Laporan Sudut Kitar Semula
description
Transcript of Laporan Sudut Kitar Semula
1.0 TUJUAN
Menyediakan sudut-sudut maklumat berkonsepkan pendidikan alam sekitar
secara aktif sebagai satu pendedahan kepada semua pelajar dan warga
Sekolah Kebangsaan Seremban 2A disamping meningkatkan kualiti
persekitaran sekolah.
2.0 MATLAMAT
Matlamat penghasilan sudut maklumat ini adalah untuk memberikan
pendedahan awal dan menyebarkan isu-isu semasa berkaitan program kitar
semula. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada
murid-murid dan warga Sekolah Kebangsaan Seremban 2A tentang
kepentingan amalan kitar semula.
Projek ini juga adalah bertujuan untuk memenuhi syarat dalam perlaksanaan
internship khususnya bagi kumpulan RBT 8 PISMP Ambilan Januari 2011.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan pendedahan awal dan info-info terkini mengenai program
Bank Kitar Semula.
3.2 Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah mengenai
kepentingan hubungkait antara sektor pendidikan, alam sekitar,
ekonomi dan sosial untuk membina kehidupan
3.3 Menyumbang tenaga dan khidmat buah fikiran dalam sebagai
sumbangan terhadap sekolah.
3.4 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam
pengurusan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami
bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.
4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Tempoh : 4 minggu ( 7Julai 2014 hingga 25 Julai 2014)
Tempat : Sudut Kitar Semula, bersebelahan kantin sekolah.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran projek ini ialah murid-murid dan keseluruhan warga
Sekolah Kebangsaan Seremban 2A
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
Puan Hajah Rusnidah Binti Kaharudin
(Guru Besar SKS2A)
Pengerusi
Puan Lena Binti Mohd Yusof
(Guru Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi 1
En Mohd Aris Bin Yusof
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2
Puan Mary Leong
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program 1
Encik Mohd Afero Bin Mohd Noor
Penyelaras Program 2
Puan Hayati Binti Samah
Setiausaha
Cik Wan Noryazmeen Binti Nordin
Ahli JawatanKuasa Pelaksana
1. Puan Zainab Binti Musa
2. Puan Anita Binti Anuar
3. Muhammad Redza Bin Khalid
4. Shahrul Afendi Bin Abdol Halim
5. Wan Noryazmeen Binti Nordin
7.0 PERBELANJAAN PROJEK.
1 Banner Sudut : RM 80.00
2 Pemegang wayar : RM 5.00
2 Kertas Warna : *disediakan
3 Kertas A4 : *disediakan
4 Kadbod : *disediakan
5 Plastik Laminate : *disediakan
6 Double Sided Tape : *disediakan
7 Gam UHU : *disediakan
8 Cat PELAKA : *disediakan
9 Berus Cat : *disediakan
10 Hot Glue Gun : *disediakan
11 Gam Hot Glue Gun : *disediakan
12 Warna air : *disediakan
6 Lain-lain (Hiasan dll) : RM 10.00
JUMLAH RM 140.00
**Sebahagian bahan telah disediakan oleh Kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula
** Sebahagian disediakan oleh Ahli JawatanKuasa Pelaksana
8.0 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan adalah daripada Kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula, Sekolah
Kebangsaan Seremban 2A
9.0PERANCANGAN PROJEK
BilAKTIVITI UTAMA / AKTIVITI
KECILMinggu Catitan
1 2 3 41 Perbincangan pelan rekabentuk
sudut RBT√
2 Merancang bahan-bahan dan alatan yang ingin digunakan
√
3 Penghasilan Kertas Projek √
4 Membina sudut / ruang RBT. √ √
5 Pemantauan dan Penilaian √
6 Laporan Bertulis dan Bergambar. √
10.0 PENUTUP
Pelaksanaan projek ini secara tidak lansung dapat membantu kami, para
guru-guru pelatih dalam memperoleh pengalaman-pengalaman baru dalam
menghasilkan projek-projek yang dapat membantu dalam peningkatan maklumat
dan info terkini kepada murid-murid dan guru-guru sejajar dengan pelaksanaan
Kurikulum baru yang diperkenalkan disekolah-sekolah secara berperingkat. Dan
secara tidak langsung juga program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara
guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Semoga
projek yang bakal dilaksanakan ini dapat memberikan manfaat kepada guru-guru
dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A .
11.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu sudut Kitar Semula untuk
Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Matlamat
penghasilan sudut ini adalah untuk menyediakan satu ruang bagi
mempamerkan maklumat berkonsepkan pendidikan alam sekitar secara aktif
sebagai satu pendedahan kepada semua pelajar dan warga Sekolah
Kebangsaan Seremban 2A disamping meningkatkan kualiti persekitaran
sekolah.
Projek ini telah dicadangkan oleh guru pembimbing saya, Encik Mohammad
Afero Bin Mohd Nor. Ini memandangkan kelab alam sekitar telah dinobatkan
sebagai pemenang bagi Anugerah Kecemerlangan Kitar Semula, katogori
sekolah rendah di Negeri Sembilan dan bakal menyertai satu pertandingan
keceriaan sudut Alam Sekitar. Justeru, saya ditugaskan untuk menolong
guru-guru kelab alam sekitar bagi menceriakan lagi kawasan sudut Kelab
Alam Sekitar.
Pada minggu pertama, saya meninjau kawasan yang ingin di kemaskini dan
merancang beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Bagi
menjimatkan kos, saya telah menggunakan bahan-bahan kitar semula
sebagai bahan utama bagi menghias sudut ini. Ini bersesuaian dengan tema
kelab yang mengguna pakai bahan terbuang. Saya telah dibantu oleh 2 orang
guru kelab alam sekitar iaitu Puan Zainab Binti Musa dan Puan Anita Binti
Anuar dalam penghasilan projek ini. Alhamdulillah projek yang dilaksanakan
dapat mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan dan berjalan
dengan lancar.
12.0 KEKUATAN
Sepanjang proses kami menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan
yang menyumbang kepada kejayaan projek ini, antaranya ialah kerjasama yang
padu dari guru-guru kelab Alam Sekitar terutamanya Puan Anita Anuar dan
Puan Zainab Musa. Mereka merupakan individu-individu yang banyak
menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam pelaksanaan projek ini. Mereka
banyak menyumbang idea-idea yang bernas bagi menceriakan lagi sudut alam
sekitar ini. Memandangkan ini merupakan projek individu, saya agak
memerlukan bantuan dalam beberapa aspek bagi memastikan projek yang
dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Saya
juga mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan se-internship
dalam melaksanakan beberapa tugasan seperti dalam pemasangan banner
kelab alam sekitar dan pertukangan.
Juga kekuatan dalam penghasilan projek ini ialah dari segi bahan-bahan yang
digunakan bagi menghias. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah
bahan-bahan boleh dikitar semula seperti kotak, kertas, cengkerang dan
sebagainya. Ini merupakan salah satu ciri keistimewaan yang diketengahkan
dalam penghasilan sudut ini. Selain dari mencantikkan sudut ini, penggunaan
bahan-bahan ini juga dapat dilihat sebagai salah satu usaha yang dilaksanakan
oleh kelab ini dalam menyokong program kitar semula dan secara tidak lansung
juga mengurangkan kos-kos perbelanjaan yang digunakan dalam menghasilkan
sudut ini.
13.0 KELEMAHAN
Alhamdulillah projek ini dapat disiapkan dengan jayanya, namun begitu
masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan. Bagi sudut ini,
saya memberikan sepenuh perhatian bagi kawasan dinding berhampiran
dengan papan kenyataan sudut kitar semula. Diawal perbincangan, guru
pembimbing mencadangkan saya untuk mewujudkan satu sudut bagi
penghasilan baja kompos di bahagian bawah tangga, bersebelahan tong-tong
kitar semula. Namun setelah difikirkan implikasi-implikasi yang mungkin akan
diterima, projek penghasilan baja kompos itu tidak dilaksanakan.
14.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Mungkin pada masa yang akan datang, ruang dibawah tangga
berkenaan dapat di manfaatkan sepenuhnya dengan mewujudkan satu laman
bacaan bagi menyediaan bahan-bahan bacaan berkenaan kitar semula bagi
meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kitar semula dikalangan
murid-murid Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Ini secara tidak lansung
dapat meningkatkan manfaat dan keberkesanan sudut-sudut yang dibina dan
menarik minat murid-murid untuk menggunakan kemudahan yang telah
disediakan. Ini adalah untuk memastikan objektif pembinaan sudut ini tercapai
iaitu dengan memberikan pendedahan awal dan menyebarkan isu-isu
semasa berkaitan program kitar semula. Selain itu ia juga bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada murid-murid dan warga Sekolah Kebangsaan
Seremban 2A tentang kepentingan amalan kitar semula.
11.0 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PERJALANAN PROGRAM
Gambar sudut kitar semula yang masih belum di kemaskini.
Gambar sebelum pemasangan banner Sudut Kitar Semula.
Pemasangan banner
dilakukan oleh rakan-rakan
guru pelatih dan tukang
kebun sekolah.
Gambar pemasangan banner di sudut
bawah tangga.
Gambar penyediaan Carta Organisasi Kelab Alam Sekitar
Gambar penyediaan bahan bahan hiasan untuk sudut kitar semula
Gambar bahan-bahan hiasan yang telah disediakan.
Gambar-gambar semasa pemasangan bahan-bahan dan hiasan sudut kitar
semula dilakukan.
Gambar Sudut Kitar Semula yang sudah siap dihias.
Gambar Banner Kelab Alam
Sekitar yang sudah siap
dipasang
Disediakan oleh,
---------------------------------------
(WAN NORYAZMEEN BINTI NORDIN ) Tarikh: 14 Julai 2014
Setiausaha,
Projek Pembinaan Sudut Kitar Semula
Disemak oleh,
------------------------------------------
(ENCIK MOHD AFERO BIN MOHD NOOR)
Penyelaras Program,
Kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula ,
Sekolah Kebangsaan Seremban 2A
Disahkan oleh,
---------------------------------------
(PUAN LENA BINTI MOHD YUSOF)
Guru Penolong Kanan Akademik
Sekolah Kebangsaan Seremban 2 A