Laporan Penyediaan Gelanggang Balapan

3
Laporan Penyediaan Trek Balapan Dalam kursus olahraga PJM3103, tugasan untuk menyediakan trek balapan telah diberikan kepada guru pelatih PISMP SEM 1 PJK . Mula-mulanya, ukuran sebenar trek balapan yang berdasarkan undang-undang International Association of Athletics Federation (IAAF) dicari bagi memastikan ukuran yang dibuat adalah betul dan tepat. Alatan yang diperlukan ialah tali rafia, pisau ,kayu pancang, pita pengukur, cat sembur, kotak, minyak hitam dan kereta roda penggelek minyak hitam bagi menyediakan trek balapan. Langkah pertama ialah sudut tepat (segiempat tepat) untuk sebuah padang dicarikan. Segi empat tepat berbentuk kotak kasut dibuat semaksimum mungkin. Caranya dengan memastikan tali selari dengan kotak (boleh digantikan dengan benda lain seperti bata), tali haruslah dipancang jauh dari kotak (untuk memudahkan proses menuang minyak). Langkah kedua ialah membuat lengkungan untuk empat lorong 200 meter di hujung kedua belah padang. Caranya mengukur jarak 20 meter di hujung padang lalu dibawa ke arah dalam. Kemudian cari titik tengah antara garisan 20 meter tersebut (untuk padang balapan 400 meter jaraknya ialah 36.5 meter). Bebendul dibuat pada titik tengah tersebut dengan mengambil tali yang diikat pada kayu tajam dan mulakan menggariskan padang. Kemudian, cat sembur digunakan untuk menanda lengkungan yang telah digaris tadi. Jarak lorong yang sesuai adalah 1 meter, cara yang sama juga diperlukan untuk membuat lengkungan sebaliknya. Kemudian

description

laporan

Transcript of Laporan Penyediaan Gelanggang Balapan

Laporan Penyediaan Trek Balapan

Dalam kursus olahraga PJM3103, tugasan untuk menyediakan trek balapan telah diberikan kepada guru pelatih PISMP SEM 1 PJK . Mula-mulanya, ukuran sebenar trek balapan yang berdasarkan undang-undang International Association of Athletics Federation (IAAF) dicari bagi memastikan ukuran yang dibuat adalah betul dan tepat. Alatan yang diperlukan ialah tali rafia, pisau ,kayu pancang, pita pengukur, cat sembur, kotak, minyak hitam dan kereta roda penggelek minyak hitam bagi menyediakan trek balapan.Langkah pertama ialah sudut tepat (segiempat tepat) untuk sebuah padang dicarikan. Segi empat tepat berbentuk kotak kasut dibuat semaksimum mungkin. Caranya dengan memastikan tali selari dengan kotak (boleh digantikan dengan benda lain seperti bata), tali haruslah dipancang jauh dari kotak (untuk memudahkan proses menuang minyak).Langkah kedua ialah membuat lengkungan untuk empat lorong 200 meter di hujung kedua belah padang. Caranya mengukur jarak 20 meter di hujung padang lalu dibawa ke arah dalam. Kemudian cari titik tengah antara garisan 20 meter tersebut (untuk padang balapan 400 meter jaraknya ialah 36.5 meter). Bebendul dibuat pada titik tengah tersebut dengan mengambil tali yang diikat pada kayu tajam dan mulakan menggariskan padang. Kemudian, cat sembur digunakan untuk menanda lengkungan yang telah digaris tadi.Jarak lorong yang sesuai adalah 1 meter, cara yang sama juga diperlukan untuk membuat lengkungan sebaliknya. Kemudian tanda pada sisi padang dengan tali sebanyak empat lorong, manakala untuk sisi yang berlawanan adalah 8 lorong (termasuk 4 balapan 100 meter). Bentuk padang dari atas adalah hampir menjadi huruf a kecil dimana batang huruf a kecil adalah balapan 100 meter, manakala bulatan huruf a merujuk kepada balapan 200 meter.Seterusnya, ukuran di atas trek balapan yang dibuat sebelum ini diukur semula mengikut standard IAAF (International Association of Athletics Federations) seperti gambar rajah 1. Akhir sekali, kami menggelekkan minyak hitam atas ikatan tali yang diikat sebagai tanda ukuran untuk meyiapkan trek balapan.Gambar Rajah 1Gambar-Gambar Semasa Pembuatan Trek Balapan