MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara...

68

Transcript of MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara...

Page 1: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam
Page 2: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Latar belakang Anugerah Bitara UKM

1. Anugerah Bitara UKM

2. Anugerah Bitara Pengajaran

3. Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan

4. Anugerah Bitara Sarjana

5. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah

6. Anugerah Bitara Penerbitan Buku

7. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk

8. Anugerah Bitara Keterlibatan Industri &

Masyarakat

9. Anugerah Bitara Massa

10. Anugerah Bitara Mutiara Insan

11. Anugerah Bitara Prakarsa

12. Anugerah Bitara Pendanaan

13. Anugerah Bitara Rekayasa Prasarana

14. Anugerah Bitara Bahasa Melayu

15. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti

Pemenang bagi kategori dalam setiap anugerah ini

layak dicalonkan ke Anugerah Akademik Negara

(AAN),KPM. Kategori anugerah tersebut ialah:

1. Anugerah Bitara Pengajaran

2. Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan

3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah

4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk

5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti

Pengiktirafan ini diberikan dalam satu majlis khas

setiap tahun iaitu Majlis Anugerah Bitara UKM.

Anugerah Bitara UKM merupakan anugerah yang diberikan kepada staf akademik dan bukan akademik

serta Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti yang berfokuskan

kepada lima(5) teras dalam House of Quality(HoQ) iaitu akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan,

penjanaan dan penyerlahan bakat.Terdapat lima belas (15) kategori anugerah yang dipertandingkan iaitu:

Page 3: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ATUR CARA

2.00 Petang

2.30 Petang

• Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah

• Ketibaan Tetamu VIP & MKB

2.45 Petang • Lagu Negaraku

• Lagu Varsiti Kita

• Bacaan Doa

• Montaj Majlis Anugerah Bitara

3.00 Petang • Ucapan Alu-aluan Naib Canselor

YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor

3.15 Petang • Penyampaian hadiah kepada Penerima Anugerah Bitara UKM

2019 (Penilaian 2018)

• Sesi Bergambar

• Jamuan

• Majlis Bersurai

Page 4: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA UKMAnugerah ini memberikan pengiktirafan kepada

Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian/Unit UKM dengan mengambil

kira pencapaian prestasi keseluruhan yang merangkumi

bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM.

Page 5: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI

UNIVERSITI (UCTC-UKM)

ANUGERAH BITARA UKM

Page 6: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA UKM

Pusat Transformasi Komuniti Universiti

Menguruskan 11 inisiatif utama universiti dalam negara ataupun peringkat

ASEAN dan Asia. Antara pencapaian utama pada tahun 2018 adalah

tersenarai dalam ASEAN Work Plan on Youth 2016 – 2020 dan terlibat dalam

ASEAN Plus Three Plan of Action on Education 2018 – 2025. Dengan

kerjasama merentasi fakulti dan bersifat multidisiplin, UCTC UKM bekerjasama

dengan Maxis dan Samsung bagi menyediakan isi kandungan pembelajaran

atas talian. Berjaya menerima penajaan sebanyak RM 4,554,584.97

Page 7: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA SARJANAAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan

kepada individu atau kumpulan yang menyumbang kepakaran

dan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Penyelidik

(individu/kumpulan) tersebut mampu memberi sumbangan

besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti,

masyarakat dan negara.

Page 8: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA SARJANA

Kategori Individu

PROF. DR. MOHD TALIB BIN LATIF

Page 9: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA SARJANA

Prof. Dr. Mohd Talib Bin Latif

Prof. Mohd Talib Latif telah menjalankan kajian berkenaan pencemaran udara

dan kimia atmosfera dengan kerjasama yang erat dengan penyelidik lain dari

seluruh dunia melalui International Global of Atmospheric Chemistry (IGAC)

dan Surface Ocean Lower Atmosphere Study (SOLAS). Melalui Newton-Ungku

Omar Fund kerjasama telah dijalankan dengan penyelidik daripada CERC

Cambridge dan University College London bagi menangani isu emisi

antropogenik tempatan dan serantau yang mempengaruhi kualiti udara di

Kuala Lumpur

Page 10: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga

UKM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif keterlibatan

industri dan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan

khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah

pembangunan pembelajaran dan pengajaran, peningkatan kebolehpasaran

graduan, pembangunan penyelidikan dan inovasi, perolehan dana, serta

peningkatan keupayaan sosioekonomi industri, pendidikan, kesihatan,

persekitaran, teknologi dan lain-lain.

DAN MASYARAKAT

Page 11: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN

Industri (Akademik)

DR. NOOR LIZZA MOHAMED SAID

Page 12: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI

Dr. Noor Lizza Mohamed Said

Terlibat secara langsung dengan industri perancangan dan pengurusan harta

orang Islam di Malaysia. Pada tahun 2018, mengetuai dan menyelaras empat

Perjanjian Kerjasama (MoA) yang termeterai antara Wasiyyah Shoppe Bhd

(WSB) dan UKM iaitu WSB sebagai pembiaya projek menaik taraf Klinik

Hukum Syarak & Guaman Syarie dan tiga bilik pensyarah Fakulti Pengajian

Islam (FPI) dengan jumlah dana RM45,000.00, menaja dua projek

penyelidikan Hibah Amanah dengan dana RM47,250.00, dan bantuan sara

hidup lima orang mahasiswa FPI berjumlah RM40,000.00. Jumlah keseluruhan

sumbangan kewangan dari WSB ialah RM132,250.00 di samping sumbangan

lain dalam bentuk khidmat nasihat dan perkongsian kepakaran.

Page 13: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN

Masyarakat (Akademik)

DR. ADLIAH MHD ALI

Page 14: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA KETERLIBATAN MASYARAKAT

Dr. Adliah Mhd Ali

Pemerkasaan komuniti B40 melalui pendidikan kesihatan untuk

memastikan penggunaan ubat-ubatan secara betul dan selamat.

Program pemantauan terapi ubatan di rumah melibatkan intervensi

berimpak oleh warga Fakulti Farmasi (pelajar, pensyarah dan ahli

farmasi). Pelbagai pendekatan kesihatan lain dijalankan secara

bersepadu oleh Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains

Kesihatan serta Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Page 15: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN

Masyarakat (Bukan Akademik)

MUHAMAD FADLE MOHAMAD ABU SADIN

Page 16: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA KETERLIBATAN MASYARAKAT

Muhamad Fadle Mohamad Abu Sadin

Beliau seorang pengacara dan juga Fasilitator Program Motivasi

Profesor ke Desa. Menyusuri desa, membawa budaya UKM yang

penuh dengan nilai-nilai murni dan kehebatan sains dan teknologi

kepada pelajar-pelajar serta komuniti, dengan penerapan

semangat menimba ilmu dipahatkan ke hati serta sanubari

mereka supaya mereka juga suatu hari nanti akan menjadi insan

yang terpelajar dan mempunyai nilai-nilai yang baik dan terpuji.

Page 17: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA MASSAImej dan nama baik UKM dibina menerusi tanggapan keseluruhan khalayak

terhadap UKM. Khalayak merangkumi rakan kesepakaran, komuniti ilmuan,

masyarakat umum dan pihak berkepentingan. Imej ini terbina hasil daripada

himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan nama UKM di kaca

mata khalayak di dalam dan/atau luar negara. Proses pembinaan ini berlaku

dalam suatu tempoh masa dengan dibantu oleh liputan media massa di dalam

dan / atau di luar negara. Tanpa liputan media massa, masyarakat luar tidak

akan mengenali pencapaian UKM. Justeru anugerah ini menekankan hebahan

media sebagai pemberat utama.

Page 18: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

PROF. DATUK DR. ROKIAH HJ. OMAR

ANUGERAH BITARA MASSA

Page 19: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Antara program yang diterajui oleh Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar adalah ASEAN Youth

Volunteer Malaysia (AYVP), CIMB Young ASEAN

Leaders (CYAL), Persidangan Serantau AsiaEngage yang ke-4, Kembara UKM ke Pondok

Bantan, Thailand, Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamic, Pos Gob, Pusat

Komuniti Bestari Samsung, Maxis eClass, 360 Kampung Angkat UKM, UKM4Bangi -

Anjung Santai dan Sekolah@UKM. Program- program ini mendapat liputan berita

sebanyak 14 kali di media bercetak dan media elektronik dengan anggaran nilai PR

sebanyak RM 380,000.00

BITARA MASSA

Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar

Page 20: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA MUTIARA INSANAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu

yang telah menunjukkan daya inovasi yang tinggi untuk

memberi perkhidmatan berkesan dan menjadi rujukan pihak

berkepentingan.

Page 21: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN

Kategori Pentadbir Akademik

PROF. DATO’ DR. MUHAMMAD FAUZI

MOHD. ZAIN

Page 22: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain, Mantan Pengarah CRIM (2014-

2019) yang kini merupakan Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan

IPT, KPM. Beliau merupakan Profesor di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM.

Seiring dengan komitmen sebagai pentadbir di CRIM, beliau juga aktif dalam

penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat. Disamping memenuhi

tanggungjawab sebagai Task Force MyRA®, atau ahli beberapa Jawatankuasa

di KPM, beliau juga sering diundang sebagai penceramah dan fasilitator yang

berkaitan dengan bidang atau pentadbiran. Beliau turut aktif dalam sukan seperti

boling dan mewakili UKM di Kejohanan Golf Antara Universiti Malaysia.

BITARA MUTIARA INSAN

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain

Page 23: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ENCIK MOHD FAIZAL AZIZ

ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN

Kategori Pengurusan & Profesional

Page 24: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Pengasas portal MajalahSains.Com yang mendapat pengiktirafan Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 2018 dengan penerimaan Anugerah Khas

STEM Kategori Media. Turut bekerjasama dengan NGO, Perdana Global Peace

Foundation (PGPF) menganjurkan Pertandingan Esei Sains dan Keamanan (2019), Rakan

Media Agensi Nuklear Malaysia (2018) dalam penganjuran Minggu Sains Negara.

MajalahSains.Com kini digerakkan oleh sekumpulan profesional yang bekerjaya dalam

bidang sains yang aktif menjalankan aktiviti meningkatkan kefahaman Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk masyarakat melalui penerbitan buku, majalah,

bengkel dan forum. Ia turut menghubungkan penyelidik dari IPT serta institut penyelidikan

dan orang awam melalui penerbitan harian rencana dan berita sains & teknologi berkualiti

pelbagai kategori di www.majalahsains.com

BITARA MUTIARA INSAN

Encik Mohd Faizal Aziz

Page 25: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN

Kategori Pelaksana

PUAN HAJJAH ZAITON BINTI OTHMAN

Page 26: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA MUTIARA INSANPuan Hajjah Zaiton Binti Othman

Setelah 35 tahun menjadi warga UKM banyak pengalaman yang telah dirasai bersama.

Pengalaman selama 20 tahun dalam kesatuan menjadikan beliau aktif dalam mengendalikan program khidmat

masyarakat, bengkel dan seminar diperingkat UKM dan kebangsaan. Mewakili KESUKMA selaku setiausaha sebagai

perantara untuk menyampaikan segala masalah kerjaya, syarat-syarat perkhidmatan dan kebajikan ahli dengan pihak

pengurusan melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Beliau juga merupakan Naib Pengerusi dalam Persatuan Penolong

Pegawai Sains UKM. Diperingkat Kebangsaan sebagai AJK Majlis Mesyuarat Gabungan Presiden dan Setiausaha

Kehormat Kesatuan Kakitangan Am Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM). Sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita CUEPACS

dan Juga Ahli Jawatan Kuasa CUEPACS Selangor. Selain dari itu sebagai Naib Pengerusi Gred Sains Ahli Majlis

Bersama Kebangsaan (MBK) Badan-Badan Berkanun, MBK Gaji, MBK Teknikal dan MBK Sains dan Teknologi. Majlis

Bersama Kebangsaan (MBK) diselia dan ditadbir oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau juga dilantik sebagai Anggota

Jawatankuasa Pembangunan Standard (JPS) bagi bidang Laboratory Operations (Tahap 3).

Mewakili kumpulan FIKRAH dalam Kumpulan KIK

Page 27: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ OTHMAN

ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN

Hadiah Khas

Page 28: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Kakitangan akademik UKM sejak 1976. Terlibat dengan pentadbiran di UKM: Ketua Jabatan

Fizik (1989-1994), Timbalan Dekan Fakulti Sains Fizis dan Gunaan (1994-1999), Timbalan

Dekan Fakulti Sains & Teknologi (1999-2002), Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan &

Inovasi (2002-2007, Pengarah Institut Islam Hadhari (2007-2018). Dilantik sebagai ahli

Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) (2006-2021), ahli Lembaga Pengarah

IKIM (2019-2022), ahli Majlis Syura Kerajaan Pulau Pinang (2019-2022), ahli Lembaga

Pengelola DBP (2015-2018). Penerima Tokoh Akademik Bahasa Melayu KPT (2013), Top

Research Scientist Malaysia ASM (2013), Ikon Pejuang Bahasa Melayu Kategori Akademik

JPA (2016), WREN Pioneer Award (2004).

BITARA MUTIARA INSAN

Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman

Page 29: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Penerima Hadhari Award for Islamic Civilizational Studies daripada Japan Selection

Committee (2018), Certificate of Honor daripada Institute for Strategic and Regional Studies

under the President of Uzbekistan (2018), Special Award daripada World Renewable Energy

Congress XVIII, Kingston University, London (2018). Penerima Anugerah Penghargaan Maal

Hijrah (2006), Tokoh Maal Hijrah Kerajaan Pulau Pinang (2008). Felo Akademi Sains

Malaysia (sejak 2014). Felo Kehormat IKIM (2005-05; 2017-18), Felo Kehormat UniSZA

(2014), Felo Kehormat UIM (2014-2016). Menjalankan penyelidikan dalam bidang Tenaga

Suria (Sistem suria termal, fotovoltan dan fotovoltan-terma) dan dalam bidang Sejarah dan

Falsafah Sains Islam. Menulis 32 buku, lebih 350 kertas kerja, mendaftar 15 paten.

BITARA MUTIARA INSAN

Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman

Page 30: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PRAKARSAAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada PTj

yang telah menunjukkan daya inovasi dan kreativiti yang

tinggi dalam membangunkan kompetensi dan bakat staf di

peringkat PTj atau Universiti.

Page 31: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PRAKARSA

PUSAT PENGURUSAN RISIKO, KELESTARIAN &

KESIHATAN PEKERJAAN (ROSH-UKM)

Page 32: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ROSH-UKM telah menjalankan fungsinya dengan cemerlang sejak penubuhannya pada 2014 dalam

memastikan pesekitaran tempat kerja di UKM berada di tahap selamat dan kondusif. Kompetensi

kakitangan ROSH-UKM dalam Pengurusan Risiko mahupun Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

(seperti Certified Quantitative Risk Management, Radiation Protection Officer, Safety & Health Officer)

diiktiraf agensi dalam dan luar negara membolehkan ROSH-UKM menjalankan pelbagai bengkel dan

latihan kepada kakitangan UKM dan sering menjadi rujukan institusi pengajian tinggi (IPT), agensi awam

dan swasta. Kerja berpasukan yang tinggi antara kakitangan ROSH-UKM menghasilkan pelbagai

program pada 2018 antaranya adalah Bengkel Pengurusan Risiko, Bengkel Keselamatan Sinaran UKM,

Gotong-royong perdana Kelestarian- ‘Asingkan Bahan Kitar Semula’, Taklimat e-Waste dan program

pemeriksaan kenderaan (kerjasama dengan pihak PUSPAKOM).

BITARA PRAKARSA

ROSH-UKM

Page 33: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENDANAANAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan

kepada PTJ/Kumpulan/Individu yang cemerlang dalam

penjanaan daripada hasil perkhidmatan, kepakaran dan aset.

Page 34: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI

UNIVERSITI (UCTC-UKM)

ANUGERAH BITARA PENDANAAN

Page 35: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENDANAAN

Pusat Transformasi Komuniti Universiti

Berjaya menerima penajaan sebanyak RM 4,554,584.97 daripada

Sekretariat ASEAN, United States Agency for International

Development (USAID), Kementerian Belia dan Sukan, Yayasan CIMB,

CIMB Islamic dan Maxis Berhad

Page 36: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYUAnugerah Bitara Bahasa Melayu bertujuan memberi

pengiktirafan kepada PTJ/Individu yang cemerlang dalam

memartabatkan Bahasa Melayu.

Page 37: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYU

kategori Akademia Bahasa Melayu

PROF. MADYA DR ZULISKANDAR RAMLI

Page 38: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA BAHASA MELAYUProf. Madya Dr Zuliskandar Ramli

Beliau telah menjalankan 7 projek penyelidikan dalam tempoh 3 tahun bernilai

RM 389,290.00 dan menerbitkan 9 buah buku penyelidikan dan 31 bab dalam

buku (Bahasa Melayu). Beliau turut memenangi 2 Pingat Emas dan Khas Juri

Anugerah Inovasi (2016), 1 Pingat Perak Anugerah Inovasi (2018), 1 Anugerah

Khidmat Cemerlang UKM (2018). Terkini beliau telah menerima Anugerah

Buku Negara 2019

Page 39: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITANAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu

yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai

jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi

sumbangan kepada bidang ilmu.

Page 40: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Makalah (Sains)

MOHAMAD AZUWA BIN MOHAMED

Page 41: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN MAKALAHMohamad Azuwa Bin Mohamed

Penggunaan serat kekabu dalam kajian ini menggalakkan penerokaan dan

pembangunan idea dan ciptaan berinovatif ke arah kemampanan tanaman

komoditi dan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Fotomangkin bio-templat

petala teras fotomangkin heterosimpang berasaskan C-g-C3N4 berpotensi

diaplikasikan dalam usaha menangani isu utama dunia iaitu permintaan

tenaga, pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.

H2

2H+

CH3OH

Oxydate

e

e ee

-2.0

-1.0

0.0

1.0

2.0

3.0

H+/H2 (0.00 V)

e e

+ + +

e

H2O/O2 (1.23 V)

V v

ers

us

NH

E,

(pH

: 0

)

Page 42: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Makalah (Sains)

DR. NURULKAMAL MASSERAN

Page 43: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Nurulkamal Masseran

Dr. Nurulkamal Masseran telah menyumbang 8 penerbitan dalam jurnal-jurnal

yang berwibawa bagi tahun 2018. 5 daripadanya ialah jurnal terindeks

WOS/ISI Q1, dan juga 3 daripadanya ialah Top 10% jurnal. Kajian beliau

merangkumi aplikasi dan pemodelan Statistik terhadap isu-isu berkaitan

pencemaran udara, tenaga angin dan juga taburan pendapatan rakyat

Malaysia.

Page 44: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Makalah (Sains)

DR. TEOW YEIT HAAN

Page 45: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Teow Yeit Haan

Kajian dalam makalah jurnal ini merupakan penemuan yang penting dalam

bidang teknologi membran. Ramuan membrane konduktif dengan pendekatan

nyahkotoran aktif berjaya menyelesai pembatas utama aplikasi teknologi

membran. Teknologi mampan ini merupakan teknologi rawatan air yang lebih

berkesan, menggalakkan penggunaan semula air seterusnya bersedia untuk

keperluan masyarakat dan generasi masa depan.

Page 46: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Makalah (Sains Sosial/Sastera)

PROF. DR. SUFIAN JUSOH

Page 47: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN MAKALAH

Prof. Dr. Sufian Jusoh

Kebanyakan kajian berkaitan Mutual Recognition Agreements (MRAs) adalah

berkaitan dengan kemajuan di Kesatuan Eropah. Kajian kami walau

bagaimanapun meneroka proses MRA di negara ASEAN. Kami mengemukan

penggunaan model “Hub-and-Spoke”. Model ini menjelaskan bahawa tiada

kuasa, sama ada di peringkat serantau atau kebangsaan yang mengatasi satu

sama lain.

Page 48: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN Kategori Makalah (Sains Sosial & Sastera)

DR. MUHAMAD NAZRI BORHAN

Page 49: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Muhamad Nazri Borhan

The Relationship Between the Demographic, Personal, and Social

Factors of Malaysian Motorcyclists and Risk Taking Behavior at

Signalized Intersections

Artikel ini membahaskan faktor pendorong kepada sikap mengambil risiko

penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat. Model yang

dibangunkan dapat menjadi asas dalam penggubalan dasar keselamatan jalan

raya. Dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pihak berwajib untuk

mengenalpasti langkah-langkah pencegahan yang berkesan kearah

mewujudkan sebuah platform perjalanan yang selamat.

Page 50: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Makalah (Bidang Khusus)

DR. HEW WAI WENG

Page 51: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Hew Wai Weng

THE ART OF DAKWAH: social media, visual persuasion and the Islamist propagation of

Felix Siauw

Based on online research, offline participation and face-to-face interviews with Felix Siauw

(a popular Chinese Muslim preacher in Indonesia) and his dakwah team members in 2016

and 2017, this article highlights (a) the intersection between online activities and offline

events in contemporary Islamic preaching; (b) multiple forms of oral, textual and visual

expressions of on-offline dakwah; and (c) the politics and poetics of dakwah. In brief, it

illustrates how online and visual dakwah are complementing rather than replacing offline

and textual dakwah. This research is also part of my GGPM project, ‘On-offline Dakwah:

Piety, Politics and Popularity of Chinese Muslim Preachers in Indonesia and Malaysia’.

Page 52: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

PROF. MADYA DR. NORAINI TALIP

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Buku (Sains)

Page 53: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

Bidang palinologi merupakan kajian berkaitan debunga. Buku ini memaparkan

kajian komprehensif debunga famili Rhizophoraceae (Bakau) di Malaysia yang

dipersembahkan dalam gaya penulisan saintifik yang lebih santai, beserta

gambar yang menarik. Buku ini dihasilkan daripada kajian bersama pelajar

Sarjana Sains Mohd. Arrabe Ahmad Baei. Usaha penerbitan seumpama ini

akan diteruskan dengan famili tumbuhan lain yang terdapat di Malaysia.

BITARA PENERBITAN BUKU

Prof. Madya Dr. Rohaida Binti Nordin

Page 54: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori Buku (Sains Sosial)

PROF. MADYA DR. ROHAIDA BINTI NORDIN

Page 55: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENERBITAN BUKU

Prof. Madya Dr. Rohaida Binti Nordin

Buku ini membincangkan secara sistematik identiti dan kenikmatan hak

Orang Asli di Malaysia. Ia ditulis berasaskan fakta dan hasil penyelidikan

yang dianalisis secara kritis melalui penghujahan ilmiah. Melalui dana

penyelidikan UKM, penerbitan buku ini menjadi kenyataan. Buku ini telah

mula menjadi bahan rujukan utama kepada penyelidik dalam bidang hak

asasi, khususnya hak Orang Asli.

Page 56: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENGKOMERSIALAN PRODUKAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan

kepada inovasi yang mempunyai impak yang besar dan

signifikan, yang mampu memberi pulangan kormersil dan

sumbangan yang besar kepada bidang ilmuan, kemajuan

universiti dan Negara.

Page 57: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA

PENGKOMERSIALAN PRODUK

Produk: Dietscore™ 1.0 : A Sports Tool (Mobile App) In Knowledge, Awareness &

Practices (Kap) Of Nutritional Status And Physiological Changes Of Athletes For

Optimum Performance

Page 58: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

PENGKOMERSIALAN PRODUK

DietScore™1.0 is the first unique Malaysian utility tool. It acts as a virtual

sports nutrition counselor in providing a reliable solution for athletes by

customizing energy, nutrients requirement and types of training based on

local foods. This mobile app could be expanded into public domain to

increase its social and economic impact.

Page 59: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENGAJARANAnugerah Bitara Pendidik bertujuan memberi pengiktirafan kepada

PTJ/Individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti,

menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan

pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang. Kesarjanaan

pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan

pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada

amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif

dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran yang mantap untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

Page 60: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA PENGAJARAN

(SASTERA DAN SAINS SOSIAL)

DR. HASANAH BINTI ABD. KHAFIDZ

Page 61: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA PENGAJARANDr. Hasanah Binti Abd. Khafidz

Sinopsis Ringkas

Berpegang kepada falsafah P&P berpaksikan tauhid dan falah dunia serta

falah akhirat, usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran bukanlah perkara

sampingan. Pelbagai kaedah pengajaran inovatif berbantukan teknologi

digunakan yang dilaksanakan melalui gabungan ilmu, pedagogi dan teknologi

bagi mewujudkan pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Pelajar turut

dicabar untuk berfikiran kritis melalui pembudayaan mencipta seperti melalui

Projek Augmented Reality Dakwah.

Page 62: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA AHLI AKADEMIK HARAPANAnugerah Bitara Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan

kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber yang tidak

melebihi 40 tahun. Penerima Anugerah ini ialah seorang ahli akademik yang

mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta

penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat

kebangsaan atau antarabangsa

Page 63: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA

AHLI AKADEMIK HARAPAN

DR. HASSIMI ABU HASAN

Page 64: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA AHLI AKADEMIK HARAPANDr. Hassimi Abu Hasan

Dr. Hassimi merupakan Penyelaras Program Sarjana Kejuruteraan Sekitaran.

Merupakan pakar teknologi biofilem dan fitoremediasi untuk rawatan sisa.

Kumpulan pelajar seliaan beliau memenangi tempat pertama Hadiah Al-Kindi

pada tahun 2017 dan 2018. Beliau juga telah membimbing pelajar memenangi

tempat kedua dalam pertandingan reka bentuk loji di NACES 2018 peringkat

kebangsaan.

Page 65: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA SENI DAN KREATIVITIAnugerah Bitara Seni dan Kreativi Anugerah ini diberikan kepada pemohon

yang telah memenangi anugerah dan/atau menerima pengiktirafan (sekurang-

kurangnya di peringkat kebangsaan) dan menyumbang kepada pembangunan

ilmu dan/atau kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.

Page 66: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

ANUGERAH BITARA

SENI & KREATIVITI

AR. DR. MASTOR BIN SURAT

Page 67: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam

BITARA SENI & KREATIVITIAr. Dr. Mastor Bin Surat

Senibina warisan Melayu telah dibangunkan dengan kebestarian dalam pencerakinan serta

pencernaan faktor alam dan manusia demi kesejahteraan penghuninya. Kearifan watan

masyarakat telah menjadikan reka bentuknya sangat bitara dan menjadi identiti kepada

kedaerahannya. Lebih 40 lunas kebijaksanaannya telah dikenal pasti dan telah menjadi

teras dalam amalan reka bentuk senibina oleh Ar. Dr. Mastor Surat. Uji kaji beliau ke atas

bangunan sebenar di tapak bina telah menguja masyarakat. Selain memenangi pingat

untuk kerja-kerja penyelidikan, beliau juga telah memenangi beberapa anugerah dan

pingat kecemerlangan senibina di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai

pengiktirafan kepada hasil kerja senibina yang dibangunkan dengan menggunakan

gagasan pemikiran senibina warisan Melayu.

Page 68: MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM...3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah 4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk 5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti Pengiktirafan ini diberikan dalam