M8 RBT - Pengguna

12
Pengguna

description

..

Transcript of M8 RBT - Pengguna

Pengguna

PenggunaMatlamat pelaburan perniagaan dalam teknologi maklumat dan e-dagang adalah untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan meluaskan perkhidmatan pengguna.Pengguna suka membeli belah secara online kerana mereka mendapati banyak barang yang terdapat di pasaran online melebihi daripada barang di kedai biasa. Pengguna yang sibuk boleh menjimatkan masa dan mendapati bahawa membeli belah lebih mudah apabila peniaga melayan mereka secara individu secara online. Mereka juga boleh mendapatkan lebih informasi untuk membuat keputusan dalam membeli barangan. Informasi yang baik dan pilihan yang banyak, tambahan pula dengan kos yang rendah untuk perniagaan internet, boleh menurunkan harga dan meningkatkan kualiti.Syarikat boleh berkembang secara cepat untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan peluang yang di cipta oleh internet.

Banyak syarikat mendapat keuntungan yang cepat dengan meletakkan pesanan dan operasi khidmat pelanggan di internet.Pemasaran dan pengiklanan secara online telah berkembang kerana terdapat perhubungan yang rapat antara kumpulan-kumpulan peniaga didalam. Internet dan teknologi baru yang lain juga menggalakkan perniagaan baru untuk diterokai.Jualan runcit barangan, di mana jualan di hasilkan dalam internet tetapi produk itu diterima dari segi fizikal. Jualan software, muzik, video game, perkhidmatan banking, insurans, perkhidmatan pembelajaran, dan berita boleh di lakukan secara terus menerusi rangkaiaan.Penerimaan digital bagi barangan atau perkhidmatan ini mempunyai potensi untuk menjadi kawasan yang paling luas dalam pasaran elektronik.Jumlah pengguna yang membuat belian melalui Internet merupakan bukti di mana pengguna memperoleh kebaikan. Lebih banyak pengguna yang melayari secara online,Internet menjadi lebih mudah untuk di ekses dan perdagangan internet bertambah.Perkhidmatan pelangganPerniagaan internet boleh menambah pelanggan hanya dengan sedikit atau tanpa sebarang kos. Ini kerana penjualan berfungsi hanya dalam komputer berbanding dengan kedai yang menggunakan jurujual. Pencapaian perniagaan online ini dibatasi hanya dengan kapasiti komputer untuk melayani segala kemahuan atau tempahan yang dibuat.Internet juga boleh membuat organisasi jualan secara tradisional, penjualan secara katalog dan pengiklanan yang lebih cekap. Tempahan secara elektronik boleh memaparkan lebih informasi dan kegunaannya berbanding dengan katalog kertas. Penjualan terus secara online boleh menambahkan pembelian semula dan meningkatkan kebolehan untuk menjual barang tambahan. Contohnya setiap pembelian di kilang yang besar, hanya perlu duduk di komputer, membuka laman web, dan mencari pembekal secara online. Pembekal yang kecil dengan penjualan yang terhad kini membolehkan pembeli melayari laman web dengan mudah sama seperti syarikat yang besar. Sama juga seperti penjual, menjual kepada berjutajuta pengguna yang sedang berkerja di rumah mahupun di pejabat dengan mudah secara online.KepelbagaianPembeli di laman web beruntung kerana tanpa meninggalkan rumah atau pejabat, pengguna boleh mengakses ribuan laman web untuk mengetahui berita terkini dan pelbagai acara lain, Maklumat tantang produk dan pembelian apa sahaja. Pemilihan yang sangat banyak tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh di hantar secara digital. Laman web yang menjual alat elektronik, alatan perkebunan, alatan pejabat dan lain-lain juga menawarkan pilihan yang lebih banyak di internet. Sebagai contoh, sebuah kedai buku yang menawarkan pelbagai jenis buku memerlukan pengguna mencari sendiri tajuk buku yang di kehendaki atau membuat pesanan melalui telefon. Sebaliknya, Jika pengguna ingin mendapatkan secara online, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci untuk mengenalpasti jenis buku yang mereka mahu, memilih laman web yang mengadakan promosi dengan mudah, dan maklumat yang diperlukan. Pengguna boleh menyelesaikan pemilihan dan proses pembelian, seterusnya mendapatkan tempahan mereka dalam beberapa hari kemudian.Pilihan maklumatPeluang yang lebih besar wujud kesan dari terbukanya pasaran elektronik. Pembelian, menjadi lebih senang apabila masalah dapat dikurangkan dan barang mudah di dapati.Sebelum ini kebanyakan pembeli kereta akan melawat ke bilik pameran jika mereka ingin membeli kereta. Melalui internet, pembeli kini boleh melihat model kereta yang berbeza dan membaca segala informasi kereta tersebut dan bagaimana persembahan kereta itu.Bersama dengan gambar kereta dan gambaran, pelanggan boleh mengakses kereta baru dan menggunakan harga kereta untuk di bandingkan harganya melalui penjual di internet.Selepas membuat keputusan terhadap model kereta tersebut, pengguna boleh menandakan kehendak mereka terhadap warna dalaman, dan luaran kereta, memilih sama ada model kereta 4 atau 2 pintu. Sesetengah perkara seperti sistem suara, power window dan kos juga boleh di pilih. Akhir sekali, pelanggan boleh memasukkan informasi diri mereka supaya senang untuk di hubungi termasuk alamat. Permintaan pengguna akan diserahkan secara automatik kepada penjual berhampiran dengan alamat pembeli. Penjual akan penghubungi pelanggan untuk menetapkan harga.Perbelanjaan insurans juga terdapat secara online. Perniagaan internet menjual insuran menyediakan peralatan software yang membantu pengguna untuk mengenalpasti jenis insurans yang mereka perlukan dan seiring dengan informasi untuk membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat atara satu polisi insurans dan sebaliknya. Pelanggan boleh membeli polisi dengan menjawab beberapa soalan mudah tentang warganegara, umur, kesihatan dan gaji, keadaan keluarga dan kadar insurans yang di perlukan. Hanya dengan beberapa klik pada tetikus, pelanggan boleh mendapatka maklumat yang lebih terperinci mengenai setiap polisi untuk memastikan sama ada harga adalah berpatutan.Walaupun kelebihan yang di tawarkan oleh online shoping, banyak pelanggan hari ini masih risau tentang internet. Mereka amat prihatin tentang memelihara hak peribadi dan keselamatan informasi kredit kepada mereka. Ramai yang tidak mempunyai komputer, atau mendapati sangat susah untuk menggunakannya. Ramai yang memilih pengalaman sendiri untuk membeli belah dan memilih produk yang mereka boleh lihat, rasa dan cuba. Sesetengah pelanggan bimbang syarikat menawarkan informasi yang salah, kegagalan penghantaran barangan, dan menyediakan barangan yang tidak sebaik seperti barangan yang di jual di kedai.Transaksi dan aliran kerjaKembali kepada idea perjalanan kerja dan analisa proses, kita boleh melihat kepada pembukaan pasaran daripada perspektif perniagaan dan pengguna. Model Empat fasa yang diperkenalkan boleh digunakan sebagai panduan untuk untuk pengguna dan untuk perniagaan, bersama-sama menyokong dan memperkembangkan penggunaan teknologiPendedahan pra pembelianIni merupakan satu proses untuk mencari satu set produk yang berupaya untuk memenuhi permintaan pengguna. Kepada pengguna, ini bermakna mereka boleh mengetahui apa yang mereka mahu dan mencari siapa penjualnya. Pada pembekal atau penjual, ini bermakna mereka perlu memberitahu pelanggan tentang produk dan perkhidmatan yang di tawarkan.Dalam pembelian kereta contohnya, pembeli menggunakan informasi di internet untuk membuat keputusan tentang kereta yang diinginkan, seperti harga dan assesori yang ditawarkan. Informasi tentang pembekal juga perlu lengkap. Informasi ini boleh di ambil dan disebarkan melalui saluran yang lain oleh orang lain.Pemilihan dan KomitmenKetika fasa ini pembeli memilih pembekal dan produk berdasarkan perbandingan yang telah dibuat. Fasa ini termasuk perundingan dengan penjual untuk harga yang sesuai, kesediaan barang, dan tarikh penghantaran. Bagi pembekal, ini bermakna strategi meletakkan harga termasuk diskaun, ciri-ciri khas dan perkhidmatan istimewa mestilah lengkap. Pada tahap ini, tempahan turut dibuat beserta gambar. Pada fasa yang sebelumnya, mungkin tidak terdapat komunikasi yang baik dengan pengguna, risalah dan katalog produk mungkin sudah memadai. Pada tahap ini, komunikasi 2 hala antara pelanggan dengan pembekal amat diperlukan. Sistem tempahan masuk perlu di sediakan untuk komunikasi tentang permintaan yang lebih spesifik dan penghargaan kepada pelanggan.Penggunaan PembelianIni merupakan fasa merangkumi perjalanan informasi dan dokumen yang berkaitan tentang pembelian dan pembayaran secara elektronik yang memudahkan pembayaran kepada proses pembelian. Bagi pengguna, ini sangat mudah; menerima barang dan membayar kepada mereka. Invois dan resit dokumen pembelian di integrasikan ke dalam sistem akaun pembeli.Bagi pembekal, lebih banyak aktiviti yang perlu di lakukan oleh mereka. Tindakan harus di lakukan untuk menghasilkan dan menerima barang atau sevris yang di minta oleh pelanggan di dalam masa yang dipersetujui. Barangan, kakitangn dan proses penghasilan harus selaras dengan tujuan untuk dilaksanakan. Bergantung kepada betapa susahnya penghasilkan barangan itu dan proses penghaslannya, rangkaian pekerja memerlukan keselarasan juga.Interaksi selepas pembelian (Postpurchase Interction)Dalam fasa terakhir ini meliputi perkhidmatan pelanggan dan galakan untuk menerima aduan pelanggan, menerima kembali pemulangan produk yang terdapat kerosakan.Pengguna juga memerlukan pemasangan tambahan, penyelenggaraan atau perkhidmatan percubaan. Produk yang kompleks mungkin memerlukan manual teknikal, selalunya di buat dalam beberapa bahasa.Bagi pembekal, setiap pengurusan individu harus di kawal untuk mendapatkan maklumat yang berguna, termasuk tempoh pembayaran. Usaha pemasaran perlu fokus kepada pembinaan kesetiaan jenama, atau penjualan.