MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman...
MANUAL MPK BIL : 121 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PENGAMBILALIHAN KAWASAN
LAPANG DARIPADA PEMAJU
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 6
6.0 SKOP KERJA 6
7.0 PROSES KERJA 7
8.0 CARTA ALIR 8
9.0 PENUTUP 8
LAMPIRAN 9
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Penghasilan Manual ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan
warga MPK dalam memberikan perkhidmatan. Manakala kepada
warga Klang amnya dan pemaju khasnya ia dapat meningkatkan
pemahaman mereka di dalam proses Pengambilalihan Kawasan
Lapang Daripada Pemaju demi untuk meningkatkan kesejahteraan dan
taraf keselesaan hidup penduduk Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Ehsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum wbt.
Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi
restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya
landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan
(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan
pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch
pengarang buku “The Image of The City”, landskap
bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang
banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati
dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru
melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan
menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh
masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di
hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya
menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan
pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu
tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu
persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan
sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan
landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.
Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja
rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.
Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan
dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan
penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan
MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk
mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.
Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan
Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi
kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual
ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-
sama menghasilkan manual ini.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Meningkatkan kualiti landskap Klang
1.3 Meningkatkan kecekapan dan kualiti urus tadbir jabatan
1.4 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
2.0 LATAR BELAKANG
Manual ini dilaksanakan di bawah pemantauan Bahagian Kawalan Pembangunan Landskap dan Perlaksanaan Dasar dan unit pemantauan penyelenggaraan pemaju dalam memproses permohonan penyerahan penyelenggaraan landskap yang dikemukakan oleh perunding atau pemaju bagi pemajuan baru. Keperluan tanah lapang dan rekreasi amnya dirancang di dalam penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Pelan Susun Atur sesuatu pembangunan oleh pihak berkuasa perancangan negeri dan tempatan.
3.0 DEFINISI PENGAMBIALIHAN Satu proses, cara, perbuatan mengambil alih sesebuah kawasan berdasarkan garispanduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. TANAH LAPANG Ialah mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam. Tanah lapang dan rekreasi adalah berkaitan. Ini adalah kerana rekreasi merupakan aktiviti yang dijalankan di atas mana-mana tanah lapang dan digunakan untuk beriadah.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
i. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172) ii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133) iii. Garis panduan Landskap Negara (Edisi2) Tahun 2008. iv. Dasar Landskap Negara Tahun 2011.
6.0 SKOP KERJA
6.1 Dalam Sijil Layak Menduduki (CCC/CFO), tanah lapang
diselenggarakan oleh pemaju dalam tempoh 6 bulan atau 1 tahun sebelum diambil alih oleh Majlis.
6.2 Memantau penyelenggaraan yang dibuat oleh pemaju dal tempoh 6 bulan atau I tahun tersebut. 6.3 Membuat pemeriksaan tapak terhadap kawasan lapang selepas tamat tempoh 6 bulan atau 1 tahun dan sebelum pemaju membuat serahan kawasan lapang kepada Majlis.
Pemantauan Penyelenggaraan
Penolong Pegawai Pertanian
Pembantu Tadbir Operasi
Permohonan Penyerahan
Penolong Arkitek Landskap
Pembantu Tadbir
Pengarah
Jabatan Taman dan
Rekreasi
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 7
7.0 PROSES KERJA
Bil Perkara Keterangan
1.0 Terima CCC - Terima dari Pusat Setempat (OSC). (Borang G21 & Borang F) - Direkod oleh PT sebelum diselaraskan kepada PAL.
2.0 Arahan Penyelenggaraan Kawasan Lapang/ Landskap
- Mengeluarkan surat kepada pemaju untuk selenggara selama 6 Bulan / 12 bulan bergantung pada keluasan kawasan.
3.0 Pemantauan Penyelenggaraan Pemaju
- Dipantau oleh PT (Pengawas) setiap bulan kekerapan 2 kali sebulan.
4.0 Permohonan Penyerahan Daripada Pemaju
- Diterima selepas tempoh penyelenggaraan pemaju tamat. - Direkod oleh PT sebelum disemak oleh PAL untuk mengadakan lawatan tapak.
5.0 Pemeriksaan Tapak - Oleh PAL, PPP & wakil pemaju. - Menyemak struktur di tapak & pelan tepat seperti yang ditetapkan dalam pelan landskap.
6.0 Laporan Pemeriksaan Tapak
- Disediakan oleh PAL sebelum diserahkan kepada PTR.
7.0 Pengesahan Pengambilalihan
- Oleh PTR bagi pengambilalihan - Mengarahkan PAL untuk menyelaraskan PT bagi mengeluarkan surat pengambilalihan.
8.0 Rekod
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 8
8.0 CARTA ALIR
9.0 PENUTUP Penyediaan ini diharapkan dapat meningkatkan sistem penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya. Selain daripada itu ia juga dapat mempertingkatkan lagi kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis Perbandaran Klang.
Ambilalih
Pengesahan laporan
memuaskan
Tidak memuaskan
Keluarkan surat pada pemaju untuk selenggara kawasan lapang
Terima CCC/CFO daripada pemaju dan rekod
Jabatan keluarkan surat arahan penyelenggaraan 6 bulan / 1 tahun kepada pemaju dan Jabatan menjalankan pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan oleh pemaju
Permohonan penyerahan kawasan lapang daripada pemaju
periksa tapak
Rekod
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 9
LAMPIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 10
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 11
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 121 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pengambilalihan Kawasan Lapang 12