Linguist i k
-
Upload
omme-randy -
Category
Documents
-
view
28 -
download
0
Transcript of Linguist i k
LINGUISTIK
PEGENALAN
Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang
jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan
sebagainya. Dalam konteks ilmu , linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini
dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika , disiplin linguistik
berkembang lebih awal , iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan.
Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi
semua segi komunikasi manusia , iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada
analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan.
Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan
Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin
seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali ( lingua, atau bahasa
Sepanyol ( lengua) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics). Dalam bahasa Melayu pula,
istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik
atau “ linguistik “.
Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David
Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf
Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( The Svientific
study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan
bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.
Menurut (J.Lyons,1968:1)(Abdullah Hassan) linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa
secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-
rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik
terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi , sintaksis dan semantik
Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik,
pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.
1
LINGUISTIK
BIDANG LINGUISTIK
Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji
aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu
pendidikandan psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula
digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan
mengajarkan bahasa.
Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang
mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu
terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai
penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.
Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi
pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan
kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa
yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu
usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai
sains gunaan.
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu
sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan
mengajarkan bahasa dengan baik.
2
LINGUISTIK
Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang
linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan
perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik
perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan
perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan
untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan
leksikon.
Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat
diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya
dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat
hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan
peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan
dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
3
LINGUISTIK
Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk
menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa
yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut
ciri-ciri.
Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan
antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam
kata-kata pinjaman.
Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan
sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya
hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu
bahasa.
Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa
zaman atau masa dan tempat tertentu.
Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi
menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau
etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan
bahasa dari masa lampau hingga kini.
Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan
antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan
persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa
induk.
Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek
bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan
linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek
yang dibandingkan itu
Linguistik Kontekstual
4
LINGUISTIK
Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk
tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa
berinteraksi dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains
sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada
keseluruhannya.
Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan
linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan
linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,
linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK
5
LINGUISTIK
Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik,
kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India.
Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman
Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang
didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang
Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji
pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.
1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang
wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti
bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira
500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah,
maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk
falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum
masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang
menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah
Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama
yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui
karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan
kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai
bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang
berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah
menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau
konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang
tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan
fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan
kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum
masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata
penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah
bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui
tentang adanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang
dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan
6
LINGUISTIK
puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat
diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan
apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani
lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak
logik dan bukannya saintifik.
Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman
Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada
abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat
perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa
pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem
fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan.
Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit
deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom.
Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah
anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa
Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem
bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang
menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau
bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi
rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan
yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka
bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu
bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka
bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang
kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam
bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini
menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu
bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini
bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini
disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman
7
LINGUISTIK
ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.
Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik
semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk
dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada
era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada
ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab
Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan
sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah
kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa
secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa
yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki
perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden,
iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu,
iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka
turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan
tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada
kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa
zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa
berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali
sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah
perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada
zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada
era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut
mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
SEKILAS TENTANG VARIASI BAHASA
VARIASI BAHASA
Variasi bahasa membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi
maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang
8
LINGUISTIK
menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu
dan makin banyak perbezaannya.
Variasi Bahasa.
Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud
yang sama berdasarkan situasi tertentu. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian
terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan
penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.
Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
1. Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
2. Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau
situasi bahasa itu digunakan.
Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan
bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor
teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Bahasa ialah kepunyaan
masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah
penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia,
di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek
Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan
yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.
Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-
bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak
dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab
faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan
sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.Hakikat bahasa dan variasi-
variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk
sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai
gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai
kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.
Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili
bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum
9
LINGUISTIK
bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa
secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku
ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara
ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami. Tiap-tiap pihak harus
gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa
yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa
Melayu Johor Riau.
Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang
digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti
dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.
Variasi Bahasa (Dialek)
Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang
pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.
Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna
dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa
ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan
oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk
tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/
baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi
perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam
sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara.
Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina,
Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan
gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah kelompok utama
yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,
orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan
fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza
di negara-negara yang berbahasa sama.
10
LINGUISTIK
Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi
memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign
Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa
tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat
yang sama. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai
kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi
antara satu sama lain.
Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka
yang tidak memahami bahasa berkenaan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui
sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam
tempoh lima tahun.
Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa
Melayu.
Variasi bahasaKepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu
sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh
oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada
pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Idiolek
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan
atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang
Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam
16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang
11
LINGUISTIK
Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,
Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura.
Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut
kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis
rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-
variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek
sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu
idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.
Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:
12
LINGUISTIK
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa
formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar,
bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam
bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
13
LINGUISTIK
Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis.
Tidak mementingkan aspek sebutan,
intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan
tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah
warning you banyak kali, tapi you masih
hendak ke tempat tu.
Ayat yang gramatis
Mementingkan aspek-aspek sebutanm
intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan
tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah
berkali-kali memberi amaran supaya jangan
pergi ke tempat itu, tetapi awak masih
hendak ke sana.
Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal
Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu
tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan
kata, nahu dan sebagainya.
Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap
Bahasa Slanga
Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.
Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap
mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis
perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
14
LINGUISTIK
Bahasa Baku Bahasa Basahan
mengapa Kenapa
bagaimana macam mana
sedang Tengah
(b) bentuk kependekan
Bahasa Baku Bahasa Basahan
hendak Nak
tidak Tak
sudah Dah
(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku Bahasa Basahan
ambil ambik
kecil kecik
pula pulak
Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat
penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan
mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri
nama kedua).
Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan
perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.
Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan,
pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan
perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat
menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-
15
LINGUISTIK
ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan
nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan
sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan Bahasa Halus
kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam
Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa
kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan
perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa
kasar.Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya
bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap
mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi
dianggap biasa di Melaka.
Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat
bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri
Sembilan.
16
LINGUISTIK
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)
17