Majlis Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha di ...
Transcript of Majlis Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha di ...
Edisi 4/2011 Oktober - Disember
Edisi 4/2011 Oktober – Disember
Lawatan Kerja 5S Daripada Jabatan Akauntan Negara, Negeri Perlis Pada 1 November 2011.
Men
arik
di
dala
m…
.
AKTIVITI JABATAN M/S : 5
SELAMAT PENGANTIN BARU M/S : 18
RESEPI PILIHAN M/S : 20
CELIK IT M/S : 24
Majlis Penyerahan Sumbangan Pengurusan
Jenazah Kepada Waris Waga Emas Yang
Meninggal Dunia Di Dewan Balora
Mastika
Majlis Korban Sempena
Sambutan Hari Raya Aidil Adha di
Perkarangan Kediaman
Pegawai Daerah, Daerah Barat
Daya.
PETUA M/S : 20
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahniah kepada urusetia yang diketuai oleh unit
Pengurusan PDTDBD kerana berjaya menerbitkan
BULETIN SEMPOI PDTDBD Edisi 4/2011 kepada
semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung.
Untuk menerbitkan Buletin Sempoi Edisi 4/2011 ini
sememangnya memerlukan komitmen, kerjasama,
kesepakatan serta sokongan daripada semua pihak.
Semoga warga PDTDBD akan menjadikan majalah
sempoi edisi 4/2011, sebagai medan untuk mengasah
bakat, menzahirkan apa yang tersirat, merehatkan
minda dan sebagainya di samping melaksanakan tugas-
tugas yang diamanahkan dalam kerjaya.
Buletin Sempoi adalah medan menzahirkan kreativiti
yang terpendam samaada dalam bentuk pendidikan,
pengajaran, nasihat ataupun pandangan dari semua
peringkat umur warga PDTDBD. Jadikan BULETIN
SEMPOI sebagai bahan koleksi kenangan indah
sepanjang kita di PDTDBD.
Harapan saya semoga BULETIN SEMPOI akan terus
bertambah buletin di keluaran akan datang, BULETIN
SEMPOI adalah wajah warga PDTDBD.
Kata-kata Aluan
Ketua Pengarang
Sidang Pengarang
Salam Perkenalan…….
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya buah
tangan edisi 4/2011 ini berjaya dihasilkan setelah
pelbagai rintangan dalam menjayakan keluaran edisi
4/2011. Ia bukan sesuatu yang mudah, memerlukan
iltizam serta menuntut komitmen yang tinggi untuk
menghasilkannya. Seringkali terganggu dek tuntutan
tugas hakiki yang tak pernah putus-putus menjengah
dan menuntut disegerakan, namun, demi
merealisasikannya digagahkan juga keringat ini untuk
menjayakannya.
Hasilnya,lihatlah… Berbekalkan sepenuhnya kemahiran
kakitangan PDTDBD sendiri, tidak kalah jika
dibandingkan dengan majalah-majalah komersial di luar
sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti
Nona, Mingguan Wanita, Mastika dan lain-lain, tetapi
apa yang di banggakan ialah kita sebenarnya
mempunyai rakan-rakan yang mempunyai kepakaran
setanding.
Buletin Sempoi ini juga adalah sebagai medan untuk kita
melahirkan kreativiti yang terpendam selama ini.
Diibaratkan sebagai satu ‘album mini’ untuk kita
mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini,
untuk mengingatkan kembali apa yang telah kita
tinggalkan pada hari-hari yang berlalu, untuk kita
serlahkan bakat atau nukilan kreatif yang mungkin
selama ini hanya tersimpan di dalam diari atau komputer
peribadi sendiri atau mungkin telah banyak kali dihantar
ke majalah-majalah atau akhbar-akhbar namun tidak
pernah atau jarang sekali terpilih, maka lahirlah buletin
ini sebagai medium pengantara. Ia dikira sebagai wadah
pemangkin nukilan, rasa berkonsepkan imej
sempoi…maka sesuailah ia diberi nama, ‘Buletin
Sempoi@Pdtdbd’.
Berjumpa lagi dikeluaran akan datang dengan paparan
yang lebih menarik dan semoga lebih ramai yang akan
tampil untuk menyumbangkan karya. Wassalam.
2
Dari Meja PDTDBD
Kata-kata Aluan
Penasihat
Penasihat : Tuan Mohamad Daud Bin Abdull Hamid
Ketua Pengarang : En. Rosli bin Halim
Ketua Editor : En. Wahi Annuar bin Othman
Pen. Ketua Editor : Pn. Noor Husna bt Sharuddin
Pereka Grafik : En. Rossidi bin Osman & Pn. Nadiah bt. Jamaludin
Jurufoto : En. Samad bin Mohamed,
En. Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban
Pengarang : Pn. Nadiah bt. Jamaludin, Pn. Wan Haslinda bt. Mydin,
Pn. Salina bt .Suntong, Pn. Suhaila bt. Ismail, En. Rossidi bin
Osman, Cik Ida Akmar bt. Anuar
Penjilidan / Pengedaran : Cik Mawarni bt.Othman, Cik
Marthitah bt. Mat
Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau
Pinang
3
Bagi Mencapai Visi Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat
Daya, Seluruh Warga PDTDBD Akan Sentiasa Mengamalkan
Nilai-nilai Teras Yang Diasaskan Kepada Singkatan Berikut :
Pelanggan Adalah Tetamu
Dinamik Untuk Sentiasa Di Hadapan
Telus Bagi Semua Urusan
Betul Dalam Peraturan Dan Tindakan
Disiplin Tunggak Amalan
Objektif Pejabat Daerah & Tanah Daerah Barat Daya
•Mewujudkan Kepimpinan Peringkat Daerah Yang Berkesan Bagi Menjamin Keadaan Pentadbiran, Pembangunan, Keselamatan, Kestabilan Serta Kemakmuran Daerah.
•Menyelaras, Menentukan, Serta Melaksanakan Dasar, Program Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Daerah Dengan Kerjasama Jabatan atau Agensi Kerajaan Serta Orang Ramai.
•Melaksanakan Kerja-kerja Perancangan Pembangunan Daerah Serta Melaksanakan Kerja Projek- Projek Kecil Luar Bandar Demi Mempertingkatkan Taraf Serta Kualiti Hidup Penduduk Amnya.
•Mewujudkan Pengurusan Pentadbiran Tanah Daerah Secara Cekap Dan Berkesan Ke Arah Kemajuan, Kemakmuran dan Keharmonian Rakyat Selaras Dengan Matlamat Dasar Pembangunan Kerajaan.
Ke Arah Pentadbiran Yang Unggul Dan Penggerak Utama Pembangunan Daerah
TAHUKAH ANDA APA ITU i-SEJAHTERA?
• i-Sejahtera ialah proses pendaftaran warga emas,
Ibu tunggal dan miskin dilaksanakan secara
elektronik.
• Merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk
menghargai jasa dan pengorbanan golongan
warga emas di Pulau Pinang dengan memberi
bantuan berbentuk sumbangan kewangan.
• Secara rasminya pelaksanaan sistem i-Sejahtera
di negeri ini telah pun dilancarkan oleh Y.A.B.
Ketua Menteri pada 2010
CARA PERMOHONAN DAN
PROSUDER i-SEJAHTERA
SIAPAKAH DI KATEGORIKAN SEBAGAI
WARGA EMAS DAN SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN:- • Berumur melebihi 60 tahun dan berdaftar dengan
SPR sebagai pemilih dimana-mana DUN di Pulau
Pinang.
Maklumat terperinci mengenai kaedah penggunaan sistem i-sejahtera boleh diperolehi melalui
Pejabat Daerah atau melalui portal Kerajaan Negeri yang telah pun mempunyai pautan secara
langsung dengan sistem i-sejahtera.
Sebarang kemusykilan yang dihadapi bolehlah dirujuk kepada Jabatan Pejabat Daerah Dan
Tanah dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut mengenai skop kerja yang berkaitan :-
Tel : 04-8691104 atau Emel : [email protected]
Tel : 04-8691169 atau Emel: [email protected]
Teknikal dan latihan – Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat,
Tel : 04-2623505 ext. 217/218 : 04-2623512 ext. 217/218
Emel : [email protected]
4
• Permohonan boleh di buat menerusi
borang permohonan pendaftaran yang di
berikan secara percuma dan boleh
diperolehi di Pejabat Daerah yang
berkenaan serta di Pusat Khidmat ADUN
masing-masing/Pejabat ADUN.
• Bantuan yang di berikan adalah
berbentuk kewangan sebanyak
RM100.00 setiap tahun kepada setiap
warga emas yang berdaftar dan
sekiranya warga emas terbabit
meninggal dunia maka waris yang
dinamakan dalam borang pendaftaran
akan diberikan sumbangan sebanyak
RM1000.00.
• Prosuder untuk wars menuntut
RM1000.00 setelah warga emas yang
didaftarkan meninggal dunia
- dokumen-dokumen yang diperlukan
Salinan sijil kematian warga emas yang
didaftarkan
Salinan kad pengenalan waris yang
didaftarkan
Salinan muka hadapan buku akaun
waris si mati. Maklumat i-Sejahtera
5
LAWATAN KERJA 5S
DARI JABATAN PAROL
NEGERI PULAU PINANG
PADA 20 OKTOBER 2011
LAWATAN KERJA 5S DARI
PEJABAT DAERAH & TANAH SPU
6
PADA 25 OKTOBER 2011
PERHIMPUNAN BULANAN
KAKITANGAN PDTBD
BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH
BAGI BULAN 11/2011
7
Perhimpunan Bulanan Staff Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Diadakan Pada
Bulan 11 Bertempat Di Perkarangan Parking Utama Pejabat Daerah.
Laporan Oleh : Omar Bin Hassan
MAJLIS IBADAH KORBAN
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
di Perkarangan Rumah Tuan
Pegawai Daerah
8
Majlis Hari Raya Haji dan Ibadah Korban di laksanakan secara kenduri kecil-kecilan di Perkarangan Rumah Tuan Pegawai Daerah di Titi Teras. Ibadah korban ini dibantu dari JKKK Titi Teras
Laporan oleh : Nacimah binti Abdul Karim
9
LAWATAN KERJA 5S
DARI JABATAN PEJABAT TANAH GALIAN
NEGERI PERLIS
LAWATAN KERJA 5S
DARI JABATAN PEJABAT TANAH GALIAN
NEGERI PERLIS PADA 10 NOVEMBER 2011
Bengkel diadakan pada 23 24, dan 25
November 2011 di Langkawi Seaview
Hotel, Langkawi. Peserta kursus
seramai 40 orang.Objektif bengkel ini
dijalankan bagi memberi pendedahan
kepada semua pegawai dan kakitangan
Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah
Barat Daya mengemaskini piagam
pelanggan dan proses kerja serta carta
aliran kerja Pejabat Daerah Dan Tanah
Daerah Barat Daya.
Laporan oleh : Rossidi bin Osman
BENGKEL PIAGAM PELANGGAN
DAN CARTA ALIRAN KERJA PEJABAT PDTDBD
DI LANGKAWI SEAVIEW HOTEL
10
11
LAWATAN KERJA 5S DARI
AKAUNTAN NEGARA NEGERI PERLIS
PADA 1 DISEMBER 2011
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENGURUSAN
JENAZAH KEPADA WARIS WAGA EMAS YANG
TELAH MENINGGAL DUNIA
DI DEWAN BALORA MASTIKA
12
13
RIZAINI BIN AZIZ PEKERJA AWAM – 3.10.2011
MOHAMMAD NASRUN BIN SHARI PEKERJA AWAM – 3.10.2011
SHUKRI BIN SAAIT PEKERJA AWAM – 3.10.2011
MOHD SALIHIN BIN AHMAD PEKERJA AWAM – 3.10.2011
AHMAD NIZAM BIN KASSIM PEMBANTU TADBIR KANAN – 24.10.2011
Kartiku sorok a/l NARASU PEKERJA AWAM – 1.11.2011
MOHD ZAKI BIN ABDUL RAHMAN KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (P) – 24.10.2011
NUR FARINA AIDA BINTI AIDARUS PEMBANTU TADBIR – 3.10.2011
MAJLIS PERPISAHAN
Tahniah… Jasamu dikenang
14
Siti Sahara Binti Norkhidmi - pertukaran biasa ke
Jabatan Kehakiman Syariah,
Daerah Seberang Perai Utara
Zerri Bin Abdul Majid - pertukaran biasa ke
Majlis Agama Islam, Negeri Pulau Pinang
MAJLIS PERPISAHAN
Radziah Binti Md Kamal - telah tamat
perkhidmatan secara kontrak.
Selamat Maju Jaya!
15
Nadiah Binti Jamaludin
PT/PO (4/10/1985)
Zainab Bt Darus
PT/PO (12/10/1957)
Suriada Bt Salleh
PT/PO (12/10/1983)
Hartini Binti Musa
PT/PO( 13/10/1985)
Zulkefli Bin Ismail
PT/PO (15/10/1957)
Nor Irwan Bin Mhd.Basri
PRA (20/10/1984)
Zahirah Binti Zakaria
PT/PO (21/10/1986)
16
Khatijah Bee Bt Syed Md Yunoss
PT/PO (2/11/1954)
Mohd Ferdius Bin Abd Wahid
Pemandu (4/11/1986)
Suhaimi Bin Desa Penghulu
(4/11/1986)
Shaida Binti Abdul Rahman
PAP (7/11/1977)
Abu Hasan Bin Omar KPPD (T)
(10/11/1954)
Jamil Bin Saat PRA
(18/11/1954)
Mohd Mufdi Bin Norizan
PT/PO (Kew) (10/11/1985)
Abdul Halim Bin Mohd Noor PT/PO (Kew) (13/11/1984)
Nas Liana Binti Ahmad Nasir
PT/PO (13/11/1984)
Aida Mawar Binti Ahmad
PT/PO (19/11/1982)
Rokidin Bin Ramli
Pemandu (24/11/1974)
Zainol Bin Noordin
Penghantar Notis
(26/11/1964)
Salmiah Binti Mohd Ibrahim
Pembantu Setiausaha
(29/11/1963)
17
Mohd Nazri Bin Mohd Ariff Juruteknik
(8/12/1985)
Razali Bin Mat PRA
(10/12/1966)
Normariani Binti Mhd Zebidin
Juruteknik (12/12/1972)
Shukri Bin Saait PRA
(17/12/1984)
Mohd Mursyid Bin Abdul Rahim
Pen. Pegawai Tadbir (20/12/1978)
Sarina Binti Omar PT/PO
(27/12/1974)
Mohamad Daud Bin Abdull Hamid
Pegawai Daerah (28/12/1956)
Zul-Aktar Bin Azhar Ali Pemandu
(31/12/1981)
18
Mudah-mudahan perkongsian hidup
yang dibina berkekalan hingga ke
akhir usia. Dengan taufik dan
hidayatMu, beruntunglah
keduanya dalam kehidupan didunia&
lebih-lebih lagi di akhirat
Tarikh Perkahwinan : 22 Januari 2012
12 19
Amalkan bercerita petua mudah mendidik anak
SEWAKTU mendidik anak, ada ibu bapa yang meng gunakan kekerasan
sehingga anak menjadi takut kepada orang tua mereka. Tidak kurang yang tidak tegas mendidik dan membiarkan anak tanpa peraturan
sehingga anak men jadi liar. Ada yang berkata, cara mendidik anak akan memberi kesan besar
dalam hidup apabila mereka dewasa kelak. Ada juga yang mengatakan ibu bapa perlu mendidik anak bukan mengikut cara
mereka dididik dulu tetapi mengikut peredaran zaman kini. Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak:
· Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari,
bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak.
Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin
kehidupannya. · Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik.
Cerita boleh diambil daripada al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia
mestilah boleh dijadikan teladan. · Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah
(berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
· Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan
setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan.Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada
pem bentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggung jawab dan seumpamanya.
· Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
· Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan
dan kesesuaiannya dengan jantina anak.Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji,
biarlah berpada-pada. · Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak.
Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa
yang diminta anak itu lakukan.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada
anaknya manakala ibu bapa mithali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.
· Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan
menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
· Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya serta menyediakan keperluan yang mu nasabah untuk
anak, sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu. · Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam
mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita bila mereka berdepan dengan masalah.
Manja… Sayangku…
Nurin Irdina Bt. Syahiran Tarikh Lahir : 27 November 2011
Mama ku : Ida Razaida Bt Abdul Rais
NUKiLan RASA
20
BINGUNG Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh. Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. Mat salleh ; Oh, I'm sorry Pemuda ; It's ok, never min. Thank you. Mat salleh ; Thank you too. Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. Mat salleh ; ( hairan ) what for? Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five. Mat salleh ; Are you sick? Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven lepas tu aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . Mat salleh ; ( bingung )
Hasil Nukilan : Wan Raizihan bin Wan Bukhari
PETAI OH PETAI Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina.
Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".
"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya. Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah? . Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.
Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga". Moral of the story : ??? Hasil Nukilan : Abd.Halim Bin Mohd Noor
MUTIARA KATA
“Rezeki… Ada dimana2, datang tanpa diduga,
tepat pada masa, yang penting, usaha
tawakkal.” Hasil Nukilan : Nadiah binti Jamaludin
“Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk
kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang.”
Hasil Nukilan : Shaida binti Abdul Rahman
“Tidak penting bagimu mengetahui harganya,
Tetapi penting mengetahui nilainya.” Hasil Nukilan : Mawarni binti Othman
“Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka
yang paling tajut pada perubahan.”
Hasil Nukilan : Sarina binti Omar
21
PUDING LEMAK CENDOL Bahan-bahan: 20 gm agar-agar segera 1300 ml air 1 tin susu cair 1 cawan santan pekat 1 cawan gula merah 1 buku gula Melaka 1 1/4 cawan gula kasar 1 cawan cendol Sedikit garam Beberapa biji ceri merah Cara menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. 2. Masukkan garam, susu cair dan santan pekat. Kacau selalu agar tidak naik minyak. 3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. 4. Setiap satu dimasukkan ke dalam periuk yang berbeza. Perlahankan api di kedua-dua periuk. 5. Satu adunan dimasukkan gula kasar dan biarkan gula hancur. 6. Kemudian masukkan cendol. 7. Manakala satu lagi adunan, dimasukkan gula merah dan gula Melaka. Kacau sehingga kedua-dua jenis gula hancur. 8. Aturkan ceri di dalam acuan agar-agar. 9. Tuangkan sebahagian adunan putih, biarkan beku sedikit. 10. Tuangkan pula sebahagian adunan gula merah dan biarkan mengeras sedikit. 11. Ulangi proses melapis antara adunan putih dan adunan gula merah sehingga habis. 12. Biarkan beku dan sejukkan sebelum dihidang
KERABU SOTONG MANGGA Bahan-bahan: 2 biji mangga muda - dibuang kulit dan diracik halus memanjang 15 tangkai cili padi - ditumbuk kasar 350 sotong - bersihkan dan dipotong kecil 4 sm halia - dihiris halus 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Garam secukup rasa Gula secukup rasa Cara menyediakan: 1. Rebus sotong dengan sedikit air hingga masak. 2. Tambahkan juga sedikit garam. 3. Di dalam mangkuk, campurkan sotong, mangga muda, cili padi, halia, garam dan gula. 4. Gaul rata dan hidangkan.
SAMBAL UDANG KERING Bahan-bahan: 300 gm udang kering 35 tangkai cili kering - dikisar 6 ulas bawang merah - dikisar 6 batang serai - dikisar 1/2 inci kunyit hidup - dikisar 2 sudu asam jawa - diambil jusnya 1 sudu kecil gula 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1/4 cawan air 8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing 5 sudu besar minyak Cara menyediakan: 1. Rendamkan udang kering selama sejam. 2. Bersihkan, tus dan keringkan. 3. Kisar udang kering ini sehingga halus. 4. Panaskan minyak di dalam kuali. 5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 6. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi. 7. Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa. 8. Goreng sehingga bahan-bahan ini kering. 9. Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng. 10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara
PISANG LASSI Bahan-bahan: 2 biji pisang montel 3 sudu besar yogurt 1 sudu besar madu 50 ml susu segar Ketulan ais Sedikit buah ceri Cara menyediakan: 1. Satukan pisang montel, yogurt, madu dan susu segar. 2. Kisar kesemua bahan-bahan tadi. 3. Tuangkan ke dalam gelas. 4. Masukkan ketulan ais. 5. Hiaskan dengan buah ceri. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan: 3 1/2 cawan tepung jagung 6 cawan santan 2 cawan gula 1 tin jagung krim 2 biji telur Sedikit bijan Sedikit minyak Cara menyediakan: 1. Pukul telur dan gula hingga sebati. 2. Tuangkan santan dan kacau sebati. 3. Campurkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun. 4. Akhir sekali, masukkan jagung. 5. Taburkan bijan di permukaannya. 6. Bakar di dalam acuan yang telah disapu minyak. 7. Bakar sehingga masak.
BINGKA JAGUNG
PETUA
22
Sakit Gigi Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Batuk Lelah Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Sakit Mata Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
MENGUBATI BATUK Tumbuk daun peria sehingga lumat. Campurkan bahan tumbuk dengan sedikit kapur sirih.
Sapukan bahan tadi ke bahagian dada. Sebaiknya lakukan sebelum tidurdan and dapat rasai kesannya.
MERAWAT MASALAH PERNAFASAN Buah lemon mengandungi vitamin C dan jika diminum air rebusannya, boleh dijadikan sebagai
rawatan masalah pernafasan dan sakit belakang.Selain itu, ia juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus serta dipercayai dapat mengubati demam panas.Kepingan limau segar atau kering yang dicampur bersama air didih atau rebus, dapat mengubati masalah gastric yang kronik, batuk,
tiada selera makan, muntah-muntah, bronchitis dan angin di dalam perut.
MENGUBATI CIRIT BIRIT Ciku kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi. Buahnya yang muda boleh digunakan untuk
mengubati cirit-birit iaitu dengan mencampurkan bersama jambu muda dan kemudiannya direbus. Getahnya pula, boleh diguna untuk mengurangkan sakit gigi, merawat kulit melecur dan bengkak.
MENGATASI SEMBELIT Tahukah anda, buah epal dapat membantu melindungi jantung, mengelak sembelit, cirit-birit,
melindungi sendi tulang dan memperbaiki kapasiti peparu? Amalan memakan buah epal boleh mencuci toksin di dalam badan. Malah, dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.
Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba
Bau Badan Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba..
MEMBERSIHKAN KERANG.
MENGHILANGKAN KUTU BERAS
HALAU SEMUT DALAM GULA
23
TELUR REBUS SENANG DIKUPAS
MEMBERSIHKAN MINYAK KELAPA
TAUGEH KEKAL SEGAR
TAUHU KEKAL SEGAR
LAKSA LEBIH PUTIH
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi
didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada
sayur.
Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini
memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.
Rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air. Biarkan semalaman. Keesokkan pagi, bolehlah di rebus laksa tersebu seperti
biasa. Selamat Mencuba.
MENYEGARKAN SAYUR
Cuci dahulu tauhu seperti biasa. Kemudian lumurkan garam keseluruh permukaan tauhu. Simpan di dalam peti sejuk. Tauhu yang di simpan akan
bertahan lebih lamamalah rasanya tidak akan masam.
Masukkan taugeh ke dalam semangkuk air. Kemudian letakkan sekeping asam gelugur di dalam mangkuk tersebut.Simpan dalam peti
sejuk.taugeh yang disimpan akan bertahan lebih lamadan tidak lembik.
Campurkan sedikit serbuk kunyit dalam air basuhan kerang.cuci beberapa kali sehingga bersih.Hasilnya kotoran mudah hilang dan kulit kerang
Menjadi bersih.
Caranya cuci daun belimbing buluh sehingga bersih.Kemudian biarkan ia kering setelah itu, masukkan ke dalam bekas simpanan beras. Anda
akan dapat lihat kutu beras akan beransur hilang Selamat mencuba.
Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur
dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah
mengupasnya. Cubalah!!
Goreng asam gelugur di dalam minyak masak yang telah digunakan . Anda akan lihat asam gelugur tadi akan akan meresap minyak
berwarna hitam.Setelah bersih anda bolehlah menggunakan minyak kelapa ini untuk beberapa kali. Selamat mencuba.
Info Sihat
24
Buah Pisang & Khasiatnya
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu SUKROSA, FRUKTOSA & GLUKOSA yang digabungkan dengan gentian.
Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah di buat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada altit terkenal dunia. Bukan itu sahaja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat bebrapa penyakit menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. PERHATIAN !!!! Jangan sesekali menyimpan pisang dalam peti sejuk.Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Tekanan darah tinggi – Buah tropika ini mengandungi kadar potassium yang tinggi & garam Rendah,menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Penghadaman – Gentian tinggi,jadikannya sebagai diet seharian bagi membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Keletihan – salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu.Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan Bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan,manakala susu pula memperbetulkan sistem hidarasi anda semula Demam pagi – Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalamdarah untuk mengelakkan demam pagi. Panas Jantung – Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan.Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Gigitan nyamuk – sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan kulit pisang.Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Ulser – Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.Ia juga bertindak sebagai peneutralan lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita… Kawalan Suhu – Ramai yg percaya bahawa dengan memakan pisang ia menurunkan suhu kedua2 fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung.Di Thailand sebagai contoh,ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool) STRESS- Potassium merupakan bahan mineral vital, yg membantu menormalkan degupan jantung,menghantar oksigen ke otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh.Bila kita stress, kadar metabolisma kita naik,menyebabkan kadar potassium menurun.Keadaan ini diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. SEASONAL AFFECTIVE DISORDER (SAD)- Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryphophan semulajadi yang baik untuk baik pulih mood kita.
“SEBIJI PISANG SEHARI DAPAT MENJAUHKAN DOKTOR !!!”
CELIK IT
15
Perkhidmatan Melayari Internet
Dasar Keselamatan teknologi maklumat
Dan komunikasi Negeri Pulau Pinang
Semua pihak dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti : i. memuat naik, memuat turun,
menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen
ii. menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan
iii. melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah;
iv. melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan;
v. menyalahguna kemudahan perbincangan awam dan social community atas talian seperti newsgroup, buletin board, facebook, twitter, flickers dan seumpamanya;
vi. memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna internet yang lain;
vii. melayari, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti perjudian, permainan elektronik, video dan lagu;
viii. menggunakan kemudahan chatting melalui Internet; ix. memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian peer to peer; x. menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi; xi. menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik; xii. melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang
membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;
25
TAHUKAH ANDA?
INFORMASI UMUM
26
Berapa kali mata berkedip dalam sehari?
Mutiara kata :
Kelebihan Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati
ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri
daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New
England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama
setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah
sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun
pula menunjukkan 10 minit
Berendam dalam air panas
dapat memperbaiki kesihatan
jantung terutamanya untuk
Lelaki.
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu
tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu
untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda
selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang
abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu
adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk
memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk
beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
Setiap hari Anda berkedip sebanyak kira-kira 15.000 kali.
Tanpa Anda sadari, setelah membaca tulisan ini, Anda
telah berkedip beberapa kali. Kemungkinan besar Anda
tidak pernah menyadarinya dan Anda terus-menerus
melakukannya.
Mengapa mata Anda berkedip begitu sering dalam sehari?
Tujuannya untuk melindungi kedua bola mata Anda.
Dalam prosesnya, Anda mungkin juga telah memberi
petunjuk-petunjuk tanpa Anda sengaja mengenai cara
kerja otak Anda.
Kedipan rutin tujuannya agar air mata membasahi
permukaan mata yang mengering. Dengan satu atau dua
kali berkedip per menit seharusnya sudah cukup untuk
melakukan pekerjaan mencuci dan memoles mata.
Berkedip juga menggambarkan emosi dan perasaan
Anda. Sebagai contoh, perasaan cemas membuat Anda
berkedip lebih banyak. Jika Anda panik, maka tanpa Anda
sadari, mata Anda akan berkedip lebih banyak dibanding
situasi normal. Menarik bukan mengenai kedipan mata
Anda yang memiliki banyak manfaat.
Burung nuri burung helang,
Tidak sama terbang tinggi,
Sekarang puteri berangkat pulang,
Bila pula berjumpa lagi.
Kain buruk tepi perigi,
Dibuat orang pengesat belanga,
Esok kita berjumpa lagi,
Tunggulah Teja di taman bunga.
(Filem Hang Tuah - 1956)
Kajang Pak Malau kajang
berlipat,
Kajang saya mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang
bertempat,
Dagang saya musafir lalu.
(Filem Seri Mersing)
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-
rinduan.
(Filem Gurindam Jiwa -
1966)
27
Ilmiah
Adil mengandungi pengertian yang sangat luas meliputi segala aspek
kehidupan manusia.Dapatlah dirumuskan bahawa adil ialah memberikan
hak kepada yang berhak dan menafikan hak kepada yang tidak berhak
mengikut syariat Islam.
Didalam Surah Al-Maidah, ayat 8, Allah SWT berfiman yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan keran Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) keran sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
Secara jelasnya, Allah SWT menyuruh dan menyarankan kita supaya berlaku adil semata-mata kerana-Nya dan melarang kita daripada bersifat diskriminasi atau berat sebelah terhadap sesama insan. Sesungguhnya sifat adil itu adalah hampir kepada sifat-sifat orang yang bertakwa kepad Allah SWT. Menyedari betap apentingnya sifat adil tersebut, umat Islam di tuntut untuk sentiasa mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka yang telah di tetapkan oleh syariat Islam. Konsep Adil :
Mestilah berpandukan kepada syariat dan sunatullah Rasulullah SAW melarang kita
melakukan kezaliman sesama insan. Ciri-ciri keadilan :
i. Mengutamakan ibadah kita hanya kepada Allah SWT
ii. Melaksanakan ajaran yang di bawa Rasullah SAW secara amanah
iii. Memberi nafkah yang diperlukan ahli keluarga kita
iv. Sentiasa menghormati diri sendiri, keluarga,jiran tetangga dan masyarakat
sekeliling.
Kesan Melakukan Keadilan :
i. Mendapat keredhaan Allah SWT
ii. Menjauhkan diri daripada azab Allah SWT
iii. Mewujudkan keharmonian istitusi keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan negara
iv. Menjadi ahli syurga Allah SWT. Insyallah……
Hikmah Disebalik Mencari Rezeki yang Halal
Doa dimakbulkan. Salah satu punca termakbulnya doa adalah rezeki yang halal. Doa yang dimakbulkan membawa kepad
kebahagiaan dan keharmonian hidup sesebuah keluarga. Dari Ibn Umar RA katanya : “Sesiapa yang membeli pakaian dengan
harga 10 dirham, 1 dirham di antaranya wang yang haram, maka Alllah Taala tidak akan menerima solatnya selama
pakaian itu masih dipakainya. Kemudian Ibn Umar memasukkan kedua jarinya ke dalam 2 telinganya,
lalu berkata : Biarkanlah telinga ini tuli kalau tidak mahu mendengar kata-kata dari Nabi SAW ini. “
Pejabat Daerah Dan Tanah
Daerah Barat Daya
Pulau Pinang
EDISI 4/2011
OKTOBER - DISEMBER