Latar Belakang Masalah
-
Upload
mfaeez-fiz -
Category
Documents
-
view
232 -
download
3
description
Transcript of Latar Belakang Masalah
Latar Belakang Masalah
Contoh
Pada tinjauan pengkaji, soalan yang disediakan untuk murid-murid di Tahun 4 di bahagian A ini adalah berdasarkan gambar yang diberikan mengikut tema yang dekat dengan persekitaran murid seperti aktiviti dalam bilik darjah, suasana dalam rumah, perkelahan di tepi pantai dan tema-tema lain yang berlaku di persekitaran murid-murid. Walau bagaimanapun beberapa rumusan dan kesimpulan yang dapat dirumuskan bahawa murid-murid ini tidak dapat memberikan aktiviti yang betul berdasarkan grafik atau visual yang diberi menyebabkan pembentukan ayat menjadi tidak gramatis dan tidak menepati kehendak soalan. Dapatan awal kajian juga mendapati masih lagi terdapat penggunaan bahasa pasar dan juga kesalahan ejaan yang ketara di kalangan murid yang hanya mencapai skor 3 markah dan ke bawah. Murid-murid hanya perlu membuat lima ayat mudah berdasarkan gambar yang disediakan. Penskoran dan pencapaian murid Tahun 4 Baiduri pada ujian selaras 1 yang dijalankan seperti Jadual 2. Jadual 2: Analisis Penskoran Bahagian A Penulisan Bahasa Melayu (Ujian Selaras 1)
Penskoran(Markah)Bilangan MuridPeratus
Cemerlang(9 hingga 10 markah)26%
Baik(7 hingga 8 markah)514%
Memuaskan(4 hingga 6 markah)2571%
Tahap Minimum(0 hingga 3 markah)39%
Jumlah35100%