Laporan projek hpa
-
Upload
kamalezwan -
Category
Documents
-
view
260 -
download
0
Transcript of Laporan projek hpa
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 1/36
1
LAPORAN PROJEK
SISWANIAGAVUC011/2010
PERKONGSIAN BIJAK
CEMERLANG (PBC)HPA INDUSTRI
SDN. BHD
NAMA PENSYARAH :
USTAZ AZHAR BIN JAAFAR
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 2/36
2
ISI KANDUNGAN
BIL TENTATIF MUKA
SURAT
1 Pengenalan Dan Objektif Siswaniaga 3
2 Pengenalan Hpa 4
3 Visi, Misi Dan Objektif Hpa 5
4 Perkongsian Bijak Cemerlang 6
5 Tentatif Program 116 Ucapan Aluan Dan Perasmian
Program
13
7 Slot Halal Haram 15
8 Pelan Pemasaran Lima Angka 16
9 Gerak kerja 6 M 18
10 Malam Bintang-Bintang 2111 Qiamullail 22
12 Saraf Tapak Tangan Dan Pengenalan
Kepada Produk
24
13 Latihan Dalam Kumpulan 27
14 Sentuhan Kasih 31
15 Kesan menyertai program PBC 32
16 Lampiran 33
17 Kesimpulan 35
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 3/36
3
PENGENALAN
SUBJEK SISWANIAGA
Program Perniagaan Pelajar UUM yang menjalankan
aktiviti perniagaan yang dibenarkan oleh Universiti.
Diwujudkan pada bulan Dis. 1986
17 April 1988 ± dinamakan Program Siswaniaga (di bawah pengurusan Jab. HEP)
Mac 1993 ± (di bawah pengurusan IPK)
Awal tahun 2002 ± Jawatankuasa Program Siswaniaga ditubuhkan
dan aktiviti utamanya dikendalikan oleh IPK dan Jab. HEP.
OBJEKTIF
Memberi latihan amali dan pengalaman kepada para pelajar dalam bidang perniagaan.
Memupuk bakat keusahawanan kepada para pelajar.
Melatih para pelajar berdikari dan cekal dalam
melaksanakan sesuatu usaha.
Memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ³Selepas Jualan´ untuk memastikan keberkesanan
Program Siswaniaga.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 4/36
4
HPA INDUSTRI SDN. BHD³Produk Halal Tanggungjawab Bersama´
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf µGMP¶ semenjak
dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan
mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Pengenalan
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. MataAyer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan
nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan
peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini.HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan
utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herbatradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan
yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 5/36
5
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku
pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
VISI HPA
y HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
y HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa
MISI HPA
y HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan
juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang
berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
y HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan
masyarakat
OBJEKTIF HPA
y Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
y Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan
berwawasan
y Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan
³ Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan
Dengan Ketulan Emas´- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 6/36
6
³ Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH,
Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.´ ± Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
PERK ONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) :
KURSUS USAHAWAN HPA
FAKTA
1. KURSUS PBC 2 HARI 1 MALAM
2. BAYARAN ANTARA RM100 ± RM150.00( MENGIKUT KEADAAN TEMPAT KURSUS)
PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1. Membina keyakinan diri untuk menjadi usahawan herbalis mlm yang cemerlang.2. Dapat menguasai segala ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan mlm. Agar
dapat merancang, mengurus dan bertindak mengikut plan yang disediakan bagi menjurus
kepada bonus 5 angka sebulan.3. Memupuk dan menerapkan kekuatan rohani bagi membentuk jati diri sebagai usahawan
yang bertaqwa.
4. Melahirkan usahawan yang tahan lasak, tabah, berdisiplin dan mampu menjadi pemimpin jaringan yang hebat.
APAKAH PR OGRAM PERK ONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)?
Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan keistimewaan pelan pemasaran HPA. Iadiperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar- pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.
Pelan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperolehi pendapatan lumayan dalam masa yang singkat. Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan
dengan produk-produk halal & suci HPA. Ketahui pelan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan µproduct killer¶ kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix serta beratus-ratus
produk lain yang merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasaskan herba, kosmetik,makanan kesihatan, makanan & minuman dll.
Berbeza dengan plan pemasaran syarikat lain, Program Perkongsian Bijak Cemerlang inimenyediakan seberapa banyak maklumat dan bimbingan yang secukupnya kepada pengedar- pengedar melalui program-program yang dianjurkan dengan percuma!Anda pasti terpegun
dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlahuntuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 7/36
7
MENGAPA PERLU SERTAI PBC?
1. Modul program yang menarik dan berkesan.
2. Mempelajari ilmu-ilmu herba HPA, kaedah perawatan perubatan JAWI dan ilahiah,
kaedah asas diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan, maklumat halal haram dalam pemakanan dan sebagainya.
3. Menjadi ahli HPA yang berkualiti dan berilmu.4. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah
berjaya.5. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat,
berasaskan Syariah dan menguntungkan.6. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan dan Herbalis HPA yang berjaya.
7.
Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan
melalui plan pemasaran era baru HPA.9. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan
professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.10. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20%
kekal) tanpa melakukan penajaan.11. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan
untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).12. PBC sebagai satu kaedah mendapat pangkat yang tertinggi di dalam pelan pemasaran
HPA tertakluk kepada syarat-syaratnya.
MODUL-MODUL PBC
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA.3. Bagaimana Nak Berjaya ± Gerak Kerja 6M.
4. Eagle Eyes Sponsoring.5. Malam Bintang-Bintang.
6. Pelan Tindakan melalui LDK.7. Teknik Demo.
8. Pengetahuan Produk Pilihan.9. Halal Haram Dan Syubhah Dalam Makanan.
10. Diagnosis Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan.11. Asas Perubatan JAWI.
12. Qiammullail.13. Kuliah Subuh.
14. Senaman Pernafasan.15. Bacaan Al Maathurat.
16. Motivasi Niaga.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 8/36
8
PENGISIAN PBC
Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengarah Jati Setia (PJS) dan mereka yang terpilih. Modul-
modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM Syariah HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5
bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turutmendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi
Pra-campuran Radix.
Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat µDemo¶ atau µHomeparty¶ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh
PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang
membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapannilai-nilai dan prinsip-prinsip Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di managanjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH.
Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu
memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan
oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya
tidak disertakan dengan skil untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secaraMulti Level Marketing (MLM). Selama 2 hari 1 malam dengan bayaran minimum sahaja, pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya
usahawan yang cukup berjaya jika dipraktikkan dengan betul.
BAGAIMANA HENDAK MENYERTAI PBC
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan dapatkan Kit
Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen;
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja (bergantung kepada tempat
PBC diadakan) untuk 2 hari 1 malam;3. Hadiri program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran HPA. Anda akan
didedahkan dengan profil syarikat, didedahkan dengan ilmu herba, halal haram,dibimbing dan dilatih mengenai gerak kerja perniagaan MLM Syariah HPA dan
sebagainya.4. Selepas PBC, membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program
PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM
sebelum ke program PBC.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 9/36
9
SEJARAH PBC
Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada
program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.
Program PB yang pada asalnya 3 hari 2 malam ini diadakan adalah hasil dari cetusan ideaPengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak
syarikatnya, Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayanseperti pengedar syarikat MLM yang lain.
Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang
berpengalaman luas dalam MLM, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telahdiwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat
PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yangmemenuhi syarat-syarat minima yang ditetapkan.
Sekitar tahun 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sebulan sahaja. Tidak
sepertimana yang berlaku pada hari ini, alhamdulillah jualan bulanan domestik telah menjangkauRM15 sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta
Ringgit Malaysia sebulan. Pejuang dan usahawan HPA yang lahir selepas 2005 mungkin tidak mengalami pahit maung yang telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin awal yang bersama HPA
dalam era 90-an.
Apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya lonjakan ini? Banyak faktor sebenarnya.
Semua berperanan ke arah peningkatan jualan yang cukup membanggakan ini.
Salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan ini ialah ProgramPerkongsian Bijak Cemerlang (PBC). PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA
yang dimulakan sejak Disember 2005. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Dulu pun ramai juga usahawan yang
lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yangmenjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.
Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan, peserta telah diberikan kesedaran,suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk
membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.
Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka
(>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 10/36
10
SYARAT-SYARAT MENJADI PESERTA PBC
PENGURUSAN:
1. Semua peserta diminta mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengansepenuh hati dan kesungguhan.
2. Para peserta diwajibkan mengikuti setiap modul yang telah ditetapkan dari awal hinggatamat dengan sempurna.
3. Para peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan kursus.
4. Para peserta diwajibkan memakai tanda nama µPeserta PBC¶ yang disediakan sepanjangkursus termasuk ketika berada di bilik jamuan.
5. Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan untuk menikmati jamuan. Sesiapa yang bukan peserta yang ingin makan bersama akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat
penganjuran kursus.6. Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tanpa
kebenaran rasmi tidak akan dikira sebagai peserta kursus PBC sekaligus tidak akandiberikan borang penyertaan PBC di penghujung kursus (tiada kenaikan pangkat PLX).
7. Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan kursus PBC atas sebab-sebabkecemasan perlulah melaporkannya kepada Pengarah Kursus PBC atau urusetia yang
bertugas sebelum meninggalkan kursus.8. Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik sebaliknya akan ditetapkan oleh urusetia
kursus PBC.
9.
Semua peserta diminta untuk mematikan nada dering telefon bimbit sepanjang kursusdiadakan dan dinasihatkan agar tidak menggunakannya ketika mengikuti modul.
PAKAIAN:
1. Para peserta diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat, kemas (lelaki
dianjurkan untuk memakai kemeja, seluar slack & berkasut) dan beradab (menunjukkanakhlak Islam).
2. Tidak digalakkan untuk memakai T-Shirt dan berselipar.3. Tidak dibenarkan memakai seluar µjeans¶.
PARA PESERTA PERLULAH MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN, ETIKA
DAN ARAHAN YANG DIKELUARKAN URUSETIA KURSUS PBC SEPANJANGMENGIKUTI KURSUS INI.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 11/36
11
TENTATIF PROGRAM PBC
07 HB OGOS 2010
27 SYAABAN 1431
07.45 ± 08.30 Pendaftaran
08.30 ± 09.00 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Zikir Al-Mathurat
Pj Wan Harman Wan Ali & Pj Ustaz Azhar Jaafar
09.00 ± 09.30 Perasmian Program PBCPj Rosli Zakaria
09.30 -10.00 Taarof Peserta
10.00 ± 10.15 Minum Pagi
10.15 ± 11.15 Pengenalan Syarikat (Taarof)Pj Wan Harman Wan Ali
11.15 ± 1.15 Slot Halal & Haram
Pj Ustaz Azhar Bin Jaafar
1.15 ± 2.15 Rehat / Solat Zohor Berjemaah / Makan Tengah Hari
2.15 ± 4.00 Pelan Pemasaran (5 Angka)Pjm Jaafar Abd Ghani
4.04-5.00 Gerak Kerja 6 M
Pjm Jaafar Abd Ghani
5.00 ± 7.00 Solat Asar Berjemaah / Rehat / Riadah
7.15 ± 8.00 Solat Maghrib Berjemaah / Makan Malam
8.00 ± 8.30 Zikir Munajat
8.30 ± 9.00 Malam Bintang-Bintang (2 Pemimpin)
9.00 ± 11.30 Slot-Slot Tayangan
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 12/36
12
Solat Isyak Berjemaah.
TENTATIF PROGRAM PBC
08 HB OGOS 201028 SYAABAN 1431
04.30 ± 07.00 QiamullailSolat Subuh & Riadah
Pj Ustaz Azhar Bin Jaafar
07.15 ± 08.00 Sarapan Pagi ( Berpakaian Kuliah )
08.00 ± 08.30 Zikir Mathurat & Tazkirah
08.30 ± 10.30 Saraf Tapak TanganPji Noorhani Konting
10.30 ± 11.30 Amali Perawatan
Pj Herbalis Wan Harman Wan Ali
11.30 ± 1.00 Latihan Dalam Kumpulan
1.00 ± 2.00 Rehat / Solat Zohor Berjemaah / Makan
2.00 ± 2.30 Penyampaian Hadiah Dan Komen Peserta
2.30 ± 3.30 Rumusan Dan & Ucapan PenutupPj Rosli Zakaria
3.30 ± 4.30 Sentuhan Kasih
4.35 ± 5.35 Doa & Penutup
Pj Ustaz Azhar Jaafar Solat Asar Berjemaah / Minum Petang / Bersurai
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 13/36
13
UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS & ZIKIR AL-MATHURAT
PJ WAN HARMAN WAN ALI & PJ USTAZ AZHAR JAAFAR
Permulaan program PBC di mulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu pj harman wan
ali dan bacaan doa serta alunan zikir al-mathurat oleh pimpinan pj ustaz azhar bin jaafar .
PJ WAN HAR MAN WAN ALI
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 14/36
14
PJ USTAZ AZHAR JAAFAR
PERASMIAN PROGRAM PBC OLEH
PJ ROSLI ZAKARIA
PJ R OSLI ZAKARIA
Program pbc yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dirasmikan oleh Pj Rosli Zakaria.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 15/36
15
SLOT HALAL & HARAM OLEH
PJ USTAZ AZHAR JAAFAR
y Mencari yang halal itu adalah fardhu bagi umat islam. Hati yang suci di tempa olehmakanan yang halal lagi baik.
DALAM SARDIN ADA KATAK, BERBAGAI PRDUK DI PASARAN
DALAM MILO ADA CACING KINI MENGGUNAKAN SUMBER BABI.
BERWASPADALAH!!!!!........
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 16/36
16
PELAN PEMASARAN 5 ANGKA
PJM JAFFAR ABD.GHANI
PB: Pengedar Bertauliah (belum berpangkat), PLX: Pengurus Melati (pangkat pertama)
Apabila timbunan NM anda dan rangkaian anda telah melebihi 1501 NM, anda akan mencapaikenaikan pangkat yang pertama iaitu Pengurus Melati (PLX). Pangkat dan peratus bonus yang
diterima adalah KEKAL dan tidak akan hilang walaupun anda tidak aktif membeli produk HPA
pada bulan-bulan berikutnya.
lakukan belian bersyarat (300 NM) pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan
hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui
mana-mana agen stok. Untuk mencapai kenaikan pangkat kedua dan seterusnya, anda perlu
mengembangkan jaringan berdasarkan rajah dibawah. Contohnya, anda akan naik ke pangkat
kedua, PRX apabila anda berjaya melahirkan 3 orang yang berpangkat pertama dibawah anda.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 17/36
17
GAMBARAJAH PANGKAT DAN JARINGAN
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 18/36
18
GERAK KERJA 6M DALAM PERNIAGAAN MLM
1. MENGAMALKAN PRODUK
2. MENGHADIRI KELAS DAN MEETING
3. MENJUAL PRODUK
4. MENAJA/MEMBINA KUMPULAN
5. MEMBIMBING DAN MEMBERI SERVIS
6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT
1.Mengamalkan produk
Wajib bagi setiap pengedar
Mengapa perlu amalkan produk
i. Untuk mendatangkan keyakinan terhadap kelebihan produk
ii. Mengenal produk luar dan dalam agar dapat meyakinkan pelanggan anda
iii. Untuk memenuhi syarat maintain peribadi bagi bonus bulanan
Apakah produk yang sesuai diamalkan?
i. Produk herba untuk amalan diri
ii. Produk kegunaan harian
Contoh set amalan diri
i. Set lengkap
ii. Set sederhana
iii. Set ekonomi
iv. Set wanita anggun
v. Set lelaki hebat
vi. Set cerdas minda
vii. Set warga emas
viii. Set kurus badan
ix. Set rawatan penyakit
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 19/36
19
Contoh set kegunaan harian
i. Syampoo
ii.
Sabun pembersih dan mandianiii. Kosmetik
iv. Minuman kesihatan (kordial)
v. Ubat gigi herba
vi. Bedak
vii. Minyak dan krim rambut
viii. Pencuci pinggan mangkuk
2.Menghadiri kelas,meeting mingguan dan program syarikat
Mengapa perlu hadir?
i. Tanda kebersamaan-tempat pertemuan dan penyatuan pengedar baru dan lama
ii. Perkongsian ilmu dan kemahiran
iii. Meningkatkan motivasi diri
iv. Mengembangkan jaringan
v. Tanda kesinambungan perniagaan
vi. Penyaluran maklumat terkini
3.Menjual
Jual beli asas dalam semua perniagaan
Menjual konsep bukan menjual produk semata-mata Penjualan adalah proses menggerakkan produk dari syarikat kepada pengguna dengan
matlamat keuntungan
Menjual dalam MLM tidak sama dengan menjual secara SLM
Dalam MLM mulut anda adalah kedai
Betulkan konsep µNo Money No Talk¶ kepada µNo Talk No Money¶
Perlu dalami teknik penjualan yang berkesan
Dalam jual beli biasanya minat datang kemudian
4.Menaja
Menaja ialah proses menawarkan peluang perniagaan kepada seseorang dengan tujuan
mendapatkan rakan kongsi
Penajaan yang berjaya adalah penajaan yang dilakukan dengan penuh professional serta
dapat menarik minat seseorang untuk bersama dengan kita
Oleh yang demikian penajaan memerlukan persediaan yang sewajarnya baik dari segi
mental mahupun fizikal
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 20/36
20
Hanya melalui penajaan jaringan anda akan berkembang dan pertambahan bonus akan
berlaku seiring dengan bertambahnya jaringan dalam kumpulan
5.Membimbing dan memberikan servis
Membimbing adalah tugasan pemimpin/upline kepada jaringan atau tajaannya
Setiap tajaan baru sudah tentu mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan diri yang
perlu dibantu dan digilap agar mampu menjadi pengedar yang aktif dan Berjaya
Penyakit 3T seringkali menjadi punca kegagalan seorang usahawan MLM iaitu ³Taja-
Taja Tinggal´
Memberikan servis termasuklah memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kepada
pelanggan anda baik dari segi khidmat nasihat,penerangan produk,penghantaran dan
follow up
Khidmat servis hendaklah diberikan secara ikhlas dan mampu memuaskan kehendak
pelanggan
Ada ungkapan yang menyebut ³untuk dapat seorang pelanggan mungkin memerlukanmasa yang panjang,tetapi kehilangan seorang pelanggan cukup dalam masa beberapa saat
sahaja´
Kegagalan peniaga Melayu dalam perniagaan banyak disebabkan oleh kualiti servis yang
lemah dan tidak memuaskan
6.Mendiagnos dan merawat
Konsep perubatan jawi HPA banyak berkait dengan kaunseling dan rawatan
Dengan mempelajari teknik diagnos penyakit dan rawatan akan dapat membuka peluang
yang lebih baik serta menambahkan keyakinan pengguna Penjualan akan berlaku dengan lebih mudah apabila seseorang mempunyai kemahiran
tertentu seperti teknik diagnos penyakit melalui tapak tangan dan iridology
Kaedah diagnos dan rawatan boleh dilakukan secara simple tetapi berkesan.Semua orang
mampu menguasainya
Kelebihan dan kemahiran inilah yang menjadi keunikan kepada perniagaan MLM HPA
berbanding dengan perniagaan MLM lain yang lebih kepada kaedah merayu,memujuk
dan memaksa
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 21/36
21
MALAM BINTANG-BINTANG BERSAMA 2 PEMIMPIN
PJM JAFFAR ABD.GHANI & PJI NOORHANI K ONTINGMENCERITAKAN
PENGALAMAN DAN SUSAH SENANG MEREKA BERDUA BERSAMA DALAM
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 22/36
22
MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM PERNIAGAANMLM SETERUSNYA MLM
SYARIAH INI IAITU HPA.
SOLAT BERJEMAAH DAN QIAMULLAIL
Pengisian program ini juga mewajibkan para peserta kursus menunaikan solat fardhu secara
berjemaah dan program qiamullail seterusnya alunan zikir, bacaan al-mathurat serta tazkirah.
QIYAMULLAIL
PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) HPA
Hendaklah tidur dalam keadaan berwudhu,kerana kebersihan akan mengundang para
Malaikat bersama-sama kita.Ibnu Umar pernah meriwayatkan dalam satu hadits bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
³Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersih,maka para Malaikat akan turut tidur dalam
selimutnya.Setiap kali ia terjaga,Malaikat tersebut akan mendoakannya: Ya Allah!
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 23/36
23
Ampunkan dosa-dosa hambaMu ini (si-fulan),sesungguhnya ia tidur dalam keadaan
berwudhu´ (Riwayat Ibnu Habban)
Berniat sebelum tidur untuk bangun Qiyamullail. Jika nanti terbangun akan mendapatrahmat Allah SWT. Jika tidak terbangun mendirikannya, tetap ditulis baginya pahala
seolah-olah mengerjakannya. Abu Darda¶ meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
³Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dengan niat untuk bangun malam
mendirikan solat, kemudian ia nyenyak sampai ke Subuh, maka dituliskan baginya pahala
apa yang diniatkannya. Sesungguhnya tidur itu adalah sedeqah dari Tuhan kepadanya´.
Bangun dari tidur dengan mengucapkan syukur kepada Allah SWT,membersihkan diri(mandi) dan memakai pakaian yang selesa beserta wangi-wangian.
Mengucapkan istighfar kepada Allah SWT sebanyak 3 kali.
Dimulakan Qiyamullail dengan mendirikan Solat Sunat Taubat sebanyak 2 rakaat, doa
dan Zikir Munajat.
Kemudiannya diikuti dengan mendirikan Solat Sunat Tahajjud sebanyak 2 rakaat,doa danZikir Munajat.
Seterusnya,diikuti pula dengan mendirikan Solat Sunat Hajat sebanyak 2 rakaat,doa danZikir Munajat.
Ditutup Qiyamullail dengan mendirikan Solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat dengan 2salam dan doa al-Asma al-Husna.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra¶ ayat 79:
Yang bermaksud: ³Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
³Tahajjud´ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.´
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 24/36
24
SLOT SARAF TAPAK TANGAN, PERAWATAN &
PENGENALAN KEPADA PRODUK HPA
Dalam slot ini, peserta di ajar bagaimana mendiagnos penyakit dengan bertanyakansoalan dan melihat tanda-tanda pada tapak tangan.
Bagaimana mengetahui kelemahan organ dalam badan seperti bahagian perut, usus, buah
pinggang, jantung dan paru-paru. Penyakit ini boleh dicegah melalui produk-produk khas seperti set toksid dan set kolestrol.
Bagaimana mengetahui kelemahan organ? Diagnos Tanya soalan supaya pesakit menceritakan masalah
Soalan untuk 5 organ utama
Perut
Usus
Buah pinggang
Jantung
Paru-paru
PERUT Adakah anda terlalu banyak sendawa selepas makan?
Merasa pedih di bahagian perut terutama bila lambat makan?
Merasa pedih di ulu ati?
Perut kembung dan banyak angin?
Terdapat garisan hijau di bahagian tengah tapak tangan antara jari telunjuk dan ibu jari
PR ODUK UNTUK PERUT Kopi Radix
Herba Tuju Angin Madu Asli
Spirumadu Teh Herba
USUS Adakah anda buang air besar setiap hari?
Kerap cirit birit?
Ada buasir?
Buang air besar tak puas?
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 25/36
25
Selalu sakit kepala?
Gatal badan
Jari telunjuk bengkok dan tidak normal ruas jari kehitaman
PR ODUK UNTUK USUS
D¶karm D¶det Pelawas
Tuju Angin
Kopi Radix
Teh Asiatica Plus
BUAH PINGGANG Adakah anda selalu sakit di bahagian pinggang?
Kencing kerap atau tak puas?
Bangun kencing di malam hari?
Ada kencing manis? Sakit sendi?
Bahagian pangkal jari kelihatan membengkak
PR ODUK UNTUK BUAH PINGGANG D¶deu
Malac Teh Herba
Kopi Radix
JANTUNG Adakah anda merasa menyucuk,pedih atau berdebar disebelah kiri dada?
Penat berlebihan apabila bekerja? Selalu merasa keletihan?
Jari tengah dan jari kelingking kelihatan bengkok dan tidak normal
PR ODUK UNTUK JANTUNG Lohard
Omega 3 SG
Mega-3
PARU-PARU
Adakah anda selalu kena selesema? Gatal dibahagian hidung?
Bersin pagi? Banyak kahak?
Penat? Masalah pernafasan?
Bahagian bawah tapak tangan berdekatan ibu jari berwarna kehijauan
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 26/36
26
PR ODUK UNTUK PARU-PARU
Madu Asli Morinda Coscinium Plus
Kopi Radix Teh Herba
PR ODUK KHUSUS UNTUK PENYAKIT
DARAH TINGGI-Teh Herba + Vitex
DIABETES-Plantisol
RESDUNG-Coscinium Plus
PEREDARAN DARAH-Omega-3SG
KESIHATAN WANITA-Paramaria Plus KESIHATAN LELAKI-Radix,Kopi Radix
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 27/36
27
ANTARA PRODUK KELUARAN HPA
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 28/36
28
LATIHAN DALAM KUMPULAN :
KUMPULAN KISMIS MINDA
y Latihan dalam kumpulan ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman peserta tentang
pengisian progrram dan penggunaan produk-produk hpa.
y Selain itu juga, latihan dalam kumpulan ini dapat memupuk kerjasama antara ahli dan
membentuk satu pasukan kerja yang kuat.
y Akhirnya pasukan kismis minda yang berslogankan ´aktif, cergas, halal dan baik ´
mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 29/36
29
SESI PERBENTANGAN AKTIVITI BERKUMPULAN\
Kumpulan Usahawan Radik Gemilang telah berjaya mendapat tempat pertama
Kumpulan Kismis Minda mendapat tempat kedua dalam aktiviti berkumpulan
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 30/36
30
ANUGERAH PESERTA TERBAIK
Peserta terbaik lelaki jatuh kepada Kamal Ezwan Abu Talib. Dia
adalah pelajar kolej Ikip 5.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 31/36
31
SEGMEN PENUTUP SLOT SENTUHAN KASIH
Setelah bersama mengharungi program selama dua hari satu malam pelbagai pengalaman
menarik dapat ditimba oleh para peserta. Program ini juga telah mengeratkan hubungan
silatulrahim antara pserta kursus.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 32/36
32
Kesan menyertai program PBC
1. Para peserta dapat mengenal dengan lebih rapat berkaitan syarikat HPA dan sekaligus
sebagai salah satu pendedahan kepada para peserta untuk menceburi bidang perniagaan
yang berasaskan MLM syariah yang lebih terjamin.
2. Para peserta dapat menimba pengetahuan baru dari aspek perniagaan dan produk yang
digunakan sehari-harian yang selama ini sebenarnya membantu negara-negara bukan
islam menentang islam. Timbul kesedaran dalam diri para peserta.3. Para peserta didedahkan dengan pelbagai produk konvensional yang sebenarnya
mempunyai ciri-ciri syubhah atau sememangnya tidak halal bagi pengguna islam.
4. Memberikan satu jenama atau barang alternatif kepada pengguna islam khususnya bagi
peserta PBC utamanya dalam penggunaan produk yang diasaskan oleh HPA.
5. Para peserta diberikan pendedahan secara menyeluruh berkaitan bagaimana sesuatu
produk itu dihasilkan dan dipasarkan. Hal ini sedikit sebanyak mengajar para peserta
dalam membina dan memasarkan sesuatu produk secara tidak langsung.
6. Program PBC ini juga diterapkan dengan unbsur-unsur penyucian jiwa yang
sememangnya menjadi asas kepada syarikat HPA. Antara program yang dijalankan ialah
seperti majlis pembukaan dengan Al-mathurat,zikir dan qiamullail bagi memantapkan
lagi rohani para peserta supaya mudah dalam menerima apa yang akan disampaikan dan
memahami perjuangan sebenar HPA iaitu ingin menjadi syarikat islam yang
menghasilkan produk yang halal lagi baik.
7. Para peserta juga diberikan peluang untuk melakukan demostrasi sebagai amali bagi teori
yang telah diajarkan ketika kursus. Hal ini secara tidak langsung akanmemebentuk satu
keyakina diri dalam peserta untuk menghadapi situasi sebenar nanti ketka berhadapan
dengan pelanggan.
8. Para peserta juga diajarkan berkenaan dengan penyakit dan bagaimana ingin
mengesannya dengan lebih awal melalui teknik saraf tapak tangan.9. Perkongsian pengalaman melalui slot malam bintang-bintang telah memberikan banyak
pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada para peserta untuk menjalankan usaha
memasarkan produk HPA.
10. Program PBC telah membuka satu pinu baru kepada mereka yang terlibat dalam bidang
produk berasaskan herba yang dijaga kesucian dan halalnya supaya lebih terjamin
kebaikannya.
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 33/36
33
LAMPIRAN
PJS ZANARIAH OSMAN PJ ZULKIFLIMAT JUSOH:
BIR O TUGAS2 KHAS & BIR O PENGURUSAN &
KETUA FASILITATOR KJPP FASILITATOR KJPP
A PAHANG BERMINAT?? SILA HUBUNGI PENGARA
ANTARA FASILITATOR YANG TERLIBAT DALAM
PR OGRAM PERK ONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 34/36
34
AKADEMI LATIHAN FELDA BILIK SEMINAR UNTUK PBC
BUKIT GOH KUANTAN
FASILITI BILIK DAN DEWAN MAKAN YANG BEGITU SELESA
8/7/2019 Laporan projek hpa
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 35/36
35
KESIMPULAN
Program siswaniaga ini secara tidak langsung dapat Memberi latihan amali dan pengalaman
kepada para pelajar dalam bidang perniagaan. Seterusnya dapat Memupuk bakatkeusahawanan dalam diri para pelajar. Ia juga Melatih para pelajar berdikari dan cekal dalam melaksanakan sesuatu usaha. Melalui program perkongsian bijak cemerlang hpa ini pelajar juga
didedahkan serba sedikit tentang perniagaan di samping ilmu yang bermanfaan yang pastinyatidak akan dapat di peoleh melalui program lain. Saranan saya, para pelajar perlu menyertai
program perkongsian bijak cemerlang ini kerana ia amat bermanfaat dan pastinya tidak dapat di peoleh melalui program-program lain. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan
projek siswaniaga ini dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah siswaniaga ustaz azhar bin jaafar yang banyak membantu dalam menjayakan projek siswaniaga ini. Dan terima kasih
juga pada semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.