MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 · Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab...

3
INFO Terkini Bil. 39/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 22 Sept 2014 ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat Kota Kinabalu, 16 September - Konvoi Kembara Merdeka II SESB, 2014 yang mengelilingi 14 buah daerah di seluruh Sabah telah melabuhkan tirainya di perkarangan Wisma SESB dengan jayanya. Majlis penutupan program tersebut berlangsung meriah apabila 70 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja dan vendor SESB berjaya menamatkan konvoi pada tahun ini. Majlis pada kali ini turut diserikan lagi apabila sebanyak 30 buah motorsikal berkuasa besar dari Kelab Smart Riders dan Labuan Bikers Riders menyertai konvoi. Majlis penutupan yang berlangsung sempena Hari Malaysia tersebut disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Y.B Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Ir. Hj. Abd Razak Sallim, barisan pengurusan, ketua-ketua jabatan dan presiden serta ahli KPPSESB. Konvoi yang bermula sejak 10 September itu menjelajah hingga ke Tuaran, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Keningau, Tenom, Sipitang, Wilayah Persekutuan Labuan, Beaufort, serta Papar sebelum tiba di Kota Kinabalu. Seiringan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB, Konvoi turut mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan derma kepada tujuh buah rumah kebajikan dan sekolah di beberapa daerah yang dilawati bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan serta menanamkan semangat serta nilai cintakan negara. Konvoi juga turut mengunjungi Tugu-Tugu Peringatan pahlawan sabah bagi memberikan penghormatan atas perjuangan mereka sebelum ini. MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014

Transcript of MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 · Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab...

Page 1: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 · Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang di buat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Nur Muhammad

INFO Terkini

Bil. 39/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 22 Sept 2014

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Kota Kinabalu, 16 September - Konvoi Kembara Merdeka II SESB, 2014 yang mengelilingi 14 buah daerah di

seluruh Sabah telah melabuhkan tirainya di perkarangan Wisma SESB dengan jayanya. Majlis penutupan

program tersebut berlangsung meriah apabila 70 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja dan vendor

SESB berjaya menamatkan konvoi pada tahun ini. Majlis pada kali ini turut diserikan lagi apabila sebanyak 30

buah motorsikal berkuasa besar dari Kelab Smart Riders dan Labuan Bikers Riders menyertai konvoi. Majlis

penutupan yang berlangsung sempena Hari Malaysia tersebut disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan

Negeri Sabah Y.B Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Ir. Hj. Abd Razak

Sallim, barisan pengurusan, ketua-ketua jabatan dan presiden serta ahli KPPSESB.

Konvoi yang bermula sejak 10 September itu menjelajah hingga ke Tuaran, Kota Marudu, Kudat, Pitas,

Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Keningau, Tenom, Sipitang, Wilayah Persekutuan Labuan, Beaufort, serta Papar

sebelum tiba di Kota Kinabalu. Seiringan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB, Konvoi turut

mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan derma kepada tujuh buah rumah kebajikan dan sekolah di

beberapa daerah yang dilawati bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan serta

menanamkan semangat serta nilai cintakan negara. Konvoi juga turut mengunjungi Tugu-Tugu Peringatan

pahlawan sabah bagi memberikan penghormatan atas perjuangan mereka sebelum ini.

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014

Page 2: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 · Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang di buat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Nur Muhammad

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Y.B. Datuk Rubin Balang menurunkan tandatangan sebagai sokongan terhadap program yang dianjurkan di tenom. Y.B. Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan membuat pelepasan konvoi di Tawau.

‘Suasana meriah’ Peserta Konvoi singgah membuat lawatan di salah satu pejabat kawasan.

En. Jumat Mohd Sidek ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil Gereja Katolik Holy Trinity di Tawau.

Hari ke empat rombongan melawat dan membuat sumbangan di Thirumurugan Temple Tawau.

‘Sokongan Padu’ Program Kembara Merdeka II menerima sambutan dan sokongan luar biasa daripada masyarakat setempat ketika majlis di pejabat kawasan Semporna.

Tn. Azmi Mohd. Azman menyampaikan sumbangan kepada DSP Mohd Firdaus Francis Bin Abdullah di IPD Semporna.

Peserta Konvoi mengabadikan kenangan bersama para penganut di Puu Jih Shih Temple di Tawau.

Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang di buat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Nur Muhammad

Konvoi ketika membuat perhentian dan sumbangan di S.K Simpangan bersama Guru Besar Sekolah.

Page 3: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 · Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang di buat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Nur Muhammad

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat