Latihan Kata Adjektiffjr
description
Transcript of Latihan Kata Adjektiffjr
![Page 1: Latihan Kata Adjektiffjr](https://reader035.fdocuments.net/reader035/viewer/2022071709/55cf92a6550346f57b986476/html5/thumbnails/1.jpg)
PUSAT TUISYEN SINARAN INTENSIF (PTSI)
Latihan Kata Adjektif
Latihan Kata Adjektif (Latihan Objecktif untuk Kata Adjektif)
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :
1. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.
A. hodoh B. lusuh C. cantik D. indah
2. Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.
A. tumpul B. baharu C. tajam D. panjang
3. Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
A. jauh B. dekat C. hampir D. samping
4. Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
A. manis B. masam C. pahit D. masin
5. Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
A. gopoh B. lampat C.cepat D. cerma
![Page 2: Latihan Kata Adjektiffjr](https://reader035.fdocuments.net/reader035/viewer/2022071709/55cf92a6550346f57b986476/html5/thumbnails/2.jpg)
PUSAT TUISYEN SINARAN INTENSIF (PTSI)
6. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan
masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat
mereka.
A. gembira B. degil C. peramah D. berahi
7. Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan
sesiapa saja.
A. degil B. peramah C. gopoh D. jelita
8. Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.
A. cantik B. jelita C. indah D. dingin
9. Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.
A. indah B. jelita C. tegap D. lusuh
10. Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________ untuk menyertai pertandingan badminton antarabangsa.
A. tegak B. gopoh C. tegap D. cantik
11. Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________ semasa
memotong sayuran atau daging
A. tumpu B. lumpur C. tumpuh D. tumpul
12. Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
A. masin C. manis C. masam D. pahit
![Page 3: Latihan Kata Adjektiffjr](https://reader035.fdocuments.net/reader035/viewer/2022071709/55cf92a6550346f57b986476/html5/thumbnails/3.jpg)
PUSAT TUISYEN SINARAN INTENSIF (PTSI)
13. Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan
robot ___________ untuk disuntik ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.
A. halus B. kasar C. hodoh D. gopoh
14. Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.
A. tenang B. gopoh C. biru D. lumpur
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :
15. Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .
A. bujur B. lonjong C. bulat D. segi empat
Jawapan : 1.B 2.C 3.A 4.C 5.A 6.B 7.B 8.C 9.B 10.C 11.D 12.C 13.A 14.A 15.B