Lmck 1531 kepimpinan dan kreativiti lecture notes citra - lecture notes
-
Upload
kifah-arifin -
Category
Education
-
view
665 -
download
6
description
Transcript of Lmck 1531 kepimpinan dan kreativiti lecture notes citra - lecture notes
KEPIMPINAN DAN KREATIVITI
Modul ini membincangkan 2 aspek:
Kepimpinan
Konsep kepimpinan
Prinsip kepimpinan
Elemen kepimpinan
Model/teori kepimpinan
Kepentingan kepimpinan
Kreativiti
Berfikir secara kreatif & kritis
Kepimpinan Proses seseorang mempengaruhi subordinat
supaya berkelakuan seperti yang dikehendaki.
Mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan.
Proses mempengaruhi kumpulan secara terancang ke arah mencapai matlamat
Kreativiti Kebolehan untuk mencipta sesuatu yang baharu
melalui kemahiran imaginasi.
Kreativiti melibatkan:
Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru
Keupayaan berfikir secara kritikal
Membuat penilaian secara analitikal
Keupayaan berfikir secara praktikal
Menilai idea dengan sistematik sebelum menerimanya
Prinsip Kepimpinan
Terdapat 2 perspektif, Barat dan Islam. Prinsip Barat
Pemimpin hendaklah pasti akan kekuatan dan kelemahan diri.
Pemimpin perlu menguasai kemahiran teknikal, cth –kemahiran komputer.
Prinsip Islam Semua prinsip kepimpinan barat terkandung dalam prinsip
kepimpinan Islam.
Kepimpinan Islam mesti menerapkan kepercayaan dan pengabdian diri kepada Allah.
Kepimpinan mesti dilaksanakan dengan hati yang bersih dan mengikut tradisi kepimpinan para anbia.
Prinsip Kreativiti
Antaranya ialah: Seseorang yang berfikir secara kreatif tidak
mudah bersetuju terhadap sesuatu perkara, sebaliknya mempertimbangkan baik-buruk perkara tersebut.
Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea.
Terlibat dengan 3 jenis aktiviti mental iaitu menganalisis, mentafsir dan menilai.
Terdapat 2 elemen dalam kepimpinan:
Pemimpin
Proses memimpin : memujuk, mempengaruhi, mengarah, menyelaras, memotivasi, dan berinteraksi dengan ahli.
Kreativiti pemimpin : memberi dan menerima pendapat, berfikir secara kreatif dan menilai sebelum membuat keputusan.
Yang dipimpin
Terdapat pelbagai model/teori. Antaranya:
i. Teori tret
ii. Teori tingkah laku
iii. Teori kontigensi
iv. Teori kontemporari
Modul ini bagaimanapun hanya memfokuskepada teori tret dan teori tingkah laku.
Teori tret Pemimpin mempunyai sifat atau tret seperti:
Keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut dan diri pemimpin sendiri
Mempunyai semangat dalaman untuk mencapai matlamat organisasi
Sentiasa membuat tinjauan tentang peluang
Mempunyai kawalan diri dalaman (locus control)
Mempunyai orientasi ke arah kebaikan
Bersikap optimis, penggalak, toleransi terhadap perkara yang kurang pasti
Memberi motivasi kepada anggota lain
Teori tingkah laku Keberkesanan pemimpin terletak pada apa yang
dilakukan oleh pemimpin dan bukan pada tretpemimpin.
Antaranya: Kajian Iowa
Kajian oleh Kurt Lewin et.al mengenal pasti 3 tingkah laku/ gaya kepimpinan – autokratik (boss-centered), demokratik (sub-ordinate centered), laissez-faire
Kajian Michigan Terdapat 2 gaya kepimpinan – employee centered dan job-centered
Kajian Ohio State Terdapat 2 gaya – menjelaskan peranan dan memberi pertimbangan
Grid pengurusan Diasaskan oleh Blake & Mouton.
Terdapat 2 gaya yang utama iaitu menekankan pekerja dan menekankan pengeluaran.
Daripada 2 gaya tersebut, menghasilkan 5 grid pengurusan:
Beberapa bentuk gaya kepimpinan
Kedua-duanya penting bagi memastikan peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan dilaksanakan seperti yang ditetapkan bagi mencapai matlamat.