Laporan Perkhemahan Perdana

4
Laporan Perkhemahan Perdana Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher Tempat : Kem The Rock Resort Tarikh : 2- 3 Oktober 2010 Perkhemahan Perdana pada kali ini adalah julung kalinya diadakan di luar kawasan sekolah. Kem The Rock Resort terletak lebih kurang 25 Kilometer daripada bandaraya Kuala Lumpur. Program yang dirangka khusus di luar hiruk pikuk kota diharapkan akan memberi satu kelainan dan pengalaman baru yang lebih bermakna kepada murid murid. Seawal jam 7 pagi murid-murid telah berkumpul di kawasan sekolah ditemani oleh para ibubapa . Seramai 75 orang murid disertai oleh 30 orang guru telah bertolak ke The Rock Resort pada jam 7.4.5 minit pagi. Setelah melalui perjalanan merentasi bukit bukau lebih kurang 1 jam , rombongan selamat tiba di The Rock Resort pada jam 9.00 Pagi. Sejurus tiba di tempat perkhemahan,murid-murid telah diberikan taklimat oleh Kem Komandan The Rock Resort,En. Zahari. Murid – murid didedahkan dengan segala peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di The Rock Resort. Kem Komandan berjaya menarik perhatian murid murid dengan penyampaian ceramahnya yang tegas ,bersahaja dan menghiburkan. Jam 10.30 pagi,maka bermulalah aktiviti pertama murid-murid. Rentas Halangan merupakan satu aktiviti yang begitu mencabar ketahanan fizikal murid. Semangat berpasukan juga diuji semasa menjalani aktiviti Rentas

Transcript of Laporan Perkhemahan Perdana

Page 1: Laporan Perkhemahan Perdana

Laporan Perkhemahan Perdana

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher

Tempat : Kem The Rock Resort

Tarikh : 2- 3 Oktober 2010

Perkhemahan Perdana pada kali ini adalah julung kalinya diadakan di luar kawasan sekolah. Kem The Rock

Resort terletak lebih kurang 25 Kilometer daripada bandaraya Kuala Lumpur. Program yang dirangka khusus

di luar hiruk pikuk kota diharapkan akan memberi satu kelainan dan pengalaman baru yang lebih bermakna

kepada murid murid.

Seawal jam 7 pagi murid-murid telah berkumpul di kawasan sekolah ditemani oleh para ibubapa . Seramai

75 orang murid disertai oleh 30 orang guru telah bertolak ke The Rock Resort pada jam 7.4.5 minit pagi.

Setelah melalui perjalanan merentasi bukit bukau lebih kurang 1 jam , rombongan selamat tiba di The Rock

Resort pada jam 9.00 Pagi. Sejurus tiba di tempat perkhemahan,murid-murid telah diberikan taklimat oleh

Kem Komandan The Rock Resort,En. Zahari. Murid – murid didedahkan dengan segala peraturan yang perlu

dipatuhi sepanjang berada di The Rock Resort. Kem Komandan berjaya menarik perhatian murid murid

dengan penyampaian ceramahnya yang tegas ,bersahaja dan menghiburkan.

Jam 10.30 pagi,maka bermulalah aktiviti pertama murid-murid. Rentas Halangan merupakan satu aktiviti

yang begitu mencabar ketahanan fizikal murid. Semangat berpasukan juga diuji semasa menjalani aktiviti

Rentas Halangan ini. Sebanyak 7 Halangan yang terpaksa dilalui oleh setiap murid. ,Terowong Air , Lubang

Komando , ‘ Daki Bukit’ ,”Turun Bukit’ , “ Titi Goyang ‘ dan halangan terakhir ‘Meniti Batang Pokok’ benar

benar menguji tahap fizikal dan semangat berpasukan murid-murid. Aktiviti pada pagi itu lebih mencabar

dengan diiringi hujan lebat yang turun sejurus ianya dimulai. Program berakhir pada jam 1 tengahari.

Aktiviti seterunya ialah Pandu Arah.Para murid didedahkan dengan bagaimana untuk memandu arah semasa

berada di hutan.Aktiviti dijalankan oleh para jurulatih The Rock Resort. Program berakhir pada jam 4.30

petang.

Page 2: Laporan Perkhemahan Perdana

Sesi petang diisi dengan latihan setiap kumpulan untuk aktiviti Malam Kebudayaan . Sebanyak 10 kumpulan

telah diwujudkan. Setiap kumpulan telah mencabut undi bagi memilih jenis persembahan yang perlu

dipersembahan pada sessi malam. Antara jenis persembahan yang akan dipersembahkan ialah

drama,nyanyian,tarian dan puisi.Pada waktu petang itu juga ,para guru sibuk untuk persiapan bagi majlis

pembukaan Perkhemahan Perdana yang akan diadakan pada jam 7 petang.

Seawal Jam 7 petang, maka bermulalah Majlis Perasmian Pembukaan Kem Perkhemahan Perdana SJKT

Jalan Fletcher. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh En Abdullah,Pegawai daripada Jabatan Pelajaran

Wilayah Persekutuan. Gimik pada malam ini ialah dengan menyalakan unggun api.

Seterusnya bermulalah persembahan dari setiap kumpulan murid. Setiap kumpulan Berjaya

mempersembahkan persembahan yang begitu menyakinkan walaupun tempoh yang diberikan untuk latihan

adalah begitu singkat.

Setelah selesai persembahan dari murid,para guru juga tidak ingin melepaskan peluang dengan membuat

satu persembahan tarian india. Guru guru begitu bersemangat dengan mengambil bahagian dalam

persembahan tarian. Majlis berakhir pada jam 12 malam.

Seawal jam 5 pagi,murid telah dikejutkan untuk persiapan bagi aktiviti hari kedua.Pada jam 6 pagi,murid

telah menjalani satu senamrobik sebagai aktiviti pertama.Pada jam 7.00 pagi, murid murid diberikan

taklimat mengenai peraturan dan pantang larang semasa menjalankan aktiviti Jungle Tracking.

Seterusnya,aktiviti regangan senamrobik bersama pasukan jurulatih kem.

Pada jam 8.30 pagi,sejurus selepas asarapan pagi,maka bermulalah kemuncak kepada aktiviti perkhemahan

pada kali ini iaitu aktiviti Jungle Tracking. Aktiviti ini berlangsung selama 3 jam dengan jarak perjalanan

sejauh 3 kilometer.

Sebanyak 5 check point telah dilalui oleh para peserta. Semasa aktiviti ini,murid-murid didedahkan rahsia

Ikhtiar Hidup semasa berada di hutan.Jurulatih memperkenalkan kepada murid cara minum air dari dahan

pokok,memakan buah bertam ,kegunaan pokok-pokok hutan dan sebagainya yang memberi manfaat

semasa berada di hutan. Murid juga didedahkan pengalaman meminum air segar dari jeram bukit.

Pengalaman berhadapan dengan pacat,si penghisap darah merupakan satu pengalaman yang mungkin sukar

untuk dilupakan oleh para peserta.

Setelah 3 jam bermandi peluh melalui segala cabaran sepanjang pendakian.maka berakhirlah aktiviti

merentas hutan.

Page 3: Laporan Perkhemahan Perdana

Pada jam 12.30, majlis penutup diadakan secara ringkas di dewan terbuka. Majlis ini dirasmikan oleh Guru

Besar SJK T Jalan Fletcher, Puan Valarmathi. Hadiah untuk pserta terbaik lelaki dan murid lelaki disampaikan

semasa program penutup. S3elainitu disediakan hadiah untuk kumpulan terbaik aktiviti kebudayaan dan

hadiah terbaik keseluruhan.

Jam 1.30 ,sejurus selepas makan tengahari.semua peserta menaiki bas melangkah meninggalkan Kem The

Rock Resort dengan membawa sejuta kenangan indah sepanjang menjalani perkhemahan Perdana selama 2

hari satu malam .