lompat kijang
-
Upload
oliver-oscar-chong -
Category
Documents
-
view
232 -
download
12
description
Transcript of lompat kijang
HASIL KAJIAN
LOMPAT KIJANG
1.0 Pendahuluan
Mengikut catatan sejarah, acara lompat kijang tidak terdapat pada sukan Olimpik
kuno. Pada masa dahulu, manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan
melompat seperti acara olahraga. Dalam Sukan Olimpik Kuni, acara ini tidak
dipertandingkan lagi. Ini bermakna, cara lompat kijang mempunyai sejarah yang
jauh lebih kemudian daripada acara lompat jauh. Dipercayai bahawa acara
lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland dan kali pertama acara lompat
kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat.melakukan dua kali lomp[atan
dengan menggunakan sebalah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan
seperti acara lompat jauh (long jump).
Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh
dengan lompatan spserti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan
pada Sukan Olimpik moden pada tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang
pertama untuk acara ini adalah James Connoly dari Greek.
Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step and jump dan
kemudiannya ditukarkan namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat
kijang diperkenalkan ke Negara Scotland dan seterusnya ke Amerika Syarikat
pada akhir abad ke-19. Lompat kijang juga dikatakan dipertandingkan dalam
zaman Sukan Olimpik Purba. Dalam kalangan pelompat kihang yang terkenal
ialah Victor Sanegev (USSR) yang menjuarai acara ini dalam Sukan Olimpik
1968, 1972 dan 197 serta menyandang tempar kedua pada tahun 1980.
Pelompat Jepun pula menunjukkan kehebatan mereka mulai 1928.
Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi
memudahkan pra peserta yang mengambil bahagian iaitu daripda melakukan
dua kali lonjakan yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan dan diikuti
dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan. Kini, acara lompat kijang
terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an dan
terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun
930-an di Jepun, Brazil dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini
dipelopori oleh atlet lelaki, namum sejak akhir-akhir ini acara ini telah
dipertandingkan dalam kalangan atlet wanita.
Malah dalam beberapa kejoahan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan
Asia Tenggara Sukan SEA turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu
acara pertandingan. Sbegai salah satu acara olahraga yang disertai oleh keuda-
dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah dan prinsip berhubung
acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori ini.
2.0 Fasa-Fasa Kemahiran
Lompat kijang boleh dibahagikan kepada 5 fasa iaitu:
a) Fasa Penujuan/ Larian Landas
b) Fasa Meloncat
c) Fasa Melangkah
d) Fasa Melompat
e) Fasa Pendaratan
Fasa Penujuan/Take-Off
Di dalam fasa take-off, pelompat hendaklah mempunyai kelajuan yang paling
optimum tetapi terkawal. Kesinambungan dari larian landas kepada take-off
haruslah berterusan, tidak boleh berhenti ataupun kurangkan kelajuan kerana
acara lompat kijang memerlukan anda menyimpan kelajuan sebanyak yang
mungkin semasa melompat. Jika kelajuan telah hilang sewaktu take-off, maka
sukarlah untuk pelompat membuat lompatan step dan jump pula. Semasa
membuat take-off, pastikan pusat graviti haruslah berada sebaris dengan lutut.
Kaki hayunan anda haruslah diangkat cepat ke atas bagi membolehkan huyunan
tersebut membawa badan anda lebih jauh ke hadapan.
Pendek kata, Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar
yang maksimum bagi tiga fasa berikutnya dan kebiasaannya sebanyak 12
hingga 16 langkah adalah mencukupi untuk pelompat peringkat sederhana.
Fasa Meloncat
Fasa lompatan pertama ialah lakuan yang dinamakan sebagai meloncat ataupun
hop iaitu pelompat melakukan lompatan dan mendarat pada kaki yang sama.
Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. Semasa
menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan
kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah dieprelohi itu
untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan
itu adalah dari tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki
menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu
diikuti oleh toalakn kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke
depan dan setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak itu digerakkan ke
depan dalam keadaan bengkok.
Fasa Melangkah (STEP)
Tapak kaki ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama lutut
kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke
belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan kehadapan. Semasa berada
di udara, kaki kanan yang berada di hadapan diayun sedikit ke belakang dan
kaki kiri digerak ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan “kaki
terbuka” ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki
kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan
dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia
bergerak ke arah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokan
pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.
Fasa Melompat (JUMP)
Kaki bebas iaitu kaki kiri dihayun kuat ke depan. Kaki lonjak menolak dengan
kuat disertai oleh hayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh
seperti gaya gunting boleh digunakan semasa berada di udara. Seseorang atlet
lompat kijang yang baik ialah jika dia dapat meminimumkan kehilangan kelajuan
semasa setiap fasa sebelumnya. Pelompat haruslah membuat lompatan yang
tinggi untuk membolehkan jarak lompatan yang lebih jauh. Untuk membantu
anda menambah kekuatan sewaktu lompatan jump, anda boleh menggunakan
teknik double hand swing. Ayunan kedua-dua tangan ini membantu menambah
momentum kepada anda.
Fasa Pendaratan
Sebelum mendarat, pelompat akan melajurkan kedua-dua kaki ke haapan sambil
menghayunkan kedua-dua tangan ke hadapan untuk membantu layangannya.
Pelompat mendarat dengan bahagian tumit kedua-dua kakinya mencecah
kawasan pendaratan terlebih dahulu dan seterusnya badan digerakkan ke
hadapan atau tepi.
Fasa-Fasa Kemahiran Lompat Kijang
3.0 Latihan Ansur Maju
1. Melakukan lompat kijang secara berdiri
Mula dengan kaki lonjakan di hadapan. Hayun kaki bebas ke hadapan dan
mendarat dengan kaki lonjatan untuk membuat loncatan. Sterusnya
melangkah dengan kaki yang sama dan mendarat dengan kaki lain untuk
membuat lompatan. Selepas itu, mendarat dengan kedua-dua belah kaki
dengan lutut dibengkokkan. Ulang aktiviti beberapa kali.
2. Setelah langkah-langkah diatas dilakukan, berjalan dua langkah dan
lakukan gerakan yang sama seperti di atas. Seterusnya berlari anak dan
lakukan gerakan yang sama, tetapi cuma untuk mencapai objektif yang
ditetapkan iaitu nisbah jarak lompatan 10:8:9
3. Mulakan dengan belajar Lompat Kijang Berdiri:
a) Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki
kanan).
b) Hop dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki
kanan juga.
c) Melangkah ke depan dengan kaki kiri.
d) Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendaprat di atas kedua-dua
kaki.
e) Ulangi latihan di atas beberapa kali.
f) Melangkah dengan memberi perhatian pada butiran seperti yang
dinayatakan.
g) Berdiri di atas sebalah kaki dengan kaki kiri dipegang oleh tangan
kiri dan hop dengan kaki kanan serta mendarat di atas kaki kanan
juga.
Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat
mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
Latihan lonjakan
Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa
tinggi yang boleh.
Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
Latihan mendarat
Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti
kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).
Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk
lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan).
Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira
sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki
bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan
kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
Latihan gaya lompatan berbeza
Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar,
gantung, tendang kayuh).
Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya
gantung dan gaya tendang kayuh.
Aktiviti Latihan Ansur Maju
1. Lari Dan Lompat Murid dalam kumpulan kecil. Setiap murid memegang satu pundi kacang. Apabila isyarat diberi, murid pertama akan berlari dan melompat
menggunakan kedua-dua belah kaki melepasi kotak pelbagai ketinggian sehingga tamat di X.
Masukkan pundi kacang ke dalam bakul. Rakan dalam kumpulan akan bergilir-gilir melakukan aktiviti yang
sama. Apabila rakan terakhir tamat aktiviti, mereka qakan menjerit
BERJAYA.
2. Lompat Dari Pelbagai Sudut Murid dalam kumpulan kecil. Bergilir-gilir melompat halangan daripada tempat bertanda. Ulang beberapa kali.
4.0 Butiran Mengajar
Landasan Larian
Larian landas ini adalah larian yang dilakukan sebelum pelompat tersebut
membuat take-off yang pertama. Semasa larian ini, pelompat haruslah
mengawal kelajuan dan tidak boleh terlampau laju pada permulaan larian (nanti
tidak cukup tenaga untuk membuat lompatan pertama). Jika terlampau laju
sewaktu larian, langkah akan menjadi panjang dan pusat graviti akan menjadi
rendah. Bila pusat graviti rendah, adalah susah untuk membuat lompatan yang
tinggi. Sepatutnya sebelum membuat take-off, pelompat tersebut hendaklah
berada pada larian yang stabil, posisi badan yang tegak dan mempunyai pusat
graviti yang tinggi dan mempunyai tenaga yang optimum untuk membuat
lonjakan.
Take-off
Di dalam fasa take-off, pelompat hendaklah mempunyai kelajuan yang paling
optimum tetapi terkawal. Kesinambungan dari larian landas kepada take-off
haruslah berterusan, tidak boleh berhenti ataupun kurangkan kelajuan kerana
acara lompat kijang memerlukan anda menyimpan kelajuan sebanyak yang
mungkin semasa melompat. Jika kelaajuan telah hilang sewaktu take-off,
sukarlah untuk anda membuat lompatan step dan jump pula. Semasa membuat
take-off, pastikan pusat graviti anda berada sebaris dengan lutut. Kaki hayunan
pelompat haruslah diangkat cepat ke atas bagi membolehkan huyunan tersebut
membawa badan anda lebih jauh ke hadapan agar mampu menghasilkan
lompatan yang lebih jauh lagi bagi mendapatkan lompatan yang optimum.
Hop
Pastikan pelompat tidak kehilangan terlalu banyak kelajuan di udara. Sebelum
kaki cecah ke trek, pastikan pelompat sudah bersedia untuk attack trek tersebut
untuk membuat STEP pula. Semasa landing hop, pastikan pelompat tidak jatuh
dengan hujung kaki sebaliknya jika pelompat jatuh di bahagian tumit dan seperti
hendaka mencakar trek tersebut dengan bahagian spike anda agar mendapat
jarak hop baik dan bagi menggelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
Step
Lompatan step bukan hanya langkahan biasa sebaliknya langkahan yang besar
bersama lompatan. Patikan semasa di udara badan pelompat tidak tertinggal di
belakang. badan haruslah seiring dengan kaki di hadapan. dan sebelum landing,
pelompat haruslah sudah bersedia untuk mencakar trek untuk membuat jump
pula. Pastikan anda tidak landing menggunakan hujung kaki bagi mengelakkan
kecederaan.
Jump
Fasa jump agak sukar dilakukan kerana ketika ini kelajuan berada pada tahap
paling rendah. Hal ini disebabkan kelajuan hilang pada fasa sebelumnya.
Seseorang atlet lompat kijang yang baik ialah jika dia dapat meminimumkan
kehilangan kelajuan semasa setiap fasa sebelumnya. Pelompat haruslah
membuat lompatan yang tinggi untuk membolehkan jarak lompatan yang lebih
jauh. Untuk membantu pelompat menambah kekuatan sewaktu lompatan jump,
anda boleh menggunakan teknik double hand swing. Ayunan kedua-dua tangan
ini membantu menambah momentum kepada anda.