Laporan Perkhemahan UB
-
Upload
suriana-kadir -
Category
Documents
-
view
618 -
download
27
Transcript of Laporan Perkhemahan UB
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2013
IPG Kampus Kent, Tuaran
Tarikh : 1 Julai Hingga 4 Julai 2013
Tempat : Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malanggang
Penasihat KRS :
1) Tuan Haji Mohd. Rozaimi Abd Razak (Ketua)
2) Tuan Mansor Md Desa
3) Tuan Zainuddin Abdul Ghani
4) Tuan Ahmad Fauzi Sathih
5) Cik Hafiza Saad
6) Tuan Jontiri Koloiya
7) Tuan James Geoffery W. Molijoh
8) Puan Suziela Md Tahir
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 1
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Ahli KRS :
1) Abdul Rauf B. Mohd Janis
2) Catherine Ngie Sie Siong
3) Cynthia Andrew
4) Faizatul Hanim Bt. Matdin
5) Hazman B. Yaplin
6) Hii Ting Tiang
7) Jackie Wong Sing Qie
8) Kang Chin Leong
9) Kiu Tou Tung
10) Mah Ching Moi
11) Mohamad Khairuddin B. Ramlee
12) Mohammad Hazizi B. Yusop
13) Mohd Alif Haiqal B. Tarmizi
14) Nazatul Azila Bt. Md Najib
15) Norlina Bt Gapare
16) Nur Faseha Bt Said
17) Nur Uzairah Bt. Mutirin
18) Oh Hui Kai
19) Saharia Bt. Rahman
20) Shahzrulnizzam B. Jamal
21) Sunia Bt Umad
22) Suriana Bt. Kadir
23) Syamsir B. Moktar
24) Umar Qayyum B. Mohd Luai
25) Yap Shu Han
26) Zahiruddin B. Juatin
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 2
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
1.0 Pengenalan
Perkhemahan Unit Beruniform IPG Kampus Kent Tuaran merupakan aktiviti yang
wajib diadakan pada setiap tahun. Pada tahun ini, perkhemahan Unit Beruniform
yang disertai oleh lima unit (Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia,
Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah) telah menjalankan aktiviti perkhemahan
selama empat hari dan tiga malam. Aktiviti perkhemahan yang diadakan adalah
bertujuan untuk mempersiapkan ahli-ahli dalam unit beruniform untuk menjadi
seorang bakal pemimpin yang berkualiti. Selain itu, bakal guru pelatih akan
didedahkan dengan pelaksanaan aktiviti perkhemahan sebagai persiapan di sekolah
kelak.
2.0 Aktiviti yang dijalankan
Seramai 26 orang ahli KRS telah menjalankan aktiviti yang dirancang sepanjang
perkhemahan ini berlangsung. Ahli-ahli KRS telah dibahagikan kepada empat platun
iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Setiap platun mempunyai enam hingga tujuh
ahli. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah berasaskan kepada proforma dan
dijalankan semasa perkhemahan.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 3
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
2.1 Hari pertama
Aktiviti : Orienteering
Ketua aktiviti : Mohammad Hazizi B. Yusop
Kru : Norlina Bt Gapare
:Cynthia Andrew
: Kang Chin Leong
Aktiviti perkhemahan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan setiap unit
melaporkan kehadiran ahli dan menerima taklimat daripada penganjur. Urusan
pengeluaran alatan perkhemahan daripada stor pusat dijalankan sebaik sahaja
taklimat dan berakhir pada jam 8.45 pagi. Tepat jam 9.00 pagi, setiap unit bergerak
ke tapak perkhemahan. Sebaik sahaja tiba di tapak program, taklimat dan cara untuk
mendirikan khemah dilakukan oleh para jurulatih daripada Kem Malanggang. Pada
jam 11.00 pagi, unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) melakukan upacara
menaikkan bendera sebelum mendirikan khemah serta melaporkan kehadiran ahli
kadet.
Aktiviti diteruskan dengan mendirikan khemah sehingga jam 12.30 tengah
hari dan diteruskan dengan hemat diri. Tepat jam 2.00 petang, aktiviti ‘orienteering’
dijalankan dan dikendalikan oleh wakil daripada setiap platun Alpha, Bravo, Charlie,
dan Delta. Aktiviti ‘orienteering’ dijalankan di sekitar Kem Malanggang dan setiap
platun diarahkan mencari jalan untuk kembali semula ke tapak perkhemahan
dengan berpandukan kompas dan penanda yang diberikan kepada setiap platun.
Aktiviti ‘orienteering’ berjalan dengan lancar sehingga jam 4.00 petang di mana
setiap platun berjaya sampai ke tapak perkhemahan. Tepat jam 6.00 petang Aktiviti
penurunan bendera dilakukan oleh wakil KRS. Gambar – gambar perjalanan aktiviti:
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 4
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Mendengar taklimat yang disampaikan oleh
penyelaras aktiviti.
Pelatih masuk ke dalam kumpulan dan mula
menyelesaikan soalan yang diedarkan.
Pelatih berbaris dan keluar mengikut arah
bearing yang ditetapkan serta mula
menjalankan aktiviti.
Antara kawasan yang dilalui untuk sampai ke
destinasi.
Barisan penasihat yang terlibat bagi
menjayakan aktiviti ini.
Destinasi terakhir adalah kembali semula ke
tapak permulaan aktiviti serta membuat
refleksi mengenai aktiviti yang di jalankan.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 5
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Malam Burung Pungguk
Ketua aktiviti : Shahzrulnizzam B. Jamal
Kru : Syamsir B. Moktar
: Hazman B. Yaplin
: Faizatul Hanim Bt. Matdin
Pada sebelah malam pula, jam 9.00 malam aktiviti KRS diteruskan lagi
dengan aktiviti malam burung pungguk. Semua ahli kadet diberikan taklimat
daripada pengendali aktiviti dan dilepaskan dengan mata yang ditutup. Seorang
demi seorang ahli kadet dilepaskan dan diarahkan mencari penanda yang diberikan
untuk sampai ke tempat ahli kadet akan berkumpul. Setiap ahli kadet dibekalkan
dengan sebatang lilin bernyala dan denda diberikan kepada sesiapa yang lilinnya
terpadam. Aktiviti malam burung pungguk berakhir pada jam 10.30 malam dan
seramai tujuh orang ahli kadet mendapat denda akibat lilin yang dibawa terpadam.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 6
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
2.2 Hari kedua
Aktiviti : Water Tubing
Ketua aktiviti : Kiu Tou Tung
Kru : Yap Shu Han
: Hii Ting Tiang
: Jackie Wong Sing Qie
Pada hari kedua, aktiviti dimulai dengan ‘Water Tubing’ yang dikendalikan
oleh pegawai pusat pada waktu pagi. Terdapat dua unit yang menyertai aktiviti ini,
iaitu KRS dan BSMM. Pada peringkat permulaan ahli-ahli dibahagikan kepada
empat kumpulan bersama-sama dengan empat pegawai pusat. Sebelum melakukan
‘Water Tubing’, pegawai pusat memberikan sedikit taklimat dan memberi kata –
kata semangat supaya setiap ahli berasa yakin apabila berada dalam sungai. Maka,
semua ahli akan melakukan ‘Water Confident’ terlebih dahulu. Semua ahli berasa
seronok dan menikmati arus sungai. Langkah keselamatan amat dititikberatkan
kerana sebelum turun ke dalam sungai beberapa peringatan sudah diberikan dan
kami ada menjalankan sedikit pemanasan badan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan yang tidak dapat dijangka. Aktiviti ini berjalan dengan lancar.
Pelatih mendengar taklimat yang
disampaikan oleh pengelola aktiviti.
Pelatih diminta memakai life jacket bagi
langkah keselamatan.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 7
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Pelatih membuat regangan bagi
mengelakkan kecederaan.
Sedikit taklimat keselamatan sebelum turun
ke dalam sungai.
Aktiviti “Water confident” dengan
pengawasan pengelola.
Mula melakukan water tubing tanpa
bantuan.
Gambaran wajah pelatih selepas
melakukan water tubing.sedikit taklimat dan aktiviti penyejukan
badan selepas menjalankan aktiviti water
tubing.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 8
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Ikhtiar hidup
Ketua aktiviti : Zahiruddin B. Juatin
Kru : Nur Faseha Bt Said
: Suriana Bt. Kadir
: Mohamad Khairuddin B. Ramlee
: Abdul Rauf B. Mohd Janis
Setelah itu, aktiviti pada waktu tengah hari adalah ikhtiar hidup yang diadakan
dalam sebuah hutan di perkampungan. Sebelum berjalan ke tapak aktiviti, setiap
platun KRS telah diagihkan bahan-bahan makanan serta peralatan makanan untuk
digunakan semasa aktiviti ikhtiar hidup.Perjalanan yang memakan masa dengan
keadaan yang panas tidak mematahkan semangat ahli KRS kerana dikelilingi
dengan persekitaran yang hijau dan udara yang nyaman. Dalam perjalanan, ahli
KRS sempat lagi menyapa penduduk tempatan yang berdekatan. Setibanya di
kawasan aktiviti, terdapat beberapa tugasan untuk ahli KRS dalam aktiviti ikhtiar
hidup ini, iaitu, menangkap ayam yang dilepaskan dan masak, memasak tiga jenis
hidangan telur dan mempersembahkan hasil masakan serta tapak perkhemahan.
Semua platun berusaha untuk memberikan hasil persembahan yang baik.
Proses mengagihkan bahan mentah
kepada setiap platun.
Taklimat dan bacaan doa sebelum
menjalakan aktiviti.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 9
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Memulakan perjalanan ke tapak aktiviti yang telah ditetapkan.
Beberapa jambatan gantung yang dilalui untuk sampai ke destinasi.
Sampai ke tapak aktiviti, mendengar sedikit taklimat dan meneruskan aktiviti.
Membuat masakan rimba dan memasang ponco.
Menikmati hasil masakan rimba yang telah disiapkan mengikut ahli kumpulan
masing – masing.
Wajah – wajah pelatih dan pembimbing setelah selesai aktiviti.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 10
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Explorace
Ketua aktiviti : Saharia Bt. Rahman
Kru : Catherine Ngie Sie Siong
: Mah Ching Moi
: Nur Uzairah Bt. Mutirin
Pada waktu malam pula, aktiviti ‘Explorace’ telah diadakan. Setiap platun
dikehendaki menyelesaikan masalah yang disediakan pada setiap stesen. Masalah
yang diutarakan adalah ikatan tali dan balutan. Semua ahli dalam platun telah
memberikan kerjasama dan komitmen yang penuh dalam menyelesaikan
permasalahan yang timbul. Setelah itu, hasil dapatan penyelesaian dibentangkan
oleh setiap platun.
Taklimat dan pembahagian kumpulan.Aktiviti yang dijalankan adalah ikatan anduh.
Demonstrasi ikatan anduh oleh ahli kumpulan masing – masing.
Memberikan penerangan mengenai fungsi ikatan anduh
2.3 Hari ketiga
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 11
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Gajet, ikatan, jerat dan jenis – jenis unggun api
Ketua aktiviti : Faizatul Hanim Bt. Matdin
Kru : Abdul Rauf B. Mohd Jani
: Syamsir B. Moktar
Pada hari ketiga, ahli KRS telah pergi ke hutan sebelah kawasan tapak
perkhemahan untuk mempelajari cara membuat jerat, unggun api dan gajet biasa.
Demonstrasi cara – cara memasang jerat Cara – cara menghidupkan dan mengenal
jenis – jenis unggun api.
Antara jenis unggun api yang berjaya
dihasilkan.
Jenis – jenis unggun api.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 12
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Proses mencantumkan bambu bagi
menghasilkan gajet.
Proses memotong bambu kepada ukuran
yang diinginkan.
Proses mengikat dan mencantumkan
bambu yang telah dipotong. Gajet yang separuh siap dipasang.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 13
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Bantu mula
Pengelola aktiviti : Tn Mohd Sobri
: Pn.Low Kee Sun
Setelah itu, ahli KRS mempelajari asas bantu mula daripada pensyarah penasihat
Bulan Sabit Merah Malaysia pada sebelah waktu pagi juga. Bantu mula ini amat
penting kerana ia merupakan asas untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami
kemalangan. Ahli KRS berpeluang mempelajari cara balutan anduh tapak tangan
dan kepala.
Cara membalut anduh di bahagian
kepala dengan kemas.
Antara contoh balutan anduh dari
beberapa kumpulan.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 14
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Flying Fox
Pengelola : Tuan Anwar.
Pada waktu petang pula, ahli KRS berpeluang untuk melakukan aktiviti ‘flying
fox’ yang terdapat dalam tapak perkhemahan. ‘Flying fox11’ ini berupaya menguji
ketahanan fizikal dan emosi kerana terdapat sesetengah peserta takut semasa
menjalankan aktiviti ‘flying fox’. Ahli KRS berasa amat seronok semasa melakukan
aktiviti ‘flying fox’ kerana ianya amat mencabar.
Para pelatih bersedia memakai peralatan
untuk melakukan terjunan.
Pengelola menyemak kekemasan
peralatan dan tahap keselamatannya.
Pengelola menyemak tahap keselamatan
peralatan yang digunakan oleh pelatih.
Pelatih yang sudah bersedia akan
melakukan penerjunan.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 15
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Malam kebudayaan
Ketua aktiviti : Syamsir B. Moktar
Kru : Umar Qayyum B. Mohd Luai
: Shahzrulnizzam B. Jamal
Pada sebelah malamnya pula kami menjalankan malam kebudayaan di mana
setiap unit beruniform perlu menghasilkan satu persembahan untuk dipersembahkan
kepada semua ahli yang terlibat dalam perkhemahan kali ini. Selesai sahaja aktiviti
flying fox, setiap unit beruniform diberikan masa untuk berlatih persembahan mereka
yang akan dipersembahkan pada malam kebudayaan. Ahli KRS memberikan
komitmen yang tinggi dan melakukan latihan dengan bersungguh-sungguh. Semasa
malam kebudayaan, KRS merupakan unit yang pertama membuat persembahan.
Persembahan yang dilakukan adalah Hakka. Semua ahli KRS memberikan yang
terbaik semasa persembahan dan ikatan kerjasama dapat dirasai.
Sesi bergambar setelah melakukan persembahan “Hakka”
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 16
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
2.4 Hari keempat
Aktiviti : Merentas halangan
Ketua aktiviti : Mohd Alif Haiqal B. Tarmizi
Penasihat : Tn Mohd Sobri
Aktiviti pertama yang dijalankan pada hari ini adalah rentas halangan, yang
dijalankan di kawasan tapak perkhemahan Malanngang Kiulu. Sebelum melakukan
aktiviti, sedikit taklimat diadakan mengenai aktiviti yang dijalankan dan jenis
halangan yang akan ditempuhi, serta sedikit taklimat mengenai keselamatan diri
semasa melakukan aktiviti tersebut. Hal ini kerana aktiviti ini boleh melibatkan
kecederaan dan bahagian tulang, di mana tulang boleh patah jika aktiviti ini tidak
dilakukan dengan teknik dan cara – cara yang betul.
Para ahli kumpulan membantu dalam
menjayakan aktiviti.
Ahli kadet bersedia untuk menjalankan
aktiviti.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 17
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Sedikit taklimat selepas selesai semua
aktiviti.
Penasihat meninjau aktiviti yang
dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan.Wajah pelatih menghabiskan aktiviti di
stesen yang terakhir.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 18
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Sesi refleksi
Sebaik sahaja selesai aktiviti tersebut, sesi refleksi ataupun rumusan
mengenai pengalaman, perasaan, hasil dapatan dan mengimbas kembali telah
diadakan sebagai perkongsian dan penutupan aktiviti terakhir ini. Antara hasil
dapatan adalah pengalaman yang baru dalam pelbagai aspek aktiviti yang
dijalankan di mana, aktiviti orienteering merupakan aktiviti yang baru dan memberi
banyak pengalaman dalam cara – cara penggunaan kompas untuk mencari jalan
keluar. Selain itu, aktiviti kembara juga turut memberikan banyak pengalaman yang
mendalam kepada ahli KRS dengan tugasan yang mencabar seperti mengejar
beberapa ekor ayam yang dilepaskan bagi sajian makan tengah hari. Selain itu, ahli
KRS juga diberi pendedahan dengan cara menghidupkan api dan jenis – jenis
unggun api yang pelbagai serta cara untuk memasang jerat di dalam hutan. Aktiviti
ini banyak membantu ahli KRS dalam persediaan menjadi guru yang mempunyai
pengetahuan luas bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah.
Sesi refleksi memberikan banyak perkongsian daripada beberapa ahli yang
maknanya boleh dijadikan penambahbaikan dan membakar semangat untuk terus
menjadi insan yang berguna apabila menjadi seorang guru kelak. Banyak
pengajaran yang dipelajari daripada aktiviti ini.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 19
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Aktiviti : Upacara menurunkan bendera dan taklimat serta brek camp.
Seterusnya, aktiviti yang dijalankan adalah upacara menurunkan bendera dan
sedikit taklimat penutupan daripada guru penasihat. Selepas itu, ahli KRS bersalam
– salaman dan meminta maaf kepada para pensyarah pembimbing dan rakan –
rakan sepasukan. Satu tiupan wisel telah diadakan sebagai tanda ‘breakcamp’.
Akhir sekali aktiviti yang diakukan bersama adalah membuka khemah dan
membersihkan kawasan tapak perkhemahan termasuk dewan, kafeteria, tandas dan
surau. Kerjasama yang utuh dapat dilihat melalui aktiviti ini. Di mana semua peserta
berganding bahu bersama – sama dalam proses pembersihan dan pembukaan
khemah. Selesai sahaja aktiviti ini semua ahli KRS dan unit beruniform yang lain
berkumpul dan bersiap sedia untuk menaiki bas dan pulang semula ke Institut
Pendidikan guru Kampus Kent.
Wajah – wajah yang ceria selepas menjalankan semua aktiviti dengan jayanya.
3.0 Kesimpulan
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 20
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 21
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
4.0 Refleksi
Nama : Suriana Binti Kadir
Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaannya saya telah berjaya menjalankan perkhemahan unit beruniform selama
empat hari tiga malam yang telah berlangsung di kem Malanggang Kiulu Tamparuli.
Semasa menjalankan perkhemahan ini terdapat banyak pengalaman yang dapat
saya kumpulkan yang boleh digunakan sebagai bekalan untuk menjadi seorang guru
yang berjaya pada masa akan datang. Selain itu, saya juga telah menemui beberapa
kekuatan dan kelemahan yang boleh diperbaiki dan juga boleh di tambah baik lagi
bagi menanamkan sifat bakal guru yang efisien dan berkualiti dalam diri saya.
Antara kekuatan yang saya dapat lihat dalam aktiviti yang dijalankan adalah
semangat tolong-menolong yang tinggi dalam diri semua rakan – rakan yang terlibat
dalam perkhemahan ini. Bermula la daripada aktiviti memasang khemah,
mengangkat barang, membuat aktiviti ikhtiar hidup dan aktiviti yang lain. Semua ahli
kadet saling menghulurkan bantuan jika terdapat masalah yang timbul, sama ada
bantuan yang dihulurkan dari segi bentuk tenaga mahupun idea – idea yang bernas
bagi melicinkan perjalanan aktiviti yang telah dirancang. Semangat saling bantu-
membantu ini, dapat dijadikan contoh yang baik dan diaplikasikan dalam kehidupan
seharian, supaya dapat memudahkan kita dan orang yang berada di sekeliling
dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Selain daripada itu, melalui aktiviti yang dirancang dan telah dijalankan dapat
meningkatkan daya tahan pemikiran dan badan saya dan dapat mengurangkan rasa
cuak dan takut saya terhadap beberapa aktiviti yang dijalankan. Misalnya, semasa
membuat aktiviti ikhtiar hidup kami terpaksa berjalan jauh untuk sampai di destinasi
yang telah ditetapkan, di mana kami akan melintasi beberapa jambatan gantung
yang sudah usang. Saya amat takut pada ketinggian, di sinilah saya dapat
membantu diri saya untuk menghindarkan perasaan takut, dengan bantuan rakan
dan pensyarah perasaan takut saya itu telah berubah kepada rasa seronok dan
“enjoy” semasa menjalankan aktiviti. Begitu juga dengan aktiviti “flying fox”. Tetapi
setelah diberi kata – kata semangat daripada ahli kumpulan dan pensyarah
pembimbing saya dapat melakukan aktiviti tersebut dengan baik dan jika terdapat
peluang, saya ingin mencuba aktiviti tersebut semula.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 22
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Melalui perkhemahan ini juga saya telah mempelajari banyak perkara,
antaranya adalah cara memasang jerat, jenis – jenis unggun api, dan paling penting
saya dapat belajar membaca bearing. Kompas merupakan alatan yang penting
semasa berada di dala hutan ataupun semasa menjalankan aktiviti, oleh sebab itu
apabila saya dapat mempelajari cara penggunaan kompas saya merasakan ia
merupakan satu ilmu yang baru dan amat berguna pada masa akan datang. Selain
itu, saya juga mempelajari cara menyembelih ayam kerana semasa menjalankan
aktiviti ikhtiar hidup kami dibekalkan dengan ayang kampung yang belum
disembelih.
Tambahan pula terdapat banyak petua – petua yang telah dikongsi kan
bersama kami semasa menjalani perkhemahan ini. Antara petuanya adalah semua
jenis penyakit mempunyai ubat yang datangnya daripada badan manusia juga.
Selain itu, apabila bertandang ke tempat orang petua mengambil tanah dan
menyapu ke kulit merupakan satu simbolik yang menyatakan kita datang ke tempat
orang tersebut dengan penuh rasa hormat.
Antara kelemahan yang saya temui dalam aktiviti yang dijalankan adalah
pengurusan masa yang kurang efisien kerana ada aktiviti yang menggunakan
banyak masa sehinggakan terdapat beberapa ahli yang tidak sempat untuk
bersarapan pada hari yang terakhir. Daripada kelemahan ini kita boleh mengambil
iktibar dan berusaha untuk memastikan kita menepati masa dan dapat membuat
aktiviti tanpa memudaratkan diri sendiri.
Kesimpulannya, perkhemahan kali ini banyak membantu saya dalam
perbagai aspek, dan meningkatkan lagi keyakinan diri saya di samping dapat
menimba ilmu yang baru dengan jayanya. Oleh sebab itu, saya berharap
perkhemahan ini dapat diteruskan ke generasi yang akan datang supaya mereka
dapat merasakan nikmat perkhemahan tetapi perkhemahan itu haruslah dipenuhi
dengan aktiviti yang berfaedah bukan hanya sekadar datang membuat khemah dan
lepak ataupun tidak melakukan aktiviti yang berfaedah. Selain itu perkhemahan kali
ini memberi 1001 kenangan, pengajaran, pengalaman dan ilmu yang baru untuk
saya praktik kan di masa akan datang.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 23
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Nama : Catherine Ngie Sie Siong
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana dapat
menyertai perkhemahan unit beruniform pada kali ini. Sepanjang menjalankan
aktiviti perkhemahan ini, saya telah menyedari beberapa kekuatan dan kelemahan
saya.
Kekuatan yang ada pada diri saya ialah memberi kerjasama yang baik
kepada ahli kumpulan. Sewaktu menjalankan aktiviti, semua ahli kumpulan telah
beroperasi secara berkesan. Kami berusaha mendirikan khemah, menyala api,
memasak makanan untuk ikhtiar hidup, aktiviti exporace, membuat gajet dan
sebagainya. Kami telah saling tolong-menolong antara satu sama lain sepanjang
empat hari perkhemahan ini.
Selain itu, saya turut mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru dalam
tempoh perkhemahan ini. Sebagai contoh, sekiranya kami pertama kali datang ke
sesuatu tempat yang baru, kami hendaklah mengambil tanah di tempat itu dan
menyapu di badan kita sebagai tanda kita datang dan memberi hormat kepada
orang di tempat itu. Selain itu, bacaan doa turut dibuat untuk mendapat lindungan
daripada tuhan kita.
Di samping itu, saya telah mempelajari cara menyembelih ayam, cara
membuat jerat untuk menangkap haiwan, cara membaca kompas, cara memasak
menggunakan daun kering dan kayu balak. Aktivti “water tubing” telah membantu
saya membina dan meningkatkan keyakinan diri. Ia juga merupakan pengalaman
yang baru bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjalankan aktiviti air
di dalam sungai dan memang menyeronokan.
Seterusnya, saya juga rajin mengamalkan hubungan baik dengan ahli
kumpulan lain yang terdiri daripada pelbagai kaum. Saya berasa gembira dan
bersyukur kerana dapat bergaul mesra dengan mereka. Mereka memanglah partner
yang terbaik bagi saya. Mereka selalu memberi bantuan ketika saya menghadapi
masalah, dan juga sangat menjaga perasaan orang.
Kelemahan yang disedari pula ialah kurang kemahiran tentang ikhtiar hidup. Saya
berasa dirinya kurang pandai memasak dengan menggunakan daun kering dan kayu
balak. Selain itu, makanan yang dimasak ada yang terlalu hangus atau kurang
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 24
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
masak. Di samping itu, saya kekurangan keberanian dalam menghadapi cabaran
contohnya seperti aktiviti flying fox dan aktiviti kembara halangan. Saya tetap berasa
takut ketika hendak menurun untuk aktiviti flying fox dan juga beberapa stesen bagi
kembara halangan.
Sebagai kesimpulannya, perkemahan pada kali ini merupakan pengalaman
dan kenangan yang terbaik dalam kehidupan saya. Saya berharap saya dapat
meneruskan kelebihan saya dan mengubah kelemahan yang ada pada diri. Saya
juga berharap boleh mengikuti aktiviti perkhemahan yang bermakna seperti ini pada
masa akan datang.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 25
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Nama : Mah Ching Moi
Selepas menyertai perkhemahan unit beruniform di kem Malangang, saya
berasa gembira dan mendapat banyak pengetahuan. Walaupun saya juga
mempunyai beberapa perkhemahan sebelum ini, tetapi saya masih menghadapi
banyak cabaran dan belajar banyak pengetahuan dalam perkhemahan unit
beruniform ini. Perkhemahan ini yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini
benar-benar telah memberi saya banyak kebaikan untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.
Selain itu, saya telah menghadapi banyak cabaran dan dugaan, tetapi
pensyarah pembimbing telah memberi banyak bantuan kepada kita. Hal ini telah
menggalakkan kita untuk menyelesaikan masalah bersama-sama. Banyak aktiviti-
aktiviti telah dilakukan selama perkhemahan ini dijalankan. Setiap aktiviti juga
diawasi oleh pensyarah pembimbing dan memberi bantuan yang sesuai semasa kita
menghadapi masalah. Aktiviti yang dilakukan seperti aktiviti darat, aktiviti air, malam
persembahan dan sebagainya. Walaupun aktiviti seperti ini boleh dikatakan aktiviti
yang seronok, tetapi aktiviti-aktiviti ini amat memberi banyak pengetahuan untuk
melatih diri sebagai guru pada masa depan.
Dalam aktiviti ‘orienteering’ dijalankan di sekitar Kem Malanggang, saya
bersama dengan ahli platun mencari jalan untuk kembali semula ke tapak
perkhemahan dengan berpandukan kompas dan penanda yang diberikan kepada
setiap platun. Dalam aktiviti ini, saya telah mempelajari cara memerhati kompas
supaya tidak akan sesat jalan di sekitar kem Malanggang. Hal ini merupakan
pertama kali saya mempelajari cara memerhati kompas ini. Selain itu, kerjasama
antara satu sama lain juga amat diperlukan kerana setiap platun mempunyai tugas
yang diberi.
Selain daripada itu, aktiviti malam burung pungguk juga telah memberi
pengalaman yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sebagai seorang kadet remaja
sekolah, saya berpendapat kita harus mempunyai keberanian untuk menjalani
aktiviti ini. Seorang demi seorang ahli kadet dilepaskan dan diarahkan mencari
penanda yang diberikan untuk sampai ke tempat ahli kadet akan berkumpul. Saya
telah berjaya sampai ke tempat ahli kadet berkumpul pada akhirnya. Hal ini telah
meningkatkan keberanian dan juga dapat mengatasi cabaran ini.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 26
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Di samping itu, aktiviti ‘Water Tubing’ juga telah memberi banyak
pengetahuan kepada saya. Selepas menjalankan aktiviti ini, saya berasa lebih yakin
semasa berada di dalam sungai. Walaupun saya takut berada di dalam air, tetapi
saya belajar untuk mengatasi ketakutan saya. Malahan pula, selepas aktiviti ikhtiar
hidup di dalam hutan, saya bukan sahaja mempelajari cara memasak di dalam hutan
malah lebih mengetahui kepentingan kerjasama dalam platun masing-masing.
Dalam aktiviti merentasi halangan pula, walaupun terdapat pelbagai halangan
yang susah, tetapi saya juga mencuba setiap halangan. Semasa saya menghadapi
halangan, ahli platun saya akan mengajar teknik-teknik tertentu untuk membantu
saya melepasi halangan.
Pada sebelah malam juga, saya bersama ahli lain juga telah mempunyai
persembahan masing-masing. Ketika melakukan persiapan bagi malam
persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang
meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang
diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif
memberi idea bernas dalam persembahan tersebut. Menerusi perkhemahan ini juga
dapat meningkatkan kreativiti kita.
Saya berpendapat bahawa semua aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan adalah penuh cabaran. Walaupun saya mempunyai kelemahan
semasa dalam perkhemahan, terutamanya tidak mempunyai keyakinan dalam air.
Walaupun begitu, saya tetap berusaha mengatasi semua cabaran dan menimba
pengetahuan yang lebih banyak.
Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti perkhemahan unit berunirform ini,
saya berasa kekuatan mental dan fizikal saya semakin meningkat. Saya berasa
bersyukur kerana dapat menyertai aktiviti yang bermakna ini dan telah memberi
banyak pengetahuan kepada saya. Saya berharap saya akan meningkatkan diri
dalam perkhemahan seterusnya.
Kokurikulum – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Waj 3117 Page 27