LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...
Transcript of LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...
1
LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE
SEKOLAH TINGGI CHIENKAN, JEPUN
Kumpulan pertama ASASIpintar Global Outreach Mobility Program terdiri daripada 6
orang pelajar dan berdestinasi di Saga Prefectural, Jepun. 6 orang pelajar Program ASASIpintar
UKM yang bernama Ong Jun Yang, Mohammad Haziq bin Oon, Iman Hakimi bin Zamzam, Sim
Li Xuan, Teo Huey Shiuan dan Loo Jie Qi telah bertolak ke Jepun dari Malaysia pada 3hb Mei
2015 dan balik ke Malaysia pada 10hb Mei 2015 selepas berjaya mencapai misi. Dengan tema
“Teroka, Laksana, Berjaya”, program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran ilmu
pengetehuan terutamanya dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics
(STEM) melalui pembentangan projek penyelidikan dan juga untuk mengambil tahu tentang
implementasi sistem pendidikan di Jepun. Di samping itu, pengalaman diri atas budaya Jepun telah
dicapai sebagai salah satu matlamat program ini.
Kami amat berterima kasih kepada UKM atas kelulusan kepada pengusulan program ini
dan juga kepada Pusat PERMATApintar atas penyumbangan dana di samping pensyarah yang
banyak membantu semasa perancangan program ini terutamanya Pn Siti Noor Diana binti Mohd
Kamaruddin dan En Salleh Huddin bin Abdul Rashid untuk kejayaan program ini. Sepanjang masa
di Jepun, kami banyak berterima kasih kepada senpai (senior) yang dikasihi, Adlil Darsani bin
Husni (pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun) yang bersukarela untuk
membimbing dan menemani kami dari mula sampai habis. Bantuan dan kesabarannya telah
menjadikan rombongan kami ke Jepun lancer dan menarik.
Pada hari pertama (7 Mei 2015), kami, pelajar ASASIpintar melawat Sekolah Tinggi
Chienkan. Kami disambut oleh Encik Tsuruda Tomoki, Konsulton Guru dari Pembangunan
Sumber Manusia Global, Bahagian Pendidikan, Kerajaan Saga. Kemudian, kami berpeluang
berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut. Semasa sesi perjumpaan itu, kami memperkenalkan
diri masing-masing dan selanjutnya, memberi sedikit penjelasan tentang sistem pendidikan di
Malaysia, di samping memperkenalkan Pusat PERMATApintar Negara secara ringkas. Melalui
perbincangan tersebut, kami sedikit sebanyak memperoleh maklumat tentang Sekolah Tinggi
Chienkan seperti ujian kemasukan ke sekolah ini yang memiliki persamaan dengan
2
PERMATApintar. Namun begitu, ujian kemasukan ini bukan berdasarkan kecerdasan intelektual
(IQ) seperti di PERMATApintar.
(Gambar): Pelajar ASASIpintar dan jurubahasa, Adlil Darsani bersama instruktor Sekolah Tinggi
Chienkan.
Selesai sesi bersama pengetua dan guru-guru, kami dibawa mengelilingi sekolah untuk
melihat kelas-kelas pembelajaran dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Sekolah Tinggi
Chienkan yang dianugerahkan dengan “Super Science School” oleh kerajaan Jepun,
memanfaatkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Setiap kelas mempunyai sebuah
komputer dan sebuah monitor pintar (touchscreen). Penggunaan kemudahan ini dilihat sangat
berguna dan boleh diaplikasikan bersama cara tradisional iaitu pengajaran papan hitam. Selain itu,
kami juga berpeluang melihat sendiri pelajar sekolah ini bermain alat muzik rekorder semasa kelas
muzik.
3
Selepas makan tengah hari, kami membentangkan hasil projek penyelidikan kami kepada pelajar
Sekolah Tinggi Chienkan. Pembentangan ini dilakukan di tiga kelas pelajar tahun dua. Iman
Hakimi Zamzam membentangkan penyelidikannya berkenaan aktiviti antiproliferatif ekstrak
4
akueous, jus, puri, dan puri asli Annona muricata terhadap sel Raji. Muhammad Haziq Oon
membentangkan kajian berkaitan pengetahuan dan amalan tidur yang selamat untuk bayi dalam
kalangan jururawat NICU di Pusat Perubatan UKM. Ong Jun Yang pula mengkaji pengkarboksilan
terus benzena kepada asid benzoik dengan karbon dioksida bersama mangkin asid Lewis dan
mangkin asid bukan Lewis. Sementara itu, Sim Li Xuan bercakap mengenai kesan kepekatan
argentum terhadap pertumbuhan bakteria Bacillus sp. L1B9. Selain itu, Loo Jie Qi menganalisis
pengetahuan, sikap, persepsi, dan amalan berkaitan kesihatan seksual dalam kalangan remaja di
Malaysia. Teo Huey Shiuan pula menerangkan kesan amalan pemakanan dan tingkah laku
terhadap penghakisan enamel dalam kalangan remaja.
5
Dengan bantuan jurubahasa, hasil penyelidikan telah dibentangkan kepada para pelajar di
Sekolah Tinggi Chienkan. Selepas pembentangan, sesi soal jawab diadakan. Walaupun projek
penyelidikan yang kami jalankan menarik dan bermaklumat, para pelajar sekolah tersebut agak
malu untuk bertanyakan soalan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pelajar yang kelihatan
sangat berminat dan teruja dengan pembentangan kami apabila mereka bertanyakan soalan yang
6
agak bagus. Semasa pembentangan juga, wartawan daripada akhbar tempatan telah membuat
rakaman dan menemu ramah salah seorang daripada kami.
7
Selesai aktiviti di Sekolah Tinggi Chienkan, kami sangat bertuah apabila Encik Tomoki
Tsuruda sudi menemani kami melawat salah sebuah tempat bersejarah di Saga iaitu Istana Saga.
Perjalanan ke Istana Saga dari Sekolah Tinggi Chienkan mengambil masa 10 minit dengan menaiki
teksi. Ketibaan kami di sana disambut baik oleh staf Istana Saga. Seorang wanita Jepun yang fasih
berbahasa Inggeris telah menjadi pemandu pelancong untuk rombongan kami sepanjang berada di
Istana Saga. Wanita pertengahan umur tersebut memulakan tugasnya dengan menceritakan serba
sedikit tentang sejarah Istana Saga. Menurutnya, Istana Saga telah dibakar dan dibina semula
beberapa kali sehingga terbentuklah rupanya yang sedia ada. Beliau juga memperkenalkan daimyo
atau Maharaja Istana Saga yang pertama iaitu Nabeshima Katsushige. Ketuanan Maharaja ini telah
diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah Maharaja terakhir, Nabeshima Naomosa.
Hari ini, Istana Saga juga dikenali sebagai Muzium Bersejarah Istana Saga (err weird -,-)
dan sebahagian besar muzium ini telah dibina semula. Muzium ini dikenali sebagai salah satu
daripada 100 Fine Castles di Jepun dan salah satu tarikan di Saga. Semasa lawatan itu, kami
berpeluang melihat sendiri seni bina istana tersebut yang dilakukan tanpa menggunakan sebarang
paku, yang membuktikan kreativiti dan kehebatan masyarakat Jepun dalam seni bina. Kami juga
dibawa melihat bilik jamuan Maharaja, teater mini yang menerangkan sejarah Istana Saga, ruangan
di mana kami boleh menyelesaikan permainan berkenaan kerja-kerja dalaman istana dan banyak
lagi. Lawatan kami di Istana Saga berakhir pada pukul 6 petang. Secara ringkasnya, kami sangat
8
bersyukur dan tersentuh dengan layanan baik dan ilmu pengetahuan yang diberikan oleh staf Istana
Saga.
Pada hari kedua, kami melawat ke Pejabat Kerajaan Saga pada pukul 10.30 pagi. Kami
disambut baik oleh staf Lembaga Pendidikan Saga dan dibawa berjalan di sekitar bangunan. Di
tingkat teratas bangunan tersebut, kami boleh melihat pemandangan bandar Saga yang tersusun
rapi dan indah. Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan barang-barang istimewa di Saga,
contohnya tanaman the Ureshino, tembikar, oren mandarin, dan beras yang berkualiti tinggi.
Melalui penerangan tentang keistimewaan Saga, kami banyak belajar tentang budaya, sejarah, dan
tradisi di Saga yang berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.
9
Di akhir lawatan kami, kami tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Lembaga
Pendidikan Saga atas kesudian mereka menerima kami sebagai tetamu selama dua hari di Saga.
Sebagai tanda penghargaan, kami telah menghadiahkan cenderamata kepada Ketua Lembaga
Pendidikan Saga. “Do visit Saga Prefecture again in the future, we will definitely host your visit
again,” begitulah kata-kata wakil Lembaga Pendidikan Saga. Pagi yang sangat bermakna ini
sememangnya telah mendekatkan kami dengan wilayah Saga, Jepun.
10
11
Selepas makan tengah hari, kami menaiki teksi menuju ke Saga Commercial High School
dan tiba di sana pada pukul satu. Aktiviti kali ini bermula dengan sesi ringkas bersama pengetua
sekolah bersama-sama pihak pengurusan dan guru-guru. Sepanjang sesi ini, kami mengetahui lebih
tentang sistem pendidikan di Jepun dan juga kurikulum sekolah tersebut yang menekankan ilmu
perniagaan. Hampir separuh pelajar sekolah ini akan bekerja dengan kerajaan dan sektor swasta
selepas tamat pengajian manakala pelajar yang lain akan terus menyambung pengajian di universiti
tempatan.
12
Selepas itu, kami berpeluang mengikuti dua kelas Bahasa Inggeris. Di dalam kelas, kami
memperkenalkan Malaysia di hadapan anak muda Jepun melalui slaid yang kami sediakan. Kami
menerangkan salah satu keunikan Malaysia iaitu kepelbagaian etnik yang mana kaum Melayu,
Cina, India dan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak hidup bersama dalam perpaduan. Di samping
itu, kami juga memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Menara Berkembar
Petronas, Menara Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Bandar Melaka dan sebagainya. Selain
bercerita tentang budaya di Malaysia seperti makanan, tarian, dan perayaan, kami juga memakai
pakaian tradisional seperti baju melayu, cheongsam, dan baju kurung semasa sesi tersebut.
Tambahan lagi, kami juga belajar tentang budaya masyarakat Jepun melalui perbincangan dengan
para pelajar yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Pada pukul 3.40 petang, kelas Bahasa
Inggeris tamat dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama instruktor, guru-
guru, dan staf Lembaga Pendidikan Saga sebelum meninggalkan sekolah tersebut.
13
Pelajar ASASIpintar dan instruktor Saga Commercial High School
14
Pelajar ASASIpintar dan staf Lembaga Pendidikan Saga, Encik Tsuruda Tomoki
15
Pelajar ASASIpintar di hadapan Saga Commercial High School
Sepanjang masa di Jepun, kami telah menyaksikan disiplin dan kebersihan yang dipupuk
dalam orang Jepun melalui kelihatan lampu pejalan kaki dan juga ketiadaan sampah dilihat di tepi
jalan. Selain itu, kami juga telah bertemu dengan banyak orang yang mesra dan bersemangat untuk
memberi bantuan kepada kami apabila kami berada dalam keadaan yang berkeliruan walaupun
terdapat batasan komunikasi. Kunjungan ke tempat-tempat bersejarah menjadi kenangan dengan
pemandu pelancong memberi penerangan dengan jelas dan sabar. Program ini merupakan satu
kejayaan dan program yang sebegini perlu digalakkan dalam masa yang akan datang supaya
pelajar dapat berkembang menjadi seorang insan yang holistik dan berkemahiran sosial yang tidak
dapat dipelajari dalam kelas.
Disediakan oleh,
Ong Jun Yang,
Ketua Program Mobiliti