Lost Space Dalam Ruang Bandar Di Pekan Lama Ipoh
-
Upload
emy-takahasi -
Category
Documents
-
view
1.087 -
download
12
description
Transcript of Lost Space Dalam Ruang Bandar Di Pekan Lama Ipoh
’LOST SPACE’ DALAM RUANG BANDAR
DI PEKAN LAMA IPOH
MUHAMMAD HILMY BIN MUSLIM
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
APRIL 2009
’LOST SPACE’ DALAM RUANG BANDAR
DI PEKAN LAMA IPOH
Oleh
MUHAMMAD HILMY BIN MUSLIM
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
APRIL 2009
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
APRIL 2009
Adalah disyorkan bahawa Kajian Akhir ini yang disediakan
Oleh
MUHAMMAD HILMY BIN MUSLIM
bertajuk
’Lost Space’ Dalam Ruang Bandar Di Pekan Lama Ipoh
diterima sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk
memperolehi Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Penyelia : En. Mohd Roswodi Mat Zin
Koordinator : En. Mohd Roswodi Mat Zin Kajian Akhir
Koordinator : Pn. Nor A’aini Othman Program
(Tandatangan) (Nama)
i
ABSTRAK
Kajian ini diadakan untuk mengkaji keadaan lost space dalam ruang bandar di Pekan Lama Ipoh berdasarkan bandar yang telah lama wujud dan mempunyai struktur ruang yang jarang diberi penekanan dari aspek penggunaan dan fungsi. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri lost space dan bagaimana untuk menjadikan ruang bandar ini lebih berfungsi yang menukarkan lost space kepada life space yang memberi kesan positif kepada ruang bandar. Pendekatan yang diadakan adalah dengan memerhatikan bentuk fizikal bandar dari aspek ‘padu-lompang, ‘penghubung’ dan ‘tempat’. Selain itu, elemen-elemen lain seperti perlakuan dan aktiviti yang berlaku disana juga dijadikan sebagai faktor yang turut mempengaruhi bentuk lost space. Kawasan kajian yang dipilih merupakan sebuah bandar lama yang telah lama wujud untuk memberikan persekitaran yang hidup kepada ruang bandar tersebut. Keadaan elemen ruang bandar yang terdapat di kawasan kajian akan dijadikan sebagai petunjuk untuk mengetahui keadaan semasa kawasan kajian untuk dijadikan panduan di dalam kajian ini. Dalam mengenalpasti lost space ini, tindakan yang dibuat adalah dengan mengkaji elemen dan kualiti ruang bandar dari segi padu-lompang, penghubungan dan tempat. Hasil kajian yang telah dijalankan, terdapat empat jenis keadaan lost space dalam ruang bandar di Pekan Lama Ipoh iaitu; kawasan bangunan usang, kawasan tanah terbiar atau kosong, kawasan rizab sungai dan kawasan konflik penghubung. Data yang diperolehi dianalisa bagi membentuk cadangan dan strategi untuk memperbaiki keadaan lost space yang merupakan tujuan dan objektif kajian ini. Kajian ini berusaha membentuk sebuah life space berasaskan potensi ruang bandar yang ada. Melalui kajian ini, ciri-ciri lost space dapat dikenal pasti, seterusnya menghasilkan satu ruang hidup yang selalu dikunjungi dalam sesebuah kawasan bandar. Akhir sekali ialah sekiranya semua cadangan dan strategi yang dibentuk dapat dilaksanakan dengan menyeluruh. Maka pembangunan ruang hidup adalah bukan sesuatu pembangunan yang mustahil dan semua pihak terlibat harus berusaha dan bersedia untuk menerima perubahan dan cabaran yang lebih mencabar di masa hadapan.
ii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya dapat disempurnakan dengan jayanya kajian akhir ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Setelah kajian akhir ini terlaksana, maka syarat bagi menerima segulung Diploma
Perancangan Bandar dan Wilayah telah dipenuhi.
Sehubungan dengan itu, jutaan terima kasih diberikan kepada Encik Mohd Roswodi
Bin Mat Zin selaku penyelia yang juga merangkap Koordinator Kajian Akhir bagi kajian
akhir ini yang telah banyak membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang sepenuhnya di
dalam menyempurnakan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Puan Nor
A’aini Binti Othman, Ketua Program Perancangan Bandar Dan Wilayah serta pensyarah-
pensyarah di dalam Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa yang telah banyak membantu
terutama di dalam memberikan sokongan moral yang tidak terhingga sepanjang penyediaan
kajian akhir ini. Penghargaan ini juga turut diberikan kepada para pegawai dan kakitangan
Majlis Bandaraya Ipoh terutamanya Pegawai Perancangan Bandar Majlis Bandaraya Ipoh
yang turut sudi membantu terutama di dalam sumbangan maklumat yang berguna. Hanya
Allah S.W.T dapat membalas jasa dan budi anda semua.
iii
Abstrak i Penghargaan ii Isi Kandungan iii Senarai Jadual vii Senarai Rajah vii Senarai Lampiran ix Senarai Singkat Kata ix
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Tujuan Kajian 3 1.4 Objektif Kajian 3 1.5 Skop Kajian 4 1.6 Methodologi Kajian 4
1.6.1 Pemahaman Awal 4 1.6.2 Kajian Ilmiah 5 1.6.3 Pengumpulan Data 6 1.6.4 Analisis 9 1.6.5 Cadangan 10
1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Rumusan 13
BAB 2.0 LOST SPACE DALAM RUANG BANDAR
2.1 Pengenalan 14 2.2 Definisi Lost Space 14 2.3 Karektor Lost Space Bandar 16 2.4 Elemen Lost Space Bandar 17
2.4.1 Lost Space Di Antara Dan Sekitar 17 Bangunan
2.4.2 Lost Space Dalam Ruang Awam 18 2.4.3 Lost Space Dalam Ruang Persendirian 21
2.5 Teori Rekabentuk Ruang Bandar 21 2.5.1 Padu dan Lompang (Figure/Ground) 24
iv
2.5.2 Teori Linkage 26 2.5.3 Teori Place 29
2.6 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Lost Space 32 2.6.1 Peningkatan Penggunaan Kenderaan 32
Dalam Bandar 2.6.2 Ketidak Sesuaian Susun Atur Gunatanah 32 2.6.3 Laluan Terselindung 33 2.6.4 Ruang Terasing 33 2.6.5 Kurang Penyelenggaraan 33
2.7 Aspek Rekabentuk Ke Arah Ruang Hidup 34 (Life Space) 2.8 Program Penjanaan Semula Kawasan 35 Lost Space Bandar
2.8.1 Modenisasi Bandar 35 2.8.2 Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Bandar 36 2.8.3 Peningkatan Taraf Bandar 36 2.8.4 Peningkatan Kemudahan Berasaskan 37
Teknologi 2.9 Rumusan 37
BAB 3.0 KAWASAN KAJIAN : PEKAN LAMA IPOH
3.1 Pengenalan 39 3.2 Latar Belakang 39 3.3 Corak Bandar 42 3.4 Ruang Bandar 43
3.4.1 Laluan Dalam Bandar 43 3.4.2 Medan 44 3.4.3 Padang 45 3.4.4 Halaman 45 3.4.5 Mall pejalan Kaki 46
3.5 Susunatur Bangunan 47 3.6 Aktiviti Ruang Bandar 49 3.7 Perhubungan Dan Kemudahsampaian 50 3.8 Rumusan 51
BAB 4.0 ANALISIS DAN PENEMUAN
4.1 Pengenalan 52 4.2 Analisis Rupa Tanah:Padu-Lompang 53
4.2.1 Kawasan Satu 65
v
4.2.2 Kawasan Dua 66 4.2.3 Kawasan Tiga 68 4.2.4 Kawasan Empat 70 4.2.5 Kawasan Lima 71 4.2.6 Kawasan Enam 72 4.2.7 Kawasan Tujuh 73 4.2.8 Kawasan Lapan 74 4.2.9 Kawasan Sembilan 75 4.2.10 Kawasan Sepuluh 76 4.2.11 Kawasan Sebelas 76
4.3 Analisis Penghubung 78 4.3.1 Persimpangan Di Jambatan 80
Jalan Sultan Idris Shah 4.3.2 Tempat Letak Kenderaan Di Pesisiran 81
Sungai 4.3.3 Jambatan Jalan Sultan Iskandar Shah 82 4.3.4 Jambatan Di Jalan Bijih Timah 82 4.3.5 Penghujung Jalan Sultan Yusof 83 4.3.6 Jalan Silang 84 4.3.7 Persimpangan Jalan Koo Chong Kong 84
4.4 Analisis Tempat 85 4.5 Penemuan Kajian 90 4.6 Rumusan 95
BAB 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 96 5.2 Konsep Asas Pembaikan Keadaan 97
Lost Space Dalam Ruang Bandar 5.2.1 Pembentukan Program Perlaksanaan 97
Harus Merupakan ’ Site Specific’ 5.2.2 Mengenalpasti Kawasan Ruang r 98
Banda Keutamaan Pembangunan 5.2.3 Penubuhan Badan Bersama 98
Di Antara SektorSwasta Dan PBT 5.2.4 Memberi Insentif Kepada Agensi Awam 98
Atau Syarikat 5.3 Strategi Pembaikan Lost Space Dalam Ruang 99
Bandar, Pekan Lama Ipoh 5.3.1 Pembangunan Semula Ruang Bandar 99 5.3.2 Peningkatan Taraf Ruang Bandar 100
vi
5.3.3 Pembangunan Infill Ruang Bandar 101 5.3.4 Pembangunan Infrastruktur Bandar 101
5.4 Cadangan Pembaikan Ruang Bandar 102 Berkeadaan Lost Space 5.4.1 Kawasan Rizab Sungai 106 5.4.2 Kawasan Konflik Penghubung 107
(Tempat Letak Kenderaan) 5.4.3 Kawasan Tanah Terbiar 107 5.4.4 Kawasan Lot Bangunan Usang 108 5.4.5 Kawasan Konflik Penghubung 109
(Jalan Perkhidmatan Di Belakang Bangunan) 5.4.6 Kawasan Konflik Penghubung. 110
5.5 Kesimpulan 116 SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN
vii
SENARAI JADUAL
Jadual 1.1 Pengumpulan Data Sekunder Dan 7 Objektif Dalam Analisis Kandungan Jadual 1.2 Pengumpulan Data Dan Objektif Semasa 8 Temubual Jadual 1.3 Pengumpulan Data Serta Objektif Semasa 9 Teknik Kerja Lapangan Diadakan Jadual 4.1 Keluasan Padu Dan Lompang 53 Jadual 4.2 Keluasan Pola Padu Bandar, Pekan Lama Ipoh 55 Jadual 4.3 Jenis Lompang Bandar Di Pekan Lama Ipoh 62 Jadual 4.4 Keluasan Karektor Lost Space Dalam 63 Lompang Bandar Jadual 4.5 Keluasan Penghubung Bandar 78 Jadual 4.6 Nodus Lost Space Dalam Penghubung Bandar 80 Jadual 4.7 Isu Dan Halangan Bagi Keadaan Lost Space 91 Jadual 4.8 Penilaian Kesesuaian Perlaksanaan Program 94 Penjanaan Semula Lost Space, Pekan Lama Ipoh Jadual 5.1 Jenis Cadangan Berdasarkan Kategori Strategi 102 Jadual 5.2 Perincian Cadangan Berdasarkan Kawasan 103 Lost Space Jadual 5.3 Cadangan Berdasarkan Isu 110 Jadual 5.4 Gambaran Cadangan Life Space 112 Berpandukan Keadaan Semasa
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Carta Aliran Kajian 12 Rajah 2.1 Lost Space Dapat Ditunjukkan Melalui 18 Padu Dan Lompang Rajah 2.2 Kemungkinan Pindaan Yang Boleh Dibuat 20 Keatas Sistem Jalan Raya Berbentuk Kekisi Rajah 2.3 Lapisan Bagi Teori Rekabentuk Bandar 23
viii
Rajah 2.4 Contoh Lukisan Figure-Ground Yang 25 Menunjukkan Padu Bewarna Hitam Dan Lompang Bewarna Putih Rajah 2.5 Enam Pola-pola Tipologi Bagi Solid Dan Void 26 Rajah 2.6 Kebanyakan Jalan Di Ibu Kota London 27 Rajah 2.7 Tiga Jenis Perhubungan Antara Ruang 29 Di Dalam Ruang Bandar Rajah 2.8 Teori Kemudahresapan Yang Dinyatakan 30 Oleh Bentley (1985) Dalam Ruang Bandar Rajah 3.1 Kawasan Kajian 41 Rajah 3.2 Taburan Karektor Lost Space 48 Rajah 4.1 Ruang Padu Dan Lompang Dalam 54 Pekan Lama Ipoh Rajah 4.2 Kawasan Pola Ruang Padu 56 Rajah 4.3 Taburan Pola Kekisi Di Pekan Lama Ipoh 57 Rajah 4.4 Taburan Pola Bersudut Di Pekan Lama Ipoh 58 Rajah 4.5 Taburan Pola Lengkung Linear 59 Di Pekan Lama Ipoh Rajah 4.6 Taburan Pola Organik Di Pekan Lama Ipoh 60 Rajah 4.7 Lost Space Dalam Ruang Lompang, Pekan 64 Lama Ipoh Rajah 4.8 Kawasan Satu Ini Merupakan Ruang 65 Lost Space Yang Terbesar Di Kawasan Pekan Lama Ipoh Rajah 4.9 Kawasan Dua Adalah Karektor Lost Space 67 Yang Wujud Di Atas Rizab Sungai Rajah 4.10 Kawasan Tiga Bagi Lompang Yang 69 Mempunyai Karektor Lost Space Di Sempadani Antara Dua Jambatan Rajah 4.11 Kawasan Empat Terbentuk Hasil Gabungan 71 Beberapa Lot Kosong Dan Stor Pembinaan. Rajah 4.12 Kawasan Lima Iaitu Lost Space Yang Wujud 72 Di Antara Bangunan Sesebuah Rajah 4.13 Lost Space Yang Wujud Keatas Jalan 75 Yang Mengikut Bentuk Sisian (Edges) Di Tepi Sungai Kinta Rajah 4.14 Kawasan Yang Terbentuk Akibat 76 Daripada Lot-lot Bangunan Yang Kosong Selepas Dirobohkan.
ix
Rajah 4.15 Karektor Lost Space Yang Wujud 77 Di Hadapan Padang Ipoh Rajah 4.16 Lost Space Dalam Penghubung, Pekan 79 Lama Ipoh Rajah 4.17 Padang Ipoh Merupakan Tempat Yang 85 Dominan Dalam Pekan Lama Ipoh Rajah 4.18 Dewan Bandaran Dan Taman Tugu 87 Terletak Bersebelahan Rajah 4.19 Kawasan Perumahan Di Pekan Lama Ipoh 88 Rajah 4.20 Lokasi Tempat Bagi Little India,Pekan 89 Lama Ipoh Rajah 4.21 Lost Space Dalam Ruang Bandar Di Pekan 93 Lama Ipoh Rajah 5.1 Kaedah Transformasi Daripada Isu Dan 108 Masalah Kepada Potensi Peningkatan Taraf Ruang Bandar Rajah 5.2 Metamorfosis Bangunan Yang Melibatkan 109 Pembangunan Infill Selepas Bangunan Asal Runtuh Rajah 5.3 Cadangan Pembaikan Lost Space Dalam Ruang 111 Bandar Di Pekan Lama Ipoh
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN I Inventori Padu Dan Lompang LAMPIRAN II Inventori Penghubung
SENARAI SINGKAT KATA JPBD Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa PBT Pihak Berkuasa Tempatan MBI Majlis Bandaraya Ipoh
1
BAB 1.0
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bandar Lama merupakan satu penempatan yang telah wujud sejak zaman
sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Bandar Lama dalam konteks kajian
bermaksud bandar-bandar yang telah lama wujud berdasarkan time-frame (bukan
berdasarkan fungsi) yang lazimnya mempunyai struktur bangunan-bangunan lama,
usang, bertamadun, bersejarah serta memiliki nilai-nilai budaya dan warisan.
Kawasan bandar lama di Ipoh yang diberi nama sebagai Pekan Lama Ipoh
didapati semua pembangunan yang dijalankan lebih tertumpu kepada struktur binaan
semata-mata namun dalam konteks ruang-ruang yang terdapat di antara bangunan
jarang diberi penekanan. Ini mungkin berkait rapat dengan fokus di negeri Perak yang
lebih memberi tumpuan kepada pembangunan yang mana ruang yang dirancang di
antara bangunan terbentuk dalam keadaan yang agak berbeza dengan ciri-ciri bandar
yang ada pada bandar lama.
Perbezaan ini boleh dilihat dalam konteks bandar lama dan bandar baru.
Kaitan rekabentuk ruang dahulu dan sekarang agak berbeza yang mana pada masa
dahulu, orang yang merancang tinggal dalam ruang dirancang manakala pada masa
sekarang, orang yang merancang tidak tinggal dalam ruang yang dirancang tersebut.
Oleh demikian, wujudlah keperluan yang terlepas pandang dan ruang-ruang yang
dirancang tidak mengikut keperluan penghuni.
2
Implikasinya, ruang tersebut tidak berfungsi serta tidak digunakan yang akan
perlahan-lahan mengubah menjadi sisa ruang yang tertinggal dalam pembangunan
serta memerlukan rekabentuk semula terhadap pembaziran ruang yang berlaku.
Pembaziran ruang yang dimaksudkan ialah ruang yang tidak memberi sumbangan
positif kepada pengguna dan persekitaran.
1.2 Kenyataan Masalah
Cabaran utama yang dihadapi oleh bandar lama Ipoh ialah corak ruang bandar
yang tidak lagi mementingkan ruang hidup sesebuah bandar. Ruang yang
“tenggelam” dengan keadaan persekitaran yang tidak digunakan disebabkan terletak
jauh daripada aliran laluan pejalan kaki di bandar. Maka wujudlah keadaan lost space
yang berlaku akibat daripada ketiadaan pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga
dan memelihara sesuatu ruang apatah lagi untuk menggunakan ruang tersebut.
Terdapatnya kawasan di dalam Pekan Lama Ipoh yang tidak mempunyai fungsi serta
tidak digunakan yang memerlukan rekabentuk semula terhadap pembaziran ruang
yang berlaku yang mana tidak memberi sumbangan positif kepada pengguna dan
persekitaran.
Oleh itu konsep ruang hidup perlu dilaksanakan dalam memastikan
kewujudan ruang-ruang pekan lama Ipoh selaras dengan konsep ruang bandar yang
mendatangkan impak positif.
3
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keadaan lost space dalam ruang
bandar di Pekan Lama Ipoh untuk meningkatkan dan membaiki kualiti ruang bandar
tersebut.
1.4 Objektif Kajian
Bagi mencapai tujuan kajian yang telah dikemukakan dalam kajian lost space
dalam ruang bandar ini. Terdapat beberapa objektif perlu dikenal pasti untuk
dilaksanakan. Antara objektif yang dikenal pasti untuk mencapai tujuan ialah :
i. Mengenalpasti ciri-ciri lost space dalam ruang bandar yang timbul di
kawasan kajian.
ii. Mengenalpasti potensi dalam ruang bandar dari segi corak, perhubungan
dan tempat.
iii. Membentuk cadangan dan strategi untuk memperbaiki keadaan lost space.
4
1.5 Skop Kajian
Di dalam penyelidikan ini, skop kajian telah dibuat berdasarkan kepada
beberapa faktor iaitu kesesuaian kajian, masa dan perolehan maklumat. Kajian ini
akan mengkaji lost space di Pekan Lama Ipoh berdasarkan ruang fizikalnya iaitu :
i. Padu dan lompang (figure-ground)
ii. Penghubungan (Linkage)
iii. Tempat (Place)
Perlakuan dan aktiviti manusia yang menduduki bandar tersebut merupakan alat yang
turut mempengaruhi proses pembentukan lost space bandar. Sehubungan itu ianya
akan dibahaskan secara ringkas dalam penyelidikan ini.
1.6 Methodologi Kajian
Penyelidikan ini akan melibatkan beberapa peringkat kajian, iaitu:-
1.6.1 Pemahaman Awal
Terdapat lima perkara yang perlu dilaksanakan di dalam
menyempurnakan peringkat ini. Antara perkara tersebut adalah penentuan
bidang kajian, mengenalpasti isu dan masalah, pembentukan tujuan, objektif
dan juga penentuan skop kajian. Mengenal pasti isu dan masalah yang terdapat
di kawasan kajian dan seterusnya membentuk tujuan dan objektif yang akan
dicapai dan menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.
5
1.6.2 Pemahaman Teoritikal
Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu peringkat untuk membuat kajian
ilmiah. Kajian ilmiah ini akan membincangkan tentang definisi lost space,
karektor lost space bandar, elemen lost space bandar, teori rekabentuk ruang
bandar (lompang dan padu, penghubungan dan tempat), faktor-faktor yang
menyebabkan lost space , aspek rekabentuk ke arah ruang hidup (life space)
dan program penjanaan semula kawasan lost space bandar.
Perbincangan mengenai definisi lost space dan elemen lost space
bandar ini adalah dengan membuat perbandingan pendapat antara beberapa
penulis mengenai perkara yang berkaitan dengan lost space. Ditambah dengan
pemahaman dan pendapat penulis mengenai lost space yang dapat memberi
kefahaman yang jelas kepada pembaca. Selain itu, teori rekabentuk ruang
bandar juga dibincangkan sebagai asas penting yang akan digunakan semasa
peringkat analisis. Kemudian aspek penjanaan semula kawasan lost space
bandar yang membincangkan kaedah menukarkan kawasan lost space kepada
life space yang mana akan menjadi asas pada peringkat cadangan. Kajian
ilmiah termasuklah kajian teoritikal, garis panduan dan juga mencari sumber-
sumber untuk membantu di dalam menjalankan kajian seterusnya.
Secara keseluruhan peringkat ini dijalankan dengan memperolehi
maklumat berbentuk teori atau data dari rujukan untuk membantu di dalam
menjalankan kajian seterusnya. Semua data diperolehi adalah data jenis
sekunder daripada buku-buku rujukan dan maklumat-maklumat yang boleh
diperolehi daripada pihak tertentu.
6
1.6.3 Pengumpulan Data
Setelah selesai menjalankan kajian ilmiah, peringkat seterusnya adalah
peringkat pengumpulan data-data dan maklumat-maklumat yang diperlukan
untuk kajian. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
1) Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur atau penerangan mengenai lost space tentang
bandar kajian telah dibuat. Sumber-sumber maklumat adalah daripada
buku-buku, dokumen yang bercetak, dan sebagainya. Tinjauan
terhadap latarbelakang kawasan kajian merupakan salah satu
daripada komponen penting dalam penyelidikan yang akan
dijalankan. Kajian ini dibuat bagi meneliti serta memahami tentang
perkembangan lost space bandar (rujuk Jadual 1.1).
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini lebih menjurus
kepada pengumpulan “data sekunder” daripada buku-buku, jurnal,
dokumen kerajaan, foto-foto dan penyelidikan yang berkenaan dengan
perkembangan kawasan kajian.
Analisis kandungan adalah teknik penyelidikan untuk membuat
rujukan-rujukan yang dapat digunapakai dan memastikan kesahihan
data dengan memerhatikan konteksnya.
7
Jadual 1.1: Pengumpulan Data Sekunder Dan Objektif Dalam Analisis
Kandungan
Data Objektif
Analisis kandungan dilakukan ke atas
• dokumen-dokumen ruang bandar
• peta-peta
• gambar
• lokasi-lokasi ruang bandar
Mendapatkan perkembangan pembentukan
lost space ruang bandar kawasan Pekan
Lama Ipoh melalui analisis dikenali
sebagai figure-ground.
2) Wawancara
Wawancara atau temubual adalah kaedah pengumpulan data
yang dihuraikan sebagai interaksi yang melibatkan penemubual dan
responden, yang bertujuan memperolehi maklumat yang dipercayai
dan sahih. Objektif fokus temubual adalah untuk memperolehi
informasi dari komunikasi yang bermanfaat untuk memperoleh
gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang diselidiki (rujuk
Jadual 1.2).
Wawancara atau temubual dilakukan dengan beberapa pegawai
dari pihak berkuasa tempatan, dan individu-individu yang berkenaan.
Kajian ini diperlukan untuk melengkapi data-data sekunder dalam
membentuk figure-ground bandar.
8
Jadual 1.2: Pengumpulan Data Dan Objektif Semasa Temubual Diadakan
Data Objektif
Wawancara dilakukan kepada beberapa
pegawai dari pihak berkuasa tempatan dan
individu-individu yang berkenaan, untuk
mendapatkan data-data ;
Profil kawasan kajian
Latarbelakang pembentukan bandar
Penjelasan terhadap ruang-ruang bandar
yang ada
Menjelaskankan profil kawasan dan
melengkapkan data sekunder berhubung
pembentukan lost space kawasan Pekan
Lama Ipoh.
Dalam kajian yang dijalankan, catatan nota digunakan untuk
merekodkan temubual yang diadakan. Seterusnya, data-data tersebut
akan digunakan bagi memudahkan kerja analisis.
3) Pemerhatian Lapangan (Field Observations)
Teknik ‘field observation’ atau tinjauan visual keatas ruang
fizikal bandar, diperlukan untuk mendapatkan data-data berkaitan
aktiviti ruang bandar, penilaian keadaan semasa dan kelemahannya
(rujuk Jadual 1.3).
Pendekatan kajian yang dilakukan adalah secara secara
subjektif, di mana tinjauan ini dibuat hasil dari pengalaman dan
pengamatan yang dibuat oleh penyelidik menurut gerak hatinya.
Melalui pendekatan ini, kualiti visual yang menyumbang kepada
karakter akan di nilai dengan penghayatan dan pemerhatian keatas
bandar iaitu melalui pemerhatian lapangan (field observation).
9
Jadual 1.3: Pengumpulan Data Serta Objektif Semasa Teknik Kerja Lapangan
Diadakan
Data Objektif
1. Padu dan Lompang (figure-ground)) Memerhati dan merekodkan bangunan-
bangunan yang ada dan ruang yang tidak
melibatkan pembangunan yang
membentuk elemen padu dan lompang
bandar tersebut.
2. Penghubungan
Memerhatikan corak penghubungan
bandar berdasarkan analisis kandungan
yang telah dibuat sebelumnya.
3. Tempat
Memerhati dan merekodkan aktiviti ruang
bandar dan kualiti visual terhadap ruang
bandar.
1.6.4 Analisis
Analisis dalam kajian ini merangkumi:
i. Analisis padu-lompang untuk melihat perhubungan antara jisim
bangunan dan kawasan terbuka iaitu meliputi hubungan liputan tanah
bagi jisim padu (solid) dan lompang terbuka (void).
ii. Analisis penghubungan (linkage) untuk melihat hubungkait antara
ruang dalam kawasan kajian dari segi penghubungan jalan dan laluan
pejalan kaki.
iii. Analisis tempat (place) untuk melihat ruang fizikal yang dapat
menghasilkan bentuk yang unik untuk persekitaran ruang. Analisis ini
melibatkan penghayatan dan perasaan terhadap sesuatu ruang dalam
kawasan kajian.
10
Di dalam pembentukan penemuan, kawasan lost space dimasukkan
dalam jadual yang lebih terperinci dan menyeluruh di dalam menentukan
tahap lost space bandar di kawasan kajian berdasarkan hierarki keluasan dan
aktiviti.
Teknik ini juga membantu di dalam kajian ini untuk mendapatkan isu
dan masalah yang menyeluruh di kawasan kajian. Seterusnya ialah
menyediakan cadangan bagi mengatasi atau meningkatkan pembangunan
kawasan kajian untuk menjadi mewujudkan ruang yang hidup.
1.6.5 Cadangan
Di dalam peringkat ini rumusan dan cadangan perlu dibuat untuk
menyelesaikan kajian ini. Sebelum membentuk cadangan untuk
menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, rumusan mestilah terlebih dahulu
dibentuk untuk memfokuskan masalah-masalah yang timbul.
Seterusnya barulah cadangan–cadangan dapat dibentuk dan
dikemukakan berdasarkan hasil kajian dan analisis yang telah dibentuk.
Cadangan yang dibentuk tidak akan menyimpang daripada tujuan dan
objektif kajian. Berdasarkan penemuan-penemuan yang ditemui, cadangan-
cadangan yang dikemukakan adalah berbentuk satu garispanduan bagi
memastikan matlamat, isu dan masalah dapat dicapai dan cadangan yang
dijalankan juga adalah secara menyeluruh.
11
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah salah satu usaha di dalam menyediakan perancangan
pembangunan semula yang dapat meningkatkan kualiti ruang yang yang terdapat di
kawasan pusat bandar.
Kepentingan kajian ini juga untuk membentuk satu ruang bandar yang hidup
serta mempunyai satu rangkaian yang baik di antara masyarakat dan persekitaran
untuk menjana taraf hidup yang baik di dalam satu jangka masa yang panjang. Kajian
ini juga menggalakkan dan membentuk sesuatu ruang yang dapat menjana aktiviti
sosial penduduk dengan mengubah ruang-ruang mati dalam bandar kepada ruang-
ruang hidup yang dapat memberikan kesan positif kepada penduduk dan pengunjung.
12
Rajah 1.1 : Carta Aliran Kajian
Pemilihan Kawasan Kajian
Penyataan Isu Dan Masalah
Pembentukan Matlamat Dan Objektif
Penentuan Skop Dan Methodologi Kajian
Pemahaman Definisi Dan Konsep Lost
Space
Komponen Yang Menyumbang Lost
Space
Aspek Dan Kaedah Dalam Kajian Lost
Space
Mengkaji Lost Space Kawasan Kajian
Data Primer
Pemerhatian Lapangan (Field Observation)
Memerhati dan merekodkan karakter fizikal yang membentuk lost space bandar.
Data Sekunder
Kajian Teoritikal dan wawancara
Mengetahui Perkembangan dan proses pembentukan lost space kawasan kajian.
Analisis Lost Space Kawasan Kajian
Analisis Padu-Lompang
Analisis Penghubung Analisis Tempat
Penjanaan Semula Kawasan Lost Space Bandar
Rekabentuk Ruang Hidup (Life Space)
Program Penjanaan Semula Lost Space
Pem
aham
an A
wal
Kajia
n Te
oriti
kal
Peng
umpu
lan
Dat
a An
alisi
s Ca
dang
an
13
1.8 Rumusan
Kajian ini dibuat bertujuan mewujudkan ruang yang positif dalam ruang
bandar di Pekan Lama Ipoh, Perak. Pada peringkat awal ini, satu pendahuluan kajian
berdasarkan kepada pengetahuan umum mengenai masalah–masalah yang terdapat di
dalam tapak kajian dan kesannya terhadap ruang bandar lama.
Seterusnya setelah masalah di kawasan kajian dikenal pasti skop kajian
dirangka bagi mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan proses pengumpulan maklumat berjalan lancar.
Kemudian pendekatan kajian atau metodologi kajian akan dibentuk sebagai panduan
untuk menjalankan kajian dari peringkat permulaan sehingga peringkat terakhir
kajian.
Akhir sekali, kepentingan kajian yang dibuat akan menjelaskan untuk
mengukuhkan lagi tujuan dan objektif kajian yang dibentuk. Pendahuluan merupakan
satu bab permulaan kajian bagi menghasilkan sebuah kajian akhir tentang Kajian Lost
Space Dalam Ruang Bandar Di Pekan Lama Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
14
BAB 2.0
LOST SPACE DALAM RUANG BANDAR
2.1 Pengenalan
Bab dua adalah merupakan bab yang menerangkan tentang kajian ilmiah
secara lebih terperinci di dalam kajian ini. Bab ini menerangkan tentang perkara-
perkara yang berkaitan dalam pemahaman dan kefahaman tentang definisi, elemen
dan aspek penjanaan ruang bandar. Selain itu, teori-teori berkaitan juga dibincangkan
selaras dengan faktor yang dapat memperbaiki keadaan lost space terhadap ruang
bandar.
2.2 Definisi Lost Space
Menurut Trancik (1986), lost space dari segi istilah ialah sesuatu ruang yang
mempunyai landskap yang tidak tersusun dan lebihan di sekitar bangunan yang tidak
digunakan atau plaza yang tenggelam yang mana tidak digunakan disebabkan terletak
jauh daripada aliran laluan pejalan kaki di bandar. Dalam erti kata lain , lost space
berlaku akibat daripada ketiadaan orang yang bertanggungjawab untuk menjaga dan
memelihara sesuatu ruang apatah lagi untuk menggunakannya.
Umumnya, lost space adalah kawasan bandar yang tidak mempunyai fungsi
serta tidak digunakan yang memerlukan rekabentuk semula terhadap pembaziran
15
ruang yang berlaku yang mana tidak memberi sumbangan positif kepada pengguna
dan persekitaran.
Lost space berlaku di dalam ruang. Menurut Zevi (1957) dalam Trancik
(1986), beliau mendefinasikan ruang bandar sebagai sesuatu reruang yang lompang
seperti jalan-jalan, medan, taman dan taman permainan. Beliau juga berpendapat
ruang bandar terbentuk melalui dua jenis ruang iaitu ruang dalaman dan ruang luaran.
Ruang dalaman yang dimaksudkan ialah ruang dalam bangunan itu sendiri, dan ruang
luaran ditakrifkan sebagai aturan bangunan-bangunan dalam bandar tersebut.
Menurut Krier (1979) pula, ruang bandar mempunyai maksud yang jelas jika
dilihat dari segi ciri-ciri geometri dan kesenian yang membenarkan pengguna secara
sedar untuk mengamati ruang luaran tersebut. Beliau menyifatkan ruang luaran itu
sebagai ruang bandar itu sendiri. Beliau berpendapat ruang luaran dilihat sebagai
kawasan terbuka, ruang-ruang tidak terhalang untuk pergerakan di luar rumah,
kawasan awam, separa awam dan zon persendirian.
Oleh itu, kajian untuk mengenalpasti lost space dalam bandar hanya
melibatkan ruang-ruang lompang (void) atau luaran dalam ruang bandar. Secara
amnya, kajian ini hanya melibatkan struktur ruang yang berada di luar bangunan
seperti jalan, medan, taman, dataran dan ruang-ruang lain yang berkaitan.
16
2.3 Karektor Lost Space Bandar
Lost space berlaku dalam ruang di bandar. Menurut Spreiregen (1978), ruang
terbahagi kepada dua iaitu: ruang formal (urban spaces) dan ruang semulajadi (open
spaces). Ruang formal terbentuk pada satah, fasad-fasad bangunan dan lantai,
manakala ruang semulajadi pula ialah kawasan-kawasan lapang di sekitar bandar.
Lost space di dalam sesuatu komposisi bandar merupakan salah satu elemen penting
dimana ianya dapat memberi kelemahan imej satu-satu bandar sesuatu ruang tidak
berfungsi, tidak bermakna dan simbolik kepada sesuatu tempat samada secara
individu atau kombinasi dengan elemen-elemen lain seperti bangunan dan sebagainya.
Ruang biasanya ada kaitan rapat dengan bentuk dan masa (J. Catanese,et al.
1979). Sesuatu ruang akan menonjolkan suasana yang berlainan dalam masa-masa
yang berasingan. Sebagai contoh, suasana berlainan ini mungkin disebabkan
perubahan aktiviti di dalamnya mengikut masa-masa tertentu. Di Malaysia, contoh
yang jelas ialah kewujudan aktiviti pasar terbuka seperti pasar malam dan pasar tani.
Pada masa ruang tersebut akan digunakan untuk aktiviti pasar dan pada masa lainnya
ia mugkin digunakan untuk tujuan lain seperti tempat letak kenderaan dan sebagainya.
Berdasarkan Krier (1970), terdapat dua jenis ruang bandar yang utama iaitu:
laluan (street) dan dataran (square). Laluan adalah merujuk kepada rangkaian
pergerakan manusia dan kenderaan yang mana ianya juga secara langsung bertindak
sebagai pembentuk struktur atau susunatur bandar seperti yang telah dikaji oleh
Lynch (1960) dan Krier (1970). Dataran pula merupakan tempat masyarakat
berkumpul atau bertumpu di dalam sesuatu bandar iaitu termasuklah seperti plaza,
piazza, platz, padang, medan dan sebagainya seperti yang telah dikaji oleh Krier
(1970) dan Bentley (1985). Bagaimanapun terdapat banyak pecahan lain dari jenis
17
ruang bandar. Namun begitu, ruang-ruang bandar di Malaysia dapat dibahagikan
kepada beberapa bentuk iaitu medan, plaza, dataran, jalan, lorong, kaki-lima, padang
dan taman.
2.4 Elemen Lost Space Bandar
Lost space bandar terbentuk hasil daripada beberapa elemen. Proses
menggunakan elemen ruang bandar adalah sebahagian kaedah untuk mengawal
keadaan lost space bandar secara berasingan tetapi masih mempunyai kaitan antara
satu sama lain. Elemen-elemen ruang bandar adalah seperti ruang di antara dan sekitar
bangunan, ruang awam dan ruang persendirian (J. Catanese,et al. 1979).
2.4.1 Lost Space Di Antara dan Sekitar Bangunan
Rekabentuk bandar lazimnya dianggap rekabentuk ruang di luar
bangunan semata-mata. Perancang bandar bertanggungjawab memberikan satu
hubungan yang positif terhadap ruang yang ada pada jarak antara bangunan
dengan menghubungkaitkan ruang kepada satu corak bandar yang lebih besar.
Ruang luaran boleh dibentuk dalam pelbagai keadaan seperti juga ruang
dalaman.
Penempatan sesebuah bangunan dalam persekitaran ruang bandar akan
menyebabkan belakunya satu perhubungan dengan ruang sekitar bangunan
tersebut. Tambahan pula wujudnya barisan bangunan-bangunan yang akan
menyebabkan hubungan reruang akan lebih kompleks. Hubungan yang jelas
antara ruang dalaman dan ruang luaran dapat diungkapkan melalui ruang
18
negatif dan ruang positif. Ruang negatif ialah ruang yang telah dipenuhi
dengan pembangunan manakala ruang positif adalah ruang yang masih kosong
dan mempunyai potensi untuk dibangunkan. Ruang negatif dan positif dapat
dilihat secara struktur dengan mengungkapkan padu dan lompang bandar ke
atas pelan (rujuk Rajah 2.1). Hasil daripada kaedah tersebut akan
mencadangkan sesuatu potensi rekabentuk ruang bandar untuk mencipta
perhubungan aturan ruang dalaman dan luaran.
2.4.2 Lost Space Dalam Ruang Awam
Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan ruang awam adalah
sebahagian daripada intrinsic (asas) hidup bagi bandar. Sebagai contoh di
Eropah, medan-medan melalui metamorfosis pada setiap hari. Pada awal pagi,
medan-medan tersebut befungsi sebuah pasar, kemudiannya pada sebelah
siang hari diubah sebagai kawasan tempat meletak kenderaan, dan akhirnya
pada waktu malam pula sebagai tempat makan terbuka. Malangnya, pada hari
ini ruang awam menjadi lost space dalam bandar dan perlu mengubah medan
atau ruang awam sebagai sebahagian fabrik bandar yang penting dan teratur
Rajah 2.1 : Lost Space Dapat Ditunjukkan Melalui Padu Dan Lompang Bandar (J. Catanese,et al. 1979)
19
untuk dijayakan. Medan juga perlu diletakkan dan disambungkan ke dalam
sistem jalan untuk mencapai kejayaan sesuatu ruang.
Kepentingan penyediaan kawasan ruang terbuka dalam persekitaran
binaan dan bangunan telah termaktub di dalam piawaian perancangan. Ini
adalah kerana untuk mengelakkan berlakunya pembaziran ruang awam dan
ruang yang tidak berfungsi yang menjurus berlakunya lost space.
Terdapat dua kaedah untuk menghubungkan ruang terbuka kepada
bangunan-bangunan utama. Pertamanya rekabentuk ruang awam di hadapan
bangunan perlu membenarkan pandangan visual terhadap struktur bangunan.
Keduanya perletakan bangunan di tengah-tengah ruang terbuka supaya di
sekitar bangunan tersebut wujud baki ruang awam untuk dikunjungi.
Ruang awam terbentu hasil daripada gabungan bentuk-bentuk
pergerakan awam seperti lorong pejalan kaki, taman bandaran dan dataran.
Bentuk geometri ruang awam adalah penentu utama rupa bandar. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu dijalankan bagi menjadikan laluan jalan raya sebagai satu
elemen yang memberi bentuk geometri kepada rupa bandar.
Rupa bandar kebiasaannya berbentuk kekisi atau grid. Asas rupa
bandar ini boleh mencapai perubahan dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah
seperti berikut:-
a. Penutupan jalan tertentu pada pertengahan blok untuk
menghapuskan terus lalulintas bagi mewujudkan ruang terbuka
yang baru sebagai kawasan beristirehat dan tempat letak
kenderaan (rujuk Rajah 2.2.a).
20
Rajah 2.2 : Kemungkinan Pindaan Yang Boleh Dibuat Keatas Sistem Jalan Raya Berbentuk Kekisi (J. Catanese,et al. 1979)
b. Mengecilkan ruang jalan pada hujung blok bagi mewujudkan
perasaan pemisahan yang kuat antara blok bangunan dan
menyingkatkan jarak laluan melintas jalan (rujuk Rajah 2.2.b).
c. Membentuk persilangan antara kekisi (grid) blok untuk
mengubah asas geometri tersebut (rujuk Rajah 2.2.c)
a) b) c)
21
2.4.3 Lost Space Dalam Ruang Persendirian
Ruang persendirian adalah baki ruang bandar yang telah digunakan sebagai
ruang awam seperti penyediaan infrastruktur dan taman rekreasi. Ruang
persendirian juga dapat member kesan bentuk persekitaran lost space bandar.
Terdapat tiga kekangan bagi penggunaan ruang persendirian seperti berikut:-
a. Kawalan pembangunan yang digubal untuk menghadkan
penggunaannya.
b. Faktor sosial, ekonomi dan budaya yang menjejaskan penggunaan
ruang melalui sistem kompleks yang digunakan oleh masyarakat.
c. Keinginan dan kepentingan pihak tertentu yang selalu berpihak
kepada orang yang berkepentingan dan kaya.
2.5 Teori Rekabentuk Ruang Bandar
Dalam rekabentuk ruang bandar terdapat tiga kelompok teori yang boleh
digunapakai untuk menganalisa dan memahami lost space bandar, yang antaranya
terdiri daripada; teori ‘figure/ground’, teori ‘lingkage’ dan teori ‘place’. Ketiga-tiga
teori tersebut perlu digabungkan di antara satu dengan lainnya, bagi mendapatkan
suatu analisis yang terperinci terhadap lost space bandar.
Menurut Trancik (1986), ketiga-tiga pendekatan kelompok teori berikut
merupakan landasan penyelidikan lost space bandar. Ketiga-tiga pendekatan tersebut
22
memiliki potensi yang sama sebagai strategi ruang bandar dalam menekankan ruang
hidup bandar secara terpadu.
Teori pertama adalah teori figure/ground, teori ini dapat difahami melalui
penggunaan tanah (pattern) dengan hubungan antara bentuk yang dibina (building
mass) dan ruang terbuka (open space). Analisis figure/ground adalah alat yang baik
untuk mengidentifikasikan sebuah tekstur dan struktur lost space serta
mengidentifikasikan masalah penyusunan massa/ruang bandar, meskipun kelemahan
analisis figure/ground terdiri daripada dua aspek iaitu yang pertama adalah perhatian
hanya pada gagasan-gagasan ruang bandar dua dimensi sahaja, sementara yang kedua
pengfokusannya sering dianggap terlalu statik.
Teori kedua adalah teori linkage, dimana teori ini dapat difahami melalui
ruang bandar yang dinamik serta dianggap sebagai generator bandar itu. Analisis
linkage adalah alat yang baik untuk memerhatikan dan menegaskan hubungan-
hubungan dan gerakan-gerakan sebuah lost space bandar.
23
Figure-ground
Linkage
Place
Rajah 2. 3: Lapisan bagi Teori Rekabentuk Bandar (Trancik .1986)
Sementara kelemahan analisis lingkage wujud dari aspek yang lain, iaitu kurangnya
perhatian dalam mendefinisikan lost space secara spasial dan kontekstual.
Sementara teori ketiga adalah place (tempat), dimana teori tersebut difahami
menerusi kepentingan tempat-tempat dalam bandar yang terbuka terhadap sejarah,
budaya dan sosialisasinya. Analisis tempat adalah alat yang baik untuk memberi
pengertian mengenai ruang bandar melalui corak kehidupan bandar secara kontekstual
24
Namun begitu, kelemahan teori ini wujud melalui pemerhatiannya yang hanya
difokuskan pada satu tempat di bandar sahaja.
Merujuk rajah 2.3 didpati ketiga-tiga teori itu bersama-sama mendefinisikan
susunan massa di dalam bandar dan tata ruang bandar dengan suatu struktur yang
jelas diantara solid (massa) dan void (tertutup/terbuka). Sekaligus mengatur dan
menghubungkan bahagian-bahagian ruang bandar serta memberi respons terhadap
keperluan orang-orang di bandar serta semua elemen bandar yang bersifat senibina,
mengikut kesesuaian dengan persekitarannya.
2.5.1 Padu dan Lompang (Figure/ground)
Teori figure/ground difahami sebagai suatu hubungan tekstur di antara
bentuk yang dibina (building mass) dan ruang terbuka (open space). Analisis
figure/ground adalah alat yang sangat baik untuk mengidentifikasikan sebuah
tekstur dan pola-pola struktur bandar (urban fabric), serta mengidentifikasikan
masalah penyusunan padu dan lompang.
Suatu lingkungan binaan tidak dapat dirasakan tanpa adanya suatu
bahagian kognitif yang menjadi asasnya. Beberapa pola penunjuk arah perlu
diadakan sehingga suatu bentuk dapat dihasilkan. Bentuk-bentuk tersebut
selalu menggambarkan suatu kesesuaian antara organisasi ruang fizikal dan
organisasi ruang sosial. Pemakaian analisis padu-lompang sangat berguna
dalam pembahasan pola-pola tekstur.
Figure adalah istilah untuk massa (padu) yang dibina (biasanya dalam
gambar ditunjukkan dengan warna hitam) dan ground adalah istilah untuk
25
semua ruang di luar massa itu atau lompang biasanya ditunjukkan dengan
warna putih (rujuk Rajah 2.4).
Gambar seperti itu menunjukkan keadaan tekstur bandar atau kawasan
bandar tersebut. Kadang-kadang sebuah figure/ground digambarkan dengan
warna yang sebaliknya supaya dapat mengekspresikan kesan yang tertentu.
Menurut Trancick (1986), kajian figure ground mendedahkan hubungan antara
padu-lompang yang dibentuk berdasarkan rupa dan lokasi bagi bangunan, reka
bentuk unsur-unsur tapak (penanaman, dinding), dan saluran pergerakan
mengakibatkan enam pola-pola tipologi: kekisi (grid), bersudut (angular),
lengkung linear (curvilinear), jejari / sepusat (radial consentrict), paksi (axial)
dan organik (organic) seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.5.
Rajah 2.4 : Contoh Lukisan Figure-Ground Yang Menunjukkan Padu Bewarna Hitam Dan Lompang Bewarna Putih (Trancick. 1986)
26
Rajah 2. 5: Enam Pola-pola Tipologi Bagi Solid Dan Void (Trancick.
1986)
2.5.2 Teori Linkage
Kelompok teori itu disebut dengan istilah linkage (penghubung), yang
memerhatikan dan menegaskan hubungan-hubungan dan gerakan-gerakan
(dinamik) sebuah tata ruang bandar (urban fabric).
Dalam pendekatan ini pula, ia diilhamkan berdasarkan “garisan” yang
menghubungkan antara satu unsur kepada unsur yang lain. “Garisan” ini
dibentuk oleh jalan, laluan pejalan kaki, ruang terbuka secara linear atau unsur
perhubungan yang lain secara fizikalnya menghubungkan antara semua
bangunan dalam bandar. Hubungkait antara ruang dalam sesebuah bandar
adalah penting dalam menghubungkan ruang bangunan antara bangunan selain
ruang sesebuah bandar dengan bandar yang lain. Ini kerana sesebuah ruang
akan menjadi kurang efektif dan kurang digunakan sekiranya tiada
perhubungan antara ruang-ruang tersebut. Ini akan mewujudkan ruang mati di
dalam sesebuah kawasan bandar.
27
Rajah 2. 6 : Kebanyakan jalan di ibu kota
London. melalui penggunaan elemen koridor
ini berfungsi sebagai koridor perbandaran
yang menghubungkan dua taman disekitar
Rumah Putih, Trancick(1986).
Seperti yang telah dikemukakan diatas, kelompok teori linkage
memerhatikan susunan dan hubungan bahagian-bahagian bandar antara satu
dengan yang lainnya.
Menurut Fumihiko Maki (1964) di dalam Trancick (1986), hubungan
antara ruang adalah dianggap sebagai pelekat yang menghubungkan ruang-
ruang di kawasan bandar. Ianya adalah penting dalam membentuk
kemudahsampaian dan mengelakkan dari berlakunya keadaan ruang yang
mati. Secara khususnya, beliau telah mengetengahkan tiga jenis perhubungan
antara ruang di dalam ruang bandar (rujuk Rajah 2.7).
1) Bentuk Komposisi
Ianya adalah merujuk kepada susunan laluan yang terbentuk daripada
ruang antara bangunan. Ianya disusun mengikut bentuk-bentuk asas
bandar tersebut dengan berkonsepkan gubahan.
28
2) Bentuk Mega
Perhubungan dalam bentuk mega pula adalah lebih menjurus terhadap
penyambungan visual. Setiap struktur dihubungkan melalui rangkaian
hubungan yang dapat dilihat secara fizikal.
3) Bentuk Kelompok
Ianya adalah melibatkan hubungan antara struktur yang lebih bersifat
semula jadi. Ianya turut mengambil kira ruang dalam bangunan sebagai
sistem penghubung antara satu ruang dengan ruang yang lain.
Menurutnya lagi, beliau menganggap kriteria bagi penghubung
tersebut sebagai karakteristik yang sangat penting didalam persekitaran
bandar. Menurut beliau, penghubung adalah hakikat utama didalam bandar.
Penghubung adalah tindakan yang menyatukan semua lapisan aktiviti serta
hasilnya yang memiliki rupa secara fizikal didalam bandar. Rekabentuk
bandar memperhatikan pertanyaan yang membuat hubungan secara meluas
antara objek yang dipisahkan.
Kesimpulannya, penghubung memerhatikan keupayaan dalam
memperjelaskan sebuah kedudukan yang luas sekali denagan mengartikulasi
bahagiannya.
29
Rajah 2. 7 : Tiga Jenis Perhubungan Antara Ruang Di Dalam Ruang Bandar (Trancick. 1986)
2.5.3 Teori Place
Teori place ini pula memberi penambahan dan penekanan pada
bahagian keperluan manusia, kebudayaan, ruang bersejarah dan konteks
semulajadi. Teori ini menganjurkan perlunya ruang fizikal tambahan bagi
menghasilkan bentuk yang unik untuk persekitaran ruang. Antara kaedah yang
digunakan untuk menonjolkan keadaan sesuatu tempat ialah:-
1) Kemudahresapan (Permeability)
Teori kemudahresapan melibatkan penghubungan yang
menjadi pengikat kepada ruang-ruang di dalam sesebuah kawasan
30
Rajah 2.8 : Teori Kemudahresapan Yang Dinyatakan Oleh Bentley (1985) Dalam
Ruang Bandar
bandar. Ianya adalah amat penting untuk memastikan keberkesanan
ruang luaran bandar dan juga keselamatan penggunanya. Terdapat
beberapa pendapat yang mengutarakan mengenai perhubungan yang
berkesan dalam rekabentuk persekitaran ruang bandar. Tujuan utama
teori yang diketengahkan ini adalah bagi mewujudkan revitalation di
dalam ruang perbandaran yang dapat mewujudkan daya hidup bagi
sesebuah ruang secara keseluruhannya.
Antara pendapat yang dapat diperhatikan adalah mengenai teori
kemudahresapan antara ruang yang diutarakan (Bentley et al.,1985) di
dalam bukunya yang bertajuk Responsive Enviroment. Beliau
berpendapat bahawa ruang baik dan kadar visual yang jelas (rujuk
Rajah 2.8 ).
31
2) Mudah Diingati Dan Difahami (Legibility)
Selain itu, teori terhadap legibility yang diutarakan oleh Lynch
(1960) mengetengahkan ruang bandar yang menyerlahkan kualiti
ruang yang mudah diingati dan difahami. Ini membolehkan pengguna
membuat pilihan terhadap laluan yang akan dilalui di sesebuah
kawasan bandar. Kekuatan terhadap visual yang ditonjolkan di
sesebuah bandar memberikan sense of direction bagi setiap
perhubungan antara ruang. Secara ringkasnya pembentukan ruang
hidup adalah menitikberatkan kualiti laluan dan visual.
Rekabentuk persekitaran yang mengetengahkan
kemudahresapan mewujudkan satu rangkaian kawasan yang
menyediakan kemudahan dan peluang bagi para penduduk bandar
untuk berinteraksi di samping mewujudkan kawasan bandar yang
berdaya hidup yang dihubungkan dari segi laluan alternatif dan visual
yang baik.
32
2.6 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Lost Space
Terdapat lima faktor utama yang telah menyumbang kepada berlakunya lost space
dalam bandar:
2.6.1 Peningkatan Penggunaan Kenderaan Dalam Bandar.
Ruang yang mempunyai terlalu banyak penggunaan kenderaan bagi
laluan adalah amat berpotensi dalam mengundang lost space daripada berlaku.
Ini adalah disebabkan pengguna hanya berada dalam kenderaan, oleh itu
ruang-ruang tersebut lebih menjurus tidak mempunyai aktiviti yang pelbagai
selain hanya laluan kenderaan. Selain itu, keadaan yang sedemikian akan lebih
menjadikan ruang tersebut lebih sukar untuk hidup dan pengguna
menjalankan aktiviti lain kerana penuh dengan kenderaan lalu-lalang.
2.6.2 Ketidak Sesuaian Susun Atur Gunatanah
Sensitiviti yang kurang terhadap kemungkinan bagi kewujudan ruang
potensi lost space mengundang kepada pembentukan susun atur gunatanah
yang menyumbang kepada ketidaksesuaian fungsi sesuatu gunatanah. Sebagai
contoh, kawasan sekolah yang terletak berhampiran dengan kawasan
perindustrian.
33
2.6.3 Laluan Terselindung
Ruang yang terselindung adalah melibatkan ruang yang mempunyai
kadar penglihatan yang terhalang dari laluan utama. Keadaan ini
mengakibatkan kadar visibility yang perlu ada bagi pengguna terhadap ruang
menjadi terhad dan ianya meningkatkan kadar lost space. Contoh yang ketara
adalah di kawasan lorong belakang yang mana halangan terhadap visual oleh
bangunan dan semak-samun mendorong kepada potensi kepada berlakunya
lost space.
2.6.4 Ruang Terasing
Ruang yang dikategorikan sebagai ruang terasing ini adalah terletak
jauh dari pemerhatian pengguna yang lain. Ianya melibatkan kadar
pengawasan yang amat rendah dan menyumbang kepada potensi lost space
yang utama. Ruang seperti kawasan tempat letak kereta di belakang bangunan
dan di tepi sungai yang amat terasing daripada pemerhatian pengguna lain,
acap kali menjadi ruang berlakunya lost space.
2.6.5 Kurang Penyelenggaraan
Ruang yang tidak dilaksanakan dilihat sebagai kawasan yang tidak
mendapat perhatian di dalam ruang bandar dan akibat daripada keadaan
tersebut wujud lost space.
34
2.7 Aspek Rekabentuk Ke Arah Ruang Hidup (Life Space)
Ruang hidup tidak ada takrif khusus untuk menerangkan maksudnya. Namun
begitu, ruang hidup boleh dikatakan sebagai sesuatu kualiti ruang yang berupaya
memberi tindak balas yang positif kepada pengguna dan sekitar. Ian Bentley et
al.,(1985) telah membuktikan terdapat tujuh tahap dalam rekabentuk ruang yang dapat
memberikan ruang yang responsif dalam erti kata lain ruang hidup.
Tahap yang pertama ialah kemudahresapan (permeability). Kemudahresapan
adalah perkara asas untuk mencapai kualiti ruang yang baik. Pada peringkat ini perlu
menentukan sebanyak mana laluan yang digunakan untuk ke sesuatu tempat. Ia
melibatkan di mana orang boleh pergi dan dimana tidak boleh pergi.
Tahap yang kedua ialah kepelbagaian (variety). Pada tahap ini, ruang
dimaksimumkan dengan kepelbagaian yang mana melibatkan pelbagai penggunaan
yang boleh disedari oleh orang dalam bandar tersebut.
Tahap yang ketiga ini ialah mudah diingati dan difahami (legibility). Ia
melibatkan bagaimana dengan mudah pengguna dapat memahami peluang-peluang
yang ditawarkan. Rangkaian hubungan yang memberikan unsur-unsur yang
memberikan struktur tanggapan ke ruang yang dibawa masuk dalam proses
rekabentuk.
Tahap yang keempat ialah keteguhan (robustness). Ia melibatkan darjah di
mana orang boleh menggunakan satu tempat untuk tujuan berbeza yang mana
menawarkan lebih pilihan berbanding ruang-ruang yang dihadkan untuk penggunaan
tunggal.
Tahap yang kelima ialah kesesuaian visual (visual appropriateness).
Kesesuaian visual ini melibatkan rupa terperinci bagi ruang-ruang dan orang dalam
35
bandar tersebut menyedari pilihan yang boleh didapati. Ini adalah penting kerana ia
melibatkan tafsiran yang kuat oleh pengguna yang hendak diletakkan dalam ruang
tersebut.
Tahap yang keenam ialah kekayaan (richness). Kekayaan melibatkan pilihan
pengguna yang dapat merasai pengalaman tersendiri yang mana perlu membuat
keputusan dalam cara meningkatkan pilihan merasai pengalaman oleh pengguna.
Tahap yang ketujuh ialah keperibadian (personalization). Pada peringkat
terakhir ini, keperibadian melibatkan takat dimana pengguna boleh meletakkan tanda
sendiri pada ruang sesuatu ruang.
2.8 Program Penjanaan Semula Kawasan Lost Space Bandar
Program penjanaan semula kawasan lost space bandar yang akan diterapkan
bagi tujuan menghidupkan semula ruang bandar akan dikelaskan kepada empat aspek
penting iaitu (Unit Perundingan Universiti Malaya, 2003):-
a. Modenisasi Bandar;
b. Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bandar;
c. Peningkatan Taraf Bandar; dan
d. Peningkatan Kemudahan Berasaskan Teknologi.
2.8.1 Modenisasi Bandar
Konsep modenisasi dalam aspek penjanaan semula kawasan lost space
bandar meliputi pelbagai usaha ke arah meningkatkan kualiti fizikal ruang
bandar. Perlaksanaan program modenisasi bandar dalam lost space bandar
36
melibatkan pembangunan secara komprehensif dan bersepadu. Program
modenisasi bandar melibatkan tindakan yang membawa kepada perubahan
struktur fizikal sesebuah ruang bandar. Ianya melibatkan proses pembentukan
persekitaran baru bersesuaian dengan potensi dan sumber yang terdapat di
kawasan tersebut. Cadangan program modenisasi melibatkan perubahan
penggunaan tanah, tambahan ruang lantai pembangunan, pembentukan imej
rupabentuk yang berteraskan konsep pengindahan kawasan.
2.8.2 Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Bandar
Pendekatan pemuliharaan dan pemeliharaan bandar terhadap ruang
bandar terutamanya kepada kawasan lost space merupakan tindakan-tindakan
bersepadu ke arah menghidup dan menceriakan kembali kawasan usang dan
lama serta ‘lost’ dalam bandar. Segala proses yang terlibat untuk menjaga
sesuatu tempat atau bangunan bagi tujuan memelihara kepentingan budaya.
Tindakannya termasuk perawatan dan mengikut keadaan tertentu termasuk
pengekalan, pemulihan, pembangunan semula dan penyesuaian.
2.8.3 Peningkatan Taraf Bandar
Usaha-usaha ke arah menyediakan, meningkatkan dan mempelbagai
aktiviti dalam bandar selaras dengan usaha untuk menghidupkan semula
bandar lama. Program peningkatan taraf bandar ini pada dasarnya merupakan
program yang dirancang oleh PBT dalam meningkatkan mutu kualiti fizikal
bandar. Oleh itu, pembiayaan dan perlaksanaan projek seumpama ini akan
dibuat oleh sama ada PBT, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
37
Manakala bagi program yang melibatkan tanah-tanah milik
persendirian, tuan punya tanah akan memainkan peranan utama dalam
mengemukakan cadangan PBT.
2.8.4 Peningkatan Kemudahan Berasaskan Teknologi
Kepentingan sains dan teknologi di dalam era maklumat kini
merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam aspek penjanaan semula
kawasan lost space bandar. Menyediakan, mempelbagai, memperbaiki
infrastruktur dan ruang bagi aktiviti berasaskan teknologi maklumat selaras
dengan perkembangan teknologi semasa.
Penyediaan elemen-elemen berasaskan teknologi membantu ke arah
pembentukan masyarakat berilmu dan berpengetahuan. Selain itu, ianya juga
mempertingkatkan efisiensi pengurusan di samping menjadikan ruang bandar
berdaya maju dan menarik untuk dikunjungi.
2.9 Rumusan
Secara kesimpulannya, pengenalpastian lost space adalah pendekatan yang
dapat membentuk potensi pembangunan yang baik kepada ruang bandar. Ini kerana
pendekatan mengenalpasti lost space adalah satu pembentukan potensi pembangunan
yang mementingkan pengisian kreatif terhadap pembaziran ruang yang ada untuk
untuk memenuhi keseluruahan fabrik bandar.
38
Hasil daripada kajian lost space bandar ini juga, dapat membentuk satu
rangkaian antara perhubungan, bangunan dan persekitaran. Ini bertujuan untuk
memastikan pembangunan yang disediakan menjadi pembangunan yang hidup dari
segi aktiviti sosial dan memelihara alam sekitar. Rangkaian tersebut akan
mewujudkan kawasan ruang bandar yang mempunyai tahap kunjungan yang baik,
interaksi sosial yang baik antara pengguna dan ia juga menggalakkan
mengoptimumkan penggunaan sumber yang terdapat di persekitaran dengan terkawal
dan tidak berlaku pembaziran.
39
BAB 3.0
KAWASAN KAJIAN : PEKAN LAMA IPOH
3.1 Pengenalan
Bahagian ini menghuraikan tentang latarbelakang dan keadaan semasa
kawasan kajian. Melalui pemahaman ini kajian lanjut khususnya yang melibatkan
pemerhatian lapangan akan lebih mudah diterjemah dengan lebih tepat. Bab ini
mengandungi dua bahagian utama. Bahagian pertama akan menghuraikan berkaitan
latarbelakang bandar kajian. Seterusnya, bahagian kedua pula akan menghuraikan
tentang keadaan semasa bandar meliputi corak bandar, lost space bandar, ruang
bandar, susunatur bangunan, aktiviti bandar dan akhir sekali perhubungan dan
kemudahsampaian. Elemen-elemen ini penting kerana berkait rapat dan akan
mempengaruhi komponen utama tentang pendekatan analisis ruang lost space bandar
dan bersesuaian dengan objektif kajian.
3.2 Latar Belakang
Ipoh adalah ibu negeri bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Pusat bandar Ipoh
terbahagi kepada dua kawasan iaitu Ipoh Baru dan Ipoh Lama. Nama lain bagi Ipoh
Lama ialah Pekan Lama Ipoh. Namun begitu, proses perbandaran dan pembangunan
sama ada oleh pihak kerajaan mahupun individu telah menggabungkan kedua-dua
kawasan ini sebagai sebuah bandar besar yang menjadi Ibu Negeri Perak.
40
Kawasan yang dipilih sebagai kajian kes adalah Pekan Lama Ipoh yang
terletak di dalam Lembah Kinta yang pada masa dahulu terkenal dengan kawasan
perlombongan bijih timah. Lokasi Pekan Lama Ipoh terletak bersebelahan dengan
Sungai Kinta iaitu bekas kawasan perlombongan pada masa dahulu. Faktor utama
pemilihan kawasan ini adalah kerana statusnya sebagai salah satu Pekan lama dan
boleh diklasifikasikan sebagai salah sebuah pembangunan yang tidak terancang pada
masa dahulu yang banyak menyebab berlakunya lost space.
Kawasan Pekan Lama Ipoh ini meliputi Kawasan Pentadbiran Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) yang merangkumi kawasan seluas 142 ekar. Secara umumnya,
kawasan kajian ini terletak di dalam daerah Kinta yang mana terletak di sebahagian
Mukim Ulu Kinta. Ia terletak di tengah-tengah kawasan Majlis Bandaraya Ipoh dan
merupakan nadi penggerak pembangunan bagi kawasan Majlis (rujuk Rajah 3.1).
Pekan Lama Ipoh merupakan pusat kegiatan ekonomi utama yang menyediakan
pelbagai kemudahan awam dan menjadi pusat pentadbiran utama bagi kerajaan
Negeri Perak kerana menempatkan ibu pejabat-ibu pejabat jabatan dan pelbagai
agensi kerajaan. Aktiviti gunatanah utama di kawasan kajian adalah perdagangan dan
intitusi (rujuk Rajah 3.2). Kawasan kajian ini berkembang secara organik iaitu pusat
perkembangannya bermula di pinggir Sungai Kinta seterusnya akibat tekanan
pembangunan dan keadaan semasa ianya seperti apa yang terdapat pada hari ini
(Rujuk Rajah 3.2).
41
RAJAH 3.1
42
3.3 Corak Bandar
Pada masa sekarang, walaupun telah berlaku dengan banyak pencampuran
dengan pembangunan yang baru, daerah pekan lamanya masih dapat dilihat dengan
jelas sama ada dari segi gaya senibina mahupun rupabentuk persekitarannya. Ini
terutamanya di bahagian timur yang menganjur ke selatan, kawasan perbandaran lama
yang mana disempadani oleh deretan rumah kedai di Jalan Sultan Yusof dan Jalan
Tun Sambanthan. Di bahagian barat pula, Jalan Panglima Bukit Gantang merupakan
pemisah dengan kawasan pembangunan bersebelahan yang mana telah ditetapkan
oleh Majlis Bandaraya Ipoh sebagai kawasan Pekan Lama Ipoh. Sungai juga menjadi
sempadan yang jelas memisahkan kawasan Pekan Lama Ipoh dengan Pekan Baru
Ipoh.
Tumpuan pelbagai aktiviti mengikut kawasan tertentu di bandar ini juga
menonjolkan beberapa daerah berlainan. Daerah-daerah tersebut ialah institusi dan
kemudahan masyarakat di bahagian Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan
Khoo Chong Kong, Jalan Sultan Iskandar Shah, Jalan Dato’ Sagor dan Jalan Dato’
Maharaja Lela. Daerah perumahan di Jalan Bijih Timah dan Persiaran Bijih Timah.
Kawasan di sebelah barat kawasan kajian mempunyai ciri-ciri pembangunan
dengan kepadatan rendah. Kebanyakan bangunan di sini terdiri dari bangunan
sesebuah dimana majoritinya adalah bangunan intitusi dan kemudahan masyarakat.
Ciri-ciri ini berbeza dengan kawasan di sebelah timur kawasan kajian (terutamanya di
sekitar Jalan Sultan Yusof, Jalan Bandar Timah, Jalan Bijih Timah, Jalan Lahat, Jalan
Tun Sambanthan, Jalan Panglima, Jalan Sultan Iskandar Shah, Jalan Othman Talib,
Persiaran Bijih Timah dan Jalan Silang) yang mana sebahagian besarnya
menempatkan deretan rumah-rumah kedai yang kelihatan lebih padat.
43
Sungai Kinta merupakan sempadan utama yang mempengaruhi pembentukan
bandar tersebut sejak awal pembentukannya lagi. Fungsinya sebagai sempadan masih
jelas dapat dilihat di mana ia memisahkan bandar tersebut kepada dua bahagian
utama(pekan lama dan pekan baru).
3.4 Ruang Bandar
Terdapat lima jenis ruang bandar utama yang terdapat di kawasan kajian ini.
Kajian mendapati setiap jenis ruang tersebut berisiko menyumbang kepada karektor
lost space bandar ini. Jenis-ruang-ruang bandar tersebut adalah seperti berikut:
3.4.1 Laluan Dalam Bandar
Laluan-laluan dari pelbagai saiz yang terdapat di Pekan Lama Ipoh
bukan sahaja penting untuk tujuan pergerakan, malah juga boleh
mempamerkan lost space bandar dari aspek keruangannya. Satu dari lost
space dari segi laluan di kawasan kajian ialah laluan terselindung. Laluan
terselindung ini sama ada dari segi laluan belakang rumah kedai dan juga
lalaun pejalan kaki di tebing sungai.
Foto 3.1: Laluan pejalan kaki di tebing sungai yang perlu mnyusuri di bawah jambatan laluan kenderaan di Jalan Sultan Iskandar Shah (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.2: Corak jalan belakang rumah kedai yang terselindung yang berdekatan Menara Jam (rujuk Rajah 3.1).
44
3.4.2 Medan
Medan Selera Dato’ Sagor merupakan sebuah medan yang penting
dalam potensi membentuk ‘life space’ dalam kawasan kajian. Tetapi keadaan
semasa bagi medan tersebut yang agak terselindung dan tersembunyi adalah
perkara yang menjadi karektor lost space bagi kawasan berkenaan. Medan
yang dilingkungi oleh beberapa bangunan peninggalan sejarah ini mempunyai
beberapa ciri-ciri istimewa. Pertamanya, ia terletak di tengah-tengah pusat
bandar yang mana menjadikannya begitu aksesibel dari semua arah di dalam
kawasan kajian. Selain itu, medan ini juga istimewa kerana menempatkan
menara jam yang merupakan salah satu mercutanda utama di bandar ini.
Seterusnya, ia merupakan nodus yang penting dalam bandar kajian kerana di
situlah berlakunya penumpuan aktiviti manusia terutamanya dari kalangan
pekerja yang bekerja di sekitar kawasan berkenaan berehat, singgah sebentar
atau menjamu selera. Fungsi nodus ini disokong lagi dengan kedudukannya
yang berhampiran dengan Masjid Negeri Sultan Idris Shah II.
Foto 3.4: Menara jam atau Tugu Peringatan J.W.W Birch yang terletak bersebelahan dengan medan selera (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.3: Medan Selera Dato’ Sagor yang mempunyai kadar permeability yang rendah dan agak tersembunyi (rujuk Rajah 3.1).
45
3.4.3 Padang
Padang Ipoh merupakan sebuah ruang yang penting bukan sahaja dari
sudut fizikal bandar, malah budaya atau aktiviti bandar. Dari sudut fizikal
bandar, kewujudan padang tersebut mempunyai perkaitan rapat dengan rumah
Kelab Diraja Ipoh yang terletak bertentangan dengannya dimana susunatur
tersebut menonjolkan identiti kolonial. Pada masa ini, padang tersebut juga
penting sebagai tempat berlangsungnya pesta dan pelbagai sambutan tahunan.
Pada hari-hari biasa pula ia digunakan sebagai padang bola sepak yang telah
membantu mengaktifkan dan memeriahkan lagi suasana bandar dan
menjadikannya sebagai life space.
3.4.4 Halaman
Ruang-ruang ini telah memecahkan keseragaman susunan bangunan
rumah kedai dan mewujudkan variasi dari segi saiz dan susunan ruang bandar.
Ruang seperti ini lazimnya melengkapi bangunan yang mempunyai senibina
menarik. Ini menjadikan ruang hadapan bangunan sedemikian menonjol
dengan karektor lost space sepertimana yang dapat dilihat pada bangunan
Foto 3.5: Padang Ipoh menjadi ruang bandar yang memberi gambaran visual yang menarik bagi Pekan Lama Ipoh (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.6: Bangunan Kelab Diraja Ipoh yang terletak di hadapan Padang Ipoh perkaitan ruang bandar kolonial (rujuk Rajah 3.1).
46
yang berhadapan dengan Padang Ipoh di JalanTun Sambanthan. Halaman-
halaman terasing ini yang masih kosong juga menyumbang kepada ruang
yang lost space.
3.4.5 Mall Pejalan Kaki
Jalan Lahat dan Jalan Tun Sambanthan merupakan mall pejalan kaki di
kawasan kajian. Ia berfungsi sebagai penghubung antara monumen yang
terdapat di sekitarnya. Bagaimanapun laluan mall ini dimasuki oleh kenderaan
yang memberi masalah terutamanya kepada pejalan kaki. Perkara sebigini
akan menyumbang kepada perkara lost space kerana pengguna hanya berada
dalam kenderaan, oleh itu ruang-ruang tersebut lebih menjurus tidak
mempunyai aktiviti yang pelbagai selain hanya laluan kenderaan.
Foto 3.7: Halaman depan rumah kedai yang kosong menyumbang kepada berlakunya lost space di Jalan Tun Sambantahan (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.8: Lot bangunan rumah kedai yang kosong juga salah satu ruang yang lost space di Jalan Silang (rujuk Rajah 3.1).
47
3.5 Susunatur Bangunan
Dari analisis padu dan lompang yang dibuat, didapati kawasan penempatan
yang lebih awal di Pekan Lama ini lebih cenderung dengan ciri-ciri sususnan padat.
Ini termasuklah dari segi saiz jalan yang sempit dan kelebaran lot unit-unit bangunan
yang kecil. Keadaan ini juga secara langsung menyediakan satu persekitaran dengan
ciri-ciri lost space yang tinggi terutamanya untuk kepentingan interaksi komuniti.
Walaubagaimanapun, keadaan yang berbeza dapat dilihat di kawasan sebelah barat
kajian di mana susunan bangunan adalah longgar kerana kebanyakan binaan di sini
terdiri dari bangunan sesebuah.
Foto 3.9: Mall pejalan kaki yang dimasuki kenderaan mengancam keselamatan pejalan kaki di Jalan Tun Sambanthan (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.10: Jalan yang dijadikan mall pejalan kaki di kawasan ‘little india’di Jalan Lahat (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.11: Bangunan-bangunan intitusi yang berkepadatan rendah kerana melibatkan pembangunan sesebuah di Jalan Panglima Bukit Gantang (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.12: Kawasan rumah kedai yang berkepadatan tinggi kerana melibatkan pembangunan rumah kedai di Jalan Market (rujuk Rajah 3.1).
48
RAJAH 3.2
49
3.6 Aktiviti Ruang Bandar
Dari kajian lapangan yang telah dibuat, terdapat dua faktor utama yang
mempengaruhi corak aktiviti dalam ruang bandar kajian. Faktor yang pertama adalah
dari corak kehidupan masyarakat setempat dan keduanya disumbangkan oleh sektor
perniagaan yang mana telah mengaktifkan lagi suasana ‘life space’ bandar.
Masyarakat setempat dilihat penting kerana aktiviti dan kehidupan mereka yang
begitu rapat dengan persekitaran.
Penempatan masyarakat di dalam pusat bandar menjadikannya sentiasa
‘hidup’ di mana pelbagai aktiviti harian mereka dapat dilihat secara dekat. Senario
yang terdapat di Jalan Bijih Timah dan Persiaran Bijih Timah merupakan contoh jelas
bagaimana masyarakat menjalani kehidupan seharian mereka dari segi ekonomi,
rekreasi dan sebagainya.
Pada sebelah malam sebahagian besar kawasan pekan lama ini tidak lagi aktif.
Kebanyakan premis tidak lagi beroperasi dan aktiviti perniagaan juga sukar dilihat. Di
sekitar kawasan Jalan Lahat yang juga diberi nama kawasan ‘Little India’, dapat
dilihat keadaan yang begitu berbeza antara siang dan malamnya. Aktiviti perniagaan
Foto 3.13: Aktiviti rekreasi di Taman Pesisiran Sungai Kinta yang penuh dengan pengunjung pada waktu petang (rujuk Rajah 3.2).
Foto 3.14: Medan selera Dato’ Sagor lazimnya menjadi tumpuan pengunjung pada waktu pagi (rujuk Rajah 3.2).
50
yang meriah di siang hari berubah menjadi sepi pada lewat petang dan malam.
Tambahan pula, pencahayaan yang kurang baik menyebabkan tiadanya sebarang
aktiviti manusia di sini. Keadaan yang sama juga berlaku di bahagian-bahagian lain
dalam kawasan kajian. Hanya terdapat beberapa restoran atau gerai makanan yang
beroperasi dan memangkin aktiviti manusia seperti di JalanTun Sambanthan dan Jalan
Bandar Timah. Keadaan ini disebabkan oleh penawaran yang lebih tinggi terhadap
pelbagai aktiviti di bahagian perbandaran baru dan kurangnya aktiviti yang dapat
menjanakan aktiviti manusia di bahagian pekan lama.
3.7 Perhubungan Dan Kemudahsampaian
Perhubungan dan kemudahsampaian dalam kawasan kajian agak memuaskan
kerana terdapat enam laluan masuk ke dalam kawasan Pekan Lama Ipoh yang mana
empat laluan pintu masuk adalah dalam bentuk jambatan yang merentasi Sungai
Kinta. Lazimnya, bandar lama mempunyai corak jalan yang berbentuk grid iron
(kekisi), seperti juga di Pekan Lama Ipoh.
Foto 3.15: Aktiviti perniagaan bercorak kebudayaan India di Jalan Lahat (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.16: Bangunan lama yang telah disesuaikan guna bangunan dengan menjadikannya sebagai restoran (rujuk Rajah 3.1).
51
3.8 Rumusan
Bab Tiga merupakan bab menerangkan perkara yang berkaitan dengan
kawasan kajian. Kawasan kajian adalah aspek penting untuk menjelaskan tentang
keadaan masa lepas, keadaan semasa dan persekitaran kawasan yang telah dipilih.
Kawasan kajian yang dipilih merupakan sebuah bandar lama yang telah lama wujud
untuk memberikan persekitaran yang hidup kepada ruang bandar tersebut. Keadaan
elemen ruang bandar yang terdapat di kawasan kajian akan dijadikan sebagai petunjuk
untuk mengetahui keadaan semasa kawasan kajian untuk dijadikan panduan di dalam
kajian ini. Selain itu, keadaan persekitaran kawasan ini juga dapat ditingkatkan
dengan seimbang mengikut keperluan pembangunan di kawasan kajian tersebut. Ini
akan membantu di dalam kajian ini untuk meningkatkan taraf ruang bandar di
kawasan ini.
Foto 3.17: Corak jalan berbentuk grid iron di kawasan rumah kedai di Jalan Bandar Timah (rujuk Rajah 3.1).
Foto 3.18: Jambatan kecil yang merentasi di Sungai Kinta dengan kawasan seberang di Jalan Bijih Timah (rujuk Rajah 3.1).
52
BAB 4.0
ANALISIS DAN PENEMUAN
4.1 Pengenalan
Di dalam bab kedua sebelum ini telah membincangkan secara jelas bahawa
lost space sesebuah bandar itu dapat dilihat dengan menggunakan kaedah figure
ground (padu-lompang), penghubung dan tempat. Bahagian ini akan menghuraikan
penemuan kajian tentang elemen dan kualiti yang telah dikenalpasti menonjol dan
penting dalam menyumbang kepada lost space kawasan kajian berdasarkan kajian
yang telah dijalankan. Maklumat telah dikumpulkan melalui beberapa teknik yang
dipilih sebelum ini dan analisa secara kualitatif.
Terdapat beberapa kandungan utama di dalam bab ini. Bahagian pertama akan
menghuraikan penemuan tentang kaedah analisis seperti padu-lompang , penghubung,
dan tempat untuk mengenalpasti ruang yang menonjol dalam menyumbang kepada
pembentukan lost space dan mengenalpasti ruang yang berpotensi dalam
pembentukan life space. Bahagian kedua akan menghuraikan penemuan mengenai
lokasi dan fungsi sesuatu ruang yang lost space.
53
4.2 Analisis Rupa Tanah :Padu-Lompang
Analisis yang dijalankan dalam bentuk skala makro besar dengan melihat
corak rupa tanah. Padu-lompang memperhatikan bandar secara keseluruhannya,
analisis padu-lompang secara makro besar menfokuskan pada ciri khas lost space dan
masalah lost space kawasan bandar kajian secara keseluruhannya.
Analisis yang dijalankan mendapati bahawa pecahan kawasan padu adalah
sebanyak 39.36 ekar (27.71%) dan kawasan lompang pula sebanyak 102.64 ekar
(72.29%) daripada keseluruhan kawasan kajian yang seluas 142 ekar (rujuk Jadual
4.1).
Jadual 4.1 : Keluasan Padu Dan Lompang.
Perkara Keluasan (ekar) % Padu 39.36 27.71
Lompang 102.64 72.29 Jumlah Keseluruhan 142.00 100.00
Padu bandar adalah sesuatu bentuk binaan yang dibina dan di tunjukkan di
dalam pelan sebagai warna hitam yang dapat menunjukkan keadaan tekstur bandar.
Rajah 4.1 menunjukkan tekstur bandar melalui elemen padu yang diwarnakan dengan
warna hitam.
Elemen padu bandar ini terdiri daripada bangunan-bangunan perniagaan,
intitusi dan bangunan kerajaan termasuk perumahan.
54
55
Keadaan padu bandar di Pekan Lama Ipoh dapat dibahagikan kepada empat
pola iaitu kekisi (grid), bersudut (angular), lengkung linear (curvilinear) dan organik
(organic) (rujuk Rajah 4.2).
Keadaan pola ruang padu diambil kira dalam kajian ini adalah kerana bentuk
aturan padu dalam kawasan kajian mempengaruhi bentuk-bentuk ruang yang terjadi
setelah tekstur bandar dipenuhi dengan padu. Jenis pola padu bandar ini akan
membentuk ciri ruang yang berbeza dan juga mempengaruhi pembentukan lost space.
Jadual 4.2: Keluasan Pola Padu Bandar, Pekan Lama Ipoh
Pola Padu Luas Padu (ekar) % Kekisi 27.73 70.45
Bersudut 4.84 12.29 Lengkung Linear 2.59 6.59
Organik 4.20 10.67 Jumlah 39.36 100
Pola kekisi dalam ruang Pekan Lama Ipoh ini terbentuk kerana elemen padu
iaitu bangunan komersil adalah terdiri daripada bentuk bangunan rumah kedai yang
mana terdapat laluan di sekeliling bangunan kedai. Keluasan padu yang mempunyai
pola kekisi ini ialah 27.73 ekar (70.45%) daripada keluasan padu bandar. Lokasi yang
berlaku pola kekisi ini adalah di sepanjang Jalan Sultan Yusof, Jalan Tun
Sambanthan, Jalan Bandar Timah dan Jalan bijih Timah.
56
57
Rajah 4.3 : Taburan Pola Kekisi Di Pekan Lama Ipoh
Dalam kawasan kajian ini juga melibatkan pola bersudut di mana padu iaitu
bangunan yang ada di atur bersudut antara bangunan sekitar. Keluasan padu yang
mempunyai pola bersudut ini ialah 4.84 ekar (12.29%) daripada keluasan padu
bandar. Keadaan ini berlaku pada elemen padu bandar yang terdiri daripada bangunan
sesebuah. Keadaan ini berlaku di lokasi Jalan Bijih Timah, Persiaran Bijih Timah dan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Foto 4.1: Persimpangan Jalan Dato’ Maharaja Lela dan Jalan Sultan Yusof menunjukkan simpang empat yang lazim terjadi pada susunatur bangunan secara kekisi (grid).
Foto 4.2: Susunatur bangunan secara lurus dan bersudut 90 berlaku dalam kawasan Pekan Lama Ipoh.
U
58
Rajah 4.4 : Taburan Pola Bersudut Di Pekan Lama Ipoh
Pola lengkung linear dalam kawasan kajian terjadi pada bangunan rumah
kedai di Jalan Lahat. Keadaan ini berlaku akibat kerana pembangunan rumah kedai
tersebut terpaksa mengikut pola pembangunan di sebelah rumah kedai tersebut iaitu
bangunan intitusi dan kerajaan yang disusun secara organik (rujuk Rajah 4.5).
Keluasan padu yang mempunyai pola lengkung linear ini ialah 2.59 ekar (6.59 %)
daripada keluasan padu bandar.
U
Foto 4.3: Bangunan Dewan Bandaran disusun atur secara bersudut dengan bangunan hadapannya iaitu Bangunan Stesen Keretapi.
Foto 4.4: Bangunan Kelab Ipoh mempunyai aturan yang bersudut selari dengan Padang Ipoh.
59
Rajah 4.5 : Taburan Pola Lengkung Linear Di Pekan Lama Ipoh
Pola organik pula berlaku di kawasan intitusi dan bangunan kerajaan yang
mana bangunan di kawasan tersebut diatur secara berselerak (rujuk Rajah 4.6).
Kawasan yang berlaku keadaan seperti ini seperti di Jalan Koo Chong Kong
dan di persimpangan Jalan Bukit Gantang Wahab dan Jalan Tun Abdul Razak.
Keluasan padu yang mempunyai pola organik ini ialah 4.20 ekar (10.67%) daripada
keluasan padu bandar (rujuk Rajah 4.6).
U
Foto 4.5: Susunatur bangunan di Jalan Lahat yang melengkung.
Foto 4.6: Susunatur bangunan lengkung linear dipengaruhi oleh faktor topografi.
60
Rajah 4.6 : Taburan Pola Organik Di Pekan Lama Ipoh.
Kesemua bentuk pola padu atau susunatur padu di Pekan Lama Ipoh ini
berpotensi untuk menyumbang kepada ciri lost space tetapi pola yang paling ketara
membentuk ciri lost space ialah dari jenis pola organik dan bersudut kerana susunatur
setiap elemen padu mempunyai jarak yang tidak konsisten dan agak berterabur. Maka
U
Foto 4.7: Bangunan Ibu Pejabat Polis Negeri Perak yang mempunyai perletakan yang berterabur.
Foto 4.8: Bangunan intitusi seperti Jabatan Kesihatan dan Tabung Haji diletakkan secara organik.
61
setiap ruang yang wujud secara tidak konsisten antara padu bandar boleh mewujudkan
karektor ruang mati yang memberi satu bentuk pembaziran ruang (lost space.
Ruang lompang adalah sesuatu ruang yang tinggal akibat daripada bentuk
binaan yang dibina dan di tunjukkan di dalam pelan sebagai warna hitam supaya
dapat mengekpresikan kesan lompang bandar terhadap tekstur bandar dalam
mengenalpasti lokasi lost space. Rajah 4.7 menunjukkan tekstur bandar melalui
elemen padu yang diwarnakan dengan warna hitam.
Ruang lompang di kawasan kajian terbahagi kepada ruang bandar dari jenis
ruang awam, ruang separa awam, ruang persendirian dan ruang separa persendirian.
Ruang persendirian dan ruang awam mudah untuk mengenalpasti karektor lost space
yang wujud tetapi karektor lost space dalam ruang separa awam dan ruang separa
persendirian adalah sukar untuk di kenalpasti kerana ruang-ruang tersebut
kebiasannya melibatkan konflik kegunaan ruang oleh individu mahupun awam yang
memerlukan kajian secara mikro. Oleh itu, untuk mengenal pasti lost space melalui
lompang bandar ini hanya melibatkan ruang awam dan persendirian sahaja kerana
lompang bandar yang telah dilukis dalam pelan hanya melibatkan penentuan lompang
bandar secara makro sahaja.
Jenis ruang lompang yang ada di Pekan Lama Ipoh ialah ruang awam dan
ruang persendirian. Ruang awam mempunyai keluasan 84.67 ekar (82.49%) dan
ruang persendirian mempunyai keluasan 17.97 ekar (17.51%) (rujuk Jadual 4.3).
Ruang awam terdiri daripada jalan, taman rekreasi dan rizab kerajaan
manakala ruang persendirian terdiri daripada lot-lot tanah persendirian yang berpagar
dan lot-lot rumah kedai yang kosong.
62
Jadual 4.3: Jenis Lompang Bandar Di Pekan Lama Ipoh
Jenis Lompang Luas Lompang (ekar) % Ruang Awam 84.67 82.49
Ruang Persendirian 17.97 17.51 Jumlah 102.64 100
Lost space yang wujud dalam ruang lompang di Pekan Lama Ipoh ini
melibatkan ruang-ruang milik kerajaan seperti rizab sungai dan jalan (tempat letak
kenderaan) serta milik persendirian seperti lot-lot bangunan yang telah roboh serta
tanah kosong yang terbiar. Kebanyakan ruang-ruang kosong milik persendirian ini
menjadi lost space kerana tiada pembangunan dan kegunaan semasa hanyalah tempat
letak kenderaan dan semak samun.
Melalui ruang lompang, keadaan lost space dapat dikenalpasti secara langsung
kerana lompang bandar hanya melibatkan ruang-ruang yang tiada pembangunan. Oleh
itu, 12 kawasan karektor lost space telah dikenalpasti seperti di Jadual 4.4 dan Rajah
4.7.
Foto 4.9: Taman Poket merupakan salah satu ruang awam di Pekan Lama Ipoh.
Foto 4.10: Lot-lot tanah kosong seperti lot rumah kedai merupakan ruang persendirian.
63
Jadual 4.4 : Keluasan Karektor Lost Space Dalam Lompang Bandar
Kawasan
Kegunaan Semasa Luas Lompang (ekar)
Peratus(%)
1 Rizab sungai tempat letak kenderaan 5.84 42.44 2 Rizab sungai dan kawasan rekreasi 2.87 20.86 3 Rizab sungai dan kawasan rekreasi 1.91 13.89 4 Stor dan tempat letak kenderaan 1.79 13.01 5 Tempat letak kenderaan dan terbiar 0.66 4.80 6 Tempat letak kenderaan (lot kedai kosong) 0.23 1.67 7 Tempat letak kenderaan (lot kedai kosong) 0.16 1.16 8 Tempat letak kenderaan (lot kedai kosong) 0.12 0.87 9 Tempat letak kenderaan (lot kedai kosong) 0.08 0.58 10 Tempat letak kenderaan (lot kedai kosong) 0.05 0.36 11 Tempat letak kenderaan (lot kedai kosong) 0.05 0.36
Jumlah 13.76 100 Penentuan kawasan adalah berdasarkan Keutamaan Rank Kawasan berpandukan
saiz keluasan.
Penerangan bagi setiap lompang yang mempunyai karektor lost space akan
diperincikan mengikut setiap kawasan yang yang telah dinyatakan dalam Jadual 4.4.
13.76 ekar merupakan keluasan ruang yang mempunyai karektor lost space dalam
ruang lompang yang mempunyai keluasan keseluruhan 102.64 ekar.
64
65
4.2.1 Kawasan Satu (1)
Rajah 4.8: Kawasan Satu Ini Merupakan Ruang Lost Space Yang Terbesar Di Kawasan Pekan Lama Ipoh
Kawasan lompang yang mempunyai karektor lost space kebiasaannya berada
pada rizab-rizab mundur seperti rizab sungai di pinggiran sungai Kinta (rujuk
Rajah 4.8). Lompang ini dikenalpasti sebagai lost space kerana pinggiran
sungai tersebut adalah kawasan rekreasi pinggir sungai, tetapi suasana yang
suram dan terbiar menyebabkan kawasan ini termasuk dalam sesuatu yang lost
space.
Foto 4.11: Tempat letak kenderaan yang tidak mengambil kira faktor sisian (edges) di sebelah sungai.
Foto 4.12: Keadaan semulajadi yang tidak diselitkan dengan kemudahan bereakreasi menyebabkan kurang kunjungan orang awam.
U
Arah Kepungan Padu
Sungai Kinta
66
Selain itu, di kawasan satu ini berlakunya ketidaksesuaian susunatur tempat
letak kenderaan dan bangunan rumah kedai. Perkara sebegini menguatkan lagi
tentang kawasan ini dizonkan sebagai lost space. Kawasan satu ini
mempunyai keluasan 5.84 ekar (42.44 %) daripada kawasan lompang.
4.2.2 Kawasan Dua (2)
Lost space yang wujud dalam ruang lompang di kawasan dua ialah sebanyak
2.87 ekar (20.86%). Fungsi sebenar kawasan ini ialah sebagai kawasan
rekreasi. Akibat daripada ruang yang tertinggal dalam pembangunan, ruang ini
menjadi kosong dan tidak digunakan (rujuk Rajah 4.9).
Foto 4.13: Lot kosong yang dijadikan tempat letak kenderaan sementara di berdekatan jambatan Jalan Sultan Idris Shah.
Foto 4.14: Kren-kren yang di letakkan hadapan rumah kedai menjadi konflik gunatanah kerana ketidaksesuaian rekabentuk tempat letak kenderaan.
67
Rajah 4.9 : Kawasan Dua Adalah Karektor Lost Space Yang Wujud Di Atas Rizab Sungai
Ruang yang telah dikawasankan sebagai kawasan dua ialah kawasan
lompang yang mempunyai ciri yang sama dengan kawasan satu, tetapi di
kawasan ini terletaknya bersebelahan sungai Kinta yang berlakunya ruang
yang tidak diselenggara dan terbiar. Ruang di sini membuatkan pengunjung
tidak menyedari tentang masih ada ruang yang boleh dipenuhi dengan
pelbagai aktiviti rekreasi, tetapi akibat ruang yang dipenuhi dengan semak
samun dan longgokan sampah sarap menyebabkan ruang ini menjadi mati
akibat tiada orang melalui dan menyedari kewujudan ruang tersebut.
U
Arah Kepungan Padu
Sungai Kinta
68
4.2.3 Kawasan Tiga (3)
Keadaan lost space yang berlaku dalam ruang lompang di kawasan tiga ialah
sebanyak 1.91 ekar (13.89%). Fungsi sebenar kawasan ini ialah sebagai
kawasan rekreasi. Akibat daripada ruang yang tertinggal dalam pembangunan,
ruang ini menjadi kosong dan tidak digunakan. Selain itu, kawasan ini juga
menjadi lost space kerana perletakannya adalah di belakang bangunan
perumahan iaitu Rumah Pangsa Kinta Height. Tabiat penghuni rumah pangsa
tersebut yang suka membuang sampah di belakang rumah tersebut adalah
salah satu punca berlakunya lost space (rujuk Rajah 4.10).
Foto 4.15: Tempat pembuangan sampah di sebelah sungai.
Foto 4.16: Pokok-pokok yang hampir menutupi laluan dan menghalang laluan di pesisiran sungai.
69
Selain itu, perletakannya juga yang bersebelahan dengan tangki najis juga
menyumbang kepada ruang ini ditinggalkan kerana mungkin orang awam
beranggapan kawasan sekitar tangki najis adalah kawasan yang mempunyai
masalah bau busuk yang perlu dihindari.
Rajah 4.10 : Kawasan Tiga Bagi Lompang Yang Mempunyai Karektor Lost Space Di Sempadani Antara Dua Jambatan
Foto 4.17: Tangki najis di rizab sungai. Foto 4.18 : Belakang rumah pangsa menghakis sense of place bagi ruang pesisiran sungai.
Arah Kepungan Padu
Sungai Kinta
U
70
4.2.4 Kawasan Empat (4)
Karektor yang terbentuk di kawasan empat adalah sesuatu yang lost space
kerana kegunaan semasa di kawasan tersebut ialah stor dan tempat letak
kenderaan sementara.
Stor yang dimaksudkan ialah tempat penyimpanan barang pembinaan termasuk
kren yang mana mempunyai konflik dengan gunatanah sekitar iaitu kawasan
perniagaan. Keluasan kawasan ini sebanyak 1.79 ekar (13.01 %) daripada
keluasan kawasan lompang bandar.
Foto 4.19: Stor pembinaan di atas lot kosong rumah kedai mencacatkan pandangan dalam Pekan Lama Ipoh.
Foto 4.20 : Ruang yang masih kosong menjadi tempat letak kenderaan sementara semasa waktu pejabat.
71
Rajah 4.11 : Kawasan Empat Terbentuk Hasil Gabungan Beberapa Lot Kosong Dan Stor Pembinaan
4.2.5 Kawasan Lima (5)
Keluasan yang telah dikawasankan sebagai kawasan lima adalah 0.66 ekar
(4.80%) daripada keseluruhan kawasan lompang. Kawasan ini ialah lot milik
persendirian yang terbiar dan dijadikan tempat letak kenderaan (rujuk Rajah
4.12).
Foto 4.21: Lot kosong di antara bangunan Tabung Haji dan Mahkamah Syariah (lama).
Foto 4.22 : Ruang yang dipenuhi semak samun mencacatkan kualiti pandangan bangunan persekitaran.
U
Arah Kepungan Padu
72
Kawasan ini terletak diantara bangunan institusi dan bangunan kerajaan .
Kawasan ini mepunyai ruang yang terselindung dan tertutup oleh semak-
samun.
Rajah 4.12 : Kawasan Lima Iaitu Lost Space Yang Wujud Di Antara Bangunan Sesebuah
4.2.6 Kawasan Enam (6)
Kawasan enam mempunyai dua lot bangunan rumah kedai kosong seluas 0.23
ekar (1.67%) . Lost space dalam kawasan ini wujud berdasarkan keadaan lazim
sesuatu lost space terjadi iaitu lot bangunan yang kosong tetapi tiada
pembangunan (rujuk Rajah 4.14).
U
Arah Kepungan Padu
73
4.2.7 Kawasan Tujuh (7)
Kawasan tujuh pula merujuk kepada lot-lot bangunan yang telah diruntuhkan
dan dijadikan tempat letak kenderaan di sekeliling bangunan yang mana ruang
tersebut membazir dalam penggunaan ruang sebagai kawasan komersil (rujuk
Rajah 4.14). Kawasan ini mempunyai keluasan 0.16 ekar (1.16 %).
Foto 4.23: Lot kosong di antara bangunan rumah kedai dijadikan tempat letak kereta berbayar.
Foto 4.24 : Ruang kosong ini memberi pandangan yang lompang di mana tidak terhalang oleh binaan.
Foto 4.23: Lot kosong di antara bangunan rumah kedai dijadikan tempat letak kereta berbayar.
Foto 4.24 : Ruang kosong ini memberi pandangan yang lompang di mana tidak terhalang oleh binaan.
74
4.2.8 Kawasan Lapan (8)
Kawasan lapan merupakan kawasan lot rumah kedai yang tidak ada
pembangunan melainkan tempat letak kenderaan sementara (rujuk Rajah 4.13).
Ruang lost space ini wujud akibat daripada rekabentuk jalan yang dan
perletakan padu di sebelah pesisiran sungai yang menyebabkan lebihan ruang
berlaku akibat daripada pertemuan padu bandar yang mempunyai pola kekisi
dengan pesisiran sungai sebagai edges bagi kawasan kajian.
Foto 4.25: Lot kosong menjadi tempat letak kenderaan dan ruang jalan yang tidak mempunyai fungsi
Foto 4.26 : Ruang rizab sungai yang tidak diselenggara sebagai kawasan rekreasi.
75
Rajah 4.13 : Lost Space Yang Wujud Keatas Jalan Yang Mengikut Bentuk
Sisian (Edges) Di Tepi Sungai Kinta
4.2.9 Kawasan Sembilan (9)
Kawasan sembilan pula merupakan kawasan lot bangunan yang telah runtuh
dan kini menjadi tempat letak kenderaan seperti kereta dan motorsikal (rujuk
Rajah 4.14). Kawasan ini mempunyai keluasan 0.08 ekar (0.58 %).
Foto 4.27 : Lot kosong tanpa sebarang aktiviti di kawasan sepuluh.
Foto 4.28 : Lot kosong yang terjadi akibat daripada runtuhan bangunan yang telah usang.
U Arah Kepungan Padu
Sungai Kinta
76
4.2.10 Kawasan Sepuluh (10)
Kawasan Sepuluh juga merupakan keadaan yang sama bagi kawasan enam,
tujuh dan sembilan yang mana lompang yang terbentuk adalah kerana tiada
pembangunan di celah pembangunan rumah kedai tersebut melainkan menjadi
tempat letak kenderaan semasa (rujuk Rajah 4.14). Kawasan ini mempunyai
keluasan 0.05 ekar (0.36 %).
Rajah 4.14 : Kawasan Yang Terbentuk Akibat Daripada Lot-Lot Bangunan Yang Kosong Selepas Dirobohkan
4.2.11 Kawasan Sebelas
Kawasan sebelas merupakan lebihan pembangunan yang menjadi lompang
kepada Pekan Lama Ipoh yang mana ruang tersebut kosong tanpa ada apa-apa
aktiviti sementara (rujuk Rajah 4.15). Kawasan ini mempunyai keluasan 0.05
ekar (0.36 %).
U
10
7
6
9
77
Rajah 4.15: Karektor Lost Space Yang Wujud Di Hadapan Padang Ipoh
Kawasan ini membentuk lost space di kawasan utama dalam bandar dari segi
imej bandar kerana terletak berhadapan dengan Padang Ipoh.
U 11
Foto 4.29 : Lot kosong tanpa sebarang aktiviti.
Foto 4.30 : Lot kosong yang wujud di kawasan bangunan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik.
78
4.3 Analisis Penghubung
Analisis yang dijalankan dalam bentuk skala makro besar. Analisis ini
memperhatikan bandar secara keseluruhannya, analisis penghubung secara makro
besar menfokuskan pada ciri perhubungan yang menjadi punca kepada lost space dan
masalah lost space kawasan bandar kajian secara keseluruhannya. Kelompok analisis
penghubung untuk memerhatikan susunan dan hubungan bahagian-bahagian bandar
antara satu dengan yang lainnya.
Taburan penghubung bandar dapat dilihat dengan mewarnakan elemen
penghubung dengan warna hitam dan elemen padu lompang diwarnakan dengan
putih. Dari segi padu-lompang, penghubung adalah salah satu elemen dalam lompang
bandar. Oleh itu, untuk menganalisis di peringkata ini, elemen penghubung perlu
dipisahkan daripada lompang bandar dan lompang disatukan dengan padu supaya
dapat menunjukkan jumlah yang jelas antara peratusan yang diambil oleh elemen
penghubung dalam tekstur bandar ini (rujuk Jadual 4.5).
Jadual 4.5 : Keluasan Penghubung Bandar, Pekan Lama Ipoh
Perkara Keluasan (ekar) Peratus (%) Penghubung 52.35 36.87
Padu-Lompang 89.65 63.13 Jumlah Keseluruhan 142.00 100.00
Dalam mengenalpasti lokasi lost space dari segi penghubungan, pengkaji
melihat sesuatu lost space kebiasaannya berlaku di pusat tumpuan (nodes)seperti di
persimpangan jalan (rujuk Rajah 4.16).
79
RAJAH 4.16
80
Berikut merupakan Jadual 4.6 yang menunjukkan nodus lost space yang
berlaku di dalam penghubungan bandar. Lost space dikenalpasti di nodus jalan kerana
di persimpangan dan pusat tumpuan merupakan perkara yang dapat menonjolkan ciri
lost space dari segi penghubungan.
Jadual 4.6 : Nodus Lost Space Dalam Penghubung Bandar
No. Nodus Lost Space Keadaan Semasa 1 Persimpangan Di Jambatan Jalan Sultan
Idris Shah Pandangan terhalang dan terbiar
2 Tempat Letak Kenderaan Di Pesisiran Sungai
Susunatur lot tempat letak kenderaan tidak mengambilkira rekabentuk sisian (edges).
3 Jambatan Jalan Sultan Iskandar Shah Laluan bawah jambatan terbiar . 4 Jambatan Di Jalan Bijih Timah Jambatan kecil hanya untuk laluan
motorsikal. 5 Penghujung Jalan Sultan Yusof Kelebaran jalan tidak konsisten dan
terdapat jalan mati. 6 Jalan Silang Terdapat jalan mati bagi laluan ke
pesisiran sungai. 7 Persimpangan Jalan Koo Chong Kong Persimpangan yang mengelirukan.
4.3.1 Persimpangan Di Jambatan Jalan Sultan Idris Shah
Persimpangan jalan di jambatan Jalan Sultan Iskandar Shah ini didapati
mempunyai persekitaran yang terbiar sebelum merentasi sungai Kinta.
Keadaan yang terlindung oleh pokok-pokok dan juga dilindungi oleh
penghadang projek pembangunan. Projek pembangunan yang akan dijalankan
adalah dari segi pengindahan pesisiran sungai serta aktiviti komersil. Laluan
yang terselindung ini amat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang
melalui persimpangan ini (rujuk Rajah 4.16). Ruang yang terdapat di sebalik
laluan yang terselindung ini diambilkira sebagai sesuatu yang lost space.
81
4.3.2 Tempat Letak Kenderaan Di Pesisiran Sungai
Tempat letak kenderaan di pesisiran sungai ini terletak di belakang rumah
kedai yang menjadi tempat letak kenderaan oleh peniaga di kawasan tersebut
(rujuk Rajah 4.16). Tiada sebarang bentuk penghubungan di antara tempat
letak kenderaan tersebut dengan kawasan pesisiran sungai yang mana telah
dipisahkan oleh satu longkang besar. Pandangan dari arah Jalan Panglima
menunjukkan gambaran ruang yang tersorok di mana pengguna tidak
mengetahui kewujudan ruang tersebut. Akibat daripada faktor tersebut, ruang
ini jarang digunakan dan di lalui yang mana boleh dikatakan sebagai sesuatu
yang lost space.
Foto 4.31 : Pandangan dari arah laluan ini terhalang oleh semak samun dan tembok pembinaan (warna hijau) yang akan membuatkan kualiti pandangan ruang tersebut rendah dan menyumbang kepada lost space.
Foto 4.32 : Ruang ini tersorok dan menyebabkan kadar permeability yang rendah yang menyumbang kepada pengguna tidak mengetahui kewujudan ruang tersebut dan seterusnya tidak menggunakan ruang tersebut secara efektif.
82
4.3.3 Jambatan Jalan Sultan Iskandar Shah
Laluan pejalan kaki yang merentasi di bawah jambatan Jalan Sultan Iskandar
Shah ini menyebabkan pengguna takut atau terasa terancam yang mana laluan
tersebut mempunyai suasana secret (rujuk Rajah 4.16). Akibat daripada
suasana tersebut, penggunaan laluan tersebut menjadi jarang dilalui dan
menyumbang kepada sesuatu yang lost space.
4.3.4 Jambatan Di Jalan Bijih Timah
Laluan di jambatan Jalan Bijih Timah menghubungkan kawasan Pekan Lama
Ipoh dengan Kampung Kuchai yang berada di seberang sungai (rujuk Rajah
4.16). Laluan yang sempit dan hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan
motorsikal sahaja menyebabkan laluan ini seolah-olah mati dan tersekat.
laluan yang tersekat yang dimaksudkan ialah laluan ini hanya membenarkan
pejalan kaki dan motorsikal melaluinya melainkan kereta tidak boleh
melaluinya.
Foto 4.33 : Laluan yang mendatangkan perasaan secret di bawah jambatan menyebabkan pengguna akan mengelak untuk melaluinya kerana perasaan secret ini memberi rasa tidak selamat kepada pengguna.
83
4.3.5 Penghujung Jalan Sultan Yusof
Bentuk laluan di kawasan ini mempunyai kelebaran jalan yang tidak konsisten
dan dapat dilihat dengan ketara di mana jalan melebar di bahagian
persimpangan jalan yang boleh menyebabkan pengguna laluan tersebut keliru
dan terkejut setelah melaui sepanjang Jalan Sultan Yusof ini kerana sepanjang
laluan ini mempunyai kelebaran jalan yang seragam tetapi perubahan yang
ketara berlaku di penghujung jalan ini. Selain itu, terdapat juga laluan mati
yang berbentuk lorong yang mengarah ke kawasan pesisiran sungai. Laluan
tersebut tidak memaksimumkan potensi kunjungan yang mana kawasan
pesisiran sungai merupakan sebuah kawasan Rekreasi Tebingan Sungai bagi
Pekan Lama Ipoh.
Foto 4.34 : Jambatan kecil yang menghadkan penggunaan kepada pejalan kaki dan motorsikal sahaja menyebabkan perhubungan antara dua ruang yang dihubungkan menjadi terhad seterusnya keadaan lost space akan terjadi secara perlahan-lahan.
Foto 4.35 : Laluan mati di antara dua buah bangunan rumah kedai menyebabkan potensi kunjungan terhad ke kawasan Rekreasi Tebingan Sungai di belakangnya .
84
4.3.6 Jalan Silang
Di kawasan ini tidak memaksimumkan potensi kunjungan yang ada kerana
terletaknya berdekatan dengan kawasan rekreasi iaitu kawasan Rekreasi
Tebingan Sungai. Laluan di Jalan Silang seolah-olah tidak membenarkan
laluan yang menuju ke arah sungai. Kawasan pesisiran yang terlindung oleh
bangunan di tambah pula dengan tiada perhubungan ke kawasan rekreasi
tersebut menyebabkan kawasn rekreasi yang wujud di kawasan tersebut
sesuatu yang lost space.
4.3.7 Persimpangan Jalan Koo Chong Kong
Konflik yang wujud di persimpangan Jalan Koo Chong Kong ialah pertemuan
antara jalan perkhidmatan dengan lorong belakang rumah kedai. Ini
menyebabkan pengguna keliru dengan pengalaman laluan yang dilalui.
Konflik ini lazimnya berlaku di kawasan bandar lama dan tidak hairanlah di
kawasan Pekan Lama Ipoh ini wujudnya perkara sedemikian kerana faktor
pembangunan yang tidak terancang serta topografi kawasan yang berbukit.
Konflik yang berlaku di pertemuan ini adalah sesuatu yang lost space kerana
Foto 4.36 : Laluan mati di penghujung jalan ini menyebabkan potensi kunjungan terhad ke kawasan Rekreasi Tebingan Sungai di belakangnya .
85
laluan ini mengelirukan pengguna dan laluan tesebut seolah-oleh tidak ditemui
oleh pengguna jalan raya kerana laluan ini tersorok di belakang bangunan.
4.4 Analisis Tempat
Kelompok teori tempat memerhatikan bentuk unik di bahagian-bahagian
bandar dengan persekitaran ruang tersebut. Analisis tempat ini adalah untuk
mengenalpasti potensi ruang hidup yang wujud dalam kawasan kajian.
Rajah 4.17: Padang Ipoh Merupakan Tempat Yang Dominan Dalam Pekan Lama Ipoh
Padang Ipoh
Jalan Tun Sambanthan
Jalan Sultan Yusof
Foto 4.37 : Laluan yang bertemu di antara jalan perkhidmatan dan lorong belakang yang menyebabkan kekeliruan terhadap pengguna dan menyebabkan pengguna cuba mengelak untuk melaluinya lagi seterusnya mendatangkan keadaan lost space.
86
Beberapa unit bangunan di Jalan Tun Sambanthan yang mempunyai halaman
di hadapan bangunan telah memecahkan keseragaman susunan bangunan. Ruang
seperti ini melengkapi bangunan yang mempunyai mutu senibina menarik iaitu milik
keluarga elit. Ini telah menjadikan unit bangunan sedemikian menonjol dengan
karektor yang eklusif dan unggul ditambah pula terletak berhadapan dengan Padang
Ipoh.
Keadaan bangunan yang terbiar dan usang pula telah mencacatkan kualiti
visual. Selain itu,keadaan ini juga boleh membahayakan keselamatan orang awam
yang merentasi kaki lima bangunan. Tapak lot bangunan rumah kedai yang telah
roboh dijadikan tempat letak kenderaan yang mana berlaku percanggahan aktiviti
gunatanah. Jajaran jalan raya yang berbentuk grid telah menyebabkan ruang lalulintas
di pesisiran sungai begitu konfliks dan berlaku pembaziran ruang di mana lebihan
ruang di pesisiran sungai hanya dijadikan tempat letak kenderaan.
Foto 4.38 : Halaman di hadapan rumah kedai lama dijadikan tempat makan yang mana guna bangunan tersebut disuai guna menjadi restoran menyebabkan ruang tersebut dikunjungi dan hidup.
87
Bagi Jalan Dato’ Sagor, susunatur bangunan dan jajaran jalannya yang
bersudut telah membenarkan penglihatan ke arah menara jam di Taman Tugu dimana
ianya bertindak sebagai titik fokus dari laluan tersebut.
Kelemahan yang dapat dilihat pada kawasan ini adalah dari segi
penyelenggaraan bangunan yang kurang baik. Warna dan bahagian tertentu bangunan
yang buruk telah mencacatkan kualiti visual laluan. Selain itu, lorong di celah-celah
bangunan yang penting sebagai laluan pintas juga tidak diurus dengan baik.
Rajah 4.18: Dewan Bandaran Dan Taman Tugu Terletak Bersebelahan
Jalan Dato’ Sagor
Taman Tugu Masjid Negeri
Dewan Bandaran
Foto 4.40 : Lorong belakang yang membenarkan pandangan visual ke arah Tugu menyebaban kadar kemudahresapan tinggi seterusnya akan meningkatkan penggunaan laluan di kawasan tersebut oleh pengguna.
88
Kediaman merupakan salah satu gunabangunan utama di sini. Keadaan ini
telah menghidupkan lagi persekitaran laluan kerana berlakunya pelbagai aktiviti
manusia pada setiap masa. Selain kediaman, gunabangunan utama di kawasan ini
adalah kemudahan sokongan pelancongan seperti rumah tumpangan dan restoran.
Gunabangunan kediaman yang terdapat di kawasan ini telah memeriahkan
lagi persekitarannya dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat. Penempatan
masyarakat di dalam bandar ini juga mewujudkan perasaan selamat kepada orang
awam yang berjalan pada waktu malam meskipun kurang aktiviti manusia pada masa
Rajah 4.19: : Kawasan Perumahan Di Pekan Lama Ipoh
Rumah Flat bijih Timah
Rumah Pangsa Kinta Height
Jalan Bijih Timah
Foto 4.41 : Aktiviti perniagaan dan kedai runcit di tingkat bawah Rumah Flat Bijih Timah meningkatkan lagi kunjungan dan ruang bawah bangunan tersebut tidak lost space.
89
tersebut. Kawasan rekreasi merupakan gunatanah utama selepas gunatanah
perniagaan. Kawasan rekreasi yang dimaksudkan ialah Taman Rekreasi Pesisiran
Sungai Kinta yang mana mempunyai tumpuan masyarakat untuk beriadah pada waktu
pagi dan petang. Di kawasan Rumah Flat Bijih Timah, terdapat gerai minuman dan
buah-buahan yang penting dalam menghidupkan aktiviti informal kepada kawasan
tersebut. Selain menyumbangkan kepada aktiviti manusia, gerai seperti ini juga telah
menyumbangkan kepada kepelbagaian bentuk pandangan kesan daripada buah-
buahan yang dipamerkan.
Kawasan di Jalan Lahat ini begitu menonjol sebagai ‘enclave’ budaya bagi
kawasan kajian. Di sepanjang Jalan Lahat dapat dilihat pelbagai bentuk perniagaan
budaya kaum India yang mana kawasan ini diberi nama sebagai ‘Little India’.
Masyarakat yang mendiami kawasan ini juga penting dalam menyumbangkan
persekitaran bandar yang ‘hidup’ dengan memaparkan aktiviti harian mereka.
Rajah 4.20: : Lokasi Tempat Bagi Little India, Pekan Lama Ipoh
Little India
Jalan Lahat
90
Kawasan ini juga mempunyai karektor laluan yang menarik. Keadaan jalan
yang sempit dan kedudukan bangunan di kiri dan kanan jalan yang rapat mewujudkan
suasana intim dan menjadikan persekitaran laluan lebih selesa kerana terlindung dari
panas matahari. Jajaran jalan yang tidak lurus telah membentuk ‘element of surprise’
kepada laluan dimana perasaan ingin tahu tentang siri-siri visual seterusnya timbul
pada fikiran pemerhati yang sedang merentasi jalan-jalan tersebut.
4.5 Penemuan Kajian
Pada bahagian ini akan merumuskan penemuan kajian lost space dalam ruang
bandar berdasarkan kajian analisis yang telah dibuat pada bahagian sebelumnya.
Rumusan penemuan lost space bandar ini melibatkan gabungan ketiga-tiga penemuan
analisis kajian iaitu padu dan lompang (figure-ground), penghubungan (linkage) dan
tempat (place).
Hasil daripada analisis, lost space dikategorikan mengikut keadaan semasa
ruang tersebut seperti kawasan dan bangunan usang (lot rumah kedai), kawasan tanah
terbiar/ kosong, kawasan rizab sungai dan kawasan konflik penghubung (rujuk Jadual
4.7).
Foto 4.42 : Perniagaan barangan kebudayaan India dijalankan di Jalan Lahat salah satu tarikan kebudayaan yang meningkatkan sesuatu ruang kerana mempunyai tarikan tersendiri seterusnya meningkatkan lagi kualiti ruang yang hidup.
91
Jadual 4.7 : Isu Dan Halangan Bagi Keadaan Lost Space
Lokasi (Kawasan)
Keadaan Lost Space Isu Halangan
1 Kawasan rizab sungai
Tiada kemudahan rekreasi disediakan
Rizab sungai
2 Kawasan konflik penghubung
Tiada perhubungan antara kawasan rekreasi
Susunatur lot tempat letak
kenderaan tidak mempunyai hubungan
rekabentuk sisian (edges).
3 Kawasan rizab sungai
Pokok menutup laluan pejalan kaki
Rizab sungai
4 Kawasan rizab sungai
Semak-samun dan tidak diselenggara.
Rizab sungai
5 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Stor pembinaan sementara dan usang
Ruang milik persendirian
6 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Semak-samun mencacatkan pandangan di kawasan
intitusi.
Ruang milik persendirian
7 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Imej buruk di entrance point.
Ruang milik persendirian
8 Kawasan lot bangunan usang
Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Ruang milik persendirian
8 Kawasan lot bangunan usang
Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Ruang milik persendirian
10 Kawasan lot bangunan usang
Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Ruang milik persendirian
11 Kawasan lot bangunan usang
Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Ruang milik persendirian
12 Kawasan lot bangunan usang
Terbiar tanpa sebarang aktiviti.
Ruang milik persendirian
13 Kawasan konflik penghubung
Persimpangan yang mengelirukan.
Tepu bina
14 Kawasan konflik penghubung
Laluan mengecil di jambatan -
92
Penilaian kesesuaian potensi Penjanaan Semula Lost Space, Pekan Lama Ipoh
ke arah ruang bandar yang life space bertujuan untuk mengenalpasti kawasan yang
berpotensi yang sesuai untuk perlaksanaan strategi penjanaan di dalam kawasan
Pekan Lama Ipoh (rujuk Jadual 4.8).
Setiap keadaan lost space mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu,
penonjolan lost space dalam ruang bandar di Pekan Lama Ipoh berkait rapat dengan
fungsi ruang tersebut.
Penyediaan penilaian kesesuaian strategi pembaikan lost space ini dijadikan
panduan pada peringkat cadangan dalam mengenalpasti kawasan di mana cadangan
yang boleh dilaksanakan. Keberkesanan sesuatu strategi adalah tertakluk kepada
kreativiti rekabentuk yang dicadangkan.
Penilaian yang disediakan membandingkan lokasi keadaan lost space dalam
Pekan Lama Ipoh ini dengan program yang boleh dilaksanakan. Bagi tujuan ini,
sejumlah 14 lokasi dalam kawasan kajian dikenalpasti (rujuk Rajah 4.21) dan
sejumlah empat strategi tindakan dicadangkan. Indikator petunjuk yang digunakan
adalah kawasan yang memerlukan tindakan, penjanaan di kawasan yang sesuai untuk
dilaksanakan dan kawasan yang kurang sesuai dilaksanakan untuk perlaksanaan
program penjanaan ruang bandar.
Aspek terperinci setiap strategi seperti rekabentuk, komposisi komponen,
pelaksana dan sebagainya perlu dikenalpasti bersesuaian dengan lokasi di mana
strategi tersebut dilaksanakan.
93
94
Jadual 4.8 : Penilaian Kesesuaian Perlaksanaan Program Penjanaan Semula Lost
Space, Pekan Lama Ipoh
Kawasan Keadaan Lost Pace Program Penjanaan Semula Lost Space
Pembangunan Semula Ruang
Peningkatan Taraf Ruang
Pembangunan Infill Ruang
Pembangunan Infrastruktur Ruang
1. Kawasan rizab sungai 0 3 0 2 2. Kawasan konflik
penghubung 1 3 0 3
3. Kawasan rizab sungai 0 3 0 2 4. Kawasan rizab sungai 0 3 0 2 5. Kawasan terbiar dan
kosong 0 2 0 2
6. Kawasan terbiar dan kosong
0 2 0 2
7. Kawasan terbiar dan kosong
0 2 0 2
8. Kawasan lot bangunan usang
2 2 3 2
9. Kawasan lot bangunan usang
2 2 3 2
10. Kawasan lot bangunan usang
2 2 3 2
11. Kawasan lot bangunan usang
2 2 3 2
12. Kawasan lot bangunan usang
2 2 3 2
13. Kawasan konflik penghubung
1 3 0 3
14. Kawasan konflik penghubung
1 3 0 3
Jumlah 13 34 15 31
Petunjuk (indikator)
3 Baik Dilakukan
2 Sesuai Dilakukan
1 Kurang Sesuai
0 Tidak Berkaitan
95
Hasil daripada penilaian yang telah dibuat melalui kaedah matrik mendapati
program peningkatan taraf ruang mendapat markah yang tertinggi iaitu sebanyak 34
markah. Pembangunan infrastruktur ruang pula mendapat markah kedua tertinggi iaitu
sebanyak 31 markah dan program pembangunan infill pula mendapat 15 markah.
Manakala pembangunan semula ruang mendapat markah terendah iaitu sebanyak 14
markah.
Oleh itu, cadangan yang dihasilkan akan berlandaskan penilaian yang telah dibuat
di mana kesesuaian setiap program keatas 14 kawasan keadaan lost space yang telah
dikenalpasti.
4.6 Rumusan
Kandungan di dalam bab ini merupakan penemuan penting kajian yang dijalankan
dimana selari dengan keperluan objektif yang keduanya iaitu mengenalpasti lost space
dalam ruang bandar dari segi corak, penghubungan dan tempat.
Dalam mengenalpasti lost space ini, tindakan yang dibuat adalah dengan
mengkaji elemen dan kualiti ruang bandar dari segi padu-lompang, penghubungan dan
tempat. Hasil kajian yang telah dijalankan, terdapat empat jenis keadaan lost space dalam
ruang bandar di Pekan Lama Ipoh iaitu; kawasan bangunan usang, kawasan tanah terbiar
atau kosong, kawasan rizab sungai dan kawasan konflik penghubung.
96
BAB 5.0
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai cadangan-cadangan yang akan laksanakan
ke atas penemuan isu dan masalah yang ditemui. Cadangan yang dibentuk adalah
bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud bagi mewujudkan ruang yang
hidup (life space) bagi kawasan kajian untuk meningkatkan taraf ruang bandar untuk satu
jangka masa yang panjang.
Semua cadangan dibentuk adalah berdasarkan penemuan yang diperolehi daripada
analisis dan kaji selidik yang telah dijalankan. Selain itu, semua cadangan yang dibentuk
akan dapat memulihkan dan memperbaiki kekurangan dan kelemahan terutama dari
aspek kualiti, fungsi dan kesesuaian persekitaran di kawasan kajian. Ini adalah untuk
memastikan pendekatan ruang hidup yang dibentuk dapat memenuhi keperluan ruang
bandar bagi penduduk dan pengunjung yang akan datang.
Selain itu, cadangan yang dikemukakan juga diharapkan dapat membantu Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menyediakan pembangunan yang dapat
meningkatkan kemajuan dan taraf hidup ruang bandar di Pekan Lama Ipoh. Ini adalah
untuk memastikan ruang dalam bandar lama seperti Pekan Lama Ipoh tidak terus
ketinggalan di pembangunan dan dibelenggu masalah kemunduran dan lost space.
97
Oleh itu, dengan adanya cadangan ini diharapkan usaha yang dijalankan akan
mendatangkan faedah yang berterusan kepada penduduk khususnya dan juga pihak
berkuasa.
5.2 Konsep Asas Pembaikan Keadaan Lost Space Dalam Ruang
Bandar
Pembentukan konsep asas pembaikan keadaan lost space dalam ruang bandar
secara umumnya harus berasaskan kepada faktor-faktor yang membawa kepada usaha-
usaha peningkatan taraf fizikal ruang bandar. Konsep ini dibuat pada peringkat
pengurusan ruang bandar yang dimainkan peranan penting oleh pihak berkuasa tempatan.
Pembentukan empat konsep ini digunakan seperti yang dinyatakan oleh Unit Perunding
Universiti Malaya (2003).
5.2.1 Pembentukan program perlaksanaan harus merupakan ‘site specific’.
Program yang akan dijalankan keatas ruang yang berkeadaan lost space harus
bersesuaian dengan isu dan potensi yang ada di kawasan yang dikenalpasti akan
dibangunkan untuk tujuan pembaikan ruang bandar dalam Pekan Lama Ipoh.
98
5.2.2 Mengenalpasti kawasan ruang bandar keutamaan pembangunan.
Melalui strategi ini PBT akan memainkan peranan utama dalam mengenalpasti
kawasan-kawasan ruang bandar dalam Pekan Lama Ipoh yang harus diberi
keutamaan. Pemilihan kawasan keutamaan ini akan berpandukan kepada strategi
pembangunan PBT yang tertakluk kepada dasar dan polisi perancangan semasa.
5.2.3 Penubuhan badan bersama di antara sektor swasta dan PBT bagi
melaksanakan projek-projek pembaikan keadaan lost space.
Penubuhan badan bersama ini adalah untuk menyediakan data asas maklumat
kawasan dan bangunan yang mempunyai keadaan lost space dan berpotensi
untuk perlaksanaan projek-projek pembaikan.
5.2.4 Memberi insentif kepada agensi awam atau syarikat dalam melaksanakan
program Pembaikan Keadaan Lost Space Dalam Ruang Bandar.
Insentif yang diberikan oleh PBT termasuklah memberi galakan kepada pemilik
kawasan dan pengusaha melalui subsidi kewangan bagi perlaksanaan projek-
projek usahasama di antara agensi kerajaan dengan syarikat swasta. Selain itu,
kadar caj pembangunan semasa proses permohonan dikemukakan juga
dikurangkan bagi menarik minat penglibatan awam dalam pembaikan ruang
keadaan lost space.
99
5.3 Strategi Pembaikan Lost Space Dalam Ruang Bandar, Pekan
Lama Ipoh.
Di antara strategi pembaikan ruang berkeadaan lost space bagi kawasan kajian ialah:
5.3.1 Pembangunan Semula Ruang Bandar
Terdapat pelbagai pendekatan digunakan dalam tindakan pembangunan semula
bandar. Secara umumnya konsep pembangunan semula ruang bandar Pekan Lama
Ipoh adalah melibatkan perubahan struktur fizikal sebahagian bandar. Di antara
cadangan pembangunan semula bandar ini adalah :-
a) Pembangunan semula bandar hendaklah selari dengan fungsi dan imej
yang dibentuk.
b) Program pembangunan perlu menekankan kesinambungan antara
ruang dalam bandar dengan kawasan pembangunan semula dari segi
rekabentuk, pengindahan lanskap, menyediakan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan masyarakat.
c) Meningkatkan aktiviti yang dapat menggalakkan interaksi pengunjung
ke ruang bandar dalam Pekan Lama Ipoh.
100
5.3.2 Peningkatan Taraf Ruang Bandar
Konsep peningkatan taraf bandar ini pada dasarnya merupakan pembangunan
yang dirancang oleh PBT dalam meningkatkan mutu kualiti ruang bandar. Oleh
itu, pembiayaan perlaksanaan projek seumpama ini akan dibuat oleh sama ada
PBT, Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
Manakala bagi pembangunan yang melibatkan tanah-tanah milik persendirian,
tuan punya tanah akan memainkan peranan utama dalam mengemukakan
cadangan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sebagai usaha untuk
menggalakkan orang ramai membangunkan tanah mereka untuk konsep
penjanaan ruang bandar, MBI seharusnya memberi insentif dan galakan. Insentif
dalam bentuk kelonggaran caj pembangunan, pengurangan yuran pemerosesan
dan kecepatan kelulusan pembangunan akan mempercepatkan program penjanaan
ruang bandar dilaksanakan.
Cadangan pembaikan lost space kategori ini melibatkan usaha ke arah :-
a) Mempertingkatkan rupa bentuk dan imej ruang bandar Pekan Lama
Ipoh.
b) Menaiktaraf dan membaiki kemudahan-kemudahan sedia ada dalam
ruang bandar.
c) Mempelbagaikan aktiviti dalam ruang bandar berdasarkan potensi dan
sumber yang ada.
101
d) Penyediaan kemudahan-kemudahan fizikal yang berfungsi sebagai
pusat tumpuan dan aktiviti masyarakat.
5.3.3 Pembangunan Infill Ruang Bandar
Tekanan pembangunan dan kepesatan aktiviti ekonomi dalam ruang bandar
memerlukan tambahan ruang lantai perniagaan baru. Konsep pembangunan
infill akan membolehkan pemilik menambah ruang lantai perniagaan secara
terkawal berpandukan garispanduan yang digunapakai oleh PBT. Di antara
cadangan pembangunan infill ruang bandar ini adalah :-
a) Menambah ruang lantai bangunan perniagaan
b) Memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill dengan
bangunan bersebelahan.
c) Membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat
dilaksanakan.
5.3.4 Pembangunan Infrastruktur Bandar
Pembangunan infrastruktur bandar adalah konsep penting ke arah memberi
sesuatu ruang yang lost space bertukar menjadi life space. Lost space
mempunyai hubungkait dengan ruang bandar yang ditinggalkan disebabkan
faktor persekitaran. Melalui konsep pembangunan infrastruktur, lost space
dalam sesebuah bandar dapat dipulihkan.
102
Cadangan dalam pembangunan infrastruktur ini meliputi:-
a) Penggunaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal
b) Sistem pengurusan trafik yang baik dalam ruang bandar.
5.4 Cadangan Pembaikan Ruang Bandar Berkeadaan Lost Space
Terdapat beberapa penemuan isu dan masalah yang ditemui di dalam kajian ini.
Berdasarkan masalah dan strategi yang telah ditetapkan terdapat beberapa cadangan yang
efisien telah dibentuk bagi mencapai pembangunan ruang bandar yang hidup. Ini adalah
bertujuan untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan dari aspek fizikal yang terdapat
di kawasan kajian.
Beberapa strategi telah dibentuk dan strategi-strategi tersebut telah disesuaikan
dengan lokasi yang telah dikenalpasti sebagai lost space berdasakan penilaian yang telah
dibuat dengan menggunakan kaedah matrik pada bab sebelumnya.
Berikut merupakan strategi pembaikan ruang berkeadaan lost space yang telah di
perincikan elemen cadangan.
Jadual 5.1 : Jenis Cadangan Berdasarkan Kategori Strategi
Kategori Strategi Jenis Cadangan Pembangunan Semula Ruang Pembangunan Kawasan Terbiar Peningkatan Taraf Ruang Pengindahan Landaskap
Penambahan Elemen Rekreasi Pembangunan Infill Ruang Bangunan Perniagaan Pembangunan Infrastruktur Ruang Pembaikan Jalan
Laluan Pejalan Kaki Tempat Letak Kereta
103
Cadangan dibuat berdasarkan lokasi lost space yang telah ditemui. Cadangan ini
telah dikhususkan berdasarkan cadangan umun yang terdapat pada program
pembangunan yang telah dibentuk sebelum ini (rujuk Rajah 5.3 dan Jadual 5.2).
Jadual 5.2 : Perincian Cadangan Berdasarkan Kawasan Lost Space.
Lokasi (Kawasan)
Kawasan Lost Space Cadangan Umum Cadangan Khusus
1 Kawasan rizab sungai Tingkatkan elemen kemudahan rekreasi
Pengindahan Landskap
Pengindahan landskap di tepi sungai.
Perancangan yang memberi fungsi kawasan rekreasi dari segi kesesuaian, keselamatan dan keselesaan.
Memaksimumkan alam semulajadi
Perancangan rekabentuk landskap yang tidak menganggu pandangan.
Menggunakan landskap yang mudah diselenggarakan.
Mengindahkan laluan bawah jambatan.
2 Konflik penghubung (Kawasan tempat letak kenderaan)
Pengindahan Landskap
Pengindahan landskap di ruang TLK.
Perancangan yang memberi fungsi, kesesuaian, keselamatan dan keselesaan.
Memaksimumkan alam semulajadi
Perancangan rekabentuk landskap yang tidak menganggu pandangan.
Menggunakan landskap yang mudah diselenggarakan.
3 Kawasan rizab sungai Pengindahan Landskap
Pengindahan landskap di tepi sungai.
Perancangan yang memberi fungsi kawasan rekreasi dari segi kesesuaian, keselamatan dan keselesaan.
Memaksimumkan alam semulajadi
104
Lokasi (Kawasan)
Kawasan Lost Space Cadangan Umum Cadangan Khusus
4 Kawasan rizab sungai Pengindahan Landskap
Pengindahan landskap di tepi sungai.
Perancangan yang memberi fungsi kawasan rekreasi dari segi kesesuaian, keselamatan dan keselesaan.
Memaksimumkan alam semulajadi
Perancangan rekabentuk landskap yang tidak menganggu pandangan.
Menggunakan landskap yang mudah diselenggarakan.
5 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Pembangunan kawasan terbiar
Penyediaan landskap lembut seperti pokok-pokok yang bersesuaian dengan fungsi sama ada untuk teduhan dan yang menarik dapat menojolkan pemandangan yang menarik.
Landskap kejur disediakan dengan rekabentuk yang sesuai dan menarik.
6 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Pembangunan kawasan terbiar
Penyediaan landskap lembut seperti pokok-pokok yang bersesuaian dengan fungsi sama ada untuk teduhan dan yang menarik dapat menojolkan pemandangan yang menarik.
Landskap kejur disediakan dengan rekabentuk yang sesuai dan menarik.
7 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Pembangunan kawasan terbiar
Penyediaan landskap lembut seperti pokok-pokok yang bersesuaian dengan fungsi sama ada untuk teduhan dan yang menarik dapat menojolkan pemandangan yang menarik.
Landskap kejur disediakan dengan rekabentuk yang sesuai dan menarik.
105
Lokasi (Kawasan)
Kawasan Lost Space Cadangan Umum Cadangan Khusus
8 Kawasan lot bangunan usang
Pembangunan infill
Menambah ruang lantai bangunan perniagaan.
Memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill dengan bangunan bersebelahan.
Membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat dilaksanakan.
9 Kawasan lot bangunan usang
Pembangunan infill
Menambah ruang lantai bangunan perniagaan.
Memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill dengan bangunan bersebelahan.
Membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat dilaksanakan.
10 Kawasan lot bangunan usang
Pembangunan infill
Menambah ruang lantai bangunan perniagaan.
Memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill dengan bangunan bersebelahan.
Membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat dilaksanakan.
11 Kawasan lot bangunan usang
Pembangunan infill
Menambah ruang lantai bangunan perniagaan.
Memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill dengan bangunan bersebelahan.
Membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat dilaksanakan.
12 Kawasan lot bangunan usang
Pembangunan infill
Menambah ruang lantai bangunan perniagaan.
Memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill dengan bangunan bersebelahan.
Membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat dilaksanakan.
106
Lokasi (Kawasan)
Kawasan Lost Space Cadangan Umum Cadangan Khusus
13 Kawasan konflik penghubung (jalan perkhidmatan di belakang bangunan)
Pembaikan jalan Warna papan tanda, tulisan dan peletakan yang sesuai.
Pencahayaan pada waktu siang dan malam untuk mengurangkan risiko kemalangan.
14 Kawasan konflik penghubung (jambatan sempit)
Menaik taraf jambatan.
Jambatan diperbesarkan. Landskap kejur sebagai
kemudahan sokongan kepada pengurusan lalulintas.
Landskap lembut sebagai elemen teduhan.
5.4.1 Kawasan Rizab Sungai (Kawasan Satu,Tiga Dan Empat)
Kawasan rizab sungai ini perlu ditingkatkan dari segi elemen kemudahan
rekreasi dan pengindahan landskap. Pengindahan landskap yang dicadangkan
ialah di sepanjang pesisiran sungai yang mana elemen kemudahan rekreasi di
selitkan bersama-sama pengindahan landskap ini. Perancangan yang dilakukan
mestilah mempunyai fungsi kawasan rekreasi kerana kawasan ini telah
diwartakan sebagai kawasan rekreasi tebingan sungai. Selain itu, rekabentuk
elemen rekreasi perlulah mempunyai ciri keselamatan dan keselesaan. Cadangan
yang dilakukan berbentuk memaksimumkan ruang hijau iaitu mempunyai ciri
semulajadi. Selain itu, laluan bawah jambatan yang menghubungkan kawasan ini
juga perlu dilakukan pengindahan dari segi rekabentuk dan landskap.
107
5.4.2 Kawasan Konflik Penghubung (Kawasan Tempat Letak Kenderaan)
Cadangan yang dijalankan adalah berdasarkan pengindahan landskap.
Pengindahan yang dijalankan melibatkan pengindahan di ruang tempat letak
kenderaan. Ciri landskap yang dicadangkan adalah rekabentuk landskap yang
tidak mengganggu pandangan dan menyerlahkan lagi kawasan tempat letak kereta
ini sebagai kawasan yang mempunyai karakter kawasan rekreasi kerana
perletakannya di sebelah kawasan Rekreasi Tebing Sungai Kinta. Elemen
landskap yang dicadangkan adalah dari segi landskap yang mudah diselenggara.
5.4.3 Kawasan Tanah Terbiar (Kawasan Lima, Enam Dan Tujuh)
Cadangan yang dibentuk di kawasan ini ialah dari segi pembangunan
kawasan terbiar. Cadangan yang dijalankan adalah dari segi penyediaan landskap
lembut seperti pokok-pokok yang bersesuaian dengan fungsi sama ada untuk
teduhan dan yang dapat menonjolkan pemandangan yang menarik. Landskap
kejur juga disediakan dengan rekabentuk yang menarik bagi membuatkan
kawasan ini indah.
108
Rajah 5.1 : Kaedah
Transformasi Daripada
Isu Dan Masalah Kepada
Potensi Peningkatan Taraf
Ruang Bandar
Sumber : http://interfacestudio.com/projects/italianmarketcorridor
5.4.4 Kawasan Lot Bangunan Usang (Kawasan Lapan, Sembilan, Sepuluh,
Sebelas, Dan Dua Belas)
Cadangan yang dijalankan adalah dari segi pembangunan infill. Pembangunan ini
adalah bagi menambah ruang lantai bangunan perniagaan. Cadangan yang
dijalankan perlu memastikan kesinambungan rekabentuk antara bangunan infill.
Cadangan yang dijalankan ke atas lot bangunan usang ini adalah bagi
membolehkan aktiviti baru yang lebih berdaya maju dan hidup dapat dilaksanakan
(rujuk Rajah 5.2).
109
Sumber : http://interface-studio.com/projects/northcamdenmasterplan
Rajah 5.2 : Metamorfosis Bangunan Yang Melibatkan Pembangunan Infill Selepas
Bangunan Asal Runtuh
5.4.5 Kawasan Konflik Penghubung -Jalan Perkhidmatan Di Belakang
Bangunan(Kawasan Tiga Belas)
Cadangan yang dijalankan di atas kawasan ini adalah berdasarkan pembaikan
jalan. Elemen pembangunan yang dicadangkan ialah perletakan papan tanda.
Warna papan tanda, bentuk tulisan dan perletakan yang sesuai yang
mengambilkira faktor legibility. Pencahayaan pada waktu siang dan malam juga
menjadi perhatian cadangan bagi mengurangkan risiko kemalangan dan jenayah.
110
5.4.6 Kawasan konflik penghubung -jambatan sempit (kawasan tiga belas)
Cadangan yang dijalankan adalah di jambatan di Jalan Bijih Timah. Laluan ini
dicadangkan menaiktaraf jambatan kepada sebuah jambatan yang cantik dari segi
rekabentuk malah boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan. Selain itu,
jambatan ini juga menjadi titik ketibaan kepada kawasan Pekan Lama Ipoh.
Jadual 5.3 : Cadangan Berdasarkan Isu
Lokasi (Zon)
Keadaan Lost Space Isu Cadangan
1 Kawasan rizab sungai Tiada kemudahan rekreasi disediakan
Pengkhususan aktiviti rekreasi
2 Kawasan rizab sungai Pokok menutup laluan pejalan kaki
Pengkhususan aktiviti rekreasi
3 Kawasan rizab sungai Semak-samun dan tidak diselenggara.
Pengindahan Landskap
4 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Stor pembinaan sementara dan usang
Pembangunan semula
5 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Semak-samun mencacatkan pandangan di kawasan intitusi.
Pembangunan infill
6 Kawasan tanah terbiar dan kosong
Imej buruk di entrance point. Memperkenalkan elemen rekabentuk
bandar dan landskap
7 Kawasan bangunan usang Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Pembangunan Infill
8 Kawasan bangunan usang Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Pembangunan Infill
9 Kawasan bangunan usang Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Pembangunan Infill
10 Kawasan bangunan usang Menjadi tempat letak kenderaan sementara.
Pembangunan Infill
11 Kawasan bangunan usang Terbiar tanpa sebarang aktiviti. Pembangunan Infill
12 Kawasan konflik penghubung Susunatur lot tempat letak kenderaan tidak mempunyai hubungan rekabentuk sisian
(edges).
Menghubungkan TLK dengan
kawasan rekreasi.
13 Kawasan konflik penghubung Persimpangan yang mengelirukan.
Penyediaan papan tanda
14 Kawasan konflik penghubung Jambatan kecil hanya untuk laluan motorsikal.
Perbesarkan Jambatan
111
112
Jadual 5.4 : Gambaran Cadangan Life Space Berpandukan Keadaan Semasa
Kawasan Keadaan Semasa Gambaran Cadangan 1
Laluan yang menimbulkan rasa takut
Laluan yang indah dan rasa selamat 2
TLK yang luas tanpa ciri semulajadi
TLK yang mempunyai ciri semulajadi dan kadar kemudahresapan (permeability) yang tinggi
3
Pokok yang menghalang laluan dan pandangan
Landskap yang membenarkan pandangan dan mempunyai kesesuaian visual (visual appropriateness)
113
Kawasan Keadaan Semasa Gambaran Cadangan 4
Laluan tidak berturap dan tidak terancang Laluan yang terancang dan berturap yang
mempunyai sense of place 5
Ruang terbiar dan usang
Kawasan lapang yang indah dari segi landskap meningkatkan kepelbagaian (variety)
6
Lot persendirian yang dipenuhi semak samun sebagai tapak TLK
Lot persendirian yang mempunyai ciri keteguhan (robustness) terhadap ruang TLK ciri semulajadi.
114
Kawasan Keadaan Semasa Gambaran Cadangan 7
Lot bangunan kosong di entry point bagi Pekan Lama Ipoh
Lot tersebut ditingkatkan dari segi pengindahan landskap bagi menimbulkan sense of welcoming
8
Lot bangunan usang yang menjadi tempat letak kenderaan
Ruang yang mempunyai tanda keperibadian (personalization)
9
Ruang yang wujud akibat runtuhan bangunan menjadi tempat letak kereta Ruang ini dibangunkan dengan kaedah
infill dimana diwujudkan awning yang mempunyai pelbagai aktiviti di bawahnya
115
Kawasan Keadaan Semasa Gambaran Cadangan 10
TLK yang mempunyai pandangan yang buruk di incidental space
Incidental space dijadikan Green Parking Space
11
Lot bangunan runtuh
Dibangunkan semula dengan mengambilkira kesinambungan rekabentuk bangunan bersebelahan
12
Lot kosong di kawasan konservasi Pembentukan ruang hijau iaitu ditanam tanaman landskap supaya mengurangkan urban heat island phenomena
116
Kawasan Keadaan Semasa Gambaran Cadangan 13
Laluan yang mengelirukan
Pokok-pokok ditanam di sepanjang jalan bagi menimbulkan sense of direction
14
Jambatan sempit dan usang Jambatan yang mempunyai rekabentuk mudah diingati dan difahami (legibility)
5.5 Kesimpulan
Secara keseluruhannya lost space yang terdapat di dalam menjalankan kajian
ini dapat dilihat melalui empat iaitu ruang rizab sungai, kawasan tanah kosong dan
terbiar, kawasan lot bangunan usang dan kawasan konflik penghubung. Oleh itu,
dengan cadangan yang dibentuk diharap akan datang memperbaiki kekurangan dan
kelemahan ruang tersebut untuk membentuk satu ruang yang hidup.
117
Cadangan yang dikemukakan juga sedikit sebanyak dapat membawa
perubahan kepada taraf ruang yang baik. Cadangan yang dikemukakan juga tidak
akan mencapai kejayaan sekiranya tiada penglibatan daripada kerajaan, badan bukan
kerajaan dan penduduk. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak adalah
perkara yang paling penting di dalam menyediakan pembangunan dan membentuk life
space kepada sesuatu ruang bandar.
Akhir sekali ialah sekiranya semua cadangan dan strategi yang dibentuk dapat
dilaksanakan dengan menyeluruh. Maka pembangunan ruang hidup adalah bukan
sesuatu pembangunan yang mustahil dan semua pihak terlibat harus berusaha dan
bersedia untuk menerima perubahan dan cabaran yang lebih mencabar di masa
hadapan.
118
SENARAI RUJUKAN
Spreiregen. PD. (1965). Urban Design : The Architecture Of Town And Cities.
New York, Mc Graw Hill Book Company.
Krier. R. (1979). Urban Spaces. New York, Rizzoli International Publications Inc.
Lynch. K. (1960). The Image Of The City. Cambridge, MA, The MIT Press.
Bently I., Alcock A., Murrain P., Mc Glynn S., Smith G., (1985). Responsive
Environments : A Manual For Designers. London, The Architectural Press
Ltd.
J. Catanese A., Rapoport A., M. Beckly R., R. Alexander A., S. Sawicki D., Witzling
L., Hoeh D., Farmer W.P., Beimborn E., B. White S., O. Attoe W., C. Synder
J., (1979). Introduction To Urban Planning.
Cullen. G. (1975). Townscape. Great Britain, The Architectural Press.
Cullen. G. (2001). The Concise Townscape. Great Britain, The Architectural Press.
Trancick. R. (1986). Finding Lost Space : Theories Of Urban Design. New York,
Van Nostrand Reinhold Company.
Unit Perundingan Universiti Malaya. (2003). Kajian Penyediaan Garispanduan
Penjanaan Semula Pusat Bandar Lama : Draf Laporan. Kuala Lumpur,
Universiti Malaya.
Majlis Bandaraya Ipoh. (1994). Draf Rancangan Tempatan Kawasan Perancangan
Pusat Ipoh. Ipoh, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perak.
119
Unit Rancangan Pemajuan. (2008). Kajian Profil Bandar Negeri Perak. Ipoh,
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perak.
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia (2005). Laporan
Awal Rancangan Tempatan Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya
Ipoh 2020. Kuala Lumpur, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan.
Salehaton Hussain. Sazally Dan Norainah Abdul Rahman (2006). Garis Panduan
Dan Format Penulisan Kajian Akhir (TRP 357). Shah Alam, Universiti Teknologi
Mara.
Ilustrasi Cadangan. http://interfacestudio.com/projects/italianmarketcorridor . 9.00
Malam, 14 April 2009.
Ilustrasi Cadangan. http://interface-studio.com/projects/northcamdenmasterplan . 9.00
Malam, 14 April 2009.
120
Lampiran I
Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Seri Iskandar
Cawangan Perak
Pembanci: Muhammad Hilmy Bin Muslim Masa:
Tarikh: Lokasi:
Inventori Padu Dan Lompang, Pekan Lama Ipoh
Lot Bangunan Kegunaan Jenis Aktiviti Keadaan Ruang
Kegunaan
a. Perniagaan b. Kediaman c. Institusi d. Keagamaan e. Kemudahan f. Hiburan g. Lain-lain
(nyatakan)
Jenis Aktiviti
a. Borong b. Runcit c. Perkhidmatan d. bengkel e. Lain-lain
(nyatakan)
Keadaan Ruang
a. Baik b. Sederhana c. Buruk
121
Lampiran II
Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Seri Iskandar
Cawangan Perak
Pembanci: Muhammad Hilmy Bin Muslim Masa:
Tarikh: Lokasi:
Inventori Penghubung, Pekan Lama Ipoh
Bil Perkara Memuaskan Sederhana Tidak Memuaskan
Sebab
1 Hierarki Jalan 2 Persimpangan
Jalan
3 Kelebaran Jalan
4 Laluan Pejalan Kaki
5 Jalan Utama Keluar Masuk
6 Kemudahan Tempat Letak Kenderaan
Jika tidak Memuaskan, sila nyatakan sebab di ruang yang disediakan.