Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

46
1 BAHAGIAN 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Latihan industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu program LI adalah untuk memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehan pasaran pelajar. Secara dasarnya, program LI ini merupakan satu program yang menempatkan pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali atau klinikal dalam satu-satu organisasi luar UKM yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum pelajar dianugerahkan ijazah. 1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Transcript of Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

Page 1: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

1

BAHAGIAN 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Latihan industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi

pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana

kerja yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu program LI adalah untuk

memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat

mempertingkatkan kebolehan pasaran pelajar.

Secara dasarnya, program LI ini merupakan satu program yang menempatkan

pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali atau klinikal dalam satu-satu

organisasi luar UKM yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan

sebelum pelajar dianugerahkan ijazah.

1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Matlamat LI adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang

sebenar sambil mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan serta

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesion masing-

masing. Latihan Industri juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai

kompetensi yang diperlukan oleh majikan di samping memberikan pengalaman

keusahawanan.

Page 2: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

2

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama program LI adalah untuk :

a. memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran akademik dalam alam pekerjaan sebenar.

b. memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam bidang masing-

masing.

c. mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran

interpersonal, bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah

dan kemahiran keusahawanan.

d. menghayati nilai etika profesion masing-masing.

e. mempertingkatkan peluang pekerjaan.

f. memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri dan

g. merapatkan jalinan hubungan universiti dengan industri.

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan

pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan

dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan

memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap

kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.

1.4 LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

1.4.1 Lokasi Daerah

Daerah Hulu Langat terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadanan

dengan:

a. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat

Laut;

b. Daerah Petaling di sebelah Barat;

Page 3: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

3

c. Daerah Sepang di sebelah Barat Daya;

d. Negeri Pahang di sebelah Timur Laut; dan

e. Negeri Sembilan disebelah Selatan dan Timur

1.4.2 Profil Daerah

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah

bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di

sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya.  Daerah

Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia

merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam

kawasan Lembah Klang. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di

bawah Kanun Tanah Negara iaitu :

a. Ampang dengan keluasan 3,901 hektar.

b. Beranang dengan keluasan 6,184 hektar.

c. Cheras dengan keluasan 5,973 hektar.

d. Hulu Langat dengan keluasan 29,542 hektar.

e. Hulu Semenyih dengan keluasan 18,405 hektar.

f. Kajang dengan keluasan 9,340 hektar.

g. Semenyih dengan keluasan 9,599 hektar.

1.5 SEJARAH PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

Ditubuhkan pada 1884 di Bandar Kajang. Pada 1 Januari 1992 pejabat telah

berpindah di pejabat baru di Bandar Baru Bangi sehinggalah ke hari ini. Dirasmikan

oleh Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan

Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 25 Mac 1992.

Page 4: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

4

1.6 VISI,MISI DAN MOTTO PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

Visi, misi dan motto Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah untuk :

a. Visi

Menjadikan Sebuah Daerah Yang Termaju Dan Sejahtera Menjelang Tahun

2015.

b. Misi

Merancang, Mengurus Dan Memantau Pentadbiran Daerah Bagi Mencapai

Pembangunan Yang Holistik Dan Seimbang Dari Segi Ekonomi, Sosial, Fizikal

Dan Pembangunan Insan Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti.

c. Motto

Kejujuran dan Ketekunan Dirpelihara oleh Allah S.W.T

1.7 OBJEKTIF DAN FUNGSI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU

LANGAT

Objektif Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah untuk : 

a. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui

pemantapan keupayaan dan kapasiti organisasi.

b. Meningkatkan kecemerlangan organisasi dengan memperkasakan tadbir urus

organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni.

c. Mempertingkatkan kepuasan pelanggan dalam semua bidang berkaitan tanah

dengan memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah secara

menyeluruh.

d. Memperbanyakkan kemudahan awam dan infrastruktur asas serta menggiatkan

pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik

dengan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Page 5: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

5

e. Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dengan mengekalkan

perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Fungsi utama Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah :

a. Mentadbir pentadbiran daerah ke arah kesejahteraan rakyat.

b. Mengurus pentadbiran tanah termasuk kutipan hasil dan cukai tanah.

c. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan tanah dan,

d. Mengurus pelaksanaan pembangunan Daerah.

Pegawai Daerah berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemantau dan

pelaksana projek dan program di peringkat daerah.  Pegawai Daerah juga

menganggotai Jawatankuasa Tetap di peringkat Negeri. Beliau juga berperanan

menyelaras program-program anjuran kerajaan persekutuan di peringkat daerah

termasuk juga Pihak Berkuasa Tempatan.

1.8 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH HULU LANGAT

1.8.1 Bahagian Khidmat Pengurusan

a. Unit Pentadbiran & Kewangan

Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen

supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.

Mengawal disiplin dan memproses tindakan tatatertib.

Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman

tentang dasar dan peraturan kerja semasa. 

Menyelaras Penilaian Prestasi Tahunan untuk Panel Pengurusan Sumber

Manusia (PPSM)

Page 6: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

6

b. Unit Majlis & Keraian

Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk

sambutan, keraian dan majlis rasmi Kerajaan Negeri & Persekutuan di

peringkat daerah, mukim dan kampung termasuk yang melalui bahagian

pembangunan.

Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat di Daerah.

c. Unit Keselamatan

Membantu KPPD Khidmat Pengurusan sebagai S/U Keselamatan Daerah

dalam penyampaian bantuan bencana daerah.

Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Keselamatan Daerah, J/K Pengurusan

dan Batuan Bencana, J/K menangani Gejala Sosial, J/K Pendatang Tanpa Izin,

J/K Hal Ehwal Pengguna, J/K Perpaduan, J/K Penyakit Berjangkit.

Merancang dan melaksanakan kempen-kempen bersama dengan agensi-agensi

berkaitan.

Menyediakan laporan pemantauan dan menilai impak pelaksanaan dasar

kerajaan dan program pembangunan untuk disampaikan kepada MKN.

Pengerusi Gerak Saraf Negara.

d. Unit Teknologi Maklumat

Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan

komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan

program kerajaan elektronik di peringkat daerah.

Menyelaras dan mengawal penggunaan sistem, peralatan server dan lain-lain

yang berkaitan.

Membangun dan mengemaskini Laman Web Jabatan dan Sistem HRMIS.

Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan

pengguna.

Page 7: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

7

1.8.2 Bahagian Pengurusan Tanah

a. Pembangunan Tanah

Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah. 

Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.

Permohonan ubah syarat, pecah sempadan/bahagian tanah.

Permohonan penyatuan tanah.

Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pada pertanian

kepada industri.

Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah.

Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan

penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.

b. Pelupusan

Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/ swasta, Jabatan Kerajaan

yang kurang dari 10 ekar.

Permohonan tanah besar-besaran berkelompok.

Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong

(SL/PL).

Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan.

Permohonan rayuan pengurangan premium.

Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.

c. Pendaftaran

Mendaftar hakmilik tanah.

Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga.

Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga.

Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan

peraturan dan perundangan.

Page 8: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

8

Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen Hakmilik Daftar

Komputer.

Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal.

Menyediakan Sijil Carian Rasmi dan Carian Persendirian bagi tanah milik.

Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan

urusniaga.

d. Perundangan

Menyemak semula  prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang diguna

pakai di Bahagian  Tanah adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia

ada dan bukannya berdasarkan tradisi / amalan biasa. 

Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan Pejabat Daerah/Tanah

Hulu Langat di Makhamah.

Mewujudkan kesedaran dikalangan  kakitangan dan pelanggan Pejabat

Daerah/Tanah Hulu Langat akan kepentingan mematuhi peruntukkan undang-

undang dan kesan sekiranya melanggar peruntukkan tersebut.

Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang dibawah Kanun

Tanah Negara 1965.

Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat

Undang-Undang Negeri dan Bahagian Dasar dan Perundangan Pejabat Tanah

dan Galian Negeri Selangor.

Menjadi urusetia Inventori masalah Rakyat (IMR).

Menyelaras aduan-aduan awam terhadap urusan-urusan berkaitan tanah dan

Pentadbiran Daerah Hulu Langat.

e. Teknikal & Penguatkuasaan

Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.

Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan

batuan, permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah.

Urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah.

Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.

Page 9: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

9

Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.

 

f. Hasil

Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan.

Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat.

Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan.

Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan.

Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.

1.8.3 Bahagian Pembangunan

a. Pembangunan Fizikal

Menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan bagi sektor infrastruktur daerah.

Merancang dan melaksanakan aspek-aspek teknikal projek-projek Pejabat

Daerah.

Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang telah siap untuk

pembayaran.

Menyelaras dan mengawasi projek persekutuan, negeri dan swasta.

Mengurus, menyedia dan memperakui Spek Kerja dan pelan-pelan

kejuruteraan awam.

Merancang dan menyelaras perancangan Pembangunan Fizikal Daerah.

Menganggotai Mesyuarat Perancangan Infrastruktur PBT dan JPBD.

Menyelaras dan mengawasi Perancangan Pembangunan Tempatan bersama

PBT.

Menyelaras pembangunan agensi-agensi pusat di peringkat daerah.

Menyemak permohonan Tukar Syarat Tanah supaya bersesuaian dengan

Rancangan Pembangunan Tempatan.

Memantau pelaksanaan kemajuanprojek persekutuan di daerah melalui SPPII.

b. Pembangunan Masyarakat

Mengurus pelantikan dan penamatan Ketua-ketua Kampung Tradisi.

Page 10: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

10

Mengurus pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ketua-ketua Kampung

Baru Cina.

Pelantikan JKKK bagi Kampung-kampung Tradisi dan Kampung-kampung

Baru Cina.

Penyediaan profil Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina.

Penyediaan Baucer Pembayaran Elaun Ketua-ketua Kampung dan Elaun

Mesyuarat Pengerusi JKKK.

Merancang Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat (Daerah).

Menguruskan Program Bantuan Pelaburan kpd Penduduk Termiskin melalui

Skim ASB/ASW

Merancang dan melaksana Program Minda Insan di kalangan penduduk

termiskin.

Merancang dan mengurus pelaksanaan Program Latihan Kepimpinan

Masyarakat Setempat.

Merancang dan melaksana Program Pembangunan IKS.

Menyelenggara aktiviti pertubuhan sukarela peringkat daerah.

S/U J/K Sambutan Upacara Keagamaan Daerah meneruskan pemulihan dan

pertumbuhan sosial ekonomi melalui perkhidmatan mesra rakyat.

1.9 CARTA ORGANISASI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU

LANGAT

Page 11: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

11

Berikut adalah carta organisasi utama terkini Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

Bil. Jawatan Nama

1.Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Haris B. Kasim

2.Ketua Pen. Pegawai Daerah(Kidmat Pengurusan)

Luraashy Bt.Hassim

3.Ketua Pen. Pegawai Daerah(Pengurusan Tanah)

Ahmad Suaidi B. Abdul Rahim

4.Ketua Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan)

Norfaizah Bt. Omar

5.Pen. Pegawai Daerah(Pentadbiran Kewangan)

Aireen Umimaisarah Bt. Hamdan

6.Pen. Pegawai Daerah(Pelupusan Tanah)

Mohd Rashidi B. Ruslan

7.Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan Tanah)

Norfauzah Bt. Ahmadan

8.Pen. Pegawai Daerah(Pendaftaran)

Nurul Fatanah Bt. Kamarul

9.Pen. Pegawai Daerah(Pendaftaran)

Mohd Fadhil B. Mohamad Jamin

10.Pen. Pegawai Daerah(Penguatkuasaan)

Mohd Azhar B. Daud

11.Pen. Pegawai Daerah(Hasil)

Teepah A/P Athimoolam

12.Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan Masyarakat)

Khairul Fadhli Bin Mahmud

13.Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan Fizikal)

-Kosong-

14.Setiausaha Keselamatan Daerah -Kosong-

Page 12: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

12

Carta 1: Carta Organisasi Pentadbiran Utama Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat .

Page 13: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

13

BAB 2

BIDANG TUGAS LATIHAN INDUSTRI DI ORGANISASI

2.1 SKOP / SPESIFIKASI TUGAS

Sepanjang pelatih menjalani latihan industri di organisasi, pelatih telah

ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat.

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat merangkumi

empat unit utama iaitu unit pentadbiran dan kewangan, unit keselamatan, unit majlis

keraian dan unit teknologi maklumat. Pelatih telah diberikan tugasan untuk membantu

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam

menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini

untuk diselesaikan dan sebagainya.

2.2 TUGASAN HAKIKI

Tugasan hakiki atau sebenar yang pelatih lakukan ialah melaksanakan sistem

kad perakan waktu (punch card). Punch card merupakan perkara yang wajib dibuat

bagi semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat bagi

merekod kedatangan harian mereka. Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat

dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk

mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari

pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan

dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan

oleh Kerajaan bagi mereka.

Page 14: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

14

2.3 TUGASAN HARIAN

Latihan Industri bagi pelatih di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah

bermula pada 2 Julai 2012 dan berakhir pada 30 Ogos 2012. Latihan ini memakan

masa selama lapan minggu.

Sepanjang tempoh latihan tersebut, pelatih telah diberikan tugasan untuk

membantu bahagian khidmat pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam

menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini

untuk diselesaikan dan sebagainya.

Secara dasarnya, skop dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada

pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai. Pelatih bertanggungjawab membantu

dalam melaksanakan tugas-tugas Perkeranian dan Operasi (P/O) di peringkat

kumpulan sokongan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu

Langat yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak terhad kepada, tugas-

tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,

pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi).

Selain daripada membantu menjalankan deskripsi tugas kumpulan sokongan, pelatih

juga telah ditugaskan dalam membantu menjalankan penyeliaan tugas dan dokumen

perkhidmatan serta kewangan selaras dengan fungsi jabatan berkenaan. Berikut adalah

antara tugasan yang telah dilakukan oleh pelatih sepanjang menjalankan latihan

industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

a. Draf kertas Kerja Pengukuhan Perjawatan PDHL 2012.

b. Draf set soalan selidik yang digunakan khas dalam menilai keberkesanan

program yang dijalankan di PPDHL.

c. Analisa pengukuran kursus yang telah diadakan di PDHL (Februari hingga

Julai) 2012.

d. Semakan senarai daftar kad kawalan stok.

e. Semakan senarai baucar bayaran.

f. Semakan senarai tuntutan perjalanan.

Page 15: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

15

g. Draf surat rasmi jabatan dan urusan minit surat masuk jabatan.

h. Melakukan kerja-kerja fotostat dan menghantar faksimili.

i. Perkhidmatan kaunter pertanyaan / menjawab panggilan telefon.

j. Menjadi peserta / wakil dalam majlis anjuran PDHL ataupun majlis anjuran

pihak luar.

Pelatih turut diberikan peluang untuk sama-sama terlibat dengan kursus dan

program latihan pengurusan anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Kursus

seumpama ini membekalkan pelatih dengan pelbagai ilmu serta kemahiran

pentadbiran.

Selain itu, selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat

menyesuai dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan,

meningkatkan pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian

mengikut sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah /

Tanah Hulu Langat. Berikut antara beberapa kursus anjuran Pejabat Daerah / Tanah

Hulu Langat yang diikuti oleh pelatih sepanjang tempoh latihan industri di jabatan

berkenaan :

a. Kursus Kewangan - Elaun Dalam Perkhidmatan Am

b. Kursus Pengenalan Urus niaga Di Unit Pendaftaran PDHL

c. Kursus Fail dan Rekod (Arkib Negara Malaysia)

d. Kursus Pengurusan Keselamatan (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan

Malaysia)

2.4 TUGASAN KHAS

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat melalui

unit majlis dan keraian telah diperluaskan skop tugasnya untuk menyelaras aktiviti

korporat, hubungan pihak luar dan mengukuhkan governan serta penyampaian

perkhidmatan di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Unit majlis dan keraian ini

Page 16: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

16

diletakkan terus di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan dan mempunyai fungsi

utama seperti berikut:

a. Perancangan, perhubungan dan komunikasi korporat.

b. Menguruskan dan menyelaras hubungan kerjasama pihak luar dengan PDHL.

c. Menyelaras dan memastikan program / majlis anjuran PDHL berjalan lancar

dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pelatih telah diberikan kesempatan untuk sama-sama terlibat dengan beberapa

program dan majlis anjuran unit ini. Pelatih berperanan mengendalikan dan

menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan dibantu oleh pegawai yang telah dilantik

menganggotai Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJK) setiap aktiviti yang dijalankan.

Berikut antara beberapa program dan majlis yang disertai pelatih sepanjang menjalani

latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat:

a. Urus setia Pelaksana Program CSR (Corporate Social Responsibility) Pejabat

Daerah / Tanah Hulu Langat dengan mewujudkan perpustakaan mini di

kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.

b. AJK cenderamata bagi Majlis Berbuka Puasa Solat Tarawih dan Khatam Al-

Quran Peringkat PDHL 2012.

c. Wakil peserta Program Bicarawara i-Ramadan Anjuran Bahagian Sumber

Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

d. Urus setia Pelaksana Majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid

Jamek Sg. Ramal Luar.

e. Urus setia Pelaksana Majlis Hari Raya Peringkat PDHL 2012.

f. Urus setia Pelaksana Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Polis Diraja

Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di SMK

Cheras Jaya, SMK Taman Tasik Ampang dan Plaza Tol Grand Saga (Batu 9,

Hulu Langat).

g. Wakil Peserta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Majlis Sambutan

Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor

Tahun 2012 Anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Page 17: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

17

BAB 3

PENILAIAN KRITIS TENTANG TUGAS YANG DILAKUKAN SEMASA

MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

3.1 KESESUAIAN LATIHAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN

Secara keseluruhannya, walaupun skop dan bidang tugas yang

dipertanggungjawabkan organisasi kepada pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai,

namun ia tetap mempunyai perkaitan dengan pembelajaran di kampus. Latihan industri

ini telah memberikan peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan serta

mempraktikkan ilmu khususnya dalam bidang pengajian di universiti.

3.1.1 Komponen Latihan Terhadap Aspek Pembangunan Manusia

Pelatih telah diberikan latihan secara tidak langsung melalui penyertaan

terhadap kursus dan program latihan yang dianjurkan pengurusan PDHL apabila

berada dalam organisasi tersebut. Latihan pengurusan ini mampu membekalkan pelatih

dengan pelbagai ilmu serta kemahiran pentadbiran.

Pembangunan manusia adalah aspek penting untuk mengukur tahap kemajuan

dan juga memastikan organisasi terus efisien. Organisasi yang baik perlu memberi

penekanan terhadap pembangunan manusia terutamanya peningkatan kemahiran

pekerja dengan memberi peluang kepada pekerja untuk mengikuti program-program

latihan dan kursus-kursus pembangunan. Penganjuran program-program latihan dan

kursus-kursus pembangunan akhirnya akan menghasilkan pekerja mahir, terlatih dan

bermotivasi.

Page 18: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

18

Latihan merupakan salah satu fungsi utama dalam pembangunan manusia yang

perlu dijadikan falsafah berterusan bagi sesebuah organisasi. Individu yang melalui

tempoh tertentu bekerja dalam sesebuah organisasi biasanya akan mempunyai

keinginan untuk meningkatkan kemampuan bekerja, kemahiran dan pengetahuan

mereka dan jawapannya adalah melalui latihan.

Perubahan yang berlaku dalam organisasi misalannya dalam konteks teknologi

dan persaingan menyebabkan fungsi latihan banyak kebaikan dan faedahnya. Realiti

menunjukkan banyak organisasi pada masa kini mementingkan elemen latihan dalam

perkembangan kakitangannya, kerana melalui latihanlah pekerja dapat mengikuti arus

perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku dalam organisasi.

Selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat menyesuai

dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan, meningkatkan

pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian mengikut

sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah / Tanah Hulu

Langat.

3.1.2 Komponen Pembangunan Komuniti Terhadap Aspek Pembangunan

Manusia

Program CSR adalah suatu insiatif yang telah diambil oleh Pejabat Daerah /

Tanah Hulu Langat dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat madani di seluruh

Negeri Selangor. Menurut World Business Council for Sustainable Development,

Corporate Social Responsibility (CSR) ini di definisikan sebagai; komitmen sesebuah

organisasi terhadap masyarakat. Komitmen itu dilakukan bagi meningkatkan ekonomi

dan kualiti hidup semua pihak baik pekerja dan ahli keluarganya, komuniti mahupun

persekitaran secara nilainya.

Tujuan program CSR ini adalah untuk memberikan hak dan peluang yang sama

rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang pembangunan serta

Page 19: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

19

teknologi maklumat yang sedang melanda dewasa ini. Dengan adanya infrastruktur-

infrastruktur seperti ini terutamanya di kawasan luar bandar, ianya akan dapat

mengurangkan jurang sosial di antara masyarakat bandar dan juga masyarakat luar

bandar. 

Pelatih telah terlibat secara langsung dengan program CSR Pejabat Daerah /

Tanah Hulu Langat. Cadangan program adalah mewujudkan sebuah ruang

perpustakaan mini di Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu Langat. Program ini

berjaya dilaksanakan dan perpustakaan mini Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu

Langat ini telah selamat dirasmikan oleh YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat.

Pelatih juga turut terlibat dalam Program Keselamatan Jalan Raya anjuran

Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Program ini bertempat di dua sekolah menengah

di kawasan Hulu Langat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang dan di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9,

Hulu Langat). Program yang dikendalikan Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah

Hulu Langat ini telah mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat

Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Program ini berobjektifkan membantu masyarakat memahami undang-undang jalan

raya dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan

raya selain meningkatkan kesedaran jalan raya dalam kalangan orang awam.

Secara external, penerapan program CSR dalam budaya kerja adalah untuk

memperkaya masyarakat khususnya dalam konteks pembangunan komuniti. Ini

ternyata penting kerana apabila timbulnya konflik dalam masyarakat, program CSR

boleh membantu mewujudkan suasana persekitaran harmoni melalui kempen-kempen

yang dijalankan. Ini juga membuktikan tanggungjawab korporat bukan sahaja untuk

memastikan sistem pentadbiran yang teratur atau mewujudkan sistem atau tata kerja

yang beretika malah organisasi korporat ini juga berperanan untuk membangunkan

masyarakat yang madani selain memperkemas kualiti hidup sedia ada secara amnya.

Page 20: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

20

3.2 HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI

Setelah menyelesaikan latihan industri, pelatih berupaya:

a. mempraktikkan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja

di bawah penyeliaan;

b. mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman praktikal

yang berkaitan dengan bidang pengajian;

c. berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan secara berkesan

dengan pelbagai pihak;

d. memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan mampu

menyelesaikan masalah secara profesional;

e. mempamerkan etika dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab

yang diberikan; dan

f. menjelaskan pengurusan organisasi.

3.3 KEKUATAN

Penyediaan latihan industri kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi penting dalam

usaha mempertingkat kebolehgunaan tenaga sebagai persediaan berdepan dengan

cabaran dunia kerjaya. Berikut antara beberapa kelebihan yang diperoleh pelatih

sepanjang menjalani latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

a. Lebih berani, berkeyakinan diri dan berketerampilan ketika berurusan dengan

pelanggan.

b. Berkemampuan dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan selepas tamat

pengajian.

c. Mempunyai personaliti yang positif dan mempunyai kebolehan berkomunikasi

yang berkesan.

d. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan softskill pelatih.

e. Menimbulkan kesedaran dan memupuk minat pelajaran dalam bidang pekerjaan.

Page 21: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

21

f. Pendedahan pengamalan etika dan peraturan kerja yang baik.

g. Melatih pelatih agar lebih bertanggungjawab dan amanah dalam

melaksanakan tanggungjawab.

3.4 KELEMAHAN

Melalui pemerhatian dan pengalaman pelatih dalam sepanjang proses latihan industri,

didapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki organisasi untuk masa

akan datang. Hal ini penting supaya organisasi dapat melancarkan proses

pengurusannya dalam menguruskan pentadbiran dan perkhidmatan yang disediakan.

Berikut adalah antara kelemahan organisasi yang di kenal pasti:

a. Pengurusan dan pentadbiran secara birokrasi atau “red tape”.

Istilah ini merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan

sehingga menyebabkan kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses.

Contoh bagi menggambarkan masalah “red tape” di sini ialah apabila

seseorang individu ingin mendapatkan khidmat bantuan kebajikan daripada

jabatan. Bagi mendapatkan bantuan tersebut, individu itu perlulah mendapat

pengesahan daripada beberapa pihak tertentu dari pihak bawahan sehinggalah

ke pihak atasan bagi membuktikan bahawa individu tersebut benar-benar layak

menerima bantuan. Individu tersebut terpaksa menyediakan dokumen,

membuat temu janji dengan pihak-pihak tersebut, membuat perjalanan ke hulu

dan ke hilir dan akhirnya dalam jangka masa yang panjang barulah

permohonan individu tersebut diluluskan dan memperolehi bantuan kebajikan

tersebut.

b. Organisasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa

dipengaruhi oleh perasaan. 

Dalam prinsip ini, orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi

dalam hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang

Page 22: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

22

dilayaninya. Walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan

perlakuan yang adil terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau

tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti

pekerja. Sebagai contohnya di sini, katakan terdapat dua jenis orang bawahan

yang mempunyai daya produktiviti yang berbeza, golongan orang bawahan

yang pertama mempunyai prestasi kerja yang baik manakala golongan orang

bawahan yang kedua pula mempunyai prestasi kerja yang buruk, namun

layanan yang diberikan oleh pihak atasan kepada kedua-dua golongan orang

bawahan tersebut tetap sama. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya

ketidakpuasan hati kepada orang bawahan yang mempunyai prestasi kerja yang

baik itu tadi dan ini boleh mempengaruhi prestasi mereka kerana mereka

kurang diberi penghargaan.

c. Suasana organisasi langsung tidak menggalakkan yang cergas menonjolkan

inisiatif.

Organisasi tidak menggalakkan anggota yang ahli menonjol dan menyumbang

sepenuhnya keahlian untuk dimanfaatkan oleh organisasi. Malahan ahli kerap

ditekan sehingga akhirnya memilih untuk tunduk kepada tekanan budaya kerja

yang dominan. Ini seterusnya menyumbang kepada timbulnya ketidakcekapan

organisasi.

Page 23: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

23

BAHAGIAN 4

CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.1 CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI ORGANISASI

Pelaksanaan reformasi pentadbiran perlu dibuat melalui perkongsian idea dan

keputusan bersama di antara semua pihak dalam organisasi. Tindakan susulan dan

tindakan seterusnya dibuat untuk mencapai matlamat yang digariskan. Penyebaran

maklumat dan lawatan inspektorat perlu untuk memastikan pelaksanaan sistem

menurut perancangan diatur. Kesemua langkah ini adalah untuk menjamin kejayaan

dan sokongan padu daripada kakitangan terhadap pembaharuan yang dibuat.

Perkhidmatan yang berkualiti harus mengejar pembaharuan. Ia bukan mudah

untuk dicapai, perancangan yang teliti harus dibuat secara teratur, tertib, tidak terlalu

drastik dan boleh dibuat secara incremental dalam bentuk penyelesaian masalah bagi

mencapai matlamat kemajuan global. Program dan projek pembaharuan dalam

pentadbiran perlu dilaksanakan dengan displin dan penuh komitmen, gigih

berdasarkan prinsip follow up dan follow through untuk mencapai pembaharuan yang

berkekalan dan perkhidmatan awam yang progresif dan dinamik.

Kursus, latihan dan taklimat yang berkaitan dari masa ke semasa kepada

kakitangan di semua peringkat adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan,

kemahiran, motivasi, produktiviti, dan mutu kerja kakitangan serta meningkatkan

kesedaran tentang tanggungjawab mereka. Abad 21 adalah era pekerja berilmu,

pengetahuan dan pendedahan mengenai pembaharuan serta sistem baru perlu

dilakukan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam.

Peraturan dan pembaharuan yang dibuat tidak akan terlaksana sekiranya

kakitangan tidak peka terhadap perubahan dan kehendak awam. Semua kakitangan

Page 24: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

24

awam perlu mengubah sikap, memikul tugas dengan amanah, akauntabel, jujur dan

ikhlas. Setiap kakitangan patut menyemai prinsip dalam diri masing-masing bahawa

tugas yang mereka sandang adalah amanah yang perlu ditunaikan. Mereka perlu

meningkatkan lagi sifat dedikasi, minat, kesungguhan kerja dan memupuk sifat

responsif terhadap kehendak pelanggan. Sikap pekerja adalah faktor utama dalam

mengukur kejayaan reformasi pentadbiran. Pekerja hendaklah sentiasa berfikiran

terbuka, peka kepada perubahan yang dibuat dan boleh menyesuaikan diri dengan

perubahan tersebut. Mengubah minda kakitangan amat penting. Ini kerana

kepercayaan dan inilah yang membentuk tingkahlaku. Kakitangan perlu berubah

kepada nilai-nilai baru untuk mempelajari kemahiran yang pelbagai dan bersedia untuk

menerima budaya kerja yang baru.

Pembesaran kerja (enlargement), pengkayaan kerja (enrichment) dan

penurunan kerja (empowerment) merupakan keperluan mutlak dan boleh

meningkatkan motivasi kakitangan. Ini kerana pekerja yang diberi peluang untuk

membuat keputusan yang berkaitan dengan bidang tugasnya, akan merasa diperlukan,

diiktiraf dan dihargai di dalam organisasi apabila pendapat mereka diterima pakai.

Kualiti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan sekiranya pihak atasan lebih

memahami kehendak jentera penggeraknya. Kepentingan dan kebajikan perlu

diseimbangkan di antara kakitangan dan pelanggan. Ini secara langsung dapat

menyelesaikan masalah dalaman organisasi dan meningkatkan kepuasan bekerja

dikalangan kakitangan. Dengan ini pekerja dapat keselesaan yang sewajarnya dan

dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

Pihak pengurusan atasan juga perlu menunjukkan contoh terbaik dalam

menjayakan reformasi pentadbiran ini. Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan.

Gaya baru kepimpinan amat perlu seperti mengubah fungsi daripada kaedah yang

memberikan arahan dan kawalan kepada kaedah kerja berpasukan (team work).

Membina hubungan baik dengan pekerja sukar kerana melibatkan emosi dan perasaan.

Pemimpin berurusan dengan pekerja berilmu, oleh itu mereka perlu lebih kretif dan

inovatif dalam setiap tindakan yang diambil. Ini dapat mengelakkan pertukaran kerja

Page 25: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

25

di kalangan kakitangan. Komunikasi di antara kakitangan pelbagai peringkat amat

penting untuk menyelesaikan masalah yang akan timbul dan akan timbul. Peluang

perlu diberi kepada pegawai kanan dan kakitangan membincangkan masalah kerja.

Hubungan baik di antara pihak atasan dan bawahan serta persefahaman di antara

kedua-dua pihak, salah satu faktor penting dapat meninggikan kualiti perkhidmatan

awam.

Untuk mencapai tahap world class, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti

mempunyai benchmark, tanda rujukan atau standard yang mesti dicapai. Warga

Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti proaktif, berfikir secara strategik, lebih

efisien dan mempunyai keupayaan melaksanakan pilihan strategi yang dibuat. Pejabat

Daerah / Tanah Hulu Langat telah mengalami perubahan dari segi peningkatan

infrastruktur melalui pemodenan kemudahan komputer secara on-line,

mempermudahkan peraturan dan meningkatkan kualiti pengeluaran.

Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang berorientasikan pelanggan, Pejabat

Daerah / Tanah Hulu Langat mesti mengubah mutu perkhidmatan dan cara berfikir

tanpa mengorbankan keselamatan orang ramai. Oleh itu, kakitangan perlu banyak

diberi pendedahan tentang budaya kerja cemerlang untuk meningkatkatkan imej

organisasi. Memberi maklumat kepada orang awam tentang organisasi adalah langkah

wajar, dengan ini memudahkan matlamat organisasi dicapai dengan jayanya.

Tenaga manusia adalah aset terpenting dalam organisasi. Peningkatan prestasi

berkaitan dengan sumber manusia. Peningkatan dalam pengetahuan, kemahiran dan

sikap. Elakkan sikap suka bertangguh kerana perkara yang kecil hari ini boleh menjadi

masalah besar nanti. Peningkatan akhlak, nilai murni dan penghayatan nilai islam

dapat meningkatkan imej jabatan dan mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa

dan pembaziran masa. Setiap kakitangan jabatan memerlukan kesedaran diri dari segi

mental dan berfikiran terbuka serta perlu diberi peluang dan menghadiri kursus yang

ditetapkan oleh jabatan. Sikap dedikasi dan kesabaran perlu dipertingkatkan dan

mengelakkan sikap pilih kasih di antara kakitangan dalam organisasi. Kerjasama di

antara rakan sekerja amat perlu dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian.

Page 26: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

26

4.2 CADANGAN MENINGKATKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

Bagi menjayakan sesuatu kerja, persiapan dan persediaan dari semua aspek

amatlah penting bagi mencapai atau menghasilkan nilai kualiti sesuatu latihan industri

itu malah persiapan dari segi mental dan fizikal seseorang pelajar itu amatlah penting.

Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan bahasa inggeris amatlah penting

sejajar dengan teknologi masa kini yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris

sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang

professional atau sebaliknya. Pihak universiti perlu menekankan kepentingan

penggunaan bahasa inggeris di dalam aktiviti harian kelas. Pihak universiti juga perlu

mewajibkan kepada setiap pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat

berkomunikasi dengan lancar dalam penggunaan bahasa inggeris ini. Penguasaan

bahasa inggeris yang baik di kalangan pelajar akan membantu mereka dalam

pesaingan pasaran kerja hari ini.

Tempoh latihan industri juga dicadangkan dipanjangkan kepada enam (6)

bulan.  Dengan pemanjangan tempoh ini, pelatih merasakan ianya dapat

memperbanyakkan lagi pengalaman dan pengajaran mengenai kehidupan bekerja atau

sebaliknya.  Jika tempoh latihan ini dikekalkan seperti sedia ada pelajar tidak akan

mengalami sesuatu perkara yang baru dan menganggap latihan ini dilakukan hanya

untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan ijazah.

4.3 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, didapati latihan industri memberi pelbagai faedah kepada pelatih

dimana terdapat peningkatan dari segi sikap, komunikasi dan tabiat kerja pada diri

pelatih disamping keyakinan tentang faedah menjalani latihan industri. Diharapkan

latihan industri ini meningkatkan kematangan pelatih selain menyediakan modal insan

kepada pelatih bertepatan dengan permintaan industri masa kini.

Page 27: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

27

RUJUKAN

Laman web Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web

http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php

Laman web Pejabat Hal-Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat Universiti

Kebangsaan Malaysia dalam capaian laman web http://www.ukm.my/hejim/

Peta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web

http://maps.google.com.my/

Page 28: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

SELANGOR

28

LAMPIRAN

Gambar 1 : Peta Daerah Hulu Langat

Gambar 2 : Bangunan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

Page 29: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

29

Gambar 3: Pelan lokasi Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

Page 30: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

30

Berikut antara beberapa gambar aktiviti sepanjang pelatih menjalankan latihan industri

di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

Gambar 4 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dengan cadangan

mewujudkan perpustakaan mini di kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.

Page 31: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

31

Gambar 5 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Kempen

Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat).

Page 32: Laporan Praktikal Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 2012 (Ukm Version)

32

Senarai memo dan tugasan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di

Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat