buah durian/ manggis ke hotel.

    *Bagi tempahan penginapan 3 hari sebelum, bayaran 50% adalah diperlukan dan selebihnya pada hari daftar masuk.

    *Deposit dikenakan RM50.00 bagi setiap bilik untuk tunai@kad kredit dan akan di pulangkan masa daftar keluar

    *Pembatalan penginapan dan pemulangan deposit sebanyak 50% adalah 24 jam sebelum daftar masuk.

    *Pembayaran boleh di buat secara tunai ataupun melalui kad kredit.

    ***Harga bilik tertakluk kepada perubahan semasa

    Darulmakmur Lodge menawarkan Bilik Melor yang boleh menampung 50 orang pada satu-satu masa untuk aktiviti seminar dan mesyuarat. Dewan seminar ini dilengkapi dengan kemudahan internet wifi, audio dan visual dengan kadar bayaran yang berpatutan untuk anda.

    arulmakmur Lodge adalah Hotel Bajet dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang mana menjanjikan keselesaan dan keunikan yang tersendiri. Terletak di tengah - tengah Pusat Bandar Kuantan, ia bersebelahan dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC Pahang), berhampiran dengan Pusat Membeli Belah Darul Makmur.

    Dengan kedudukan yang strategik, perkhidmatan berlandaskan kseselesaan dan kadar bayaran yang berpatutan. Ianya amat bernilai untuk wang anda (Value Of Money). Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

    UNTUK TEMPAHAN

    ararrruulmakmusesesepepep nunununuhhhnya oleResam Melayukeselesaan dandi tengah - tebersebelahan de(UTC Pahang), bBelah Darul Makm

    Dengan kedudu

    D

  • cover pagetuankutmisi kandungan123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839backpage