laporan rohingya

29
PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA MASYARAKAT ROHINGYA DI MYANMAR SPPQ (BINAAN BANGUNAN) ( SEKSYEN 45) NAMA AHLI KUMPULAN : HASANAH BT ZAKARIA A14PP3021 NORSHAFIQAH BT MOHD SAIDI A14PP3070 NUR ADLIN BT MOHD EZANI A14PP3074 NUR AZMINA BT RAMLI A14PP3081 NURUL ATHIRAH BT MUSTAFA BAKRAY A14PP3101 NAMA PENSYARAH : PUAN AKMALIZA BINTI ABDULLAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

description

Rohingya

Transcript of laporan rohingya

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIAUICI 1012

PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA MASYARAKAT ROHINGYA DI MYANMARSPPQ (BINAAN BANGUNAN) ( SEKSYEN 45) NAMA AHLI KUMPULAN :HASANAH BT ZAKARIAA14PP3021NORSHAFIQAH BT MOHD SAIDIA14PP3070NUR ADLIN BT MOHD EZANIA14PP3074NUR AZMINA BT RAMLIA14PP3081NURUL ATHIRAH BT MUSTAFA BAKRAYA14PP3101

NAMA PENSYARAH :PUAN AKMALIZA BINTI ABDULLAH

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi kursus Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS) ini. Sepanjang membuat laporan ini, kami telah memperolehi pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menyiapkan tugasan laporan ini hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan laporan ini iaitu mengenai masyarakat Islam Rohingya, melalui tugasan laporan ini kami dapat melihat dan mengetahui bagaimana keperitan dan kesengsaraan yang mereka alami dimana mereka ditindas dinegara sendiri.Melalui peluang keemasan ini, kami daripada kumpulan yang mengupas tentang isu masyarakat Islam Rohingya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan kami juga merangkap pensyarah TITAS iaitu Puan Akmalliza Bt Abdullah kerana telah banyak memberikan kami tunjuk ajar dan dorongan. Tajuk dan isu ini adalah amat bersesuaian dengan fenomena yang sedang berlaku sekarang dimana ramai umat Islam diseluruh dunia kini ditindas dan dinafikan hak asasi mereka di bumi sendiri. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan laporan yang telah diamanahkan ini.Ucapan terima kasih juga ditunjukan kepada ibu bapa kami yang banyak memberi semangat dan dorongan bagi kami sewaktu menghasilkan folio ini. Mereka secara tidak langsung telah menghulurkan bantuan kewangan dalam menjayakan projek ini.Selain itu, tidak lupa kepada sahabat-sahabat kami dari Fakulti Pndidikan yang turut sama menyumbang idea dan memberi inspirasi kepada kami untuk memberikan yang terbaik dalam mencapai matlamat kami.Tidak ketinggalan, jutaan penghargaan dan rasa berterima kasih kepada seluruh ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus dan memberikan sepenuh jiwa dan raga untuk merealisasikan tugasan kerja ini. Sekian,terima kasih.ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT1PENGHARGAAN22PENGENALAN : - PENYATAAN MASALAH4 - OBJEKTIF KAJIAN43BAB 1 - LATAR BELAKANG & SEJARAH MYANMAR35-74BAB 2 MENGENALI ETNIK ROHINGYA8-135BAB 3 ROHINGYA SEBAGAI PELARIAN14-176BAB 4 TINDAKAN PIHAK PBB 17-207BAB 5 KESIMPULAN & CADANGAN21-238RUJUKAN249LAMPIRAN25-26

PENGENALANPENYATAAN MASALAHJika dilihat keadaan umat islam Rohingya di Myanmar ketika ini, pastinya kita melihat akan suatu kaum yang seakan-akan tiada halatuju dan kaum yang sering ditindas. Umat islam di Rohingya kini sangat mundur dalam segenap bidang ilmu, sahsiah dan ekonomi. Adakah kaum Rohingya dapat mempertahankan hak-hak mereka di negara sendiri iaitu di Myanmar. Adakah mereka akan terus ditindas dan tidak dianggap wujud oleh kerajaan Myanmar? Adakah nasib kaum Rohingya dapat dibela?Oleh yang demikian, kami rasa terpanggil untuk membuat sedikit kajian mengenai permasalahan. Kami berharap dapat merungkai sedikit sebanyak faktor berlakunya krisis pencabulan hak asasi dan mencari dimana silapnya sehingga etnik rohingya sahaja yang ditindas di negara Myanmar.

OBJEKTIF KAJIAN :I. Mengenalpasti punca awal dan punca terjadinya masalah berkaitan dengan masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.II. Mengetahui dengan lebih terperinci asal usul masyarakat Rohingya.III. Mengenalpasti jenis hak-hak asasi manusia yang telah dicabuli dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.IV. Mengenalpasti negara jiran yang berdekatan yang menjadi tempat persinggahan mereka sebagai pelarian dan respon mereka dalam membantu menangani isu ini..V. Mengetahui sejauh mana krisis ini diperdebatkan di peringkat antarabangsa dan usaha menanganinya.

BAB 1LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MYANMAR

Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar.Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai. ( Wikipedia 2015)

ETNIK-ETNIK DI MYANMARNegara Myanmar juga merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik serta pelbagai anutan agama.Di negara Myanmar sendiri terdapat 137 etnik. Antara yang selalu di sebut ialah bamar/bimar, karen, kayah, arakan, mon, kachin, chin, dan rohingya.Bamar/Birma - Dua pertiga dari jumlah warga Myanmar. Beragama Buddha, menghuni sebahagian besar wilayah Myanmar kecuali di kawasan perkampungan.Karen - Suku yang beragama Buddha, Kristian atau paduannya. Memperjuangkan otonomi selama 60 tahun. Menghuni di kawasan pergunungan dekat sempadan dengan Thailand.Kayah - Etnik yang beragama Buddha yang berkerabat dengan etnik Thai.Arakan - Juga disebut Rakhine, umumnya beragama Buddha dan tinggal di pergunungan di Myanmar barat.Mon - Etnik yang beragama Buddha yang menghuni kawasan selatan berhampiran sempadan Thailand.Kachin - Kebanyakan beragama Kristian. Mereka juga tersebar di Cina dan India.Chin - Kebanyakan beragama Kristian, menghuni berhampiran sempadan India.Rohingya Etnik yang beragama Islam yang tinggal di utara Rakhine, banyak yang telah menjadi pelarian ke Bangladesh atau Thailand. ( Wikipedia 2015)

PENTADBIRAN DI MYANMARMyanmar merupakan sebuah negara Demokrasi selepas kemerdekaan dari penjajahan British. Namun Myanmar mengalami pelbagai masalah tentang konflik etnik, perang bersaudara hingga konflik bersenjata. Pada tahun 1962, berlaku pergolakan politik yang buruk sehingga tidak dapat pertahankan sistem pemerintahan secara demokratik.Junta Militer di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win telah menggulingkan pemerintahan secara demokrasi. Junta tentera yang memerintah Myanmar selama setengah abad, amat bergantung pada Burma nasionalisme dan agama Buddha Theravada untuk menguatkan pemerintahannya, dan, pada pendapat pakar-pakar kerajaan Amerika Syarikat (AS), banyak diskriminasi terhadap minoriti seperti Rohingya, orang Cina seperti orang Kokang, dan Panthay (Cina Islam). Sepanjang pemerintahan Empayar British, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubah suai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam. (Ria Rizqona 13 Disember 2011)

BAB 2ASAL USUL ROHINGYA

Puak Rohingya adalah rakyat Arakan yang beragama islam yang tinggal di kawasan Arakan di barat Myanmar (Burma). Banyak puak Rohingya telah melarikan diri ke negara Bangladesh dan kawasan di sepanjang sempadan Thai-Myanmar. Rohingya merupakan salah satu minoriti yang paling dianiaya di dunia. Terdapat banyak asal-usul tentang puak Rohingya .Asal-usul istilah "Rohingya" dipertikaikan oleh sesetengah sejarawan Rohingya seperti:1. Khalilur Rahman Beliau menegaskan bahawa Rohingya panjang berasal dari 'rahmat' Rahma makna perkataan Bahasa Arab.2. Jahiruddin Ahmed dan Nazir Ahmed- Mereka berhujah bahawa bangkai kapal umat Islam kini dikenali sebagai umat Islam 'Thambu Kya', dan kini tinggal di sepanjang pantai laut Arakan .Jika Rohingya panjang memang diperolehi kerana kumpulan itu umat Islam, "Thambu Kyas" akan menjadi kumpulan pertama yang dikenali sebagai Rohingya. Menurut mereka, Rohingya adalah keturunan penduduk Ruha di Afghanistan. 3. MA Chowdhury- berhujah bahawa di kalangan penduduk Islam di Myanmar, istilah 'Mrohaung' (Old Arakanese Kingdom) telah diubahsuai untuk Rohang. Dan oleh itu penduduk rantau ini dipanggil Rohingya4. Khin Maung Saw- mendakwa bahawa Rohingya panjang tidak pernah muncul dalam sejarah sebelum tahun 1950-an.5. Dr. Maung Maung- tidak ada perkataan itu sebagai Rohingya pada tahun 1824 banci tinjauan yang dijalankan oleh British. 6. Aye Chan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Kanada - Rohingya panjang telah dicipta oleh keturunan Benggali dalam tahun 1950-an yang berhijrah ke Arakan semasa Era Kolonial. Beliau seterusnya berhujah bahawa istilah ini tidak boleh ditemui di mana-mana sumber sejarah dalam bahasa mana-mana sebelum tahun 1950-an. Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa ia tidak bermakna masyarakat Islam tidak wujud di Arakan sebelum 1824.7. Dr. Jacques P. Leider- menunjukkan bahawa Rooinga panjang sebenarnya yang digunakan dalam laporan lewat abad ke-18. (Wikipedia, 2012)

Puak Rohingya mempunyai persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Bukan itu sahaja, sesetengah puak Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

PUNCA RUSUHAN Punca rusuhan kaum ini berlaku disebabkan oleh satu faktor utama iaitu perbezaan agama dan kaum. Benda ini banyak memainkan peranan dalam perpaduan sesebuah Negara. Tanpa perpaduan, sesebuah Negara tersebut akan menjadi mundur. Rusuhan ini telah lama berlaku iaitu sejak tahun 1942. Namun begitu, ia menjadi lebih teruk selepas berlakunya peristiwa dimana pada 3 Jun sepuluh Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan Arakan. Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya.Pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu. (STAFF 2 , 24 Julai, 2012)Kerajaan telah merahsiakan jumlah kematian sebenar puak Rohingya dan maklumat tentang keadaan di sana serta memutar belit cerita. Mereka mengatakan bahawa puak Rohingya sebagai pengganas manakala orang Rakhine sebagai mangsa. Selain itu,rusuhan ini berlaku bertujuan untuk menghapuskan etnik Rohingya yang beragama islam dari wilayah Rakhine. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan diseksa. Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian. Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist. Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan mereka tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat khabar pemerintah tapi akhirnya terbongkar. (STAFF 2 24, Julai, 2012) Puak Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya. Bukan itu sahaja, mereka turut membakar dan merompak rumah puak Rohingya. Ada orang Rohingya yang berada dalam rumah tersebut yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri dan menyebabkan mereka dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan dibunuh oleh pengganas Rakhine. Mayat puak Rohingya disembunyi untuk mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh. Selain itu, pelbagai helah lain digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist. Contohnya, mayat mangsa Rohingya yang dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh sami-sami. Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera menyebabkan penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian pendalaman. (Mohd Faizal 2011) Seterusya untuk menyelamatkan diri, mereka telah memasuki sempadan. Namun begitu, ia disekat oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk lalu mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine. Larangan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine. Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya dan mereka dibantu oleh anggota tentera dan polis tempatan. Sejak meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah masyarakat Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000 kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw, Rathedaung dan Kyauktaw. (STAFF 2, 24 Julai , 2012)

PENINDASAN YANG BERLAKU Antara penindasan yang berlaku kepada rakyat Rohingya ialah mereka tidak mempunyai status sosial di Myanmar. Oleh itu, mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai lebih daripada dua orang anak dalam perkahwinan mereka kecuali tertakluk kepada kebenaran .Rohingya yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk bermusafir, menunaikan haji dan mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada tentera untuk pergi dari satu kampung ke kampung yang lain dengan perlu membayar cukai yang mahal. Rakyat Rohingya tidak mempunyai cara untuk mendaftar di hospital negeri atau menyertai bantuan keselamatan sosial. Penyakit yang memerlukan rawatan rapi atau pembedahan besar hanya dirawat di klinik yang menghadapi masalah kekurangan kakitangan yang betul dan peralatan. Kebanyakan penyakit tidak boleh dirawat dan ubat yang perlu yang sangat mahal. Keadaan rakyat Rohingya begitu menyedihkan kerana mereka antara komuniti yang hidup di bawah keadaan yang serba kekurangan di salah satu bahagian yang paling miskin di dunia. Apatah lagi keadaan bertambah buruk selepas pertempuran yang tercetus pada tahun 2012. Beratus-ratus Rohingya yang beragama Islam telah mati syahid dan ratusan yang lain terpaksa meninggalkan negara ini. Keluarga miskin yang telah kehilangan semua harta benda mereka terpaksa melarikan diri negara ini melalui jalan laut. Bangladesh tidak membuka sempadannya dalam waktu yang lama, manakala Thailand pula ingin menghantar bot mereka kembali. Namun sangat sedikit daripada bot-bot yang membawa Rohingnya ini sampai dengan selamat ke tempat yang dituju. Selebihnya dibiarkan mati dalam perjalanan. Rejim Myanmar ternyata telah menggunakan pelbagai cara bagi melaksanakan 'operasi' pembersihan etnik yang minoriti tersebut. Rakyat Rohingya telah dipaksa untuk keluar dengan sehelai sepinggang dan meninggalkan apa-apa yang dimiliki mereka di negara ini. (Arab News)

HAK ASASI YANG DICABULI Hak asasi puak Rohingya dicabuli dengan mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi termasuk dengan perkahwinan. Selain itu, Rohingya dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera tanpa dibayar gaji. Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras. Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin. Secara rasmi kempen ini mensasarkan pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram. Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran. (Wikipedia, 2012) Selain itu, mereka tidak mendapat pendidikan kerana yuran dikenakan sangat tinggi. Bukan itu sahaja, wanita dan perempuan Rohingya tidak dibenarkan untuk memakai hijab. Pada tahun 1991 dan 1992, puak Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka dipaksa menjadi buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Rakyat Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan. Rakyat Rohingya juga dipaksa keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit. (Wikipedia, 2012)

BAB 3ETNIK ROHINGYA SEBAGAI PELARIAN Pelarian secara literalnya diertikan sebagai orang yang melarikan diri. Melarikan diri disini bermaksud seseorang atau sekelompok masyarakat yang melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman bahaya samaada disebabkan oleh tekanan politik , agama, etnik atau kezaliman yang berlaku kepada mereka. Pelarian Rohingnya terpaksa menjadi pelarian kerana penindasan dan kezaliman oleh kerajaan Myanmar. Mereka bukan sahaja tidak diiktiraf kewarganegaraan meskipun telah lama menginap di Myanmar bahkan ditindas secara total dari pelbgai aspek termasuklah pendidikan,sosial dan yang paling utama ialah hak asasi mereka yang ditindas termasuklah melakukan pembunuhan dan merogol wanita dari etnik Rohingya. (Isu Pelarian Rohingya, Uqbah Iqbal, 23 Februari 2015)Rentetan daripada perkara tersebut, kebanyakkan masyarakat etnik Rohingya adalah satu-satunya masyarakat atau etnik di dunia ini yang dianggap sangat malang kerana tiada negara dan tiada kerakyatan buat mereka. Penindasan dan kezaliman yang berlaku mendorong mereka untuk melindungi diri mereka sehinggakan mereka berani untuk berhijrah ke negara-negara lain meskipun mereka sedar risiko yang bakal dihadapi. Terdapat beberapa negara-negara jiran yang menjadi tempat untuk mereka jadikan penempatan atau sekadar untuk berlindung seperti India, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Malaysia.Di Malaysia bilangan pelarian Rohingya semakin meningkat dari saban tahun ke saban tahun. Malaysia juga menjadi pilihan utama mereka kerana keselesaan dan rasa lebih selamat dan terjamin. Inisiatif yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR) dengan mewujudkan satu kad perakuan UNCHR kepada mangsa-mangsa pelarian dimana bukan sahaja dari etnik Rohingnya bahkan dari seluruh dunia. Hal ini seumpama memberi mereka peluang baru untuk meneruskan kehidupan mereka di bumi asing tanpa sebarang kezaliman dan penindasan. Namun pihak kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf mereka sebagai pelarian kerana tidak menandatangani Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 serta Protokol 1967 dan menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin, namun mereka dikecualikan daripada tindakan undang-undang.Pemegang kad UNCHR ini mendapat keistimewaan iaitu dibenarkan untuk tinggal sementara di negara ini serta dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan Imigresen 1959 dan 1963 namun masih tertakluk di bawah undang-undang negara, termasuklah jenayah. Mereka tidak akan dihantar kembali ke negara asal selari dengan prinsipnon refoulement melainkan secara sukarela atau voluntary return ( Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)Malaysia kini menghadapi kebanjiran pelarian asing yang jumlahnya mencapai 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah pelarian Rohingya dari Myanmar ( Berita Harian, 17 Mac 2015). Statistik yang dinyatakan di dalam akhbar tersebut cukup menunjukan bahawa bilangan ini semakin meningkat. Bahkan pihak UNCHR menyatakan bahawa masih terdapat lagi pelarian yang tidak didaftarakan, justeru hal ini meyukarkan mereka untuk mendapat bantuan, pendidikan dan kesihatan yang sempurna. Namun demikian, pihak kerajaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang tertentu masih bergerak aktif dalam menyalurkan bantuan yang sebaiknya kepada mereka. Terdapat beberapa penempatan serta pusat perlindungan yang berdaftar hasil kerjasama bersama pihak UNCHR. Sebagai contoh pihak Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network (FGN) telah membuka Rohingya Education Centre (Rec) di Batu Belah, Klang Selangor. Pusat ini dibuka untuk memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak Rohingya di Malaysia daripada mereka terjebak dengan aktiviti meminta sedekah mahupun dihimpit dengan kemiskinan.Berbeza dengan keadaan di negara lain seperti Thailand dan Bangladesh, bagaimana mereka menerima dan mengurusakan masalah pelarian terutamanya etnik Rohingnya. Jika di Bangladesh keadaannya adalah amat daif. Hal ini berlaku kerana pihak kerajaan Bangladesh juga kekurangan dana lantaran itu kebanyakan pelarian yang lari ingin menyelamatkan diri menemui ajal samaada di tengah laut mahupun semasa berada di kem pelarian tersebut akibat kebuluran.Kebanyakan pelarian yang menghadapi kebuluran kini berada di sempadan Bangladesh, tetapi negara itu tidak membenarkan kami untuk memasuki sempadan( Mohamad Sadek Ali Hossain, Koordinator Program Jawatankuasa Pelarian Rohingya Arakan Malaysia, ARRC )Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Mohamad Sadek Ali Hossain tersebut, satu gambaran lain dapat dilihat iaitu walaupun mereka telah berjaya melarikan diri ke sempadan negara lain dan terlepas dari ancaman bahaya oleh rakyat mahupun pemerintahan Myanmar, namun mereka masih dihimpit masalah kebuluran yang melampau. Ditambah dengan perasaan takut, risau, lapar dan kekurangan bantuan dari pihak luar. Kebanjiran pelarian yang secara serentak dan mengejut juga menyebabkan sesebuah negara luar tersebut juga tidak berupaya untuk membantu menyediakan kemudahan yang sewajarnya. Mereka hanya membenarkan untuk membina penempatan tanpa sebarang kemudahan asas yang lengkap.Di Bangladesh, bagi pelarian yang tidak berdaftar dibawah UNCHR, mereka tinggal di bangsal-bangsal yang kelihatan sangat daif seperti kandang binatang yang sangat menyediahkan, di mana ia diperbuat daripada jerami padi, rumput dan plastik. Mereka juga takut untuk keluar ke bandar kerana takut ditangkap oleh pihak penguasa Bangladesh. Jika disoal mengapa pihak UNCHR tidak menghulurkan bantuan, jawapan yang diterima ialah adalah kerana karenah pihak Bangladesh yang tidak membenarkan mana-mana NGO mahupun pihak UNCHR untuk menghulurkan bantuan. Kerana mereka hanya menerima pelarian seramai 30,000 pada awal tahun 80an, namun kebanjiran pelarian yang seterusnya menyebabkan mereka diri sendiri yang menderita dek kerana kedegilan pihak Bangladesh dan mereka yang ingin melariakan diri ke Bangladesh. ( UNCHR 2012)Beralih ke negara Gajah Putih pula, sebahagian masyarakat Rohingya juga melarikan diri ke Thailand, terutamanya di Phuket. Dimana terdapat pusat perlindungan pelarian di Phang Nga.Penjara-penjara yang ada di Thailand lebih baik Berdasarkan gambaran kata-kata tersebut dapat dibuat satu rumusan bahawa kem-kem pelarian di Thailand adalah sangat mengerikan kerana ia dikhabarkan lebih teruk dari penjara yang sedia ada di sana. 18 orang wanita dan kanak-kanak islam Rohingya telah melarikan diri ke Phuket dan mereka berisiko besar terperangkap dengan sindiket pemerdagangan manusia (The South China Morning Post, 22 Julai 2013)Mereka seolah-olah menhadapi penderitaan yang tiada hujungnya. Pepatah melayu ada mengatakan, Keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Tujuan utama mereka ke sana adalah untuk mendapatkan perlindungan namun menerima ancaman pemerdagangan manusia. Status sebagai pelarian bukan sahaja perlu dibawa sehingga ke hujung nyawa malahan penderitaaan dan penindasan yang dilakukan terhadap mereka seolah-olah tiada yang mendengar, tiada yang melihat. Dunia hanya mampu berkata, hanya mampu mengusulkan cadangan ke pihak atasan. Namun semua itu seolah-olah melepaskan batuk ditangga dengan memberikan janji-janji kosong.

BAB 4TINDAKAN PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATUPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima resolusi yang menggesa Myanmar memberi kerakyatan kepada etnik Rohingya Islam, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Yangon supaya membatalkan rancangan untuk memberi identiti baharu kepada golongan minoriti itu. Keputusan itu diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Perhimpunan Agung badan dunia berkenaan ekoran perdebatan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mahukan lebih suara.Resolusi berkenaan menggambarkan kebimbangan serius PBB ke atas nasib lebih kurang 140,000 orang etnik Rohingya di negeri Rakhine yang tinggal di kem-kem pelarian yang kotor selepas keganasan meletus di wilayah itu antara penduduk Buddha dan Islam pada 2012. (Utusan 23 November 2014) Di bawah pelan yang disokong oleh kerajaan, etnik Rohingya akan dipaksa menukar identiti mereka sebagai Bengali, satu istilah yang dilihat menghina dalam usaha mereka mendapat status kerakyatan.Mereka yang enggan akan dipaksa tinggal di dalam kem-kem pelarian. Resolusi itu antara lain menggesa Myanmar melindungi hak asasi semua penduduk di negeri Rakhine, membenarkan akses yang sama bagi status kewarganegaraan penuh kepada etnik Rohingya, membenarkan pengenalan diri dan memastikan akses sama kepada pelbagai perkhidmatan lain.Wakil Myanmar di PBB bagaimanapun membantah penggunaan terma Rohingya dalam resolusi berkenaan dan memberi amaran bahawa tindakan itu hanya membangkitkan ketegangan di Rakhine.Penggunaan perkataan oleh PBB hanya akan mengundang kebencian daripada rakyat Myanmar, menjadikan usaha kerajaan semakin sukar dalam menangani isutersebut, (Wakil Myanmar di PBB) Maklumat terbaru mengenai isu tersebut terkandung di dalam laporan mengenai Myanmar telah dibentangkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada sesi ke-69 Persidangan Agung PBB yang berlangsung di New York dari 16 September hingga 1 Oktober lalu. Di dalam laporan tersebut menimbulkan kebimbangan serius berhubung ketegangan kaum dan agama yang mengakibatkan keganasan berterusan terhadap umat Islam Rohingya. Kebimbangan tersebut timbul walaupun Ban memuji usaha kerajaan Myanmar untuk maju dengan usaha-usaha pembaharuan demokratik yang sering dilaung-laungkan para pemimpinnya.( Azril Mohd Amin, 14 Oktober 2014)

Ban Ki Moon mendedahkan bahawa ketegangan mendalam antara kaum dan agama telah muncul semula di seluruh negara lantas menimbulkan keganasan berlanjutan serta mengakibatkan kehilangan nyawa, penyusutan populasi dan pemusnahan harta benda (Ban Ki-Moon Setiausaha Agung PBB ) Petikan kata-kata dari Ban Ki Moon jika di faham secara keseluruhan aspek boleh disimpulkan bahawa masalah dalaman yang berterusan akan menjadi lebih teruk kerana bukan sahaja harta benda yang hilang bahkan masyarakat sekeliling di Myanmar dilihat akan bertindak secara agresif dan tanpa kawalan dari pihak berkuasa untuk terus bertindak ganas serta tanpa sifat berperikemanusiaan terhadap masyarakat Islam Rohingnya. Mereka cenderung bertindak ganas kononnya untuk melindungi diri mereka, walhal mereka yang mencederakan dan mengancam nyawa orang lain.Jawatankuasa Ketiga PBB, yang memberi tumpuan pada hak asasi manusia, akan membincangkan laporan Ban mengenai Myanmar, yang juga dikenali sebagai Burma, pada minggu-minggu akan datang. Jawatankuasa tersebut juga dijangka menerima pakai resolusi mengenai kebimbangan mereka satu ritual tahunan yang juga melibatkan Iran, Korea Utara dan Syria.Pada hakikatnya, kebanyakan daripada 1.1 juta orang Islam Rohingya tidak mendapat taraf kerakyatan dan hidup di bawah rejim dan keadaan apartheid khususnya di negeri Rakhine, kawasan pantai barat negara tersebut yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Hampir 140,000 orang Rohingya terus dipindahkan selepas pertempuran maut dengan etnik Rakhine Buddha meletus pada tahun 2012. Menurut Ban, kutukan daripada pemimpin Myanmar telah tidak menambah baik keadaan yang berlaku. Seterusnya laporan tersebut menyebutkan walaupun kerajaan Myanmar telah berkali-kali membuat kenyataan yang tegas bahawa tindakan perlu diambil terhadap pelaku keganasan, gesaan tersebut tidak berkesan di peringkat akar umbi.Mengenai isu umat Islam Rohingya tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin yang mahukan isu Myanmar dikeluarkan dari agenda Hak Asasi Manusia PBB atas alasan Negaranya telah mengambil tindakan-tindakan perlu untuk menyelesaikan kebimbangan masyarakat dunia mengenai pencabulan hak asasi manusia khususnya terhadap minoriti umat Islam Rohingya. Malah, Myanmar juda sedang dikecam hebat pelbagai organisasi hak asasi manusia kerana mengumumkan rancangan untuk memaksa identiti bengali ke atas masyarakat Rohingya sebagai syarat mendapat pengiktirafan kewarganegaraan. (Laporan Setiausaha Agung PBB)Myanmar tertakluk pada penelitian tahunan di Jawatankuasa Ketiga PBB, New York dan di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva. Ternyata tindakan tersebut telah semenjak sekian lama menimbulkan kemarahan para pemimpin Myanmar. Kendatipun begitu, persidangan PBB pada kali ini menyaksikan sikap konsisten diplomat Barat yang menyatakan kerajaan dan delegasi dari lebih 50 negara-negara Islam bersetuju bahawa Myanmar harus kekal di bawah pengawasan PBB bagi masa hadapan. (Azril Mohd Amin, 14 Oktober 2014)Sikap hipokrit Myanmar ini mestilah dihentikan segera. Di peringkat PBB, berkemungkinan pendedahan laporan Setiausaha Agungnya akan sekadar menarik perhatian para perwakilan serta diplomat asing buat sementara waktu. Kenyataan bersifat diplomasi dan helah politik sebagaimana yang dilakukan Menteri Luar Myanmar menyelamatkan negara tersebut dari terus dihujani kritikan masyarakat antarabangsa. Malah laporan Ban bakal tinggal sebagai lembaran sejarah yang berakhir di arkib PBB. Justeru, sebagai contoh, peranan Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia OIC (IPHRC) dan Sekretariat ASEAN perlulah dioptimumkan sebagai sekretariat tetap yang akan memastikan perlaksanaan model seumpama ini Berjaya dilaksanakan dengan berkesan.Mercu kejayaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2015 kelak akan lebih bersinar gemilang dan dapat dicontohi Negara lain sekiranya isu penderitaan Rohingya ini dapat ditangani dengan berkesan dan menyeluruh mengikut semangat setiakawan, solidariti dan kemanusiaan serantau ASEAN.(Azril Mohd Amin 14 Oktober 2014)

KESIMPULAN

Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara bukanlah hal yang baru. Sejarah telah membuktikan usaha penghapusan sebuah kaum sudah terjadi sejak dahulu lagi, hal ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut. Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi di alaf 21 ini adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), walaupun secara nyata-nyata kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Sebagai kesimpulan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Etnik Rohingnya dipulaukan oleh segelintir rakyat Myanmar antaranya perbezaan agama dan kaum yang menyebabkan rusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan pertumpahan darah yang tidak mengenal peringkat usia.Namun begitu , mereka ditindas dengan pelbagai cara dan kaedah sebagai contoh tidak mempunyai status sosial ,tidak boleh memusafir (bagi umat islam rohingya menunaikan ibadah haji bagi yang mampu adalah wajib) , dikenakan kos rawatan yang tinggi, dan dipaksa keluar daripada Myanmar sehelai sepinggang. Oleh itu, pelbagai bantuan telah disalurkan antara Negara yang telah menyumbang bantuan antaranya Malaysia ,Thailand, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan. Namun bantuan yang diberikan oleh Negara seperti Thailand bukanlah bantuan tetapi dianggap penindasan yang kejam oleh kerana segelintir rakyat rohingya yang melarikan diri dipaksa oleh sindiket pemerdagangan orang ,dijual, dirogol dan diperlakukan seolah-olah tiada harga diri terutamanya pada kaum wanita.Walaubagaimanapun, peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) perlu dipuji kerana pihak mereka telah mengendalikan kes rohingya dari segi penangkapan,penahanan dan mendapatkan pembebasan dari Negara Myanmar. Pihak ini secara berterusan mendesak pihak kerajaan Myanmar untuk menggubal rangka kerja dan undang-undang Negara tersebut serta meyakinkan kerajaan Malaysia mengeluarkan permit kerja dengan kerjasama pihak SUHAKAM. Tetapi ada juga Negara yang memberikan bantuan separuh jalan oleh kerana desakan oleh pihak-pihak tertentu untuk berhenti memberi laluan dan perlindungan kepada rakyat rohingya.Sewajarnya pihak berkenaan yang ingin menghulurkan bantuan seharusnya bersikap perikemanusian terhadap mangsa dan perlu memikirkan situasi dan keadaan mangsa yang mengalami musibah. Tindakan OIC juga perlu dipergalakkan dan diwar-warkan kepada pihak umum bagi mencapai kata sepakat untuk mebantu rakyat rohingya.Pelbagai usaha daripada pihak OIC telah dibantah dan ditolak oleh kerajaan Myanmar yang tidak mahu berunding dalam perihal kerakyatan rohingya. Kerajaan Myanmar seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk digunakan dan berbincang jalan penyelesaiaan yang akan mengadili kedua dua belah pihak tanpa menimbulkan pergaduhan yang tidak adil kelak.Pihak media juga harus memberi peranan yang penting bagi menyalurkan maklumat yang sahih tentang isu rohingya ini kerana isu ini melibatkan isu kaum dan agama yang sensetif oleh kerana setiap individu mempunyai pegangan dan kepercayaan yang tertentu.Penyebaran berita palsu harus diberhentikan serta merta kerana hal ini boleh menyebabkan pihak umum bersangkaan baik tentang isu ni walhal mangsa rohingya masih perlukan perhatian dan pemerhatian dari masa ke semasa.

CADANGAN Penindasan dan pelanggaran hak asasi terhadap Kaum Rohingya benar-benar terjadi pada masa ini di Myanmar, dan ianya serupa dengan peristiwa penghapusan Kaum Yahudi oleh NAZI Jerman semasa perang dunia ke-2, serta penghapusan Kaum Muslim Bosnia oleh Kaum Serbia. Negara asal (Myanmar) dan negara serumpun mereka (Bangladesh) tidak bersedia menerima mereka menjadi warganya, keadaan ini menunjukkan bahawa telah terjadi kemerosotan yang sangat ketara terhadap nilai-nilai kemanusiaan di dunia ini, dan tiadanya usaha telus daripada sesebuah kerajaan untuk melindungi kaum yang lemah dan tertindas, walaupun di sisi lain mereka menyerukan demokrasi.

Cadangan dan usul yang boleh diajukan dan yang harus dilaksanakan ialah:

1. Menuntut kerajaan Myanmar dan pihak ASEAN mengambil tindakan serta merta untuk menghentikan tindakan pembunuhan kaum rohingya 2. Membenarkan masyarakat antarabangsa untuk memberi dan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa.3. Pihak PBB perlu terus menerus memberikan tekanan kepada Myanmar mengenai isu-isu seumpama ini.4. Menuntut Negara-negara yang berjiran dengan Myanmar agar lebih sepakat dan dapat menghulurkan bantuan sewajarnya kepada pelarian-pelarian yang ingin lari menyelamatkan diri. 5. Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan lebih tegas bagi menangani isu masyarakat rohingya berikutan pengajaran dari pembunuhan kaum di Bosnia dan Rwonda jelas menunjukkan tindakan pantas masyarakat antarabangsa akan mendatangkan hasil.6. Terus menerus menyalurkan bantuan bagi membantu pelarian rohingya.7. Melantik satu biro yang menjaga kebajikan penduduk yang telah menjadi pelarian dinegara lain bagi membendung isu penindasan terhadap rakyat rohingya meskipun telah meninggalkan Myanmar.8. Mayarakat luar memerlukan pendedahan yang lebih mengenai perihal sebenar yang berlaku pada masyarakat Rohingya dan boleh mengambil iktibar dari perkara tersebut.

RUJUKANi) BUKU1. Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah (2012). Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti,Penindasan dan Pelarian. , Kuala Lumpur: Inteam Publishing, 2012. 2. Uqbah Iqbal (2015). Isu Pelarian Rohingya. Kuala Lumpur, BoookRIX Publisherii) INTERNET1. Wikipedia, 2012 Rohingya < http://en.wikipedia.org/wiki/Rohingya_people > [Capaian pada 1 April 2015]2. Wikipedia, 2012 PBB [ Capaian pada 1 April 2015]3. < http://azrilmohdamin.com/2014/10/14/tangani-isu-rohingya-dengan-berkesan/> [ Capaian pada 24 Mac 2015]4. [Capaian pada 25 Mac 2015]5. Sejarah Asia Tengara Myanmar< http://iphie-rizqona.blogspot.com/ >[ Capaian pada 25 Mac 2015]6. Sindiket Pemerdagangan Manusia The South China Morning Post, 22 Julai 2013)7. Artikel surat khabar : ( Syed Azwan B. Syed Ali ) .( 29 Disember 2013). Biarlah kami hidup disini.Berita Harian. Rona 18.8. Artikel surat khabar : ( Syed Azwan B. Syed Ali ) .(21 Disember .2013). UNCHR bantu kekang pelarian palsu.Berita Harian. Nasional 169. Artikel Berita Harian ( Syed Azwan B. Syed Ali )(17 Mac 2015) 15000 Rohingya di Malaysia Berita Harian. Nasional 16.10. Artikel Berita Utusan< http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-lulus-resolusi-iktiraf-rohingya-1.27977> [Capaian pada 28 Mac 2015]11. [Capaian pada 4April 2015]12. Artikel Journal: Tri Joko Waluyo. Konflik tidak seimbang Etnis rohingya dan Etnis rakhine di Myanmar. Jurnal Transnasional Vol. 4 No. 2 Februari 2013.Dimuat tutun pada 5.4.2015. http://download.portalgaruda.org/article.php?article=106632&val=2274

LAMPIRAN

Page 5